
"Berdasarkan kepada pemimpin kali ini seolah-olah pemimpin yang menang bukan keraja kerja yang dilakukan tetapi berdasarkan populariti.Dengan kemenangan Ustaz Nasharudin Mat Isa, Tingkat Empat PAS sudah mula naik tocang. Mereka mula nak mencaturkan siapa pemegang-pemegang jawatan penting di dalam parti itu.
"Kita risau keputusan tadi tamai yang tidak turun ke medan tetapi menang dalam pemilihan. Kita melihat ada di antara dipilih bukan berdasarkan kerja malangnya lagi jika ia dipilih berdasarkan puak-puak" - Perwakilan negeri Pahang, Yusuf Embong (Dari berita Malaysian Insider 7/6/09 bertajuk "Wujudkah ‘chai’ di dalam pemilihan PAS?")
Antara lain, mereka mahu Ustaz Idris Ahmad menjadi Setiausaha Agung dan Ustaz Nik Amar Nik Abdullah menjadi Ketua Penerangan. Tidak ada masalah siapa pun yang akan dilantik ke jawatan mana pun. Presiden PAS berhak berbuat demikian.
Secara naturalnya, Presiden tentulah akan melantik orang-orang yang boleh berkerja dengannya sambil mengambilkira faktor perpaduan parti. Menurut Perlembagaan PAS, beliau boleh berbuat demikian di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Ahli-Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Presiden boleh melantik. Lainlah kalau dipilih oleh muktamar. Beliau terpaksa menerima sesiapa sahaja yang dipilih muktamar walaupun berkali-kali beliau merungut orang itu "tidak membantu".
Tetapi kalau perlantikan pemegang jawatan utama dalam parti dicaturkan oleh penagih-penagih Umno, tidak kira Tingkat Empat atau apa yang digelar Komiti 7, adakah akan berlaku satu lagi fenomena seperti yang melanda Tun Abdullah Ahmad Badawi?Tahniah kutu cikai yang bernama Datuk Wan Abu Bakar dari Task Force 2010.










Cantik? Klik 






Nik Aziz kata malam tadi....bergabung dengan UMNO bereri mengkhianati perjuangan Islam dan PAS......
http://marul77.blogspot.com/
hebat khalid samad berucap , beringatlah kita dengan kata katanya, umno mmg cuma nk lepas diri aje
Geli geleman tengok logo Umno dalam 'logo PAS'. buruk betul, simpang malaikat 44 ... pak bakaq, saya minta sangat kita sama-sama keluarkan
ada bukti pak bakaq? kalau tak dak bukti... baik diam. nanti orang yg pak bakaq sokong akan kalah lagi teruk 2011 nanti
Penarik beca,
Perlantikan baru dalam muktamar ke55 adalah satu ujian bagi Hj. Hadi bagi menentukan hala tuju parti dimasa akan datang. Apakah kumpulan Hj. Hadi ada persamaan dengan kerajaan Mohd. Najib Razak yang disangggah dengan berbagai persoalan setiap masa...?
Hj. Hadi mestilah dilihat dan dihormati sebagai sebagai presiden parti dan juga ulama. Beliau mesti peka setiap sesuatu disekelilingnya. Jangan kerana ampu bodek oleh penolong dan pembantu disekelilingnya maka dia lupa diri sehingga dia merasakan bahawa parti PAS mesti bersama UMNO-BN, bukan bersama dengan PKR dan DAP.
Jika Hj. Hadi tersilap langkah kali ini, maka parti PAS akan berdikari tanpa penyokong parti lain. Ketika itu nak tunjuk bijak, nak tunjuk kuat tiada siapa lagi yang menegur dan menghalangnya.
Tingkat 4 bukan pro Mat Sabu ka?
Salam Penarik Beca...
