
Kali terakhir PAS menang pilihan raya kecil di Kelantan ialah dalam pilihan raya Pulai Chondong pada 7 Januari 1997.
Calon PAS, Zulkefli Mamat memperolehi 4,778 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Yusoff Hamzah yang mendapat 4,660 undi. Menang dengan majoriti tipis sebanyak 118 undi sahaja. Kira-kira kira-kira 75.43 peratus pengundi keluar mengundi.
Sama seperti calon yang dikemukakan dalam pilihan raya kecil Manek Urai semalam, BN pada masa itu juga mengemukakan yang terbaik dan hebat di mata rakyat.
Yusoff adalah bekas Timbalan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar). Bagaimanapun, PAS mengemukakan calon yang tidak dihina pekerjaannya.
Zulkefli adalah bekas pensyarah Institut Teknologi Mara (ITM) Kelantan.
Pulai Chondong adalah kubu tradisi BN sejak 1959 sehinggalah dikuasai Parti Semangat 46 pada pilihan raya umum 1990.
Selepas itu, dalam pilihan raya kecil Semerak pada 11 Ogos 1997, PAS kalah lagi. Calon BN, Datuk Kamaruddin Mohd Noor menewaskan calon PAS, Wan Fauzi Wan Hussain.
Kamaruddin berjaya mendapat 5,370 undi untuk meraih majoriti 778 undi menewaskan Wan Fauzi yang mendapat 4592 undi. Pilihan raya tersebut memperlihatkan jumlah keluar mengundi terbesar di dalam sejarah pilihan raya di negara sejak pilihan raya pertama diadakan, iaitu 82.42 peratus daripada 12,342 orang pengundi.
Kekalahan PAS dalam pilihan raya kecil di Kelantan berulang lagi dalam pilihan raya kecil Pengkalan Pasir 6 Disember 2005. Dalam pilihan raya tersebut, calon PAS Hanifa Ahmad hanya mendapat 7,290 undi dan tewas kepada calon BN, Hanafi Mamat yang mendapat 7,419 undi. Majoriti yang diperolehi oleh Hanafi ialah 129 undi.
Dalam pilihan raya itu, calon yang dianggap boleh menang bila-bila masa di Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali hanya mendapat 414 undi sahaja dan hilang wang pertaruhan. Ibrahim adalah antara hulubalang utama Umno dalam pilihan raya kecil Manek Urai baru-baru ini.
Sama seperti yang berlaku dalam pilihan raya kecil Pulai Chondong, calon PAS dalam pilihan raya Semerak dan Pengkalan Pasir tidak dihina pekerjaannya.
Berbeza dengan ketiga-tiga calon PAS dalam pilihan raya kecil di Kelantan itu, calon PAS dalam pilihan raya kecil Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah terpaksa berhadapan dengan ayat-ayat cela terhadap pekerjaannya sebagai peraih ikan (peraih ikan adalah istilah yang digunakan untuk pemborong ikan di Kelantan).
Perkataan seperti bahaya dan terseleweng digunakan untuk menolak Fauzi. Pada 28 Jun lalu, Malaysiakini melaporkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata:
Selepas itu, pada 2 Julai, Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan menggambarkan PAS memperlekehkan mentaliti penduduk Manek Urai kerana memilih pemborong ikan sebagai calon.
Pada 6 Julai pula, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata, berkata calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat, adalah bekas seorang pegawai Kesedar, manakala lawannya Mohd Fauzi Abdullah dari Pas adalah seorang pemborong ikan.
Di samping bersikap sinis terhadap pekerjaan Fauzi, Umno terus meratib-ratib bahawa mereka meletakkan calon terbaik. Diriuh-rendahkan bahawa Tuan Aziz adalah Pengurus Pemantauan dan Penyelarasan Program Kesedar. Bingitlah Manek Urai dan satu Malaysia dengan tayangan kehebatan Tuan Aziz yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi dari Universiti Teknologi Malaysia.
Mereka fikir penghinaan itu dihempuk ke atas kepala Fauzi sahaja. Mereka tidak sedar ramai yang merasa terhina termasuk aku yang tak mengaji ni. Awat? Mentang-mentang aku ni tak dak pelajaran, hampa ingat hampa boleh pedajai aku dengan ayat demi ayat yang sarkastik tu?
Berapa pun majoriti yang diperolehi Fauzi yang dihina pekerjaannya, ia tetap mengalahkan Tuan Aziz yang terbaik serta hebat dari segi kelulusan dan pengalaman.
