Sedap!! Klik gambar di atas!

Mansuh ekuiti Bumi dan pahlawan kontot

Hari ini, akhbar the Star menyiarkan berita muka depan bertajuk "Quota free" manakala akhbar The Sun menyiarkan berita muka depan bertajuk "Freer economy".

Anda tahu mengapa Berita Harian menyiarkan berita muka depan bertajuk "Rangsang pelaburan" manakala NST menyiarkan berita muka depan bertajuk "Sweeping changes to boost growth"?

Lebih hebat lagi, anda tahu mengapa berita muka depan Utusan Malaysia bertajuk "Ekuiti Nasional ditubuh" dan berita bertajuk "Pemilikan 30% ekuiti bumiputera dimansuh" tak berani muncul di muka hadapan akhbar itu? Tahu kenapa berita utama jadi berita muka dalam dan berita sampingan jadi berita utama akhbar itu?

Di mana pahlawan-pahlawan Melayu sebelum ini begitu garang menunjuk perasaan? Di mana hulubalang-hulubalang Melayu yang sebelum ini begitu bengis menjerkah tempik si boneka DAP?

Atau hanya sekadar hulubalang bantut dan pahlawan kontot?
Govt does away with 30% bumi equity requirement

The Star (1/7/09): The 30% bumiputra quota requirement for companies seeking to list on the Bursa Malaysia has been done away with under an overhaul of the Government’s economic policies.

In his most important announcement since taking office on April 3, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said there was a need for a new economic model.

He said the Foreign Investment Committee (FIC) would effectively “no longer exist” as it had failed to achieve its objectives.

Saying that the emphasis now was on participation instead of equity, Najib also announced the setting up of Ekutinas (Ekuiti Nasional Bhd), a private equity fund to make strategic investments for bumiputras, especially in companies with high-growth potential.

The other announcements, which are to take effect immediately, were:

* All property transactions, except for those involving a dilution of government or bumiputra interests for property valued at RM20mil and above, would no longer require FIC approval;

* All Malaysian companies seeking listing would have to offer 50% of their public offering to bumiputra investors, which would work out to 12.5% of the total stake;

* A 100% ownership would be allowed for qualified and leading fund management companies to set up operations in Malaysia;

* Foreign equity in existing stockbroking companies would be increased to 70% from 49%;

* All transactions on mergers and takeovers by local or foreign companies will no longer need FIC approval; and

* All listed companies need not maintain 30% bumiputra equity as required previously.

Rangsang pelaburan

Kerajaan longgar garis panduan FIC untuk tingkat daya saing negara

Berita Harian (1/7/09): Kerajaan semalam mengumumkan beberapa pendekatan baru bagi meningkatkan daya saing Malaysia sebagai pusat pelaburan dan pada masa yang sama menggalakkan pemilikan berkesan serta berkekalan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat.

Ia antara lain membabitkan kelonggaran terhadap Garis Panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) berkaitan pembelian kepentingan, penggabungan dan pengambilalihan; kegiatan meraih dana oleh syarikat senaraian awam serta pembelian hartanah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan perkara itu pada Persidangan Invest Malaysia 2009 di sini, berkata berkuat kuasa serta merta kerajaan menghapuskan garis panduan FIC yang membabitkan pembelian kepentingan ekuiti, penggabungan dan pengambilalihan tanpa menggantikannya dengan peraturan baru.

Berikutan itu, beliau berkata FIC kini tidak lagi memproses urus niaga saham atau mengenakan sebarang syarat ekuiti ke atas urus niaga berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, bagi memastikan kepentingan negara dalam sektor strategik terus terpelihara, syarikat dalam sektor berkenaan masih lagi tertakluk kepada syarat ekuiti oleh badan kawal selia sektor masing-masing.

Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata bagi meningkatkan daya saing Bursa Malaysia sebagai pusat penyenaraian syarikat, kerajaan memperkenalkan garis panduan penyenaraian yang baru.

Di bawah garis panduan baru itu, syarikat senaraian awam tidak lagi tertakluk kepada syarat pegangan ekuiti Bumiputera seperti yang ditetapkan FIC sebelum ini, sebaliknya hanya perlu menawarkan 50 peratus daripada jumlah 25 peratus saham tebaran awam kepada pelabur Bumiputera.

Perdana Menteri turut menjelaskan urus niaga hartanah hanya perlu mendapat kelulusan FIC jika ia membabitkan pengurangan kepentingan Bumiputera atau kerajaan bagi hartanah yang bernilai lebih RM20 juta.

Najib menegaskan, di sebalik langkah melonggarkan FIC itu yang dijangka akan meningkatkan dengan ketara kedudukan Malaysia sebagai tempat menjalankan perniagaan dan melabur, kerajaan kekal komited dalam melonjakkan penyertaan Bumiputera dalam ekonomi.

Namun, katanya, kerajaan akan melaksanakan pendekatan baru yang memberi tumpuan menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam ekonomi secara lebih berkesan, bermakna dan berkekalan menerusi perkongsian tulen dan meritokrasi.

Menjelaskan mengenai keperluan melaksanakan pendekatan baru itu, Perdana Menteri berkata, ketika FIC dibentuk pada 1974, ia adalah komponen utama strategi pertumbuhan dengan ekuiti, namun ia kini bukan lagi instrumen berkesan bagi tujuan berkenaan.

"Pada 1970-an, ekuiti Bumiputera adalah hanya 2.4 peratus. Berdasarkan jumlah kecil itu, maka adalah sesuai melaksanakan dasar sedemikian bagi menangani ketidakseimbangan. Ketika itu juga, adalah praktikal dilaksanakan susulan kekurangan persaingan bagi mendapatkan pelaburan.

"Bagaimanapun, kini dasar pelaburan itu telah mewujudkan ketidaktentuan dalam pembentukan peraturan dan tidak sejajar dengan amalan antarabangsa, justeru menjejaskan potensi pertumbuhan," katanya.

Najib juga menegaskan, FIC sebagai instrumen penyusunan semula dilihat kurang berkesan kerana peratusan pemilikan ekuiti Bumiputera tidak berubah sejak 1990 hingga 2006 dengan masing-masing pada kadar 19.3 peratus dan 19.4 peratus.