Dlm persoalan Hj. Hadi nak bekerjasama dgn UMNO tu.... pd sy ler ada 2 sbb cara HJ. Hadi berfikir,
1. Pd ulamak mmg kita terpaksa utk berkerjasama dgn UMNO atas dasar Saudara Islam. Dlm Islam sememangnya kita tidak boleh bersangka buruk sesama Islam. Sekiranya satu lg pihak yg memperjuangkan Islam ingin bekerjasama dgn PAS, bila terkenangkan Pencipta Kita (Allah SWT) dgn sendirinya Hambanya akan tunduk dan patuh pd suruhan Allah melalui AL-Quran dan Hadis. Sbbnya..., kita adalah Hamba Allah.
2. Pd sudut alam sejagat pula, bila difikirkan dlm UMNO ni ada juga org2 munafik, menyebabkan Hj Hadi pun mungkin terfikir akan musuh2 Islam yg dalam UMNO. Betapa banyaknya onak2 duri yg UMNO taburkan pd PAS yg membuatkan semua ahli2 PAS tak lupa perbuatan mereka. Sy pun pernah org2 UMNO fitnahkan. Mmg terasa hati sgt.
Berdasarkan 2 perkara yg sy sebutkan itu, biarlah kita sama2 memikirkan jalan terbaik untuk berhadapan dgn UMNO ni. Apa pun sy bersetuju kedua2 golongan dlm PAS ini.
Salam, saya berpendapar ramai yang kurang berpuas hati dengan kemenangan Ustaz Nasa kerana lebih mengharapkan kemenenangan di pihak Dato' Husam. Saya turut tidak ketinggalan dalam 'arus perdana' itu. Apa yang dibimbangi ketidakpuasan itu sekiranya tidak dinuteralkan segara PAS terpaksa bertatih seperti 20 tahun dahulu ....
Siti, betul, aku sokong memang ramai yang tak puas hati dengan kemenangan ustaz nasa, tapi yang ramai tu bukan darang kalangan pejuang PAS, tapi ramai dikalangan tukang karut dikalangan blogger2. Kebanyakan bloger dipasang dan dirasuah oleh HUSAM atau MAT SABU. itu nampak macam banyak.
Undi dan keputusan pengundian menunjukkan statistik sebenar dan realiti sebenar, bukan blogger.
Takbir!!!!
Saya merasa agak pelik di dalam pemilihan Pas. Yang berpengalaman menarik orang-orang luar masuk dan mengundi Pas tidak diberikan keutamaan dalam jawatan tertinggi Pas. Kebanyakan yang terpilih adalah yang belum terbukti mampu menarik orang awam. rata-rata ahli dari trengganu yang menjadi ahli tertinggi Pas. Walhal semua sudah maklum apabila Pas memerintah trengganu dulu ramai yang tidak berpuas hati. Hasilnya Pas trengganu hanya mampu bertahan satu penggal jer. Jadi dimanakah kejayaan mereka sehingga dipilih menjadi ahli majlis tertinggi.
Assalammualaikum....memeng Islam menuntut umatnya berbaik sangka dgn sesama Islam..malah dgn bukan Islam pun kita kena berbuat baik ....TETAPI ISLAM menuntut umatnya menentang org2 Islam yg munafik...seperti kebanyakan org2 umno.. fikir2 kita...berkata benarlah walaupun pahit.
Sebenarnya saya sendiri tak berapa yakin dengan sistem pemilihan yang dikendalikan oleh Mustafa Ali. Pertamanya, beliau sendiri adalah penyokong kuat Nasha dan turut berkempen untuk Nasha. Undi yang diperolehi tidak melambangkan kecenderungan para perwakilan. Nombor boleh tepat 480. Tak logik. Pada hari perasmian muktamar yakni sebelah paginya waktu Presiden baru nak sampaikan ucapan dasar, Nasha dapat satu panggilan drp sorang 'Datuk' menyatakan esok beliau akan menang Timb Presiden dengan 60% undi. Dan tepat sekali ......
