
Oleh kerana sedikit sebanyak saya menyokong Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), sebelum tulis posting ini, saya tanya betul-betul salah seorang anak saya, "Boleh faham English pasai PPSMI ka, pasai rajin sangat tengok EPL news dan sports news ka (dalam Bahasa Inggeris)".
Dia jawab, fasal selalu tengok berita-berita EPL dan berita-berita sukan dalam Bahasa Inggeris tu. Tiadalah saya mahu memandai-mandai memberikan pendapat... (Imej di sebelah ihsan The Nut Graph)
Berkaitan:
PPSMI: Dr Mahathir minta undian pembaca blog (Malaysiakini 9/7/09)
Dr M turns up the heat with online poll (Malaysiakini 9/7/09)
The teaching of Maths and Science (Tun Dr Mahathir Mohamad 9/7/09)
PKR: Keputusan mengenai PPSMI mengecewakan (Malaysiakini 9/7/09)
Najib defends scrapping PPSMI, ignores Dr M (Malaysian Insider 9/7/09)
Guan Eng says urban schools should have an English option (Malaysian Insider 9/7/09)
Wrath of Tun M about to befall Najib (Malaysian Insider 9/7/09)
Mansuh PPSMI tidak abai usaha mantapkan bahasa Inggeris (mStar Online 9/7/09)
Tiada pertambahan waktu persekolahan meskipun waktu BI ditambah (mStar Online 9/7/09)
Hampir RM5 bilion peruntukan tingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris (mStar Online 9/7/09)
PPSMI dimansuhkan mulai 2012 (Malaysiakini 8/7/09)
K'jaan akui PPSMI banyak kelemahan (Malaysiakini 8/7/09)
Mansuh PPSMI 'kejayaan rakyat' (Malaysiakini 8/7/09)
Dr Mahathir pertikai mansuh PPSMI (Malaysiakini 8/7/09)
Dr Mahathir pertahan PPSMI (Malaysiakini 8/7/09)
Language-switch policy scrapped (Malaysiakini 8/7/09)
Muhyiddin: Mahathir accepts the decision (Malaysiakini 8/7/09)
... smouldering Dr M hints otherwise (Malaysiakini 8/7/09)
My views are not reflected in the decision (Tun Dr Mahathir Mohamad 8/7/09)
Pi mai, pi mai, dok tang tu jugak (Datin Paduka Marina Mahathir 8/7/09)
Government scraps teaching of maths and science in English (Malaysian Insider 8/7/09)
Dr M claims his opinions on language switch ignored (Malaysian Insider 8/7/09)
Pakatan asks why PPSMI dropped (Malaysian Insider 8/7/09)
Groups react to decision on maths and science (The Nut Graph 8/7/09)
Pemansuhan PPSMI jejas masa depan anak-anak - Dr Mahathir (mStar Online 8/7/09)
PPSMI dimansuh, Sains dan Matematik dalam BM, bahasa ibunda pada 2012 (mStar Online 8/7/09)
PPSMI: GMP sifatkan "selera rakyat" diterima kerajaan (mStar Online 8/7/09)
PPSMI: Muhyiddin jelaskan Mahathir perubahan dasar (mStar Online 8/7/09)
PPSMI: Gapena mahu pemansuhan keperingkat Tingkatan Enam dan matrikulasi (mStar Online 8/7/09)
Dia jawab, fasal selalu tengok berita-berita EPL dan berita-berita sukan dalam Bahasa Inggeris tu. Tiadalah saya mahu memandai-mandai memberikan pendapat... (Imej di sebelah ihsan The Nut Graph)
Berkaitan:
PPSMI: Dr Mahathir minta undian pembaca blog (Malaysiakini 9/7/09)
Dr M turns up the heat with online poll (Malaysiakini 9/7/09)
The teaching of Maths and Science (Tun Dr Mahathir Mohamad 9/7/09)
PKR: Keputusan mengenai PPSMI mengecewakan (Malaysiakini 9/7/09)
Najib defends scrapping PPSMI, ignores Dr M (Malaysian Insider 9/7/09)
Guan Eng says urban schools should have an English option (Malaysian Insider 9/7/09)
Wrath of Tun M about to befall Najib (Malaysian Insider 9/7/09)
Mansuh PPSMI tidak abai usaha mantapkan bahasa Inggeris (mStar Online 9/7/09)
Tiada pertambahan waktu persekolahan meskipun waktu BI ditambah (mStar Online 9/7/09)
Hampir RM5 bilion peruntukan tingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris (mStar Online 9/7/09)
PPSMI dimansuhkan mulai 2012 (Malaysiakini 8/7/09)
K'jaan akui PPSMI banyak kelemahan (Malaysiakini 8/7/09)
Mansuh PPSMI 'kejayaan rakyat' (Malaysiakini 8/7/09)
Dr Mahathir pertikai mansuh PPSMI (Malaysiakini 8/7/09)
Dr Mahathir pertahan PPSMI (Malaysiakini 8/7/09)
Language-switch policy scrapped (Malaysiakini 8/7/09)
Muhyiddin: Mahathir accepts the decision (Malaysiakini 8/7/09)
... smouldering Dr M hints otherwise (Malaysiakini 8/7/09)
My views are not reflected in the decision (Tun Dr Mahathir Mohamad 8/7/09)
Pi mai, pi mai, dok tang tu jugak (Datin Paduka Marina Mahathir 8/7/09)
Government scraps teaching of maths and science in English (Malaysian Insider 8/7/09)
Dr M claims his opinions on language switch ignored (Malaysian Insider 8/7/09)
Pakatan asks why PPSMI dropped (Malaysian Insider 8/7/09)
Groups react to decision on maths and science (The Nut Graph 8/7/09)
Pemansuhan PPSMI jejas masa depan anak-anak - Dr Mahathir (mStar Online 8/7/09)
PPSMI dimansuh, Sains dan Matematik dalam BM, bahasa ibunda pada 2012 (mStar Online 8/7/09)
PPSMI: GMP sifatkan "selera rakyat" diterima kerajaan (mStar Online 8/7/09)
PPSMI: Muhyiddin jelaskan Mahathir perubahan dasar (mStar Online 8/7/09)
PPSMI: Gapena mahu pemansuhan keperingkat Tingkatan Enam dan matrikulasi (mStar Online 8/7/09)










Cantik? Klik 






Tan Sri Mahyuddin sendiri tegaskan, keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI bukan untuk kepentingan politik, tetapi setelah mengambil kita prestasi dan pencapaian pelajar. Bahasa Melayu diutamakan dan Bahasa Inggeris diperkasakan.
