Sedap!! Klik gambar di atas!

Food security Malaysia di tangan Hong Kong?

Cerita Umno curi beras berlalu begitu sahaja. Tidak ada sesiapa didakwa kerana menuduh Umno curi beras. Penafian pun tak ada.

Hari ini, bukan takat cerita curi beras. Food security tak ada ertinya lagi dan sedang direntap dari rakyat negara ini ketika Umno sedang mencengkam kuasa.

Lebih kurang food security lagu ni: Tau dak pasai apa Vietnam tak kalah berperang dengan Amerika Syarikat pada tahun enam puluhan dulu? Ada orang kata sebab dia ada cukup beras. Ada cukup beras, ada cukup makan. Ada cukup makan, ada cukup tenaga nak berlawan. Begitu penjelasan cara orang kampung.

Kalau beras Hong Kong yang kontrol, lagu mana?

Reuters melaporkan:
A private Hong Kong investment firm Wang Tak Co Ltd has emerged as the single largest shareholder in Malaysian rice monopoly Padiberas Nasional Bhd (Bernas), holding 31.3 percent, according to stock exchange documents.
Sebagai penyedap hati, Berita Harian hari ini sekadar mempercayai bahawa Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary masih menguasai pegangan majoriti Bernas, iaitu 36.81 peratus menerusi Budaya Generasi dan Serba Etika.

Apa yang membimbangkan, Wang Tak hanya memerlukan dua peratus lagi untuk membeli keseluruhan pegangan dalam Bernas.

Bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Salleh Majid berkata, jika mana-mana pemegang saham tunggal syarikat itu meningkatkan pegangan melebihi 33 peratus, maka ia boleh membuat tawaran am mandatori (MGO) untuk membeli keseluruhan pegangan dalam syarikat berkenaan.

Berkaitan:
Firma HK kuasai 31 peratus Bernas
Penguasaan pelabur tempatan dalam syarikat beras negara merosot

Berita Harian (29/7/09): Firma pelaburan berpangkalan di Hong Kong, Wang Tak Co Ltd, kini muncul pemegang saham tunggal terbesar dalam syarikat strategik pembekalan beras negara, Padiberas Nasional Bhd (Bernas).

Berdasarkan pengumuman urus niaga pemegang saham utama Bernas di Bursa Malaysia, kelmarin, Wang Tak menguasai 147.51 juta saham atau 31.36 peratus daripada keseluruhan 470.402 juta saham Bernas.

Peratusan itu mengatasi pemegang saham tunggal terbesar Bernas sebelum ini, iaitu Budaya Generasi (M) Sdn Bhd yang hanya menguasai 144.83 juta saham atau 30.79 peratus.

Penguasaan langsung Serba Etika Sdn Bhd, iaitu pemegang saham ketiga terbesar Bernas, pula susut daripada 29.829 juta saham atau 6.39 peratus pada 22 April lalu kepada 28.329 saham atau 6.02 peratus ketika ini.

Pada masa sama, penguasaan langsung pemegang saham keempat terbesar Bernas, Lembaga Tabung Haji, susut daripada 29.337 juta saham atau 6.24 peratus pada 22 April lalu kepada 28.726 juta saham atau 6.11 peratus ketika ini.

Bagaimanapun, ahli perniagaan terkemuka, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, dipercayai masih menguasai pegangan majoriti Bernas, iaitu 36.81 peratus menerusi Budaya Generasi dan Serba Etika.

Bernas, iaitu syarikat strategik yang memonopoli aktiviti pengimportan dan pembekalan beras di negara ini, ditubuhkan pada 1994 berikutan pengkorporatan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) dan disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia pada Ogos 1997.

Penubuhan Bernas adalah untuk meningkatkan kecekapan dalam pemprosesan dan pemasaran beras dalam negara.

Menerusi penubuhan Bernas, beberapa kaedah diperkenalkan termasuk sistem pukal, pengwujudan pusat belian dan gudang beras serta pemasangan tambahan mesin pembersihan dan pembungkusan beras di beberapa kompleks miliknya.

Difahamkan, kumpulan Wang Tak membeli saham Bernas di pasaran terbuka secara berperingkat sehingga pemilikannya dalam syarikat itu meningkat daripada antara empat dan lima peratus pada 2003 kepada melebihi 30 peratus sekarang.

Wang Tak dimiliki kumpulan Lee Hing Development Ltd, iaitu sebuah syarikat pegangan pelaburan Hong Kong. Pengarah Eksekutif IGB Corporation Bhd, Tan Boon Seng adalah Pengerusi dan Pengarah Urusannya.

