Sedap!! Klik gambar di atas!

Siapa dalam PAS bagi peluru kepada Umno?

Saya mendengar di sana sini sedap mulut bercakap kononnya peluru sepatutnya dihalakan ke arah musuh. Persoalannya, siapa yang bagi peluru kepada yang disebut musuh tu? Dah hampa bagi peluru, depa guna la.

Persoalan yang lebih penting lagi, betui ka hampa anggap depa tu musuh? Suka-suka hati guna perkataan musuh. Yang bergomoi dengan penuh sedap dalam gelap dulu tu dengan sapa? Bukan dengan Umno? Lepas tu tak nak mengaku. Siap nak saman tudang dedah lagi. Awat sekarang tak kata lagi fitnah ~penarik beca?

Siapa bagi peluru kepaad Umno? Dah hampa bagi, depa guna la..

Katakan Umno bagi peluru kat aku suruh tembak depa, bodo sangat la aku ni kalau aku tak guna.

Berkaitan:
Hadi and Nasharuddin ‘sanction resumption of unity talks’
Khairy: PAS leaders split over unity talks

The Star (11/7/09): Umno Youth chief Khairy Jamaluddin has claimed that PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang and his deputy Nasharuddin Mat Isa have sanc-tioned the resumption of unity talks.

He said if the top two leaders of the party had agreed to discussions with Umno, other members would follow suit.

However, he added that there was now dissent in PAS over the proposal and this was disturbing the party’s grassroots.

Khairy said he was also informed by insiders that state PAS leaders had banned Nasharuddin from making an appearance last Monday for the Manek Urai by-election nominations.

“There were reports that he would come today, but why didn’t the deputy president come in the first place?” Khairy asked at the Barisan Nasional Youth ceramah in Peria here.

“This by-election is important. If Barisan wins, it shows the voters support the push for unity in the country.

“If PAS wins, it means we are back to square one and the excessive politicking which is tearing our social fabric apart will remain unabated,” he said.

He claimed many PAS Youth members in Manek Urai have realised this and through a middleman, have conveyed their intention to support Bari-san candidate Tuan Aziz Tuan Mat.

Khairy said Umno was receptive to working with PAS on issues of common interests but rejected working with DAP and PKR, adding that they were hardliners intent on confusing the nation.

He also alleged that PAS Youth did not participate in the by-election as a gesture that they were ready to engage Umno in discussions about unity among the Malays and Muslims.

“Kelantan PAS leaders have to think. Should they continue to put up with insults from DAP and PKR? They have an alternative here and we want them to talk to us,” he said.

Meanwhile, PKR elections director Saifuddin Nasution Ismail said Khairy’s move to “divide and rule” voters would backfire in Manek Urai.

“Voters know that the Pakatan Rakyat alliance is stronger and more united than the proposed national unity project mooted by Khairy,” he said here yesterday.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. salam. Maaflah kalau persepsi saya ini silap. Saya nampak ust Nasa ni banyak sangat kemelut yg dibawanya. Tak datang ke MU pun jadi cerita, datang pun jadi cerita jugak. Kalau dia lepas jawatan TP tu agak-agaknya PAS terkubur ke ?

  2. pas klate la guna peluru amno utk tembak timb & presiden sendiri, yg blogger2 toloL mcm hang nih tukang kutip sampah sarap utk marakkan api permusuhan. wa cadang adalah lebih baik hang dan bogger2 toloL yg lain pegi bantu buat sesuatu kpd calon yg tewas tu ada gak pekdahnya spt bina balik kandang lembu@kambing ke sbg contohnya kan. huhuhu

  3. grup yang "bertemu dalam gelap."

  4. Anon 2 diatas,
    Jangan terlalu celupar kata bloggers yang menyokong Pak Bakaq tolol.Masing-masing ada pandangan dan pendapat yang berbeda berdasarkan ilmu,pengalaman,informasi dan tarbiah yang mereka perolihi.Anda berhak nak menyatakan pandangan anda begitu juga orang lain - sama ada orang bolih terima pandangan anda atau anda bolih terima pandangan orang lain,terserah kepada penilian individu.Mulut celupar mengatakan orang tolol memang tak kena.Berhujahlah dengan ilmu,pengetahuan dan informasi yang ada pada anda(jika ada) selaku "orang terpelajar dan punya hemah".Bahasa menunjukkan bangsa(asal-usul).

