Kenapa PAS menang ciput di Man U?

Saya janji nak tulis kenapa PAS menang ciput mengalahkan Barisan Nasional (BN) di Manek Urai? Ni nak tulislah ni. Tapi, ni bukan analisa pilihan raya. Ni hasil tanya-tanya dan bersembang sana-sini ja.

1. Tak jejas dua pertiga PAS di Kelantan

Sehari dua sebelum pilihan raya tersebut, saya bersembang dengan beberapa kawan yang berasal dari Kelantan. Kesemua mereka penyokong PAS. Bila sampai ke tajuk Manek Urai, ting tong, ting tong, bersembanglah bab jambatan baru yang dijanjikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin - jambatan bagi menghubungkan Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru.

"BN berjanji hari ini dengan disaksikan oleh semua bahawa menang sahaja BN, kita akan terus memulakan kerja-kerja pembinaan, ini janji BN dan akan dikotakan," kata Timbalan Presiden Umno itu.

Salah seorang dari mereka berkata, "Kalau aku, aku bagi jah BN mene sekali. BN mene pun, buke nak jatuh kerajae Tok Guru. Tak dak apa satu. Dua pertiga tak jejas".

Terus seorang lagi kawan menyambut, "Betul, betul. Buke kita nak pejatuh Tok Guru. Kita nak suruh dia buat hok yang dia kata nak bagi sangat tu. Pilihan raya umum kita beri balik ke PAS".

Saya tak setuju. "Tak boleh. Takkan kerana nak ke benda hampa nak pelingkup momentum BN kalah. Setakat ni (pilihan raya kecil) di Semenanjung dah 5-0 dah (BN kalah atau tak berani bertanding). Umno nak sangat menang ni. Dia nak tunjuk Melayu sokong dia lagi (lihat posting bertajuk 'Mentalkinkan Melayu')".

Persoalannya, berapa ramai pengundi Manek Urai yang mempunyai pemikiran sedemikian dan berapa ramai anak Manek Urai di perantauan yang balik mengundi yang mempunyai pemikiran sedemikian?

Saya diberitahu, hujah itu adalah antara hujah popular Umno di Manek Urai.

2. Power kepala Agong

Suka tak suka terima, taburan duit juga menentukan pola pengundian. Kepala Agong (duit) memang power. Ada beg misteri?

Seorang pekerja pilihan raya PAS bercakap sendiri dengan anggota keluarga salah sebuah rumah di dalam kawasan Manek Urai. Mereka sendiri memberitahu beliau, jumlah yang diterima oleh seluruh anggota keluarga itu, orang ni dapat sikit dan orang nu dapat sikit, adalah RM5,000!

Hampa nak kata apa? Hampa larat nak bagi RM5,000? Duit tambang kepada yang tinggal di luar Manek Urai tak payah cakap la...

Bukan bagi saja-saja. Ada yang mengaku disuruh bersumpah waLlahi, wabiLlahi, wataLlahi akan mengundi parti yang diwakili oleh pihak pemberi. Ada yang mengaku tak nak pergi mengundi kerana tak mahu mengundi parti yang memberi duit itu. Dia kata gitu la. Mana kita tau dia pi undi ka, dak ka.

3. Hantu ciptaan Umno

DAP menjadi hantu (bogeyman) ciptaan Umno. Dalam kempen bisik-bisik, ditaburkan pelbagai hasutan yang mengaitkan DAP. PAS pulak dah berkawan dengan DAP. Saya dah hint siap-siap sebelum ni dalam posting bertajuk "'Pantang Melayu' akan kalahkan PAS di MU?"

Anda rasa pengundi termakan dak dengan kempen lagu tu? Saya tak boleh kata ya atau tidak. Belum sempat bertanya-tanya lagi untuk kaji benda tu.

Apa nak heran Umno guna isu tu. Pemimpin tertinggi PAS pun dok jaja merata rumah kenduri bahawa "DAP agen Singapura". Dia lahap sungguh dakyah BTN tu. Dia tak peduli pun hakikat bahawa Umno menjadikan negara ini tanah jajahan Singapura.

