Sedap!! Klik gambar di atas!

Kenapa PAS menang ciput? Lepas ni...

Update 4.03 PM

Kenapa PAS menang ciput? Lepas ni...

Update 4.03 PM

Laporan dari saing kawe di Manek Urai:
(Majoriti PAS) dalam proses naik. Majoriti boleh gi 2,000 lebih. Pengundi luar (anak Manek Urai di perantauan yang balik mengundi) 1,700 lebih (Laporan berterusan di sini dan di sini).
Posting asal

Lihat apa yang dikatakan oleh Ketua Wanita Umno Kuala Krai, Rohani Abdul Majid:
Malaysiakini (14/7/09): Seorang bekas pemimpin Umno Kuala Krai mendakwa sehingga tengah malam tadi masalah pembahagian duit kepada pengundi Umno di DUN Manek Urai belum selesai.

"Masih ada lagi yang mendakwa belum menerima duit yang dijanjikan. Saya difahamkan mereka akan mendapat RM300 seorang.

"Saya difahamkan duit tidak cukup, terpaksa menunggu duit baru," katanya, yang enggan namanya disiarkan, kepada Malaysiakini.

Diminta mengulas dakwaan tersebut, Ketua Wanita Umno Kuala Krai, Rohani Abdul Majid bagaimanapun berkata, duit berkenaan bukannya untuk pengundi DUN Manek Urai.

Sebaliknya, kata beliau, dana itu untuk petugas parti yang berkempen untuk calon BN Tuan Aziz Tuan Mat.

Katanya, petugas dijanjikan dibayar upah RM30 sehari untuk kerja-kerja seperti merayu undi dan menampal poster.

"Kalau mereka bekerja 10 hari akan dapat RM300, tetapi ada juga yang bekerja untuk tempoh beberapa hari sahaja.

"Jika ada orang kata duit tersebut untuk pengundi supaya menyokong Umno, ia tidak betul," tambahnya.

"Mereka mungkin salah maklumat."
Lihat pula apa yang dikatakan oleh orang orang kampung yang lurus:
Malaysiakini (14/7/09): Tidak kelihatan sebarang logo parti politik tetapi terdapat sebuah kereta Proton Wira warna putih bersama logo Kesedar di depan rumah tersebut, tempat orang ramai beratur.

Seorang petugas lelaki yang berbaju putih memanggil nama mereka yang beratur. Difahamkan beliau merupakan tuan rumah bagi ceramah "Pentas Pemuda" di Sungai Peria beberapa hari lalu.

Sementara itu, pemantau piihanraya, Mafrel, telah pergi ke rumah kayu tersebut dengan ditemani anggota polis pada jam 11.30 pagi, ekoran dakwaan pemiliknya membayar RM300 kepada pemilih yang tinggal di luar Manek Urai, yang pulang mengundi hari ini.

Pemilik rumah tersebut, ketika ditemui pihak Mafrel sebelum itu, menghalang mereka daripada masuk ke dalam.

Lelaki itu berkata:"Ni dah janji daripada Kuala Lumpur untuk bagi pada mereka sebagai transportation allowance (elaun tambang), ini sama dengan PAS, awak tak buat pulak."

Wakil Mafrel berkata, beliau bukan dari PAS tetapi dari badan bukan kerajaan.

"Kita tidak memihak... jika ada laporan, kami akan siasat," katanya.

Lelaki berkenaan yang menganjurkan ceramah untuk seorang pemimpin Pemuda Umno minggu lalu, tetap tidak membenarkan mereka masuk ke dalam, dan berkata:

"Awak semua tak boleh masuk, ini duit politik Datuk Aziz," katanya.
Terpulanglah nak percaya siapa.

Berkaitan:
MU - TPM sudah terbang balik (Manjanik 14/7/09)
Vote buying: Queuing up for 'allowance' (Malaysiakini 14/7/09)
BN-PAS bergaduh, lima ke hospital (Malaysiakini 14/7/09)
Party supporters continue to ignore 50-metre limit (Malaysian Insider 14/7/09)
Nik Aziz kagum golongan muda bersemangat pertahan PAS (Harakah 14/7/09)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Kalau macam tu boleh pecah cermin pintu pejabat umno ni macam yang berlaku kat PRK Permatang Pauh dulu sebab petugas UBN tak dapat duit.

  2. Kalaulah UMNO begitu teruk sangat, bukan sahaja teruk dari segi realitinya, malah teruk dari sejak azali lagi wajar PAS menang majoritinya bukan 2000..tetapi lebih.