Sementara itu, Ahli Ekonomi Kanan Bank Islam Malaysia Bhd, Azrul Azwar Ahmad Tajudin, ketika dihubungi Berita Harian semalam berkata walaupun syarikat Hong Kong itu dikategorikan sebagai pelabur pasif dalam Bernas, namun sebagai syarikat pelaburan sudah tentu hasratnya adalah untuk menjana keuntungan.

Felo Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Datuk Muhammad Salleh Majid, pula berkata aktiviti jual beli saham Bernas wajar diberi perhatian, terutama berhubung urus niaga pemegang saham utamanya bagi mengelak syarikat strategik itu dikuasai pelabur asing,

"Pemegang saham utama tempatan dalam Bernas seharusnya tidak menjual saham di pasaran terbuka. Adalah lebih baik ia dilaksanakan di luar pasaran, iaitu menerusi rundingan jual beli dengan pelabur tempatan," katanya.

Menurut bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur itu, jika mana-mana pemegang saham tunggal syarikat itu meningkatkan pegangan melebihi 33 peratus, maka ia boleh membuat tawaran am mandatori (MGO) untuk membeli keseluruhan pegangan dalam syarikat berkenaan.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. SALAM TO ALL

    Hidup umno ! Hidup Najib ! satu malaysia ! UMNO penyelamat bangsa dan ummah !!

  2. Rayuan Jenayah No: 05-6-2003 (W)
    “We find evidence to confirm that the appellants were involved in homosexual activities”….Federal Court

    GUESS WHO ?

    YOUR GUESS AS GOOD AS MINE

    YOU KNOW SEVENTEEN AND YOU KNOW WHO I MEANT…..

  3. SATU LAGI KEJAYAAN BARISAN NASIAONAL... HIDUP BEE END

    -Zackry

  4. Nak spin cerita lagi orang tua ni. Syed Mokhtar Al-Buhary + Tabung Haji = 60% pegangan. Tak pandai kira matematik ke?

  5. Org mcm anon no 3 dlm posting Pak Bakaq bertajuk 'Pergi Jahanamlah UMNO' mana paham benda-benda macam ni. Byk manusia atas dunia ni yg simple minded.
    MUS.

  6. Padan muka Aku rakyat Malaysia. Sungguh malang nasib bangsaku yg PMnya dok cakap merakyatkan Malaysia sampai makanan utama rakyat tergadai. Mampus umno.

  7. melukut di tepi gantang lah rakyat malaysia tak lama lagi..!!

  8. Tak lama kita kena mintak sedekah dengan Hong Kong la kalau harga beras naik. Depa ni tak peduli barangan asasi pun nak di niaga ikut pasaran semasa. Pakat tanam padi huma la lepas ni kot atau padi atas atap...ha ha idea si badut Kedah...akai anak beranak pendek.

    Jonbon

  9. Pengarah2 BERNAS ni kena kerajaan siasat. Tak boleh harap. Bukan saja depa tak boleh jaga kepentingan pekilang dan pemborong beras bumiputra, syarikat yang diamanah kepada depa pun depa jual pada orang asing. Ikut aku depa2 ni adalah suku sakat UMNO dan depa adalah pengkhianat negara kita.

  10. bukan takat kotiaw, mi, bihun, beras pun dah pi kat cina.. melayu dok wat pa tak tau?


    aukauk88.

  11. bangsa umno kata tak apa pemimpin kita pandai buat kerja, hehehe.

  12. fuh..

    anony 4 lagi cerdik drpd Datuk Salleh Majid. patut dia jadi Presiden BSKL !!
    berita hairan interbiu silap orang lar..

    'SATU LAGI PROJEK BARISAN NASIYONAL'

    Hanya UMNO lah mampu memerintah !
    Hanya UMNO lah membawa kemajuan !
    Hanya UMNO lah membela melayu dan rakyat !

    1Malaysia...padan muka !

  13. Kenapa mesti ada monopoly bisness beras ??? Setiap monopoly adalah menzalimi rakyat. Monopoly dalam bentok lesen segaja di lakukan oleh UMNO/BN. Tujuan untok keuntongan kroni secara Kapitalis. Di Amerika dan Barat monopoly di haramkan, sebab rakyat di persugut dengan harga keterlaluan. Ini semua adalah root cause keburokan monopoly dalam sistem Kapitalis.Makin lama monopoly beras di tangan Bernas makin naik harga beras.

    Remedy/penyelesaian.: Monopoly beras oleh Bernas perlu di hapuskan. Pengswastaan beras perlu di hapuskan. Ko-operasi patut di galakkan ataupun Nationalisekan Bernas.

