Dalam berita bertajuk "TPM: Isu Teoh dipolitik untuk alih perhatian rakyat," Malaysiakini semalam melaporkan, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata kematian Teoh Beng Hock - setiausaha politik anggota exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah - telah dipolitikkan oleh pihak pembangkang untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada isu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas wakil rakyat mereka.
Dipolitikkan?
Bagi saya, isu terbunuhnya Teoh within SPRM vicinity and under SPRM custody adalah isu kemanusiaan. Manusia yang tak gila dan berperikemanusiaan tak boleh melihat seorang manusia lain mati katak begitu sahaja. Isu kemanusiaanlah tu.
Isu kemanusiaan amat sukar dipisahkan dari politik. Tak tahulah kalau parti Muhyiddin kata kemanusiaan dan politik tak bercampur. Dulu depa kata agama dan politik tak bercampur.
Itu pun saya tak ambil kira hakikat bahawa Teoh pula adalah setiausaha ahli politik pembangkang.
Kalau Muhyiddin gaduh sangat pembangkang mengalihkan perhatian orang ramai daripada isu siasatan SPRM ke atas wakil rakyat mereka, la ni mari kita berbagi kerja.
Muhyiddin dan juak-juaknya silakan memekik meraung sakan tentang wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) yang disiasat oleh SPRM. Telanjangkan, korek dan dedahkan. Peduli apa aku, kalau betul salah tanpa sebarang keraguan yang munasabah, mampuih pi la kat depa. Kalau salah, peduli apa aku parti apa pun.
Kami yang menentang Umno dan Barisan Nasional (BN) pula akan persoal, bongkar, selongkar dan jeritpekikkan isu terbunuhnya Teoh within SPRM vicinity and under SPRM custody.
Untuk nak tanya soalan, saya rujuk komen-komen penyokong Umno dalam blog ini. Terang-terangan mereka menyatakan Teoh terbunuh angkara kongsi gelap. Dimaklumkan melalui komen-komen dalam blog ini bahawa Teoh mendedahkan terlalu banyak rahsia ahli-ahli politik dalam kerajaan Selangor yang terlibat dalam kongsi gelap. Kalau sungguh Teoh buat gitu, mati dia mati terhormat. Mati kerana mendedahkan jenayah.
Tak pa la. Saya siarkan keyakinan dan kepercayaan mereka yang mereka hantar melalui komen dalam blog ini. Saya jarang sekat orang nak bersuara dalam blog ni kecuali kalau saya rasa saya boleh kena saman kalau siarkan jugak.
Kita tanya dua soalan dulu.
Soalan pertama, kalau kongsi gelap tahu bahawa Teoh mendedahkan terlalu banyak rahsia mereka kepada SPRM, bagaimana mereka tahu? Siapa beritahu?
Soalan kedua, kalau kongsi gelap bunuh Teoh, bodoh sangat ka depa tu? Apa ke bangangnya?! Kalau bodoh sampai lagu tu, berenti la jadi kongsi gelap. Lagi baik jadi toliap!
Kongsi gelap tak bodoh. Kalau depa bodoh, dah lama dah Malaysia ni bersih dari kongsi gelap. Untuk membayangkan bagaimana kongsi gelap beroperasi, baca berita Sinar Harian bertajuk "Ramli dakwa pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dianiaya" di bawah (saya simpan betul-betul berita tu. Pautan dia http://www.sinarharian.com.my/selangor/content/story865661.asp - dah tak dak dah). Baca juga berita Harakahdaily bertajuk "Perbicaraan dua pegawai polis patut jadi peluang pulihkan kepercayaan" di bawah.