Setelah PAS Kelantan tidak pernah menang pilihan raya kecil di negeri itu sejak kira-kira 12 tahun lalu, akhirnya ia menang juga. Lantak pi lah majoriti seciput mana pun. Dulu kalah sekarang menang.
Umno mungkin melihat majoriti PAS yang dikurangkan itu sebagai petanda akan bersinarnya cahaya di hujung lubang gelap. Tak kisah. Silakan berpesta.
Bagi orang-orang tak mengaji seperti saya, kekalahan BN di Manek Urai memperlihatkan permulaan kehancuran kepercayaan yang dibagakkan oleh Umno selama ini. Orang-orang Umno sebelum ini selalu berkata, kalau kami letak kayu sekalipun, BN tetap menang. Begitu tebal kepercayaan itu di dalam jiwa mereka.
Kali ini, calon terbaik Umno tumpas di kaki seorang pak lebai kampung yang dihina pekerjaan halalnya.
Lebih baik jual ikan dari jual maruah Melayu! (Gambar di atas ihsan Harakahdaily)
Berkaitan:
BN terus ditolak rakyat, PAS perlu kaji menang tipis (Harakahdaily 15/7/09)
Pengundi Manik Urai tetap pilih pemerintahan Islam (Harakahdaily 15/7/09)
Terpengaruh janji manis BN, dakwa wujud politik wang (Harakahdaily 15/7/09)
Kenapa PAS umum menang 2,000 undi? (Malaysiakini 15/7/09)
Pengundi muda MU tolak PAS (Malaysiakini 15/7/09)
Najib: Kita belum lepasi ujian... (Malaysiakini 14/7/09)
Husam: PAS hampir tewas kerana politik wang (Malaysiakini 14/7/09)
Satu kejayaan terbesar BN (Malaysiakini 14/7/09)
PAS menang nyawa-nyawa ikan (Malaysiakini 14/7/09)
PAS: 'Kita sudah menang 2,000 undi' (Malaysiakini 14/7/09)
Penyokong PAS ditahan polis, disyaki cederakan Puteri (Malaysiakini 14/7/09)
Pengundian dijangka melebihi 85% (Malaysiakini 14/7/09)
Ramai beratur ambil wang di MU (Malaysiakini 14/7/09)
BN-PAS bergaduh, lima tercedera (Malaysiakini 14/7/09)
Kit Siang warns of darkness, Najib sees bright lights (Malaysiakini 15/7/09)
Pakatan leader: A win still a win (Malaysiakini 15/7/09)
Civil war within PAS appears inevitable (Malaysiakini 15/7/09)
Manek Urai: PAS wins by 65 votes (Malaysiakini 14/7/09)
Najib's star shines amid near eclipse for PAS (Malaysiakini 14/7/09)
Rocks, Puteri Umno teeth go flying (Malaysiakini 14/7/09)
'Vote buying': RM300 'transport allowance' (Malaysiakini 14/7/09)
Manek Urai: 87.3 percent voter turnout (Malaysiakini 14/7/09)
Manek Urai mengingatkan PAS jangan bangga diri (Malaysian Insider 15/7/09)
Jentera BN terkejut majoriti PAS hanya 65 undi (Malaysian Insider 15/7/09)
Ada ahli Umno ‘cah keting’ di Manek Urai (Malaysian Insider 15/7/09)
Kemenangan tipis dalam pilihan raya aman (Malaysian Insider 14/7/09)
Lebih 85 peratus pengundi di Manek Urai (Malaysian Insider 14/7/09)
Royalti terus bergegar di Manek Urai (Malaysian Insider 12/7/09)
In Manek Urai, PAS was the great pretender (Malaysian Insider 15/7/09)
PAS wins by 65 votes (Malaysian Insider 14/7/09)
Manek Urai: PAS barely scrape past full BN might (Malaysian Insider 14/7/09)
Mustapa claims narrow defeat is moral victory for BN (Malaysian Insider 14/7/09)
BN tells EC to tighten supervision at polling stations (Malaysian Insider 14/7/09)
PAS supporter arrested in stone-throwing incident (Malaysian Insider 14/7/09)
PAS's slim victory in Manik Urai (The Nut Graph 15/7/09)
PAS scrapes through in Manik Urai (The Nut Graph 14/7/09)
Polling in Manik Urai (The Nut Graph 14/7/09)
Polling closes in Manik Urai (The Nut Graph 14/7/09)
Status quo in Manik Urai (The Nut Graph 14/7/09)
Sensationalist reporting in Manik Urai! (The Nut Graph 14/7/09)
Manik Urai and its many lessons (Malay Mail 15/7/09)
Rakyat masih mahukan Pas
Calon PAS, Zulkefli Mamat memperolehi 4,778 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Yusoff Hamzah yang mendapat 4,660 undi. Menang dengan majoriti tipis sebanyak 118 undi sahaja. Kira-kira kira-kira 75.43 peratus pengundi keluar mengundi.
