Sedap!! Klik gambar di atas!

Utusan Malaysia semakin menghiburkan

Bacalah apa tersirat dalam laporan Utusan Malaysia di bawah. Berita Harian juga mengambil dari sumber yang sama. Tetapi, mungkin editor Berita Harian tidak sehebat editor Utusan Malaysia. Tak perlu marah-marah. Utusan Malaysia mempunyai hak demokratik untuk menulis berita dengan gayanya yang tersendiri. Lagipun, di zaman Internet ni, kawan saya kata "every citizen is a jounalist". Anda boleh melaporkan dengan jujur.
Nik Aziz mohon maaf kepada Nasharuddin

Utusan Malaysia (23/6/09): Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini memohon maaf serta menarik balik semua kenyataan yang dilemparkan kepada Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa termasuk meminta beliau meletakkan jawatan dalam parti itu.

Nik Aziz memberitahu, segala isu di antara beliau dengan Nasharuddin tidak lagi berbangkit.

''Setelah berbincang dalam perjumpaan khas di Ibu Pejabat Agung Pas dalam semangat kekeluargaan menangani masalah dalam beberapa isu politik yang dibesarkan oleh media, kami bersetuju melupakan perihal salah tanggapan di antara pimpinan atasan parti akibat permainan politik murahan UMNO,'' katanya.

Nik Aziz membacakan kenyataan akhbar selepas mengadakan perjumpaan khas di antara beliau dengan Nasharudin di sini hari ini.

Perjumpaan khas itu turut dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; ketiga-tiga Naib Presiden iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

Nik Aziz sebelum ini meminta Nasharudin meletak jawatan daripada parti dan menyertai UMNO jika beliau terus mendesak meneruskan idea kerajaan perpaduan dengan UMNO.

Abdul Hadi pada hari pertama muktamar parti itu di Shah Alam pada 5 Jun lalu mempertahankan ideanya untuk melaksanakan konsep kerajaan perpaduan kerana yakin ia mampu menyelesaikan banyak masalah yang berlaku di negara ini.

Katanya, pemimpin-pemimpin Pas bersama dalam satu saf yang padu untuk terus bersama memperjuangkan keazaman parti bagi mendaulatkan Islam di persada tanah air.

''Kami juga bersetuju sebulat suara polemik kerajaan perpaduan dihentikan serta merta seperti mana diputuskan oleh Presiden Pas bersama pimpinan pakatan dalam kenyataan bersama di bangunan Parlimen yang menolak sepenuhnya idea itu,'' katanya.

Nik Aziz tarik balik kenyataan terhadap Nasharuddin

Berita Harian (23/6/09): Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam menarik balik kenyataan beliau terhadap Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, yang mahu Ahli Parlimen Bachok itu melepaskan semua jawatannya sekiranya menyokong cadangan kerajaan perpaduan.

"Saya selaku Mursyidul Am Pas menarik balik segala kenyataan saya terhadap Nasharuddin dan dengan itu ia tidak berbangkit lagi," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi parti itu di Ibu Pejabat Pas, Jalan Raja Laut di sini, semalam.

Menteri Besar Kelantan itu, meminta Nasharuddin meninggalkan Pas selepas beliau mengeluarkan kenyataan yang menyambut baik hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bagi mengadakan perbincangan dengan Pas mengenai kerajaan perpaduan.

Nik Abdul Aziz yang menentang sekeras-kerasnya cadangan kerajaan perpaduan yang diilhamkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, membidas Nasharuddin dan menganggap tindakan pemimpin nombor dua parti itu sebagai sampah.

Pada pertemuan yang dihadiri Abdul Hadi, Nasharuddin dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, Nik Abdul Aziz berkata polemik mengenai kerajaan perpaduan sudah berakhir.

Katanya, keputusan untuk menghentikan polemik mengenai kerajaan perpaduan dibuat presiden parti itu sendiri bersama pemimpin Pakatan Rakyat yang lain dan menolak sebarang perbincangan mengenai perkara itu dengan Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan perihal salah tanggapan yang berlaku di antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik murahan Umno dan akhbar aliran perdana mengenai kerajaan perpaduan.

