Dalam artikelnya "Matlamat tidak menghalalkan cara," saya nampak Raja Petra Kamarudin menyifatkan mereka yang mempertahankan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah orang-orang Melayu. Manakala mereka yang menentang ISA pula adalah orang-orang Islam.
Orang Melayu menyokong ISA. Orang Islam menentang ISA.
Bagaimanapun, pada pandangan saya yang bersyukur dengan ketetapan Allah yang menjadikan saya seorang Melayu, semua bangsa di negara ini menentang ISA tidak kira Melayu, Cina atau India. Ada orang mendakwa, satu-satunya bangsa yang mempertahankan ISA ialah bangsa Umno.
Kenapa saya kata begitu? Perlembagaan Malaysia telah memberikan takrif yang jelas kepada makna orang Melayu. Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan telah menakrifkan orang Melayu sebagai:
1. Seorang yang beragama Islam
2. Bertutur Bahasa Melayu
3. Mengamalkan Adat istiadat Melayu
4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.
ISA menahan tanpa bicara. Islam mengharamkan penahanan tanpa bicara. Allah s.w.t. sendiri membicarakan hamba-hamba-Nya sebelum menentukan syurga atau neraka di Hari Perhitungan nanti.
Adakah ISA lebih berkuasa dari Allah?
Berdasarkan takrif Melayu di atas, orang Melayu beragama Islam. Seseorang yang beragama Islam tidak akan menjunjung undang-undang yang bertentangan dengan prinsip keadilan Islam serta mencabar kedudukan Allah sebagai Yang Maha Berkuasa lagi Maha Menghakimkan.
Melayu yang beragama Islam tidak akan menyokong ISA.
Orang Melayu menyokong ISA. Orang Islam menentang ISA.
Bagaimanapun, pada pandangan saya yang bersyukur dengan ketetapan Allah yang menjadikan saya seorang Melayu, semua bangsa di negara ini menentang ISA tidak kira Melayu, Cina atau India. Ada orang mendakwa, satu-satunya bangsa yang mempertahankan ISA ialah bangsa Umno.
Kenapa saya kata begitu? Perlembagaan Malaysia telah memberikan takrif yang jelas kepada makna orang Melayu. Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan telah menakrifkan orang Melayu sebagai:
1. Seorang yang beragama Islam
2. Bertutur Bahasa Melayu
3. Mengamalkan Adat istiadat Melayu
4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.
ISA menahan tanpa bicara. Islam mengharamkan penahanan tanpa bicara. Allah s.w.t. sendiri membicarakan hamba-hamba-Nya sebelum menentukan syurga atau neraka di Hari Perhitungan nanti.Adakah ISA lebih berkuasa dari Allah?
Berdasarkan takrif Melayu di atas, orang Melayu beragama Islam. Seseorang yang beragama Islam tidak akan menjunjung undang-undang yang bertentangan dengan prinsip keadilan Islam serta mencabar kedudukan Allah sebagai Yang Maha Berkuasa lagi Maha Menghakimkan.
Melayu yang beragama Islam tidak akan menyokong ISA.










Cantik? Klik 






isk..nak taip pun takot..kot2 kena ISA plak.mampuih aku dah la x kawin lg.apa pun ISA patut di mansuhkan dgn segera agar tiada lg orang teraniaya.bicara mereka jika bersalah hukumlah mereka.itu yg terbaik.
Salam.
nak tambah sikit, yg sokong ISA tu melayu tarak otak. yg bantah ISA tu Melayu Islam berakal serta beriman.
http://corongkita.blogspot.com/2009/07/1malaysia-puaka-sang-saka-gila.html
Adakah semua orang PAS berugama Islam ? Islam bagi PAS adalah orang yang Begis, sombong, pengfitnah, angkoh,degil,suka melawan,suka berdalih, orang yang suka berceramah/mendengar ceramah dgn cerita-cerita rekaan dimana kita boleh begelak ketawa,suka melihat orang islam mudur and banyak lagi sifat negative lain. Kalau dijabatan kerajaan inilah sifat-sifat peyokong PAS. Adakah peranagi Nik Aziz , Nizar seorang Islam? Orang PAS sayang dan bermegah dengan pemimpin ini.