salam..pada sayalah pas and umno sama jer.semua kuat mengumpat antara satu sama lain.tapi kalu setakat umpatan dalam tulisan tu bley dimaafkan lagi.tapi kalu umpatan dari lidah sewaktu ceramah tanggung sendirilah.saper makan cili rasa pedasnya.di sarankan supaya buang yang keruh ambil yang jernih.yg susah memaafkan org tu tandanya dia dah tua dari segi usia dan akal.jangan jadi contoh pada generasi akan datang.mereka bersih seperti kain putih jadi jangan sogokkan dengan perangai org2 tua yang suka sensitif..kecik ati..n tidak pemaaf. semoga semua bloggers di sini akan sentiasa di berkati Allah.dipanjangkan usia n akal fikiran serta di murahkan rezeki..kalu bolehla tolong la jenguk2 sikit di website malingsia.com apa kata korang abt dat matter.
Saya nak tanya sikit, bila Karpal Singh cakap langkah mayat dia dulu utk tubuh negara Islam, tadak pun org PAS bising? Apsal diam je kalu kena belasah dgn DAP? Penakut sgt ke org PAS ni dgn DAP? Apsal Pas je yg kena jaga hati DAP? DAP layan PAs mcm Pas ni mangkuk sgt je. Teruk sgtkah UMNO kalu compare dgn DAP?
Nabi pun ampunkan umat. Tak boleh ke Pas maafkan UMNO?
Kalau takda bukti diam je lah
Kita serupa!!! PAS dan Umno adalah sebuah parti politik! Sandaran Umno pada Melayu sandaran PAS pada Islam! Dalam hati siapa tau!
ampa x tau apa, kami pas kedah tambah pas jerai kenai sgt la ustaz nasha, baik mmg baik, tapi x reti buat keja ckp pandai buat apa
Den dan rakan rakan yang bukan kaki politik bersungguh betul sokong dan undi PR terutama PAS dalam PRU12 sobab tak lain tak bukan kami bonci perangai umNO, tapi sekarang dah terbalik pulak ado ko patut nak bersatu dan berpadu konon dongan umNo.
Osah tak konang budi betul lotih kami sokong ahkirnyo PAS jilat umNO jugak, buleh blaaaaa la PAS
Dalam pertandingan Naib Presiden,pening memikirkan Nik Amar bolih mendapat lebih undi dari Us.Mujahid.Nik Amar munkin tokoh diKelantan tapi Us.Mujahid telah banyak menunjukkan prestasi tinggi mengembelingkan Klub Penyokong PAS.Ini jasa Us.Mujahid diperingkat pusat(kebngsaan).Beliau merupakan ulamak dan profesional.Keputusan ini membuktikan gulungan ulamak tak ambil kira sama ada seorang itu "perform" atau tidak.Lihatlah "tunggul-tunggul lapok" dari Trengganu kebanyakannya dipilih keJawatankuasa PAS Pusat,termasuk Ketua Dewan Ulamak yang "direcycle".Bagi Tim.Presiden bacalah Anon 7.06.09 8.16pm diatas.
Fulamak..Dah jadi anti-Hj Hadi pulak ni.
Meluat ke Umno sampai tak ada batas dah ni..apa dah jadi?
Dugaan kemenangan telah melahirkan satu sifat takbur, sampai lupa batas persaudaraan sesama Islam.
DAP yang secara terangnya tak mahu menerima Islam tu seolah lebih mulia dijadikan sahabat daripada membimbing saudara seagama kearah kebaikan. Sahutlah cabaran ini, seandainya perjuangan memartabatkan Islam masih menjadi agenda.
Aku, penyokong PAS.
Dalam apa jua keadaan setiap pemimpin akan memberikan berbagai alasan dan dalil bagi menegakkan pandangan nya. Inilah yang sedang berlaku kepada Presiden PAS dalam menegakkan idea Unity Government.
