Seronoknya dapat diskaun
Tak rugi sikit pun mereka kehilangan 30 peratus. Hanya Datuk A Kadir Jasin yang marah-marah bila dia mempersoalkan, wajarkah dikorbankan DEB kerana undi minoriti? Hanya Tun Dr Mahathir Mohamad yang berpendapat dasar ekonomi yang dibuat Najib tak membantu sesiapa pun.
Berbaloi sungguh potong 30 peratus kuota Melayu bila digantikan dengan 20 peratus diskaun tol!
Tak kisah mana pi pun RM253.6 bilion...
Woo!! 3 ribu permit teksi woi!!
Alahai pemandu teksi...
Musa Hassan, apa macam?
52 tahun perintah Malaysia hampa buat apa?
Baru nak baiki jalan untuk rakyat, pemimpin dah lama bina istana
Carrot and stick
Sebelah tangan pegang karot, sebelah lagi pegang kayu. Karot yang diberi tak sebanyak mana. Tetapi, kayu yang membantai menggila merata-rata.
Bagaimana nasib pelabur amanah saham yang rugi?
Nah ambik, ambik! 1Malaysia ni!
Berkaitan:
11 'hadiah rakyat' (Mingguan Malaysia 12/7/09)
The 100 days myth (Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz 12/7/09)
1. Diskaun 20 peratus kepada pengguna kad prabayar Touch ‘n Go dan SmartTag yang menggunakan tol lebuh raya 80 kali atau lebih dalam sebulan bermula 1 September 2009Saya percaya ramai orang Umno yang bertepuk sakan dapat diskaun. Ada 20 peratus dan ada 50 peratus.
2. Potongan diskaun 50 peratus kepada peniaga kecil di Wilayah Persekutuan memohon dan membaharui lesen perniagaan.
Tak rugi sikit pun mereka kehilangan 30 peratus. Hanya Datuk A Kadir Jasin yang marah-marah bila dia mempersoalkan, wajarkah dikorbankan DEB kerana undi minoriti? Hanya Tun Dr Mahathir Mohamad yang berpendapat dasar ekonomi yang dibuat Najib tak membantu sesiapa pun.
Berbaloi sungguh potong 30 peratus kuota Melayu bila digantikan dengan 20 peratus diskaun tol!
Tak kisah mana pi pun RM253.6 bilion...
1. Penyewa Program Perumahan Rakyat di Wilayah Persekutuan dibenarkan membeli rumah yang disewa.Tak kisah mana pi pun RM253.6 duit Petronas. Biasa la, rakyat mesti memberi sebelum menerima. Apa nak kisah tabur-tabur RM253.6 bilion - rumah yang disewa dah boleh beli, dapat pulak lagi RM150 juta la, RM15 juta la... Tak payahlah kertas putih fasal RM253.6 bilion tu!
2. Tambahan RM150 juta bagi dana TEKUN dan RM15 juta untuk program pembangunan usahawan muda kaum India.
Woo!! 3 ribu permit teksi woi!!
1. Tambahan kira-kira 3,000 lagi permit teksi individu dalam masa tiga bulan akan datang.Yang penting bagi permit. Peduli apa kadar insurans terlalu tinggi, peduli apa orang tua umur 61 tahun menjadi pemandu kereta sewa sejak lebih 20 tahun lalu yang mengeluh kerana keadaan amat membebankan. Janji keluar permit teksi lepas tu sure heboh sikit. Penerusan sikap "rakyat pasti seronok, dia orang bodoh! Tak susah mana pemimpin nak tipu".
Alahai pemandu teksi...
Musa Hassan, apa macam?
1. Komited untuk mengurangkan kadar jenayah terutamanya ragut dan kecurian kenderaan.Ya ka? Najib tak tau ka "no Malaysian will be convinced that he is serious about fighting crime unless he appoints a new IGP"? Bagaimana pula mereka yang rasuah dalam kerajaan Najib?
52 tahun perintah Malaysia hampa buat apa?
1. Mempergiatkan usaha bagi memastikan bilangan pendaftaran lewat kelahiran dapat dilaksanakan dengan segera.Daripada tahun 1996 lagi dok cakap fasal the most modern paperless government. Tiba-tiba, cakap fasal pendaftaran lewat dan masalah kewarganegaraan rakyat. Ah, wajah sebenar kerajaan Barisan Nasional!
2. Menyegerakan usaha menyelesaikan masalah kewarganegaraan rakyat.
Baru nak baiki jalan untuk rakyat, pemimpin dah lama bina istana
1. Usaha menambah baik akses kepada kemudahan asas seperti pembinaan jalan dan penyaluran bekalan air serta elektrik di kawasan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak ditingkatkan.Pi baca sendirilah pendedahan Ronnie Klassen tentang istana ahli-ahli politik Sabah. Siapa menyamun tanah rakyat di Sabah? Mengapa orang mendakwa ramai pegawai polis berminat menjadi Ketua Polis Sarawak? Ada apa di sana? Mengapa ada dakwaan bahawa Tan Sri Abdul Taib Mahmud adalah orang terkaya di Malaysia?
Carrot and stick
1. Mengurangkan kadar bayaran permohonan lesen motosikal kepada RM211 berkuat kuasa pada 1 September depan.Untungnya pakai motosikal baru! Kereta tua kena bayar lebih sikit tak pa! Tak kisah, dah ada pool system. Apa nak kisah tiap-tiap kali nak baharui cukai jalan kena check kat Puspakom dan kena bayar berkali-kali. Apa nak kisah premium tambahan.