PPSMI MANSUH 2012
Walaupun dalam tempoh 3 tahun akan datang keputusan ini masih boleh DIUBAH namun keputusan hari ini adalah yang terbaik dalam sejarah pendidikan negara.
Ingatlah catatan terbaik ini akan menjadi hina dan kotor jika ada sifat dolak-dalik selepas ini. Ini amaran kepada pembuat keputusan yang ada kaitannya dengan kepentingan BAHASA DAN UMAT MELAYU -jangan main-main atau jangan berpolitik murahan. Keputusan ini adalah muktamad. Jika ini hanyalah muslihat maka Kami SEJUTA rakyat yang cintakan bahasa akan turun ke jalanan - tunggulah!
Teruskan perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu, berjiwa besarlah, hapuskan akal dan jiwa terjajah!
ABAIKAN MAHATHIR SEKEJAP! FIKIRKAN DENGAN AKAL JERNIH!
Menguna bahasa ibunda untok faham Sains dan Mathematic itu lebeh baik dari menguna bahasa Ingeris yang kita tidak mahir untok faham Sains dan Mathematik.
Jepun Korea dan Cina tiada masaalah faham Sains dan Mathermatik dalam bahasa ibunda mereka, dan mereka juga ada kala lebeh maju dari Negar2 yang guna bahasa Ingeris untok Sains dan Mathematik.
Jika tujuan belajar Sains dan Mathematik hanya untok jadi hamba abdi kapada syarikat2 Ingeris, memang betul lah perlu belajar Sains dan Mathematik dalam bahasa Ingeris.Tapi kalau nak jadi pencipta/inventor,saya fikir dalam bahasa apa pun boleh.
Ini samalah seperti malaun yang kata perlu belajar bahasa Arab kalau nak faham Islam. Itu cuma dogma dan bukannya kebenaran. Melayu agama Alquran lebeh faham Islam dari Arab agama Hadis.Mazhab Sunni dan Syiah tu agama hadis.Agama AlQuran tiada bermazhab.
Setan pun boleh berbahasa Arab dan sesatkan Muslim dengan lahwal hadis(rujuk AlQuran 31:6).
Sila berbahas di..
http://warongpakyeh.blogspot.com
i got nutting else to say bout the ppsmi..
tapi bila pak yeh kata..
"Ini samalah seperti malaun yang kata perlu belajar bahasa Arab kalau nak faham Islam. Itu cuma dogma dan bukannya kebenaran. Melayu agama Alquran lebeh faham Islam dari Arab agama Hadis.Mazhab Sunni dan Syiah tu agama hadis.Agama AlQuran tiada bermazhab.
Setan pun boleh berbahasa Arab dan sesatkan Muslim dengan lahwal hadis(rujuk AlQuran 31:6)."
wow! tersangatlah melayu akan perkataannya.. kalau begitu tak payah laa baca Quran dlm bahasa arab, baca terjemahan dlm bahasa melayu dah cukup.. tak gitu? ;)
i dun think so..
asal nama malaun adalah nama seorg sufi yg kelihatan bodoh tetapi sangat tajam dan mendalam akan kata2nya.. dan aku percaya setan mmg boleh berbahasa bahasa arab, bukankah itu bahasa syurga dimana dia berasal?
pak bakaq menyokong ideal ini kerana menguntungkan keluarga atau diri sendiri.cuba hang masuk kampung2,berapa kerat sangat orang miskin dpt mempelajari sains dan math dlm ingeris.kalau mak bapak dia berduit bolehlah hantar tuisyen.semua pakar2 telah membuat kajian,mengatakan ppsmi gagal sepenuhnya.
Bahasa Inggeris tidak dapat diperkasa jika tidak dipaksa pembelajarannya. Lepas ini ramailah graduan Melayu menganggur.
anak saya sebelum ppsmi 3 3 orang dpt 5a upsr. tapi, yg bungsu ambil upsr lepas ppsmi cuma dpt 4a. A dia bahasa inggeris, walhal hanya dia sorang yg saya sendiri hantar dia tiusyen sains dan bahasa inggeris, sebab bimbang dia lambat nak faham sains matematik dlm bahasa inggeris. sedangkan abang dan kakak2nya semua belajar kat sekolah saja. dan sekarang pun Alhamdulillah masing2 tiada masalah sewaktu belajar di ipta dlm bidang komputer dan sains nuklear. saya gembira ppsmi dihapuskan dan kalau boleh biar sampai tingkatan 6 dan matrikulasi. kerana saya bangga serta yakin dengan bangsa dan bahasa saya melayu InsyaALLAH......
Baru anak anak dan guru guru nak celik bahasa Inggeris dasar ditukar. Ini macam reverse engineering iaitu kejuruteraan gostan.
Bagi pendapat saya sebagai seorang tenaga pendidik, sepatutnya pemansuhan PPSMI dilaksanakan segera, bukannya tertangguh hingga 2012. Kepada suatu sistem yang telah dikenalpasti tidak menguntungkan anak-anak kita, lebih baik disegerakan pemansuhan.
Suatu perkara lagi, isu pelajaran janganlah dipolitikkan. Keputusan yang diambil oleh Perdana Menteri yang lalu iaiti Dr Mahathir dibuat secara tergesa-gesa, tanpa dirujuk dan dibincang dengan para ahli akademik dan warga pendidik. Saya hormat pengetahuan beliau sebagai ahli politik dan dalam mungkin sesetengah bidang, tapi beliau tidak mungkin tahu tentang bidang pendidikan ini kerana beliau tidak pernah pun menjadi seorang guru. Beliau cuba acuankan orang lain boleh jadi hebat macam dia. Tapi realiti sebenar, anak-anak bangsa kita di kampung-kampung tu memang dah lama tercicir dalam sains dan matematik sejak diperkenalkan PPSMI. Kalau ditunggu lagi, alamat mampuslah anak-anak melayu ni nak fahan sains & maths. Saya selalu juga cakap, kalau dah nak pandai sangat sains & maths kena dalam BI, elok belajar agama Islam dalam bahasa Arab. Baru anak-anak kita semua dapat faham Islam dengan lebih mendalam. Tapi, kerana apa kita tak buat begitu? Kerana kita tahu jika demikian, alamat ramailah anak-anak kita yang tak faham Islam langsung!! Jadi untuk ahli-ahli politik ni, kalau tidak arif, jangan dok cuba-cuba dulu. Kalau dah pandai politik, tumpukan pada agenda politik saja, tak payah dok kacau-kacau sistem pendidikan yang dah lama mantap. Kalau rakyat suarakan pandangan, dengarlah. Tak semestinya kalau jadi menteri atau Perdana Menteri tu hebat mana sangat hingga semuanya serba betul dan serba tau.
graduan sains/maths akan tahu betapa perlunya PPSMI..yg.lain2 tu toksah cakap.