Apa yang ingin saya utarakan, apakah tujuan penubuhan sesuatu parti politik tersebut hanya untuk memperkenalkan dasar dan perlembagaan nya sahaja? Kenapa menyertai pilihanraya kalau hendak perkenalkan dasar dan perlembagaan nya sahaja... sebab parti yang melibatkan diri dalam pilihanraya adalah yang ingin memerintah dengan memenangi hati rakyat. PAS nampak nya ingin kembali ke era 60/70an yang dikategorikan PARTI Syiok Sendiri sahaja.
Islam adalah universal sesuai sepanjang masa dan keadaan. Islam bukan nya untuk melayu sahaja dan barisan kepimpinan baru PAS dilihat lebih cenderong kepada Melayu sahaja dan diantara sebab nya seperti mana sedia maklum..unity govt .. tak habis habis.... dah fikir panjang ke?
Keputusan dari Muktamar PAS yang baru selesai dan ucapan Presiden telah mengakibatkan tidak kurang dari 60% penyokong bukan ahli PAS akan meninggalkan PAS. Tutur ucapan Presiden dan Timbalan nya serta kepimpinan yang sedia bertemu UMNO atas apa jua kepentingan dengan gunakan alasan islam amat menjijikkan.
salam..kalau pas nak tubuh jgk kerajaan perpaduan saya rasa satu langkah yg silap
Apahal ni, bangkang awal2 sebelum penjelasan! Sabarlah, ikutilah dulu perbincangan & penjelasan tok guru barulah pro! Macam puak2 ameno jugak ni, belum apa2 lagi, dah tak mahu dengar. Yg takut dan bimbang sangat tu apasal?? Agenda siapakah agaknya???
Ni ada antara intipati ucapan tok guru... dari blog mutaligat.
-PAS tidak perlu menumpang bahtera orang lain samada BN dan sesiapa sahaja.
-Berjuang mesti bertemu dengan semua pihak, mengajak semua manusia (jahat dan baik) kepada Islam.
-Mesti kenal musuh sebenar dan musuh yang direka (tiupan-tiupan syaitan) - musuh yang tidak faham.
-Jangan tutup pintu langsung kepada sesiapa sahaja kerana kerja kita adalah kerja baik dan mesti orang lain ke arah kebaikan.
SALAM BANG BAKAQ ,
AKU TAK PERCAYA DENGAN cIKGU PA DAN CARA DIA MENGENDALI KAN PENGUNDIAN ,,TUHAN SAJA YG TAHU ..APA -APA PUN KITA PASRAH PADA YG ESA BUKAN NYA NAK MENGUNGKIT...KITA TAK NAK JADI MACAM PAS TRENGGANU MEMERINTTAH HANYA SATU PENGGAL JER ..ORANG LAMA KAT TRENGGANU TUU BERHENTI-BERHENTI LAH ,,JADI AHLI BIASA JER LER
APA YANG PERLU SEKARANG ..KITA MESTI MULAKAN HUDUD DI KALANGAN ORANG -ORANG PAS DULU
1,BANG BAKAQ CUBA LONDEH KAN NORTH-EAST PLANTATION ..SIAPA YG TAHU CUBA LONDEHKAN
2. AKU DENGAR ADA ORANG BAGI DUIT RM 1 JUTA KEPADA SEORANG ULAMA UNTUK MEMBOLEHKAN ULAMA TU MENGAMBIL CALON DI UTARA ..DARI MANA ORANG PAS DAPAT DUIT TUU BANG BAKAQ ...DUIT HARAKAH KE ? NORTH-EAST PLANTATION..AKU RASA KENA TANYA DATO'HISHAM NI !
3. BERDAKWAH KEPADA UMNO /DAP /TUU WAJIB TAPI MUQABALAH DENGAN UMNO TUU BARUA ! BARUA ! SEKALI LAGI AKU KATA BARUA !!! AKU TABIK KE TUAN GURU NIK AZIZ..DEMO TAK RETI -RETI KE ..DIA TIPU KITA DAH ARI TU ,,JANGAN BIAR KITA DI PATUK ULAR DUA X DARI LUBANG YG SAMA ...