"Dengan berakhirnya kemelut ini juga, kami semua pimpinan tertinggi parti ini akan turun beramai-ramai pada hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Manek Urai, Kuala Krai, bagi memberi sokongan," katanya.
Berkaitan:
Hadi's (temporary) promise (Sin Chew Jit Poh 23/6/09)
Kemelut PAS: Nasharudin masih 'menyepi'? (mStar Online 23/6/09)
Tiada poster Hadi walaupun isu k'jaan perpaduan reda (Malaysiakini 23/6/09)
Nik Aziz tarik balik minta Nasha keluar PAS (Malaysiakini 22/6/09)
Thin loyalties in Malaysia (Asia Times 23/6/09)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. dalam pertemuan dengan PR. Lim guan eng bangkitkan isu Kerajaan perpaduan. Lim hentam gile-gile hadi sampai hadi tersedu-sedu menjawab. lim siap baca terjemahan hadis lagi. tapi stopa ali sound kata, tak betul. lim cakap. cara stopa ali sound itu macam UMNO sound dia baca quran.

    hadi memang tergagap nak jawab. stopa ali tolong jawab. stopa ali jawab lancar. pelik betul. sapa punya ide kerajaan perpaduan ini. hadi atau stopa ali. sebab. hadi senyap. yang banyak cakap stopa ali.

    aku rasa. semua ni angkara stopa ali.

    aku tak puas hati isu ni diam macam tu saja. aku syak. mesti ada orang belakang hadi untuk buat kerja-kerja bodoh ni.

    aku syak dua orang saja. stopa ali atau nasha...

    ini maklumat dari dalam meeting PR di parlimen.

  2. Salam

    Kadang-kadang tak baca 2 akhbar nie , satgi dok rasa kena pebodo sebelah pihak. Bila baca memang menyampah. Akhbar 'alternatif' pon kadang-kadang bila baca nampak peratusan menyampah tu rendahlah tapi macam bermusim rasa menyampah. Baca p lah semua yg ada supaya tak kena 'pebodo'/baca ikut peratusan yg 'menyampah' itu rendah ?

    Perlu Boikot ?
    Macam hangat-hangat taik ayam ja...., tapi yg baik,elok kena kata eloklah, yg tak elok dok diam lagi baguih/meleroghoeh teruslah senang kot ?

  3. salam to all ..

    geli geleman aku baca cara utusan melaporkan !!!LOYA WEEK NOK MUNTAH !!!memang mereka ini baboon...sekarang ini nampak ,macam or seolah-olah TOK GURU KU YG bersalah !!!haram bejadah betuul !!

    LOGIC nya si nasa lah yg kena minta maaf sebab kerana dia,,,kerana dia,,kerana dia dan stopa kita jadi macm ni ...

    Aku percaya kalau lah ada by election di kawasan yg majority nya cina DAN CALONNYA DARI PAS sah kita akan tewas !! "LU OLANG AAH LILAH(LIDAH)LU ADA BENKANG BENGKOK (BERCABANG),HATI MANYAK BUSUK ! PENIPU !LU OLANG MAHU KAWAN SAMA ITU UMNO ,GUA MAHU IKUT CARA ITU UMAR ABD.AZIZ / MAHU KAWAN HANYA DGN TOK GURU NIK AZIZ ,,RUMAH TOK GURRU AAH BIASA JER MAA TAPI RUMAH ITUU OLANG AYOOYOO AMMA MANYAK BESAR OOH !! GUA TAK TAU MACAM MANA ITU OLANG BOLEH BELI ITU RUMAH OOH ...GUA RASA BILA TOKGURU TAK ADA NANTI ITU OLANG AKAN CARI UMNO LAGI MAA...GUA BERDOA PADA TUHAN ALLAH SUPAYA TGNA PANJANG UMUR LOO DAN BIAR ITU OLANG MATI DULU LOO!!!