    Jika PAS tewas atau menangpun kurang majoriti (tipis) - nyata PAS lebih teruk dari UMNO, kira haprak le kot.

  3. Kalau PAS menang dengan majoriti kurang 100, nyata PAS lebih teruk dari UMNO, kira double haprak le kot.

  4. Cukup la majoriti 65 undi tu, menang banyak sangat nanti UMNO merajuk pula, langsung tak mau kawan dengan kita..

  5. Pak Bakaq - tahniah hang menang, tapi muka nak letak mana - UMNO yang chinpeng dan ayahpin boleh kalah tipis. Taklah tere mana sangat pok nik sekarang.

    Jambatan dah melepas, poster poknik dah lusuh - masih dapat pahala lagi ke kalau dok tatap ?!

  6. http://percayaker.blogspot.com

    team UG dah berjaya.. tahniah UG...

    ini semua konspirasi cikgu pa...

  7. Tak kan UBN masuk prk ni takat nak mengurang majoriti saja kot, yang pi perabeh duit kat situ bejuta apadia.........

  8. Kalau PAS menang atau kalah itu kuasa ALLAH...Alhamdulillah PAS dah menang walupun majoriti yang tipis..Itu semua anugerah ALLAH...kalau difikirkan seorang peraih ikan bilis boleh kalahkan seorang peraih jambatan besi yang mungkin atau tidak dibina jika BN menang. Yang rasuah pasti kalah...dahlah kalah..duit habis hangus..dahlah duit habis..buat rasuah..banyak lagi dosa...masyaALLAH..memang malangnya nasib orang yang mengundi BN. Tahniahlah kepada pemangkah bulan purnama...insyaALLAH....sekiranya PAS memang nak mendaulatkan ISLAM ...pasti ALLAH menyebelahi AND..Tahniah.

  9. dah menang pun buat fitnah lagi?? inilah pas sebenarnya...

  10. kuasa dibeli dengan uwang atau wang membeli kuasa? labur 300 000 dapat 300 000 000 takda rugipun..itulah bisnes umno

  11. Puak2 ameno tu janganlah kecewa... Kalah menang adat pertandingan. Menang ciput pun, janji menang. Tapi... Pas perlu ambik iktibar dari kemenangan yang tipis tu. Buat post mortem secara ikhlas. Mungkin ameno ada main kotor, tapi dari pas pun mungkin ada kekhilafan secara sedar maupun tak sedar. Kaji dengan mendalam.. Selain isu kerajaan perpaduan mungkin ada isu2 lain, kadang2 kelantangan org2 pas pun ada orang yang tak suka. Dan yang cerdik pandai pas pun jangan lah dicucuk2 orang2 yang kurang pandai. Orang2 yang kurang pandai nie akan bawak perkara2 yang dicucuk2 nie merata2. Sepatutnya, yang cerdik pandai mengilmukan org yang kurang pandai, barulah parti pas akan lebih maju. Jauhi sifat, sombong, riak,takbur dan lain2... Insya'allah...

  12. dok kira apa tipih ka tebai. janji menang

  13. untuk memenangkan Bn-Umno lain kali ada bagus juga buat pengundian pada hari Selasa, hari tengah2 yang memudahkan pengundi sakit kepala untuk hadir mengundi.taburlah janji2 nak bina jambatan, masjid dan sekolah. pergilah menoreh bersama pengundi. bodeklah pengundi dengan hamper berplus RM, bahagi2kan uniform dan beg sekolah, minta dan rayu cikgu2 di sekolah secara direct agar pangkah Bn, perbanyakkan projek mee segera yang bertanda SATU LAGI PEROJEK BARISAN NASIONAL.berikan zink kepada rumah2 uzur dan kerusi roda kepada manusia yang uzur.... kalau itu semua berjalan tanpa 'malu' maka akan kalahlah Pas di MU atau di mana2 jua. sesekali kutuk ulama pun ada saham untuk menang juga... tak percaya acu cuba tru test!

  14. Abe Uji benar2 teruji dgn keputusan sebentar tadi, walaubagaimanapun dia sorang peraih ikan namun dia menerima dgn syukur kemenangan nyawa2 ikan itu.

    Tuan aziz nampak tersengih mcm kulat kena panas, setelah kalah dia mungkin jual ikan di pasar atau jual sekerap kat KESEDAR!

