Sedap!! Klik gambar di atas!

Lupa jerat: Penyakit pembangkang Malaysia

Jerat tetap sabar menunggu pelanduk. Hanya itu sahaja kerja dia. Pelanduk pula tak henti-henti terlupa jerat.

Ituah sebenarnya penyakit kronik yang dihidapi oleh parti-parti pembangkang di Malaysia. Barisan Nasional dan segala jenteranya sentiasa memantau mereka. Polis Cawangan Khas memantau aktiviti pembangkang. Perisikan tentera memantau. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memantau. Media pro-BN memantau pembangkang. Semua jentera BN yang boleh digunakan untuk mencincang-cincang kemaraan pembangkang digunakan.

Lebih malang lagi, ada di antara pemimpin pembangkang yang merasa Umno tu baik sangat. Mereka beri'tikad sungguh-sungguh dengan khayalan mereka bahawa Umno tu boleh dibuat kawan.

Penagih-penagih Umno itu lupa kata-kata Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat - Umno ni, bila kereta dia rosak, dia suruh kita tolak. Bila kereta dia dah boleh berjalan, dia tinggalkan asap kepada kita.

Saya pernah tulis sebelum ini, malas nak cari tang mana, bahawa saya suka polis, SPRM, media pro-BN dan entah apa lagi memantau para pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang memegang jawatan dalam kerajaan-kerajaan negeri. Biaq depa takut nak buat perangai. Biaq bersih.

Walaupun kita tahu bahawa apparatus kerajaan BN itu tak henti-henti mencari kesalahan yang tidak-tidak, tetapi tidak boleh juga dinafikan bahawa banyak pemegang jawatan dalam kerajaan dari PR yang memang berperangai seperti celaka. Saya mendengar cerita seorang pembesar yang menolak recommendation mesyuarat mengikut prosedur yang dipengerusikan oleh Exco kerajaan negeri sambil menyatakan penasihat ekonomi lebih tahu. Penasihat ekonomi itu pula oportunis yang sangat celaka perangainya. Banyak lagilah kalau nak cerita.

Tak payah nanti BN, buruk kelaku macam tu mesti diperangi. Jangan sampai orang dalam PR sendiri yang mencincang-cincang kemaraan aspirasi rakyat.

Sambil kita sanggup berlawan (nasiblah kalau kena tangkap) dengan BN dan apparatusnya yang kurang ajar (yang tak kurang ajar kita kira lagu lain la), kita juga mesti bersedia berlawan dengan babun-babun yang merosakkan PR.

Dalam posting bertajuk "Whitewashing Najib," saya tulis:
Saya lebih bersedih kalau orang-orang PAS membela rakan-rakan mereka yang melakukan kesalahan. Ketika masih bersama, yang dituduh rasuah cuba diberi warna cerah dengan jeritan-jeritan kononnya ada konspirasi. Bila sudah melompat katak ke tempat lain, lain pula ceritanya. Yang menjalani kehidupan tak bermoral pun cuba dibela dengan lidah yang berputar-putar. Saya sedih!

Bolehkah saya menaruh harapan kepada orang-orang yang tak berkepentingan atau tak fanatik kepada mana-mana parti pun untuk menyatakan salah kepada yang bersalah dan berkata "bo lah (hentikanlah) 'asabiyyah tu!!"

Sanggup hampa menjadi musuh semua orang?
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. pembangkang pun ramai melayu pak bakar...
    jadi deme akan tetap mudah lupa...
    dah sayangnya kepada umno tu payah nak dihilangkan...
    ibarat mat pet dgn ganjac dan heroinnya....

    debatapasaja.blogspot.com

  2. Bagueh bakaq, hang dah sedaq - tak perlu keluar PAS ikut tingkap atau pintu, memadai hang duduk kat beranda...terjun kalau kecemasan. Elok jadi mata dan telinga kebenaran kepada rakyat, tukang lapor..jangan jadi tukang fitnah.