Sebenarnya PPSMI ni nak apa? Nak fasih berbahasa Inggeris atau nak supaya boleh hafal istilah sains? Kalau nak fasih bahasa Inggeris mcm Pak Bakaq cakap tengok je EPL tu.
Padan muka orang tua Mahathir.
Malah sastrerawan negara juga gagal menghasilkan karya bertaraf dunia.
Macamana Muhudin bentangkan maklumat yang salah. Objektif kat mana.
Pak ungku dan keluarga tak pernah cakap Melayu.
"Ini samalah seperti malaun yang kata perlu belajar bahasa Arab kalau nak faham Islam. Itu cuma dogma dan bukannya kebenaran. Melayu agama Alquran lebeh faham Islam dari Arab agama Hadis.Mazhab Sunni dan Syiah tu agama hadis.Agama AlQuran tiada bermazhab.
Setan pun boleh berbahasa Arab dan sesatkan Muslim dengan lahwal hadis(rujuk AlQuran 31:6)."
Pak Yeh,
Sebenarnya Bahasa Arab itu perlu untuk memahami Al-Quran. Sepatutnya kita ini orang Islam, Bahasa Arab itu menjadi bahasa utama kita, kalau tak utama pun, ia sepatutnya jadi bahasa kedua. Kerana pemahaman setepatnya kepada Al-Quran itu tidak ada cara lain melainkan mendalami Bahasa Arab, iaitu bahasa Al-Quran. Sebab itulah orang seperti Abu Syahadah (US Rapper), Yusuf Estes...dan ramai lagi saudara Islam kita yang apabila memeluk Islam mereka usaha belajar Bahasa Arab untuk memahami lagi Al-Quran.
Memanglah kita boleh faham Al-Quran daripada terjemahan akan tetapi sepertimana evolusi bahasa di dunia ini, tiada satu bahasa pun yang boleh memberikan makna yang tepat akan sesuatu perkataan yang dalam bahasa asalnya. Oleh kerana itulah kerja-kerja terjemahan perlu dilakukan secara teliti dan berhemah kerana jika diterjemah secara sambil lewa, maka kita akan terlepas maksud asal makna sesuatu ayat itu. Oleh itu, perlu ditekankan bahawa, cara pembelajaran Al-Quran yang sebenarnya dan sepatutnya dalam Bahasa Arab.
Nabi (saw) tidak pernah ajar bermazhab, kerana Islam itu satu. Pun begitu, bermazhab ini tidak salah kerana ia adalah merangkumi cara-cara Nabi (saw) melakukan ibadah di masa baginda masih hidup. Lagipun salah satu kebaikan mazhab ini adalah dalam perkara menyelesaikan masalsah fekah. Pun begitu, tidak semestinya pendekatan yang diambil mazhab lain dalam menyelesaikan sesuatu masalah fekah itu salah. Cuma ia menunjukkan bahawa Islam ini luas dan boleh diamalkan pada segenap masa dan ketika. Saya tidak arif dalam hal ini, minta tolong saudara yang lagi arif untuk huraikan bab mazhab.
Saya dulu ambil periksa penilaian darjah 5 dalam bahasa Melayu. Lepas tu saya ambil SRP dalam bahasa Melayu. Lepas tu pula saya ambil SPM, juga dalam bahasa Melayu. Lepas itu saya masuk Universiti, campur Melayu dan Inggeris. Lepas tu saya dapat kerja dengan syarikat Multinational dan kerja selama 16 tahun, di mana kerja saya menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya. Sekarang ini saya kerja pula sebagai pensyarah kejuruteraan, sampaikan kuliah dalam bahasa Inggeris. Saya tak ada apa2 masalah nak sampaikan kuliah saya, walaupun saya dulunya belajar asas sains dan matematik dalam bahasa Melayu. Bagi saya, bahasa Inggeris adalah cuma bahasa komunikasi linguistik, bukan bahasa teknikal yang terdapat pada sains dan maths. Sekiranya kita mempunyai asas yang kukuh dalam ilmu sains dan maths (walaupun pengantarnya bahasa Melayu), kita sudah tidak ada masalah untuk memahaminya dalam apa bahasa sekali pun. Sains dan maths adalah 2 ilmu yang berbeza, yang tidak sama dengan bahasa Inggeris. Yang paling penting ialah, anak-anak kita perlu faham sains dan matematik dalam bahasa yang termudah bagi mereka dan bukan bahasa yang terlalu asing bagi mereka. Apa gunanya bahasa Inggeris tu sangat jika ilmu sains pun tak faham, begitu juga dengan matematik? Kita tengok negara2 lain macam Rusia, Jepun, Jerman, China, France dll yang guna bahasa ibunda mereka. Mundurkah mereka tu? Korea Utara yang kebanyakannya tak tahu berbahasa Inggeris tu pun boleh buat bom nuklear. Jadi, di mana hebatnya sangat nak agung2kan bahasa Inggeris hinggakan anak2 bangsa kita ketinggalan ilmu pengetahuan sains dan teknologi? Sebenarnya adalah segelintir orang-orang melayu yang rasa elite yang tinggal di bandar-bandar besar, yang dalam rumahnya hanya cakap bahasa Inggeris dengan anak2, golongan2 inilah yang terlalu rasa hebat sangat bahasa Inggeris tu. Tetapi mereka2 ini tak lihat secara total, ke mana hala tuju anak2 orang kampung yang tinggal di luar bandar? Kesian saya lihat mereka, tak minat untuk pergi belajar di sekolah kerana tak faham apa yang mereka belajar iaitu sains dan maths. Apa nasib mereka ini nanti? Tentulah jika tak dimansuhkan PPSMI ini dengan segera, alamat anak2 kampung ini akan mewarisilah kemiskinan dan kekampungan mereka sampai bila2. Bangsa Malaysia pada umumnya akan jadi masyarakat yang bodoh teknologi dan kering-kontang dalam penyelidikan dan inovasi.
Bagi la org kampung belajar dlm bahasa malaysia dan org bandar dalam bahasa inggeris. Bagi pilihan. Bukan kah itu lebih adil. Win-win situation. Saya duduk dibandar, dan saya tahu peri pentingnya bahasa inggeris utk mempelajari sains.
dipetik dari blog mahathir ... pikir2kan lah
Kita harus ingat bahawa pelajaran bukan semata-mata untuk memaju atau mengembangkan bahasa. Pelajaran adalah untuk penguasaan ilmu, pelbagai jenis ilmu.