Sama seperti calon yang dikemukakan dalam pilihan raya kecil Manek Urai semalam, BN pada masa itu juga mengemukakan yang terbaik dan hebat di mata rakyat.
Yusoff adalah bekas Timbalan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar). Bagaimanapun, PAS mengemukakan calon yang tidak dihina pekerjaannya.
Zulkefli adalah bekas pensyarah Institut Teknologi Mara (ITM) Kelantan.
Pulai Chondong adalah kubu tradisi BN sejak 1959 sehinggalah dikuasai Parti Semangat 46 pada pilihan raya umum 1990.
Selepas itu, dalam pilihan raya kecil Semerak pada 11 Ogos 1997, PAS kalah lagi. Calon BN, Datuk Kamaruddin Mohd Noor menewaskan calon PAS, Wan Fauzi Wan Hussain.
Kamaruddin berjaya mendapat 5,370 undi untuk meraih majoriti 778 undi menewaskan Wan Fauzi yang mendapat 4592 undi. Pilihan raya tersebut memperlihatkan jumlah keluar mengundi terbesar di dalam sejarah pilihan raya di negara sejak pilihan raya pertama diadakan, iaitu 82.42 peratus daripada 12,342 orang pengundi.
Kekalahan PAS dalam pilihan raya kecil di Kelantan berulang lagi dalam pilihan raya kecil Pengkalan Pasir 6 Disember 2005. Dalam pilihan raya tersebut, calon PAS Hanifa Ahmad hanya mendapat 7,290 undi dan tewas kepada calon BN, Hanafi Mamat yang mendapat 7,419 undi. Majoriti yang diperolehi oleh Hanafi ialah 129 undi.
Dalam pilihan raya itu, calon yang dianggap boleh menang bila-bila masa di Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali hanya mendapat 414 undi sahaja dan hilang wang pertaruhan. Ibrahim adalah antara hulubalang utama Umno dalam pilihan raya kecil Manek Urai baru-baru ini.
Sama seperti yang berlaku dalam pilihan raya kecil Pulai Chondong, calon PAS dalam pilihan raya Semerak dan Pengkalan Pasir tidak dihina pekerjaannya.
Berbeza dengan ketiga-tiga calon PAS dalam pilihan raya kecil di Kelantan itu, calon PAS dalam pilihan raya kecil Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah terpaksa berhadapan dengan ayat-ayat cela terhadap pekerjaannya sebagai peraih ikan (peraih ikan adalah istilah yang digunakan untuk pemborong ikan di Kelantan).Perkataan seperti bahaya dan terseleweng digunakan untuk menolak Fauzi. Pada 28 Jun lalu, Malaysiakini melaporkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata:
"Calon kita nak bela umat Islam dan bawa obor perpaduan. Beliau seorang yang berpengalaman, ada rekod kerja yang baik di sini, bukan seorang penjual ikan, dan berkelulusan tinggi".Kenyataan itu tanpa berselindung menggambarkan bahawa memilih penjual ikan yang tidak berkelulusan tinggi mengundang bahaya kerana "mungkin dia terseleweng".
"Penting untuk pilih calon yang berilmu kerana dialah yang nak bimbing masyarakat di sini, tak ada ilmu bahaya kerana mungkin dia terseleweng".
Selepas itu, pada 2 Julai, Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan menggambarkan PAS memperlekehkan mentaliti penduduk Manek Urai kerana memilih pemborong ikan sebagai calon.
Pada 6 Julai pula, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata, berkata calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat, adalah bekas seorang pegawai Kesedar, manakala lawannya Mohd Fauzi Abdullah dari Pas adalah seorang pemborong ikan.
Di samping bersikap sinis terhadap pekerjaan Fauzi, Umno terus meratib-ratib bahawa mereka meletakkan calon terbaik. Diriuh-rendahkan bahawa Tuan Aziz adalah Pengurus Pemantauan dan Penyelarasan Program Kesedar. Bingitlah Manek Urai dan satu Malaysia dengan tayangan kehebatan Tuan Aziz yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi dari Universiti Teknologi Malaysia.
