Sedap!! Klik gambar di atas!

Gila babi di Kedah

Saya selalu menulis tentang penagih Umno. Sekarang riuh rendah cerita-cerita yang berkaitan dengan kemaruk babi di Kedah. Ada orang mendakwa, tergila-gilakan babi atau gila babi. Saya tak nak la kata gitu. Kemaruk babi kira ok la.

Orang bukan Islam makan babi perkara biasa. Apa nak kisah, makanan mereka. Tetapi kemaruk babi ialah apabila kadar pengeluaran daging babi di tempat yang dipertikaikan itu melebihi keperluan babi di Kedah. Tu yang kata kemaruk babi atau ada orang dakwa gila babi tu.

Saya sedang tercari-cari perbezaan antara ketagih Umno dan kemaruk babi. Betulkah ada yang haram dan ada yang halal. Atau, adakah kedua-duanya haram?

Apa pun, nasib baik ada Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagai tali pengikat Pakatan Rakyat (PR). Kalau nak harapkan babi, dah lama dah PR bercerai-berai. Terima kasih Umno dan BN, jasamu di kenang.

Berkaitan:
Pakatan Rakyat: Strange and undisciplined bedfellows (Malaysian Mirror 2/7/09)
Hook up or split up, Pakatan needs to stop fooling around (Malaysian Insider 2/7/09)
Kedah DAP quits PAS-led gov't (Malaysiakini 1/7/09)
PKR Kedah will not bite BN bait (Malaysiakini 2/7/09)
Abattoir crisis will not slaughter Pakatan (Malaysiakini 2/7/09)
DAP sec-gen: Party approval needed for Kedah pullout (Malaysiakini 2/7/09)
Are pigs more valuable than humans? (Malaysiakini 2/7/09)
Pakatan leaders to thrash out problems this weekend (Malaysian Insider 2/7/09)
Babi: DAP Kedah bertindak terburu-buru (Malaysian Insider 2/7/09)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Aik , lain macam jer bunyi nyer.Bakaq dah sedaq ke?. Apakah pengeluaran berlebihan itu adalalah punca utama kenapa MBAS mengambil tindakan terhadap 'babi-babi' itu.Aku rasa hang punya Bang Jan dah tak tahan sabaq kot, mungkin Bang Jan hang lupa kalau tanpa babi-babi tu adakah PR akan mengulangi kejayaan dalam PRU13 nanti.

  2. DAP cuma satu kerusi. Dalam Democracy majority buat keputusan.Soal tidak puas hati dengan keputusa majority tidak timbul.
    DAP patut patuh dengan keputusan majority.

  3. SELOKA BABI.

    Seloka kali ni pasai babi
    kisah terjadi di negeri sendiri
    cerita dah riuh serata negeri
    babi pula menjadi selebriti.

    Dalam surat khabar atau di tv
    berita disiar berulang kali
    dalam internet riuh sekali
    dahsyat lagi di kedai kopi.

    Ada yang kutuk ada yang keji
    ada yang puji ada yang maki
    ada yang meloko berdiam diri
    pasai dah dapat makan free.

    Pasai babi kena ambik peduli
    jangan dok hebat atas kerusi
    silap haribulan tak dapat undi
    kalah pilihanraya teriak balik guri.

    DAP marah anjur demontrasi
    sanggup berjemur di panas matahari
    tenguk FRU mai dengan lori
    depa tak hairan pasai dah mangli.

    Dari pagi sampai tengahari
    DAP dok halang tak bagi jadi
    pekerja MBAS tak ambik peduli
    pasai tak ada arahan MB.

    Arahan Tilong depa patuhi
    pesan Mat Cik Nai jangan lari
    kalau kali ni pun kerja tak jadi
    salah seorang mesti gila babi.

    Jengkaut tak kira kayu dan besi
    Habis disodok menyembah bumi
    Bulldozer tolak himpun ke tepi
    kering nanti boleh cucuh api.