4. Yang boleh meningkatkan taraf dan kemajuan bahasa ialah matapelajaran bahasa itu sendiri dan diperingkat yang lebih tinggi mata pelajaran sastera.
5. Sains dan matematik tidak mungkin menolong kemajuan bahasa, khususnya bahasa Melayu.
6. Ini disebabkan bahasa sains dan matematik bukan daripada bahasa Melayu. Sebahagian besar daripada perkataan-perkataan dalam mata pelajaran ini adalah dalam bahasa Latin yang di-Inggeriskan.
7. Memang benar kita boleh Melayu-kan perkataan-perkataan ini, seperti juga kita Melayu-kan perkataan daripada lain-lain bahasa.
8. Memang boleh tetapi perkataan-perkataan sains bukan satu dua tapi beratus-ratus. Dan perkataan ini menjadi asas kepada perkataan yang mempunyai makna yang amat berlainan.
9. Umpamanya perkataan Oxygen (Oksigen) - satu jenis gas. Derivative (cabang) daripada perkataan ini adalah seperti berikut;
• Oxygenation
• Oxidation
• Oxide
• Oxidants
• Deoxydation
• Oxidise
• Oxidification
• Dioxide
• Monoxide
• Peroxide
10. Ini hanya bagi satu elemen daripada sebanyak 120 (118) elemen.
11. Tiap satu mempunyai banyak derivative. Tetapi ada perkataan-perkataan lain yang hanya untuk ilmu sains. Jika semuanya nak di-Melayukan, bahasa Melayu akan bertukar menjadi bahasa Inggeris, ejaan lain bunyi semacam. Sebenarnya ia bukan bahasa Melayu lagi.
12. Ilmu sains dan matematik bukan ilmu yang statik. Ilmu-ilmu ini berkembang sepanjang masa. Tiap hari ada hasil kaji selidik, penerokaan, ciptaan dan perluasan yang diperkenal melalui ratusan kertas-kertas yang ditulis.
13. Hampir semua ditulis dalam bahasa Inggeris. Untuk menterjemah tulisan ini kita perlu orang yang fasih dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan faham ilmu yang hendak diterjemah.
14. Kita ada beberapa kerat sahaja orang yang berkebolehan seperti ini. Itupun dalam dua tiga bidang sahaja. Orang yang layak seperti ini tidak berminat menjadi penterjemah seumur hidup. Apabila sains dan matematik diajar dalam bahasa Melayu, orang seperti ini tidak akan ada lagi. Bagaimanakah kita hendak ikuti perkembangan ilmu sains
Alam pekerjaan bahasa Inggeris amat penting melainkan jadi pegawai kerajaan dan ada pencen.
Orang Melayu yang berada hantar anak mereka diluar negeri. Budak - budak luar bandar disuruh belajar bahasa jiwa bangsa. Ini bukan one Malaysia. Ini politik murahan yang memberi keistimewaan kepada kaum Cina dan India. Orang melayu diperbodohkan.
Tengoklah manual kerja Jepun dikilang atau syarikat telekomunikasi, bukan 100% bahasa jepun, campur - csmpur. Mintak nak tengok pun jepun tak kasi.
Aku dulu amik Penilaian Darjah 5 juga, KLSR (Kurikulum Lama Sekolah Rendah) sebelum ditukar ke KBSR lepas pada tu. Sekarang aku musykil, terima kasih kepada Menteri Pelajaran kita yang betul-betul berfikiran jauh "terkehadapan"...sekarang ini apa perkataan yang betul? "Bahasa Melayu"? Or "Bahasa Malaysia"? Nak PPSMI la konon...nama untuk Bahasa ibunda pun dok ke hulu ke hilir lagi.
Apa nak risau PPSMI dimansuhkan...it's an option la. Kalau ibubapa yang rasa nak anak2 belajar dalam English, hantar ke tuition yang ajar dalam English Math and Science. For sure tutor kat UPM/UTM/UKM berterabur nak ajar subject tu dalam English. Look, can we have a proper education system with a firm mindset of what we want to achieve? Not a rojak system that rojak-cize everything? Kalau golongan penterjemah kita tidak terjemah ilmu sambil lepas batuk ditangga, maka kita boleh maju dan memajukan lagi Bahasa Ibunda kita. Perlu diingat, banyak perkataan teknologi yang wujud akibat daripada teknologi internet sedikit sebanyak mengambil perkataan dasar daripada perkataan yang sedia ada (contoh: e-mail, yang asalnya daripada perkataan electronic mail, last-last jadilah perkataan lengkap email). Yang mana tiada perkataan dasar itu, barulah terbentuk perkataan baru yang memberikan "a whole new meaning" to a certain word. Contohnya: Google.
Pernah tak dulu terpikir orang akan cakap begini? "Ko pegi google perkataan tu di internet..."???
Salam.
apa yg kecoh sgt. biasa je. dulu pun dalam bm. percaya pada tuhan yg beri rezeki. masa depan bukan di tangan bahasa inggeris. jgn jadi syirik.