Nak lagi gambaran bagaimana kongsi gelap beroperasi dengan pihak berkuasa? Baca kesemua surat sumpah seperti yang saya pautkan (linked) di bawah:
Statutory Declaration of ASP Hong Kin Hock (G/10990) (Malaysia Today 9/6/09)
Statutory Declaration of Detektif Sarjan Raja Kumar (D/104700) (Malaysia Today 12/6/09)
Statutory Declaration of ASP Mior Fahim Bin Ahmad (G/13237) (Malaysia Today 13/6/09)
Statutory Declaration of Sarjan Major Manimaran a/l Palaniappan (D/94894) (Malaysia Today 15/6/09)
Statutory Declaration of Chai Boon Chai @ Ah Wah (No K/P: 730702-04-5356) (Malaysia Today 16/6/09)
Statutory Declaration of Chong Tzeng Hang @ Ah Han (830210-01-5407) (Malaysia Today 17/6/09)
Ramli dakwa pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dianiaya
'Abuse of power' in the way Teoh was questioned: Phang (The Sun 19/7/09)
The unholy trinity (Malaysia Today 21/12/07)
Dipolitikkan?
Bagi saya, isu terbunuhnya Teoh within SPRM vicinity and under SPRM custody adalah isu kemanusiaan. Manusia yang tak gila dan berperikemanusiaan tak boleh melihat seorang manusia lain mati katak begitu sahaja. Isu kemanusiaanlah tu.
Isu kemanusiaan amat sukar dipisahkan dari politik. Tak tahulah kalau parti Muhyiddin kata kemanusiaan dan politik tak bercampur. Dulu depa kata agama dan politik tak bercampur.
Itu pun saya tak ambil kira hakikat bahawa Teoh pula adalah setiausaha ahli politik pembangkang.
Kalau Muhyiddin gaduh sangat pembangkang mengalihkan perhatian orang ramai daripada isu siasatan SPRM ke atas wakil rakyat mereka, la ni mari kita berbagi kerja.
Muhyiddin dan juak-juaknya silakan memekik meraung sakan tentang wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) yang disiasat oleh SPRM. Telanjangkan, korek dan dedahkan. Peduli apa aku, kalau betul salah tanpa sebarang keraguan yang munasabah, mampuih pi la kat depa. Kalau salah, peduli apa aku parti apa pun.
Kami yang menentang Umno dan Barisan Nasional (BN) pula akan persoal, bongkar, selongkar dan jeritpekikkan isu terbunuhnya Teoh within SPRM vicinity and under SPRM custody.Untuk nak tanya soalan, saya rujuk komen-komen penyokong Umno dalam blog ini. Terang-terangan mereka menyatakan Teoh terbunuh angkara kongsi gelap. Dimaklumkan melalui komen-komen dalam blog ini bahawa Teoh mendedahkan terlalu banyak rahsia ahli-ahli politik dalam kerajaan Selangor yang terlibat dalam kongsi gelap. Kalau sungguh Teoh buat gitu, mati dia mati terhormat. Mati kerana mendedahkan jenayah.
Tak pa la. Saya siarkan keyakinan dan kepercayaan mereka yang mereka hantar melalui komen dalam blog ini. Saya jarang sekat orang nak bersuara dalam blog ni kecuali kalau saya rasa saya boleh kena saman kalau siarkan jugak.
Kita tanya dua soalan dulu.
Soalan pertama, kalau kongsi gelap tahu bahawa Teoh mendedahkan terlalu banyak rahsia mereka kepada SPRM, bagaimana mereka tahu? Siapa beritahu?
Soalan kedua, kalau kongsi gelap bunuh Teoh, bodoh sangat ka depa tu? Apa ke bangangnya?! Kalau bodoh sampai lagu tu, berenti la jadi kongsi gelap. Lagi baik jadi toliap!
Kongsi gelap tak bodoh. Kalau depa bodoh, dah lama dah Malaysia ni bersih dari kongsi gelap. Untuk membayangkan bagaimana kongsi gelap beroperasi, baca berita Sinar Harian bertajuk "Ramli dakwa pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dianiaya" di bawah (saya simpan betul-betul berita tu. Pautan dia http://www.sinarharian.com.my/selangor/content/story865661.asp - dah tak dak dah). Baca juga berita Harakahdaily bertajuk "Perbicaraan dua pegawai polis patut jadi peluang pulihkan kepercayaan" di bawah.