    Tamatlah sudah isu sensasi
    penduduk sekitar senang hati
    masuk tidur semerbak wangi
    bangkit pagi pun tak bau babi.

    Cuma DAP berkecil hati
    ungkit habis perangai MB
    apa diminta semua tak bagi
    buat DAP macam anak tiri.

    PAS buat onar dah banyak kali
    DAP kata tak boleh jadi
    lalu merajuk membawa diri
    keluar pakatan kerana babi.

    DAP sangka MB nak simpati
    rupanya MB cukup keras hati
    macam halau suruh pi lagi
    pasai DAP tak kenang budi.

    Dahsyat jugak isu kali ni
    hebat dari selsema babi
    pemimpin PAS tak sedap hati
    takut hilang lagi satu negeri.

    Azizan kata bergaduh laki bini
    hari ini lari esok balik lagi
    Anwar Berahim tumpang sekaki
    salahkan media bagi publisiti.

    Cerita seloka tak habis di sini
    banyak lagi isu sensasi
    salah silap harap diampuni
    di lain ketika berjumpa lagi.

    Pak Ku Shadat sudah pun mati
    moga rohnya Tuhan rahmati
    Cucu Tok Nadoq jadi pengganti
    seni warisan sama dihargai.


    Dari kepala otak:-

    Ekeng a/l Etong
    Cicit Tok Nadoq

    2 Julai 2009.

  4. kan ker sesama islam tu bersaudara....contohnya mcm pas kedah dgn umno kedah.... nasib baik kat kedah takde minyak mcm kat terengganu & kelantan.

  5. barbie jasamu dikenang...

  6. pak bakaq,tolong bagitau pemimpin pas kedah,jangan sokong dap.kita dah ada kelab penyokong non muslim.lantak dia orang nak keluar atau tidak dalam pakatan.pak bakaq mesti sedih tak?kalu ustaz nasa buat macam ni,mesti pak bakaq hentam membabi buta.tapi dengan dap bukan main lembut bahasa pak bakaq gunakan.

  7. contohi pemimpin dap sanggup berjuang mempertahan rumah khizir selain rakyat.pak bakaq tolong buat usul pas keluar pakatan sekiranya ada dap.adakah pemimpin pas sanggup keluar pakatan sekira dap menghentam hudud?

  8. aku hanya berdoa pas berubah haluan tanpa menyertai pakatan atau UG.pas mesti jadi pas dulu.kalau menang biarlah diberkati oleh Allah.Kita tidak mahu menang dengan meminggirkan prisip islam yang dimurkai oleh Allah.PAS KELUARLAH PAKATAN..YAKINLAH PADA DIRI SENDIRI DAN JANGAN MELUKUT TEPI GANTANG DLM PR.

  9. Terima kasih juga kepada PAS Kedah kerana masih Melayu, jangan jadi macam PAS Kelantan... eey tak kesio kome

  10. Kenapa lah pemimpin Pakatan Rakyat selalu sangat buat kenyataan yang remeh temeh kapada akhbar ???
    Dulu PAS pelekeh dir sendiri dengan isu Unity gomen. Lepas tu Anwar pula dengan isu remeh temeh Chin Peng.Kini DAP pula pelekeh diri dengan isu babi.
    Adakah patut DAP tarik diri kerana isu babi???
    Adakah mandat babi lebeh penting dari mandate rakyat ???
    Baca lagi rencana "DAP merajuk kerana babi?" di..

    http://warongpakyeh.blogspot.com

  11. O.K lah tu Ustad Azizan.Buatlah sekarang ni.Kalau ada tempat lain sebagai ganti perkara ini akan mati juga beritanya.Saya juga cadangkan Tan Sri Khalid di Selangor cepat selesaikan dan laksanakan tempat menternak babi yang dihebohkan tahun lalu sebelum ianya terlambat sehingga hampir GE13.Kalau nak bising biar sekarang...sebab cerita babi ini akan sunyi juga akhirnya sebab orang bukan Islam yang makan babi agak rasional and "they will come back to thier senses" apabila kes kes lain kita perbaiki. Jangkamasa/waktu (timing) amatlah perlu dalam politik.