Walau apa pun komen-komen yang ada di sini, pendapat saya ialah PPSMI adalah kesilapan besar kerajaan untuk majukan bahasa Inggeris. Kenapa tak dikorbankan subjek geografi dan sejarah ke dalam bahasa Inggeris? Subjek tersebutkan lebih bercorak linguistik? Kalau anak-anak kita bodoh geografi dan sejarah tu saya rasa boleh terima juga, dari bodoh sains dan maths dalam zaman sains & teknologi ini. Apa pun saya rasa, cuma segelitir saja anak-anak melayu ni yang akan berilmu dalam sains & maths nanti jika teruskan PPSMI. Yang lain-lain tu, belajar tak ke mana. Kita cuba lihat zaman LCE / MCE / HSC dulu, berapa kerat sangat anak melayu masuk universiti? Akhirnya UKM dan UTM ditubuhkan untuk mengendalikan pembelajaran dalam bahasa melayu. Kalau tidak, jangan haraplah peratus doktor dan jurutera melayu akan meningkat. Sekiranya sudah mansuhkan LCE /MCE / HSC dulu, janganlah diulangkan semula. Cukuplah kita melihat sejarah dahulu sebagai pengajaran. Tak dapat dinafikan, orang melayu memang lemah bahasa Inggeris dari dulu sampai sekarang (walaupun selepas diperkenalkan PPSMI) dan tak boleh guna kelemahan ini untuk menjadi bahasa pengantar ilmu yang lain. Alamat lingkup budak2 kita. Memang banyak istilah-istilah Inggeris yang dipinjamkan atau dimelayukan dalam sains, tetapi ianya adalah dalam bentuk katanama yang khusus. Bukan dalam bentuk suatu ayat penuh atau penjelasan panjang lebar. Inilah yang jadi masalah untuk anak-anak melayu kita ni. Dia orang faham, tapi tak boleh nak tulis atau jelaskan dalam bahasa Inggeris. Tapi kalau suruh tulis melayu, dia orang boleh terangkan dengan panjang lebar. Jadi dalam ilmu sains & maths ni, apa yang penting? Kefahaman mereka atau masalah bahasa mereka? Yang menjadi lagi masalah, biasanya cikgu2 mereka tak peduli kesilapan grammar Inggeris dalam sains dan maths. Budak2 ni pakai hentam past-tense, present-tense, plural, singular dll, cikgu sains & maths tak kisah itu semua, jadi budak2 ni sudah confuse. Bila budak2 tulis karangan subjek English, dia orang hentam serupa juga, grammar lintang-pukang. Bila tanya pasal apa banyak salah, dia orang kata dalam sains dan maths dia orang tulis grammar salah pun cikgu tak kisah! Oleh itu, ini melingkupkan lagi English budak2 tu. Saya ada kenal Mat Salleh dari UK yang mengajar satu subjek sains di sini. Dia kata dia tak peduli kalau budak-budak Malaysia ni buat kesilapan grammar dalam subjek dia, kerana dia bukan nak ajar English linguistic, dia hanya nak budak2 tu faham sains. Grammar lintang-punkang pun dia tak kisah, asalkan dia faham. Itu Mat Salleh, inikan kita orang Malaysia yang ajar! Apapun, memang elok sangat dihapuskan terus PPSMI tu dengan kadar segera, kalau tidak bertambah bodoh anak melayu ni.
Samad janggut meroyan lagi sebab duit royalti lambat.
Nanti graduan UTM akan macam graduan tahun lapan puluhan cakap orang putih macam cakap German. jadi jurutera kerajaan bolehlah.
Yang ramai dekat MRSM dan Sekolah Sains kan datang dari luar bandar. Orang Miskin bandar dapat apa. Telur Ayam.
Ismail, Firdaus, Samad dan Hassan, orang sekarang dah tak minat baca buku sastera melayu lagi yang menghayalkan. Cari makan cara lain pulak.
Masalah betoi MeLAYU ni.. Dok LAYU tak habih habih.. Bila susah saja sikit mula nak give-up.
Aku tanya anak-anak aku, depa prefer English medium. Aku rasa budak-budak takdak masalah. Yang bermasalah, adalah yang TUA-TUA.. Dah jenih benak English dah..
Satu-satu benda kalau kita tak rheti, toksah dok malula nak pi belajaq! Tak kan bila kita dah benak, anak-anak pun nak disuruh jadi benak jugak. InsyaAllah, depa tak dak masalah, pasai depa amat mudah dibentuk.
Jangan bila dah tua, masuk mesyuarat, English terketaq-ketaq bila berurusan walhal berpangkat tinggi. Orang speaking, mula la muka naik biru..
Melayu..melayu...DICKHEAD betoi!!
Satu subjek tiga bahasa. Dipaksa keatas rakyat Malaysia. Pendidikan perlu diliberasasikan. Tak kan nak ikut orang sastera yang jumud ilmu.
Balik balik nak ambil orang pencen, mat salleh nak ajar Inggeris. Orang Malaysia mana. Yang menganggur pun ramai yang bukan ambil bidang kritikal. Ini balik cerita asal. Dulu buat dekat IPTA pun hasilnya sama. Bukan makin faham bahasa Inggeris tetapi sebaliknya. Buat karangan bahasa Inggeris pun macam budak PPSMI darjah tiga je. Kerajaan patut tutup sekolah sains dan semua ajar sastera Melayu dan Inggeris je.
hoi memang takkan maju punya kalau ikut pandangan korang ni. taksub bi nombor wahid. budus. siapa yang nak bertanggungjawab dgn set minda begini? hoi tak matila kalau tak fasih bi. bisnes tak lingkuplah kalau mesyuarat tak guna bi. dunia tak kiamat sebab belajar sains dan mate dlm bm.
Walhasil balik asal,
Walhasal balik hasil,
Walhasil cari fasal,
ITU FASAL TAK HASIL.
P. Ramlee
Anon #32 : Bila dah benak tu...forever lah benak......
Bila pi interview, orang tanya..'Tell me about your family, in English, please.' Dia pun dengan confident menjawab, 'Oh! I don't have a family in England.'
Masaalah dunia belum kiamat, itu fasal tak hasil.
Banyak yang kat sini taksub sangat bahasa Inggeris, kononnya boleh bagi maju sangat bangsa melayu ni. Cuba lihat sejarah negara Korea Selatan pada awal 1970an, jauh lebih kebelakang banding dengan Malaysia. Tak dengar apa-apa barang pun yang dihasilkan pada peringkat global. Tapi Malaysia masa tu ada juga dengar pengeluar bijih timah, getah dan kelapa sawit no.1 di dunia. Cuba kaji sistem pendidikan Korea Selatan. Tak pun ianya bermegah dengan bahasa Inggeris tu hingga sekarang. Masuk universiti di Korea, masih kena guna bahasa dia, walaupun belajar engineering. Lihat sekarang, Korea Selatan jauh lebih hebat dari Malaysia. Dengan jenama Samsung, Kia, Hyundai dan Daewoo dah terkenal serata dunia. Rakyat Korea tu cuba tengok, sepatah haram Inggeris pun tak reti! Tapi boleh buat business peringkat global. Yang Malaysia ni, tak habis-habis dok sanjung bahasa Anglo-Saxon keturunan Robin Hood tu, sampai bahasa sendiri pun tak yakin boleh maju. Belajar bahasa Inggeris dah sampai lebih 7 keturunan sejak lanun Francis Light rampas Pulau Pinang, tapi rasa macam boleh maju dengan bahasa lanun tu dan sampai sekarang makin menjahanamkan negara. Apa punya orang melayu, tak ada keyakinan pada bahasa sendiri. Negara India tu rakyatnya banyak berpendidikan Inggeris dan ramai boleh berbahasa Inggeris, tapi maju sangatkah India tu, dengan kebuluran dan kemiskinan merata-rata? Hanya yang sokong sangat PPSMI ini adalah melayu yang otak sempit, jumud dan tidak punya keyakinan pada bahasa sendiri. Lebih baik hijrah saja ke Singapura atau pun ke Amerika, Australia dan UK. Sanjunglah bahasa mereka tu tinggi melangit di sana dan pujilah bahasa mereka yang sangat boleh memajukan anda sekeluarga. Tak guna jadi melayu jika tidak ada keyakinan pada bahasa sendiri.
hoi zero the otak zero, dlm ppsmi tak ajar buat karangan fasal famililah.apa yg kau bayangkan terlalu dahsyat seolah2 budak2 dah tak blaja bi langsung. tolonglah berenti fikir bodoh macam ni. kreatiflah sikit. sekali sekala fikirlah macam bangsa superior.
