Sedap!! Klik gambar di atas!

Melayu dan Islam perlu bangsa ISA?

Saya bersyukur menjadi seorang Muslim. Satu-satunya Din di sisi Allah s.w.t. ialah Islam. Saya juga bersyukur dengan ketetapan Allah yang menjadikan saya orang Melayu.

Islam saya junjung dan Melayu yang menjadi pengenalan diri saya setelah Allah menjadikan manusia dari pelbagai bangsa agar kita saling kenal-mengenal (Surah al-Hujurat: 13).

Hari ini, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah membentuk satu suku kaumnya yang tersendiri, bangsa ISA. Tuhan mereka adalah rasuah dan nabi mereka adalah nafsu. Jika anda menemui orang bertuhankan rasuah dan bernabikan nafsu, tidak kira dari parti apa sekalipun termasuk yang mengaku menjadi ahli PAS, itulah dia bangsa ISA.

Orang yang tidak bertuhankan rasuah dan bernabikan nafsu tidak memerlukan ISA atau bangsa ISA.

The demarcation line between the Malay Muslims and bangsa ISA is getting clearer and more vicious. The Malays and the Muslim, I was told, are more than ready to face bangsa ISA.

Persoalannya, adakah Islam dan Melayu dihidupkan oleh bangsa ISA? Adakah Islam dan Melayu memerlukan bangsa ISA? Adakah bangsa ISA mempertahankan Islam dan Melayu? Berapa orang yang masih tidak tahu kezaliman dan penganiyaan bangsa ISA ke atas bangsa Melayu? Berapa orang yang masih tidak sedar penentangan bangsa ISA terhadap Allah Yang Maha Agung lagi Maha Menghakimkan?

Bangsa ISA sebenarnya menentang dan mencabar Allah. Dan, oleh kerana kita hamba Allah, kita tidak ada pilihan melainkan menentang mereka. There's no two ways about it.

Verkaitan:
Say yes to ISA (Raja Petra Kamarudin 25/7/09)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. untuk menguji dan mengesahkan betapa bersunggohnya bangsa ISA ini memerlukan ISA saya cadangkan tangkap mereka dan HADIAHKAN MEREKA DENGAN ISTANA ISA KEBANGAAN MEREKA DI KEMUNTING SELEPAS DUA TAHUN KITA TANYA MEREKA ADAKAH MEREKA MAHU LAGI TINGGAL DI ISTANA ISA ITU

  2. Selagi tiada pemimpin yg muttaqin inilah padahnya bangsa Melayu.

  3. Jangan biarkan bangsa UMNO mengkaitkan "Melayu" dan "Islam" dengan kezaliman

  4. Pertahankan ISA demi agama dan bangsa???? HEBAT sekali aqeedah kaum ini???

  5. Tepat,padat,berhemah..teruskan bro..

  6. Salam Bang Bakaq...

    Komen saya luar tajuk sikit... ada mahkluq yang suruh TGNA bersara dari jawatan MB... bagi aku ni sahih boneka umno punya spesis...blog dia di

    http://attakiri.blogspot.com/2009/07/sudah-sampai-masanya-mb-kelantan.html#comments

    Seorang sahabat dah jawab...saynotomunafiqen.blogspot,.... cuma aku harap abang Bakaq boleh tolong ulas sama kut... sakit hati bang bakaq oii...

  7. Sedih dengor lagu isa sebelah kanan ini.

  8. jgn sempitkan fikiran...

    klu anda sempitkan fikiraan,yang tak elok saje ke depan.

    Cuba tenang dan berfikiran sejenak,ISA ada baik buruknya.

    Yang tak baik itu kita perbetulkan. Buka mata,buka minda luas2,pengangan politik ketepikan dahulu. Fikir atas dasar bangsa melayu,berjuang untuk bangsa,bukan politik.

    Parti politik melayu( pas,umno ),sudah kuat sgt ka skrg. Pas pegang 2 buah negeri,kuatka. Kawasan mana melayu pegang,kawasan bandar raya ka?. Cuba fkr sejenak org melayu,bila PR menang kat perak,melayu pun turut sama bersorak. Pas menang kawasan mana,bandar ka?. Tak kira la sapa menang,yg penting parti melayu menang kawasan mana?. Kawasan bandar di letakkan calon bangsa lain,tak kira la dari PR,PAS,BN ka. Knp?
    Bila PR menang,cina terus pilih calon jd MB,sb knp?.Dia tak tahu ka dasar tubuh negeri perak,yg MB mesti org melayu?. Sapa 2,DAP kan..takkan DAP tak tahu,atau buat saje2 tak tahu. Sape yg bergaduh,melayu jugak.