    WAJAR KAH NASA DAN STOPA LETAK JAWATAN DAN JADI AHLI BIASA !!!RELEVANT LAGI KE NASA DAN STOPA DALAM SAF PIMPINAN PAS !!!bro comment lah sikit !!!!

    WALAUPUN ISU " KERAJAANG PERPADUANG" INI DI ANGGAP SUDAH "SELESAI' PADA ZAHIR NYA TAPI SELAGI BALACHI UMNO MASIH ADA LAGI DALAM SAF KEPIMPINAN PAS MAKA SELAGI ITU LAH ISU INI DIANGGAP BELUM SELESAI ITU AKU RASA PANDANGAN KEBANYAKAN AHLI-AHLI PAKATAN RAKYAT ....

    kERANA DIA,KERANA DIA ,OOH KERANA DIA...

  4. Memang Utusan menghiburkan... ruang hiburan dah terlimpah ke ruang berita utama...

  5. Walau apa pun Nasa telah di sampahkan oleh TGNA.
    Maafkan kami.

  6. senada dgn statement MSO...

  7. semua orang tahu utusan tu macam mana yang betul cuma no ekor je

  8. Kami adalah kumpulan pancaragam, The Unspinners.

    Kami dendangkan lagu-lagu kebenaran dan merungkai pembohongan dan putarbelit.

    Sila mampir untuk mendengar lagu-lagu dari album terbaru kami seperti:

    1. KY Jelly boleh hilangkan kesan tetapi ...
    2. Mahaliwat Desperado nak tangguh kes.
    3. Mubahalah tak mau, Mahkamah tak mau

    Mintak letak link di malaysiakita. Boleh ramaikan peminat.

    Terima kaseyyyyy ...

  9. tok guru nik aziz tarik balik dan minta maaf kat ust nasa sebab dia sedar dia dah tersilap dan terlajak kata tanpa melihat teks ucpan ust nasa yg penuh. bila ust nasa baca balik teks penuh kat depan dia dan tanya kat mana silap...dia dah tak boleh nak jawab....inilah masalahnya bila ada pembantu yg buat kerja-kerja bodoh beri maklumat yg salah..

    tapi sekurang-kurangnya terserlah lah sifat mulia seorang ulama apabila sanggup untuk menarik balik kata-katanya dan meminta maaf apaila tersilap....bukan mcm kebanyakan org kat sini.

  10. Salam Pak Bakaq,

    Yang sebenarnya, Nasha memohon maaf atas ketelanjuran sikap dan kemudian TGNA menarik balik kenyataannya. Betul ke gitu Pak Bakaq??? Minta kepastian dari Pak Bakaq. Jika TGNA meminta maaf dan menarik balik kenyataan (Utusan) ATAU menarik balik kenyataan (BH) nampak macam TGNA yang salah dan kena rela hati mohon maaf. Jika Nasha tidak pernah minta maaf tetapi TGNA yang meminta maaf, benarlah Nasha ... salah TGNA. Betullah apa yang Nasha telah buat sebelum ini.HIDUP NASHA .. HIDUP UG .. HIDUP UTUSAN .. HIDUP BH ... mana Harakah mana Siasah. Cuba baca, sama macam BH .. lepas ni kita boikot pula lidah PAS. Buka lidah .. dah jadi TANDUK.

  11. Ucapan Hadi Awang dalam muktamar PAS yang lalu, yang mengatakan, “ pintu rundingan dengan sesiapa pun tidak boleh ditutup kerana bertentangan dengan hukum Allah”
    Mulanya Hadi Awang bercakap atas hukum Islam mengenai perpaduan yang sememangnya wajib. Hadi Awang, pendirian mulanya tepat dengan hukum Allah, tetapi setelah mendapat nasihat dari Anwar Ibrahim, Karpal Sing dan Lim Kit Siang, pendirian Hadi Awang terus berubah. Kalau Hadi Awang ulama yang tegas, pastinya ia akan bertindak seperti kata Fathi Yakan, Tetapi sekarang Hadi Awang sendiri merosakan Islam kerana berpakat dengan musuh Islam iaitu DAP. Apakah DAP lebih baik dari UMNO pada kaca mata pemimpin-pemimpin PAS? Apakah DAP menyokong cita-cita PAS dalam menegakan Islam di tanah air kita? Ini semua persoalan besar yang PAS harus jelaskan kepada masyarakat Islam Malaysia. Kalau dengan DAP, kafir yang menentang Islam, PAS sanggup bekerjasama, maka apa alasan Islam PAS menolak untuk berunding dengan UMNO. Apakah ucapan Hadi Awang dalam muktamar PAS itu hanya satu sandiwara politik PAS? Apakah Hadi Awang tidak takut berdosa kepada Allah?

