Sedap!! Klik gambar di atas!

Najib lebih teruk dari Pak Lah?

Datuk Seri Najib Tun Razak baru sahaja jadi Perdana Menteri. Beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 3 April lalu. Hari ni baru 4 Julai. Maknanya baru tiga bulan dia jadi Perdana Menteri. Hari ini, Malaysian Insider menyiarkan berita bertajuk "Dr Mahathir: Plan to open up economy won’t help" (Gambar di sebelah juga ihsan Malaysian Insider).

Baru tiga bulan jadi Perdana Menteri dah kena debik dengan Tun Dr Mahathir Mohamad. Menurut Dr Mahathir, liberalisasi ekonomi yang dibuat Najib tak membantu sesiapa pun. Kita pun dah dok nampak dah, orang Cina tak dibantu, orang India tak dibantu, orang Melayu tak payah cakap la...

Memang la, tak mampu sungguh kita nak percaya Najib dan Umno membantu Melayu.

Dr Mahathir juga berkata, apa yang dibuat oleh Najib itu lebih kepada nak popularkan dirinya sahaja.

Kalau masa Tun Abdullah Ahmad Badawi jadi Perdana Menteri dulu, dan jugak setahun lebih dia jadi Perdana Menteri barulah Dr Mahathir memberikan pandangan yang pada mulanya tak membantu dan penghujunganya hingga ke peringkat membunuh mati rejim dan kekuasaan Abdullah. Pada waktu itu, kira-kira pada bulan Mei 2005 barulah Dr Mahathir keluar dari pencen.

Selepas itu, beliau terus bersuara dan bersuara dan bersuara sehinggalah rejim Abdullah begitu cepat tertungging dalam pusara.

Tapi kali ini, tak dan empat bulan Najib jadi Perdana Menteri, dah kena luku suami kepada bini Najib (BN) tu.

Tetapi, jika dikenang-kenang balik, apa nak heran. Belum jadi Perdana Menteri pun Najib dah jenuh kena pulas telinga.

Dr Mahathir pernah menyifatkan Najib tidak cekap, lemah dan pengecut, tidak menunjukkan sebarang kekuatan dalam bidang politik dan lebih bersifat seorang pengikut dari seorang pemimpin.

Beliau juga tidak yakin Najib mampu menghadapi cabaran berikutan kemelesetan ekonomi global.

Bekas Presiden Umno itu juga pernah menyatakan beliau tidak yakin peralihan kuasa di dalam Umno akan memulihkan parti itu.

Beliau tidak yakin gejala rasuah dan politik wang dalam Umno dapat dibendung meskipun Najib bakal menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno.

"Apakah dengan peralihan kuasa itu dapat memulihkan parti? Saya tidak boleh yakin lagi kerana saya belum lagi nampak Najib mampu menyelesaikan masalah rasuah dan politik wang.

"Kita tidak akan dapat semula Umno yang bersih untuk mewakili kita selagi ia tidak dibendung," katanya.

Bekas Presiden Umno itu berkata, gejala itu agak sukar dikawal kerana rasuah telah menjadi satu budaya di kalangan ahli-ahli Umno yang mahukan sesuatu jawatan terutamanya menjelang perhimpunan Agug Umno.

Sebelum itu, Dr Mahathir menganggap peralihan kuasa adalah sia-sia apabila Najib menyatakan beliau mahu meneruskan polisi-polisi yang dilaksanakan oleh Abdullah.

Dari pendedahan Dr Mahathir juga, Malaysiakini melaporkan Najib dibayangi "budak-budak Tingkat Empat (Jabatan Perdana Menteri)".

Persoalannya, adakah Najib lebih teruk dari Abdullah?

Berkaitan:
Dr M: Where did Petronas money go? (Malaysian Insider 4/7/09 - Najib was DPM from 1/7/2004 to 3/4/2009)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Najib tenggelam punca !!!

  2. mahathir akan tetap komplen mana-mana perdana menteri selagi bukan mukhriz mahadei yang jadi perdana menteri... kehkehkehkeh...

  3. Salam semua,Betul tu bakaq Najib masih dibayangi budak budak tingkat 4 JPM,mahathir pun dah meluat dengan najib ,memang najib sebagai pengikut yang setia jer tak da talen sebagai pemimpin,belom nampak satu pun tindakan najib selama jadi PM ni yang orang melayu boleh bangga,apa agenda najib utk menyelamatkan ekonomi malaysia? .Jika waktu ini anwar diberikan peluang menerajui malaysia aku percaya sekarang ini adalah waktu untuk malaysia merayakan "harapan baru rakyat malaysia' setelah 12 tahun ditinggalkan jiran sebelah[singapore]dalam kemajuan ekonomi.