Daripada RM54 bilion ekuiti yang diagihkan kepada Bumiputera di bawah FIC pula, hanya RM2 bilion kekal, manakala selebihnya dijual semula untuk memperoleh keuntungan segera.

Perdana Menteri turut menegaskan walaupun berlaku perubahan dasar pelaburan, ia tidak bererti matlamat pertumbuhan dengan pengagihan dan sasaran 30 peratus pegangan Bumiputera berakhir.

"Yang berbeza adalah kita anggap ini sebagai sasaran makro bukan sasaran mikro. Kita masih komited untuk mencapai kewujudan negara yang mencerminkan keadilan sosial," katanya.

Selain kelonggaran dalam FIC, Perdana Menteri turut mengumumkan menaikkan had pegangan asing dalam syarikat broker saham dan segmen runcit pengurusan dana saham amanah kepada 70 peratus daripada 49 peratus ketika ini.

Pemilikan asing dalam segmen runcit industri pengurusan dana pula dibuka bagi pegangan sehingga 100 peratus.

Sweeping changes to boost growth

NST (1/7/09): Malaysia has eased investment rules, including one on Bumiputera equity ownership, in a major move to attract foreign investments amid a slowing economy.

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said he was scrapping a rule that requires companies seeking a public listing to reserve 30 per cent of its stock for Bumiputeras.

Besides that, he raised the foreign ownership limit on unit trust companies and brokerages, and vastly reduced the powers of the Foreign Investment Committee (FIC), a body that had closely monitored the 30 per cent ownership rule in Malaysia.

The FIC has “outlived its usefulness”, Najib said, adding that its approval would no longer be required for property transactions, except for those where Bumiputeras are the sellers.

He said all these changes were ecessary to transform Malaysia into a high-income nation within the decade.

“We have become a successful middle-income economy, but we cannot and will not be caught in the middle-income country trap.

We need to make the shift ... or we risk losing growth momentum in our economies and vibrancy in our markets,” he said in his keynote address at the Invest Malaysia conference here yesterday.

Making the transition to a high income economy has become his key priority and he will continue to “modify or eliminate policies that

inhibit growth”, he added.

“I am convinced that failure or hesitation to act now will have long-term ramifications for the nation.”

The measures to boost foreign investment come as Malaysia faces its first economic contraction in a decade.

The government expects the economy to fall by as much as five per cent this year as exports slow amid the global recession.

On Malaysian companies seeking a listing on Bursa Malaysia, he noted that they would previously had to sell a 30 per cent stake to Bumiputeras and also ensure a quarter of the shares were held by public investors.

From now on, however, with the 30 per cent rule scrapped, companies

only need to offer half of the public spread to Bumiputera investors.

This effectively means that Bumiputeras will hold at least 12.5 per cent in initial public offerings.

“I think this is a good, bold move. It should bolster market sentiment and in the mid- to long term, small investment banks will benefit from doing more fundraising exercises,” said Chris Eng,

head of research at OSK Investment Bank, of the new move.

Najib stressed that he remained committed towards enhancing economic participation by Bumiputeras.

“While the government remains fully committed to the goals of equitable

growth, our approach will be to implement these goals in a market-friendly manner.”

He said the new policies were designed to be a win-win situation for all and that no one should feel marginalised.

“It is a tricky balancing act, but it’s do-able.”

He also said that as at June 19, projects worth RM9 billion had been awarded under the government’s RM67 billion stimulus packages, of which RM3 billion had been paid.







Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. kah..kah..kah
    dasar jenis penakut dan pengecut !!
    belakang berani lar..depan amacam ??
    Mana prowaris? mana perkasa brahim??
    setakat bodek dan ampu, berani lah !!!

    dasar bangsa PENAKUT, PENGECUT, PENGAMPU...
    macam penyapu daaa

  2. yang jual equity Bumiputera selama ini adalah gerombolan umnoputera!!!

  3. Nampak saja kuman seberang laut tu Pak Bakar. Cuba tengok gajah kat depan mata dulu.

    Kalau Pak Bakar baca betul-betul paper tu, ada di mention pasal 30% quota masih jadi objektif di peringkat makro.

    Lupa pulak. Pak Bakar memang dulu tak faham apa itu makro dan mikro. Nak berdebat pun buang air liur saja.

    Kesimpulannya beginilah Pak Bakar, Pak Bakar kutuk UMNO apabila mereka gagal pertahankan hak melayu tapi apabila PAS gagal pertahankan hak Islam, Pak Bakar diam saja.

    Berkata benarlah walaupun rasanya pahit. Kalau setakat nak berkata benar biar orang lain saja pahit, sembang kedai kopi sajalah.

    3 malam pun tak habis, apa kerja pun tak jalan.

  4. ya lebih rela dibaruakan oleh umno dari dibonekakan oleh dap

    hidup umno!
    hidup umno!
    hidup umno!

    ganyang dap!
    ganyang dap!
    ganyang dap!

  5. Apa komen pak bakaq dengan 'intelectual discourse' yang dianjur Pemuda PAS.

  6. tindakan seorang politikus yang terdesak untuk menarik pelabur dari luar melabur dinegaranya yang telah tidak boleh dipercatai ketelusan undang-undangnya. implikasi jangka panjang akan menyebabkan negara dijajah dari segi ekonomi, bak tikus membaiki labu.

  7. kalau tak pandai ekonomi, jangan nampakkan kebodohan diri sendiri.

    so.. sapa makan cili rasa pedasnya..

    eh bakaq, kenapa lari pergi ambil air??

  8. hahahaa OOO PAK BAKAR OII!!

    apa pak bakar melalut ni... rakan rakan PAS jugak yg nak mansuhkan NEP ni... PAS angguk aja dalam pakatan tu.. La ni, bila najib buat.. PAS marah pulak....

    cermin diri dulu lahh.... kalau marah quota dihapuskan, haaa... pak bakar suruh la PAS masuk Barisan... boleh lah sama sama pertahankan NEP... sbb PAS masuk pakatan lah DAP n PKR naik tocang nak hapuskan NEP.. pastuh, semua bukan Melayu sokong Pakatan sbb depa tau NEP akan dimansuhkan.. salah siapa? salah pak bakar jugak sbb diam aja bila anwar nak mansuhkan NEP sbb si nuar ni cuma nak undi cina aja.. bila umno dah tertekan, umno pun nak lah undi cina jugak...

    sekarang ni, kalau pak bakar yg tetiba je nak cakap pasal kekuatan bangsa (tetiba je jadik assobiyah), pastikan Pak Bakar ckp kat nik aziz, minta PAS join BN.