Nak lagi gambaran bagaimana kongsi gelap beroperasi dengan pihak berkuasa? Baca kesemua surat sumpah seperti yang saya pautkan (linked) di bawah:
Statutory Declaration of ASP Hong Kin Hock (G/10990) (Malaysia Today 9/6/09)
Statutory Declaration of Detektif Sarjan Raja Kumar (D/104700) (Malaysia Today 12/6/09)
Statutory Declaration of ASP Mior Fahim Bin Ahmad (G/13237) (Malaysia Today 13/6/09)
Statutory Declaration of Sarjan Major Manimaran a/l Palaniappan (D/94894) (Malaysia Today 15/6/09)
Statutory Declaration of Chai Boon Chai @ Ah Wah (No K/P: 730702-04-5356) (Malaysia Today 16/6/09)
Statutory Declaration of Chong Tzeng Hang @ Ah Han (830210-01-5407) (Malaysia Today 17/6/09)
Ramli dakwa pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dianiaya
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Ramli Yusof semalam mengakui beliau adalah orang yang dimaksudkan dalam laporan akhbar yang mendakwa seorang pegawai tinggi polis memiliki harta sebanyak RM27 juta.Perbicaraan dua pegawai polis patut jadi peluang pulihkan kepercayaan
Beliau bagaimanapun menafikan mempunyai harta sebanyak itu termasuk tanah dan saham syarikat seperti mana yang didakwa.
"Walaupun nama pegawai tersebut tidak disebut, tetapi ia sudah diketahui umum bahawa saya adalah pegawai yang dimaksudkan dalam berita yang telah disensasi itu
"Yang pasti pengawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) telah dianiaya oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).
"Malah mereka juga tidak mendapat sebarang sokongan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM)," tegasnya dalam satu kenyataan semalam.
Beberapa akhbar sebelum ini melaporkan seorang pegawai kanan polis Bukit Aman sedang disiasat oleh BPR atas tuduhan salah guna kuasa dan gagal mengisytihar harta bernilai RM27 juta.
Katanya lagi, beliau tidak akan meletakkan jawatan atas laporan skandal tersebut, tetapi akan mula bercuti lusa untuk menunaikan umrah dan ibadat haji pada Disember.
Jelasnya beliau memanggil sidang media semalam kerana ingin memberi peluang kepada BPR untuk menjalankan siasatan.
Tambahnya, beliau bagaimanapun tidak mempunyai musuh di dalam PDRM bahkan hubungannya dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan juga adalah baik.
"Kami saling hormat-menghormati," katanya.
Selain soal jawab dengan media, Ramli juga menyediakan kenyataan bertulis setebal tiga halaman.
Dalam kenyataannya itu, Ramli berkata beliau telah berdiam diri sehingga hari ini berhubung perkembangan dalam pasukan polis, terutama berhubung tangkapan dan pendakwaan terhadap pegawai-pegawai JSJK yang didakwa telah memalsukan kenyataan pemberi maklumat berhubung perintah buang daerah terhadap seorang lelaki, Goh Cheng Poh @ Tengku.
Pada bulan Mac 2007, katanya, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri telah memberi arahan-arahan khusus kepada pihaknya berhubung kegiatan sindiket-sindiket jenayah tertentu yang beroperasi di Johor membabitkan beberapa orang kenamaan.
Menurutnya, siasatan yang dijalankan oleh JSJK telah membawa kepada penahanan dan perintah buang daerah terhadap Goh Cheng Poh @ Tengku, ke Jeli Kelantan.
Perintah penahanan dan buang daerah itu, kata Ramli, dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri berdasarkan kepada hasil risikan yang dikumpulkan para pegawai JSJK.
Sebab perintah buang daerah di keluar terhadap Goh, tambahnya, adalah perkara di dalam bidangkuasa dan budibicara Timbalan Menteri Dalam Negeri dan, oleh itu, beliau tidak boleh mengulas mengenainya.
Tidak lama selepas perintah buang daerah itu dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, pihak akhbar telah melaporkan bahawa BPR dan JSJK telah menyiasat dan membersihkan Goh dari sebarang kesalahan.
Tambah Ramli, ini tidak termasuk siasatan JSJK terhadap kegiatan Goh sepertimana yang diarahkan oleh Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.
Selepas tersiarnya laporan media itu, katanya, Goh telah memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk mengenepikan perintah buang daerah yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri tehadapnya.
