Saya membaca sesetengah tulisan yang meremehkan jumlah RM2,400 dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga menyebabkan terbunuhnya Teoh Beng Hock within SPRM vicinity and under SPRM custody.
Saya harap kita semua ada peta kerja yang jelas. Kerja kita ialah untuk menuntut siasatan yang tidak mencurigakan ke atas kes terbunuhnya Teoh itu. Bukan yang dikehendaki oleh skrip mana-mana pihak atau mana-mana racist - tidak kira dari Umno atau pembangkang.
Kita tak boleh kata SPRM yang bunuh. Kita juga tak boleh kata kongsi gelap yang bunuh walaupun kita juga mahu dihapuskan pemimpin kerajaan Selangor yang terlibat dengan kongsi gelap - jika terbukti memang wujud barua itu.
Sebab itulah kita mempersoalkan kenyataan-kenyataan yang pelik dan berbunyi janggal. Kita mempersoalkan lidah yang bercakap seolah-olah diprogramkan oleh niat jahat atau rasa terdesak untuk menyembunyikan sesuatu.
Memang terpuji jika niat di hati berhajatkan penghapusan kongsi gelap. Tetapi, nampak jijik jika membuat skrip supaya ada pihak yang selamat dengan menuding jari kepada kongsi gelap dalam kes terbunuhnya Teoh.
Kita mahu pembunuh sebenar dihukum seberat-beratnya. Peduli apa kongsi gelap ka, kongsi terang ka. Mampuih pi la kat depa. Bukan adik-beradik kita. Kalau adik-beradik kita sekalipun yang buat salah, kita tak boleh menghalang mereka dari dihukum. Itu 'asabiyyah (Wathilah bin al-Asqa pernah bertanyakan makna 'asabiyyah kepada Nabi Muhammad s.'a.w.w, lalu Nabi yang suci menjawab: "('Asabiyyah ialah) kamu menolong kaummu atas kezaliman" - Riwayat Abu Daud).
Jangankan adik-beradik, kalau kita sendiri yang buat salah pun, jahat sungguh kita kalau tak ada rasa berdosa dalam hati. Lebih buruk lagi kalau membuat skrip atau rasuah serta ugut sana-sini untuk mengelakkan hukuman.
Kita mahu pembunuh sebenar dihukum seberat-beratnya. Tetapi, jangan buat skrip yang melondehkan segala kejijikan dalam hati kita. Jika kita buat skrip, orang nampak percubaan untuk menyembunyikan sesuatu. Orang nampak 'asabiyyah.
Begitu juga dengan perbuatan meremehkan angka RM2,400. Ia juga jijik. Amat jijik. Kalau penyelewengan, 24 sen pun penyelewengan. Tak payah nanti RM2,400 atau RM2.4 bilion.
Yang saya dok bangkitkan tak renti-renti isu ni bukan soal kongsi gelap ka atau RM2,400 ka. Kalau terbukti kongsi gelap yang bunuh, lipat kongsi gelap tu hingga ke akar umbi. Kalau terbukti menyelewengkan RM2,400, hukum penyangak tu hingga tak ada lagi yang berani nak buat kurang ajaq.
Kalau terbukti bersalah dan kalau diizinkan, mai kita pakat-pakat ludah atau katuk depa.
Yang saya runsing ialah kredibiliti. Yang saya bimbangkan ialah siasatan yang tidak mencurigakan ke atas kes terbunuhnya Teoh itu.
Barangkali perkara itu diungapkan dengan baik oleh Tengku Razaleigh Hamzah dalam berita Malaysian Insider hari ini bertajuk "Ku Li slams MACC, says witnesses shouldn’t end up in coffins":
Berkaitan:
Apa status kes 54 Adun BN Selangor habiskan RM 27 juta? (Harakahdaily 22/7/09)
Kabinet putuskan hari ini
Hishammuddin: 40 Saksi akan dipanggil (ihsan Berita Harian)

