Najib carpab aniaya budak sekolah

Anak kawan saya mengaji di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Pagi-pagi buta semalam, barangkali gelap-gelap tanah lagi, depa dikerah naik bas. Maklumlah, pukul 11 pagi majlis nak mula. Pi mana? PWTC. Buat apa? Tengok Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menopengkan 100 hari pemerintahannya yang disebut lebih banyak negatif oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dengan 11 hadiah..

Sat-sat tadi, saya baca Datuk A Kadir Jasin menulis seperti berikut:
These and the hints that more good things are to come were made at a gathering of about 3,000 – including school children -- at the Kuala Lumpur Convention Centre in Kuala Lumpur.
Nampak dak? Dia tulis termasuk budak-budak sekolah. Satu lagi pemimpin carpab yang miskin sokongan. Selama ini, kita melugai nak mampoih melihat perangai carpab bini dia. Sama ja laki bini. Sejak menjadi Menteri Pendidikan lagi Najib ni jenis carpab (cari publisiti). Keputusan periksa menteri yang umum.

Tak kisah kalau dia gila carpab. Tapi yang kerah budak-budak sekolah sampai di Kuala Kangsar tu apa gilanya? Gila carpab pun jangan la sampai aniaya budak-budak sekolah.

Sebelum ni, dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang, polis yang cari makan di bawah pentadbiran Najib menangkap mereka yang menjual topeng Altantuya Shaariibuu.

Tengok-tengok semalam Najib topengkan 100 hari yang buruk (buruk dengan negatif lebih kurang la makna dia) pemerintahannya dengan 11 gula-gula buruk siku.

"Kalau tercapai memanglah". Amboi! Sinisnya.

Apa pun, Najib bolehlah bergembira kerana Kelab Pencinta Umno tidak menutup pintu kepada parti yang dikepalainya.

Berkaitan:
Najib not going to win brownie points (Malaysiakini 12/7/09)

Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.
ImageChef Custom Images

  1. patutle dalam perjalanan ke masjid pagitu beberapa buah bas berada dalam kawasan kolej.ingatkan pelajar asrama penuh dari tempat lain berkumpul untuk aktiviti tahunan...rupanya nak angkut budak dengar najib cakap.boleh gila punya kerja

  2. Pertunjuknya,
    Pengetua MCKK ornag kuat UBN.
    Budak TKC tak de ke?

  3. Apa yang aniaya? Bukan kena jalan kaki. Naik bas. Bas MCKK ada air-cond. Berada diMCKK merupakan hadiah diatas kepintaran anak-anak kita, bukan semua anak2 berpeluang. Mereka cemerlang, sewajarnya dipertemukan dengan pemimpin yang mengetuai kerajaan, kerana sekolah itupun sekolah bantuan penuh kerajaan.

    Kankah semalam hari cuti? Bukan guna hari persekolahan. Depa dapat makan free apa? Dapat pusing KL lagi lepas tu.

    Ini pandangan dari sudut aku. Pendapat hangpapun tak salah pada sisi hangpa.

  4. nak paksa orang dewasa x boleh. Budak2 sekolah x masalah dapat juga melawat KLCC, KLIA, Putrajya, Cyberjaya dan banyak lagi .......

  5. budak sekolah sekarang pun dah cerdik.. tau mana baik mana orang jahat

  6. kesian kat budak-budak bijak tu, kecik-kecik lagi dah disuap dengan budaya korup UMNO!

  7. nak bawak budak jumpa pemimpin... suruh pemimpin tu turun lawat sekolah laaaa... bukan main punggah budak pagi-pagi buta gitu...
    bodoh!!
    kenapa nak kerah budak...

  8. Saudara,
    Saudara belajar kat MCKK even sekolah berasrama penuh pun tak pernah, nak sedap-sedap bagi comment 'insult intelligent'. Saudara tahu ker, nasib baik budget diorang memang tak ader, kalau boleh satu sekolah bebudak tu nak join pi dengar PM berucap.
    Saudara, generasi saudara sudah semakin ke penghujung. Bagi lah peluang anak-anak kita menghayati erti sebenar seorang Anak Melayu Islam yang sayangkan negaranya. Ayuh kita bersama menyumbang kearah sebuah masyarakat Melayu yang lebih tahu menilai nikmat Allah selama ini. Wassalam

    helmiehassan

  9. helmiehassan,

    Sorry bro aku pernah belajar di 3 sekolah asrama penuh. Mana ada budak asrama suka kalau hari cuti kena kacau. Kalau tak percaya pergi siasat hari sabtu dan hari ahad atau hari cuti lain. Hari cuti adalah hari paling senyap pada waktu pagi sebab kebanyakannya tengah tidur selepas sarapan pagi dan akan bangun masa makan tengahhari. So jangan nak kencing kata budak sekolah asrama kalau ada bajet nak jumpa Perdana Menteri.

  10. helmihassan,

    Kalau nak mengampu PM pun janganlah gunakan kanak-kanak sekolah.Budak-budak yang tinggal diasrama gunakan Hari Sabtu dan Minggu untuk berehat dan membersihkan pakaian,kasut dllg.Kalau nak "melancung" keK.L dan Putrajaya kena apa tak lakukan waktu cuti sekolah betul? Ini alasan yang tak bolih pakai.
    Umum mengetahui semua perjumpaan,perkumpulan,acara-acara yang dibuat melibatkan pembesar-pembesar UMNO - biasanya menggunakan kanak-kanak sekolah,pelajar universiti,rekrut polis dan askar - kalau tidak stadium atau dewan tak penuh.Semua orang tahu cerita ini - baju T,nasi bungkus,topi Jepun percuma,duit poket dan kenderaan percuma - ini kerja biasa pihak UMNO untuk memuja pemimpin-pemimpin mereka. Nak harapkan orang ramai,orang awam,rakyat biasa - akan kosong dan sunyi-sepilah stadium atau dewan.

  11. MCKK..apa kolej untuk orang melayu sajaka??Hang bagi anak hang pi kekolej Assobiah tu bakaq??!!ramai aku jumpa bila bab kena kat orang depa seronok dok sorak dan kutuk..tapi bila diri sindri masyukkk...teruih jadi setan bisu(pernah dengag terminologi ni dak?)

  12. Tak apa lah sesekali budak luar bandar nak pi tengok Putra Jaya. Lepas itu pi alamanda.

  13. universiti adalah tempat untuk pandirkan golongan cerdik pandai - pyanhabib..
    aku betul2 suke ngan kata2 pyanhabib ni..

  14. la awat tak pi ambik bayi-bayi kat hospital aje pi sokong najib. Itu menunjukkan najib hebat, dari dalam perut lagi dah bayi-bayi ni mengkagumi najib! Khaik thui! Bacul punya orang!

  15. BIJAN memandang tinggi kat budak MCKK !

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Forum Keadilan 15/3/09

Arkib

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Powered by FeedBurner

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008