Jangan lupa, Ketua Pemuda PAS tak tolak bincang perpaduan

Ketika Tok Guru Mursyidul bertegas untuk berdebat secara terbuka dengan Perdana Menteri, mStar Online hari ini melaporkan berita bertajuk "Wacana ilmiah: Pemuda Umno kata "OK"".

Tentulah OK, sebab Ketua Dewan Pemuda PAS sebelum ini dilaporkan tidak menolak perbincangan perpaduan yang telah ditolak PAS sebelum ini. Dalam berita bertajuk "Pemuda PAS ajak Pemuda Umno adakan wacana ilmiah," mStar Online juga melaporkan:
Ditanya sama ada wacana itu menjurus ke arah perbincangan perpaduan yang telah ditolak PAS sebelum ini, Nasrudin berkata, "Kita tengok macam mana".
Ketua Pemuda PAS memang tak kata "ya". Tetapi, bak kata Orang Putih, "he did not rule out".

Remember, he did not rule out!

Berkaitan:
Nik Aziz tetap mahu berdebat
Sinar Harian (4/7/09): Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap akan menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi mengadakan debat secara terbuka untuk mencapai titik pertemuan yang dijangka menyelesaikan kemelut UMNO dan Pas yang sudah lama berlanjutan.

Beliau berkata, surat itu akan tetap dihantar walaupun Najib mengeluarkan kenyataan menolak pelawaan itu.

“Hari ini baru saya nak hantar surat itu. Dia nak tolak dia punya fasal. Saya tetap dengan keputusan saya. Lagipun saya tak kirim lagi surat tu. Surat saya akan kirim hari ini.

“Saya tetap nak berdebat. Saya yakin dengan cara ini kita dapat mencapai titik pertemuan atau penyelesaian di atas apa yang berlaku selama ini,” katanya kepada media pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Kompleks Darul Naim di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Najib yang menolak pelawaannya untuk berdebat secara terbuka.

Ketika diminta mengulas mengapa beliau berkeras mahu berdebat sedangkan langkah terbaik adalah bermuzakarah atau bermuqabalah beliau berkata, Pas banyak kali mempelawa UMNO tetapi pelawaan untuk itu ditolak.

“Pas terutama Pas Pusat sudah banyak kali meminta untuk bermuzakarah dengan UMNO tetapi ditolak. Tak jadi-jadi. Jadi apa yang kami belum minta lagi ialah debat. Dan debat ini bukan pandai-pandai saya.

“Allah sendiri sebut, kita ada tiga cara. Pertama bilhikmah iaitu diberitahu secara biasa. Kedua, walmau’idah juga diberitahu secara biasa dan ketika wajadilhum. Ia bermaksud mesti bermujadalah. Ini beza dia.

“Presiden dunia pun dalam masa pilihan raya dia berdebat sesama calon mereka. Obama berdebat dengan lawan dia dari parti Republikan. Sekarang ini Susilo Bambang Yudhono berganding Boediono, Megawati Soekarnoputri bersama Prabowo Subianto,” katanya.

Beliau berkata, masalah debat hanyalah teknikal, apa yang penting ialah masalah akidah.

“Debat mereka hanya masalah teknikal sahaja. Tetapi debat ini ialah masalah akidah. Kita sembahyang tanpa akidah tidak akan diterima di akhirat. Kita pergi ke Mekah tanpa akidah tidak akan diterima,” katanya.

Sementara itu, beliau tidak bersetuju kenyataan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifly Noordin yang meminta debat itu diadakan secara tertutup dan berkumpulan.

Menurutnya, kenapa perlu diadakan secara tertutup sedangkan selama ini bercanggahan pendapat dan pertelagahan antara Pas dan UMNO berlaku secara terbuka.

“Sejak Pas ditubuhkan pada tahun 1961, apa yang berlaku di antara Pas dan UMNO semuanya secara terbuka. Kenapa sekarang perlu diadakan secara tertutup,” katanya.
Berkaitan:
Tak habis lagi isu kerajaan perpaduan? (Bukit Teluk Sera 4/7/09)
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.
ImageChef Custom Images

  1. Kalaulah kerajaan perpaduan itu asalnya lontaran dari mulut poknik dah tentu dia pertahan habis habisan, malangnya ia terpukul kerana ia datang dari Hadi.