    Dalam beberapa pandangan yang telah dikemukakan dahulu,telah dinyatakan selagi fraksi UMNO dalam PAS ini tidak dihalau keluar dari PAS mereka akan tetap dan terus menimbulkan masaalah. Gulungan ini telah termakan budi UMNO dan tidak munkin dapat berpatah balik.Berceramah diManik Urai pun Hadi Awang tak segan-silu mengumumkan "membuka jendela kepada UMNO" walau pun dia sendiri yang telah mengumumkan minggu lalu bahawa idea Kerajaan Perpaduan sudah tutup dan selesai.Dia telah menari ikut rentak UMNO.Dia bukanlah berseorangn yang punya otak macam ni,yang lain Nasaruddin Mat Isa,Mustafa Ali,Hassan Ali dan Harun Din akan mengikut langkah Hadi Awang. Kalau tak percaya tunggu saja lepas Manik Urai.

    Untuk makluman Anon 2 - kami bloggers yang menyokong Pak Bakaq amat sayangkan PAS dan tak rela PAS berpecah seperti pada tahun 80an.Atas hakikat dan matlamat inilah kami tetap mahukan PAS dibersihkan dari anasir-anasir "makhluk perosak" yang dewasa ini memegang jawatan-jawatan penting diIbu Pejabat PAS.Selagi PAS tidak dibersihkan selagi itulah kami akan terus menggodam fraksi UMNO ini termasuk blogger seperti anda yang celupar.

  5. aku amat-amati, dengan hati2,rentetan sejarah unity govt, pelaku2 kedua2 pihak, aku dapati gang unity govt ni sangat2 dimarahi oleh gang2 syiah yang wujud dlm pas, gang2 mcm pak bakag ni la.gang unity(TGHH, Ust Nasa, Harun Taib dll) lama gak dah dok hentam syiah, so puak2 syiah pas marah la, syiah ni biasa la dengan taqiyyah, nak jadi malang(aku belum tau apa alasan rasional) gang2 unity govt ni p buat hal dengan umno!apa lagi gang2 syiah pas pun main peranan dengan sungguh2 la nak pejatuh perabih gang2 unity govt(aku pun tak suka-tapi aku bkn syiah),so aku harap ahli pas semua jaga2, hati2 dengan peranan yang dimainkan oleh syiah ni.....bahaya bang ooooi.

    anti-rafidhoh

  6. Anon2 cakap macam nak kono sodok ni, sapo yang tolol? kau tu yang bangang bodoh buto hati, kau poie duduk bawah ketiak Nasa tu.

  7. pinjam pandangan seseorang:

    "Politik dan agama adalah dua benda yang berbeza tetapi jika kita dapat menguasai politik dan melaksanakannya berpandukan agama islam, ia akan menjadikan Malaysia ini bukan negara kapitalis."

    fakta:

    1. tgah tinggi ilmu agamanya, tapi tidak tinggi ilmu poltiknya
    2. tgna tinggi ilmu agamanya serta tinggi ilmu politiknya

    lalu, mari kita bandingkan di antara tgna dengan tgah. tgna tinggi ilmu agamanya. tgah tinggi ilmu agamanya. tgna tinggi ilmu politiknya. tgah tidak tinggi ilmu politiknya. kedua2nya hebat ilmu agamanya. dari segi ilmu politik, yang lebih berpengalaman, tgna mengatasi tgah.

    tgna memiliki kedua2 ilmu agama serta ilmu politik. kedua2nya ada dalam kepalanya. manakala tgah pula hanya menguasai ilmu agama tetapi masih kurang ilmu politiknya. tgah terpaksa bergantung kepada 'penasihat politik'nya.

