Sedap!! Klik gambar di atas!

Tok Guru Nik Aziz suruh Nasha keluar PAS

Saya dah sahkan dengan kawan-kawan di KB. Memang berita mStar Online di bawah adalah sahih:
Kerajaan perpaduan: Nik Aziz mahu Timbalan Presiden keluar PAS

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini meminta Nasharuddin Mat Isa melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden parti dan sebagai Anggota Parlimen Bachok jika berhasrat meneruskan agenda kerajaan perpaduan.

"Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas pakatan pembangkang.

"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok. Apa buat sampah, menyusahkan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Katanya cadangan mengenai kerajaan perpaduan antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) adalah satu perkara yang dilontarkan oleh "boneka Umno" untuk menimbulkan kecelaruan dalam PAS serta pakatan pembangkang.

Nik Abdul Aziz mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang yakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan kerajaan perpaduan seperti mana yang dicetuskan oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, baru-baru ini.

Perdana Menteri berkata beliau mengamalkan sikap terbuka dan sedia mendengar serta menimbang apa jua cadangan yang akan dikemukakan oleh PAS.

Sebagai reaksi, Nasharuddin berkata PAS berpendirian terbuka untuk perbincangan tentang perpaduan dan bukannya kerajaan perpaduan kerana parti itu melihat ada peluang untuk memberikan cadangan-cadangan baik kepada kerajaan bagi membantu menyelesaikan kemelut politik, ekonomi dan sebagainya.

Nik Abdul Aziz berkata beliau kesal dengan pendirian Nasharuddin kerana PAS di Kelantan telah menerimanya sebagai calon untuk bertanding di Bachok pada pilihan raya umum 2008.

Katanya PAS dan pakatan pembangkang kini telah masuk perangkap Umno berhubung isu kerajaan perpaduan sehingga menimbulkan pecah-belah dalam kalangan mereka.

"Orang Umno sekarang ini sedang berpesta kerana PAS sedang berpecah dan pakatan pembangkang sedang berpecah," katanya.

Beliau juga berkata jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada pakatan pembangkang untuk jawatan menteri.

"Kalau semua setuju...PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri," katanya.

Nik Abdul Aziz juga berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Utusan Malaysia berhubung satu laporan pada 15 Jun lepas yang memetik beliau sebagai berkata bahawa "nasihatnya mesti didengar".

"Saya nafi sekeras-kerasnya penggunaan "mesti". Semuanya itu selain daripada pembohongan adalah hasutan untuk menghina saya, supaya masyarakat dan mufti benci kepada saya.

"Saya sangat dukacita dan malu sampai dikerah mufti untuk membincangkan kenyataan saya," katanya.

Nik Aziz berkata beliau telah melantik peguam untuk mengambil tindakan itu. BERNAMA
Berkaitan:
Nik Aziz gesa Nasharuddin keluar PAS (Malaysiakini 17/6/09)
Nik Aziz tells Nasha, go join Umno (Malaysiakini 17/6/09)
"Sampah" lebih baik dibuang takut busuk (Misai Merah 17/6/09)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. dah nyanyuk dah Nik Aziz ni...

  2. salam pak bakaq, ka kan dah kata nasha memang betul ari tu main dalam gelap, nah sekarang rahsia dah terbongkar...lawan tetap.....lawan. wassalam

  3. Aku baru nak cakap macam tu lepas dengaq dia cerita pasai UG lagi masa perasmian program komuniti di Dun Perupok semalam. Tapi TGNA dah cakap dulu, tapi takpa lah. Aku cakap lagi... NASHA, HANG PI MASUK UMNO lah.

  4. ya, keluarlah, tinggalkan kami, buat apa kami perlu mendukung biawak hidup? keluarlah sebelum dilontarkan. sudah cukup cakaran kamu di tubuh2 kami...

  5. Salam Che' Bakar,

    kena check samada reporter bubuh kat mulut Tok Guru tu

    Bulan Penuh 2012

  6. Kalau dibuat poll samada org setuju dgn TGNA atau tidak, atau samada org pilih TGNA atau Nasha dan Mustafa, agak2 siapa yg menang?

    Nasha dan Tok Pa, ada berani?

  7. gua setuju!dia yg beria sgt nakkan perpaduan dgn umno..bg dia pergi.

  8. wow

  9. gua setuju!dia yg nak sangat perpaduan biar dia pergi.

  10. Baru ada akai!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    Kalu sekali dgn puak cium umno yg lain pun bagus!!
    Boleh blah dari PAS..tengok kamu semua kuat ke x?rakyat sokong ke x?
    dah le menang atas ehsan Nik Aziz di Bachok..lagi mau buat kurang asam!!

  11. Collecting Blogs
    Para blogger yang dihormati,

    Saya sekarang dalam proses menyenaraikan blog2 mengikut kategori masing-masing. Jika anda berminat untuk memaparkan blog anda disini sila tinggalkan maklumat berikut.

    terima kasih, diatas sokongan.

    I am currently collecting blogs from All Around Malaysia. If you are interested to be listed here, North Krai Latest Blog Headlines lists, kindly leave:

    1. Your blog's name.
    2. Your blog's url.
    3. Your blog's category.

    Thanks for support.

  12. Berjayalah UMNO untuk menghancurkan PAS. Taktik UMNO berbaik dengan Nasa dan Hadi semata-mata untuk porakperandakan PAS.