Menurut Ramli lagi, dalam satu tindakan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, Penasihat Undang-undang Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, seorang pegawai Pejabat Peguam Negara, enggan memberi nasihat dan sebaliknya mengarahkan beliau dan pegawainya menyediakan afidavit mengenai kertas siasatan terhadap Goh.
Afidavit tersebut, tambahnya, adalah untuk difailkan di mahkamah ekoran permohonan Goh untuk mengenepikan perintah buang daerah terhadapnya.
Ekoran kesuntukan masa, kata Ramli, pegawai JSJK terpaksa mendapatkan nasihat perundangan daripada sebuah firma guaman yang kemudiannya membantu mereka menyediakan draf afidavit tersebut.
Menurut Ramli lagi, sehari sebelum Hari Raya, seorang rakan lamanya yang juga menjadi penasihat undang-undangnya telah ditangkap dan didakwa kerana gagal mematuhi satu notis arahan ke atas yang dikeluarkan oleh BPR.
Rakannya itu juga, kata Ramli, turut membantu para pegawai JSJK menyediakan afidavit yang difailkan dalam prosiding berhubung dengan kes Goh.
Dalam tempoh seminggu, tambahnya, beberapa pegawai JSJK telah ditangkap dan didakwa di mahkamah atas dakwaan memalsukan bukti berhubung perintah buang daerah terhadap Goh.
Ramli menyifatkan apa yang berlaku sebagai sesuatu yang membimbangkan dan tidak dapat dinafikan akan memberi kesan yang besar, bukan sahaja kepada JSJK tetapi juga kepada pasukan polis keseluruhannya.
Ramli mengakhiri kenyataannya itu dengan menyatakan bahawa beliau akan berlepas untuk mengerjakan umrah Khamis ini dan menyuarakan harapannya agar isu tersebut dapat ditangani oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.
Harakahdaily (5/10/07): Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub berharap perbicaraan dua pegawai polis yang dituduh mengaitkan Ketua Polis Negara dengan dengan tuduhan rasuah dilihat sebagai peluang untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada institusi kehakiman.Berkaitan:
Cif Inspektor Nordin Ahmad, 42, yang kini bertugas di Cawangan Perjawatan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang dan Lans Koperal Wong Boon Wai, 40, dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang didakwa di Mahkamah Sesyen Batu Pahat Rabu lalu atas 14 tuduhan memalsukan keterangan dan menggunakan dokumen palsu untuk mengaitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dengan tuduhan rasuah RM2 juta untuk membebaskan tiga tahanan Ordinan Darurat.
Mereka tidak mengaku bersalah atas semua tuduhan itu.
"Kita sangat prihatin dengan kes ini kerana sebelum ini Nordin telah membuat laporan di Balai Polis Kuantan pada 23 September lalu kerana isteri dan anak-anaknya ditahan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).
"Tindakan BPR menahan serta menjadikan isteri dan anak-anak Nordin sebagai tebusan dan tukar ganti untuk memaksa kehadirannya ke ke pejabat BPR memberikan keterangan adalah satu tindakan yang boleh menyebabkan BPR dituduh sangat keterlaluan, keji dan tidak bertamadun dalam menjalankan tugasnya," katanya.
Mengambilkira latar belakang yang sedemikian serta kaitan kes itu dengan Ketua Polis Negara ditambah pula dengan isu "pita video Lingam" yang begitu mencemarkan imej institusi kehakiman di negara ini, Salahuddin berharap pihak yang berkenaan dapat menjadikan perbicaraan ke atas Nordin dan Wong sebagai peluang untuk memulihkan keyakinan rakyat dan masyarakat antarabangsa terhadap institusi kehakiman di negara ini.
Beliau juga mengulangi tuntutan PAS supaya badan kehakiman mestilah menjadi badan yang menjamin keadilan untuk semua rakyat dan terpelihara kewibawaannya.
"Kita mahukan sesuatu yang konkrit, objektif dan boleh diyakini, bukannya jawapan berfalsafah tentang the power of the powerless," tegas beliau.