Cerita Karpal Singh suruh langkah mayat dia dulu sebelum laksana hudud turut ditabur. Takkan depa nak cerita Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata:
Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan (Kenyataan Najib pada 20hb April 1983 kepada para wartawan).

Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu (Kenyataan Najib pada 20 April 1992 kepada para wartawan).
4. Rakyat merasa jauh hati

Ada juga yang menyatakan rakyat Kelantan jauh hati. Tahun lalu, saya pernah dengar seorang tokoh politik Kelantan berkata, "Dah berapa bulan dah (berlalu) pilihan raya umum. Program kebajikan tak berjalan lagi. Banyak sangat politiking sesama sendiri".

Saya tak tau betul atau tidak apa dia kata. Tetapi itulah yang saya dapat ingat dia kata.

Laa, kalau longkang tersumbat ka, jalan kampung berlubang berlopak ka, jangan la buat bodo ja. Cepat-cepat la selesaikan.

Orang miskin atau orang terdesak nak minta bantuan empat lima puluh ringgit, jangan la tahaq dia (biar dia tunggu terlampau lama) sebelum dihulur apa yang dihajati. Nak habaq bagi, kami orang miskin ni selalunya sensitif terlebih!

Lama dahulu, hampir setiap kali muktamar tahunan PAS, mesti ada gesaan supaya para pemimpin turun ke bawah. Harap la ni ada lagi gesaan lagu tu.

Kalau orang lain tak dan nak panas punggung dah terterap hangit kerana imej "gong", janganlah berlaku benda yang sama di Kelantan. Terterap tu loghat utara - tertiarap.

5. Kempen rumah ke rumah tak menyeluruh

Yang ni tak payah ulaslah. Dah berpuluh ribu kali dah orang dok sebut.

6. Umno dan PAS satu bendera

Umno memainkan isu Umno dan PAS tak lama lagi akan ada satu bendera.

Setakat itu sahaja yang saya dapat dengar punca-punca yang menyebabkan PAS menang ciput di Man U. Kalau maklumat yang saya dapat tak betul, this kutu takes full responsibility.

Berkaitan:
Selepas habis 'umpan' pengundi Umno tinggalkan Manek Urai (Harakahdaily 15/7/09)
Wang dan janji melonjatkan prestasi Umno di Manek Urai? (Harakahdaily 15/7/09)
Manek Urai: Petunjuk rakyat mahu perpaduan (Utusan Malaysia 16/7/09)
Mungkin disebabkan 'rasuah politik' (Utusan Malaysia 16/7/09)
Faktor pembangunan dijanjikan BN punca PAS menang tipis (mStar Online 15/7/09)
N-41 Manek Urai: Kemunculan beg misteri (Perisik Rakyat 15/7/09)
Berakhirnya keghairahan 8 Mac (Merdeka Review 15/7/09)
A Blogger’s analysis of the Manik Urai by-election (Malaysia Today 15/7/09)
Manek Urai by-election benefits BN (The Edge 15/7/09, comments here)
Guan Eng: Manek Urai results 'clarion call' (The Edge 15/7/09, comments here)
Kenapa PAS umum menang 2,000 undi? (Manjanik 16/7/09)
Manik Urai: Suatu renungan (Muqabalah 15/7/09)
Troubled opposition
Singapore Straits Times (16/7/09): A day after Parti Islam SeMalaysia (PAS) barely squeaked to victory in a by-election in its stronghold of Kelantan, the opposition is torn between bravado and admitting that a warning signal has been sounded.

Opposition leader Anwar Ibrahim said yesterday that the win is 'still a win'.

'The point is, we have won all the by-elections in Peninsular Malaysia,' he told reporters during a break in his sodomy trial yesterday.

He claims Umno is now almost lifeless but said the opposition Pakatan Rakyat coalition was bogged down by 'perception issues'. The coalition has been embroiled in in-fighting in recent weeks.

Kelantan PAS leader Husam Musa also said the party had managed to fend off the intense onslaught of Umno, which used its extensive resources to win the hearts of the rural voters.

But this bravado is not shared by everyone in the opposition, or even within PAS itself.