  13. Sudah jelas dan sudah mengena pun jarum yg dimainkan oleh BN/Umno ni...Memecah belahkan kesatuan PAS dan PR itu sendiri. Kepentingan peribadi (guna dalil akal sendiri) lebih didahulukan dari keputusan yg diambil jemaah. Dah ken kencing kat Perak pun masih tak sedar2 lagi...Nak jadi apa nih..??

  14. perkara seperti ini yang di kehendaki oleh UMNO/BN
    supaya PR berpecah belah, lagi seronok lah depa menggembar gemburkan
    Kerajaan Perpaduan..

  15. ha ha ha ha, hadi tak kena ke

  16. Tahniah!! Dengan hanya bermodalkan serang saraf media akhirnya UMNO berjaya memecah belahkan PAS... Mmg ini yg Pak Bakaq nak kan... Bergembira lah kalian atas sumbangan yg telah diberikan...

  17. Ustaz Nasha jika niat memang kerana ALLAH untuk perpaduan UMAH teruskan jangan dengar kata-kata NAFSU dan EMOSI

  18. memang patut dinyahkan dari PAS si jahanam itu

  19. Nasha...kan dah kena. Ko memandai2 sangat,nmpak sngat ko duk sebelah UBN. pk2 je kata2 TGNA tu......tepuk dada urut perut.

  20. SETUJU!!!!!! SETUJU DG TGNA 1000%. NASHA NAK TIDUR SEBANTAL DGN UMNO LEBIH ELOK KALAU DIA DUDUK DALAM UMNO JE.......

  21. Ini bermaksud kepada Hj Hadi jugak. Dah tua tak kan Hj Hadi tak faham kot.

  22. Gua simple jer...

    Sekali gua tak percaya sama UMNO/BN ... sampai bila2 pon gua tak percaya maaa...

    Sori la... kepada sesapa yang masih ader hati ngan UMNO/BN.... boleh blah la...

  23. selembab lembab Ibrahim Ali, si Nasha ini lagi benggap nampak nya. Ibrahim Ali ada juga hala tujuan hidup nya, terang lagi nyata dan tak ber selindung seperti timbalan presiden PAS nih... Presiden PAS dah cabut ke Eropah macam Ong Tee Keat tak nak jawab kes PKFZ di Parlimen tuh.... sekarang dah terang lagi nyata, persepsi orang ramai terhadap Nasha macam ahli PHR yang dapat "sedekah seks, tak kan nak tolak; dah orang sedekah!"... lebih elok jika resign jadi MP dan buat by-election di Bachok.

  24. idup tok guru !!! tok guru nik aziz la !!!

  25. NASA HADI MUSTAFA
    JGN JD PENGHANCUR
    ATAS NAMA ISLAM
    BODOH......
    AKU BENGANG DAH
    NIE!!!!!!!
    AKU X NAK TGK TGNA
    MENANGIS KERNA AMPA!!
    AMPA NK MASOK2 LAA!!
    JGN ROSAK KAN PARTI!!
    YG DALAM UMNO BOLEH GELAK JE TGK ULAMA PAS WAHABI INI KETAGIH JWTAN!!
    BANGANG2BANGANG2BANGANG2

  26. Gua mnyampah laa tgk muka
    org munafik laaaaa
    yaALLAH tlnglah kami yaALLAH
    ku x bole tgk muka
    nas had mus laaa...
    kenapaku terus mmbenci bila
    ku tahu munafik dlm islam yg terang2
    yaALLAH bntulah agamamu yaALLAH

  27. siasah

    Harap us nasha dapat dihukum oleh ahli PAS tentang kebodohannya bernafsu nak ke UM UM UM No man !!!!!

  28. Harap Us nasha dapat disingkir dari PAS oleh ahli pas yang ada telinga dan mata boleh melihat gerak geri beberapa kerat pemimpin PAS boneka UMno

  29. berambus kau nasha

  30. Nampaknya Anwar dan DAP serta CIA dah berjaya memporakperandakan PAS dan UMNO pula mendapat nama buruk dan orang Islam keseluruhannya akan kalah! Dan pemberi pendapat di atas kebanyakannya adalah penyokong Anwar belaka.

  31. Masa jadi ahli parlimen di kedah dulu dah lawan azizan, di kelantan ni nak lawan TGNA pula, aiiii jahatnyeeee

  32. ni dr blog banjari yg mendapat penjelasan dari mulut TGHH tntg UG..
    (COPY PASTE SBIJIK DR BLOG BANJARI)

    (10) Muktamar PAS (review) - Hikayat UG : Lampu Hijau vs. lampu Merah

    Bismillahirahmanirahim…

    Pada tanggal 03 June 2009, jam lebih kurang 10.30 pagi saya bersama rombongan ahli kariah al-Muttaqin berkunjung hormat ke kediaman YB Dato seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang, (TGHH ) di kediamanya di Rusila Marang Terengganu. Kunjungan kami ke rumah TGHH itu sebagai tanda hormat kepada seorang tokoh Ulama’ dan Pemimpin Utama Gerakan Islam Malaysia sesudah kami berehat dan berkampung selama 2 malam di Pulau Kapas bagi memenuhi taqwim aktiviti tahunan kami.