Anon 37. Ewaah...apa dia????? 'Kreatiflah sikit..????' 'Bangsa superior..????' Uwek!!!!
Anon 36. Dia ni..dok cerita bab nak maju..dengan bahasa ibunda konon..Dok cerita la pasai bangsa lain..india la..korea la..melalut sikit punya jauh..nak habaq bangsa kita pun boleh maju dgn bahasa kita...Piirraahh mabok!!!! Woi!!! Nak maju bukannya ataih bahasa woi...Attitude bro...attitude....ATTITUDE!!!! Maknanya..SIKAP!!!! Bukan sikat.. SIKAP. Tambah lagi.., TANGGUNGJAWAB.
-suruh belajaq sikit, dah gelabah bewak...Tu pun berangan nak maju......hua..hua..hua...
Selingan: Sorang Mamat ni, segak bergaya, naik kapalterbang. Stewardess pun waktu nak bagi minum, bertanyalah pada dia,'How do you like your coffee, sir?'
Dengan selambanya dia pun menjawab,'Well..., I like it very much'........
Fikirlah sikit. Kegunaan bahasa kebangsaan tu sebagai bahasa penyatuan. Bukan nak tegakkan ketuanan Melayu atau apa. Lagipun dengan dominannya bahasa Melayu, dakwah lebih senang dilakukan. Orang bukan Melayu akan baca buku Melayu, tulisan Melayu dan sedikit sebanyak mengambil pemikiran orang Melayu yang bercirikan Islam.
Kalau diajar math dan sain dalam bm peratus pelajar takkan meningkayt juga. Pelajar - pelajar ini ada masaalah lain.Sejarah akan berulang balik.
Kalau menteri dah iktiraf 'gabungan penerbit nasional' sebagai pejuang bahasa habis wawasan negara. Lepas ini dewan bahasa dan pustaka pun boleh diswastakan. Bagi Firdaus lubang(port) sikit. Nanti budak budak belajar balik 'Joystick' dalam bahasa Malaysia - BATANG GEMBIRA'
Jangan cakap orang korea tak pandai bahasa inggeris. Dia buat bodoh je. Diakan pakar ciplak. Pakar ciplak dia akan mahir dalam bahasa alat yang hendak diciplak. lepas itu baru alih bahasa korea. Bahasa ilmu kena ikut bahasa barang yang hendak diciplak.
Najib - 1 Malaysia.
Mahyudin - 1 Subjek 3 bahasa. 3 malaysia. Rakyat tak diutamakan.
Banyak orang yang kat sini fikiran tak matang dan bodoh, terutamanya Zero The Hero. Boleh belahlah pi dok Amerika lah. Buat apa dok sini lagi. Pi cakap bahasa Inggeris tu 100% kat sana. Banggalah dgn dia orang tu.....Kalau nak suruh orang melayu ubah attitude jadi macam rakyat Korea atau Jepun tu macamana pulak? bagi penyelesaiannya! Bukan nak kena belajar dalam PPSMI baru Melayu boleh ubah attitude kot? PPMSI ada pelajaran utk ubah attitude kah? Apa punya bangang punya orang Melayu!!!!
Untuk Anony No.42, aku biasa deal dgn org Korea, aku tahulah org Korea tak reti cakap Inggeris! Dia org ciplak barang pun, sekurang-kurangnya tahu macamana nak improve, sebab dia org dah ada ilmu nak modify, walau guna bahasa dia. Kita ni, pandai kah ciplak, walau belajar bahasa org putih? Dok bodoh kayu macam tulah juga..... Jadi rumusan saya, PPSMI memang suatu tindakan yang tidak tepat dan tak wajar dilaksanakan dari awal-awal lagi dan sampai bila-bila pun di bumi Malaysia ini!!
org malaysia termasuklah melayu ramai yg fasih bi berbanding negara lain. apa yg lebihnya? artis malaysia bangsa melayu, bi bukan main fasih, apa kejayaan mereka setaraf dgn kefasihan mereka dlm bi? aku tak nampak apa2 kejayaan yg nak dibanggakan kecuali menunjuk2 saja. contohi negara lain, tetap belajar bahasa inggeris tapi taklah spt kita mesti fasih macam org putih. tu gila namanya. kalau setakat boleh borak ngan pramugari dlm kapal terbang dlm bi tu kira majulah tu? kerana fikiran kita yg kata bi nombor 1, ramai yg jadi bodoh dan dibodohkan bi. siapa kata temuduga, mesyuarat mesti dlm bi, tak boleh dlm bahasa lain? itu contoh pemikiran statik. dan budak2 tetap belajar bi, apa masalahnya? bang, kita fikir jgn statik bang. dlm dunia ni, kena kreatif. kalau fikiran kena kongkong macam ni, tak boleh fikir secara kreatif dan kritis. kesian betul aku kat bangsa aku.
Apa pun pendapat anda semua samada sokong atau tidak PPSMI ini, aku baru balik dari mesyuarat PIBG tadi. Di tunjuk peratus kejatuhan pencapaian budak melayu dalam PMR dan SPM tahun-tahun lepas dalam subject sains & maths. Memang amat ketara dari tahun ke tahun. Tak nampak trend ini meningkat langsung. Makin lama nampak makin mengurang yang lulus. Amat malang sekali pencapaian budak2 melayu. Tak tahulah samada perlu sokong atau tidak PPSMI ini lama mana lagi. Tak nampak hasil kebaikan kepada budak2 melayu pun. Kesian kat depa dan keluarga depa. Kesian juga pada menteri-menteri dan golongan2 yang cuba sedaya upaya nak majukan anak2 melayu ni dengan PPSMI.
Tak payah cerita PIBG tengoklah zaman lima, enam. tujuh puluhan sekolah aliran melayu sain dan math tak meningkat juga. Muhudin yang handal pun belajar ekonomi dekat um bukan sain. Sebab kurang upaya.