AKU TAK SUKA NASA MENANG ,SEBAB DIA NAK MUQABALAH DENGAN UMNO DAN MAIN PINTU BELAKANG ..DAN OORANG YG MENGUNDI NYA ADALAH ORANG-ORANG BODOH & BUTA KE APA YANG DAH DI BUAT NYA...ONLY STUPID PEOPLE CHOOSE STUPID LEADER !!! INGAT NASA MORE THAN 1/2 VOTER NOT AGREED WITH U ..I LOVE ULAMA BUT NOT U HYPOCRISY !!!
ORANG ATAS PAGAR..
salam..nampaknya ramai yang menentang 'unity goverment' yang dicadangkan oleh presiden..nampak sgtkebanyakan yg beri komen ni tak betul2 faham tentang unity goverment...maksud unity goverment tu ialah...SEMUA PARTIPOLITIK DALAM MALAYSIA JADI KERAJAAN..BUKAN JE YANG MASUK DLAM BN..KALAU DH TAK FAHAM TU JGN NK BANYAK KOMEN..BILA DAH WUJUDKAN UNITY GOVERMENT BARULAH KITA BOLEH PERBETULKAN APA YANG TLH UMNO DAN BN ROSAKKAN SPT SISTEM PILIHANRAYA..SISTEM KEHAKIMAN DAN LAIN2..KALAU PR BERJAYA WUJUDKAN KERAJAAN BELUM TENTU PKR DAN DAP SENANG2 NAK BAGI KAT PAS MENGETUAI KERAJAAN...KEADILAN NI KAN DATANG DARI 'LUBANG' UMNO JGK..PERANGAI LEBIH KURANG SAMA JE..ADA JGK PIMPINAN PAS YANG 'TERLALU MENGAGUNGKAN' DS ANWAR(slh sorg yg kalah jwtn no.2) HINGGA HILANG WALA' PADA PIMPINAN PAS..RELA HENTAM PIMPINAN SENDIRI DARI DUDUK BERBINCANG..PI LAH MASUK KEADILAN TU..SENANG SIKIT PAS BILA TAKDA ORG MCM TU..malas lh nk cite panjang2..korg fikir dan dptkan penjelasan yang lebih detail..wassalam.(pak bakaq..jgn tak publish plk ye)
SALAM KAT MASIH WALA' ....
LU FIKIR LAH SENDIRI ..DULU PERNAH PARTI KITA BUAT BENDA YG SAMA ,BERGABUNG DGN UMNO KONON NYA NAK BAIKI UMNO....TANYA TOK GURU NIK AZIZ LEPAS TUU UMNO KENCING KITA TAK INGAT KE N TAK RETI KE?? ...DEMO TAK INGAT KE ? INGAT KATA-KATA KERAMAT PRESIDEN KITA DULU ,,KALU NOK CUCI TONG NAJIS ,JGN MASUK DALAM TONG & CUCI TAPI CUCI DARI LUAR TONG !!!!TAKBIIR
WASSALAM
Masih Wala",
Mari kita bincang dan cerita tentang kisah rumah tangga PAS.Jangan babitkan pihak lain DAP atau PKR.Kalau anda bolih suruh orang PAS masuk Keadilan,orang PAS yang sama bolih juga suruh anda masuk UMNO yang anda sayangi tu.Tak payahlah nak suruh pihak yang menentang Kerajaan Perpaduan ni,berfikir panjang-panjang.Mereka telah pun berfikir panjang,mendalam dan "mengkaji" pro dan connya.Mereka bukan budak-budak tetapi terdiri dari yang berilmu,berpendidikan tingg dan yang penting telah bertungkus-lumus membina PAS.Mereka amat sayangkan PAS dan tak mau pisang berbuah dua kali. PAS sekarang sedang gagah,perkasa dan disegani kawan dan lawan.Ada pepatah Inggeris menyebut: "Why mend if its not broken"(Mengapa hendak diperbaiki jika ia tak rosak".Jika hendak diperbaiki juga serupalah macam "Tikus memperbaiki labu:".