    Dalam pertemuan selama lebih kurang 1 jam itu pelbagai isu dan nasihat yang diutarakan oleh TGHH disamping kami dapat mengajukan beberapa soalan kepada TGHH. Saya sendiri yang mengutarakan soalan kepada TGHH mengenai 'Unity Government' atau Kerajaan Perpaduan ini. Dengan gaya bersahaja dan tampak bersungguh TGHH menerangkan kepada kami mengenai UG ini.

    Apa yang dapat saya kongsikan sedikit mengenai UG ini yang saya dengar sendiri penjelasan panjang lebar dari TGHH dalam keadaan fizikal saya yang waras dan kini pula sedang menulis pun saya masih berada dalam keadaan waras mental dan fizikal saya. TGHH menerangkan kepada kami ; 'Unity Government' bukan bermaksud untuk membawa PAS masuk kedalam BN atau berkahwin dengan UMNO!!! UG yang dimaksudkan oleh TGHH ialah satu lontaran idea untuk menubuhkan kerajaan perpaduan tanpa pembangkang dan semua parti politik duduk sebagai kerajaan dengan di dominasi oleh pemimpin Melayu yang kebetulan menjadi majority terbanyak dalam Parlimen. Idea ini juga jelas TGHH hanya releven semasa zaman Pak Lah memimpin kerajaan pusat dahulu dan kini ia sudah tidak releven lagi pada zaman Najib sebagai PM. TGHH juga menjelaskan idea ini juga telah diterima oleh Pak Lah namun Pak Lah tidak berani untuk melaksanakanya bahkan Pak Lah juga takut untuk membuka mulut mengenainya.

    TGHH juga menyatakan dengan tegas bahawa diperingkat PAS ia terlalu sukar difahami ahli-ahli dan pimpinan PAS kerana sejarah lampau yang pernah dilalui oleh PAS dalam Perikatan dan TGHH menyatakan bahawa idea ini juga sudah tidak berguna lagi dan tiada lagi perbahasan untuknya kerana di peringkat pemimpin dan ahli-ahli PAS telah menolaknya.

    Jelas TGHH lagi, mereka tidak faham akan idea gagasan ini sedangkan pimpinan tertinggi negara seperti yang saya nyatakan diatas telah membuka mata dan menyokongnya, maka tiada lagi lah kenyataan dan lontaran dari pihaknya dibuat. “ saya baru lontarkan pendapat tapi ahli dah geger(riuh rendah) ” kata TGHH sedangkan mereka tidak faham, malah saya dikritik dengan kritikan yang sangat dahsyat, tambahnya lagi.

    Gagasan UG ini sebenarnya satu gandingan mantap semua pimpinan tertinggi semua parti untuk memacu Negara dan meletakan Negara dalam keadaan yang lebih baik, meletakan kuasa mahkamah, Polis, SPR dan sebagainya di bawah Perlimen untuk mereka menjalankan tugas mereka dengan lebih baik dan efisen lagi tanpa ada ganguan dari mana-mana pihak yang berkepentingan seperti yang berlaku sekarang dan ia akan dapat mengurangkan lagi indeks rasuah yang semakin hari semakin melebar dan indeks penyalahgunaan kuasa yang semakin meningkat.

    Sila kee blok banjari online untuk bacaan lanjut tentang ini....

  33. nash hadi stopa temberang

  34. Hapuskan wabak H1N1M1 (Hadi Nasa Mustapa)

  35. Kenapa lah si nasa susah nak fahami isi hati tok guru:-


    "Orang Umno sekarang ini sedang berpesta kerana PAS sedang berpecah dan pakatan pembangkang sedang berpecah," katanya.

    Tokden

  36. Tunggu apa lagi kalau ada maruah!

    Tengok berapa ramai yang pegi masuk UMNO dengan Nasa..

    Kaduk naik junjong!

  37. sesapa yg dalam PAS nak sgt rapat dgn UMNO keluarlah awal2..

    PAS prinsip Islam, UMNO prinsip setan..
    Mmg xleh gabung punya.
    Saya sokong seruan TGNA..
    klu sesapa nak buat pandangan peribadi, jgn libatkan PAS.
    Sesapa dlm PAS yg nak sgt masuk UMNO. korang pergilah.
    Aku klu dgr org PAS kata nak gabung dgn UMNO mmg makan hamun je.

    Xde simpati lgsg kepada sahabt2 yg dibunuh dan dizalimi rejim UMNO.

  38. Yang aku aku copy paste dari statement kat atas:

    Satu:
    "Idea ini juga jelas TGHH hanya releven semasa zaman Pak Lah memimpin kerajaan pusat dahulu dan kini ia sudah tidak releven lagi pada zaman Najib sebagai PM..."

    Kalau dah tak relevan pada zaman Najib kenapa dok sibuk jaja konsep Kerajaan Perpaduan ni semasa muktamar baru-baru ni. Dan kemudian dijaja pula oleh Nasaruddin.

    Dua:
    "TGHH juga menyatakan dengan tegas bahawa diperingkat PAS ia terlalu sukar difahami ahli-ahli dan pimpinan PAS kerana sejarah lampau yang pernah dilalui oleh PAS dalam Perikatan dan TGHH menyatakan bahawa idea ini juga sudah tidak berguna lagi dan tiada lagi perbahasan untuknya kerana di peringkat pemimpin dan ahli-ahli PAS telah menolaknya."