Mereka fikir penghinaan itu dihempuk ke atas kepala Fauzi sahaja. Mereka tidak sedar ramai yang merasa terhina termasuk aku yang tak mengaji ni. Awat? Mentang-mentang aku ni tak dak pelajaran, hampa ingat hampa boleh pedajai aku dengan ayat demi ayat yang sarkastik tu?
Berapa pun majoriti yang diperolehi Fauzi yang dihina pekerjaannya, ia tetap mengalahkan Tuan Aziz yang terbaik serta hebat dari segi kelulusan dan pengalaman.
Setelah PAS Kelantan tidak pernah menang pilihan raya kecil di negeri itu sejak kira-kira 12 tahun lalu, akhirnya ia menang juga. Lantak pi lah majoriti seciput mana pun. Dulu kalah sekarang menang.
Umno mungkin melihat majoriti PAS yang dikurangkan itu sebagai petanda akan bersinarnya cahaya di hujung lubang gelap. Tak kisah. Silakan berpesta.
Bagi orang-orang tak mengaji seperti saya, kekalahan BN di Manek Urai memperlihatkan permulaan kehancuran kepercayaan yang dibagakkan oleh Umno selama ini. Orang-orang Umno sebelum ini selalu berkata, kalau kami letak kayu sekalipun, BN tetap menang. Begitu tebal kepercayaan itu di dalam jiwa mereka.
Kali ini, calon terbaik Umno tumpas di kaki seorang pak lebai kampung yang dihina pekerjaan halalnya.
Lebih baik jual ikan dari jual maruah Melayu! (Gambar di atas ihsan Harakahdaily)
Berkaitan:BN terus ditolak rakyat, PAS perlu kaji menang tipis (Harakahdaily 15/7/09)
Pengundi Manik Urai tetap pilih pemerintahan Islam (Harakahdaily 15/7/09)
Terpengaruh janji manis BN, dakwa wujud politik wang (Harakahdaily 15/7/09)
Kenapa PAS umum menang 2,000 undi? (Malaysiakini 15/7/09)
Pengundi muda MU tolak PAS (Malaysiakini 15/7/09)
Najib: Kita belum lepasi ujian... (Malaysiakini 14/7/09)
Husam: PAS hampir tewas kerana politik wang (Malaysiakini 14/7/09)
Satu kejayaan terbesar BN (Malaysiakini 14/7/09)
PAS menang nyawa-nyawa ikan (Malaysiakini 14/7/09)
PAS: 'Kita sudah menang 2,000 undi' (Malaysiakini 14/7/09)
Penyokong PAS ditahan polis, disyaki cederakan Puteri (Malaysiakini 14/7/09)
Pengundian dijangka melebihi 85% (Malaysiakini 14/7/09)
Ramai beratur ambil wang di MU (Malaysiakini 14/7/09)
BN-PAS bergaduh, lima tercedera (Malaysiakini 14/7/09)
Kit Siang warns of darkness, Najib sees bright lights (Malaysiakini 15/7/09)
Pakatan leader: A win still a win (Malaysiakini 15/7/09)
Civil war within PAS appears inevitable (Malaysiakini 15/7/09)
Manek Urai: PAS wins by 65 votes (Malaysiakini 14/7/09)
Najib's star shines amid near eclipse for PAS (Malaysiakini 14/7/09)
Rocks, Puteri Umno teeth go flying (Malaysiakini 14/7/09)
'Vote buying': RM300 'transport allowance' (Malaysiakini 14/7/09)
Manek Urai: 87.3 percent voter turnout (Malaysiakini 14/7/09)
Manek Urai mengingatkan PAS jangan bangga diri (Malaysian Insider 15/7/09)
Jentera BN terkejut majoriti PAS hanya 65 undi (Malaysian Insider 15/7/09)
Ada ahli Umno ‘cah keting’ di Manek Urai (Malaysian Insider 15/7/09)
Kemenangan tipis dalam pilihan raya aman (Malaysian Insider 14/7/09)
Lebih 85 peratus pengundi di Manek Urai (Malaysian Insider 14/7/09)
Royalti terus bergegar di Manek Urai (Malaysian Insider 12/7/09)
In Manek Urai, PAS was the great pretender (Malaysian Insider 15/7/09)
PAS wins by 65 votes (Malaysian Insider 14/7/09)
Manek Urai: PAS barely scrape past full BN might (Malaysian Insider 14/7/09)
Mustapa claims narrow defeat is moral victory for BN (Malaysian Insider 14/7/09)
BN tells EC to tighten supervision at polling stations (Malaysian Insider 14/7/09)
PAS supporter arrested in stone-throwing incident (Malaysian Insider 14/7/09)
PAS's slim victory in Manik Urai (The Nut Graph 15/7/09)
PAS scrapes through in Manik Urai (The Nut Graph 14/7/09)
Polling in Manik Urai (The Nut Graph 14/7/09)
Polling closes in Manik Urai (The Nut Graph 14/7/09)
Status quo in Manik Urai (The Nut Graph 14/7/09)
Sensationalist reporting in Manik Urai! (The Nut Graph 14/7/09)
Manik Urai and its many lessons (Malay Mail 15/7/09)
Rakyat masih mahukan Pas
Sinar Harian (15/7/09): Calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah menyifatkan kemenangan parti tersebut hasil dari kerja keras seluruh jentera pilihan raya Pas.