Jepun dan korea lain mereka dekat olimpik pingat emas tak pernah dapat tetapi malaysia tiap - tiap olimpik dapat lebih seratus pingat emas. OKU.
orang yang mati2 pertahankan ppsmi pun tak mampu nak jayakan ppsmi ni. cakap bolehlah. sebab tak berpijak di bumi nyata. macam angan2 mat jenin. baca surat khabar bh tadi, cikgu dah mula ajar dlm bm balik. alasannya, murid lebih faham. tengok, berjaya ke ppsmi ni?
Aku ada ingat masa kecik2 dulu, pengayuh beca kat Penang ni ramai boleh berbahasa Inggeris. Tapi, aku bukanlah nak hina pekerjaan mereka tu, cuma nak bagitau hangpa semua kalau setakat pandai berbahasa Inggeris saja pun tak dapat ke mana-mana pun....kayuh lanca sampai mati. Artis-artis muda kita tu memang fasih berbahasa Inggeris, hinggakan nak tiru sangat perangai org putih, sampai buka baju masa buat live show di TV. Kalau biarkan, mungkin satu hari nanti boleh buka seluar tunjuk anu. Bangga sangatkan orang-orang macam ni boleh fasih berbahasa Inggeris? Majukan negara kita dari segi sains dan teknologi? Lu pikirlah sendiri...
Orang putih yang jajah Tanah Melayu tak suruh pun mansuh tulisan jawi, tapi melayu yang buat.
Orang putih tak paksa pun orang melayu bagi kerakyatan pada kaum pendatang Cina dan India ketika merdeka, tapi melayu buat.
Orang putih tak suruh pun orang melayu kena adakan sekolah Cina dan India, tapi melayu buat.
Orang putih tak suruh pun bagi Singapura keluar dari Malaysia tapi melayu bagi percuma pada Cina.
Orang putih tak suruh pun rombak sains dan matematik ke dalam bahasa Inggeris, tapi melayu buat.
Orang putih tak suruh pun anak2 melayu ni jadi bodoh sains dan maths, tapi melayu nak buat juga.
Inilah contoh melayu kalau dia orang nak tahu, melayu ni memang serba boleh! Benda orang tak suruh dia buat, dia memandai nak buat juga!
Sebenarnya bahasa Melayu tidak dimertabatkan kerana yang belajar sains dan ilmu hisab majoritinya orang Melayu. Mereka tiada pilihan tetapi dipaksa. Orang Cina dan India ikut bahasa masing - masing . Inilah fasal nak layan pejuang bahasa dari 'gabungan penerbit nasional' dan Pensil.
Bahasa Inggeris ini bahasa ilmu bukan bahasa penarik beca dan artis tunjuk perut.
Pelajar luar bandar ini kalau diberi jawapan peperiksaan sekali pun, ramai juga gagal dalam peperisaan. Begitu juga jika bahasa malaysia digunakan, ramai juga yang gagal. Lihatlah pada masaalah pokok bukan ranting - rantingnya.
Anon 51. Tah ape ape...melalut tak ketahuan bijik...dickhead...
belajar dlm bm lagi mudah faham. cikgu senang murid pun suka. tak baik susahkan org apa lagi paksa. kalau rasa dah tak boleh pi buat apa nak teruskan. dunia belum kiamat. peluang belajar mate dan sains cuma ada 11 tahun ja di sekolah. kenapa nak ambik risiko? bi boleh terus dipelajari lepas habis sekolah, kelas dan buku berlambak2. maka, jgn korbankan sains dan mate demi bi.
Untuk Anony no.54, anda tak perlu anggap bahasa Inggeris saja boleh jadi bahasa ilmu. Kalau gitu kenapa tak ajar anak2 melayu ilmu agama Islam dalam bahasa Inggeris? Budak2 kita yang pergi belajar di Jepun, Korea, Jerman, Rusia, France, Belgium, Finland, tak guna pun bahasa Inggeris dalam pembelajaran mereka, tapi boleh balik dengan ijazah dalam kejuruteraan, kedoktoran dll. Jadi di mana rasional nya kata bahasa Inggeris bahasa ilmu sangat? Anda mesti keluar dari kepompong bangang anda tu!!
Untuk Anony no. 55, anda seorang yang tak rujuk fakta statistik. Peratus kelulusan pelajar melayu adalah jauh lebih tinggi sebelum PPSMI. Dah disebutkan banyak kali bahawa semakin jelas jurang diantara pencapaian pelajar bandar dan luar bandar. Anda nak tunggu jurang ni semakin menjauh hingga ke tahap mana lagi? Anda rasa baik sangatkah PPSMI ni? Suatu tindakan bodoh kerajaan dan orang-orang yang rasa diri terlalu hebat dan ingin membiarkan anak-anak melayu yang ramai ni jadi bodoh teknologi oleh kerana kecacatan dari masalah bahasa saja. Baca fakta dalam Mingguan Malaysia hari ni, diterangkan panjang lebar kenapa harus dimansuhkan terus PPSMI. Memang yang kita lihat sekarang ini adalah masalah pokoknya, dan tak ada ranting2 lagi. Puncanya ialah masalah bahasa yang terlalu asing untuk difahami. Sains dan maths perlukan kefahaman, walau dalam bahasa apa sekali pun. Kalau tak faham, lebih baik tak perlu ajar langsung. Tak boleh nak elokkan bahasa Inggeris tu kerana sains dan maths. Sains dan maths adalah ilmu simbolik dan angka. Bahasa Inggeris tu sendiri adalah bersifat ilmu linguistik yang lebih perlukan kefahaman interaksi dalam pertuturan. Anda perlu lebih cerdik lagi dari menyokong PPSMI secara membabi buta.
Betul sangat tu pada Anony no. 57. BI ni boleh belajar bila-bila pun walau selepas tamat sekolah, tapi sains dan maths biasanya dibelajar masa alam persekolahan saja.
Kalaulah betul sebelum PPSMI pelajar luar bandar ni peratusan kelulusan sain dan mathematik adalah lebih tinggi tak kanlah sehingga tahun 2004 mengikut perangkaan, professional melayu, akauntan hanya 21%, doktor 37% dan jurutera 46%. Melayu dan Bumiputra merupakan 62% penduduk Malaysia manakala manakala bukan melayu 38%.
Professional Melayu yang graduate dari, Jepun, Korea, German, Russia, France, Belgium dan Finland amat kurang dinegara kita. Yang kata jadi CEO GLC pun belum ada nampak. Yang handal handal dekat IPTA pun tak nampak juga. Adalah sikit- sikit dekat kilang.