Jangan ingat kami yang bagi komen menolak kerajaan perpaduan ni bodoh dan tak tau menilai mana baik buruk, bro lu kena ingat PAS kalau takde orang orang yang macam kami nih jiwa muda tapi sanggup sokong PAS jangan harap la buleh dapat macam sekarang ni.
Ingat mudah ke sokong pembangkang nih tambahan pulak kami makan gaji dengan kerajaan tapi sebab PAS tawarkan satu jalan yang lebih baik daripada umNO maka kami sanggup menggadaikan masa depan dan kerjaya sokong parti ni, sekarang apa dah jadi PAS nak buat kerja pulak dengan umNO memang la kami angin bro!
Betul betul khianat betul kami rasa, kami peduli apa sapa nak jadi pemimpin PAS yang kami peduli jangan buat kerja bodoh menipu penyokong dan pengundi PAS itu saja.
karpal singh ckp langkah mayat dia tok guru nik aziz dgn ustaz azizan lawan kot, awat x bc paper ka kwn kita 2
AKU SENANG JE... PAS MASUK UMNO... AKU KELUAQ PAS.... PENAT KEJE MENENTANG UMNO PADA PR12.... MACAM TAK DIHARGAI PLAK....
KITE DOK KOMPLEN SPR BUAT KEJE TAK TELUS... TP TIME KITA HANDLE PEMILIHAN PARTI... SAMPAI BERMALAM MENGIRA UNDI.... INI BOLEH MENIMBULKAN SYAK....
Assalammualaikum,
Waduh, waduh RAMAI sungguh DALANG ANWAR IBRAHIM Nih....
Buat apa sibuk sibuk dengan PAS. ...banyak benda kat PKR nak di buat tuh..
Wassalam
masih wala' dan anon 08062009 10;46:00,
dah baca a letter to pas deputy president? penulisnya, malacca pas youth leader. dia undi nasha. kenapa dia berang dengan nasha? mudah, nasha disrespect tok guru nik aziz! nasha tak wala' dengan tok guru nik aziz! masih wala' juga tak wala' dengan tok guru nik aziz, macam presiden dan timbalan presiden dan mat daud iraqi dan haron din dan harun taib dannasa tantawi dan nik amar dan nik abduh dan lagi dan lagi.
betul tok guru bukan pas, tetapi cuba hang cek sudah berapa lama tok guru nik aziz bersama pas? jatuh bangun dalam pas? takkan tak dak secebis rasa hormat kepada dia? hangpa yang tak respect tok guru nik aziz setaraf dengan mahathir, tahu tak?
jumpa umno dalam gelap tak mengaku. apabila paklah kata dah jumpa 3 kali, bagi alasan dipersetujui majlis syura. tok guru nik aziz adalah ketua majlis syura. dia tak tahu sebab dia tak hadhir mesyuarat? habis, yang bermesyuarat tak payah inform mursyidul am? hang boleh wala' dengan mereka yang tidak mengaku ada pertemuan dengan umno yang terbukti kemudian bertemu? hang tahu tak, dari peristiwa tak mengaku ni kredibiliti dan integriti beberapa kerat pemimpin pas sudah masuk longkang?
(1)
sebab tak brief tok guru akan keputusan mesyuarat majlis syuralah menyebabkan nik abduh menuduh ayahanda menerima nasihat dari mi celup. nik abduh, kerana dipengaruhi "kepimpinan ulama tercabar" tidak dapat melihat kesilapan timbalan mursyidul am yang mempengerusikan mesyuarat majlis syura yang membuat keputusan memberi kebenaran untuk muzakarah tidak memaklumkan kepada ayahanda. siapakah yang bertanggungjawab, di dalam senario ini, menyebabkan tok guru nik aziz tak tahu mengenai muzakarah pas-umno ini?