  3. hidup lagi... ingat dah mampus! Tadi kan dah kena pijak? Liat sungguh...

  4. salam...

    amar makruf nahi mungkar...

    salah ttp salah ..

    x kira PR ATAU BN TTP KITA BELASAH JIKA SALAH...

  5. Ada lagi ka kluangman nie.. Duduk kat beranda? Jadi macam lalang ka? Setakat ada mata dan telinga tapi buta dan tuli buat apa? Ada hati tapi mati. Konon nak jadi tukang lapor.. tapi, yang lebihnya jadi tukang angguk jaa... Lebih baik duk diam..

  6. As-Salam Bro Bakaq,..heheh,..apo nak dikato,..wakaka,..looks like sumtimes we r fighting a lone battle,..but if u wanna do d lone battle den i salute u but pls dun b bias & let ur anger blinded u bro,..kurangkan le mengunakan perkataan kesat kat Hamba Allah sesama manusia bro,.. salah kita kekadang kita tak nampak/perasan tp salah org memang senang kita nampak,..heheh,..wat else can I say,.. Nik Aziz tu manusia and to me dia dah kehilangan pangkat sebagai Tok Guru,..yg gue nampak dia hanya memalukan dirinya sahaja dan juga memalukan Islam,..waallahualam...wat else can I say,..(,")

  7. Alahamdullillah Baqaq.

    TGNA tu tarap Penasihat. Macam Lee Kuan Yiew. Pandai dan kuat macam mana pun, akan dimamah usia. Dia dah jadi budak budak. Sekilas padang dan dengar, macam dia tu pedendam. Baqak pu tau apa maksud saya. Tapi dalam mendengar cakap dia, jangan lupe, tuhan dah janji. Yang tua balik budak. Paham maksud saya. Ape cakap dia, dia cakap ape yang dia rasa dia ingat dan betul. Sya yakin ada sebab yang amat besar pada segala anugerah Rasulullah kepada kita. Kenapa dilahiarkan begitu dan kenapa dia wafat pada umur 60an pada jam dan disaat itu.

    Jadi, pak baqak, janganlah kata Haji Hadi dan Nasaruddin mcam tu. Kalu nak ikut kualiti dalam organisasi, TGNA hanya Penasihat (Baik, kiranya nasihatnya membawa keebaikan SELURUH UMMAH). Tak sama kelayaakan nya dengan TGHA seorang Presiden berbanding TGNA yang hanya dapat 1 pencalunan (ini perbandingan di dunia baru tu). Hormatilah Ketua. Penasihat ni, kalau dibanding dengan kita sebagi individu (iman yang ada) dan satu lagi syaitan. Yang mana satu sedang menasihatkan TGNA sekarang ni?

    Adam

  8. salam pak bakaq,
    kluangman ni pak bakaq - dia baguih, macam umno - ada wawasan - 52 tahun merdeka, melayu tergadai segala-galanya.

  9. syabas pak bakar,

    walaupun aku tinggal kat kubangtaik, aku tak pernah tergila-gila mengatakan taik tu wangi.yang busuk tetap aku kata busuk walaupun sukusakat aku tinggal kat kawasan yg busuk.

    macam pak bakaq kata dulu, kalau dah sampai tahap ketagih, macam penagih hidu gam,
    depa sanggup hidup gas taik lembu untuk hilangkan ketagihan mereka...begitulah jua geng stopa yang ketagih projek dgn UG-UBN agaknya.

