Sedap!! Klik gambar di atas!

Gelombang kebencian baru terhadap BN

Saya baru balik dari beberapa tempat. Selepas itu, biasalah, pi minum teh tarik. Saya minum teh tarik di restoran Mamak. Kebanyakan pelanggannya Melayu.

Oleh kerana saya seorang sahaja, saya hanya mendengar orang lain bersembang. Dah bersembang di kedai kopi, macam-macam perkara dibualkan. Tetapi yang paling menarik hati ialah perbualan mengenai terbunuhnya Teo Beng Hock within SPRM vicinity and under SPRM custody 16 Julai lalu.

Saya mendengar maki hamun terhadap SPRM, carut capai dan pelbagai kata nista yang lain. Nak sebut lagi, mereka orang Melayu.

Sebelum itu, di beberapa tempat lain, saya sempat berbual dengan beberapa orang yang sudah tentulah saya kenal. Mereka kesal, mengecam dan mengutuk. Maki dan carut dah tentu la ada.

Saya kata kepada mereka, ramai yang mahu Datuk Seri Najib Tun Razak dipertanggungjawabkan. Saya nyatakan kepada mereka bahawa ada orang memberitahu saya, template yang sebelum ini digunakan di Perak sedang dicuba di Selangor. Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Perak jatuh berkat kerja kuat SPRM atau BPR pada masa itu.

Saya tak cuba nak kata apa yang saya temui mewakili semua atau ia merupakan satu sampling. Tetapi, saya dapat rasakan bahawa gelombang kebencian baru terhadap BN semakin bengis dan garang.

Saya juga bersembang dengan seorang pegawai kerajaan. Dia kata, kakitangan kerajaan yang diminta kerjasama atau keterangan mereka berkaitan kes rasuah atau penyelewengan lebih suka pergi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK). "Dia orang tanya, dia orang siasat, kalau tak salah, tak salahlah. Kalau salah, nasiblah kalau ada kes against you".

Beliau mendakwa sejak diluluskan Akta SPRM, para pegawai SPRM berlagak sungguh. "Harsh interrogation," katanya.

Mana saya tahu. Saya hanya disiasat JSJK. Memang ada pegawai yang kata nak pukul saya. Dalam takut saya jawab, "Kalau hang pukui, aku tulis". Selepas itu saya mengungkit-ungkit, hampa tak sedaq ka apa BPR buat kat hampa?! Saya berdegil tak nak tarik posting bertajuk "Kenapa tak usik Raja Petra?" kecuali logo yang orang bubuh gambar anjing yang saya copy and paste tu.

Tetapi selepas lama bersembang dengannya, saya dok rasa pegawai itu saja nak gempaq ja. Saya bersalaman dengannya selepas itu. Masa nak balik pun, saya ucapkan salam kepadanya.

Ketika cepat-cepat cabut balik selepas dilepaskan (tak la pulak aku nak tidoq dulu kat JSJK tu), saya membuat kesimpulan dalam hati, "depa ni (JSJK) tak la kurang ajaq". Tak perlu kongsi pendapat saya kalau tak setuju.

Walaupun pi sembang sana-sini tadi, kiranya agak tak bernasib baik jugak hari ini kerana saya tak jumpa kawan-kawan yang meyebelahi Umno. Saya mahu mendengar cerita mereka. Sekukuh manakah teori yang mengaitkan para pemimpin DAP yang dikaitkan dengan jenayah kongsi gelap terlibat dalam pembunuhan Teoh. Dan, mengapakah kawan-kawan dalam Umno tu angin satu badan bila Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mencadangkan suruhanjaya diraja?

Kepada saya, kalau kita tak bersalah dan tak ada apa yang nak disembunyikan, tubuh pi la menatang apa pun!
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Salam Pak Bakar,
    Tukar colour nampak. Dulu merah. Ni, biru pulak.

  2. BEIRUT, July 18 – Malaysian Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi revealed yesterday that he met with Israeli Prime Minister Benjamin Netanyahu in France last month and explained Malaysia’s stand on the West Asian issue.

    Stressing that it was at Netanyahu’s request, he said the Israeli leader had agreed to the conditions that he (Zahid) had insisted on prior to the meeting, which was held during the Paris Air Show.

    “I said that if he wanted to have a meeting with me, he should not bring along any Israeli aide or photographer and he should not indulge in double standards, and he agreed,” Dr Ahmad Zahid told Malaysian reporters here. He is on a six-day visit to Lebanon.

    THE OPPRESSED PEOPLE SAID:
    The only way Zahid Hamidi could have proven that he is standing on the side of the oppressed Arabs and Palestinians living in Gaza, in the West Bank, in Jerusalem, in Jordan, in Lebanon, at the Syria-Iraq border and in the broader muslim world is by NOT meeting with Netanyahu.

    The oppressed Arabs and Palestinians do not see a peace partner in Netanyahu so it is puzzling that Zahid Hamidi can even think of meeting with that man.

    Did Zahid Hamidi shake the hand of a muslim-killer?

    Zolgoji, BUkit Bandaraya Shah Alam.

  3. As-Salam Bro,..uish,..dasyat keadaan lani ekk,..betui ka apa hang kata ni bro,..heheh,..apo nak dikato,.. gue doakan semoga Allah buka pintu hati hang untuk menilai yg baik dan buruk bro,..heheh,..wat else can I say,..(,")

  4. Zahid hamidi ini memang terkenal dgn kaki bodek dan pengampu,bukan pejuang islam dan melayu..zaman Pak lah dialah yg lebih2 hal hadari....ini manusia opertunis dan kaki duit dan rasuah politik dlm UMNO...berjuang menjaga kepentingan diri dan duit saja ....takut2 dah ada deal ..jadi ........tauke dia dulu ejen usa n zeonis ,,,rasa2nya sapa yg atur netayahu jumpa dia ni....dan apa kapasiti zahid nak jumpa Pembunuh saudara islam palestin......

  5. time ni laa mau ada satu PRK ...

  6. Lain kali soal siasat oleh polis atau SPRM mest dipantau oleh peguam yang bertindak menjaga hak dan kselamatan pihak yang terbabit, kalau tak terpaksa la siapkan kain kapan awal awal takut mati tak bersebab pulak nanti.

    Tapi jangan pulak peguam yang mati dulu payah payah...

  7. Saya pun pernah beri keterangan kat JSJK ni pasal saya kena tipu dengan penyangak bekas majistret, kes saya lapor dah nak masuk tiga tahun tapi tak selesai-selesai juga, bila kita telefon tak dapat cari suspect ade ke kita pulak yang disuruh untuk mencari suspect. Sabar katanya tapi sampai bila boleh sabar. Pak bakaq minta tolong hebahkan website. www.azharceopenipu.blogspot.com supaya takda mangsa lain lagi

  8. cucupakkasim
    betul la best kalau ada 1 PRK time ni..
    pastu kat kerusi BN ke kubu kuat depa ke..
    pastu BN kalah lagi..

    waa..ni lagi best dari tengok mesia kalah tipis ngan MU ptg td..

  9. dulu merah sekarang biru, dulu kes perempuan sekarang kes lelaki...
    apa sudah cerita sekarang lu fikirlah sendiri ..

  10. Siasat lah betul kenapa seluar dekat buntut terkoyak. I
    ni mesti ada gangster yang tolak. Teo ini mesti satu orang yang banyak simpan maklumat penyelewengan pemimpin DAP selangor. Maklumat penyelewngan telah mula diketahi SPRM.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008