  12. Salam Pak Bakaq

    Apa khabar Babi di Melaka ye..

    Senyap je cerita lawat sini...

    http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/07/apa-khabar-babi-di-melaka.html

    Naruto alu2 kan..

  13. pak bakaq ?

    BANYAK ISTILAH BARU PERLU DI TAMBAH DALAM KAMUS DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA !!

    1. KEMARUK BABI
    2. SELSEMA BABI
    3. GILA BABI
    4. KETAGIH BABI
    5. KUTU BABI
    6. MENATE BABI

    ISU DI KEDAH INI RASA AKU DAPAT DISELESAIKAN DENGAN BAIK KALAU KEDUA-DUA PIHAK BERKOMPROMI !!!

    TEMPAT PENYEMBELIHAN BABI ITU BEROPERSI SECARA HARAM !!!! TAK KAN NAK TEGAKKAN BENANG YG BASAH ,BENDA YG SALAH TUU SALAH LAH !! KATA DAP YG MEMPERJUANGKAN KEADILAN UNTUK SEMUA KAUM DI MALAYSIA ...

    CUBA KITA RENUNG KAN DI SINGAPURA ADA KE TEMPAT TERNAK BABI / TEMPAT PENYEMBILHAN BABI ????? SEDANGKAN MAJORITY PENDUDUK ADALAH PENGEMAR BABI

    ATAU PUN BUAT KAT SEBELAH RUMAH THOMAS SU BARU DIA TAHU BETAPA HARUM NYA BAU

    Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata DAP Kedah menarik balik sokongannya terhadap kerajaan PAS Kedah kerana hilangnya rasa kepercayaan antara kedua belah pihak. Lim berkata lagi , DAP Kedah tidak pernah meminta sebarang anugerah atau gelaran Datuk tetapi ia tidak senang dengan kurangnya rasa hormat PAS terhadap DAP di Kedah, tidak sepertimana penghormatan yang diberikan kepada PAS di Pulau Pinang. contoh umar abd.aziz


    APA PUN AKU BERSETUJU DENGAN SIKAP TEGAS MB PERAK !!! SETIAP KEPUTUSAN YG DI BUAT TIDAK AKAN MENYENANG KAN HATI SEMUA PIHAK !!!

    AKU TAK SUKA KINZIR DAN TAK SUKA UMNO

  14. salam...

    seronok sangat puak penjilat UMNO dgn kes babi ni....

    kita cuma main layang layang je....

    he he he he....

  15. Tuan,
    Betul ke orang kata kemaruk babi sama seperti kemaruk rokok?

    kafesantai.blogspot.com

  16. Apalah bengap sangat DAP kedah nin, la nin rakyat satu malaya sensitif dgn selsema babi..bila orang tutup rumah sembelihan babi yg tak berlesen pun nak kecoh, kata nak laksanakan CAT, apakah DAP pun sanggup jilat ludah sendiri?

    Tokden

  17. Betul le apa yang saya cakap....belum ready lagi tempat babi di kampong cina di Pendang, tapi dah roboh yang dekat Mergong.


    •Anonymous said...
    Thursday, July 2, 2009 1:42:00 PM MYT

    "Kenapa DAP marah...kalau MB Ust.Azizan dah ganti kan ketempat baru...kampong cina di Pendang!!! Takut2 benda ni baru nak di cadang kan je (atau baru nak dikenalpasti dan tidak diberitahu pada DAP Kedah), tapi dah di roboh kan dulu yang di Mergong tu...sebab tu la DAP marah kut. DAP marah sebab harga babi akan melambung naik..sebab supply terpaksa diambil dari Penang".
    -----------------------------------------------

    http://kedahlanie.blogspot.com/2009/07/babi-ladang-baru-di-pendang-akan-di.html

    BABI : Ladang Baru di PENDANG akan di tengok dulu sesuai @ tidak..
    Kampung China tempat ternak babi?