  9. Malaymind kata:

    Kalau Pak Bakar baca betul-betul paper tu, ada di mention pasal 30% quota masih jadi objektif di peringkat makro.

    bakaq jawab:

    Ketika ada objektif yang tak kudung pun tak merasa orang Melayu yang kononnya dibela Umno nak capai 30%, apa nak harap bila sekarang ni objektif dah dikudungkan sana-sini?

    Tu pun baru capai 18% daripada matlamat 30% pun berlagak nak mampoih, macam depa ja yg reti ekonomi. 18% peratus pun termasuk GLC, permodalan sana-sini yang kerajaan sendiri inject duit nak bagi nampak ada la jugak 18%.

    Saya memang tak reti apa pun pasal ekonomi. Dah tak reti, takkan nak mengaku reti.

    Yang saya nampak sejak kecil orang kampung saya di Matang kerja dari pagi sampai dekat Maghrib, tetapi kais pagi untuk bayar hutang petang semalam dan kais petang untuk bayar hutang pagi tadi. Kerja dari pagi sampai dekat Maghrib, Melayu malas?

    Orang bolehlah kata dia tak dak ilmu. Rajin pun tak berapa duit dapat.

    Betui, org Melayu keluar sikit kepala depa dapat tengok dunia sebab pelajaran, kerana ada ilmu. Lahirlah Melayu kelas pertengahan. Dengan biasiswa, dapat pi England Tok Din, Amerika dan balik boleh la cakap pandai dan sarkastik bukan main terhadap org tak mengaji macam saya.

    Tapi la ni, rakyat bawahan nak mengaji tinggi sikit pun, bila mohon pinjaman pelajaran MARA, sekarang ni dengan mudah dijawab "Pinjaman pelajaran MARA dibekukan sehingga diberitahu". Nak masuk IPTA, berapa banyak ja yg ada?

    Dah kudung dah sana-sini, makro 30 peratus apa? Pakai FIC pun tak dapat 30%, ingat pakai tebaran awam boleh dapat?

  10. Be End is the words to najib n the gangs

  11. macam mana najib boleh buat macam nie...???
    yang peliknya keputusan dibuat melulu tanpa perkara2 penting seperti:

    1) kajian terperinci pakar2 ekonomi and field study
    2) perbahasan di dewan negeri / rakyat (exco2 ekonomi setiap negeri)
    3) survey

  12. 30% tu untuk umno je. kalu pas nak juga kena isi borang umno dulu. celaka lah orang2 yang melaungkan pertahankan melayu tapi buat pekak je bila hilang 30%. atau depa dah dapat 1%? ya 1% tuan penasihat...

  13. Katak Berahim dan Fuad Hassan mana ye

  14. ya malaymind,

    itu maknanya kerajaan bailout takpun rolling untuk dapatkan margin lebih. padahal nak terlingkup aku rasa. tapi bila press kata untung berbilion-bilion. oarang kampung macam aku ni nak terkencing dengar untung macam tu. ye lah tak pernah tengok duit bilion-bilion ni. sama ja umno ketua umno kat kg aku ni. pi tibai duit orang kampung kata nak buat rolling tender balak. alih2 dia rolling kat meeja pool. tak guna punya umno. pada ketua umno tu mana tau kut dia baca blog bakaq ni, aku nasihatkan hang jangan la hinggap lagi kat kg ni. kami ni memang dah pakat nak hiris telinga dia sampai putuih...cilaka punya umno. ya cilaka punya umno. apa? hangpa nak marah ka?

  15. Pak Bakar,

    Apa jaminan kalau PR naik PAS akan pertahan Islam dan hak Melayu hingga titisan darah terakhir? Kami mmg tau UMNO dah tak boleh pakai, dia jaga perut and bawah perut dia saja. PAS jaga sapa? kami atau DAP supporter? Kalau PAS buat perangai yg betul, you can get my votes in the next election. Sekarang undi rosak saja saya bagi.

    -Sokong Jepun Jajah Malaysia-

  16. Patuit lah sebok dok canang 1 MALAYSIA... rupa2nya nak kasi kaut bersih 1 MALAYSIA.. mana pi huluparang kontot umno..??

  17. Anon 15, betul ikut punya kau punya justifications ada betul punya betul ka..?? Apa kelass kau?? Perasan lebih.... piirahhh

  18. KAH KAH KAH.. PAS SEKARANG JADIK JAGUH MELAYU...!

    INGATKAN CUMA JADIK JAGUH KAMPUNG DAN KUDA TUNGGANGAN DAP. TAHU PUN YG DEPA NI SAYANG BANGSA MELAYU.

    ABIH TU YG TERHEGEH HEGEH SEMBAH CIUM DAP TU PASAI APA? MASA DAP NAK MASUHKAN DEB BUKAN MAIN LAGI SALEHUDIN AYOB DEFEND LIM GUAN ENG..

    http://www.mysinchew.com/node/8585

    PAK BAKAR LUPA KAH? KAH KAH KAH

  19. AT THE END OF DAY.....YOU GUYS ARE JUST A BUNCH OF ULTRA MALAY NATIONALIST = ASS-O-BIYAH = AGAINST ISLAMIC VALUE = AGAINST ISLAMIC CULTURE = AGAINST S.A.W = AGAINST ALLAH..............

  20. http://mt.m2day.org/2008/content/view/23777/84/

    PAS faction determined to talk to Umno
    Wednesday, 01 July 2009 14:02
    By Asrul Hadi Abdullah Sani, The Malaysian Insider

    After failing to hold unity talks with Umno, the conservative faction of the Islamist party is now pushing for an “intellectual” discussion with Umno Youth, in a sign that the fiasco has not been laid to rest.

    PAS Youth chief Nasrudin Hassan, in a joint press conference with Umno Youth deputy chief Datuk Razali Ibrahim today, said the talks are aimed at resolving the political standoff between the two parties.

    Nasrudin added that the talks will be beneficial to the Malaysian public.

    “We hope this will be the beginning of many more discussions and to have an intellectual culture in solving problems,” Nasrudin said.