    berdasarkan di atas, boleh dirumuskan bahawa tgna bertindak menggunakan kedua2 ilmu agama serta politik, begitu juga tgah, bertindak menggunakan kedua2 ilmu agama serta politik. walau bagaimanapun terdapat perbezaan ketara dalam penggunaan ilmu politik di antara keduanya. tgna menggunakan pengalamannya sedangkan tgah mengguna 'penasihat politik'. "jangan biarkan ular mematuk di lubang yang sama dua kali" amat tidak sama maksudnya kepada tgna dan tgah. tgna merasa kesakitan di patuk ular, justeru tidak mahu lagi membiarkan ular mematuk di lubang yang sama bagi kali kedua, apatah lagi oleh ular YANG SAMA! manakala tgah tidak pernah terasa patukan ular tersebut kecuali 'cubit paha kiri, paha kanan pun sakit juga'.

    dari segi ilmu politik tgna menggunakan pengalaman sendiri sedangkan tgah bergantung sepenuhnya kepada 'penasihat politik'. sikap pergantungan ini memberi peluang kepada 'penasihat politik' yang banyak akal politiknya. sikap pergantungan ini memberi peluang kepada 'penasihat politik' untuk "mengguna" tgah.

    kebarangkalian yang boleh berlaku dari keadaan ini saya kaitkan dengan satu komen yang pernah saya baca "mereka sudah masuk ke dalam pekasam." diadunkan pandangan saya "mereka sudah masuk ke dalam pekasam", kebarangkalian berikut besar berlaku.

    "kelembutan" lidah tgah untuk menyebut umno boleh diandaikan bahawa tgah, melalui nasihat 'penasihat politik'nya sudah tidak boleh gostan lagi. tgah sudah dirantai kemas2, di waktu2 tertentu lidah mesti "lembut" umno. mungkin tgah akan berhadapan dengan risiko yang tinggi jika lidah tgah "kelu" untuk menyebut umno pada waktu2 yang akan ditentukan sendiri oleh 'pekasam' yang di dalamnya tgah telah "terperangkap" kerana terlalu bergantung kepada 'penasihat politik' yang panjang akal politiknya. sikap pergantungan ini menyebabkan tgah hanya menerima segala 'nasihat' yang diberi mengakibatkan tgah tidak berupaya untuk 'melihat' sendiri kebarangkalian2 yang boleh merugikan parti. atas nasihat 'penasihat politik' ini juga lah "tidak perlu kita bincangkan perkara ini (muzakarah) dengan mana2 jawatankuasa, ia masih terlalu awal, bla, bla, bla, bla...cukup setakat kita bertiga ni sahaja dahulu... mungkin kita boleh dapat pandangan haron din ke harun taib ke di kalangan ulama kita, nik aziz tak boleh, dia mesti tak setuju, bla, bla, bla, bla....

    apakah tgah sudah terperangkap oleh "agen" the melayu yang diumpan melalui 'penasihat politik'nya? saya turut terbaca, lupa di mana, yang menohmahkan 'penasihat politik' tgah juga "menjelaskan hutang" seseorang. keungkinannya besar dari lagak kempen sebelum muktamar 55 "memperkukuhkan kepimpinan ulama"? dalam politik semua boleh, lebih2 lagi jika fasih ilmu agama tahu kaedah fiqah apa boleh digunapakai.

    saya pernah komen, entah di mana, melayu yang mengkhianati melayu, ulama jugalah yang berpotensi mengkhianati ulama. yang kurang ilmu agama yang untuk beramal ibadat dalam mengharap redhaNya pun tidak cukup, sudah tentu tidak mampu untuk "menggoncang" ulama.

    sesuatu yang perlu difikirkan oleh jk disiplin pas. bukan menunggu laporan baru akan bertindak...dan bukan senang tanggungjawab jk disiplin...

  8. maaf pak bakaq, pak baqak ni syiah ke? isy, biaq betoi pak bakaq.

    kepada komen yang dok bangkitkan pasai syiah ni, yang hang ada hat masuk kat 'kawasan' syiah ni pasai?

    hang janganlah nak temberang kat sini.

    islam percayakan nabi isa as.
    kristian percayakan nabi isa as.
    islam = kristian

    hang boleh terima ke tidak? kalau tak boleh, hang kena ingat dan faham cara hang argue tu ...

    logik atas tu la yang hang dok pakai...