Umno adalah proxy kepada ILLUMINATI dan FREEMASON dimana kebanyakkan ahlinya adalah ahli ILLUMINATI dan FREEMASON itu sebabnya mereka inin menghalalkan cara.fikir - fikir lah
ex mufti perlis dr MAZA tak derk pulak dia nak bising pasal benda ni....yg dia suka dok bising kononnya orang pas suka mencarut, maki hamun.....(sepatut semua org paham terutama bijak pandai spt dr MAZA-maki hamun, cerca carut jgn persalahkan PAS...bg lah kesalahan tu pd individu)TAK KAN pengebom di Jakarta pon nak salah kan ISLAM...sebab mereka org ISLAM....
PAS lelong Akidah demi undi DAP.
KALAU X MAUU I.S.A KENA PEGANG LILIN RAMAI-RAMAI LA.
SAYA ADA JUAL LILIN, AWAK MAU BELI KA?????
LELONG LILIN, MURAH-MURAH rm1.00 SEBATANG SEMPENA 'ONE MALAYSIA'
LILIN PON KENA PEGANG SORANG SEBATANG AJE....
I.S.A MENJAMIN MASA DEPAN ORG ISLAM,MELAYU,MALAYSIA DARI ANASIR KOMUNIS, TERMASUK MELAYU YG KOMUNIS JUGAK.
BECA ADALAH KEBANGGAAN ORH PENANG, TAPI KALAU PENARIK BECA TU KOMUNIS, MAU DOK KENA TEMBAK BARU BETOI!!!!!!!!!!!!!!!
Anon 3,
Adakah semua orang Umno berugama Islam ? Islam bagi umno adalah orang yang Begis, sombong, pengfitnah, angkoh,degil,suka melawan,suka berdalih, orang yang suka bunuh orang dan boleh begelak ketawa,suka melihat orang islam mudur and banyak lagi sifat negative lain sebab tak nak jalan hukum islam. Adakah anda pasti anda orang islam kalau anda menolak hukum al-quran.
kalau bab puasa, sembahyang, kahwin dll nak ikut islam tapi bab politik tak nak ikut islam. Apa kome Dr. MAZA tentang hal ni.
Anda pasti
Orang Umno cakap politik dan agama tak boleh bercampur. kalau begitu nak tanya satu, ketika ceramah politik, perhimpunan agung umno, persidangan dewan negara dan persidangan negeri yang melibatkan politik. Adakah orang umno akan tinggal agama kat rumah.
Hanya mereka yangm mati kerana membunuh diri saja tidak akan dibicara dan akan dicampak dalam neraka
kalau tak setuju dgn i.s.a tp tidak melakukan apa2 tindakan dgn sekadar mengharap pihak lain???janji periuk nasi aku ok!!!...
saya setuju i.s.a untuk komunis...umno=komunis=sesat?dak gitu
Umno terpaksa tidak mencampurnya, sebab agama yang digunakan oleh lama polik hanya untuk memecah belah umat islam bagi kepentingan, kesenangan kehidupan dunia mereka sahaja.
kalau nak tahu kenapa orang-orang munafik perlu diperangi habis-habisan cubalah perhatikan perangai orang-orang UMNO...dulu masa belajar pelajaran agama islam di sekolah tak paham dan merasakan kejam sungguh saidina abu bakar membunuh orang-orang munafik...sekarang barulah paham apa bahayanya golongan munafik ini
Tahukah anda bahawa Kerajaan Barisan Nasional sudah bertambah lemah...? Dengan cara apa lagi mereka boleh pertahankan kuasa memerintah selama 51 tahun didalam Malaysia...? Dengan rasuah..berapa ramai rakyat boleh dirasuahkan...?