Dalam laporan polisnya itu, Nordin menyatakan bahawa pada 23 September lalu semasa dalam perjalanan balik ke rumahnya, beliau menerima panggilan telefon dari isterinya, Kalsom Mat Noh, yang memberitahu ada beberapa pegawai BPR di rumahnya dan akan membawa mereka ke pejabat BPR.
Pada hari yang sama, katanya, "seorang lelaki bernama Muniem yang memperkenalkan diri sebagai pegawai BPR telah menghubungi saya dan bertanya saya di mana saya berada dan bila saya akan sampai".
Nordin meminta mereka membebaskan isteri dan anak-anaknya "yang berada di dalam tahanan mereka".
"Lelaki tersebut memaksa saya datang dengan segera untuk isteri dan anak-anak saya dibebaskan," katanya.
Laporan polisnya dibuat kerana Nordin "tidak puas hati dengan tindakan BPR yang menahan isteri dan anak-anak saya tanpa sebarang kesalahan, tanpa sebab, menyekat pergerakan isteri dan anak-anak saya dari menghubungi saya".
Beliau "tidak berpuas hati dengan tindakan BPR yang menyalahgunakan kuasa mereka untuk kepentingan diri mereka, memaksa saya hadir ke pejabatnya dan menjadikan isteri dan anak-anak saya sebagai tebusan, sebagai tukar ganti kehadiran saya".
'Abuse of power' in the way Teoh was questioned: Phang (The Sun 19/7/09)
The unholy trinity (Malaysia Today 21/12/07)











Cantik? Klik 

Kalau kongsi gelap dapat tahu rahsia tentunya dari SPRM sendiri...
Ya. Teori puak UMNO itu memalitkan SPRM sebagai proksi kongsi gelap seperti PDRM.
hang yang bodoh..kongsi gelap la yg biasa keja bunuh org..bongok!
Berkhayal dan berdongeng2 lah engkau, membuang masa dan mengutip dosa...jadilah hakim semahumu; peguam semahumu; algojo semahumu. Tidak ada org lain yang terlebih pandai dan mengetahui melainkan engkau; penista dan pendusta "mulia".
SPRM PUN RASUAH JUGAKLAH MALAH LEBIH HEBAT LAGI MEREKA PUN MANUSIA, MANUSIA SEMEMANGNYA SAMA.
Artikel yang paling bodoh dan bangang yang pernah wujud dilam dunia blog pada hari ini.... biasa kena liwat dengan Nuar ke brader...?
pak bakaq,
hehehe jgn layan kedunguan memteri dan ahli amno. teoh dibunuh oleh mafia dap dlm bangunan sprm? hahahahaha tak ke lawak tu? lain le kalau pencacai2 amno setuju mafia dap dah kowtim dgn sprm hehehehe awat le org2 amno ni bengap sangat.
penarik beca kenapa lah kau bebal betul. bodoh sombong dan tak ada harga diri langsung
siapa yang mula dedah yang ahli exco terlibat dengan gangster orang pakatan juga. kasian kau di lahirkan hanya untuk menyebarkan fitnah.sangat sengsara jiwa kau.
Kalau si Ramli ini berseh sangat macamana dia boleh dapat estet kelapa sawit beribu ekar diSabah. Siap boleh pakai kapal terbang polis buat tinjauan. Ini tentu kerja kongsi gelab. Maklumlah kroni anwar berahi.
Yah....Janji kalau Cina yang kena.....PAS dan PKR perlu bersatu mengentam kerajaan sebab kerajaan Melyu....kalau kerajaan itu adalah DAP kafir harbi,,,,,Kita perlu sokong...kita perlu faham orang bunuh diri budaya orang lain.....Yang hang nak p bunuh diri apa hal,,,nya ...sebab takut??? Atau kepala samseng dah bagi warning,,,sebab sec POL dah bocor rahsia...
TAPI DASARNYA APA YANG BOLEH JADI BAHAN POLITIK MURAHAN PELIWAT ANWAR...MAKA PAS PERLU SOKONG....ISLAM MANA SURUH SIASAT DULU,,,,ISLAM SURUH KITA TUDUH....LEBIH LEBIH LAGI KALAU YANG KITA NAK BANTAI ADALAH ORANG ISLAM DAN YANG KITA NAK BELA ADALAH SUSPEK RASUAH....