    Dengan tidak berputus asa dilontarkan pula debat, walaupun Najib dah kata bo layan - poknik tetap dengan kepala batunya. bebalnya tidak boleh di ajak berunding.

    Dalam masa yang sama Ustaz Azizan nampaknya dapat menunjukkan kematangan dan lebih 'smart' dari hardwork yang poknik sedang rentas.

    Poknik akan berdepan dengan penat dan lelah dan akhirnya terpaksa berbaring lagi di hospital dan Ustaz Azizan sedang berada di anak tangga pertama mendaki.

  2. Jangan gusarlah Pak Bakaq soal Ketua Pemuda Pas nak buat "intelectual discourse" dengan UMNO. New broom thinks it can sweep clean.Dia pun ada inspirasi jugak tuh..Macam KJ juga...dengar dengar nya nak jadi PM termuda Malaysia.Ustaz Nasha Tantawi bukan jenis orang yang seleranya dah mati pucuk.Orang mudalah katakan, dia bukan kesaorangan.Tentu ada kawan2nya atau penasehat nya yang beliau fikir jitu dan amat arif sepak terajang politik ni. Pada saya bukan semua yang berserban besar ni otaknya besar juga.Saya bukan nak mengata tapi memang betul.

  3. TGNA utus surat kat najib ajak berdebat atas maudu umno sesat macam ayah pin atau komunis, tapi ustak din beri cek kosong kat KJ...tajuk asal "perjuangan umno tidak ikut syariah", ustak din dah tukar jadi tajuk apa2 saja yg sesuai asalkan atas kepentingan bersama pas-umno, apa makna tu semua?

    Kamaruzaman dan Sabky dah jadi pak turut...takut nak tegur tok ketua walaupun ustak din dah tersasul jauh drp matlamat asal tujuan perbincangan itu diadakan.

    Aku tunggu ustak mang drp Terengganu nak komen apa? Sbb dulu dia cah ligas tolak calon luar drp Trg..

  4. penagih syiah lwn penagih umno

  5. KP PAS paling dugung semalaysia..malang PAS dapat KP macam ni.
    mudahan dilingkup dalam masa terdekat
    dari zu mdnor

  6. Dengar berita dari ore kelate tapi tak dapat confirm.. KP PAS tak dibenar berceramah di Manik Urai.

    Elok jugak kalau betul.. takut-takut kacau daun.

  7. Dalam keadaan kalut macam ni jangan lupa anwar masih bernafas, puak endorgan dalam PAS masih hidup - ketua pemuda pas ditolak untuk mencabar ketua pemuda umno malaysia sebagai cubaan anwar untuk terus menolong kj kembali melonjak di hadapan, untuk dilihat berani dan penyelamat umno untuk berbaik baik dan diterima PAS.

    Jika kj dipercayai dan dihargai Najib, sebagai smembalas budi sekali lagi kj akan memainkan peranan untuk melepaskannya (anwar) selepas cubaan pertama di era paklah dulu berjaya dilakukan kj dengan selamat.

  8. PROSES KONSOLIDASI KUASA EKSEKUTIF PRESIDEN PAS

    1. Mengikut telitian saya tidak ada mana-mana individu, setakat ini, berminat untuk mengkaji kuasa Presiden PAS.

    2. Kalaulah orang yang pertama menelitinya tentang batas-batas kuasa Presiden PAS sayalah orangnya. Dan jika perlu dikira siapa yang paling mula-mula, sayalah orangnya juga.

    3. PAS pasca Muktamar ke-55 menyaksikan 'orang-orang Presiden' memagari pemegang kuasa eksekutif dalam PAS bahkan mempunyai kuasa yang sama besar dengan MAJLIS SYURA ULAMA iaitu dalam membuat dasar PAS.


    "Satunya dari satu sudut Perlembagaan PAS memberi kuasa kepada suatu Kumpulan Elitis (Ulamak) secara kolektif dalam PAS untuk menentukan dasar parti yang pernah disifatkan "bahaya dari gunung". Dari satu sudut lain Perlembagaan PAS juga memberi secara totok kepada individu yang dipilih secara akar-umbi dalam PAS iaitu Presiden PAS."