    KAMPUNG CHINA – Orang ramai tertanya-tanya mengenai kesesuaian Kampung China dijadikan tempat penternakan babi menggantikan Kampung Berjaya Alor Setar yang akan dirobohkan awal bulan ini kerana kawasan itu dikelilingi beberapa kampung Melayu berdekatan kawasan itu.

    Yang Dipertua Majlis Daerah Pendang, Abdul Syukor Abdul Ghani berkata, perancangan dan kajian akan dilakukan bagi memastikan tapak di sini sesuai dijadikan tempat ternakan babi atau tidak.

    Menurutnya, kira-kira dua relung tanah dicadangkan sebagai tapak pembinaan tempat ternakan babi itu.

    “Tapak ini dikelilingi sawah padi dan faktor saliran mesti diambil berat bagi memastikan saliran najis itu mengikut cara dan kaedah yang betul.

    “Tanah cadangan tempat pembinaan ini adalah milik individu berbangsa Cina yang bersetuju tanah itu dijadikan tempat ternakan babi,” katanya kepada Sinar Harian ketika membuat lawatan ke tapak cadangan pembinaan tempat ternakan babi itu di sini, semalam.

    Abdul Syukor berkata, pembinaan tempat ternakan babi di sini merupakan satu cadangan daripada pihak pengusaha yang merasakan tempat ini sesuai bagi aktiviti berkenaan.

    “Turut membuat lawatan ke tapak ternakan babi itu ialah wakil dari Pejabat Tanah Pendang, Majlis Daerah, Mada, Pertanian, Veterinar, penghulu mukim, Jabatan Alam Sekitar dan beberapa jabatan lain.

    “Sama ada tempat ini sesuai atau tidak adalah bergantung selepas perbincangan dan pelan yang dikeluarkan serta bergantung kepada perbincangan bersama pihak teknikal yang menentukan kesesuaiannya,” katanya.

  18. Betul apa yang Lim Guan Eng cakap...Menteri Besar Kedah(MB) Ust.Azizan ni...bagi siapa yang kenal dia..mesti perasan perangai dan cara di bercakap. Perangai dan cara di bercakap macam orang kampong yang bodoh..merapu, tak macam 'Statesman' dan ketelaluan hinanya, suka dendam,benci dan berniat buruk kepada kaum cina. Pernah berkata "nak ajak depa ni,biaq aku tutupkan ayaq Sg.Muda, baru mampoih cina di Penang"
    ------------------------------------

    http://mt.m2day.org/2008/content/view/23860/84/

    Guan Eng: Kedah situation “desperate”

    Friday, 03 July 2009 02:38
    By Deborah Loh, The Nut Graph

    While other Pakatan Rakyat (PR) leaders today glossed over Kedah DAP's pullout of the state government, DAP secretary-general Lim Guan Eng had a different view.
    Lim, who is also Penang Chief Minister, said the situation in Kedah was "desperate" enough that the party's top leadership would be meeting to decide whether to endorse or oppose the move.
    He added that said the implications of DAP withdrawing from the Kedah PR government would have "large adverse national ramifications", and needed to be studied.
    He squarely blamed Kedah Menteri Besar (MB) Datuk Seri Azizan Abdul Razak for the breakdown in trust between PAS and DAP there.
    "Kedah DAP has been unhappy with the lack of respect accorded by PAS to DAP in Kedah unlike the respect accorded to PAS in Penang," Lim said in a statement today.
    He singled the "failure of the PAS-led government not to give equal treatment to all Kedahans" as the reason for the pullout.
    Lim said Kedah DAP chairperson Thomas Su had informed him that the demolition of an illegal pig abattoir and the imposition of the 50% bumiputera housing quota in the state were the main causes for DAP's unhappiness.
    "For Kedah DAP to pull out from the Kedah government, [this] signals the complete lack of communication and respect from the Kedah PAS-led government."
    Lim said he would "normally oppose such moves" if there was still room to correct the situation, but he believed things had become desperate.