    But such an open sign of cooperation between the two political rivals could spark off a fresh round of concern among both their partners in Barisan Nasional (BN) and Pakatan Rakyat (PR).

    The PAS flirtation with Umno over the possibility of forming a unity government had caused serious fissures not only within the Islamist party but also among its PR partners, the DAP and PKR.

    READ MORE HERE: http://www.themalaysianinsider.com/

    ---------------------------------------------------
    COMMENTS

    written by DezMalaysia, July 01, 2009 14:08:53
    Some idiot corrupted PAS leaders... why dont they just join UMNO and don't mess with PR Alliance. Sick of those untrustworthy hypocrites in "ketayap". Looks like enemy is in our houses especially in PKR & PAS. DAP gotta watch your back too. No exception. Hee bitch is one example what money can buy.
    report abuse
    ............................................
    written by DanDan, July 01, 2009 14:18:01
    High time for Tok Guru Nik Aziz to pluck out the torns in PAS before it turns septic

  21. tafsir lah ayat Al Quran elok elok...di sana ada penyelesaiannya..............

  22. najib tu menari ikut rentak anwar brahim saja..kan anwar and the gang dok suruh hapus quota untuk tarik pelabur...haa sekarang dah jadi sensitip pulak2 puak2 melayu PR ni.Takkan selama ni dok harap UMNO je dok bejuang untuk orang melayu kot..UMNO pun nak idup jugak ..nak jugak dapat balik sokongan kapir harbi

  23. http://mt.m2day.org/2008/content/view/23778/84/

    A real unity government
    Wednesday, 01 July 2009 14:07

    What PAS and Umno never explained

    What is clear is that Umno is open to political strategies for staying in power, while PAS is open to political strategies for coming to power. The problem, then, is not just how these strategies converge, but why and in regards to what.

    By Shannon Shah, The Nut Graph

    WHEN the Pakatan Rakyat (PR) finally rejected forming any unity government with the Barisan Nasional (BN), it alleged that the idea was "a malicious and desperate attempt to compromise the integrity of the PR." The proponents of the idea from PAS and Umno, however, had earlier defended it as being in the interest of Muslim and Malay unity.

    It was virtually impossible, however, to discern from the political rhetoric any analysis or critique of what a unity government actually is and what it is supposed to achieve. So, what exactly are the political parties not telling us?

    "A unity government usually comes into being after some sort of national crisis, when for the sake of bringing the country back to its feet, political parties set aside their differences to work together," political scientist Dr Joseph Liow from Singapore's Nanyang Technological University tells The Nut Graph.

    Liow also concurs in an e-mail interview that "[n]either Umno nor PAS nor anyone else has really attempted to define what a unity government in Malaysia would look like."

    READ MORE HERE: http://www.thenutgraph.com/

    COMMENTS

    written by asguard, July 01, 2009 15:04:05
    If now those agreed PAS aka UMNOlist do that or hold that unity ....it would be finished for them...! Time for them to choose move forward or later in coming 13th Election suffer the biggest blacklash and ever again trusted by the non-malay!

    ...
    written by batsman, July 01, 2009 15:34:04
    Everyone seems to be blaming somebody. Even Hindraf blames LGE. So I might as well give it my personal shot. I think DAP is to blame. If DAP is not so fanatical about the secular state, PAS would not even dream of talking to UMNO. I think in PAS's estimate, a tie-up with UMNO now offer better chances of getting an Islamic state. Laksmana - very sorry la!

    ...
    written by Jan, July 01, 2009 15:55:08
    If PAS thinks tying up with UMNO will stand a better chance of getting an Islamic state then they must be pretty naive. They just don't know their UMNO and what they stood for. But this is besides the point. They cannot ride on the efforts of Pakatan supporters and later leave them for the sake of power, it's betrayal of the highest order. I don't believe their religion condones such behavior.

  24. ... dah lama dah melayu kena jual dek umno bermula dengan memberi jus soli kepada kaum pendatang ke tanah melayu kerana mahu merdeka dari omputeh. "jus soli - the principle that a person's nationality at birth is determined by the place of birth".

  25. Apsal org PAS marah kt Najib pulak.

    1) Bukankah PAS memperjuangkan KETUANAN RAKYAT pimpinan DAP and PKR. Apsal risau pulak pasal Melayu punya share dlm ekonomi.

    2) Mana press statement dari pimpinan PAS yg membangkang apa yg Najib nak buat ni. Takut DAP marah ke?

    3) Jgn la tahu nak membangkang je wahai org2 PAS. Kalau hang bagus sgt, bagi la cadangan. Bukan melalak tapi penakut kt DAP. Nak ckp negara ISlam pun org PAS takut la ni. Pi rah mabuk.

  26. KUALA LUMPUR, MALAYSIA: PAS Youth said Thursday (13 Mar) that they treat seriously the warning the Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi gave on the New Economic Policy (NEP) statement by the Penang Chief Minister Lim Guan Eng.

    However, PAS Youth thinks that Penang state government has the power to decide its own policies and do not think that Lim's speech would stoke any racial tensions.

    The PAS Youth chief Salehuddin Ayub pointed out in a statement that the NEP was to reduce the racial divide between the rich and the poor, however it is disappointing that the policy has also become a political tool for BN to oppress and exploit the people.

    He said that the purpose DAP refused to comply with the NEP is to suit the party's ideology. However, it can't be linked with racial sentiments, because the party has no intention to marginalise Malays. They want to allow all races to have equal opportunities.

    “The country leaders should not transfer this issue to PAS, PKR or the people who voted for DAP.”

    He added that the NEP do not benefit the Malays in Penang because UMNO, who share power with MCA and Gerakan, could not defend their fate. He said the people saw the failure of the NEP, because this policy has led to corruption, cronyism and nepotism. There is no way for the Malays to compete in the market with their own performance.

    He said that not only the NEP affects other races, but the Malays have also been affected. The UMNO leaders do not need to feel injured if the NEP were to be abolished. (Sin Chew Daily)
    MySinchew 2008.03.14

  27. Ibrahim Ali mano berani kalau dongan amNO cakap buleh la bertindak??? uhh haprak

  28. Tak rela dibaruakan oleh ameno atau dibonekakan oleh DAP. Tak betoi kita tegoq, yang betoi kita sokong. Kami tak suka orang yang penuh sikap mazmumah, dan sukakan orang yang bersikap mahmudah.... Itulah beza pakatan rakyat dan BN (bini najib ops silap barisan nasional)

    Gunakan akal fikiran serta iman....