Akta tahan tanpa bicara "ISA" adalah salah satu senjata bagi pihak kerajaan untuk melemahkan kekuatan orang yang tidak bersalah. Hanya dengan cara ini rakyat boleh ditakutkan dan rakyat pasti tunduk pada perintah mereka.
Persoalannya... sekiranya rakyat selalu melihat kezaliman yang sering dilakukan oleh kerajaan terhadap mereka apakah mereka akan takut lagi pada kezaliman itu...?
Perangilah habis - habis kerana negara ini akan dirahmati Allah jika tiada orang munafik terutama didalam PAS yang merosakkan agama.
Dari Anonymous
I.S.A MENJAMIN MASA DEPAN ORG ISLAM,MELAYU,MALAYSIA DARI ANASIR KOMUNIS, TERMASUK MELAYU YG KOMUNIS JUGAK.
Sedangkan di padang MASYAR pun ALLAH akan menjadi hakim kepada semua umat manusia dimana siapa akan dicampakkan ke dalam NERAKA atau yang menjadi ahli syurga.Tidak ada seorang manusia akan di I.S.A kan kedalam neraka
Kenapa tak buat suruhajaya bagi kematian Wan siti Farihan pelajar UKM yang jatuh dari bangunan keraajan. jangan double standard.
Dengan adanya ISA la korang hidup aman dibumi malaysia..
dasar bangsa UMNO yang dungu dan bebal.
Mansuhkan I.S.A
Hapuskan UMNO..
baca le pendedahan terbaru pasal macam ne DAP belasah duit kat selangor dalam t4tbh.blogspot.com ... tu le padahnya berkawan dengan setan , ambik ko nik ajis
anon sapa yang munafik ..
16 september halal tapi kat perak haram ..
umno kerjasama dengan mca , mic haram .... PAS kena tunggang dengan DAP ..halal
bersekedudukan kalau sekutu PAS halal tapi org lain haram ..
pak bakaq hang berani siar ke komen aku ..
-dexs-
Alif mim nun wau= sarkas [Do.re.mi]
Pak Bakaq,
UMNO hari ni sapa kata tak baguih ? UMNO tu baik loo.
UMNO dulu bolehlah UMNO keturunan.Milik mutlak oghang Melayu-islam.
UMNO haghi ni antarabangsa milik semua: Melayu, Siam, Sino,Semamg, Jakun,Bajau, Suluk,Sungai,Rungus,Bisaya,Kadazan, Dusun,Malanau,Iban,Penan dan lain-lain lagi hampir 30 suku kaum semuanya.Kita berkawan dengan MCA, Gerakan, MIC , PPP dan lagi. Depa semua baguih tak macan Pas bodoh kawan dengan PKR dan DAP yang jahat turun temurun.
UMNO hari ni lambang saja keris tapi kita pakai C4.
UMNO hari ni kaya dan maju. Kita bagi duit kepada sapa saja yang sokong kita. Buat pembangunan ditempat yang depa sokong kita.Sapa tak sokong kita jangan bagi. Jangan buat projek atau tangguh dulu,kita sekat royalti. baru padan muka depa tak sokong sangat.Baru adil dan ada akai.Depa lupa UMNO hari ni boleh paksa rakyat sokong kerajaan. Nak payah apa kita guna Hakim-hakim Negara, Peguam Negara, Polis, Tentera, SPR, SPRM, Radio, TV, undang-undang dan Akta yang ada (ISA, Akta Hasutan, Akta Misin Cetak),Jabatan-jabatan persekutuan ( terbaru Jab. Pertanian ),kita paksa depa sokong kita.1001 cara ada.
Untuk itu bagi ahli UMNO yang tak faham apa yang ditulis diatas, sila daftar kita masuk sekolah semula kata Timbalan kita.Tarikh Peperiksaan 2013 tak lama dah.