    Rakyat Malaysia yang mampu berfikir, lihat dan telitilah dengan mendalam mengenai perpecahan Melayu sekarang, kerana Anwar Ibrahim ingin memenuhi cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri, maka PAS turut terpesong mengikut rentaknya. Anwar Ibrahim amat jelas berbohong, dalam kenyataan akhbar, beliau berkata, “ Kerajaan Perpaduan adalah FITNAH DAN TOMAHAN JAHAT UMNO”.

    Inilah sifat manusia munafik Anwar Ibrahim. Yang mencadangkan Kerajaan Perpaduan ialah Hadi Awang, bukan UMNO. Seluruh rakyat Malaysia lihat dan dengar ucapan Hadi Awang itu. Sekarang UMNO yang dituduh memfitnah. Itulah sifat sebenar Anwar Ibrahim

  12. Dengan bongkak pemimpin/penyokong PAS yang tolak perpaduan kata UMNO dah nak mati sebab itu terhegeh-hegeh hendak berbaik dengan PAS. Punyalah sombong. Pada hal TERANG-TERANG isu perpaduan ni dimulakan oleh PAS sendiri. UMNO cuma berbaik sangka dan menyambutnya dengan terbuka. Tapi mereka pusing cakap, seolah-olah UMNO yang nak sangat. Konon UMNO hidung tak mancung pipi tersorong-sorong, pada hal mereka yang sua muka dulu.

    PAS kena nilai dari segi kekuatan, kedudukannya SANGAT JAUH di belakang UMNO. Jumlah kerusi dalam PRU lalu, UMNO lebih dua kali ganda. Di Kedah pun kalau orang UMNO tak cantas-mencantas sama sendiri jangan harap PAS nak boleh perintah. Dan jangan ingat pisang akan berbuah dua kali. Jadi janganlah sombong. Lagi pun sifat macam tu tak kena dengan imej Islam yang PAS bawa.

    Saya tak kisah PAS kuat. Saya tumpang bangga sebab PAS itu mewakili saudara yang seagama dan kebanyakannya sebangsa saya juga. Tapi janganlah angkuh sangat. Jangan ingat kita terlalu kuat sampai orang lain menyembah-nyembah nak berbaik dengan kita. Kalau kita kuat, mengapa kita tunduk pada DAP dan PKR?

    Saya ucapkan PAS berbahagia dengan Pakatan Rakyat. Tapi percayalah selagi ada DAP, jangan haraplah PAS nak boleh laksanakan separuh daripada matlamat perjuangannya. Harap menang sorak sajalah

  13. NASA KO TURUN BAIK2 BOLEH TAK
    AKU X BOLEH LAA ORG ASYIK MEMPEROLOK'N
    NAMA TOK GURU DAN TDK HERAN DGN ISLAM..
    OLEH ITU AKU HARAP KO TURUN AJE DR TP TU
    BOLEH KANKANKANKAN........
    AKU HARAP KO SEDAR N FAHAM YAAAA......

  14. ok la tu , dah selesai. tapi ada sorang budak pkr komentar kat atas sekali nun macam ta puas hari kes ni dah selesai.. masih lagi nak tanamkan kebencian org terhadap stopa dan nasha... harem jadah punya budak.. hang ingat hang dan pkr best sangat ka? islam takkan hilang dgn hilangnya pkr. jgn perasan best? ptuihhhh

  15. salam tuan,

    bila lah nasha nak mintak maaf ni.....

    bukan hanya pada tg nik aziz tapi pada semua rakyat malaysia yang mengundi PAS masa PRU dulu.

    bukan pasal UG tetapi kerana dia berbohong....