  15. Inilah antara jasa dan tenaga serta fikirkan yang dimainkan oleh Bakaq Haq dalam blognya. Menyerang pemimpin PAS sesama sendiri sampai ke lubang cacing. Kemenangan PAS yang tipis bukan disebabkan oleh Ust. Nasaruddin atau Hj. Hadi atau Cikgu Mustapha Ali. Tetapi disebabkan oleh Abdul Fatah Haron, Cikgu Wan Rahim dan tidak lupa tokoh utamanya ialah Husam Musa.
    Kalu aku dah comfirm letak jawatan lepas ni.

  16. takde kaitan ngan geng yuji ke??

  17. pas menang ciput disebabkan oleh adanya ahli macam hang, fatah harunn wan rahim yang memang bangang...masa perang pun masih nak tembak kawan sendiri..

    AnaK MudA

  18. Fri Jun 26, 5:37 pm ET
    WASHINGTON (AFP) – US President Barack Obama spoke by telephone with Malaysia's Prime Minister Najib Razakon Friday, and discussed proliferation, North Korea and financial regulation, the White House said.
    "They discussed the ongoing global economic crisis, and stressed the importance of growth and sound regulatory systems in both their economies," the White House said in a statement.
    "The president described US concerns over proliferation and discussed North Korea and Iran, stressing the importance of implementation of UN Security Council resolutions," the statement said.
    "They also discussed ways to contribute to reconstruction and stability in Afghanistan."
    The statement did not mention Malaysia's claim that Washington had meted out unfair treatment over its decision to relist the country on a human trafficking blacklist.
    The annual "Trafficking in Persons Report", released last week, said Malaysia was failing to comply with minimum standards to eliminate trafficking and "is not making significant efforts to do so."

  19. Tahniah atas kemonangan yang tak bergayo tu walaupun dikubu kuat kononya la.

    Apo sobab jadi macam tu kito pun tertanyo tanyo jugak ado ko puak pencinto amNO yang punyo angkaro atau pun puak tak cinto amNO yang cubo berkato melalui peti undi.

  20. kemenangan pas di MU kerana kehadiran ust.nasa.kepada pemimpin pas di kelantan dianggap riak dan takbur terimalah kenyataan ini.jangan anggap pemimimpin pas luar kelantan tidak layak.kepada abd.fatah pengarah pilihanraya MU,jangan bercakap seperti tong kosong dan merapu.guna akal sebelum keluar kenyataan media.

  21. kepada abdul fatah dan husam terimalah kenyataan rakyat semakin menolak pas.jangan berlagak jaguh nasional dan negeri.pas kelantan masih memerlukan pemimpin diluar sana.ramai penyokong pas MU kecewa dengan isu perpaduan dulu dan kenyataan media pemimpin2 kanan parti menyerang rakan2 sendiri dalam pas kerana hanya idea bertentangan idea PKR.pas kelantan lebih menghormati pemimpin agung dap dan pkr daripada parti sendiri.Janganlah menyalah politik wang punca pas menang tipis.inilah amaran awal dari Allah.

  22. salam..

    PAS mng tipis bnyk sbb...

    jentera lemah...

    terlalu yakin.....

    tidak percaya pada kwn sendiri....

    dan bnyk faktor dalamam...

    dari 9 upu,hanya 1 upu yg diberi kepercayaan kepada jentere PR...

    mungkin PAS terasa terlalu kuat dgn jentera sendiri sehingga menganggap tidak perlu bantuan dari jentera sahabat (PKR).

  23. Salam. Umno kena terima kekalahan itu. Nak rasa bangga kenapa? sebab kurangkan majoriti? Hang pa kena ada rasa malu lah. Denan semua jentera kerajaan digunakan, 'no stone unturned', perabih semua duit rakyat Umno tibai nak menang sangat, masih juga kalah? hangpa tak tebal muka dan kulit ke?

    Hi Kluangman baik hangpa jadi keluang betul-betul. perangai hang pun macam binatang tu, makan buah curi tengah malam.

    Terima saja lah, itu sudha ketentuan Allah swt.

  24. SALAM TO ALL '

    anom 15 ..sebab tuulah dia orang tak lantik hangpa jadi pemimpin !!! tak layak kerna mudah putus asa .hehe .

    "Orang -orang UMNO dalam PAS" tuu lah yg yg kena letak jawatan (sampah )

    Kluangman : Najib hebat ke ? Tahniah kerna aku mengaku yg UMNO tuu teruk !!!