Sepatutnya menteri ini matapkan pelajaran sain dan mathematik. Ini kelemaham pelajar diluar bandar. Walau pun ia diajar dalam bahasa iban, kadazan atau pun melanau mereka akan ramai yang akan gagal juga.
Sain dan mathematik bukan sahaja ilmu simbolik dan angka. Ia jauh lebih dari itu. Kkalau had hafal formula je alamat lingkuplah negara.
The jostick goes into the port of the client. Dialih bahasa kepada bahasa sain melayu - Batang gembira itu akan dimasukkan ke lubang pelanggan. hancus.
Asas Malaysia adalah melayu, samada bahasa mahupun adat-resam. Tak suka bahasa melayu, boleh hijrah ke negara lain dalam dunia ni. Banyak pilihan boleh anda buat. Hidup kat Malaysia ni susah, tak boleh belajar dalam BI semua. Go to hell. Go abroad. Nasib baik kerajaan Muhyiddin ni tak bodoh macam yang ada dalam forum ni. Kalau tidak lingkup habis anak melayu.
Kalau dah benak tu...forever lah benak..
Bangsa yang phobia, bacul dalam usaha mendalami sesuatu apabila ianya tidak menepati citarasa belacannya. MeLayu...
mari kita pandang ke hadapan. buat apa nak habis masa bincang pasal benda yg lepas. mungkin di sebalik penghinaan golongan penagih inggeris semakin menguatkan diri kita dan memerdekakan fikiran kita. memang kita mundur sekarang spt bangsa2 maju mundur dahulu. tiada negara yg maju sekelip mata. biarlah kita bertatih hatta merangkak sekalipun. biarlah golongan yg tak mampu fikir selain drp bahasa inggeris terus menghina kita, saudara mereka sendiri. kita lebih kenal anak2 kita. kita lebih kasihkan golongan lemah dlm kalangan kita. yakinlah tuhan bersama kita. masa depan kita di tangan tuhan. kalau kita percaya masa depan kita pada sesuatu kuasa selainnya spt sesetengah golongan yg percaya masa depan mereka bergantung pada bahasa asing yg tarafnya sama saja di sisi Allah, lemahnya kita sebagai org islam.
semua org benak gringgo kau sorang je yg tak benak. apa2 benda tentang bahasa inggeris semuanya bagus kan. yg benak bangsa kau aje. sapa suruh jadi org kg tinggal kat pedalaman. sapa suruh jadi miskin. sapa suruh tinggal dlm hutan join org asli. sapa suruh itu sapa suruh ini. lain kali kalau dgr apa2 tentang inggeris, ikut jelah. sekarang kan dah takda masa depan.
(ya Allah ampunilah kami semua tiada kuasa selainmu, masa depan kami di tanganmu ya Allah, bukan pada bahasa inggeris)
Nak menuntut ilmu pun bacul, apa cerita??????? Bahasa bangsa terhapuslah jua..uweeek!!!
Why must we go abroad. We are Malaysian. Tanah tumpahku yang dirahmati dan diberkati
Allah swt.
Ini yang dikatakan nak menuntut ilmu, laksanakan PPMSI RM 6 billion, batalkan PPMSI belanja lagi RM billion. Potong elaun guru PPMSI jimat RM 40 million. Samad Janggut mintak lagi peruntukan untuk martabat hahasa Melayu sastera bagilah lagi RM 2 billion.
Lu pikirlah sendiri.
Yang bermasaalah pelajar luar bandar. Selesaikan masaalah pelajar luar bandar. Apa menteri goyang kaki. Tetapi dekat bandar sekolah macam reban ayam pun masih ada lagi. Tetapi pelajarnya taada masaalah. Tetapi kalau harap guru juga masaalah. Kelas A dan B ok . Tapi kalau dah kelas C sampai E. Bandar luar bandar sama.
Saya suka perkataan "golongan penagih Inggeris" yang disebut oleh Anony 67. Golongan penagih Inggeris ni, dia rasa orang Inggeris tu semua superior. Awal-awal lagi dia dah letakkan melayu dia di bawah (itu pun kalau dia melayu, kalau tak, tak kisahlah). Golongan-golongan ni taksub sangat pada orang putih tu, hinggakan kalau kentut mereka tu mesti golongan ni kata wangi. Bangsa melayu pun boleh maju tanpa guna bahasa Inggeris, cuma puak-puak taksub ni dah tak rasa diri mereka melayu pun. Mereka ni perasan, pi tengok juburlah dulu, kalau putih macam mat salleh tak apa juga. Ini jubur hitam, mengaku orang putih. Akhirnya, orang kata mat salleh jubur hitam!!!
Berapa kali lagi kita nak bertatih dan merangkak ni sampai kepala lutut pun dah bengkak dan bernanah. Cukup - Cukup lah. Sekali merangkak RM 6 billion, sekarang disuruh merangkak lagi RM 5 billion. Adakah kerajaan (rakyat) duit nak bayar ini. Takut pimai pimai tang tu sahaja.
Tak apalah orang nak panggil mat salleh buntut hitam pun tak apa asal kan ilmu penuh didada
Sekarang dekat sekolah rendah pun dah ada pejaran bahasa kedua - arab, mandarin, tamil dan lain-lain. Pilih je mana yang sesuai.
Kalau dah suka sangat pada mat salleh tu, kahwin saja dgn wanita mereka. Tapi aku ingat orang putih ni tak ada kelapar nak kahwin orang melayu. Melayu sendiri yang terlebih perasan. Suluh buntut sendiri lihat hitam atau putih.
Puak-puak penagih Inggeris ni bukannya ada maruah diri. Sepatutnya golongan ni pertahankan bangsa dan bahasa sendiri, tapi dok puji mati-matian bahasa org putih tu baguih...tak bersyukur langsung Allah lahirkan kau melayu. Nasib baik Allah tak lahirkan kau seorang negro dok di Somalia. Bukan nak hina sesiapa, tapi yang paling mulia disisi Allah adalah iman dan takwa seseorang. Allah tak bezakan warna kulit atau bahasa seseorang. Jadi kau mesti anggap melayu layak dipandang tinggi, walaupun tanpa kita belajar bahasa Inggeris tu pun.
Apasal Anom. 78 ni asyik cerita pasal butut je. Mungkin beliau ini golongan dari negeri sodom.
Kalau melayu sendiri kurang budi bahasa macamana melayu nak dipandang tinggi. Gohlayu.
Berita harian - 14/07/09 - PM besikap terbuka terhadap cadangan supaya sekolah dibandar dibenar menggunakan PPSMI. Kubang Pasu.