    Dan kalau dah tahu idea tersebut sukar difahami oleh ahli dan dah tidak berguna lagi... SO JUST DROP THE WHOLE STUPID IDEA. Jangan lah dok menceceh lagi dengan Kerajaan Perpaduan ni...

  39. kesian pas nih....

    as i said sebelum nih.... nampak gayanya UMNO YG SAKIT TENAT TAPI PAS YG KIOK DULU NI....

    inilah bahana silap memilih pemimpin... lbh2 lagi apabila timbalan presidennya bercakap dan berfikir menggunakan kepala lutut... tak belajar2 lagik pas nih walaupun masing2 dah mempunyai ilmu agama setinggi klcc

    wait n c

  40. woooiissshhh...tingginya TGNA lompat.....!!!!!!!!!!

    lingkup...lingkup.....

  41. Orang tua nyayuk.

  42. haru..hijau...dah ni... bukannya haru biru dah.....leceh..leceeehh..

    nak lompat pun..berpada pada la...jangan tinggi sangat..takut terselak jubah tu..

  43. Immediately selepas pilihanraya 2008, Nasha dan Mustafa pergi jumpa UMNO. Nak 'explore' jawatan-jawatan yang ditawar UMNO ketika itu. MB Selangor, MB Perak dan tiga kementerian. Syura dan AJK Pusat tak tahu lagi pada waktu itu. Ini semua berlaku dalam gelap kerana 'strategi'. Syura cuma tahu beberapa bulan selepas itu dan AJK Pusat cuma tahu selepas Pak Lah umumkan. Rakan-rakan di Perak pula bertungkus lumus nak bentuk kerajaan Pakatan rakyat! Kemudian mereka pergi kepada PKR dan DAP untuk buat kerajaan bersama di Selangor khususnya. Pada aku ini bukan akhlak Islam. Tengah bertunangan dengan A, tiba-tiba pergi tanya apa offer B kalau nak kahwin dengan B. Ini tak sepatutnya berlaku bagi pemimpin jamaah Islam. Kemudian timbul pula isu UG. Aku sangat paham kalau TGNA cukup keras dalam hal ini.

  44. wala tak wala belakang kira, ..kalau pemimpin tak betul dia ikut syok sendiri….kita kita ramai-ramai sepak dia keluar , ramai lagi org yg bagus boleh kita ambil jadi pemimpin .kalau kita wala sekalipun sampai parti tonggang langgang pun tak guna….(senderi pikir)…..kalau tegur cara baik tak mahu dengar ..masih lagi menggatal….cara apa lagi yg kita boleh guna…..(senderi pikir)….suruh dia letak jawatan sajalah cara nya…….

  45. al-hukmu ala syai far_un an tasauwaurihi

  46. pak bakaq tak gembira ker?ni lah yg pak bakaq nak kan?hidup pak bakaq

  47. Anon .32 :

    Kalau dah cakap UG tak relevan, yang pegi gatal sangat cakap lagi buat apa.

    Dalam blog MSO, TGNA kena bantai cukup2 oleh beliau dan para komentar konon beliau terlalu kasar dan kini hilang kredebiliti sebagai Mursyidul Am. Konon lagi UMNO berpesta dgn keadaan ini sebab PAS boleh berpecah.

    Aku tak setuju! Bagi aku itulah ciri sebenar seorang pemimpin dan mursyidul am sejati! Tegas menolak kemungkaran ahli jemaah!

  48. SALAM to ALL ..

    PAS tak berpecah tapi ini adalah suatu proses penyucian dalam jamaah Islam ...Tahi harus disucu kan atau di samak
    so NASA Apa nak di tunggu lagi Nasa orang dah tak nak awak and ur idea ...Letak jawatan TP and Ahli Parlimen Bachok tuu ..

    ALLAH amat menyayangi parti dan jamaah kita ..

    Mari kita muhasabah diri dan berdoa agar ALLAH satu kan hati kita ...UMNO tuu TAGHUT ...aku malas nak ajar ke Ustaz sebab dulu aku pun belajar dari n dengan ustaz !!! Tapi mungkin ustaz terlupa kut ....NI aku tolong ingat kan YA Ustaz Ya USTAZ, UMNO TUUU TAGHUT /BARUA !! BARUA ..dulu pun ustaz ajar macam tuu ..YA Ustaz Ya USTAZ, UMNO TUUU TAGHUT /BARUA

    Kepada mana-mana YB yang nak beria-ia sangat nak jadi menteri jgn duduk dalam jamaah ini.cuba cerminkan diri kita ..jangan sibuk dengan balak / projek
    TAKBIIR !!!TAKBIIR

  49. salam, ckp releven zaman pak lah, la ni zaman sapa ni? awat dok timbulkan ? awat masa wartawan tanya tak ckp mcm tu. najib tanya c nasa boleh ckp mau bg tau ma presiden dulu . kan bgs cko no komen.

  50. Kadang-kadang saya agak pelik dan hairan dengan sikap dan pandangan Tok Guru Nik Aziz akhir-akhir ini. Beliau kelihatan tidak begitu konsisten dengan pandangannya. Pengamatannya tidak setajam dulu. Pembacaan politiknya semakin mendatar. Kritikannya semakin terbabas. Beliau seperti hilang kawalan. Sedih melihat Tok Guru hari ini tidak sama dengan Tok Guru dahulu.