    4. Saya telah membicarakan dalam posting "Konflik Dalaman PAS" bagaimana kuasa MAJLIS SYURA ULAMA dan Presiden PAS yang bersilang dan bersimpang dalam menentukan dasar PAS.

    5. Satunya dari satu sudut Perlembagaan PAS memberi kuasa kepada suatu Kumpulan Elitis (Ulamak) secara kolektif dalam PAS untuk menentukan dasar parti yang pernah disifatkan "bahaya dari gunung". Dari satu sudut lain Perlembagaan PAS juga memberi secara totok kepada individu yang dipilih secara akar-umbi dalam PAS iaitu Presiden PAS.

    6. Kuasa itu (dalam membuat dasar) saya sifatkan kuasa eksekutif.

    7. "Konsolidasi" adalah perkataan Inggeris. Dari "consolidation". Ia juga bermaksud "menguatkan".

    8. Ada yang beranggapan insan paling berkuasa di dalam PAS adalah Mursyid Am. Tetapi tidak sebenarnya.

    9. Setelah meneliti Perlembagaan PAS saya dapati insan yang diberi kuasa eksekutif oleh Perlembagaan PAS adalah "Presiden".

    10. Terjemahan ini sahaja menunjukkan bahawa Presiden PAS tidak perlu dipagari oleh 'orang-orang Presiden" untuk menguguhkan lagi mandat dan melebarkan lagi sayap kuasanya.

    11. Cukup dengan kuasa eksekutif yang diberi oleh Perlembagaan PAS.

    12. Sayapun tidak pasti samada Presiden atau ahli-ahli PAS sendiri tidak tahu atau dinasihati tentang perkara ini.

    13. Kuasa eksekutif diperlukan oleh Presiden untuk melakarkan polisi-polisi dan dasar-dasar parti.

    14. Jika dahulu Presiden keseorangan melontarkan idea Kerajaan Perpaduan. Sekarang pagar-pagar yang mengelilingi Presiden bertindak seperti kubu apabila Presiden di asak.

    15. Saya berani mengatakan jika Mursyid Am PAS mengutarakan sekali lagi beliau adalah 'nahkoda' parti, pada pandangan saya, menurut Perlembagaan PAS ia adalah tidak tepat.

    16. Perlu diingat sebelum parti mempunyai 'pengerusi' MAJLIS SYURA ULAMAK kuasa eksekutif berada ditangan Presiden.

    17. Niat penderaf Perlembagaan PAS dalam meminda dan memasukkan 'pengerusi' MAJLIS SYURA ULAMAK sebagai Mursyid Am, bukanlah bermaksud memansuhkan kuasa eksekutif Presiden PAS.

    18. Bahaya berpegang kepada hujah kuasa tertinggi dalam PAS ditangan Mursyid Am ialah PAS adalah milik elitis yang tidak berdasar kepada akar-umbi.

    19. Demokratik dan peluang kepada siapa sahaja untuk menjadi Presiden terbuka luas. Bahkan usul dalam Muktamar ke-55 untuk menghadkan Presiden hanya ulamak telah ditolak atas alasan "unconstitutional" (ketidakperlembagaan).
    Posted by ROHAN at 6:24 AM 0 comments

  9. nape bising2 dulu,kita liat dulu apa perkembanganya...jgn terus menghukum ust.din tahu la apa yang di buat,DEBAT ke WACANA ke sama saja nape org yg pelawa debat tk di hentam.......Double standard ni

  10. sudah lah bang baqa, Kalau nak bergaduh jer memanjang tk selesai pun masalah. Pi selesaikan masalah dap dengan satu adun PKR yang kawin 5 yang akan tmbul nanti. Tok guru kata tutup tapi masih nak bukak lagi, Awat... Suka nak buat kecoh ker.., atau sebab dah kena bayar dengan UMNO. Patutlah sekarang rapat dengan kickdefella orang Umno merangkap bekas ketua Umno cawangan orang upahan Hussam. siap calling2 lagi mengadu masalah. Patutlah nada selera pun sama.

