Sedap!! Klik gambar di atas!

Teoh Beng Hock: Kerajaan Selangor buka ruang pendakwaan politik

Dari apa yang ditulis oleh Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya, KW Mak melalui tulisannya yang bertajuk "Flawed system behind Teoh’s death" yang disiarkan oleh The Nut Graph, saya tak berlapik-lapik untuk menyatakan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor turut bersalah dalam isu terbunuhnnya Teoh Beng Hock within SPRM vicinity and under SPRM custody.

Mak mendedahkan, selepas lebih setahun berkuasa, kerajaan Selangor masih lagi tidak melakukan perubahan bermakna dan masih menggunakan sistem yang begitu cacat yang diwarisi dari Barisan Nasional.

Menurut beliau, tuduhan rasuah boleh dielakkan dengan wujudnya sistem yang ditakrifkan dengan jelas. Ia boleh menghalang pendakwaan politik (sepenuhnya di sini).

Alahai, setakat nak jadi sang copy cat apa yang BN buat dulu, dengan segala lubang yang bagai disediakan untuk bertindak serong, aku yang tak mengaji ni pun reti!
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Salam kepada Tuan Penarik Beca, Maaf menyampuk sikit kat laman orang. The so called flawed system yang didakwa tu is the only workable system tried and tested for years. Itu sebab PR tak buleh nak come out with their own system!. Hakikatnya PR di Selangor kembali menggunakan sistem tender kerajaan BN setelah mencuba-cuba sistem mereka sendiri kerana sistem tender kerajaan BN lebih telus!!! aneh bukan?.

    Saya sebagai rakyat marhaen ternanti-nanti sistem yang 'perfect' yang dihebohkan oleg DAP ni. Di Penang pun depa masih pakai sistem kerajaan Gerakan dahulu. Cuma ubah muka surat pertama sahaja.selepas content sampai rumusan format kertas kabinet masih sama.Sama kes di Kedah dan Selangor.

    Selepas setahun kita hanya dapat melihat retorik sahaja yang berbeda, yang lain masih sama. Jika PR ingin terus berkuasa usah berterusan menyalahkan sistem terutama jika anda tidak ada sistem yang lebih berkesan. Kata orang dahulu kalau tak pandai menari jangan salahkan lantai tak rata. Kata orang sekarang kalau tak pandai main golf jangan salahkan green beralun-alun...Kat Darulaman Golf Resort dengar cerita ada ahli baru....

    Salam sejahtera untuk tuan sekeluarga.

  2. Kalau peruntukan kerajaan digunakan untuk kegiatan kongsi gelap. Memanglah tahap exco selangor tahap ketagih duit hara.

  3. >>selepas content sampai rumusan format kertas kabinet masih sama.

    kenapa perlu diubah proses yg telah stabil. Format2 itu bab proses. Format kabinet pun nak dipersoalkan. Bukan ke executive reporting lebih kurang sama sana sini.

    Yg berbeza ialah isu ketelusan, rasuah, cable, kroni. Benda benda yg cam tu yg perlu diubah. Kalau kira tak boleh guna apa yg BN telah guna, then jgn le guna kertas dlm pemerintahan PR sebab BN dulu dah guna kertas.

    maksudnya saudara tak le jauhari sgt ...

  4. Pak Bakaq,

    Setuju dengan komen Kalam Jauhari.Negeri-negeri yang diperintah olih Pakatan Rakyat tidak banyak membuat perubahan terutama dengan sistem tender.Bukan ini sahaja malah begitu banyak "lobang-lobang" dan "lompang-lompang" yang dicipta olih pemerintahan UMNO/BN untuk tak akauntabiliti dan untuk merasuah - tidak diperbaiki.Dalam setengah-setengah keadaan Kerajaan PR ini mengikut pula sistem yang dahulunya diamalkan olih UMNO/BN khususnya dalam soal balak.Isu balak pernah menggugat Kerajaan Kelantan dan isu ini juga jadi punca Perak jatuh ketangan UMNO/BN.

    Pemimpin-pemimpin PR begitu ghairah nak memerintah hingga kononnya menanti saat untuk masuk kePutrajaya tetapi sekadar dan setakad ini belum lagi menunjukkan perubahan-perubahan sebagi mana yang dijanjikan dalam Manafesto Pilihanraya 2008.Kalau pun tak berdaya nak memperbaharui dan membuat sistem baru diperingkat persekutuan,sekurang-kurangnya dapat membuat sedikit pembaikan diperingkat negeri dan daerah.Pengundi mahu melihat kelainan dan pembaharuan,yang mereka harapkan.Benar,alasan baru setahun jagung namun permulaan harus kelihatan dan langkah-langkah permulaan sepatutnya telah diorak.Kalau diperingkat negeri dan daerah pun belum dapat dilakukan,pengundi akan was-was sama ada PR akan berupaya diperingkat yang lebih tinggi.

  5. kedah lagi hebat....... Nak hasil bumi kena JV dgn YIKED. Share 51% Yiked 49% kita. Duit semua kita keluag. Kerja Kita buat. Hutang beli barang kita (Bukan JV Company noooo). Board JV company Yiked Ramai.gAJI board KITA BAYAR. Jangan kata komineh, yahudi pun tak jadi macam tu. Lebih kurang macam kita menikah, bini bagi depa pakai sampai puas, lepas tu baru kita dapat yang dah LUNYAI. Baguihhhhhhhhhhhhhhhhhh

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008