    Tidakkah Tok Guru sedar siapakah sebenarnya Lee Kuan Yew. Tidakkah Tok Guru membaca sejarah, apa yang telah Lee Kuan Yew lakukan terhadap umat Islam di Singapura? Tidakkah pembantu-pembantu Tok Guru menceritakan kepada Tok Guru tentang nasib umat Islam di Singapura kesan daripada dasar pemerintahan Lee Kuan Yew.

    Sedih melihat umat Islam di Singapura. Seolah-olah dilakukan "ethnic cleansing" terhadap mereka. Orang Islam dipinggirkan. Hak mereka diabaikan. Suara mereka ditumpulkan. Mereka dianak tirikan. Mereka tidak berpeluang berpolitik secara sama rata. Kelibat mereka tidak dibenarkan memegang jawatan-jawatan penting dalam kerajaan. Pergerakan mereka sentiasa dipantau.

    Akhirnya cara hidup kebanyakan umat Islam Singapura tidak ada bezanya dengan kaum dan penganut agama lain. Itulah hasil kerja keras dan dasar pemerintahan Lee Kuan Yew yang ingin melihat umat Islam di sana hidup mengikut acuan mereka. Tidak keterlaluan jika kita labelkan Lee Kuan Yew sebagai agen yahudi/zionis di Asia Tenggara yang sentiasa memantau pergerakan gerakan Islan di rantau ini. Lee Kuan Yew juga menyokong secara terbuka kerajaan Israel/Yahudi di Palestin dan beliau sentiasa memberi sokongan ke atas tindakan kejam tentera Israel ke atas umat Islam di sana.

    Kalaulah orang yang terang-terang menentang Islam dan menyokong Yahudi sebegini boleh dialu-alukan oleh Tok Guru Nik Aziz (sehingga sanggup menunjukkan isyarat tanda "bagus"), kenapa sikap yang sama tidak boleh dipakai ke atas UMNO? Kalaulah dengan Lee Kuan Yew Tok Guru boleh bermuqabalah, kenapa kalau dengan UMNO, sebut pun dah macam berdosa? Kenapa Tok Guru tak tunggu Lee Kuan Yew mengubah dasarnya kepada Islam dulu baru boleh jumpa?

    Beringatlah wahai Tok Guruku...janganlah sampai kebencian terhadap sesuatu kaum/kumpulan itu menyebabkan Tok Guru menggadaikan prinsip ukhuwwah dan mahabbah sesama jamaah dan menutup pintu dakwah kepada hamba-hamba Allah yang memerlukannya


    http://muktamarpas.blogspot.com/

  51. haji nik ni sangat kuat sifat pendendam...tiru perangai syaitan ke?

  52. Dalam Harakah tak keluar pun berita ni...nampaknya Harakah lebihkurang sama dengan Utusan Malaysia..melaporkan berita separuh-separuh ....

  53. aku rasa kalau buat poll di kalangan ahli PAS diantara nik aziz dan ustaz nasha..mesti nasha menang ni..sebab yang duk kutuk nasha bukannya ahli PAS tapi DAP/PKR

  54. Jangan khianati para shuhada' Memali dengan bersekongkol dengan umno...

  55. Beliau juga berkata jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada pakatan pembangkang untuk jawatan menteri.

    "Kalau semua setuju...PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri," katanya.

    Salam,

    Cube check balik statement TGNA tu. Bukankah statement ini menunjukkan yang TGNA setuju UG dengan bersyarat? Ana nampak TGNA seakan setuju dgn UG tetapi oleh kerana kerja-kerja bodoh masih ada, maka TGNA terus menerus mendapat maklumat salah tentang apa maknanya UG.

    Subhanallah, Allah itu Maha Kaya. Manusia diuji dgn bermacam-macam. Ada yang diuji dgn ilmunya, ada yg diuji dgn hartanya bahkan ada yang diuji dgn kejahilannya.

    Sebagai pendokong PAS, ana gusar dgn politik dalaman yang berlaku tetapi ana yakin, Allah akan menjaga jemaah PAS. Bersabarlah mereka yang dihina, usah takut dgn celaan org yang mencela. Sesungguhnya dalam perjuangn Islam, ada lima macam halangan dan cabaran yang akan dihadapi oleh pendokong jemaan Islam dan diantaranya isalah cabaran dari Orang Mukmin yang dengki kepadanya. Bacalah Kitab Bahtera Penyelamat karangan Almarhum Sheikh Fathi Yakan yang wafat beberapa hari lepas.

    Dan sebagai ahli bahawan, takziah ana ucapkan kepada pimpinan yang dihina dan dicerca. Jika anda berpaksikan kebenaran, yakinlah pertolongan Allah itu amatlah dekat. Wallahua'lam.

  56. Pak Bakaq, boleh saya beri ulasan komen dari Anon 32 di atas.

    1. “saya baru lontarkan pendapat tapi ahli dah geger(riuh rendah) ” kata TGHH sedangkan mereka tidak faham, malah saya dikritik dengan kritikan yang sangat dahsyat, tambahnya lagi.

    Ulasan saya, mungkin benar tidak semua ahli PAS yang faham tetapi adakah kami semua diberi penerangan sebelum ini. Mungkin TGHH dan penasihat-penasihat yang tidak faham dengan hasrat kami ahli dan penyokong PAS yang telah diterjemahkan dalam PRU 12. Malah terus berbincang dalam gelap, hanya beberapa hari selepas PRU 12.