Menurutnya, kemenangan ini juga membuktikan rakyat di Manek Urai masih mahukan kepimpinan Pas dan menolak Barisan Nasional (BN).
“Dengan kemenangan saya ini, saya berjanji akan berkhidmat untuk seluruh rakyat di Manek Urai,” katanya kepada media selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan secara rasmi, malam tadi.
Sementara itu, Pesuruhjaya II Pas Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa pula menyifatkan kemenangan Pas dan Pakatan Rakyat (PR) membuktikan rakyat menolak parti lawan yang menggunakan pelbagai janji dan politik wang untuk meraih pengundi.
“Saya berbangga kerana pengundi Manek Urai mempunyai ketahanan yang tinggi walaupun berhadapan dengan politik wang yang berleluasa contohnya siang tadi (semalam), saya mendapat laporan mengatakan BN mengedarkan sampul biru, kelabu dan putih yang mengandungi wang kepada pengundi disini.
“Kemenangan ini juga membuktikan rakyat meletakkan perjuangan Islam Pas sebagai tonggak utama perjuangan mereka,” katanya.
Ditanya faktor majoriti yang terlalu sedikit mungkin disebabkan kehadiran Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, Husam enggan mengulas.
Katanya lagi, peti undi dikawasan Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama yang dimenangi oleh BN mungkin disebabkan oleh janji Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan membina sebuah jambatan bernilai RM7 juta disitu.
“BN menang di peti undi Manek Urai, jadi BN kena mengotakan janji mereka. Jika tidak rakyat akan marah,” katanya.










Cantik? Klik 






tiada hinanya seorang peraih ikan.kerana mereka ini adalah ahli perniagaan.mungkin kerana cara pemakaian mereka yg tidak memakai tali leher,melepak dihotel2 100 bintang di cop sebagai hina dan tidak berpendidikan? wahai menteri yg tak bijaksana.tidakah kamu semua sedar bahawa anda telah menghina semua peniaga kaum melayu secara keseluruhannya!!! igt sikit wahai menteri, bill gates itu jgk seorang peniaga,tak sempat habis belajar dia dah menjadi bilionair.sbb semua manusia ni mempunyai kelebihan masing.cuba menteri pulak menjadi peraih ikan..agak2 kenal tak nama2 ikan semua tu?
sekian
Apa yang saya lihat PAS yang membuat Orang Melayu Mudur. Orang-orang PAS terdiri daripada mereka yang panas baran, low IQ, berdedam, tiada wawasan, maknanya semua yang negetive ada pada orang PAS. Pengalaman ditempat kerja dapat mentaksirkan sama ada seseorang itu penyokong PAS. Pekerja yang sifatnya lemah, membrontak, malas ini hampir 95% menyokong PAS. Jadi PAS adalah parti untuk orang sebegini. Lihat saja cara NIk Aziz bercakap.
kemenangan pas berpunca ustaz nasa,pak bakaq.pemimpin pas harus berterima kasih padanya.beliau menyelamat maruah pas kelantan dari diaibkan walaupun beliu dihina sehinanya.semoga Allah melindunginya dari fitnah setrusnya.
amareka kalah tipis kepada brazil di piala konfederasi... tapi... mana dapat piala weh... tetap gak kalah... orang takkan kenang orang kalah... hahaha...
hang tak sedarkah,umno dapat undi bertambah hampir 900 .pas merosot hampir 400 undi.kalau pak bakaq nak pas akan kalah pru13 nanti,hentamlah ust nasa dan TGHHA.jangan anggap pemimipin lain lemah kerana idea tidak sama dengan kita.tahniah bakaq, kerana hang pas menang tipis.sepatutnya lebih 2000 undi sesuai dengan negeri tadahan wahyu.kepada ust nasa,hanglah wira sebenarnya di MU dan penyelamat maruah pas kelantan.
gituke ceriteranye baru teman tau...
pak bakaq..nie laa kesannye bile isu idea krajaan perpaduan itu hari..sedih aku rase..
ambillah iktibar!!pape pum,,tanhiah kat PAS walaupun tipis..