  4. Bukan siapa yang komen yang penting, tetapi apa yang dikomen itu perlu diteliti sama ada benar atau tidak benar. Jangan bias terhadap Mahathir mungkin semata-mata kerana anda mungkin salah seorang yang tak sukakan dia, tetapi telitilah dulu apa yang dia cakap. "Apa yang dia cakap" tu lebih penting bukan "siapa yang bercakap". Andaikata apa yang dia cakap tu nanti ternyata ada kebenarannya, barulah nampak sangat kita ni bodoh masa tu dah terlambat nak menyesal.

  5. Salam...

    teori RAHMAN dan lengkap dah.. Naib adalah yang akhir untuk UMNO.. selepas ini UMNO akan jadi Ketua Pembangkang dalam Parlimen.. Insyaallah.

  6. Pemimpin yang naik melalui sajian pinggan emas selalunya tidak banyak ideas.Mari kita sama sama cek dan selidik kejayaan Najib sebagai Ketua Kerajaan melalui politik. Sebagai Menteri Besar Pahang..apa ke benda yang dibuatnya?Sebagai Menteri Pendidikan.. yang saya nampak tumbuh macam cendawan lepas hujan Institut Pengajian Tinggi Swasta.Tanya pengendali IPTS Melayu (UMNO) yang mendapat lesen IPTS, berapa kerat sahaja yang tinggal.Sebagai Menteri Pertahanan memang banyak jasanya.Berjaya mempulun melalui kroninya RM500 juta, entah macam mana terbunuh pulak Altantunya dengan C4.Sebagai Menteri Kewangan entah berapa billion pulak lesap melalui Value Cap yang tak nampak muncul pun kesan ekonominya.Sebagai PM beliau berjaya merongkaikan DEB hasil bapanya untuk diagih2kan kepada pelabur asing.Najib fikir hanya dengan melonggarkan syarat2 pelaburan akan berduyunlah FDI, tapi FDI pun tahu juga mekanisma pemerentahan di Malaysia ala UMNO tidak boleh dipercayai. Itulah Najib yang disedekahkan jawatan tertinggi Negara melalui dulang emas oleh orang Melayu UMNO.

  7. Apa nak heran. Crime Minister lah di katakan.

    Baca lagi rencana "Alahai Crime Minister" di

    http://warongpakyeh.blogspot.com

  8. Mahadey akan jatuhkan najib utk naik kan muhyiddin pulak. tunggu dan lihat dalam hingga akhir tahun nanti..

  9. Anonymous said...
    Saturday, July 4, 2009 8:30:00 PM MYT

    Bukan siapa yang komen yang penting, tetapi apa yang dikomen itu perlu diteliti sama ada benar atau tidak benar. Jangan bias terhadap Mahathir mungkin semata-mata kerana anda mungkin salah seorang yang tak sukakan dia, tetapi telitilah dulu apa yang dia cakap. "Apa yang dia cakap" tu lebih penting bukan "siapa yang bercakap". Andaikata apa yang dia cakap tu nanti ternyata ada kebenarannya, barulah nampak sangat kita ni bodoh masa tu dah terlambat nak menyesal.

    ========================

    woi... orang lain tau lama dah la najib tak leh pakai...

    masalahnya mahadei ko tu yang beria-ia nak dia naik... pasal nak sediakan jalan untuk anak dia tuh...
    dulu dengan dolah pun macam tu juga... tapi pasal dolah ngelat... dia usaha la bagi jatuh cepat...
    ni najib pun pasal ada tanda nak derhaka... hantam laaa...
    cuba najib tak derhaka... najib la orang yang paling layak sekali selepas anak dia, dan dia laaa.... kehkehkeh...

    tak payah cakap pun semua orang tau najib tak guna... ko je yang kena tunggu mahadei cakap...

  10. Biasa la jenis Orang Kaya Bangsawan kalau setakat bodek raja/bos cekap. Dapat title pun sebab mak bapak. Setakat showmanship, ronda-ronda dan berpesta yang itu selalunya ada class..

    Lain-lain jangan nak harap.

    Melayu ni tak kira dudok diatas ke bawah kalau masih berotak feudal (bukan berjiwa Islam) tak mungkin kemana..