    2. "Idea ini juga jelas TGHH hanya releven semasa zaman Pak Lah memimpin kerajaan pusat dahulu dan kini ia sudah tidak releven lagi pada zaman Najib sebagai PM."

    Ulasan saya, jika tidak relevan kenapa perlu disebut kembali didalam UCAPAN DASAR PRESIDEN.

    Harap TGHH dapat berbesar hati untuk menyelesaikan kemelut ini secepat mungkin. Siapa PAS tanpa ahli dan penyokong? TGHH adalah seorang tokoh ulama yang masih kami sayangi dan hormati. Marilah kita sama-sama membuat solat hajat memohon kepada ILLAHI.

    BENAR & KEBENARAN

  57. 'Idea ini juga jelas TGHH hanya releven semasa zaman Pak Lah memimpin kerajaan pusat dahulu dan kini ia sudah tidak releven lagi pada zaman Najib sebagai PM.'
    -TuanGuru Abdul Hadi Awang.

    Jelas dan terang. Tapi mengapa masih ada yang berbicara hal ini sekarang ??
    Itulah masalah nya..! Adakah 'boneka Umngok' ?!!

  58. Terpikirkah geng2 UG ni bagaimana kami nk mnerangkn kpada mereka yg mula nk mndekati pas (atas pagar) dan kepada org2 bukan islam yg mula nk mnyokong pas. skrang ni bnyk org2 ats pagar yg brasa kcewa dgn keadaan ini. ade yg mngatakn "this is the last i give my vote for PAS. After this no more". Spatutnye geng2 UG jgn syok sndri. Di selangor kbanyakkn wakil kita mnang krana undi protes mreka kt UBN. NASHA TAK JAGA NEGERI. tu psl dia tak tahu mcmana susahnye nk mngekalkn kmenangan di setiap negeri. Dsebabkn menang PR di selangor muktamar pn dapat dbuat di stadium dgn jayanya. Klau di bwah UBN jgn haraplaa woiiii.

  59. Ada ke cara nak jatuhkan "nasamusdi"? Kalau ada mcm mana caranya??
    Sapa2 yg tau perlembagaan PAS mungkin blh tulung jawab..

  60. SAPA yang menyesal UNDI nnasha aritu????? FAIL!
    nnasha - dah minta maaf dgn TGNA ke belum???!!!
    kaedah pertama tak mau dgr, skrg ...kena SOUND BAIK PUNYA!!
    muhasabah la kamu nnasha...

  61. bagus la semua pemimpin bercakaran.
    jap lagi ada la bunuh membunuh.
    boleh kita semua praktikkan semua ilmu silat yang ada.
    baru la anak jantan..
    baru la kita semua jadi macam bosnia..

  62. Anonymous 47
    Yang comment dlm blog MSO tu.., saya rasa dia org tu , org umno lah...kalau org PAS tak gitu..

  63. Aku syorkan Team UG (TGHH, Nasha, C.Pa dan geng) dan Team TGNA.....Moh Naik Pentas MArkaz Taman Melewar, Debat Umum sesama kita !!!!! Asyik Ajak UMNO jer Debat, meh lawan dulu sesama dalam kandang...Kecik Taman Melewar, Stadium Shah Alam pun boleh di tadahkan. Mana pergi Muzakarah sesama Islam ...??

    << Aku Pengundi Bachok...counting days to chase that culprit out !!! >>

  64. ahahaha sudah la korang tempelak ustaz nasha buat haper woi? nasha menang timbalan presiden parti secara DEMOKRASI. maknanya dia di pilih oleh PERWAKILAN! hangpa semua sapa nak tempelak orang yang di pilih secara demokrasi?? kenapa nak suruh nasha keluar pulak, dia menang secara sah! yang racun pas supaya anti idea penyatuan ISLAM DAN MELAYU INI adalah puak2 anwar ibrahim! di ulangi, ANWAR IBRAHIM! yang korang jadi gila isim kenapa?

  65. Komen dari htt.muktamarpas.blogspiot.com juga dikenali dengan pasbaru sungguh tak kena,tak relevan dan dikira "orang panjat tiang,kamu panjat bendul".Blog ini penyokong,pengampu dan pendokong Nasaruddin Mat Isa yang dibiayai olih Mustafa Ali dari dana Task Force 2010.
    Dah tak bolih lagi nak "tampung"Nasaruddin Mat Isa,dah hilang kemampuan dan hujah nak sokong Nasaruddin Mat Isa,dah tahu,faham dan insaf suara ramai menyerang begitu hebat,bertubi-tubi dan dengan api yang marak menyala - "penulis-penulis cari makan" ini buka pula kisah Lee Kuan Yew dengan TGNA. Tak usahlah nak gunakan "tektik alih tumpuan" yang dipelajari dari Wan Abu Bakar tu.Lee Kuan Yew adalah tetamu yang berkunjung keKelantan.Takkan ulamak yang kamu semua dokong tu tak beritahu bagaimana nak melayan tetamu.Betul-betul dah kehabisan modal.