UMNO kalah pasai di MU undi pos ciput jee , 36 jee... PRU 13 nanti , depa tambah anggota polis kat sana.... undi pos melonjak , PAS melepas.
bang, rasanyer isu pendidikan no hal kot. Mungkin ade hal hal lain yg PAS perlu kaji balik. Oghae kelatte nih political savy, kot nak kate rasuah pitih, hok TGNA dok kecek sokmo 'buwi pitih amik, buwi kain pakai, buwi gula kuca..." tok menjadi. Lagu mano jadi gitu dok? % ngundi pong tinggi, hok dok luar klik ko dan kot tukar 'selero' ko? pasal gapo?
to pendokong nasa, i hv this to say, "nasa is a pain in the arse". "stopa ali is a pain the arse". "haron din is a pain in the arse". harun taib is a pain in the arse". "muhamad daud iraqi is a pain in the arse." "all those who cannot understand the concept of 'kepimpinan ulama' is a pain in the arse". "all pendokong nasa, stopa, haron, harun, muhamad daud iraqi is a pain in the arse". you all are LIARS!!! sampai hari ni, jumpa umno tak ngaku...
hangpa semualah yang bagi peluru kat umno
UMNO tingkatkan majoriti kerana beli undi.
PAS menang kerana kuat fitnah.
Inilah Melayu dan Islam perjuangan UMNO/PAS
http://percayaker.blogspot.com
masa ceramah di manik urai. saifuddin ceramah semua takbir. husam ceramah pun orang takbir. lim kit siang ceramah pun ada takbir. hadi ceramah tak bunyi takbir langsung. yang bunyi kat belakang ada suara sayup2 (bo la cakap belawok hoiiii) orang tak marah bila ada cakap macam tu. gelak2 lagi ada la.... masa tok guru ceramah baru ada takbir balik.
sepatutnya. hadi dan nasa tak perlu datang manik urai. sebab dorang datang bawa kesan buruk kat undi.
Sila layari blog saya
http://tintahitammy.blogspot.com/
Stopa Mohamad dan Din Yassin tak boleh harap. Nak cari 66 undi pun tak boleh. Letak jawatan saja la.....
Ingat perancangan Allah Maha Hebat.
Anon no.2 menilai PAS kepada sikap orang-orang PAS, bukannya kpd dasar yg dibawa/diperjuangkan oleh PAS. Kalau guna kayu ukur anon no. 2 tu, tak PAYAHLAH lah masuk Islam krn RAMAI ORANG ISLAM YANG "terdiri daripada mereka yang panas baran, low IQ, berdedam, tiada wawasan". Ke ke ke ....Bijak, bijak.
MUS.
Nasib baik masih ada orang macam penarik beca yang mengingatkan bahwa PAS tak pernah menang pilihanraya kecil di Kelantan sejak 1997 (12 tahun yang lalu = 3 pilihanraya umum). Dari situ, PAS perlu bersemangat kerana ini merupakan petunjuk bahwa saf ahli masih teguh dan utuh.
Sudah sampai masanya untuk PAS menolak terus Unity gomen ngan BN. Kalau tak, ianya akan senantiasa di eksploitasikan oleh BN....wallahualam.
betoi ke DS muhyiden pun dapat general degree ekonomi aje dari um dulu?
tapi ok lah cerdik juga la tu.
SAYA MINTA NASARUDDIN DAN HADI AWANG BERMUHASABAH! DAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS APA YANG BERLAKU, SILA AMBIL INI JIKA ANDA BENAR-BENAR ORANG BERIMAN KEPADA ALLAH DAN RASULNYA!
Kita jangan lupa, blog penarik beca ni punya pasallah Pas kalah dalam pilihanraya kecil bagi kawasan Parlimen Pendang 18 Julai 2002 dulu, padahal Pas masa tu meletakkan profesional, Dr Mohd Hayati Othman.
Dr Mohd Hayati dapat 22,542 undi je. Man Bedui dari BN dapat undi lagi banyak, 22,825 undi dan dia menang dengan majoriti 283 undi.
Org Pas jangan jadi bodoh dan mudah lupa, kerana blog penarik beca ni punya pasallah Pas dekat-dekat nak kalah dalam pilihanraya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Anak Bukit pada hari yang sama.