    READ MORE HERE

  19. semua ahli pas kena sedar yang DAP ni memang tak mau HUDUD......................
    babi depa mau la......tak salah kalau depa mau babi, depa non muslim.tapi bila depa tak mau hudud, tak salah juga, depa ni non muslim, tapi umno islam tak mau hudud yang masalahnya.................

    PAS MESTI BERDIRI SENDIRI DI ATAS PRINSIP ISLAM SENDIRI.
    MCM NABI MUHAMMAD, DAH PERNAH BEKERJASAMA DENGAN YAHUDI(NON MUSLIM, BILA MEREKA TERANG2 TAK MAU ISLAM, NABI HALAU DEPA.....MCM TU LA BARU ISLAM ADA MARUAH.......
    PAS NAK IKUT SAPA LAGI KALAU BUKAN NABI DAN SUNNAHNYA..?????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

  20. babi oh babi
    tunduk babi untuk lalu

    babi oh babi
    babi binatang pemalu

    babi oh babi
    sekarang dah pakai baju

    babi oh babi
    dah glamor hari keluar TV

    babi oh babi
    kau tetap babi

    HARAMMMMMMM puiii.........

  21. PAS sudah buat satu kesalahan besar terhadap DAP khasnya kaum cina. Sepatutnya PAS kena berbincang dengan DAP terlebih dahulu sebelum bertindak dengan perkara yang ada kaitan kaum cina.

    Tindakan PAS membiarkan rumah potong babi itu dirobohkan sepatutnya tidak berlaku. PAS sepatutnya tahu membalas budi kerana kaum cina lah yang banyak menolong PAS. YB MB PAS sudah lepas tangan dan berdaleh memberi alasan yang tidak logik langsung.

    PAS jangan anggap sudah kuat berkuasa dan boleh buat apa yang dia suka sesuka hati nya. PAS kena ingat, kekuatan PAS cuma bergantung kepada kaum cina dan india sahaja. Jika PAS gagal menurut kehendak kami, kami akan berhenti menyokong PAS.

  22. Biaq pilah dgn DAP tu..depa bukan tau kita org Islam punya sensitiviti.. Aku cukup pantang tgh2 bwk kereta,tetiba lori yg bwk BA** ni lalu kat sebelah, rasa mmg suweyy jer ari tuh.. Dah terang2, BA** ni bwk penyakit,mcm2 plak tu,sume yg bwk maut, nape kita sibuk2 nak bela kat malaysia nih?
    Semoga PAS tak tunduk pada DAP,berdiri atas pendirian sendiri, berani mengambil tindakan untuk menegakkan agama dan kebenaran. Jangan jadi mcm PAS kat Perak sudah, dok ikut,mcm lembu dicucuk hidung oleh DAP. yang ni terbalik plak depa punya perjuangan. Semoga PRU 13, PAS terus memimpin kedah.

  23. Depa nak makan babi biak pi la.

  24. CUMA KALAU GENG2 ABIM DAN GENG2 JIM NAK TURUT SERTA DENGAN DAP BUAT BANTAHAN ITU IKUT HANGPA LA. AKU DUK TAK BERKENAN SANGAT DENGAN GENG2 TU

  25. Confirm MB Ust.Azizan punya problem.....ini le akibatnya bila 'otak racist'. Dr.Mahathir kata orang Kedah ni "pemalas"...sebab tu tak berubah-ubah dari dulu sampai le sekarang.Peeee la tengok A.Stak....saya ingat ini le bandaraya yang paling kotor kat Malaysia kut.