    Awak ni penulis blog,org yg pandai la 2. Bang,org melayu sedang di perlekeh bang.
    Org melayu sedang di tolak kehutan,bergaduh sesama sendiri,org lain bertepuk tangan di belakang.Ronda2 la malaysia,tegok di mana kedudukan org melayu. Buka2 la telinga,buka2 la mata..melayu takkan hilang di dunia,betul ka.

    Jgn kata dunia,kat malaysia dulu kita sama2 jaga.

  9. Salam Pak Bakaq,
    aku nak tanya beberapa soalan;
    1.Yang dikatakan Akta ISA ni, adakah dia tangkap org ramai yg tgh duk minum kopi di kedai, dan org ni keja dia penoreh getah, petani, keja kilang..dan sebagainya untuk cari makan anak bini?
    2. Sekiranya berlaku huru hara di sebabkan satu atau dua orang yg berpengaruh..akta apakah yg boleh tangkap dia? mungkin akta hasutan kot? ok tahan dia lepas tu loyar dia mai lepas balik dia sambung hura hara dia tunggu nak dibicarakan semula.. aku rasa masa tu dah tak boleh kawal lagi dah kot? dah jadi kelam kabut...habih semua org yg nak cari makan susah..yg keja kilang x dak keja, pelabur semua lari...kita nak semua camtu pasai dua tiga org yg tak puas hati?
    3. Apa lagi kerajaan boleh guna nak suruh dia diam sat, selain dari ISA?
    4. Org yg pi tangkap untuk ISA ada buat homework dak? depa ni mesti dah kaji semua latar belakang org yg nak d tangkap..org2 mcm ni ada power nak meruntuhkan negara.
    5. Hampa2 yg ckp pandai kat sini penah terpikiaq mcm mana nak control berjuta2 org? perangai semua x sama..so power kt ISA tu lah sebagai jln terkhir kita nak guna sebelum jadi huru hara..

    Cuma jgn salah guna ISA..

    pikiaq baik2 semua..aku cari mkn nak hidup paling lama pun 80 tahun...nk bagi anak2 x lapaq,,sambil2 tu buat la ibadah..Insyaalah.. kalau tempat aku cari mkn nanti x dak? apa aku nk suap kt mulut depa? ada org yg buat huru hara tu nak mai suap anak aku?

    kalau jadi huru hara, hampa semua yg ckp pandai ni la bertanggungjawab..Ya Allah buka la hati org2 yg beriman..amin..

    ~tukaq tayar~

  10. Anonymouns 1 macam menarik ayat kamu tu, betul apa yang kamu tulis HADIAHKAN MEREKA DENGAN ISTANA ISA KEBANGAAN MEREKA DI KEMUNTING SELEPAS DUA TAHUN KITA TANYA MEREKA ADAKAH MEREKA MAHU LAGI TINGGAL DI ISTANA ISA ITU
    Katakan NO ISA.. NO ISA.. NO ISA..

  11. Pak Bakaq,
    Pendukung / penyokong ISA ni terdiri daripada orang yang otaknya singkat. Depa tak tau dan tak ada cara lain lagi nak selesaikan masalah.
    Tak layak jadi pemimpin.

  12. ISA Kan tan boon hwa kalau tidak buang daerah.

  13. Salam Pak Bakaq...

    Puak-puak penyokong ISA ni patut baca tulisan siri "Tarbiyah Dari Penjara" tulisan bekas tahanan ISA YB. Hj. Saari Sungib.

    Baru depa ni tau segala kisah benar penderaan keatas tahanan ISA oleh kerajaan.

  14. tukar tayaq,

    senang je hang punya ulasan... pastu tutup dgn doa pulak, "Ya Allah buka la hati org2 yg beriman..amin.." konfius aku, "buka hati orang yang beriman"? untuk apa? sembah isa lak? isy, betoi ke hang ni?

  15. kepada bro tukaq tayaq,

    Kezaliman tetap kezaliman,tak kira oleh siapa kepada siapa,kau ni pengikut ajaran sesat Machiavelli yang berkata 'matlamat menghalalkan cara',bawak2 la mengucap bro..tunjukkan aku dulu sepotong ayat dalam Al-Quran yang menghalalkan kezaliman,baru hang boleh bebel kat aku o.k?