Democratic Action Party leader Lim Kit Siang called the by-election result a 'shocker'. 'It is a salutary warning to Pakatan Rakyat parties and leaders who think that Pakatan Rakyat can indulge in the luxury of excesses and internal strife, mistakenly believing that Pakatan Rakyat is riding on such an irresistible political wave that it could not possibly lose in any by-election or in the next general election,' he wrote in his blog.

On Tuesday, PAS was shocked by an extremely narrow win of just 65 votes in keeping the Manek Urai state seat in Kelantan. Its vote majority was slashed from 1,300 in the general election last year.

The seat, which fell vacant upon the death of the PAS assemblyman in May, was its stronghold. It had lost the seat only twice since independence.

In part, the drop in support was due to the rift in PAS' top leadership over one faction's push for closer ties with Umno. This is opposed by another faction that wants to go with the opposition.

  1. Aih, takdak ka sebab pimpinan PAS bergaduh bodoh piang sesama sendiri?

  2. Umno sehingga hari ini masih mengamalkan pemberian rasuah. Bila menang saya bagi jambatan. Sama dgn ditempat kerja saya, Jabatan Kaya Raya, you beri projek saya beri 10% ........ Ok. Mahu undi/beri saya. Tak beri/tak undi tak dapat apa-apa.

  3. Pak Bakaq

    Kisah dan cerita diatas memang sebahagian besarnya berlaku dan benar benar berlaku.

    Dah banyak komen tentang kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat yang tak berapa nak cerdik sejak kebelakangan ni mungkin terlampau asyik dengan teori tertentu atau mula nak mengamalkan kaedah niat meghalalkan cara.

    Kita berharap PAS dan Pakatan Rakyat jangan terlalu selesa walaupun PRK berkududukan 5-0 nilai semula sokongan rakyat kalau tak mau jadi parti haprak la.

  4. Salam,
    Saya amat bersetuju dengan sebab no 4 -- Rakyat merasa jauh hati!

  5. Sudahlah pak bakaq ,
    kalau majoriti tinggi mesti kat " Rakyat tolak UG buktinya majoriti meningkat ! "

    bila kalah " UG menyebabkan undi merosot . Pengundi benci pemimpin UG sebab tu sokong UMNO ?

    Pi mai Pi mai nak tala kat Nasha dan TGHH n Ganu . Kalau ikut cakap pengarah pilihanraya hari tu dah nampak macam mudah ja menang besar . AMboi maksum sungguh la Pimpinan Kelantan ... menang sebab mereka kalah sebab orang lain .

    Kalau KTerengganu dulu kalah mesti semua kutuk Pimpinan terengganu ...

    macamtulah kiranya ... tak ke mana juga . Pi mai pi mai tang tu ....

  6. HIDUP TOK GURU NIK AZIZ.......TOK GURU MASEH MENANG WALAU LAWAN NGAN KERAJAAN MALAYSIA+PENCINTA UMNO DALAM PAS.ALLAHUAKABAR 3 X. HIDUP ISLAM 4 ALL.

  7. Suruh pok nik selalu minum kopi jantan - dah hilang power dah tu.

  8. abg bakaq,

    mintak tolong desak kerajaan kelantan untuk bina jambatan baru di Manik Urai.

    mekasih

  9. Pak Bakaq...pandai le hang auta dah kalah...beg besar le beg kecik le...

    Ini semua PENIPUAN terancang UMNO untuk menang mudah....

    UMNO terlampau yakin akan MENANG di Manek Urai...tetapi Allah swt penentu segalanya.


    1] Beg besar saja UMNO buat wayang ada agenda lebih besar.

    2] Tiada calon bebas di PRK Man U ...Kenapa tiada calon bebas seperti Bukit Gantang, Penanti, Bukit Selambau...Keran UMNO yakin menang mudah.

    3] Kenapa DS najib tidak risau untuk melawat Man U atau menunggu keputusan PRK diumum sebelum ke Mesir...kerana terlampau yakin UMNO akan menang.