    ABJ

  16. dipetik dari blog husin ...

    Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun. Dari tanah kau datang, kepada tanah kamu akan kembali.

    Haji diumumkan pulang ke rahmatullah malam. Sepanjang hidup Haji, dia aktif dan merupakan pemimpin politik PAS yang memperjuangkan gagasan daulah Islamiah.

    Nasib dia meninggal semasa dah pencen. Kalau tidak, satu lagi pilihanraya kecil Muhyiddin kena ketuai.

    Mayat Haji dimandikan, dikapankan dan disembahyangkan. Sempat anak-anak, saudara mara dan sahabat seperjuangan menghantar mayatnya ke kubur untuk dikebumikan. Selesai dikebumikan, orang ramai pulang.

    Maka datanglah malaikat mungkar nakir untuk memulakan temuduga. "Marobbuka," kata Mungkar Nakir. "Siapa tuhan kamu?"

    Haji jawab dengan tenang, "Allah tuhan ku."

    Kalau ikut penerangan ulamak, roh yang menjawab.

    Mungkar Nakir tanya soalan kedua, "Apa Agama kamu?"

    Roh Haji menjawab tanpa ada tersekat-sekat, "Islam ugama ku."

    "Siapa Nabi kamu?"

    "Muhammad," jawab Haji.

    Ditanya, "Apa Kitab kamu?"

    Mudah lagi dijawab, "Quran kitab ku."

    Mungkar Nakir tanya, "Di mana kiblat kamu?"

    Haji jawab, "Mekah, kiblat ku."

    Soalan terakhir dan Haji sudah pasti lepas dari seksa kubur. Mungkar Nakir bertanya, "Siapa Saudara anda?"

    Alamak dah mati pun ada soalan politik. Kena jawab benar. Anggota kita tak dapat tipu. Dengan agak teragak-agak Haji menjawab, "Uhhh ... DAP dan PKR."

    Dengan suara yang kuat bagaikan halilintar, Mungkar Nakir menjerit, "Kenapa DAP dan PKR????!!!!!

    "Kamu sepatutnya bersaudara dengan orang Islam. Sebagai pemimpin Islam, kamu sepatutnya menyatu padukan umat Allah di muka bumi. Salah kamu memecah belah, menipu menuduh, dan tidak membela saudara kamu!!!"

    Haji menjawab dengan suara yang bertambah halus tergetar-getar dari ketakutan, "SSS ...ssaya nak satukan baba .. balik tetete ... tetapi Nik Ajis tttak ... tak tak ... tak bagi ..."

    Mungkar Nakir rasa hairan. "Ohhhh ... gitu."

  17. hahahaha teman memang tak beli utusan meloya sejak 2001. semuanya gara2 reformasi meyebabkan akhbar yg teman kenali sejak tahun 79 terus tiada dlm hati. hampeh je muntahan utusan meloya ni. kalau tak baca bukan mati pun muahahaha

    projek terbaru teman ialah tak nak tengok tv3 hahahahaha bukan setakat berita hampeh tu. setakat ni dah berjaya 3 bulan sejak april lepas. bukannya teman tak tahu hal2 semasa pun kalau takde tibi3 ni muahahahahah

  18. idea perpeduan tu stopa ali punya idea ker

  19. punca masalah perlu dikenalpasti, tindakan perlu diambil, "jika fatimah mencuri..." sabda nabi saw. mana boleh habis gitu je, ni bukan perkara kecik oi. takkan kisah 'berbohong' boleh habis gitu sahja? bodoh laa, maaf ye. aku orang pas gak, takleh terima 'sapu bawah karpet' ni. apa, ulama pung nak amal konsep 'sapu bawah karpet' ko?

    anon no 1, tak dok orang lain doh, sebab dia hazam pasal subjek tu. dia bukan seluk lagi, masuk terus dalam pekasam. corng dia kat ganu, ketua pemuda pas, dok duli ssapo, masih nak bincang dengan umno. kata tak cerdik, marah. 'bincang ngan umno, bincang ngan umno, bincang ngan umno' dah jadi wirid harian pas ganu gamaknya. guano dok, nampak peluang pasal umno ganu bermasalah. offer harun taib nak tubuh kerajaan perpaduang ganu tak habis lagi tu. dengan stadium runtuh pun tak leh ambik iktibar...