Eagle Eyes, Pokok Sena.
SALAM TO ALL
malu aku bila baca ulasan anom 3 & 7 ...macam ulasan budak tadika !!! bicara secara ilmiah bang !! berhujjah lah dengan baik , jgn ulas mcm tuu nanti nampak sangat ke baruaan saudara !!! jangan marah
orang kafir kita tau kekafirannya TETAPI orang munafik umpama api dalam sekam - pikir lah sendiri
SY TIDAK BEGITU MENYUKAI RAJA PETRA NAMUN...
TULISAN RPK MENGENAI ISA ITU AMATLAH TEPAT PERMPAMAANNYA.
SYABAS RPK.
SYABAS JUGA PAK BAKAQ PENARIKBECA.
aku memang setuju kalau UMNO ni dikelaskan sebagai MUNAFIK. Orang-orang UMNO ni memang sembahyang, berpuasa, berzakat dan naik haji macam orang islam tapi kalau pasal makan rasuah memang world champion, berzina toksah cakap la..kalau malu nak tinjau spa cuba sertai rombangan orang-orang UMNO ke jakarta atau medan, kalau nak tengok org UMNO minum arak tak gi kelab malam atau kareoke...gi je club-club golf..secara terangan puak-puak ni akan teguk arak, berjudi...rasanya org melayu mana yang dok masuk kedai ekor...apa yang mereka ni sembah aku pun confius..jadi aku rasa lebih hormat lagi bagi puak-puak UMNO ni murtad dari selamanya munafik
Pak Bakaq;
ISA itu undang-undang zalim diteliti dari aspek apa pun.Mat Salleh yang dulu mencipta ISA waktu negara ini dikuasai Mat Salleh pun terkejut Malaysia masih gunakan undang-undang zalim ini kerana undang-undang tu dicipta dulu untuk memerangi penjahat komunis.Zaman Darurat dah lama berakhir tapi kerajaan UMNO/BN masih gunakan undang-undang ni untuk mengekalkan UMNO/BN memerintah.
Untuk pencacai-pencacai UMNO yang terencat akal dan tak tahu nak berbahas,ada perbezaan antara komunis(Parti Komunis) dengan grombolan penjahat komunis.Parti komunis ada merata-rata - India,Pakistan,Amerika Syarikat,United Kingdom dan banyak negara diAfrika.Parti komunis ini kadang-kala bertanding dalam pilihanraya.Negri Cina buat masa ini adalah negara komunis terbesar didunia itulah sebabnya Presiden UMNO baru-baru ni pergi kesana nak cium tangan pemimpin komunis Cina.Dizaman darurat dinegara ini (dulu namanya Persekutuan Tanah Melayu)yang mengganas tu ialah penjahat komunis.Itulah sebabnya diperlukan undang-undang ISA untuk membendung pejahat-penjahat tu.Sekarang dah tak ada penjahat komunis,tak perlulah ada ISA.Kalau ada pihak yang cuba buat kacau dan nak angkat senjata melawan kerajaan bolih gunakan banyak undang-undang yang sedia ada.Pokoknya yang bersalah wajar dihadapkan kemahkamah untuk dibicarakan.Bukan tangkap,pengap dan penjarakan ikut sesuka hati.Pencacai-pencacai UMNO faham tak?Berhujahlah ikut tajuk,jangan dok merapu mempamirkan betapa terencatnya akal anda dan membuktikan otak dah jadi otak udang.
Betoi, betoi !!! Bangsa UMNO ni bukan Islam, sebab mereka guna undang2 syaitan yang bernama ISA untok menganayai orang2 Islam dan bukan Islam.!!! Sesungguhnya mereka adalah "Devil in disguise"(boleh dengar lagu Elvis ni di http://warongpakyeh.blogspot.com)
Moga Allah laknat mereka di dunia dan akhirat !
Amin,amin ya rabal alamin !