  10. Bagueh hang bagi pluang ni aku fikiag depa-depa dalam PR tak perenah dengagh tok guru dok tazkiroh kot dah bebueh mulut tok-tok guru dok peringat macam orang tua-tua dok kata ada telinga sumbat dengan jari kalau buka dengagh yang tak elok ada mata buta celik saja tapi tak mau tengok yang baik-baik ada mulut suka cakap yang bukan-bukan serupa depa saja yang pandai itulah namanya manusia wallahh hu'ahlam

  11. Kata Zin Mahmud:
    Pelbagai pihak mengata orang Melayu macam-macam. Ada yang mengkritik sikapnya, budayanya dan juga bahasanya. Orang Melayu bersifat perkaumanlah. Bahasa Melayu dikatakan macam-macam. Tidak sesuailah dengan zaman. Orang Melayu kena kuasai bahasa Inggeris untuk selamat. Biarlah mereka kata macam-macam, tetapi sudah ditakdirkan orang Melayu dilahirkan Melayu.
    Bukan pilihan mereka untuk menjadi Melayu. Tetapi lahir-lahir sudah jadi Melayu. Tidak kiralah ada antara Melayu yang keturunannya bukan Melayu, malah ada yang tidak miliki darah setitik pun keturunan Melayu, tetapi mereka mahu menjadi Melayu.
    Hakikatnya Melayu bukannya kaum yang berdasarkan darah keturunan. Melayu adalah bangsa yang berasaskan budaya tersendiri. Sesiapa mengamalkan budaya berkenaan, jadilah dia Melayu. Tetapi menjadi Melayu mempunyai keseronokannya tersendiri. Walaupun Melayu banyak ketinggalan, dan ramai daripadanya jahil dan miskin, tetapi tidak pula mereka mahu bertukar menjadi bangsa lain. Jadi bangsa Amerika umpamanya. Atau China , Arab dan lain-lain. Mereka tetap mahu menjadi Melayu.
    Ciri utama orang Melayu Malaysia adalah agamanya. Walaupun banyak orang Melayu lemah dalam amalan agamanya, atau jahil tentang agamanya tetapi mereka tetap mahu berpegang pada Islam. Tetapi bukan sebarang Islam. Agama yang diamalkan oleh orang Melayu ialah Islam mazhab Syafii. Kecuali Perlis.
    Walaupun ada orang Melayu yang mempunyai fahaman liberal tentang agama, tetapi asasnya dalam kehidupan masyarakat mereka mahu mengamalkan agama seperti yang digariskan oleh ulama-ulama Melayu.
    Golongan ulama inilah yang antaranya bekerja dengan pihak berkuasa negeri-negeri yang mentafsirkan agama untuk diikuti oleh orang Melayu. Ulama ini seperti antaranya ialah mufti dilantik oleh Raja-raja Melayu di negeri masing-masing dan Yang di-Pertuan Agong bagi negeri yang tidak beraja.

    Zolgoji, Bukit Bandaraya Shah Alam

  12. Syabas pak bakaq!kalaulah semua orang PAS macam anda ini maka lagi cepatlah BN hancur.

  13. teruskan kerja amal pak bakaq,tegakkan keadilan.

  14. Tahniah Pak Bakaq atas usaha selama ini. Hapuskan UMNO Yahudi pembela sekular dari negara Kita ini.

    - pemuda selangor -

  15. Pak Bakaq,

    Memang ramai Melayu yang terlupa dengan jerat khususnya yang berada dalam PAS.Tak ramai dikalangan ahli PAS yang tahu betapa "powernya" UMNO dengan segala infrastuktur kerajaan digunakan untuk memantau dan mencari kesalahan pembangkang dan satelah kesalahan,kelemahan dan kekurangan itu diperolihi betapa banyaknya saluran yang dapat mereka pergunakan untuk melapurkan kelemahan itu.

    Dari kalangan yang terlupa itu,memang terdapt pula yang terperangkap dengan janji-janji manis UMNO serta habuan-habuan lumayan yang akan diperolihi munkin yang telah diperolihi.Bagi mereka yang telah termakan budi ini,kita akan dapat melihat perangai dan gelagat mereka .Walau pun bijak berjanji dan pandai pula buat muka sedih,namun mereka tetap meneruskan kerja-kerja sebagai mana yang telah mereka rancang dengan UMNO.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008