"This is a question of death you know. People want to know. I want to know. How could it happen? To a witness, who is going to give evidence and he is not even a suspect over the spending of RM2,400. Some people with millions of dollars, they get away with it and are not called for investigation."Kita mesti menuntut siasatan yang tidak mencurigakan. Kalau terbukti orang itu yang bertanggungjawab, mampuih pi la sapa pun yang kena hukum - kongsi ka, konspirasi ka.
Berkaitan:
Apa status kes 54 Adun BN Selangor habiskan RM 27 juta? (Harakahdaily 22/7/09)
Kabinet putuskan hari ini
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar enggan mengulas pertanyaan daripada wartawan berkaitan siasatan polis mengenai kematian Teoh sambil menunjukkan isyarat menutup mulut bersama pegawainya di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, semalam.
Saranan tubuh Suruhanjaya Diraja siasat kematian TeohBerita Harian (22/7/09): Mesyuarat Kabinet hari ini dijangka membuat keputusan berhubung saranan pelbagai pihak supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat punca kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Nazri Aziz, berkata jemaah Menteri akan membincangkan secara terperinci cadangan itu yang mendapat perhatian banyak pihak.
"Kabinet akan bincang kes kematian Teoh dan cuba memutuskan langkah terbaik untuk menyelesaikan pelbagai persoalan yang dikemukakan banyak pihak.
"Pada masa sama, kita beri peluang kepada polis menjalankan siasatan terperinci kejadian berkenaan dan semua pihak tidak seharusnya melenting kerana kita tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Teoh, 30, ditemui mati di koridor Tingkat 5, Plaza Masalam, Shah Alam, Khamis lalu, yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.
Kematiannya mencetuskan pelbagai spekulasi kerana beliau antara saksi penting bagi membantu siasatan SPRM berhubung kes salah guna peruntukan wakil rakyat Pakatan Rakyat Selangor.
Teoh yang juga Setiausaha Politik Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Perumahan dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, dipanggil ke pejabat SPRM di plaza itu pada jam 5 petang, Rabu lalu dan disoal siasat sehingga jam 3.45 pagi keesokannya, sebelum mayatnya ditemui seorang pencuci pada jam 1.30 petang.
Pelbagai pihak termasuk keluarga mendiang, pemimpin Barisan Nasional (BN), pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan menyarankan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kematian Teoh.
Beberapa anggota Kabinet termasuk Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim; Menteri di JPM, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon serta Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat turut menyokong penubuhan suruhanjaya itu.
Mengenai saranan kaedah soal siasat dalam Prosedur Operasi Seragam (SOP) SPRM dikaji semula, Nazri berkata, perkara itu boleh diambil kira selepas polis selesai menjalankan siasatan kes berkenaan.
"SOP soal siasat SPRM amalan yang biasa dijalankan selama ini. Kita tidak tahu apakah kematian Teoh adalah kesan daripada SOP soal siasat itu.
"Sebaiknya kita tunggu polis selesai jalankan siasatan sepenuhnya sebelum membuat sebarang andaian berkaitan kes itu," katanya.
Hishammuddin: 40 Saksi akan dipanggil (ihsan Berita Harian)

Cantik? Klik 

KATA TENGKU RAZALEIGH;
Our major public institutions and our political system have degenerated to the point that the public no longer trusts them. A democratic system of government cannot function below a certain threshhold of public confidence. The suspicious death of Teoh Beng Hock under the custody of a watchdog body reporting directly to a prime minister who has his own public confidence issues may have pushed us below that threshhold.
What we must do now goes beyond political parties. We need the rakyat to rise up to claim their institutions, and demand that our public institutions are answerable to them. We must wake up to our sovereignty as citizens, reclaim the constitution which constitutes us as a nation and guarantees our rights, and demand a comprehensively reformed government to restore public confidence. We must do this before it is too late.
Saya pernah menerima panggilan penculikan palsu sebelum ini.
Bukan saya seorang yang kena, ramai ibubapa budak sekolah anak cina pun sama.
Bila saya laporkan kepada pihak tertentu, mereka tidak merasa prihatin langsung.
Sepanjang masa saya buat laporan, saya amat sopan dengan mereka.
Tuan sini dan Puan sana tetapi mereka biadap pula.
Memang sifat perkauman dan kurang ajar.
Tak usah saya cerita banyak-banyak.
Apa boleh buat? Kecewa sajalah!
Patutlah ada orng kata Polis Raja Malesia
Salam Pak bakaq. Pemalsuan laporan kerana mereka tak ada agama. Mereka tak faham agama. Mereka hanya ikutan agama, bukan memahami dan menganuti agama. Bukankah salah satu dari tiga golongan yang terus ditendang ke dalam lubang api neraka yang dahsyat ialah mereka yang berkuasa tapi zalim. Zalim tu macam-macamlah. Menganiaya orang, belit sini belit sana, kelentung sini kelentung sana. Tapi sebab mereka tak faham agama, maka mereka tak nampak yang kat atas tu, Yang Maha Kuasa.
Kita sebut ni sebab nak tolong mereka dari segi aqidah. Tak patut kita tak tolong sebab kita faham sikit-sikit sebab kita selalu dengan tazkirah. Puak Yumno ni sebab benci pada tazkirah, sebab tu jadi lagu ni.
Depa kena ingat, gaji yang dimakan tu akan jadikan mereka lebih buruk daripada babi jika tidak amanah.
RM27 juta yang dipelangkung dek Adun BN dalam tempoh 2 bulan, senyap aje SPRM tapi yang PR buat betul-betul, cuba diputarbelitkan. Hang tunggu dalam PRU13. Aku ni dari saluran satu, orang tua-tua yang memanglah berkarat undi Yumno tapi, la ni menyampah sungguh.
Ku li ini dah gila talak. Dulu semasa di kementerian kewangan jamban pun dari emas.
TAK AKAN HABIS SAMPAI KIAMAT,SETELAH SELESAI SATU KES TIMBUL KES BARU...
MASALAHNYA SEMUA KES MENGUNDANG BALA KEPADA RAKYAT....
HUMBAN SEGERA BN JAUH DARI BUMI MALAYSIA...AMAN,MAKMUR & SEJAHTERA
Apa ada dalam note book Teoh.
Kalau had RM2,400 in kacang puteh punya hal. Ini dah berjuta - juta.
haaa mula2 baru dpt kerajaan negeri guna la RM2400. baru kene uji dengan duit yang negeri ada tu. kalau dah dapat kerajaan persekutuan mula lah besar2. Sekarang baru je nak berjinak-jinak. memang lah tak dapat nak ambik juta2. Jangan lah nak cakap PR tu baik sangat.
Kalau betulpun banyak orang BN amik duit juta-juta, diorang dah banyak tolong rakyat Malaysia.
Melaknat perasuah dan orang dirasuah.