Tapi kalau gunakan agama nak cari makan lagi teruk. Itu lahanat namanya.
PAS LELONG AKIDAH DEMI UNDI PAS.
PANDAI CKP JE GUNA KEPALA OTAK, TUDUH ORG LAIN BUKAN ISLAM LA APA LA. DIRI SENDIRI PLAK MCM MANA. TLG LA WAHAI MANUSIA, SEDAR2LA DIRI TU. KLU YE PUN NK SOKONG SGT SEHINGGAKAN TAKSUB DGN PARTI SENDIRI TU, JGNLAH SAMPAI NK MEROSAKKAN AKIDAH SNDIRI TUDUH2 ORG LAIN TU BKN ORG ISLAM. BELAJAR TINGGI2, ILMU AGAMA BNYK DPT, PENUH DI DADA...MCM NI PUN TAK BOLEH FIKIR KE? KEMUNGKARAN DICEGAH N DIHALANG DGN CARA BEGINI KE?
P/S : KEPADA PENULIS BLOG, KLU SKDR NK MENCARI POPULARITI (PASTI PERNAH TERDETIK, JGN BOHONGLAH) BERHATI-HATILAH DLM PENULISAN ANDA. SKDR NK ULAS IKUT KEPALA OTAK SENDIRI, LU TANGGUNGLAH LA SNDIRI KT AKHIRAT N ORG2 YG PERCAYA DGN PE LU TULIS...
Apabila umatku hanya mementingkan nilai dunia, kehebatan Islam akan hilang daripadanya.
Amerika dan Britain masih pakai ISA lagi. Lagi baik ada ISA sekurang - kurangnya mereka yang ditangkap adalah juga rekod. Kalau dia tangkap dan tembak mati katak siapa pun tak tahu. Lelongkan Mat Selamat minta pemimpin PAS ambil dia jadi anak angkat. Silap haribulan stesen bas Kota Bharu diletupnya sampai jadi padang jarak padang terkukur. Ada seorang calun lagi Nordin Mat Top pakar bom dari UTM.
hahaha...pedih hati jugak ye bangsa UMNO kat sini...kalau rasa diri tu islam BEHAVE LIKE ONE...anon yang sorang tu minta UMNO murtad ko ingat agama Kristian, Buddha, Hindu, Yahudi nak terima ke puak-puak bangsa UMNO ni...sebusuk-busuk dan sejahat-jahat yahudi dorang tak bunuh bangsa sendiri...nak tunjuk kononnya korang ni pembela melayu, korang campak cina tu keluar tingkap...org islam dan melayu teruk dihina oleh bangsa dan agama lain ko ingat pasal apa...Yahudi punya keje ke...UMNO brader UMNO...pemimpin dia perasuah no 1 negara...nak heran apa tuhan bangsa UMNO ni duit dan nabi dia nafsu...haaa apa bangsa UMNO nak marah...itu hakikatnya nak marah apasal...kurang-kurangnya bila nik ajis kata korang UMNO ni komunis sepatutnya korang ni bangga...komunis ni bunuh orang yang terlibat rasuah tau tak...terima aje wahai puak-puak UMNO korang ni yang sebenarnya yang dilaknat tuhan bukan yahudi tu
Pas dah menjilat UMNO kembali. Munafikun.
Pas ni berseh sangat ke, tak rasuah ke.
ISA perlu dikekalkan, kekang ancaman subversif, elak huru-hara dalam negara. Kalau orang PAS boleh menjamin perkara ini maka ISA boleh dibubarkan. Jemaah Islamiah masih bertaring.
aku nak boh sikit pasai ISA ni
sape yang tak pernah kena - mungkin belagak sakan dan kata ISA tu baik
ISA tolong orang - tolong jaga keamanan dan macam macam lagi puji puja nya.