  20. anon no 1, apa sebab stopa dilantik sbg setiausaha agong? untuk ada umph dilantik sebagai menteri, setiausaha agong, mesti la... kalau setakat pj pas trengganu atau pengarah pilihanraya pas, mana boleh dapat jawatan dalam kerajaan perpaduang, dok gitu?

  21. Orang melayu/Islam harus sedar PAS bukan lagi parti yang memperjuangkan Islam.

    Perjuangan PAS hari ini se mata2 untuk berkuasa. Nik Aziz, Hadi Awang, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang semuanya ber cita2 untuk ke Putera Jaya.

    Perjuangan Islam dalam PAS sudah terkubur apabila PAS sanggup bersengkokol dengan DAP.

    DAP serpihan dari PAP yang memerintah Singapura sekarang. Prinsif parti itu ialah menyamaratakan semua kaum dan bangsa.

    Tetapi lihat sekarang, apa dah jadi kepada melayu Singapura, melayu Singapura sudah kehilangan kuasa politiknya secara total.

  22. komen dr yg first tu..2.26pm
    betul ker???????
    jgn main bantai jelah....
    aku tngok lim guang eng tak masukpun meeting time tu..tak terlibatpun time meetg kat prlimen...
    jgn main ikut smber jerr...betul or tak tak mbik kisah...
    pe hal la korang sume sini ni...
    cam Sampah yg menyumbng kearah kekotoran!!!!!
    *SAMPAH! pnjm dr ugkpn TGNA.
    dah2 la...pak bakaq...maluat dah aku ngn komen perosak yg tak bis2 ni....

  23. UMNO da habis modal..kena la guna Utusan sbg talian hayat

    www.pahlawanrakyat.blogspot.com

  24. Saya dimaklumkan oleh org yang hadir sebenarnya Tok Guru rasa bersalah amat sangat kerana tersalah anggap pd Nasa dan setelah diperjelaskan oleh Nasa, TG setuju dgn Konsep Kerajaan Perpaduan (UG) dan bersedia utk dilaksanakan, tapi statement menolak UG tu yang tersilap tulis. Macam mana nak buat sekarang?

  25. ANOM 22 .. !!!!

    TAK KISAH LAH SIAPA ANDA,ASALKAN PAS -UMNO TAK BERSATU ,,HANYA DUA -TIGA KERAT PEMIMPIN JER YG NAK ,,KALU GATAL PUNGGUNG IKUT LAH MACAM NAKHAIE TUU ...BOLEH BERDAKWAH KEPADA SESIAPA PUN ,,ASALKAN JGN BERDAKWAH DALAM GELAP JER /

    INGAT KITA LAWAN UMNO BUKAN KERANA MEREKA UMNO ,TAPI KERANA MEREKA MENGATAKAN POLITIK SUKU ,AGAMA SUKU ..SO JGN JOINT ORANG 3 SUKU INI ..

    "USTAZ NOK JOINT UMNO SEBAB UMNO NOK BAGI JAWATAN ,MENTERI/TIM. MENTERI SHEIKH ..PAKATAN RAKYAT MANA ADA SHIEKH" ...PROJEK BANYAK BOLEH BELI BANGLO MEWAH PULOK KAT OVERSEA , BELI KAT MALAYSIA NANTI ORANG TAU !!!PAPARAZI RAMAI

  26. slm semua dahlah berbicara pekara yg tidak ada faedah...skrg bersatulah utk memperjuangkan hukum Allah di Malaysia

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008