Sedap!! Klik gambar di atas!

Kelab Pencinta Umno

Bila baca posting Aisehman bertajuk "Keraton," baru saya perasan dalam PAS ada dua kelab. Satu rasmi dan satu lagi tak rasmi.

Yang rasmi diberi nama Kelab Penyokong PAS yang dianggotai para penyokong PAS yang tidak beragama Islam. Yang tak rasmi, Aisehman menamakannya Kelab Pencinta Umno.

Kalau anda mengundi dalam pilihan raya nanti, apa beza mengundi calon Umno (Barisan Nasional) atau calon dari Kelab Pencinta Umno (PAS)?

Apa pun, pengundi Manek Urai jangan bimbang. Fauzi Abdullah PAS tulen.

Menarik:
Cerita Harussani di sebalik peristiwa (Ustaz Ahmad Awang)
Nasharuddin setaraf Perdana Menteri.. (Penjual Ubat 7/7/09)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Kelab PENYOKONG PAS:
    Untuk bukan-Islam yang menyokong dan memahami dasar, cara hidup dan KEADILAN Islam.

    Kelab PECINTA UMNO:
    Untuk orang melayu PAS yang mengaku Islam tetapi tersangat cinta berahi pada pangkat wang kontrak dan KETUANAN MELAYU (baca kroni) yang didokong oleh UMNO.

    Jadi golongan mana yang membina dan yang mana pula yang terang-terang merosakkan PAS sebagai parti/gerakan Islam?

    Tak payah kelulusan azhar untuk menjawab dengan betul..

  2. Bakaq, hang dah jadi Tuhan kot...dah pandai cop sana sini.

  3. asalnya jurang yg lebar dah makin sempit, tp ramai yg jenis suka tgk jemaah pecah dari suka tgk jemaah bersatu...dilabel org yg dibenci dgn label2 yg xdpt disahihkan dgn nas qat'ei..

    hilang fokus!!..musuh depa bukan lg umno (yg depa benci sgt tu), tp kwn2 sendiri yg masih belum dibuktikan kesalahan syaraknya (kalaulah nabi mengizinkan su'ul dzon, xyah kita penat2 lawan ISA).

    sudahlah wahai saudara kesayanganku...sejamaah..ayuh lupakan sangkaan yg belum pasti...mari dahulukan tugas yg Allah telah wajibkan secara pasti...insyaAllah jika ada yg berniat jahat, Allah akan singkirkan dgn perancanganNYA sendiri (ibarat ababil mempertahankan ka'abah).

    Ayuh kita laksanakan tugas kita, jgn ambil alih tugas Allah (dlm menghukum ttg yg ghaib)..takut nanti, dgn tindakan2 yg berpunca dari su'ul dzon itu akan menghapus niat tuan yg tulus bersih utk menyucikan jemaah dari 'pecinta umno' itu (sebenarnya tuan sedang membantu umno)...

    walLahu'aklam

  4. Terima kasih Bakaq kerana bagi link ini:

    Nasharuddin setaraf Perdana Menteri.. (Penjual Ubat 7/7/09)

    Sebenarnya ramai yg tertanya2 mana dia ni.

    Untungnya jadi Nasha. Jadi tok wakil, tak payah turun kawasan. Masuk parlimen sekejap2, Manik Urai tak turun, gambar di harakah keluar selalu. Untuknya jadi anak mas TGHH ngan Che Gu Pa. Di lindungi selalu.

    Tapi, aku harap sangatlah...
    Janganlah pilih pemimpin macamni lagi.

    Jangan kutuk, tak baik.
    Jangan pilih lagi cukuplah.

  5. Kelab Pencinta /Penagih Syiah takde ke?

  6. Sapo ketuo kelab cinto amNO tu?
    Baru tadi den dongar berito dokek astro awani stesen tv yang bau bau taik dongan amNO berkato Ustz Nasa (kesayangan amNO) tu takdo senarai namo untuk kempen ceramah di Manek Urai, betul ko tu pak Bakaq?