tapi kalu dah kena - pastu - tak ade pasai - sekadar sebab nak tunjuk kita ambik berat berkaitan "pengganas dunia" - JI - maka sape yang dirasakan boleh dikambing hitamkan - masuk le dalam ISA - sat ke, lama ke - ikut ISA (ikut suka aku - sape aku tu - yang tu ramai - boleh jadi menteri dia - boleh jadi Sb - boleh jadi, sapa sapa lee).
contoh macam mat sah - apa salah dia - entah le - sampai la ni tak kelaur keluar - kalu betul dia salah, bawak mahkamah - ni dak - tahan, dah dekat lapan tahun - baca, tengok apa yang isteri dia kata - dalam blog isteri dia.
itu satu contoh "semasa" - sesape yang kata, kalu tak salah, takut apa - belum kena - boleh lah belagak - tapi kalu dah kena, dan tak ada sebab pulak - masa tu menyumpah sakan - kempen sakan.
kome baca tak, buku buku yang ditulis oleh bekas "graduan universiti ISA" - apa yang sebenarnya berlaku semasa menjadi "penunggu ISA" - terutama 60 hari pertama sebelum layak diterima sebagai pelajar "universiti ISA".
siapa yang gagal dan tak layak - dikeluarkan dari senarai calon "U ISA".
Contoh yang gagal dalam ujian - Zahid Hamidi - baru "interview" dah ketaq lutut - tak layak masuk U ISA.
untuk masuk U ISA ni - interview dia ketat dan tegas - lulus baru layak - sape lemah semangat tak layak.
kebanyakan puak UMNO tak layak - ada juga yang "push Up" markah interview dia - untuk layakkan juga masuk U ISA. Pada hal masa interview, keputusannya gagal dah - tapi ada "arahan special" - markah push up diberikan - layak lah masuk U ISA.
jenis ni - dia relax lah sikit - pasai markah push up.
tu sikit sentuh pasai ISA (ikut suka aku).
lagi satu, aku nak tibai, yang senang senang jatuh hukum.
sape bagi hangpa lesen untuk tentukan orang ni murtad - orang tu munafik dan macam macam lagi.
saidina Umar pun tak dapat senarai nama orang munafik dari sahabat nabi - padahal beliau khalifah dan yang paling digeruni - tapi dalam bab kufur dan munafik - semua sahabat nabi takut nak sebut - yang hangpa lebeh berani dari sahabat besar nabi tu pasai apa ?????
kalu takat "hint" kita jangan bersifat orang munafik, tak apa juga - ni dak - jatuh hukum terus.
ingat lah - sekiranya, orang yang kita kata itu, tidak seperti yang disebutkan itu - maka ia nya kan berbalik kepada kita sendiri.
baca sejarah - gabenor Amru al 'Ash - dizaman saidina umar al khatab jadi kahlifah - terpaksa menerima hukuman dari saidina umar, kerana menuduh seorang yang baru memeluk islam sebagai munafik - tapi akhirnya - orang yang dituduh itu, setelah mendapat pembelaan dari saidina umar, dengan rasa tawadhuk memaafkan amru al 'ash.
itu gabenor - tetap diambil tindakan - inikan pulak hangpa - yang cakap ikut sedap hangpa saje - jangan bermain ditepi neraka - kalu tak jatuhpun, bahang panasnya cukup untuk menyambar kita.
aku cakap ni - pasai tengokkan cara bercakap macam orang tak ada pegangan iman dan islam.
Saya tak sokong ISA dihapuskan sekarang. Kita simpan sampai PR memerintah Malaysia. Kita tengok siapa yang berarak kat tengah jalan minta ISA dihapuskan. Masa tu kita bagi depa cubalah pekena ISA sebulan ke. Amacam?.....
Pemimpin diatasan kesedapan, yang dibawah ini taksub dan jadi baruah.
10,000 orang Uighurs hilang pada malam semasa kekacauan kaum di Urumqi Cina.
Siapa bilang ISA tahanan tanpa bicara. Baca lah dengan teliti Akta-Akta ISA.