    Waima jika kerajaan engan menghapuskan monopoly beras,adalah tanggung jawab kita untok ..HARTAL/BOIKOT Bernas, dengan cara makan capati. ataupun tanam beras sendiri.

    Baca lagi rencana "Revolusi pt4: Hartal=Boikot" di...

    http://warongpakyeh.blogspot.com

  14. Inilah rupanya Globalisasi dan Libralisasi !!!
    Untok UMNO/BN jual asset Malaysia kapada negara luar rupanya.
    Mampoihlah Melayu! Mampuihlah Malaysia ! Dah kena jual kat Cina dan negara2 asing.
    UMNO dah bankrupt dan sedang jual aset2 Malaysia kapada negara2 asing atas dasar Globalisasi dan Liberalisasi!!!

    Ayoh kita Revolusi !!!

    http://warongpakyeh.blogspot.com

  15. pak bakaq,

    inilah contoh ketuanan melayu cara amno hikhikhik

    cik anon #4,

    ek eleh kau pi belajar pasal pegangan saham dlam syarikat dan take over dulu. pas kau dah cerdik sikit baru cakap pasal spin hikhikhik

  16. Anon 12 dan paloibinmulai,

    Kau tak reti baca ke? boleh buat MGO tak semestinya dapat beli Bernas. Nampak sangat dua-dua dah tua tapi tak tahu macam mana serangan waktu subuh untuk ambil-alih Sime Darby dari British oleh kerajaan Malaysia.

    Berita Harian punya berita tu untuk peringatan, jadi kenalah buat apa yang patut. Bukannya dok mengkritik macam hangpa.

    Nak harap hangpa dua orang tolong beli saham Bernas? Akaun CDS pun tak ada. Alahai.

    anon4

  17. syabas kepada pengundi UMNO..

  18. Anon no.4 memang cerdik. ke ke ke ... dia campur pegangan Syed Mokhtar dgn Tabung Haji. Memang cerdik. Dia ingat kira matematik sama dgn urusniaga saham.Sama cerdik dgn anon no. 3 dlm posting Pak Bakaq bertajuk 'Pergi Jahanamlah UMNO'.
    Dari anon no. 5, MUS.

  19. M C Gay Gay.

  20. Bernas perjelaskan kedudukannya tidak terjejas kerana ia syarikat senaraian awam dan tertakluk kepada terma - terma dan ketetapan Bursa Malaysia Berhad.

  21. Kami tak makan beras Bernas ni kerana harganya mahai. Selalu nak naik je. Kanji pun banyak. Takut kilang gula dalam badan rosak.

  22. 2 thn lepas dh dibuat pendedahan dlm husammusa.com tp xde org ambik kisah pun....lps tu masa tu Said Mokhtar dh buat pengumuman nak dispose dia punya pegangan dlm serba etika..

  23. kita kekalkan kerajaan yang ada semoga kita berjaya makan ubi aje... kehkehkeh..

  24. mungkin ini cara kongsi gelap Malaysia membayar ufti kepada kongsi gelap Hong Kong. :P

  25. A'kum semua,

    KERAjaan bagitau nak beli balik separuh dari saham TAIKUN Hong Kong tu untuk menutup kemaluan la tu, tapi konfirm TAIKUN tu hentam harga gila-gila sebab tau KERAjaan dah terdesak. Macam yang dah terjadi kat saham PANTAI yang dibeli oleh TEMASEK. Duit RAKYAT juga dibelanjakan disebabkan kebodohan PEMIMPIN um-NO.

    -Zackry

  26. aku nak tanya - betul ke taikon tu punya kerja - atau pemegang saham malaysia pi pakat ngan taikon tu - bila dapat duit dengan tekanan harga yang melambung - depa "perait" ikut perjanjian pintu belakang.
    puak umno ni bukan boleh pecaya sangat - dulu - kes BMF - pakat sama sama perait ngheta BBMB - akhirnya duit rakyat lingkup 2.5 billion (zaman itu) untuk bagi china hongkong ngan pemimpin umno dan pegarah BMF hongkong - depa perait sama sama.

    anon 4 - memang pakar matematik - tapi malaysia kena jual kalu jadi ketua bskl.

    kes pantai holding - kes pos malaysia - kes syarikat komunikasi - yang jatuh kat temasek tu apa cerita - berapa khairy untung ????? ada sapa tau ape cerita ????

  27. Tahun lepas Termasik kerugian RM 40 billion hangus.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008