KALAU BENCI SANGAT PUN KAT BN...GUNA LA SIKIT AKAL FIKIRAN...JANGAN DOK IKUT RENTAK KAFIR LAKNATUAALAH DAP.
Belum kawin girlfriend dah mengandung 2 bulan. tak kan main asik terlepas je.
kenapa ni? penyokong umno menyumpah-nyumpah pak bakaq? ada yang tak kena dengan artikel atau pun ada yang tak kena dengan otak mereka? kalau rasa tak betul dengan artikel balaslah dengan hujah yang boleh mematikan hujah, kalau tak betul dengan otak kena pergi berubat di rumah sakit otak.
soalan pertama kau..aku jawab..mesti lah puak kongsi gelap tu tahu Teoh dah dibawa ka SPRM..Teoh pulak ada bad rekod dlm DAP dan berpewatakan lembut..gerenti senang dimakan SPRM..so Teoh mesti dihapuskan
soalan kedua kau..bunuh perkara biasa kongsigelap weh..tak caya tengok ShangHai movie..nak masuk premise SPRM bukan susah pun..tanya penyangak..depa tau laa cara.
Las sekali hang tak yah susah2 nak bela puak2 tu..bukan dapat pahala pun...
bodoh la si Anonymous no 6 dan no 7 ni... mangkuk hayun orang umNo Sial la ni...
APe kene mngena penarik beca dgn liwat anuar? Engkau tu yang suka tabur fitnah..
Dulu-dulu memang kongsi gelap yang selalu bunuh orang,tapi la nih yang banyak bunuh org ialah kongsi cerah..............
Hello ammeno... awat bahlal sangat.... bukan fitnah.. ulasan la bongok... luuuu fikir laaaa sendiri... macammana mayat Teo boleh jumpa dekat SPRM bukan jumpa dekat Petaling Street...
nice artikel pak bakaq,
pemeritah dan pergerakan bawah tanah mmg x mudah dijauhkan.
anyway, kemungkinan wujudnya kongsi gelap berbaju PR (DAP) masih ada,kan..
masih ade mungkinnya kan..mereka juga bijak..kekalhan BN di manek urai,kematian Teoh (pada hari soalsiasat,di premis SPRM),Najib tiada di Malaysia.-->advantage ntuk PR,bukan?..ape SPRM atau BN da jadi bodoh(merujuk kes Goh diatas,rapi perancangannya)?
bagi penjenayah terancang yang 'bijak', bukan susah untuk mengetahui bahawa apkah Teoh telah membocorkan rahsia (jika ada).
kes Goh diatas memang jelas perancangan rapi..tp untuk siapa? satu organisasi atau individu berkepentingan???
namun istilah kongsi gelap lebih dirujuk pada perkataan UNDERWORLD.
jenayah terancang kolar putih pula adalah CONSPIRACY.
betulkan jika silap.saya masih mentah
Mari mengundi, http://kekacang.blogspot.com
Pak Bakaq..jgn peduli apa depa kata. Luahkan pendapat hg dan sertakan bukti lg bagus. Ingat..bukan smua yg sokong kita,cuma yg ada akal akan tahu menilai.
Bodoh, kau dah terer sgt ke tau org mati tu kena bunuh atau tak sblum siasatan siap? Bila masa kau siasat? Pak Bakaq memang sembang tahap penarik beca, memang kena dengan namanya. Kalau setakat Statury Declaration nak dijadikan bukti, budak darkah 6 SRJK (T) pun boleh buat Pak Bakaq gay oi!!!
Haram jadah punya bpr,dah jadi gangster pulak bpr ni, ini alamat najib adalah pm ubn terakhir nampaknya.Man cabai
Pak cik pak cik , bapak bapak sekarang ini mana ada lagi geng kongsi gelap, geng kongsi terang adalah dong ..
Ramai betul puak2 Umno (United Malay-No Otak) dalam blog pak Bakaq ni. Dia orang ingat Allah cipta Malaysia ni untuk Melayu saja....tapi depa (melayu) tak tahu yang asal usul bapak dia orang sebenar nya adalah bangsa India (dari India) dan mak bangsa Cina (dari China). Pee la tengok bila bapak darah india dan mak darah cina....anak2 dia orang 100% rupa Melayu.