    4] Kenapa setelah pengiraan kali ke dua ...UMNO masih kalah....UMNO tidak bersedia untuk pengiraan semula...UMNO terlampau yakin akan menang...apa muslihat sebenar UMNO??????


    Setakat Pak bakaq bagi yang kat atas tu ...buat gelak ketawa aje mastermind UMNO....

  10. Minta maaf ada kesilapan...

    4] Kenapa tiada pengiraan kali ke dua ...Kenapa UMNO biarkan PAS menang dengan majoriti ciput???....Pengiraan kedua boleh memberi kemenangan kpd UMNO...Kenapa UMNO tidak mintak pengiraan kedua atau ketiga ??? ....kerana UMNO tidak bersedia untuk pengiraan semula atau mungkin sesuatu akan keluar diluar dugaan . ..UMNO telah terlampau yakin akan menang...apa muslihat sebenar UMNO??????

  11. Kluangman pi mana ni, takdak komen dia lagi , ka tengah tumpang teriak dengan muhyiddin

  12. bagi jambatan murah.
    lenkali bagi lapangan terbang.
    baru leh menang.

  13. Saya rasa pengundi tak berparti tidak selesa dgn cara Pas melayan karenah DAP yg kekal dgn dasar rasis Cina dan antiIslamnya.

  14. oit nasir...
    maksum tak maksum tu isu lain...kalu lu nk bincang isu ni..lu bincang anak beranak lu la..

    tp kn...cuba lu kira brape lama pimpinan kelantan tu jaga kelantan, dh mcm2 keadaan diorang tempuh.

    ni yg baru merasa menang ni..lagak lebih la..mcm korang je yg terer sgt...muntah aku nengok...nak buat itu la, startegi ni la...podahhh la oi

    cuba..dlm benak lu tu..buat perbandingan pimpinan kelantan dgn pimpinan lain.
    terpulang la pada lu nak ckp gua semangat kenegerian ke hape ke? tp aku bukan org kelantan le hohohoho

    rasa hormat takdak la oi..nyampah..mentaliti mcm org kampung aku...bila dh menang diorang je terer..yg lain semua sampah jalanan

  15. Salam Pak Bakaq. Tak pa lah apa juga alasan, kejadian itu semua ada hikmah. Cuma saya la ni sering tersenyum sebab, dunia politik Malaysia dan terbalik. Jika dulu bila Pas dapat kurangkan majoriti Umno-BN, pari Islam kata dah berjaya (sebab dalam Islam tak da kalah kerana perjuangan untuk akhirat). Tapi kat MU ni sudah terbalik kot. Umno yang satu dulu (pernah orang kata letak beruk pun asalkan Umno-BN - pasti menang), kini depa pula kata dapat kurangkan majoriti sudah satu kejayaan? Nak tanya Kluang man, hang tak fikiq ke tu?
    Dulu Umno gagah perkasa, la ni dah jadi underdog? Kluang man ingatlah, jika kita berpegang kepada tali Allah, Yang Maha Pencipta itu tak pernah mungkir janji.Kan kan kan kan gitu kluang man? Banyak dah Allah tunjuk tapi hang Kluang man dengan sekutu-sekutu buat tak endah. Orang China dan India pun dah faham Islam, pandai sedikit sedikit tentang ayat Quran. Menteri Kanan Sinagpura, Lee Kuan Yew pun dah faham kalu tak, masakan dia nak jumpa Tok Guru? Hang saje tak nampak kebesaran dan kesucian Yang Maha Esa tu.

    Kancil Shah Alam

  16. kalau aku lah,aku buat undi rosak sebab pemimpin pakatan tak ubah macam beruk dapat bunga.lepas pru12 masih tak habis2 dengan politik.rakyat dah naik menyampah pilihanraya terlalu kerap.kepada kerajaan kelantan dirikan jambatan di manik urai,janganlah terlalu sangat bergantung pada bn.duit sedekah ahli pas dan zakat rasenya boleh digunakan.ataupun kita buat promosi dalam rancangan tv3 BERSAMAMU.insya Allah ramai rakyat akan menolong kerajaan kelantan.kita jangan malu kalau tidak berduit.rakyat malaysia pun faham.