    Saudara-saudara pasbaru,"target" semasa ialah Nasaruddin Mat Isa dan TGNA telah pun tembak "boneka UMNO" ini dengan senapang gajah. Jangan cuba nak alih tumpuan orang kepada Lee Kuan Yew.Cara,kaedah dan tektik kamu tu tak berjaya dan tak laku.Pergi belajar lagi dengan Wan Abu Bakar tu dan kalau nak lebih mantap dengan Abu Bakar Chik,pakar perang saraf Trengganu,yang tak berupaya menawan Trengganu dalam 2 PRU yang lepas.

    Terbaca pula kenyataan Mustafa Ali E-Class,mahukan UMNO menerima PKR dan DAP dalam rundingan Kerajaan Perpaduan.Betul-betul muka tak malu.Siapa Mustafa Ali yang hendak menentukan itu dan ini?Siapa bagi dia mandat untuk mengeluarkan kenyataan menyebut syarat?Bukalah dan bacalah Perlembagaan PAS dan tengok apa tugas dan fungsi S/U Agong.Dengan kenyataan itu terbukti Mustafa Ali sah "Godfather" Kerajaan Perpaduan.
    Mustafa Ali menyebut tentang syarat - Sudahkah dia bertanya kepada Lim Kit Siang atau DS Annuar Ibrahim? Bagaimana kalau mereka ini tak berminat nak jumpa UMNO atau tak berminat dengan idea Kerajaan Perpaduan yang karut tu? Mustafa Ali cerminkah sikit muka tu.
    Yang pelik bin ajaibnya bukan UMNO yang berkehendakkan Kerajaan Perpaduan ini,sebagai mana kata-kata Najib - "kita risik-risik dulu".Ikut Adat pinang-meminang,yang merisik ni pihak lelaki.Nampaknya pihak perempuanlah yang "gatal dan biang" sangat,yang "melontar idea"(maksudnya suruh risik).Kalau dah "gatal dan biang"sangat kena apa pula Mustafa Ali nak letak syarat?Inilah betapa bercelaru dan karutnya idea Kerajaan Perpaduan lontaran Hadi Awang.

  66. skarang ni UMNO BN berpesta dgn porak peranda yg berlaku dlm PAS....sebagaimana Amerika Syarikat berpesta apbila puak Sunni n Syiah berantam sesama sendiri di Iraq...AS xdpt kuasai Iraq melalui peperangan...jd AS guna perang saraf utk melaga lagakan umat Islam Iraq...hanya selepas prgaduhan sesama umat Islam barulah AS berjaya menguasai Iraq...begitulah yg akan terjadi dlm PAS sekarang...sebenarnya PAS begitu kuat apabila sokongan org bukan Islam semakin bertambah...jd...utk memecah belahkan PAS..maka strategi spt ini digunakan...memecah belahkan perpaduan dlam PAS...dgn cara ini mudahlah UMNO BN menyusup masuk menyerang hendap PAS dari dalam setelah UMNO BN mengetahui mereka tidak dapat menguasainya melalui pilihanraya(kalau AS peperangan)... sedarlah wahai umat Islam....sama samalah kita bersatu menguatkan Islam......Nyahkan perosak PAS....Sayangilah PAS...Jgn biarkan PAS menjadi mainan politik UMNO BN...ALLAHU AKHBAR !!!!!!!!!!!

    ~SeraiWangi~

  67. kata kat nasha xpa, jgn kata tok guru haji hadi dgn cikgu pa, depa org lama, depa x penah kata apa pon, dgr ceramah tok guru haji hadi kat melawati lepas p/raya 2008, paham elok2, dia ajak umno msk pakatan, bkn pakatan msk umno, dia kata apa,hat nasha ni lama dah, kedah dah tau dah, kelantan br nak kena, hat dulu yg depa gatai undi dia pasai pa, nasib baik aku bkn perwakilan, aku x bersalah, nak marah, marah perwakilan hat undi dia hari 2 la

  68. anon 53, aku ahli pas, daftar kwsn jerai, aku kenal nasha dan aku meluat dia ada paham

  69. Nasha tu menang sikit saje dah tunjuk kurang ajar.

    Dia ingat PAS ni bapak (Stopa) dia punya kot. Dolah Badawi menang tanpa bertanding pun orang UMNO boleh tendang lucut jawatan PM..

    Kalau masih ada maruah berhenti la sebelum orang baling kasut!

  70. salam pak bakaq..aku bersumpah akan menjadi saksi di akhirat nanti atas ape yg ko dah buat,,,aku ulangi lagi...aku bersumpah akan menjadi saksi di akhirat nanti atas ape yg ko dah buat,,,aku ulangi lagi...aku bbersumpah akan menjadi saksi di akhirat nanti atas ape yg ko dah buat,,,wassalam

  71. Pak Bakaq,

    Saya ketinggalan keretapi! Lambat sikit. Apa pun segala permasalahan akan dirungkai dengan jiwa dan hati yang lapang selepas TNGNA dan TGHA duduk semeja. Yang lain hanya persepsi semata. Takkan lah sebodoh itu Ustaz Nasa dan TG Hj.Hadi masuk perangkap UMNO. Yang penting dok semeja bersemuka sesama mereka.