    ----------------------------------------
    http://www.malaysiakini.com/news/107764

    ADUN DAP Kedah isytihar bebas dan berkecuali
    Jul 3, 09 3:20pm
    Wakil rakyat tunggal DAP di Kedah Lee Guan Aik hari ini mengisytiharkan dirinya sebagai ADUN bebas dan berkecuali dan tidak lagi menjadi penyokong kerajaan PAS Kedah.

    Sebagai ADUN bebas dan berkecuali, katanya, beliau juga tidak akan menyokong BN tetapi sebaliknya hanya menyokong pihak yang benar sahaja.

    Lee, ADUN Kota Darul Aman itu, memberitahu Bernama, pendirian DAP negeri untuk keluar dari pakatan pembangkang Kedah telah dimaklumkan kepada DAP pusat menerusi sepucuk surat dua hari lepas.

    "Bagaimanapun, kita tidak menghantar surat kepada Menteri Besar Kedah (Datuk Seri Azizan Abdul Razak)," katanya kepada Bernama hari ini.

    Katanya DAP negeri sedang menunggu jawapan balas dari DAP pusat mengenai keputusan mereka berundur dari Pakatan Rakyat di negeri tersebut.

    Lee berkata berkata kerajaan negeri pimpinan PAS mungkin tidak sedar bahawa DAP telah memainkan peranan untuk memancing undi kaum Cina menyokong Pakatan Rakyat termasuk memberi undi kepada PAS dalam pilihanraya umum lepas.

    "Kita kesal dengan layanan yang diberikan kepada DAP kerana saya telah naik turun berjumpa menteri besar untuk meminta agar Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS) menangguh operasi meroboh pusat penyembelihan babi itu sementara menunggu keputusan kerajaan negeri meluluskan tapak pusat yang baru", katanya.

    Rabu lalu, DAP Kedah membuat kejutan apabila mengumumkan untuk keluar daripada pakatan pembangkang negeri itu kerana tidak yakin dengan keadilan kerajaan negeri dalam mentadbir negeri.

    Tindakan itu berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri menangani isu merobohkan pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya dekat sini.

    Pengerusi DAP negeri Thomas Su berkata selain Lee yang akan bertindak seperti ADUN bebas, tiga ahli majlis pihak berkuasa tempatan dan 43 ketua komuniti dari DAP negeri ini juga akan meletak jawatan jika DAP pusat bersetuju dengan keputusan mereka.

  26. caya dak, kalau kita katakan bukan pas sahaja yng dirasuk umno, dap dan pkr jugak. kepala2 pas, dap dan pkr memang dari kalangan yang kurang cerdik politik. hangpa tahu tak, umno dok prepare battleground untuk pru13. hangpa sanggup no jadi pakyek umno? jangan hanpa ingat rakyat takdak pilihan... kalau camni, rakyat lagi cerdik daripada hangpa, tahu tak? buang karen je...

  27. DAP memang tak boleh pakai, cina banyak dalam tuu kan. kata parti semua kaum belahlaaaaaaa. Isu rumah babi tu dah lama dah. Saja nak tarik publisiti murahan dengan TV3, RTM , utusan meloya, berita hairan, The ster, semua tuu pengampu kuat.bodek lagi kuat. PAS buat lepas UMNO Beeend tak boleh nak settle rumah babi tuu. Sapa yang ikut sapa lani. tolong bagitau.

  28. DAPdan BArisan Nasionl parti kaum. PAS parti islam kaan nik aziz nak cakap dia nak menteri besar dari kalangan cina muslim. betul tak

  29. kita ni golongan muda jangan sangat terpengaruh dengan media arus perdana check dulu sebelum buat ulasan. DAP cakap macam mana, PAS cakap macam mana.Tapi aku tengok TV3 adun DAP sorang tuu memang bodoh betul, bela penguasa babi bukan rakyat. penguasa babi tuu bapa kerat jee, rakyat lagi banyak

  30. Biar pi la DAP tu nak keluaq. Dia kata PAS tak hormati hak dia, kat PENANG ada ke dia ambik kira pendapat PAS kalau nak buat apa-apa keputusan.