  17. Tok guru dah terlebih pecah umat islam dimanik terburai, ia itu bagi dua.

  18. Sebab ramai uztaz-uztaz PAS dah terikut-terikut macam ustaz Akhil Hayy.

  19. kepada TGNA,saya mohon kembali dasar parti pas seperti dahulu,jangan terikut rentak parti lain.perkukuhkan saf parti kita.manik urai telah memberi signal pada kita sebelum terlambat.

  20. pak bakaq,kalau dulu orang kata kelantan pandai main politik,abik duit dan kain pangkah pas.sekarang dah lain pulak nak berdalih,kononnya umno bagi rasuahlah dan macam2 lagi.kita masih tak sedar diri sebenarnya.pas kelantan merosot kerna pemimpinnya yang berlagak dan terikut rentak parti lain.

  21. pak bakaq punca pas menang tipis kerana memecah jemaah parti dan menghina TGHHA dan timbalan presiden sendiri.kita tengok sendiri kat MU,2 abdul seolah kera sumbang dan berlagak strategis parti yg digerun pihak lawan.tapi mereka tak sedar,orang lain naik menyampah.bakaq,jadilah bagi alasan bodoh kononya umno bagi rasuah punca pas hampir kalah.semua dah tahu umno tu rasuah.hang bantailah pemimpin pas tak sedar diri tu..

  22. pas kelantan lain kali jangan nak berlagak pandai politik.MU dah warning awal2 lagi.hormati pemimpin parti sendiri dari negeri lain.jangan terhegih2 dengan pemimpi parti lain.jangan tolak orang umno seperti sampah dan janganlah menghina mereka.kita memerlukan undi orang umno jugak.

  23. Setuju sangat dengan komen Anon 22.Mentang-mentang memerintah Kelantan lebih dari 20 tahun,PAS Kelantan,khususnya pemimpin peringkat pertengahan,berperangai riak dan angkoh.Kononnya mereka lebih bijak dari orang lain,mereka punya kelengkapan dan infrastuktur yang lebih baik,mereka punya lebih pengalaman dan ilmu pilihanraya dibandingkan dengan ahli-ahli PAS dari negeri lain.Sikap ini bukan sahaja nampak jelas diManik Urai tetapi kelihatan juga diPengkalan Pasir (PAS kalah),diBeting Maru,Sarawak,Kuala Trengganu dan juga diBukit Gantang.

    Yang PAS Kelantan tak tahu,strategi musuh dah berubah.Musuh tahu apa PAS bolih buat dan apa PAS tak bolih buat - mana kala PAS Kelantan masih menggunakan strategi lama dan enggan menerima nasihat orang luar.

    DiManik Urai kempen menghentam UMNO begitu keterlaluan dan bermula sejak hari penamaan calun lagi.PAS Kelantan lupa akan pengundi atas pagar yang bolih membuat "swing" sekiranya mereka ingin memilih calun yang terlalu dikutuk atas asas simpati.Jelas kempen menghentam keterlaluan terhadap UMNO sedikit sebanyak telah menghilangkan sokongan orang UMNO dan pengundi atas pagar kepada calun PAS.Sebagai mana kata Anon 22,PAS memerlukan undi orang UMNO yang punya masaalah dengan UMNO.Gulungan ini selalunya membuat undi protes tetapi jika mereka dikutuk habis-habisan gulungan ini turut marah dan tidak akan membuat undi protes.

    TGNA wajar mentarbiah gulungan yang riak dan sombong ini serta menekankan "resam padi,lagi berisi,lagi tunduk".Percayalah sejarah telah mencatatkan bagaimana empire-empire besar,kuat dan agong pernah jatuh tersungkur akibat sombong dan riak.Kelantan hanya sekadar sebuah negeri diMalaysia yang berhadapan dengan pelbagai cabaran dan musuh.Kelantan tak mampu bersikap sombong,riak dan angkoh.

  24. Adakah orang MU juga mengalami syndrome takut UMNO pupus? Lalu dia orang bagi le nyawa sikit kat UMNO. Biar hidup lagi UMNO, macam yang sesetengah org Pas nak tu!