  9. bukan geng syiah saja marahkan unity govt. ramai lagi ahli pas yang rasional marah.

    jadi tak payah lah nak jolok fasal syiah pulak. berapa kerat sangat syiah dalam pas ni? ia tidak memberikan kesan pun pada pas. yang belum syiah jangan risau lah, berpeganglah dengan akidah ahlul sunnah. yang sudah syiah teguhkanlah dengan amalan yang sejajar dengan imam ahlul bait.

  10. aku kenal pak bakaq..dia bukan syiah atau pengikut syiah..lagi pun ada jugak syiah yg setuju dgn UG..tak pyh nak sebut kat sini..pak bakaq pun tau...

  11. salam..

    yg marah marah ni sebenarnya geng UG yg hampa....

    biaqpi la kt depa tu....

    bodoh x boleh di ajaq...

  12. SALAM TO ALL

    HeHeHe anom no 2 padan muka hang !!! Kita mesti berhujjah secara ilmiah bukan cara baboon berhujjah !!!

  13. aku rasa ada lebih baik si nasa tu letak aje jawatan hang tu sebagai TP..
    orang-orang PAS la nie...bila dengar aje nama kamu...Temperature depa terus naik...bagai gunung berapi nak meletus...

  14. memang syiah tak berapa kerat dalam pas, malah dalam malaysia, tapi jaga2, syiah ni bahaya dalam tak sedag, tengok la blog pak bakag ni, penuh dengan artikel syiah, memang bukan dia yang post, tapi gang2 dia kat indon sana tu.....tengok, hampa yang dok login penarik beca pun tak sedag ka lagi, tak penah ka baca pengakuan dia(bakag) yang dia berfahaman syiah?common la bro, bro tak tau ka yang imam ghazali tu hujjatul islam asal orang iran(parsi sunni), maknanya dulu iran tu orang sunni majoriti, lani apa jadi.?sikit2 last sekali sampai nak habis sunni kat iran...UG aku tak mau, syiah pun aku tak mau.tengok la dlm you tube pasai syiah, penuh gambag imam2........buat research sikit bro....racun(syiah, ug dan lain2) ni mungkin guna 1ml je cukup dah nak bunuh manusia seberat 100kg........aku tak mau anak cucu kita dok pukul badan masa 10 muharram nanti.....kalau boleh la.....pak bakag publish komen aku ya pak bakag.....taqqiyah p la jadi sunni sat.....

  15. pak bakag, aku respect kat hang, hang punya jatidiri yang sangat tinggi, org kata p la pa pun, hang memang A lah.......harap2 orang islam semua pun mcm hang gak.....punya jatidiri yang sangat tinggi........

  16. jumpa umno dalam gelap tu aku ingat taqiyah jugakla ya? kata dah tamat no more, tapi masih gelenyar kat umno, taqiyah jugak lah tu punye?

  17. anon 7,

    hmmm, pandangan hang kira ok gak. bab politik ni banyak benorbenor handicap hj hadi. nik aziz berpolitik melalui pengalaman sendiri, hj hadi berpolitik "pengalaman" nasihat politik, isy... pengalaman nik aziz pengalaman seorang yang dalam ilmu agamanya, manakala pengalaman 'penasihat politik' pula pengalaman orang bukan dalam ilmu agamanya. maknanya hj hadi... isy, padan la banyak sangat songeh "politik"nya... namun masih ramai yang 'terpesona' dengan UG/kerjasama yang diimport oleh 'penasihat politik' yang tidak berlatarbelakangkan agama. yang ni puak2 ni recognize pulak. tu lah hebatnya politik 'penasihat politik' hj hadi. puak2 yang memilih untuk satu saf dengan 'penasihat politik' hj hadi ni mungkin sudah termakan "umpan" dari 'penasihat politik' hj hadi, mungkin. yang pelik tu, ramai yang pakai serban... nampak gaya 'kepimpinan ulama' bukan lagi tercabar tetapi sudah 'terjual'... moga perwakilan perwakilan mendatang pas tidak buat silap lagi oleh kelentong seperti "kepimpinan ulama tercabar'. sekarang ni 'kepimpinan ulama' confirm kena beli... maaf lah ye, saja nak lepas... sebab masih nak 'berkehendak' dengan umno... eeeeeee geli!