  16. Hoi bangsa UMNO korang ingat islam ni ditegakkan dan dilindungi dgn ISA ka...sebab itu kami org-org melayu islam selalu pesan kat kamu bangsa UMNO jangan dok syok telan rasuah...tengok betapa hitamnya hati dan pikiran kamu...kalau kamu nak bertuhankan duit dan bernabikan nafsu jgn ajak org melayu lain ikut kamu...kamu bangsa UMNO ni tak sedar-sedar lagi ke bahawa org-org melayu sekarang dicela dan dihina disebabkan oleh perangai kamu bangsa UMNO...kamu berperasaan bahawa kamu tu adalah champion islam tapi perangai kamu lebih teruk dari bangsa Yahudi...penganut-penganut kristian, buddha, hindu dan athies lebih berakhlak dari kamu...sebab tu mereka melihat kamu dengan pandangan yang cukup hina...masalahnya kami org melayu dan islam lain habis terpalit sama dengan kehodohan akhlak kamu wahai bangsa UMNO

  17. TUKAQ TAYQ OH UKAQ TAYAQ...
    HANG NI DOK MABUK NGAN KETUANAN MELAYU LAGI NI...
    HANG DOK SEBOK2 KETUANAN MELAYU TU HANG DAPAT APA?
    HANG DAPAT ANAK2 SEKOLAH PERCUMA?
    TAKDAK...
    HANG DAPAT RAWATAN HOSPITAL PERCUMA?
    PUN TAKDAK...
    HANG DAPAT HARGA BARANG2 MURAH?
    LAGILAH TARAKKK...
    HABUK PUN TARAK... YILEK.

    HANG TAK KENA ISA LAGI HANG BOLEH CAKAP BANYAK.
    CUBA HANG KENA 2 TAHUN DULU LEPAS TU HANG BOLEH CAKAP.
    KALAU SELEPAS 2 TAHUN TU HANG MASIH SOKONG ISA,... SAMBUNG LAGI 2 TAHUN SAMAPI LA HANG KATA "FUCK SUNGGUH ISA NI"...
    TAPI AKU GERENTI KENA SEHARI PUN HANG DAH KATA DALAM HATI..
    "BABI LA ISA NI".

  18. ISA ni wajar sebab memang ada bangsa Melayu yang lupa diri dan ada Muslim yang sesat. Di mana nak humbankan mereka untuk sementara, kalau tidak ke ISA sebelum masuk neraka.

  19. ISA adalah digunakan untuk kepentingan sebelah pihak sahaja untuk menakutkan rakyat...

  20. SALAM TO ALL

    ANOM 9 dan anom 8 ....

    Fikir lah dengan mata hati keimanan bukan nya dengan nafsu serakah...

    1."Melayu bukan semua nya islam dan Islam bukannya hanya untuk bangsa Melayu jer "...ISLAM FOR ALL

    2. Memperjuangkan melayu tak masuk syurga tapi memperjuangkan ISLAM INSYAALLAH MASUK sYURGA !!!

    3. Saya kurang setuju dengan pendapat Pak bakaq yg ini " Saya juga bersyukur dengan ketetapan Allah yang menjadikan saya orang Melayu".

    CUBA RENUNG SEJENAK WAHAI SAUDARA SAYA BERDUA YG DIATAS TUU AKAN SUATU PERISTIWA YG BERLAKU DI MELAKA dulu ..

    Ada anak gadis Melayu yg ?kena /? di rogol(gadis bawah umur) oleh salah seorang kenamaan melayu yg konon nya ingin membela nasib melayu DAN KES itu di bela oleh seorang CINA bukan Islam Tapi yg Pelik dan aneh nya dia(cina tu)masuk dalam ISA !!! semua orang tahu kes ini.. CINA DAP tu yg saudara marah sangat tuu sanggup berkorban untuk membela nasib anak gadis melayu , orang melayu tuu menjahanam kan bangsa melayu sendiri!!!! ITU KE YG SAUDARA BERDUA KATA ISA INI BAGUS DAN ADIL !!!

    Cuba tanya siapa -siapa yg pernah masuk ISA ,, Ibrahim ALI , mat sabu ,mahfuz ,kit siang ,guan eng ,shaari sungip dll ...betapa sengsara nya mereka !!! Kalau saudara berdua anom 8 & 9 masuk 1 minggu jer just for trial ..saya rasa baru saudara tau betapa seronok nya dalam tu kut ? HIDUP ISA !!

    PENGUNAAN AKTA ISA SEKARANG INI BAGI SAYA (secara umum nya) ADALAH SUATU CARA TERDESAK YG DI GUNAKAN OLEH PEMIMPIN TERTENTU DALAM KERAJAAN UNTUK MELINDUNGI KEPENTINGAN PEMIMPIN POLITIK TERTENTU JER BUKAN NYA UNTUK MELINDUNGI RAKYAT !!!

    RAKYAT TAK BUTA,TAK PEKAK DAN TAK BUTA HURUF !! AIMAN PUN PANDAI !!!!

    Saya rasa kebanyakkan orang setuju dengan pendapat saya ini walaupun tak semua .