  25. hang tak payah nak auta le bakaq ... hang nak pusing mcm ne pun orang tau mcm ne DAP dgn PAS ........ kalau dah dgn pas khalwat , caci maki , rasuah segalanya boleh ... hang ingat kami ni semua bodoh

  26. SALAM TO ALL

    Anom 22 & 23 ..

    Terima kasih atas pandangan dan nasihat untuk PAS Kelantan khusus nya !!! terima kasih yg tak terhingga lagi kerana saudara menyuruh "TGNA mentarbiah gulungan yang riak dan sombong ini serta menekankan "resam padi,lagi berisi,lagi tunduk".."peringatan penting bagi orang mukmin"..Aku rasa TGNA pun dah buat kat nasa apa yg saudara saran kan itu !!!

    Saudara juga PERLU ingat seandainya saudara terlupa ,nii saya tolong ingatkan !!!PRkecil MU ini selepas berlakunya selisih pendapat antara beberapa pemimpin atasan dalam parti PAS , maka ekoran dari itu banyak lah kelemahan yg nampak dalam parti ..masa itulah pihak umno menggunakan peluang keemasan ini dengan sebaiknya ...Walau apa-pun majority pengundi di MU (walaupun beza 65 undi) tak tertipu dengan dakyah Umno itu ...Bagi aku yg bukan PAS kelantan ini besyukur kerana PAS kelantan (secara khususnya) telah berjaya menyakin kan pengundi-pengundi MU dan mampu mencuci sampah-sampah yg di buat oleh puak-puak "UG" ..

    Bagi aku ,apa yg berlaku di MU adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh ISU KERAJAANGG PERPADUANNGG) ,AKU TAK NAFI ADA ISU LAIN YG TIMBUL !!..Ramai diantara ahli-ahli marhain pas tak pergi ke MU sebabnya benci ,meluat dengan pemimpin pas yg setuju dengan UG ...Nasa ? Stopa tak didenda pun .....Cuba bayang kan kat mana lagi Nasa nak bertanding di PRU 13 nanti ? di trengganu kut ,setahu aku pas trengganu adalah penyokong tegar kerajaangg perpaduangg!!!!Kalau dia bertanding di alor Limbat reboh terat nanti ...SEBAB STOPA PUN KALOH DULU ...Harakah tak kemana bila stopa jaga harakah ...semua orang tau, cuba tanya DR zul !!! this is reality !!!!.Baik jaga cucu lagi bagus !!

    Dan jangan lupa saudara ku, TGNA antara pemimpin yg telah menegur NASA terang-terangan!!! ada sesetengah perawi mengatakan bahawa NASA menangis bila TGNA menyuruh dia keluar dari PAS !!! baru orang panggil TOK GURU ,Ustaz -ustaz lain tak ada pun nak sound nasa terang-terangan (konon nya nak jaga parti !!)

    ITU PENDAPAT ANA

    TAKBIIR 3X

  27. kepada anon 26,aku cuma nak nasihat aje pada pas kelantan sebab kami sayang kerajaan tokguru.selagi ada pemimpin pas kelantan masih nak berlagak dan ego kerana memerintah selama 20 tahun.cuba kita baca sejarah islam yang dulu.kenapa jatuh setelah membina empayar islam.janganlah menghina rakyat negeri lain yang diperintah oleh parti lain.selagi pemimpin pas kelantan spesis macam awak,tunggulah pru13 nanti.allah maha mengetahui apa yang berlaku dalam pas.terimalah nasihat dan pandangan ahli pas negeri lain.jangan anggap pas untuk kelantan sahaja.

  28. pak bakaq,rakyat manik urai nak rase jugak jambatan baru dan pembangunan.sokong pas kat 20 tahun dah.tapi pas kelantan tak buat apa2.ramai orang besar pas keluar negeri dan ceramah serata negeri.cubalah kurang aktiviti ceramah.duit itu boleh salur kat manik urai.kami takkan kenyang dengan ceramah politik aje.fikir2 lah kami atas pagar ni..