  25. sbb pew PAS menang nyawa IKAN???

    sbb die tokey IKAN!!!!

    kalo sape g klntan tahu lew story sbnar, bab pengundi HA NUN TA WAW ni berkeliyaran, sbb dia org siap logo SPR lg tuuuuuu.... ape kes nie, bkn sebiji keta dpt pegang? yg g ngundi plk, lorat kelantan x reti pon ada..... perhhh pikir lew, jumlah ngundi MU sblum2 ini bape % aje??? lagi mane org tua2 yg x bole jln?? cuba tgk lewwwwwwww.....

  26. Anon 8.54 Hi Kluangman baik hangpa jadi keluang betul-betul. perangai hang pun macam binatang tu, makan buah curi tengah malam.

    Keluang makan buah tengah malam itu hak dan rezekinya - bukan 'curi' - kenapalah hang bodoh piang.

    Atau mungkin hang nak bagitau mak bapak hang berzina tengah malam sampai dapat hang. Ada akai pakai.

  27. dibawah konsep kerajaan perpaduang PAS dgn UBN sama je...sbb tu pengundi MU bagi undi samarata 50-50!!! bijak bijak pengundi di MU.

  28. gua rasa MSO lebih layak jadi ketua jentera PR menggantikan Fatah. kalau lihat hampir semua prediction MSO tepat...dia dah kata JPN kelantan jangan mangak & pas akan enang tipis!!

  29. SALAM TO ALL

    Anom 21 & 22 ... Jangan lah patah semangat dan jangan buat tuduhan melulu tanpa usul dan periksa !! Pas kelantan masih memerlukan pemimpin2 PAS dari luar kelantan !!

    Cuma saudara kena ingat bahawa setengah 2 pemimpin PAS tuu di lihat seperti sampah atau takut kalau 2 ianya menjadi liability parti sewaktuu pilihan raya kerana kita tak cukup media untuk mematah kan serangan pemikiran dalam waktuu yg singkat ...Takut kalau 2 ada pengundi-pengundi di MU tertanya-tanya ,bukan ke Ustaz/SUA tu nak kerajaan perpaduang ?? mari berkempen buat apa, sebab kita berlawan dengan umno ?? yg nak ke umno tuu datang buat apa ??

    Cuba saudara lihat mengapa PAS di kelantan BOLEH BERTAHAN hampir 20 tahun !!!Adakah mereka ini sombong atau bongkak ?? Kalau lah sombong ,aku rasa dah lama PAS kelantan gulung tikar !!! Cuba renung ya akhiir ku yg aku sayangi

    Mengapa PAS di Trengganu bertahangg hanya 1 penggal jer !! pemimpin PAS trennganu baik dan tak sombong ??!! aku orang trennganu ,dan aku tau luahan rasa rakyat yg menyokong PAS waktuu ituu !! Hangpa kena ingat yg menyokokng PAS tu tak semua nya baik dan memahami agama macam saudara berdua !! Saudara Bukan kah kekalahang PAS di trengganu itu juga AMARAN DARI ALLAH ???

    Kepada semua pendokong-pendokong gerakan ISLAM marilah sama kita bersatu dan muhasabah diri !! bersama-sama lah kita membersih kan sampah sarat yg ada dalam wadah perjuangan gerakan islam !!! Awasi lah gerak-geri musuh agama kita yg tak jemu-jemu mencari jalan untuk memusnahkan agama kita yg suci ini . Ingat ada musuh yg kita nampak dan ada musuh yg tersembunyi..

    Perbanyak kanlah kerja-kerja agama ,USRAH di kawasan saudara ,penuh kan masjid dan surau.. bermunajat kepada rabbuljalil ,jangan lupa jadikan tahjud sebagai amalan harian ... dengan cara ini saja aku rasa musuh 2 islam samada yg terang /atau tak nampak sebab duduk dalam gelap) akan dapat kita kalahkan ....

    INI PANDANGAN ANA

    TAKBIIR 3x

  30. Pas dan Nik aziz sedang melaui zaman kemelesetan. Tak larat nak dengar ulama politik. Dah tak spin lagi.

  31. Presiden dan Naib Presiden PAS dan Geng Unity Gomen telah pecah belahkan PAS. Sebab itu PAS hampir kalah di Manik Urai. Bila ada dua kepala dan dua haluan, dan musoh dalam selimut, sudah tentu PAS jadi lemah. Selagi ada pecinta UMNO, selagi itu PAS akan kalah kapada UMNO. PAS menjahanamkan/harakiri diri sendiri dengan Unity Gomen.
    Rakyat tidak percaya lagoh bab perjuangan rakyat.i pada A.Hadi, Nasa dan geng Unity Gomen.Mereka ini bodoh politik Democracy/Ketuanan Rakyat.