  11. Penarik beca,

    Apabila syarikat- syarikat yang disenaraikan di Bursa Kuala Lumpur tidak lagi perlu memperuntukan 30 peratus saham kepada Bumiputera atas alasan untuk menarik pelaburan asing melabur bermakna perubahan mendadak ini menyamai kehendak pihak pembangkang sebelum ini.

    Ahli UMNO-BN yang melantik Mohd. Najib jadi ketua negara dilihat tidak membantah seolah-olah apa yang diputuskan itu amat baik sedangkan sebelum itu isu itu pernah ditimbulkan naman ahli UMNO dan pengampunya sanggup berdemo ditengah jalan kononnya untuk mempertahankan hak dan keistimewaan bumiputera.

    Kenapa sekarang ahli UMNO diam tidak membantah seperti orang bangang apabila Mohd. Najib membuat keputusan seperti itu...? Apakah DEB yang diwar-warkan sebelum ini hanyalah satu kelentongan/tipu helah dimana para politikus Melayu berkumpul membuat dasar atas nama Melayu. Dengan bersandarkan keMelayuan maka para politikus Melayu ini dapat ‘merembat’ harta negara khusus untuk kroni mereka saja...?

  12. Salam,

    Kesian aku kat cek det ni....

  13. TAN SRI KHALID CADANG 10% UITM UTK PELAJAR NON BUMI PEMUDA UMNO BISING SATU MALAYA NAJIB HAPUS 30% MANA PEGI PEJUANG BANGSA.

  14. aku lagi kesian pada yang kesian pada che det..

  15. Sekurang kurangnya najib tak segairah dollah membolot harta. jadi Pm terus jalankan projek.

  16. Yang mustahak jangan guna politk untuk anak beranak,isteri, menantu dan kroni.

  17. 'Najib tenggelam punca !!!'

    Najib dan UMNO akan tenggelam sedalam-dalamnya.
    InsyaAllah UMNO akan jadi pembangkang di Parlimen..

  18. TEGURAN MERUPAKAN SATU CABARAN MENINGKATKAN POTENSI DIRI

  19. Paklah was the worst PM amongst the PM that we have.

  20. kalau kita buat kerja tak ikut Alquran dan hadis Nabi s.a.w & nasihat para alim ulamak inilah keadaan yang berlaku dibumi Malaysia yang tercinta ini.

  21. Kita bagi (jual) Proton pada syarikat luar, kita bagi KLIA pada syarikat luar, kita bagi kampung kita pada orang luar, kita bagi segala-galanya – kan dapat pulangan duit kertas.

    Atau itik yang bertelur emas (asset) ni kita simpan – telurnya saja kita liberalisasikan. itik (ketuanan) kita simpan – tiada kompromi dalam hal ketuanan kita.

    Liberalisasi ekonomi cenderung kepada penjajahan sesebuah negara. Cuba fikir kenapa mana-mana syarikat yang hendak bertapak diSarawak perlu didaftarkan mengikut kehendak negeri Sarawak iaitu 51% ekuitinya hendaklah orang Sarawak. Kenapa, kemasukkan orang semenanjung (walhal warganegara Malaysia) ke Sarawak bersyarat?
    Peliknya, bila orang luar/ syarikat asing – mudah sangat diberikan “kerakyatan” penuh berniaga – untungnya disedut keluar negara balik ke tanah asal nenek moyang mereka.
    Apa yang orang tempatan dapat dipenghujungnya? Bila madunya sudah habis, mereka pun belah - Seperti Tun Mahathir kata, mereka ini/ syarikat luar ini tiada kesetiaan – itulah pentingnya disyaratkan 30% – sebaiknya (ideal) ekuiti orang tempatan adalah 51% apapun 49% pun takpe. Kalau 30% ini dihapuskan atau direndahkan lagi, bukankah itu hakikatnya kita sudah hilang ketuanan?
    Betulkah, Orang Melayupun dari negeri bukan Kelantan tak lepas jika hendak memiliki tanah diKelantan kalau bukan anak jati Kelantan – hati-hati dengan liberalisasi. Kenapa ada Tanah Simpanan Melayu? kenapa ada Hutan Simpan? Kenapa ada hak pribumi? dan sebgainya – kita tidak boleh liberalisasi secara mutlak. Yang kuat menelan yang lemah itu undang-undang rimba.

    Apakah kita sudah begitu kuat untuk liberalisasi?

    Dr Abdul Rani Bin Kamarudin

  22. Sikap bergantung kepada kontrak dan projek kerajaan tidak lagi boleh dijadikan 'senjata' untuk meningkat perekonomian orang Melayu.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008