  29. Yang peliknya kenapa Pak Bakar patut marah tentang UMNO yang dah liberalisasikan ekonomi. Dah start jadi melayu dah rupanya Pak Bakar ni. Igtkan Islam mengatasi Melayu?

    Seingat Malaymind, ramai ahli PAS kata perjuangan melayu adalah asabiyah, macam jugak si ano 5:51 kata, asabiyah UMNO ni dah against Allah.

    Maka keluarlah fatwa ano 5:51 tu. Dia tak sedar UMNO dari awal lagi difatwakan kafir apabila bekerjasama dengan MCA dan MIC. Dan dia juga tak sedar, fatwa tu sekarang dah makan tuan.

    Sekarang ni, dia tak sedar lagi fatwa melayu=asabiyah=against allah tu pun bakal makan diri apabila Pak Bakar pun dah nak pertahankan Melayu dah. Kalau tak, dia tak kisah aje pasal UMNO hapuskan melayu tu.

    Asyik kuar fatwa pastu makan tuan je ni. Aku musykil la orang-orang ni ada belajar skolah dulu tak ni sebelum keluarkan fatwa ni..


    Ano 4.57,

    Sebab tulah orang tak bagi sebarangan orang uruskan ekonomi. Kalau tak nak faham, janganlah komen pasal bailout etc sume tu.

    Nasihat aku untuk orang level macam ko ni, nanti kalau ada company yang bukak pemilikan saham, kaji prospek company tu pastu kau melabur kalau dah yakin(Benda ni nanti sume ada dalam paper, itupun kalau kau baca la} Masa tu, kau tak isi borang UMNO pun mmg boleh dapat sebab dia bukak untuk PUBLIC. Aku ulang, untuk PUBLIC. Sebab tulah, apa yang Najib buat sekarang ni, dia tak nak bagi 30% tu pada org perseorangan dah sebab katanya tak menjadi. Najib dah jawab semua persoalan Pak Bakar ni dalam penerangan dia, cuma orang yang bodoh sombong je tak nak baca.

    Disebabkan buat kuota 30% peringkat company ni tak jadi, Najib guna cara lain iaitu bukak 50% daripada milikan saham kepada SEMUA BUMIPUTERA. Aku ulang balik, SEMUA BUMIPUTERA. Maknanya sekarang ni, semua bumiputera ada peluang untuk dapat share daripada dulu hanya sekerat yang dapat.

    Jangan sebab korang buta pasal apa itu IPO, tak reti prosedur nak beli saham, lepas tu tak kaya-kaya, pun nak salahkan kerajaan lagi.

    Pergi belajar dari sekarang.

    Lepas tu, jangan tanya aku pasal kenapa dari 30% jadi 50% pulak. Aku malas nak terangkan dah micro ngan makro ni. Aku malas dah nak cite mana datang jadi 50% ni padahal dulu 30% tu.

    Sekarang, belajar sikit pasal beli saham! Najib dah bukak ruang dah tu. Takkan nak suruh dia datang rumah ajarkan macam mana nak isi borang pulak. Orang dah bukak ruang pun tak reti lagi. Tak habis habis nak komplen.

    Tapi, nak aku nyatakan kepada bukan bumiputera di sini bahawa ni hanya applicable untuk mereka yang nak jadikan company kepada Berhad saja. Jadi, untuk orang cina dan india, mereka boleh terus 'taik hidung masinkan' kekayaan dorang tu tanpa ada orang melayu kacau. Korang boleh terus je ratah orang melayu yang tak skolah tu supaya beli barang korang dan kutuk mereka sebab korang yang bayar tax. Korang boleh terus permainkan PAS di dalam PR supaya berbaring untuk korang di jalan raya dan boleh terus cakap pada PKR supaya memansuhkan DEB.

    Korang boleh je terus katakan melayu itu racist walhal korang satu sekolah ngan melayu pun tak mahu. Korang boleh aje terus naikkan harga gula biar korang jadi orang paling kaya di Malaysia pastu marah kata Melayu yang racist sebab hadkan keuntungan korang yang dah macam air tu.

    Sekian lalutan aku yang dah naik boring dah asyik nak kena terangkan hal ekonomi ni.

  30. Pa Bakaq,
    Ramai geng ameno yang melinting nampak.Mereka tu ta sedaq diri. Bila PAS buat kata jadi boneka DAP. Sikit-sikit boneka DAP. Yang umno jadi boneka MCA,Gerakan,dan MIN ta sedaq diri. Itu lagi besaq komplot cina jika itu yang di maksudkan dengan DAP. Sekurang-kurangnya cina dap ada juga pegang pada ayat Quran ta macam MCA Gerakan langsung bisu buat duit saje. Dah ler ameno jadi boneka MCA gerakan lagi hebat jadi boneka SINGAPURA. Lihat je ler apa apa benda nak buat minta persetujuan LKY.
    Bila Anwar kata hapus itu dan ini, melinting orang-orang melayu seperti berahim katak, prowaris lah apa lah, macam-macam lagi melayu karat yang ta sedaq diri yang selama ini melayu ditipu oleh amno. Tanah malaysia jual pada taukeh, tanah kerajaan, balak beri pada tauke supaya bila nak PRU dapat berjuta-juta dalam suitcase untyuk beli undi. Hampa pikiaq sekit, selama ni amno bukan jaga kepentingan melayu bahkan jaga kepentingan sendiri saje. Selama ni biarkan melayu,cina inida membiaq, kenapa tidak buat SATU malaysia untuk janga masa panjang menguntungkan negara. Lihat AMERICA, semua suku kaum ada, pendatang ada tapi bila lawan lawan HAK RAKYAT AMERICA, bukan kata hak Red Indian, hak Orang putih tulen America dan blah blah. Ameno telah menghancurkan negara dengan menanam benih perkauman jadi bila tergugat cari perkataan 'Ketuanan melayu', bila selesa tendang PAS keluar dari BN. Mana Tuan Guru tak marah. Sudah lah segelintir puak haprak yang mengutuk pa bakaq, kita tahu siapa awak yang selinding di bawah nama 'anonymous'.Kahkahkahkah

  31. Kalau Pakatan buat, korang sokong.
    Kalau BN buat, kata salah.

    Teruk korang ni. Aku dulu sokong Pakatan gak, tapi dah sekarang dah menyampah - hipokrit & taksub gila org Pakatan ni, sama macam BN gak.