Sebelah tangan pegang karot, sebelah lagi pegang kayu. Karot yang diberi tak sebanyak mana. Tetapi, kayu yang membantai menggila merata-rata.
Bagaimana nasib pelabur amanah saham yang rugi?
1. Menubuhkan Amanah Saham 1Malaysia dengan saiz sehingga 10 bilion unit dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.Apa jadi dengan kira-kira 17,921 orang Melayu yang kerugian ribuan malahan puluhan ribu ringgit akibat melabur dalam Amanah Saham Johor? Tu baru sebut ASJ, belum lagi yang lain.
Nah ambik, ambik! 1Malaysia ni!
Berkaitan:
11 'hadiah rakyat' (Mingguan Malaysia 12/7/09)
The 100 days myth (Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz 12/7/09)










Cantik? Klik 






Bhai...
Itu semua tipu jer... gula-gula bagi sedapkan cerita jer... lu baru huraikan sikit... gua ader plak tulis pasai diskaun tol biler buat 80 kali atau lebih penggunaan tol... hehehe.. boleh baca..
UMNO/BN nie dah berapa kali tipu dah... itu pon masih ramai yang percaya termasuk yang ader didalam PAS dan PR.... pelik bin ajaib...
evolusi 1Malaysia..
dulu subsidi skrg diskaun.. hehe
projek tipu rakyat! sorok wang malaysia (kepunyaan rakyat).
Pak Bakaq,
Aku nak tanya sape yg guna smartag/touch&go sampai 80 kali sebulan. Kalau pi kerja pegi balik sebulan pun baru 60 kali (tu kalau tak cuti langsung (30 hari sebulan). Takkan nak perbodoh lagi rakyat. Dulu turunkan kadar tol kalau guna lepas jam 12mlm.
Yg rugi rakyat, yang kaya raya depa !!!
bodo punya orang
Kadar tol tu hanya menguntungkan tokey2 je, sah dah kenderaan syarikat pakai tol lebih dari 80 kali sebulan...Sapa untung tokey jugak yang untung...yang office boy, kerani, driver ni naik moto je gi keje, tak kena tol pun. Kepada kerani, office boy yang tak dak lesen motosikal lagi tu, boleh la ambek sekarang sebab da murah ha ha ha... melayu kapitalis stupid.
Macam mano la Najib nih punyo pikiran, sapo penasihat 25% yang bongap bona tu.
Anon 4...
Duk kat mana?... bg aku yg duk kat puchong.. lebih dr 100 kali lalu tol sbulan.... dpt gak aku jimat dlm rm80++... (bleh labur dlm takaful.. Saham Amanah... etc).... tipu rakyat.. memang tugas pemerintah... tapi kalau dia bg.. aku sebat je....
orang kampung mana nak lalu tol..kalau tanah TOL tu banyak la..
ada tak orang yang berfikiran positif disini? anyway, bukan senang nak puji orang buat kebaikan, nak mengata adala, kerana ianya mudah. biarla negara tergadai dan melayu berpecah, janji puas ati smua, kan.
anakmuda
http://ohpolitik.blogspot.com
Salam sejahtera pembaca budiman.
Mengguna Smart Tag/ Touch N Go 80kali dalam sebulan boleh dapat diskaun. Saya ingin bertanya jika saya dari Seremban hendak ke Pulau Pinang, Adakah saya boleh mendapat 8kali penggunaan bagi satu perjalanan ke Pulau Pinang bermakna pergi balek 16kali. Dalam perjalanan tersebut jika saya singgah di pekan pekan sepanjang lebuhraya adakah saya boleh dapat tambahan penggunaannya. Saya harap pihak berwajib dapat menjawab persoalan ini.
Rakyat biasa tidak akan dapat menikmati diskaun tol bila menggunakan lebuhraya. Untuk mencapai 80kali penggunaan dalam sebulan susah nak capai melainkan penduduk lembah klang mungkin akan menikmati diskaun tersebut. Itupun belum tentu takut hanya lebuhraya PLUS sahaja yang terlibat. Ini juga perlu diperjelaskan kepada rakyat.
Bagaimana dengan penggunaan dari 12.00 tengah malam sehingga 6.00pagi masih dapat diskaun seperti yang diumumkan dahulu. Saya bukan kutu rayau malam tak tahu perkembangannya.
syabas pak bakaq....
saya menyokong 1000%...
11 hadiah apa kejadahnya... itu duit rakyat la bongok.
dewamuzik.wordpress.com
Anonymous said...
Monday, July 13, 2009 3:36:00 PM MYT
ada tak orang yang berfikiran positif disini? anyway, bukan senang nak puji orang buat kebaikan, nak mengata adala, kerana ianya mudah. biarla negara tergadai dan melayu berpecah, janji puas ati smua, kan.
anakmuda
http://ohpolitik.blogspot.com
aku nak komen je..
bukan x nak b'fikiran positif, dah t'lebih terbuka dh menilai pemerintahan BN ni..
penyelewengan umno-bn ni ada kt depan mata..ko pegi la mana2 pun..
pencuri wang rakyat..kalau kita dh kenal depa pencuri, takkan bila depa sedekah (hadiah) sesuatu, kita terus kata depa dh jadi baik..
mcm cerita ali baba bujang lapuk la..penyamun tetap penyamun..x kesah la dia pakai mcm ustaz ke, ulama' ke..saudagar kaya yg baik hati ke..tu p.ramlee sindir tu,'mati dalam imannn..'