Pas letak calon yang hebat, Datuk Dr Hj Amiruddin Hamzah. Hebat2 dia pun dapat 8,298 undi sahaja manakala calon BN, Datuk Zakaria Said mendapat sebanyak 7,790 undi.
BN berjaya kurangkan majoriti kepada 508 undi padahal Allahyarham Ustaz Fadzil Noor menang dengan majoriti 1,840 undi dalam pilihan raya umum 1999.
Kita jangan lupakan sama sekali blog penarik beca anti kerajaan perpaduan inilah yang menyebabkan mala petaka menimpa Pas dalam pilihanraya kecil Pendang dan Pas dekat-dekat nak kalah di Anak Bukit.
Yang kauorang semua bangang sangat marah kat penarik beca pasai apa? penarik beca tu dok di kl je. yang nak undi tu orang di kedah, kelantan, dan kebanyakannya orang kampung.saya tak fikir semua orang akan baca blog bakaq ni. hanya orang yang ada komputer, yang dok ofis tak buat keje lain, keja dok belek komputer je yang tau semua blog-blog ni. pilihan raya ikut suasan dan keadaan semasa waktu itu. tengok pula cara orang berkempen. Umno kempen guna semua jentera. Pas kempen harap ceramah je.masa tu nak suruh cina undi pas pun susah. gitu juga india. di kelantan tu ramai orang melayu.sentimen kelantan pun ada hubungkait juga dengan pas kelantan. hangpa takan tak tau orang melayu ni ramai yang susah. bila boleh habuan sikit dah senget lah. jangan dok tuduh orang tu orang ni. Pas menag sikit di kelantan pun menang gak. Umno yang kaya raya duit banyak kalah gak.terima jer lah hakikat.. buat posmortem nmasing2 jgn dok syok sendiri......
Umno kalah dalam kubu kuat pas biasalah...
Undi pas merosot dalam pilihanraya kecil pun biasa..
Bagi saya tak ada yg luar biasa...
Cuma cakap2 orang2 besar dalam pas yg merimaskan pengundi atas pagar terutama anak2 muda yg bekerja diluar MU! Demo tu mungkin baca internet.
Bakaq, hang kata MSM spins, hang tu pun dah jadi spinner. Elok la tu. Apa beza hang dgn MSM. MSM sokong BN diorg spin ikut BN. Hang sokong PR, hang spin ikut PR. Dua-dua spin nak menangkan puak.
Tak payah nak tuduh MSM hipokrit. Hang tu pun dah jadi hipokrit mcm MSM.
yang penting ..... MENANG
Najib bangga UBN kalah di Manek Urai.
TENGOK AWANI SEMALAM SEMUA KATA UMNO ADA PELUANG NAIK BALIK.......TU KATA ORG YANG DIPANDANG TINGGI ILMUNYA......? PENDAPAT SPEKULASI TU TAK SEMESTINYA AKU SONKONG SBB AKU PENOH PANJAK POKOK NYUR AKU ASYIK TENGOK ATAS JER LAST2 AKU TENGOK BAWAH AKU JADI GAYAT AKU PUN JATUH BERDEBUNG....HEHEHE
TAPI HARI NING DALAM PERJALANAN AKU NOK PEGI KERJA....SINGGAH SEBENTAR MINUM AIR DIKEDAI KOPI DI SETIU (LUAR BANDAR DLM NEGERI TRG)
ORANG2 KAMPUNG KATA :
UMNO DOK ROK CETONG LAWAN PERAIH IKANG PUNG KALOH..
UMNO CAP AYANG LAWAN PERAIH IKANG PUNG KALOH..
UMNO NI MEMANG DOK ROK CETONG....TABUR PITIH BANYOK PUN KALOH DGN PERAIH IKANG
UMNO CAP AYANG..
UMNO CAP AYANG..
kawan aku antara pengundi di manek urai. Dia org PAS tapi pangkah BN. Dia kata dia pangkah BN bukan sebab tawar hati dengan PAS tapi dia nak agar BN bangunkan manek urai kerana PRK peluang terbaik untuk memerah duit kerajaan. PAS katanya memang tak mampu nak buat pembangunan disebabkan oleh sekatan bantuan.
Katanya lagi kalau BN menang di manik urai pun tak akan ada kesan terhadap kerajaan negeri. Tapi dalam PRU ke 13 ni..undi akan diberi kepada PAS semula...
pas menang tipis kerana pemimpin kelantan berlagak jaguh politik malaysia.semoga mereka ini sedar kesilapan mereka dan mengukuhkan parti.insya Allah.