    Baca lagi rencana :"PAS:dua kepala,dua haluan,retak menunggu belah" di..

    http://warongpakyeh.blogspot.com

  32. Keretakan dalam pas sudah tidak mampu dibendong dgn lakonan pemimpin2 pas spt nik aziz, haji hadi, mustapa ali, halim rahman, husam, fatah, che'gu wan rahim, nasarudin mat isa..

  33. Yang sepatutnya meletak jawatan ialah Husam Musa (Perancang Antarabangsa dan Profesional PAS Kelantan) Dato' Haji Wan Abdul Rahim (Penasihat Jentera Pilihanraya PAS Manek Urai) dan Abdul Fatah Haron (Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Manek Urai)
    1H & 2ABDUL yang ego sakan dan bermegah-megah sehingga pada saat akhir di hari-hari terakhir pengundian masih melaungkan kemenangan besar dengan 2,000 majoriti.

  34. moral of the story...

    jgn sombong.. kalau sombong sapa yg untung?
    UMNO untung, PKR untung dan DAP untung..
    PAS rugi Islam pn rugi..
    muhasabah diri..

    Pastikan PRU13 kerusi parlimen PAS pling byk ddlm PR..

  35. PAS menang ciput diManik Urai banyak sebabnya,dan komen-komen diatas ada yang betul dan ada juga yang tak betul.Tak perlulah nak katakan UMNO merasuah pengundi,kerana itu memang kerja mereka disetiap pilihanraya.Kalau tak rasuah pengundi bukan UMNO namanya,cuma sehingga hari ini tak siapa pun mahu tampil kehadapan buat pengakuan dan kalau ada pun bukti-bukti kokoh takkan SPR nak ambil tindakan,mahkamah tak payah cakaplah. Yang penting kita cakap tentang PAS,parti kita.Antara sebab "menang ciput":

    (1) Kempen "menghentam UMNO" keterlaluan dan tidak dikawal sehingga pengundi naik bosan dan "back fire".Dalam keadaan ini,munkin timbul simpati orang kepada UMNO.
    (2) Kebongkakan Pengarah Pilihanraya PAS,Fatah Harun yang mengatakan PAS akan menang dengan majoriti 2000.Kesombongan ini menjadikan pengundi "meluat".
    (3) Jentra Pilihanraya Kelantan tidak mahu bantuan dari luar.Mereka menganggap mereka telah kuat,mantap dan lebib berpengalaman dari orang lain.Ramai petugas-petugas dari luar Kelantan datang keManik Urai "makan angin" kerana tak ada tugas.
    (4) Olih kerana keadaan(3) - Jentra Pilihanraya Kelantan "kurang mesra" dan "kurang layan" terhadap petugas-petugas dari luar.Markas Induk yang sepatutnya jadi Pusat Penerangan tidak mampu memberikan "penerangan" kepada petugas-petugas luar yang datang untuk mendapatkan maklumat.
    (5) Fakta calun - calun yang dipilih jauh bezanya dengan calun UMNO.Aura calun tidak dapat membantu dan buktinya ialah kemenangan ciput.Sokongan diberi kepada calun PAS sebab beliau dipilih olih TGNA.Kemenangan beliau kerana pengundi Manik Urai menghormati pilihan TGNA.
    (6) Jentra Pilihanraya PAS "over confidence" - sikap ini menyebabkan jentra pilihanraya mengenepikan beberapa gerak-kerja penting yang memastikan keberkesanan kempen dan ceramah.

    Manik Urai perlu dijadikan petunjok dan tauladan kepada PAS Kelantan sekiranya ingin meneruskan memerintah Kelantan.

  36. Ahli PAS keliru nak undi sapa. Maklumle kalau undi PAS pun puak UG nak buat kerjasama dgn UMNO. Dia fikir serupa saja PAS dgn UMNO.

  37. Itu le puak yang kau orang nak buat kerajaan perpaduan tu. Tabur rasuah politik, tabur duit, RM 300 satu kepala kalau ikut mafrel. Itu le yang kau orang nak buat kerjasama sangat tu. Baik sangka saja le! Yang sebelah sana, pantang ada peluang nak bunuh kamu.

  38. Menyalahkan Pas Kelantan sebab menang sikit adalah tak wajar. Yang kamu tu langsung tak menang apa hal?
    Aku juga boleh menyalahkan PAS Kelantan pasal panggil Nasa. Patutnya jangan dipanggil. Tu Le culaan dari 2000 merudum jadi 65.