    Kalau betul bagus la, kito tak perlu orang macam tu laie

  7. Patut lah budak kecik tu besar kepala, presiden pas pun takut kat dia....sampai mana dia hilang sorang pun tak tahu.

  8. Pak Bakaq,

    Aku tak ada nawaitu nak memporak-perandakan jemaah PAS cuma nak beri komen tentang apa yang hang kata mengenai Klub Pencinta UMNO dalam PAS.Dihati sanubari lebih dari 10,000 penyokong PAS diManik Urai(Kuala Kerai) kelmarin(6.07.09)Klub ini dah ujud.Gulungan pencinta UMNO ini seolah "dibolayan" olih orang Kelantan dan juga ahli-ahli PAS lain yang berkampung diManik Urai.Berbeda keadaannya diK.Trengganu dan Bukit Gantang masa mana ahki-ahli PAS biasa bersalaman dengan pemimpin-pemimpin dengan pekikan Allahhu Akbar,diKuala Kerai gulungan pencinta UMNO ni tak dipedulikan olih orang ramai.Mereka pun kelihatan "muram" dan tersepi kerana "merasa" sendiri betapa mereka tidak dilayan olih para hadirin. Terdengar desas-desus dan bisikan seperti "hantu UMNO","tahi UMNO" dan "orang UMNO".

    Yang lebih menarik ialah "kehilangan" Nasaruddin Mat Isa.Beliau sepatutnya jadi Pengarah Pilihanraya tetapi muka pun tak nampak.Inilah akibat PAS nak mengikut UMNO menjadikan Tim.Presiden sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil.Idea ini bermula dari pilihanraya kecil diK.Trengganu dan seterusnya diBukit Gantang- kononnya nak menikkan "image" Nasaruddin Mat Isa sebelum Muktamar ke55 diShah Alam,wal hal Nasaruddin Mat Isa ni bukan tahu sangat tentang pilihanraya.Idea Mustafa Ali ini dipersetujui olih Presiden (sebagai mana biasa) untuk "memperkemaskan"Nasaruddin Mat Isa untuk kempen Tim.Presiden.Tugas bertindeh ini sengaja diadakan walau pun PAS dah ada Pengarah Pilihanraya Pusat.Ini strategi semua orang tahu dan sekarang strategi ini dah "back fire" kerana Nasaruddin Mat Isa dah "ghaib" langsung tak tunjuk muka diManik Urai.Itulah akibatnya jika sesuatu perancangan itu,"nawaitunya" tak suci dan bengkok,Allah SWT menunjukkan hasilnya.Namun Manik Urai tak memerlukan Nasaruddin Mat Isa dan kerja-kerja terus berjalan dengan lancar InsyaAllah.Peristiwa hari penamaan calun Manik Urai ini dapat dijadikan natijah dan petunjuk kepada gulungan pencinta UMNO ini betapa "marah" dan "meluatnya" ahli-ahli PAS biasa terhadap apa sahaja "rancangan" nak merapatkan,menggandingkan atau menyatukan PAS dengan UMNO.
    Apa yang dicatatkan disini merupakan "kejadian sebenar" yang berlaku diManik Urai bukan cerita rekaan atau pun khabar yang didengar dari pihak ketiga.

  9. hang silap bakaq,pas ada 5 kelab.1.kelab buka islam 2.kelab pas tulin 3.kelab ug 4.kelab prk dan 5.kelab syiah.dua dari kelab ini penyebab pas porak peranda iaitu kelab n0.4 dan 5.

  10. bakaq KELAB PENCINTA DAP .. lagi manis KELAB PENCINTA BABI

  11. nampaknya punca sebenar yang bagi PAS berpecah ni ialah pemimpin.Elok lah pemimpin yang bekenaan letak jawatan
    1.TGHA
    2.Utz NAZZA
    3.Stopa Ali
    4.gunting dalam lipatan (Hasan ali)
    5.Gila dan Tamak Kuasa (Azizan Sala @ Mb Kedah)

  12. Pimpinan Ulama Pencinta UMNO !!!
    Apa macam boleh pakai ke Ulama yang tolak tepi ajaran Islam yang suroh naki mungkar UMNO ???
    Boleh pakai ke Ulama yang guna ekonomi riba berasaskan duit kertas riba dan menipu ???
    Poodah PAS yang pembelotpun boleh di simpan.

    Kalu Abd Hadi Nasa dan Mustapa bertanding, sama aje macam undi UMNO.

    Mar kita revolusi saja. Sila mampir di

    http://warongpakyeh.blogspot.com

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008