Aku sokong anom 27. Prk medan untuk dapat pembangunan segera. Bila pru kita pelungkop balik bn. Cuma ada org kata jentera parti dah tak seteguh dulu, puncanya UG hari tu. So elokla pimpinan segera selesaikan masalah ini sebelum pas pulak kena pelangkop. Kepada yg kutuk penarik beca tu dah takde kerja lain ke. Setahu aku bakaq ni sampai tahap tdoq lokap demi mewujudkan platform blog ni. Yg kutuk tu sila la buat blog sendiri dan tengok laku ke tidak. Kalau nak buat blog yg lurus bendol baik tak yah woi. Blog yg idup dan hits tinggi mesti la penuh kontrovosi, baru membuka minda untuk perbincangan. Sekian, batubara
Ambil dan muhasabah. Jangan membelakangkan pimpinan yang terpilih. Jangan mendahului yang di depan. Ikut struktur dan kaedah. Bila atasan berlaga maka yang bawah akan huru hara. Yang diluar tengok pun tak berkenan.
PAS adalah parti dakwah. Politik itu salah satu jalan saja. Jangan kerana kepentingan dan kemenangan politik di dahulukan maka pintu dakwah ditutup serapat mungkin kepada musuh yang sementara....
Kala itu roh Islam dalam gerakan sudah tiada.
Betul kata seorang pejuang lama. "Barangkali kemenangan 8 Mac bukan satu nikmat, ia satu ujian. Dan kita gagal melepasi ujianNya"
sekiranya pas kelantan ingin menang pru13,abdul fatah dan husam harus meletak jawatan dalam parti.saya rase tidak sesuai strategi dalam pilihanraya kali ini.jangan merasakan diri anda hebat.janganlah merendahkan pemimpin lain.sepatutnya pas menang 2000 undi.tapi kenapa jadi sebaliknya.pengundi muak dan jelak dengan pemimpin pas kelantan yang riak.saya bersyukur pas menang tipis dan tidak mahu menang majoriti berganda.ini akan menyebabkan pemimpin pas perasan hebat dan sukar mendengar pandangan oranglain.semoga kalian berubah dan terus mengukuhkan pas kelantan.walaupun saya bukan orang kelantan tapi saya amat menghormati dan sanjung TGNA.saya bimbang pas kelantan akan jatuh pru13.kelantan adalah benteng pas terakhir.
http://syahrilkadir.wordpress.com/2009/07/10/bila-anak-melayu-dirawat-di-gereja/
sangat setuju pandangan seruling.
kalau husam dah kata beliau ajk biasa pusat,kenapa berlagak presiden.abd fatah berlagak tim.presiden dalam pilihanraya kali ini.sedarlah sikit...
apsal lak berita Anwar digelapkan dr harakah..ada arahan terbaru ker
salah satu faktor PAS menang tipis sbb isu perpaduang ngan Umno...
Penyokong Nasaruddin Mat Isa dan UG,
Kemenangan PAS diManik Urai walau pun sedikit tidak kena- mengena dengan kehadiran Nasaruddin Mat Isa diManik Urai beliau datang keManik Urai dipenghujung kempen dan pengundi PAS diManik Urai tak nahu melihat mukanya disana.Kemerosotan undi untuk PAS munkin disebabkan kehadiran Hadi Awang dengan Nasaruddin Mat Isa serta penyertaan Harun Taib diMarkas Dewan Ulamak diLaloh.Tak usahlah nak jual minyak urat,nak membodek Nasaruddin Mat Isa.
Begitu juga dengan pihak yang "anti Fatah dan Husam", Calun PAS dapat menang ciput kerana "sogokan"UMNO begitu lumayan diManik Urai.Lihat berapa banyak helicopter mendarat diKuala Kerai,berapa juta pula kali ini belanja untuk polis dan tentera.Mengapa suruh Fatah dan Husam letak jawatan wal hal PAS menang,walau pun menang ciput.Mengapa tak suruh Mahyuddin dan Mustapha Muhammad letak jawatan kerana UMNO kalah dan banyak wang telah dibazirkan.Nak suruh letak jawatan,salah orang.Yang suruh Fatah dan Husam letak jawatan ni,sah pencacai UMNO dan sekiranya orang PAS sah penyokong UG.
Najib bangga kalah di manik urai. kalau gitu mai kita bagi kalah lagi banyak2, biaq di lagi bangga.........he..hee
NA