Kadar tambang merempit macam pelesit, harga makanan mengamuk siapa yang gemuk? 1Malaysia didera dan cedera. Bangsa ISA didahulukan, puaka diutamakan.
Berkaitan:
99% keluarga hadapi masalah akibat kenaikan harga makanan
Berkaitan:
99% keluarga hadapi masalah akibat kenaikan harga makanan
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Hrkh) - Sembilan puluh sembilan peratus keluarga di negara ini merasa semakin sukar menghadapi kenaikan harga makanan.
Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman berkata, tinjauan pendapat yang dijalankan pada tahun lalu mengenai kesan inflasi ke atas keluarga mendedahkan statistik tersebut.
"Kira-kira 44 peratus wanita dari golongan berpendapatan rendah juga berkata, masalah kewangan mencetuskan salah faham di dalam keluarga akibat kenaikan tersebut," The Star Online hari ini memetik beliau berkata (komen-komen di sini).
Ketika merasmikan program pengurusan kewangan keluarga, Aminah berkata, terdapat juga aduan mengenai gangguan along dan amaran dari bank kepada keluarga yang gagal membayar hutang mereka akibat kebuntuan untuk menguruskan kewangan mereka.
Program pengurusan kewangan keluarga itu akan diadakan di seluruh negara dengan kerjasama Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK), Bank Negara Malaysia.











Cantik? Klik 






INI YANG DI LAUNGKAN 1 MALAYSIA ( 1 orang kaaa.. 1 kumpulan kaaa..1 kaum kaaa... 1 parti kaaa.. kahhh kahh..kahh )
walau apa pun terjadi bangsa isa & bangsa umno tetap menyokong ... ibarat dok tumpang bawah pokok kelapa, buah kelapa jatuh atas kepala hingga pengsan kelu tak terkata apa-apa, apabila sedar dari pengsan takdak komplen apa-apa terus berteduh dibawah pokok kelapa itulah juga.
Inilah masalah dalam Negara Malaysia yang rakyatnya telah bagitu lama dibujuk rayu dengan "keputusan politik".Cuba lihak apa sahaja kepututusan yang melibatkan rakyat "political consideration" diutamakan.Apa political mileage yang pemerentah dapat.Tapi bila ekonomi dunia dan negara ini tak boleh bertahan lagi barulahlah kita ternganga.Persatuan Pengguna pun tak berperanan penting dan pengguna sendiri (rakyat) pun tak ambil peduli.Pemimpin Persatuan pengguna asyik bermain politik sahaja.Buatlah survey..Persatuan Pengguna Negeri2di Malaysia kebanyakan menantikan "grant" dari kerajaan untuk bertindak.Kita sepatutnya telah lama sedar kuasa pengguna ni yang boleh membela nasib pengguna bersama dan juga boleh mencorakkan Kerajaan secara lebih baik . Salam dari DON
Harga barang naik.
Tambang kenderaan awam naik.
Hadiah tambahan daripada PM sempena 100 hari pemerintahannya kepada peniaga,pengusaha dan termasuk Pengguna yang sokong BN.
Eagle Eyes, Pokok Sena.
biasa la. dulu caman pak lah 'barang tak naik'. la ni, era najib. 'barang cepat naik' heh heh
dan mereka naikkan lagi harga rokok.... kehkehkeh...
kebiasaannya, orang yang merokok akan dulukan rokok dari belanja lain lah!! maka kurang lah belanja rumah...