    MEMBANGUN BERSAMA ISLAM ..

  21. ISA tu tak salah, yang salah tu SALAHGUNA ISA. Siasat tu tak salah yang salah tu SALAH SIASAT, tangkap tu tak salah yang salah tu SALAH TANGKAP, tuduh tu tak salah yang salah tu SALAH TUDUH, hukum tu tak salah yang salah tu SALAH HUKUM, agama tu tak salah yang salah tu SESAT.

  22. Wahai kluangman...

    Ada melayu lupa diri? melayu mana lupa diri? Yang bagi tanah banyak2 kat towkey ka... masa depa bagi tu depa lebih diri kot noo..?? muslim yang sesat? sesat yang macam mana? yang terang2 tolak hukum Allah ka..??

    Nak tanya sikit..

    Agak2 melayu dan muslim yang disebutkan di atas tu lar yang kluangman suruh sumbat dalam isa rasanya.. depa tu puak mana ya... tolong habaq bagi terang sat...

    ikhlas,
    -muslim berbangsa melayu-

  23. TAnpa ISA MALAYSIA akan kucar kacir nanti sume men cakap lepas jer tentang isu sensitif.. pastu PUTAQ2 politik terlepas.. gaduh antarabangsa.. amerika datang masuk campur.. datang malaysia bawak tentera.. jadi ler cam iraq nu... modus operandi yang sama jer.. TAK KIRA LA THAKSIN KA.. MOUSOVI ka.. ESTRADA KA.. melayu hanyutttt jer ngan bicara manis graduan PENGAJIAN MELAYU(first degree je dah dapat title prof pelawat kat amerika nu...) yang SEMEMANGNYA TAU DAN MENGKAJI KELEMAHAN MELAYU....

    aii... pepun menyokong ISA bkn bermakna BANGSA ISA(BANI ISRAEL).. MEREKA SUME YANG MENYOKONG ISA TU ISLAM... SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM.. BANGSA YANG SAMA GAK NGAN BANGSA YANG ANTI ISA..

    check ler ni taip la nama NIZAR tu... http://www.bem.org.my/v3/professional.html

    neway.. ramai rakyat kita dari tahun lepas lagi dok menunggu perbicaraan ANWAR tue... ANWAR gak nak berbicara.. SAIFUL nak BERBICARA PLUS DAH BERSUMPAH..

  24. Pengebom hotel mewah di Jakarta tunjuk militan mampu serang mengejut.

  25. Malaysia tak perlu ISA

    No ISA

  26. Salam Pak Bakaq

    Suruh Kluang man tu bertaubat. Isa tu bertentangan dengan hukum Allah. Jika bertentangan dengan hukum Allah, tak kan Kluangman tak faham.....Sebab tu bila bangun Subuh tu, mengucap dulu, sebelum nak tidur mengucap dulu kerana kita sentiasa kena perbaharui Islam kita.
    Kenapa? Sebab macam kluangman punya perangailah. Jap Islam, jap tak Islam sebab tu kena selalu mengucap.

    Kan kan kan kan Kluang man. Pegang hukum Allah. Tu Yang anonymous 8 kata, pas kuat sangat ke? Bukan soal Pas kuat tapi Melayu jadi haprak kerana cara Umno yang tak betul. Fahamkan kan kan kan? Cuba Umno berjuang untuk Melayu atas dasar Islam, tak da rasuah, tak da menipu, boleh ke Melayu jadi haprak macam hari ni?

    Ni bila golongan muda dah sedaq, baru depa dalam Umno nak berjuang untuk Melayu. Oi 52 tahun dah perintah dan dah bertukar tiga kali nama negara kita dari Persekutuan Tanah Melayu, hingga Malaya dan la ni Malaysia, satu demi satu hak orang melayu, tanah orang melayu hancur.

    Oi Kluangman, siapa yang halalkan tanah simpanan Melayu boleh disewakan 60 tahun? Pas ke Umno ke? kan kan kan Kluang man dan anonymous 8?

  27. Rasuah dalam urusan yang berkaitan dengan hukum adalah kufur.

  28. SALAM TO ALL

    Kluang man dan anonymous 8 mengapa diam ,,jawap lah pertanyaan anom 26 tuu .Bawa hujjah dan fakta yg logik ,jgn hujjah yg merapu !!!

    Mansuhkan ISA ! kerana ISA bukan ajaran ISLAM !! as simple as that !!! Kejayaan kita didunia bergantung sejauh mana kita taat perintah ALLAH dan mengikuti SUNNAH Nabi s.a.w ...Aku pinjam kata -kata orang Tabligh .....

    Betui tak bang bakaq !! zambri ooh zamri teh tarik satuu, kuih melayu 2 !!!

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008