  18. Terima kasih Pak Bakaq kerana komentar seperti ini (dan komentar2 lain yang mendedahkan kurap, kudis, kayap pemimpin2 PAS yang tak secita rasa dengan Pak Bakaq) Terima kasih bagi peluru free kat UBN untuk tembak PR terutamanya PAS macam kat Manik Urai. Selidik la sikit perang saraf UBN kat Manik Urai baru-baru ini. Banyak daripadanya sejibik macam komentar Pak Bakaq. So kita kena bersedia untuk menerima kekalahan PAS dalam PRU-13 nanti. DAP dan Keadilan mungkin akan mempertahankan kerusi sedianya.

  19. Pak Bakaq ni ibarat org yg bodo Politik tp rs bijak Politik...
    hang mmg kuat berangan la pak bakaq..rentikanlaaa

  20. kepada anon 18 dan 19 dan yang sewaktu dengan mereka:

    "salam,

    adalah merupakan perkara biasa selepas sesuatu peristiwa, pelbagai pandangan dari sudut masing-masing penulis akan timbul tanpa sedikitpun mengambilkira fakta-fakta yang berlaku sebelumnya. saya suka melihat kepada punca timbulnya masalah, yang saya perhatikan cuba diketepikan, seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku sebelumnya yang boleh dikaitkan dengan manek urai ini. jujurkah kita?

    'kecacatan' akibat kemenangan tipis pas ada mulanya. ia tidak berlaku secara spontan. ini yang cuba dilupakan, kenapa? tidak ada siapa yang ambil kesah dengan "pertemuan dalam gelap" yang dinafikan, yang 'direstui' oleh majlis syura ulama (yang tidak pernah membincang mengenainya), yang diikuti dengan kenyataan-kenyataan yang langsung tidak ada rasa tanggungjawab seperti "tok guru nik aziz bukan pas", "perbincangan dengan umno perlu diteruskan", "wacana intelektual" sesudah tg presiden sendiri tutup "unity government".

    kita sendiri memilih untuk menikam sesama sendiri. kita jangan lupa ini semua berlaku pra prk manek urai. kita memilih untuk memberi peluru kepada musuh supaya menghancurkan kita. sirah manakah yang lebih afdhal untuk kita jadikan iktibar dari hiruk-pikuk ini? para ustaz tentu lebih arif mengenainya.

    kita berhadapan dengan 'penarikan' wala' kepada mursyidul am oleh bukan orang lain tetapi timbalan mursyidul am sendiri. kita berhadapan dengan orang yang tidak faham dengan "konsep" kepimpinan ulama oleh bukan orang lain tetapi timbalan mursyidul am sendiri. kita berhadapan dengan kempen "kepimpinan ulama tercabar" oleh bukan orang lain tetapi timbalan mursyidul am sendiri. bagaimana pas boleh bermuhasabah jika punca masalah kita buat make dono?

    pas terjun ke dalam prk manek urai dalam keadaan 'separuh bogel'. sedikit cebisan kain yang diperolehi dari umno selepas pru12 kita koyak-koyakkan untuk dipulangkan kembali kepada umno. bijakkah berpolitik kita? tidak terlintas langsungkah kepada kita untuk merampas semua kain umno sehingga membogelkannya? tidak adakah cita-cita kita untuk mengmbilalih tempat umno? kalau begini cara berpolitik kita, saya rasa adalah labih baik bagi pas memilih jalan berdakwah bersama-sama dengan kumpulan tabligh. biarkan sahaja politik kepada umno. pas do not have to waste time, money and efforts come pru13."

    http://idhamlim.blogspot.com/2009/07/manek-urai-satu-peringatan-dari-allah.html

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008