  39. menang sikit tu xsalah..sombong aka maggak tu yg salah..
    kalau dlm PAS sdr pn menyampah,inikan pula pengundi atas pagar, nk tarik penyokong UMNO jauh skali..

    muhasabah la..jgn syok sdr

  40. Ulama politik cukup dah tak payah tipu rakyat lagi.

  41. PAs ciput sebab PAS dah hilang kredibilti. Pemimpin - pemimping lebih banyak sekarang tergila dunia yang sementara ini.

  42. SALAM TO ALL ..

    Anom 33 ..
    Yang sepatutnya meletak jawatan ialah PUAK _PUAK 'UG" stopa/nasa dll Bukannya Pemimpin PAS kelantan ..Sebalik nya SYABAS saya Ucap kan kerana sempat membersih kan sampah sarat yg di buat oleh puak-puak 'UG" ini..INGAT ini pilihan raya kecil bukanya PRUmum ...

    Dari sudut POLITIK ..Apa yg di buat oleh Fatah pada saat-saat akhir hari pengundian iaitu DENGAN menganggarkan kemenangan besar dengan 2,000 majoriti adalah TEPAT dan cerdik !!! "serangan mental " kepada puak -puak umno.Ini lah kut-kut di antara punca TPM dan sebahagian puak umno balik awal tuu ,dah tau nak kalah ...!!! BRO tak nampak ke ??

    Kalau tak cerdik macam mana mungkin boleh kekal (dengan kuasa ALLAH) memerintah Kelantan hampir 19 tahun BUKANNGG NYA SEPENGGAL JER !!!

    INI PENDAPAT ANA

  43. "salam,

    adalah merupakan perkara biasa selepas sesuatu peristiwa, pelbagai pandangan dari sudut masing-masing penulis akan timbul tanpa sedikitpun mengambilkira fakta-fakta yang berlaku sebelumnya. saya suka melihat kepada punca timbulnya masalah, yang saya perhatikan cuba diketepikan, seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku sebelumnya yang boleh dikaitkan dengan manek urai ini. jujurkah kita?

    'kecacatan' akibat kemenangan tipis pas ada mulanya. ia tidak berlaku secara spontan. ini yang cuba dilupakan, kenapa? tidak ada siapa yang ambil kesah dengan "pertemuan dalam gelap" yang dinafikan, yang 'direstui' oleh majlis syura ulama (yang tidak pernah membincang mengenainya), yang diikuti dengan kenyataan-kenyataan yang langsung tidak ada rasa tanggungjawab seperti "tok guru nik aziz bukan pas", "perbincangan dengan umno perlu diteruskan", "wacana intelektual" sesudah tg presiden sendiri tutup "unity government".

    kita sendiri memilih untuk menikam sesama sendiri. kita jangan lupa ini semua berlaku pra prk manek urai. kita memilih untuk memberi peluru kepada musuh supaya menghancurkan kita. sirah manakah yang lebih afdhal untuk kita jadikan iktibar dari hiruk-pikuk ini? para ustaz tentu lebih arif mengenainya.

    kita berhadapan dengan 'penarikan' wala' kepada mursyidul am oleh bukan orang lain tetapi timbalan mursyidul am sendiri. kita berhadapan dengan orang yang tidak faham dengan "konsep" kepimpinan ulama oleh bukan orang lain tetapi timbalan mursyidul am sendiri. kita berhadapan dengan kempen "kepimpinan ulama tercabar" oleh bukan orang lain tetapi timbalan mursyidul am sendiri. bagaimana pas boleh bermuhasabah jika punca masalah kita buat make dono?

    pas terjun ke dalam prk manek urai dalam keadaan 'separuh bogel'. sedikit cebisan kain yang diperolehi dari umno selepas pru12 kita koyak-koyakkan untuk dipulangkan kembali kepada umno. bijakkah berpolitik kita? tidak terlintas langsungkah kepada kita untuk merampas semua kain umno sehingga membogelkannya? tidak adakah cita-cita kita untuk mengmbilalih tempat umno? kalau begini cara berpolitik kita, saya rasa adalah labih baik bagi pas memilih jalan berdakwah bersama-sama dengan kumpulan tabligh. biarkan sahaja politik kepada umno. pas do not have to waste time, money and efforts come pru13."

    http://idhamlim.blogspot.com/2009/07/manek-urai-satu-peringatan-dari-allah.html

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008