  32. PAS parti p*liaq saja woi. Teloq tarak.
    Sembang deraih. Modai ceramah cukup sakan. Hudud lah..hudud kepala bapak hangpa. Kedai judi nak tutup satu pun terketaq-ketaq..nak sembang hudud.
    Ni pasai isu babi pun, hangpa dah gabra. Amik habuan. Nak berkawan dgn setan sangat. Setan tu ada teloq lagi dari hangpa.

  33. Oiii... Malaymind.. konon teror ekonomi konon.. Boleh blah lar. Teror putaq belit adalar. Asyik2 dok manipulasi nombor. Asyik2 dok bohong orang melayu. Konon2 macam meningkat tapi menurun lagi adalar. Sapa yang expert ekonomi tu? Crita kat budak sekolah boleh lar..

  34. Wahai malaymind..

    Apalar yang ko melalut tak tentu pasal nie.. Ko baru balik dari BTN ke? Kesian kat ko yang dibodohkan oleh melayu sendiri. Ameno tu mana ada keja lain... Apa yang dieorg tau buat? Takde apa pun... Yang dieorang tau, anwar salah, anwar buat nie tak betul, anwar itu, anwar ini, segala2nya tak kena lar... Itu jer yang aku nampak ameno buat. Takut sangat ke korang kat si anwar tu? yang DEB tu bukan dihapuskan tapi dikaji apa yang patut. Ko tak tau ker berapa ramai intelek dalam pas? Ameno? Orang2 bisnes (yang xlayak) yang dapat kontrak korang jer yang ada dalam tu. Kat depan korang kutuk jadi ejen itu lar, boneka ini lar, tunggangan itu lar... Itu jer modal korang.. kat belakang segala2nya korang gadai. Sedar lar wahai melayu.. Baca lar jugak Al-Quran tu, jangan lar asyik baca buku ekonomi ja. Bagus menuntut ilmu tu, tapi keimanan nak kena cari jugak. Xdak lar kita asyik nak nayakan orang kita jer.. Rentikan cucuk sana cucuk sini. bukak mata hati tu...

  35. Kepada MALAYMIND

    TOLAK KERAJAAN PERPADUAN KIKIS KUASA MELAYU – berita hairan

    Tindakan Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak kerajaan perpaduan dan mencabar Najib Razak untuk berdebat hanya akan menyebabkan kuasa orang Melayu di negara ini terus terhakis.

    Setiausaha Agung Pergerakan Belia 4B Malaysia, Jamaluddin Abdul Rahim, berkata perbincangan perlu diadakan pada peringkat pemimpin tertinggi Pas dan Umno bagi memahami di mana kedudukan sebenar orang Melayu di negara ini.

    KAH KAH KAK…

    Woit… MANA PUNYA BANGANG NI… kah kah kah…

    Kah kah kah… TOLAK PERPADUAN KIKIS KUASA MELAYU ?... kah kah kah…

    Kah kah kah.. 4 B… BODOH….BANGANG.. BAHALOL… BONGOK…kah kah kah…

    Woit… MANA PUNYA LOJIK ?.... kah kah kah..

    Woit… KUASA MELAYU TERKIKIS BILA LADANG FELDA DI JUAL PADA MODAL ANTARABANGSA… kah kah kah..

    Woit…KUASA MELAYU TERKIKIS BILA JOHOR DI JUAL PADA SINGAPURA… kah kah kah…

    Woit…KUASA MELAYU TERKIKIS BILA PEMIMPIN MELAYU RASUAH… MENIPU… SALAH GUNA KUASA… BUNUH ORANG…kah kah kah…

    Woit….KUASA MEALAYU TERKIKIS BILA AKHBAR MELAYU KELENTONG…kah kah kah..

    Woit … KUASA POLITIK MELAYU TERKIKIS BILA NAIB CANCELOR MELAYU TAK PERNAH TULIS BUKU … TAK PERNAH TULIS KERTAS AKADEMIK…. kah kah kah…

    Woit… KUASA POLITIK MELAYU TERKIKIS BILA KONTREKTOR MELAYU DAPAT KONTREK… BUKAN BUAT KERJA TAPI JUAL KONTREK PADA TOWKAY…. kah kah kah…

    Woit… KUASA POLITIK MELAYU TERKIKIS APABILA PEMIMPIN BELIA UMURNYA 60 TAHUN… BOTAK…PAKAI TONGKAT…DAN BODOH…kah kah kah..



    Dicatat oleh Tukar Tiub pada 1:42:00 AM 0 ulasan
    Label: kalau bodoh jangan bagi tahu orang ramai

  36. malaymind,
    "Sebab tulah, apa yang Najib buat sekarang ni, dia tak nak bagi 30% tu pada org perseorangan dah sebab katanya tak menjadi."
    "Aku ulang balik, SEMUA BUMIPUTERA. Maknanya sekarang ni, semua bumiputera ada peluang untuk dapat share daripada dulu hanya sekerat yang dapat."

    benda ni dari dulu pakatan dah sebut. tapi dituduh pengkhianat bangsa pulak.