  11. komen2 orang yang tek pernah memimpin dan jadi penyokong terikut2 tanpa berfikir mengikut batas2 sebagai ahli satu2 jemaah!!!!!!!!

  12. Jenis nate nama Kluang tp ngaku kluangman konon!!! aghhh tuihhhh..sory la kluangman..gua geli la lu pnya komen. Pak Bakaq,kluangman mngada2 la..sj dia komen mcm tu,aku tau dia org PKR.

  13. woi pak bakaq, hang kena tinggai bas ka gerabak keretapi??

    Tok guru nik aziz dah setuju dgn tindakan Pemuda PAS Pusat la :


    ---------------BeritaHarian 4/7/09

    Nik Aziz restui wacana ilmiah

    KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam menyambut baik langkah Dewan Pemuda Pas Pusat untuk mengadakan perbincangan dengan Pemuda Umno, demi kebaikan bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini.

    Malah, Menteri Besar Kelantan itu juga menyokong pendirian Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang merestui wacana ilmiah mengenai isu semasa itu, khususnya ke arah berdakwah dengan pihak terbabit

    "Saya bersetuju (perbincangan itu). Buatlah macam-macam (pelbagai) cara, biar saling faham memahami (antara kedua-dua pihak). Saya dengan cara saya dan Pemuda (Pas dan Umno) mengikut kaedah mereka, asalkan tujuannya satu, iaitu wujud persefahaman antara kedua-dua pihak nanti.

    "Kita jangan jadi seperti kera sumbang, buat hal masing-masing. Seorang duduk di sebelah sini dan seorang lagi nun jauh di sebelah sana," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah mingguannya di Dataran Ilmu, di sini, semalam.

    Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas laporan akhbar kelmarin, bahawa Abdul Hadi merestui wacana Dewan Pemuda Pas dengan Pemuda Umno berhubung isu semasa dan tindakan itu tidak bercanggah dengan pendirian Pas.

    "Pas membenarkan perbincangan secara ilmiah dengan mana-mana pihak termasuk Umno bagi menyelesaikan masalah yang ada," katanya.

    Usaha mengadakan perbincangan itu tercetus selepas Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan, menyerahkan surat jemputan wacana itu kepada Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim dan pelawaan itu disambut baik pergerakan berkenaan.

    Nik Abdul Aziz berkata, inisiatif mengadakan perbincangan antara Pemuda Pas dan Umno juga harus dilihat sebagai usaha dakwah demi kebaikan ummah.

    Katanya, dakwah penting kerana mengajak seseorang itu menuju ke arah kebaikan sekali gus mengelak terbabit dalam perbuatan bertentangan dengan agama.

    "Saya anggap perbincangan itu juga boleh dikira dakwah, kita mengajak orang yang hanya duduk saja atau orang lari ke arah lain (daripada buruk kepada baik),” katanya.

    "Sesama kita (Pas dengan Pas) tidak perlu berdakwah, yang penting kita (Pas) hanya perlu memperkukuhkan iman masing-masing," katanya.


    ----------------UtusanMalaysia 4/7/09

    Nik Aziz anggap wacana Pemuda Pas-UMNO satu dakwah

    KOTA BHARU 3 Julai - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak ada masalah dengan wacana yang dirancang antara Dewan Pemuda Pas dengan Pergerakan Pemuda UMNO.

    Katanya, walaupun pendekatan Dewan Pemuda itu berbeza dengan pendekatannya, ia menjurus ke arah yang sama.

    "Bawalah macam-macam cara asalkan boleh mencari titik persefahaman. Saya dengan cara saya dan Pemuda dengan cara dia.

    ''Tujuannya satu. Jangan biarkan kita duduk sebelah sini dan satu duduk sebelah sana, sampai bila-bila tidak akan bersatu," katanya.

    Beliau menyifatkan jemputan Dewan Pemuda Pas kepada Pemuda UMNO untuk mengadakan perbincangan secara ilmiah sebagai satu kerja dakwah yang baru dimulakan.