  31. dua kali HARAM

    Bangsal yang beroperasi secara HARAM
    sembelih babi yang HARAM

    (eh Babi dia orang sembelih macam orang Islam sembelih ayam, lembu kambing ke??)
    Kalau depa pun dah pandai sembelih babi, sembelihannya tetap tak boleh makan, HARAM.
    Beruntungnya orang DAP sejak berkawan dengan orang PAS, babi pun dah disembelih sekarang ini. he....he.......

  32. salam

    "Semoga PAS tak tunduk pada DAP,berdiri atas pendirian sendiri, berani mengambil tindakan untuk menegakkan agama dan kebenaran. Jangan jadi mcm PAS kat Perak sudah, dok ikut,mcm lembu dicucuk hidung oleh DAP. yang ni terbalik plak depa punya perjuangan. Semoga PRU 13, PAS terus memimpin kedah."

    "PAS MESTI BERDIRI SENDIRI DI ATAS PRINSIP ISLAM SENDIRI.
    MCM NABI MUHAMMAD, DAH PERNAH BEKERJASAMA DENGAN YAHUDI(NON MUSLIM, BILA MEREKA TERANG2 TAK MAU ISLAM, NABI HALAU DEPA.....MCM TU LA BARU ISLAM ADA MARUAH.......
    PAS NAK IKUT SAPA LAGI KALAU BUKAN NABI DAN SUNNAHNYA..??????????????????????????????????????????????????????????"


    "APA PUN AKU BERSETUJU DENGAN SIKAP TEGAS MB PERAK !!! SETIAP KEPUTUSAN YG DI BUAT TIDAK AKAN MENYENANG KAN HATI SEMUA PIHAK !!!"


    "aku hanya berdoa pas berubah haluan tanpa menyertai pakatan atau UG.pas mesti jadi pas dulu.kalau menang biarlah diberkati oleh Allah.Kita tidak mahu menang dengan meminggirkan prisip islam yang dimurkai oleh Allah.PAS KELUARLAH PAKATAN..YAKINLAH PADA DIRI SENDIRI DAN JANGAN MELUKUT TEPI GANTANG "

    AKU SOKONG PANDANGAN DI ATAS NI.

    KUTUT

  33. Itulah Politik.,aku tak sangka Mat CikNai yang jadi tok dalang umno kedah berjaya pekena Azizan dengan D.A.P,aku pi tengok tempat potong babi tu dalam kawasan perumahan..Tak Sesuai LANGSONG...Komplain kepada MBAS juga datang dari penduduk cina tempat itu yang tak tahan dengan bau busuk babi tu,manakala air dari tempat potong itu terus dialirkan ke sungai Kedah betol2 dibelakang masjid ZAHIR alor setar.DAP telah terpedaya dengan helah MCA kerana cuba jadi HERO dalam kes ini.....Tauke aaaar lu dendili pigi check maa sebulom lu mau go head ke atau lu mau gostan ke? lain kali aaaa wa kasi itu penyapu itu dulu toyo punya anak.

  34. wahai ahlul pas sekalian........wahai muslimin@muslimat sekalian.....sedarlah,
    kita kena bersatu, bersatu di dalam perkara-perkara menegak kebenaran, kenapa Dap kedah menjadi hero BABI, kerana mereka tau ini isu sensitif yang melibatkan kaum cina.agama depa tak dak suruh makan babi pun lah, agama depa benarkan makan apa saja, tapi ini isu yang mereka boleh guna, mereka bersatu, kaum muslimin tak mau bersatu apabila timbul kepentingan agama sendiri.jadilah muslimin tu keliru semuanya, berpakat salah, bersendiri salah, serba salah, kaum muslimin mesti ada maruah, mesti kembali kepada alquran dan al hadis.

    berkata imam khomeini :
    kita jangan berbuat zalim dan kita juga jangan rela dizalimi.ambil iktibar....
    al-manar

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008