  37. kepada malaymind..

    berpinar cite pasal ekonomi.. micro and macro la..
    name pun malaymind.. sah2 belajar tinggi2 untuk tipu orang kampung..

    dey malaymind, back to the basic...
    nape org melayu tak tau mcm mane beli saham?? Sebab org melayu byk yang tak belajar tinggi mcm malaymind.. Nape org melayu kampung xreti2 nak pegi belaja sendiri?? Sbb pemimpin BN nak org kampung terus bodoh.. Sng nak kelentong dorang... Kekayaan negara boleh share2 dgn kroni je.. Xdelah byk sgt kene share ngan org kampung...

    bukan semua la org melayu, org melayu mcm malaymind dah sebat dah ekuiti2 elite ni kan??..

    org kampung je la dok terpinga-pinga hendak faham ape yg diceritakan si perdana menteri..

    mana taknye, tiap2 hari headline suratkhabar disajikan cerita tuduh menuduh, caci mencaci, BN terbaek, Pembangkang bongok. mcm mane mentaliti org melayu nak terbentuk. Mcm mane nak terdidik org2 kpg supaya faham susuk ekonomi saham ala2 pemilikan ekuti ni??

    cube bagi headline pasal ekonomi, persoalkan kenapa jadi mcm tu, mcm bole tiba2 ade share ekuiti2 ini semua, ini tidak. tau2 dah diluluskan tanpa ambik tahu arah tujuan dan dan potensi hendak capai matlamat tersebut.. Tanpa ambik peduli tujuan 50% utk awam tu, nak tuju 50% bumiputera, tapi kbanyakkan org melayu xreti plak bab2 share saham ni.. Samelah mcm 30% dlm pemilikan ekonomi melayu.. gagal. PPSMI gagal.. Koridor pak lah.. Gagal.. Jgn dok gebang tp nnti gagal dok diam.. Tiap2 hr cite kt tv, suratkhabar kerajaan akan buat kajian.. Kajian pirahhh!!

    Takkan kerajaan xtau orang melayu (org kampung) ni pasai ekonomi ape pn xtahu (bukn melayu spt malaymind ya) ekonomi jual nasi lemak, MLM, overtime, becucuk tani, kerja sampai penat tau ler.. Pas2 dok bangga kt sini cite pasai ekonomi..

    Sumpah org kampung xnak tau Malaymid..
    Org kampung nk pemimpin jgn tipu mereka..
    Org kampung nak pemimpin Cerita ekonomi yg bole merangsang ekonomi kampung dalam bahasa kampung....

    Asik cari modal dengan rangsang tarik pelabur luar buat ape.. Dok melabur billion2 tapi tak terkesan kt orang kampung nak buat apa.. Last2 bukak peluang share ekuiti ekonomi kat org kampung, tapi orang kampung satu hapak tak paham.. Dah2 jgn dok berpinar cite ekonomi BN yg takkan capai sasaran tu.. Buat homework mcm mane nk capai sasaran dan matlamat baru bole dok bangga ngan org kampung....
    Push stop

  38. Malaymind,

    AT THE END OF DAY.....YOU GUYS (termasuk le pak bakaq, orang PAS yang pro UG, Nationalist Melayu tak kira le dari Pas atau Umno dan commenter2 lain dalam blog ini yang support idea "ASS-O-BIYAH MELAYU") ARE JUST A BUNCH OF ULTRA MALAY NATIONALIST = ASS-O-BIYAH = AGAINST ISLAMIC VALUE = AGAINST ISLAMIC CULTURE = AGAINST S.A.W = AGAINST ALLAH..............

    Mana ada asabiyah dalam Islam...and kita tak boleh nak "memelayukan islam".

  39. pinjam PTPTN untuk ambil ijazah kat IPT,
    habis belajar kena caj RM48.75 setiap bulan sampai habis hutang.
    Caj pentadbiran atau kadar FAEDAH ??

    Kesian kat anak2 warga Malaysia...
    Nak belajar kena berhutang, dapat kerja belum tentu !!

  40. Orang Islam Sama Islam gaduh sama-sama
    Orang bukan Islam untung ditengah-tengah

    Orang Islam-melayu nak saling memenangi hati bangsa lain sama-sama
    Cina dan India untung ditengah-tengah

    haiyaa..kasi lawan sama diala Pak Long..lawan kasi tolong kita...
    Wayoo..sapa bole kasi lebe undi sama u saya pangkah..amaaa..

    kesimpulannya..dua-dua puak saling bergaduh untuk suatu kebenaran kononnya..berlumba-lumba menguntungkan orang lain..manyak pandai ini olang woo..

  41. Itulah yang aku cuba nak tunjukkan.

    Jibril kata, 'Iqra', sebagai ayat pertama sebelum ajar pasal iman, ihsan. Jangan jadi macam si ano 12:41 kat atas ni, duk asyik asabiyah = against Allah la bla bla bla la, sampaikan nak letak nama sendiri pun tak reti dah nak taip. Aku suspect dia salah seorang 'musang berbulu ayam' sebab dia tak reti dah nak cakap ayat lain selain nak suruh orang melayu marah.

    Pasal cerita orang kampung ni, kita kena ingat, kita SEMUA dulu orang kampung. Aku ulang, Kuala Lumpur dulu pun kampung saja aduhai sedara - sedara sekalian.

    Habis tu, nak jadi dari kampung ke bandar, apa kita kena buat?

    Belajar.

    Tapi, dalam hal sekecil ni pun 'pemikiran melayu' tak leh nak setuju dengan aku. Daripada duk komplen orang kampung buta huruf la, buta seni la, buta saham la, apa sumbangan kau nak majukan orang kampung kau? Takkanlah dorang kata, 'sumpah aku tak nak belajar pasal saham' kau pun 'iye, iye jangan belajar pasal saham' kot?

    Kalau itulah apa yang kau buat nak 'bantu'orang kampung kau, mmg pun patut kau salahkan semua kepada UMNO. Mentaliti kau dah tak boleh nak diselamatkan lagi dah.

    Sepatutnya kita semua sebagai orang yang ada internet, pegilah terangkan kat orang kampung masing - masing pasal apa yang UMNO dah buat tu. Terangkan pasal macamana nak jual beli saham, macamana nak belajar ekonomi dan sebagainya. Jadilah wakil jibril di muka bumi ini.

    Ini tak, nak jugak jadi macam ketua syaitan. Adam dijadikan je, perkara paling awal dia cakap, " aku diperbuat dari api, aku lebih baik dari dia".

    Abis la dah jadi gaduh sampai sekarang. Hasilnya, apa pun tak dapat pastu salahkan adam.

    Senang cerita ginilah, ekonomi negara naik = nilai duit naik = pembeli sayur ramai = jual sayur untung = orang kampung untung.

    Cara lain pulak, UMNO bukak peluang = kau belajar dan beli saham = saham naik = kau untung

    Tak cukup lagi?

    Kau sokong je PR = PR janji manis sebab nak menang = kau tuntut janji = kau untung

    Tak cukup lagi?