    "Kira dakwahlah, dakwah peringkat awal itu maknanya ajak, bila sudah ajak sama ada dia datang atau dia pergi ke arah lain," katanya kepada pemberita selepas kuliah pagi Jumaat di sini hari ini.

    Semalam Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu tidak menghalang perbincangan ilmiah diadakan dengan mana-mana pihak.

    Rabu lalu, Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hasan menyerahkan surat jemputan wacana ilmiah terbuka kepada Pemuda UMNO bertajuk Benarkah Perjuangan UMNO Tidak Bertentangan dengan Islam.

    Surat tersebut diterima oleh Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim di lobi Parlimen yang disahut secara positif oleh pergerakan itu.

  14. sepatutnya KP pas membincangkan bahayanya syiah dalam pas.

  15. Beza diantara Ketua Pemuda Pas Pusat dengan Timbalan Presiden Pas ialah Sorang pakai serban sebakul dan sorang lagi tu kadang-kadang pakai kopia dan kadang idak.
    Tetapi tuan-tuan.. perangai dan akhlak mereka sama...Assobiyah dan Penagih UMNO Laknattullah..

    Pelik dan ajaib...mengapalah pemuda Pas pilih dia tu sebagai Ketua Pemuda PAS Pusat...

    Sedih dan malangnya pemuda PAS berketuakan Nasruddin entah entah awie...
    Semacam PAS akan kembali kezaman kegelapan..

    Kepada setengah-setengah Pemimpin-Pemimpin PAS, harap jangan perasaan dan ingatlah..
    bahawa kemenangan besar pada PRU yang lalu adalah bukanlah hasil kerja kuat kamu..
    tetapi yang memenangkan kamu atau Pakatan Rakyat adalah daripada Undi Cina dan India...dimana sudah terlalu benci dengan UMNO laknatullah...

    Hentikan segera cadangan dengan UMNO laknatullah jika PAS ingin menjadikan Islam sebagai ikutan semua kaum di Malaysia ini...Insyaallah

  16. No.14 - Comment saudara terlalu sempit dan dangkal..

    Untuk pengetahuan saudara...puak-puak sesat tu lah sekarang yang melawan Yahudi laknatullah..saudara buat apa...dengar bunyi boom pun dah terkencing..

    Sebagai contoh yang terdekat iaitu Indonesia...perbezaan Mahzab sudah tidak menjadi isu malah mereka sama-sama bekerja untuk membangunkan Islam..

  17. Pok nik ini kan ulama politik. Untuk dapat kesenangan dunia semua bolih.

  18. mengadu domba dosa besar..

  19. kepada orang minyak,belajarlah agama sebelum menghentam orang lain.syiah adalah sesat.tanya tok guru TGHHA atau TGNA.Ini bukan soal peperangan tapi akidah islam.

  20. kelantan hanya beri 2 penggal je pd calon luar,so YB Salehudin akan bye2lah nanti,huh apa lagi KDP lah akan ambil alih nanti or ketua penerangan.(dulu lari dr perak,merajuk konon pastu p Kedah..lingkup 2 kali)..dah tau dah...presiden dilihat SEOLAH-LAH dikat org dikelilingnya,lihat aje lah lineup baru ni..presiden kena tegas skit..

  21. tak kira syiah tak kira sunni. yang penting yang bertaqwa di sisi Allah. Kalu dah sunni pun tak sembahyang minum arak, zina, kata kat orang, ambik rasuah, menipu hang ingat bagiuh sangat ka. Allah masukkan ke neraka serupa tu la. gitu juga syiah, kalu buat benda serupa masuk neraka juga, la ni hangpa pikir la hangpa dok tang mana. syiah pun dia lawan israel, dia ada jihad. sunni kalau macam arab tu dok celah kang betina je. sunni apa benda. no. 14 hang pikir lah hang nak tang mana jangan kata kat orang sesat. hang dah kaji habis ke pasai syiah ni. sunni bertapuk sesat. hang jangan dok perasan boleh masuk syurga buta2.geram aku senang2 je kata ornag sesat.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Ceramah Perdana

Forum Keadilan 15/3/09

Arkib

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Powered by FeedBurner

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008