  29. pak bakaq,aku ada 1 cerita ni..kononnya ada orang mengindam jawatan timbalan presiden dulu.Tapi bila tengok keputusan MU,pas hampir terburai.patutlah kalah dalam permilihan muktamar dulu.tahniah pada pewakilan telah memilih orang yang layak.lain kali ukur baju pada badan sendiri.jangan bergantung pada TGNA dan anwar untuk mempopularkan diri.tahniah pada ust nasa kerana menyelamat maruah parti dan bekas calon timbalan.kerana hang datang, undi meningkat 65 undi.

  30. kah,kah,kah.negeri jaguh politik menang 65 undi je....kah,kah pas terengganu menang 2000 lebih undi di negeri umno.woiii...jangan bodohkan orang kampunglah...kah.kah pas bukit gantang menang 2000 lebih dinegeri umno.penang dan kedah semua main ribu undi.semua mereka ini minta tolong orang luar kempen.kah.kah.kah..aku ingat demo hebat sangat dalam politik.dah lah ..jangan bagi alasan bodoh tu..kah,kah. pas negeri lain lagi banyak otak,kah,kah,kah.piraah..aku gelak sampai keluar air liur dan hingus.kah,kah,kah......

  31. "kerana hang (ust,.nasa)datang,undi meningkat 65". Ini satu komen yang meleset dan tidak berasas. Mengaitkan keputusan Manik Urai dengan keputusan pemilihan Tim.Presiden PAS diMuktamar ke55,juga merupakan satu pendapat yang tidak bolih diterima dan meleset.
    Jelas Anon 29 berdendam dengan Husam Musa dan tersalah tempat untuk mengampu Nasaruddin Mat Isa.Percayalah fraksi UMNO dalam PAS hampir memecahbelahkan PAS dan kehadiran puak-puak ini diManik Urai tidak langsung menguntungkan PAS malah sebaliknya.Nasib baiklah jagoh-jagoh fraksi UMNO ini tidak berceramah dan berkeliaran diManik Urai maka PAS masih bolih menang tipis.Kalau dibiarkan mereka datang berceramah dan berkeliaran diManik Urai belum tentu PAS akan menang.
    Inilah masaalah kita,mengeluarkan pendapat berasaskan sentimen dan perasaan dan kurang membuat kajian,semakan dan pemantauan,sehingga "mengutuk" dan "mengampu" tak kena tempat.

  32. kepada anon 31,hang tak baca sidang media husam tempohari ke?husam jangka pas kalah di manik urai tetapi dengan kedatangan ust nasa,pas menang.husam takkan kata dia suruh ust nasa datang kempen.malulah dia.husam kan tokoh politik yang terbilang kan..kah.kah..kah.jalan lah..lagak aje lebih.

  33. saya masih katakan orang kelantan bijak berpolitik.selama ni kita katakan kemenangan kerana tgna.jawabnya tidak.mereka cari yang terbaik.pas selalu mencanang mereka tidak ketandusan pemimpin tapi di m.u mengapa dipilih seorang peraih ikan? kerjaya itu bukan hina tetapi dgn keadaan semasa latarbelakang pendidikan juga penting.berapa ramai guru ijazah di situ.berapa ramai graduan dalam dan luar negara di m.n? tentu pengundi berfikir.tidak dinafikan calon yang dikemukankan itu seorang mesra rakyat,baik budipekertinya tapi pada saya buka tempatnya sebagai wr.tugasnya sebagai wakil dun adalah lebih sesuai.tiap-tiap hari nampak di pasar....

  34. SALAM TO ALL

    Anom 27 ..kalu macam tuu ana setuju ,,PAS for all bukan untuk orang kelantan aje !! ada juga pemimpin PAS kelantan beli PLATE kereta dgn harga yg mahal ,,,yg jenis mcm nii kena tutuh betul 2 ,membazir..!!!

    Kalu ada benda yg salah depa ni buat kena londehkan & tegur !!!Bersama membangun bersama ISLAM

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Allah Maha Menyaksikan, bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca


Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Video Menarik

Ceramah Perdana

Forum Keadilan 15/3/09

Arkib

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Powered by FeedBurner

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

AKSI PANAS

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008