    Kau sokong saja PAS = Sokong PAS confirm syurga = Kau dah tak yah fikir pasal dunia lagi dah = Tunggu mati saja nak masuk syurga yang penuh dengan keuntungan

    Kesimpulannya, dalam dunia ni banyak cara nak berjaya. Nak dunia saja pun boleh, nak akhirat saja pun boleh. Nak dua - dua pun boleh.

    Dengan syarat ada ilmu.

    Aku tak nak gaduh hal bodoh bodoh ngan korang lagi. Aku cerita hal ekonomi kat atas pun, korang bukan duk lawan ilmu dengan ilmu. Lawan aku sebab aku UMNO saja.

    Jadi sekarang ni, aku mintak korang pergi belajar saja. PERGILAH BELAJAR!

    Nak kutuk UMNO, aku tak kisah. Kutuk je, TAPI KUTUK SAMBIL KORANG PERGI BELAJAR!!

    Sebelum gaduh hal hal lain, sapa sini setuju kita semua patut belajar, angkat tangan?

    Lepas tu, sambunglah nak kutuk BN pun.

  42. Bila equiti bumiputra di hapuskan, bermaana MCA/Cina dah tunggang UMNO lah tu.
    Sah UMNO boneka MCA dan Singapore.UMNO dah makan "Nasi Ketayap" Ong Kah Ting dan Lee Kwan Yu.Ciss UMNO ! Pengotor betul kamu ni!!! Memalukan bangsa Melayu saja !!!

    baca lagi "Nasi Kangkang Rosmah pt1,2 dan 3"...di

    http://warongpakyeh.blogspot.com

  43. Pa Bakaq
    Dengar lah pembodek UMNO pertahankan boss-boss depa. Semua ataskepentingan anak melayu. Pirrah. Melayu kono. Pergi Universiti kena pinjam PTPN, lepas itu kena 'bunga' 48.75c sebulan atasama perkhidmatan. Ladang-ladang koperasi melayu jual kepada taukeh cina, pergilah ke Rompin lihat sendiri, KOSMA dulu ada kilang sawit sekarang taukeh cina ambil alih, Dato JJ jual kilang sawit asalnya kepunyaan DARA, jual murah-murah kat dia, dan dia pie jual kat cina. Cina kata bukan beli, pegang sementara 70 peratus saham, apa ini gadai kah. Tidak cina diajar camana nak tipu melayu sekiranya melayu mari tanya pasal kedudukan kilang kilang sawit ini yang sudah dijual pada cina. Kerajaan Pahang jual Far East Holdings, sebuah ladang sawit yang menguntungkan Pahang kepada syarikat cina bernama Prosper Group.
    Kerajaan Pahang buat ladang sawit untung pergi mana ?? PASFA kemana keuntungan ? Felda, Felcra. Kemana keuntungan. Bila rakyat macam kita minta tanah mahu tanam sawit , MB Pahang kata ta boleh, Sawit monopoli kerajaan. Habis keuntungan syariukat syarikat Pahang kemana pergi. Rakyat Pahang tidak dapat habuk pun. Jaga Melayu konon. Baik Orang putih dulu ada juga jaga melayu dengan buat Rezab Melayu ( Indian reserve land macam di USA ).kahkahkah. Datang melayu baru, lepas it Glokal lah apa jadi, habis di jual kepentingan melayu. Lepas itu berkokok jaga kepentingan melayu. La ni hilang 30 peratus. kahkahkah BNBNBNBN - BE END. kahkahkah

  44. kpd malaymind..

    dah org yg tau internet pulak nak kene ajar org kampung??
    abz periuk nasik org yg tau internet tu sape nk jage kalo dah turun kampung??
    mmg la bole charge sana sini ajar kt org kampung.. sumpah kalo ade charge2 tersembunyi trus org kampung tak minat.. nk salahkan org kampung ke malaymind??

    mmg la mulia buat mcm tu, seperti malaymid ckp la.. semulia malaikat..
    tp kite xde kapasiti, keupayaan utk berbuat begitu.. kite ade tanggungjwb utk dr sndiri dan keluarga.. dan kerja kite bkn nk menjage kebajikan rakyat.. yg jage kebajikan rakyat tu WAKIL RAKYAT la. tp ap yg wakil rakyat buat..

    kalo aku cakap pn mesti kene kt BN balik. ak tk ckp PR sbb BN dah 50tahun perintah negara xkan nk salahkan PR yg baru setahun due ni.. pastu byk plak masalah yg dtingglakan BN kalo PR dpt perintah pn..

    dan2 BN ni jns bg sume permodalan-permodalan dan ekonomi bahasa barat ... org kampung nak kaya.. sumpah orang kampung nak kaya.. orang kampung nak jadi kaya macam pak menteri. sumpah nak kaya mcm pak menteri.. tapi pak menteri bagi laluan dalam bukan bahasa kampung.. dlm bahasa pemodal barat.. mcm mane malaymind dey2??... ap muslhatnye smpai skrg org kampung tk phm2.. aku pn xphm psl saham2 ni.. sbb mmg mcm xde satu lonjakan dan tolakan untuk kita memahaminya lantas menceburinya.. yang ade MLM.. konon saham la tu..

    ape yg aku nak cakap simple.. sape2 yg bergelar pemimpin tu.. jgnlah tipu org kampung lagi.. penat keje pn tk kaya-kaya.. berpinar dlm TV untung big2 company untung juta2.. perolehan cukai juta2.. tp purata gaji rakyat malaysia masih ditahap kais pagi mkn pagi.. kasi petang makan petang.. masih ade jurang yang besar antara kaya dan miskin...

    xkan aku nak sokong BN lagi kot. xkan aku nak sokong plan2 ekonnomi BN yg aku xphm kot.. jns aku kalo aku da xphm.. mesti ade udang disebalik batu plan style by BN. hehe. sume dah terpapar depan mate.. digonyong2 je org kampung..

    aku tk sokong mane2.. tp yg nyate aku lgsg da dpt terima BN dah..

  45. Dah macam - macam dasar dibuat, tetapi tahap kemiskinan di kelantan masih 10.6%.

  46. bila najib kata angguk... maka angguk lah para menteri semua adanya...
    bila najib kata makan itu tahi... maka makan lah para menteri adanya... siap tambah lagi mengtakan ianya sangat sedap.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008