KALAU NAK TAHU LEBIH LANJUT KENA BACA SEJARAH NABI NOH.
So,selama hari ni hampa (Melayu) dok pakat kutuk keturunan MAK dan BAPAK hampa sendiri..
Bagus punya anak.
SALAM TO ALL
Anom 14 & 16 & 19 aku setuju dengan hang ! dia orang nii memamng baboon !!! meme aah baboon !!
Look carefully at the picture ( http://www.malaysiawaves.com/2...oftop.html)….Just wondering about those 3 clay bricks beside the body. Why are they there!! If they are from the rooftop…14 floors!!….those bricks must be made of from super-dupe high quality clay. No way on earth those 3 bricks can be in that perfect form if they are fall from the 14 floors?????
Dari komen-komen pencacai UMNO diatas,tahu dan fahamlah kita akan tahap orang UMNO berfikir.Pak Bakaq cuba hendak mencari "motif" kematian/pembunuhan,pihak-pihak yang terencat akal ini bawa pula nama Annuar Ibrahim bukan hendak berbahath tentang fakta-fakta kes.Jelas gulungan ini tidak berminat nak cari kebenaran dan keadilan - bukan sahaja mereka menunjokkan kelemahan daya berfikir mereka malah mereka terus merapu dan meracau. Tak heiranlah mereka memilih manusia seperti Najib sebagai Presiden UMNO.
Blog utk kita berbincang. bkn utk digunakan untuk mengutuk @ menghetam sesama sndiri. xda beza penyokong UMNO @ Pas @ DAP @ PKR. masing2 ada ideologi sndiri. so,kita patut tunggu dan lihat keputusan siasatan. xda guna buat andaian sendiri. sbb kita pun xda bukti kukuh & info lengkap utk merungkai kes ni. Melayu @ Cina @ India xda mslh utk berkwn. Kita tak boleh mementingkan perkauman. Klau dh xbersatu, xaman negara kita. nak keluar rumah pun xbest.fkrla utk masa dpn anak2 kita. jgn biarkan politik memecah belahkan kita. adik-beradik sndiri pun bleh bergaduh sbb berlainan fhmn politik.apa sudah jd?Islam menyaran kta bekerjasama & bersatu-padu walaupun dgn berlainan agama. kita patut berfikir semula dgn keadaan skarang. org rmi terlalu ekstrim dgn fhmn politik msng2.so, gunakanla blog dgn sebaik-baiknya.
Neutral man.
Pemimpin DAP selangor bukan kah tempat perlindungan kongsi gelap. Kegiatan haram maksiat telah dihalalkan.
BPR BUKAN GANGSTER tetapi nak ambil maklumat duit pweruntukan kerajaan ini dilaburkan kedalam kegiatan kongsi gelap. Yang bagi maklumat dekat bpr orang dap juga.
Perniagaan yang menguntungkan semasa ekonomi meleset ini ialah perniagaan kongsi gelap yang dilindung pihak kerajaan.
Adakah Teo juga terbabit dengan penyalahguna dana peruntukan wakil rakyat?
Polis perlu membuat penyiasatan terperinci terhadap Tan Boon Hwa kroni Ronnie Liu.
Modus operandinya telah terbongkar.
Bagus Pak Bakaq, apa yang dicerita bukan nak cari salah siapa-siapa. Cuma memberi peluang kepada pembaca untuk menggunakan akal fikiran yang ada bagi menilai mentafsir dan membuka fikran supaya lebih terbuka terhadap perkara-perkara yang tak semestinya berpihak kepada apa yang kita suka. Macam orang parti pembangkang yang terpaksa membaca ulasan akhbar dan TV perdana, mereka juga akan menilai kebenaran apa yang disiarkan itu. Kalau tak betul, tugas mereka bidas dengan fakta dan bukti-bukti yang jelas. Sebab tu ada dua mata dan dua telinga, dua-dua kena tengok dan kena dengar. Lepas tu gunakan satu akal dan satu hati untuk buat keputusan. Itupun kalau akal tu boleh berfungsi le... hehehe...