    Kita boleh membuat seribu andaian dan persepsi tetapi akhirnya saya percaya PAS tetap akan berdiri teguh sebagai sebuah parti islam yang dinamik dan penuh dengan sikap keterbukaan. Key atau kuncinya terletak ditangan 'apa yang dikatakan puak Hadi'. Kalau TGHA boleh membuat sesuatu kenyataan yang terang lagi jelas nescaya segala isu yang digembar-gembur sebagai pepecahan akan ditelah zaman (selepas TGHA balik dari luar negeri)percayalah. PAS berdiri bukan diatas landasan dan sikap emosi tetapi 'keterbukaan' dari dulu lagi. Itu kita kena faham. Begitu juga pemimpin-pemimpinnya. Apa pun saya percaya drama ini akan berakhir tidak lama lagi. Kalau tidak, manek urai akan menjadi kayu pengukurnya pada PRK nanti.

  72. Sekarang jalan dah terbukak bro Nasa apo laie tunggu masuk la umNO yang memang dah lamo diidamkan tu.

    Tapi jangan lupo kalau nak bla bawak sekali kroni yang ado dalam PAS tu untung nasib masuk umNO ontah jadi mentori jago pembangunan wanita baru ok kan jang.

  73. Berbahagialah org2 menggunakan blog nie untuk tomah menomah diantara peminpin2 yg berbeza pendapat..pesan ana pada sahabat seperjuangan dgn sebuah hadith riwayat ibnu Majah "Allah tidak menerima daripada pembuat bida'ah sebarang puasa, sembahyang, zakat dan haji,umrah dan tidak juga jihad mereka dan tidak juga taubat mereka dan tidak juga kebaikaan...oleh itu berhati-2 ....Abu Umar

  74. Mustapa ali bersilat sakan nak selamatkan mentee ke-2 nya Si Nasa tu, sementara menunggu mentee no.1 Si Hadi pulang dr kota london. Eloklah sekali2 kena sembur dek tok guru nik aziz, biar depa bertiga tu (3 stooges) sedor diri sikit!

    ~Mat Bond

  75. husam tersenyum gembira..
    pembantu-pambantu bodoh TGNA bertepuk tangan

  76. PAS + UMNO = PAS HANCUR

  77. bodohnya anon 75. demo jangan dok mandai komen je. cari susur galur pencetus angkara, selidik. sape yang bergembira dan bertepuk tangan dengan apa yang berlaku sekarang? kami amat sayu dan pilu dengan apa yang akan menimpa pas. jangan pandang semua yang ditulis sebagai tohmahan. ada di antaranya benar. carilah yang benar itu dan dengannya selidiklah.

  78. Anon 43 said -"Pada aku ini bukan akhlak Islam. Tengah bertunangan dengan A, tiba-tiba pergi tanya apa offer B kalau nak kahwin dengan B. Ini tak sepatutnya berlaku bagi pemimpin jamaah Islam."

    komen - yg dok hina org/ulama, ulama wahabi lah, maki hamun, kerat lidah, tu.... akhlak islam ke..... punya banyak beratus hadith nabi berkenaan perpaduan , kemaafan,timbang rasa tapi perihal jgn kena patuk dua kali je yg dipegang.... inilah namanya mempolitikkan islam...

  79. kesian la kat orang PAS ni, baik Ahli maupun perwakilan yang baru je mengundi ari tu. Masa ngundi tu nape tak pilih betul2? tu la nak sangat ulamak, yang ada ostad.. nah sekarang apa jadi? kan sejarah dah pernah terjadi. memang orang PAS/melayu mudah lupa. hangpa pi dengar ceramah MAT sabu saja je! dalam muktamr ari tu pun dia pesan lagi.Kalu ulamak biar betul2 ulamak bukan cuba2 nak jadi ulamak. nak kelirukan orang PAS. Nasha ni baru lagi dalam PAS. Otak politik pun tak sampai mana. semua jenis bejuang nak jaga perut sendiri je. lain ingat2lah ye!

  80. htt.muktamarpas.blogspiot.com berambus la korang BONEKA

  81. nak gelak part sampah busuk tu....

    anyway nasa kalu lu nak blah ajak la setopa, harun din & harun taib tu sekali

  82. SALAM TO ALL

    Nasa /stopa /harun taib / harun din /tantawi/ ....jangan keluar PAS tapi jadi ahli biasa jer ..jaga anak /cucu /dan bini kat umah dah lah ..ada lagi yg tertinggal ke bakaq ..tolong habaq mai ....

    mari muhasabah diri di pagi jumaat ini .MAMPUS UMNO !MAMPUS UMNO!!! mampus dan semua musuh ISLAM !!!!takut pada ALLAH ...INGAT PESANAN KHALIFAH KITA "TAAT DAN IUKT LAH AKU SELAGI AKU TAAT DAN PATUH KEPADA AJARAN ALLAH DAN RASUL

    MARI BERTAQWA

  83. agaknya nasha punya darjat lg tinggi dari tgna kot

    tah2 lebih tinggi dari tghh

    harap2 tak lebih tinggi dari najib

  84. Ha,dah orang panggil sampah pun tak sedar diri lagi, pegi minta maap cepat2 ler nasha ooiii,Tgna tu bukan marah sampai dalam hati pun

  85. saya rasa kita patut bubar parti PAS dan UMNO kerana BN dengan rasuahnya dan pembunuhan dan pas pula dengan masalah pemimpin seperti MD sabu tetarik dengan syiah.Nasyahudin mahu perpaduan dengan umno yang teruk itu,Sekarang saya pas dan BN bubar parti

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008