"One of the world's greatest problems is the impossibilty of any person searching for the truth on any subject when they believe they already have it." -- Dave Wilbur
untuk anon, kenapa singkat sangat fikiran anda sehingga mengaitkan yang memberi komen sebagai dalang anwar? jangan jadi "wak yek" laa. apa ahli-ahli pas ni semuanya bodoh, tak boleh bagi pandangan? sikit, sikit anwar, kepala hang dan yang sewaktu dengan hang ni pikiaq kami ni kelapaq sangat ngan anwar? kami nak pemimpin kami, pemimpin pas, kalau tak lebih, biar setaraf anwar!
(2)
"If a thief breaks into my house, burns and destroys my property, and kills or threatens to kill me, or those that are in it, and to "bind me in all cases whatsoever" to his absolute will, am I to suffer it?" : The American Crisis by Thomas Paine.
"Men go mad in herds, but only come to their senses one by one." - Charles Mackay, 19th century Scottish journalist
When the European conqueror Napoleon Bonaparte invaded Egypt as part of his quest for world domination, he told the people: "You will be told that I came to destroy your religion; do not believe it ... I have more respect than the Mamelukes for your God, His Prophet, and the Koran" and many more sweet words besides.
http://informationclearinghouse.info/article22779.htm
(3)
masing-masing berhak memberi pandangan. orang lain boleh menghormati pandangan anda, tak bolehkah anda menghormati pandangan orang lain?
An elder Cherokee Native American was teaching his grandchildren about life. He said to them, "A fight is going on inside me...It is a terrible fight, and it is between two wolves. One wolf represents fear, anger, envy, sorrow, regret, greed, arrogance, self-pity, guilt, resentment, inferiority, lies, pride and superiority. The other wolf stands for joy, peace, love, hope, sharing, serenity, humility, kindness, benevolence, friendship, empathy, generosity, truth, compassion, and faith. This same fight is going on inside of you and every other person too."
They thought about it for a minute and then one child asked his grandfather, "Which wolf will win?" The old Cherokee simply replied..."The one I feed."
kita tidak mahu pemimpin kita termasuk dalam golongan "The one I feed." kitalah yang perlu menegur mereka, menasihati mereka, memberi pandangan sebagai mengingatkan mereka. apakah salah ahli menegur pemimpin? di manakah contoh-contoh para sahabat yang sanggup menerima teguran hatta dengan mata pedang sekalipun hendakl kita letakkan?
(4)
percayalah, iklim politik hari ini tidak memerlukan kepada kerajaan perpaduan. iklim politik hari ini adalah bermatlamatkan pas bersama pakatan rakyat menubuh kerajaan selepas pru 13! kerajaan perpaduan adalah bebanan buat pas. berpadu untuk apa? untuk melangsaikan segala "kejahatan" oleh mereka? berdakwah? apakah mereka berbeza dengan kita dari segi akidah sehingga memerlukan kita mendakwah mereka?
pas dilahirkan oleh ulama sebab kecewa dengan umno, 58 tahun yang lalu. pas mahu berpadu dengan umno oleh "kepimpinan ulama", 58 tahun kemudian... dimanakah pengorbanan sdra kita yang terdahulu hendak kita letakkan?
(5/5)
ya, kenapa mesti kait dengan anwar. apa nasha tu tak dak apa-apa ngan anwar? tak pernah?
Politik bukan metametik.... metametik rigid dari segi aplikasinya, teorinya tetap walaupun ada 'kebarangkalian'tapi masih diasaskan oleh teori metamatik yang tidak boleh dirobah...
Kita bergerak sekarang dalam dunia politik yang 'teori kebarangkalian' tidak mempunyai formula yg jelas dan faktor perkiraan bukan diasaskan teori atau formula. Oleh kerana itu, saya melihat mukabalah,unity gov atau muzakarah sengaja diujudkan bagi melihat rentak dan tari Anuar dan Lim kit Siang. Ada kah 'kebarangkalian' PKR masuk UMNO semula?... atau DAP terus menerus menindas PAS diPenang atau diPerak??... Maka disebut sebut tentang 'unity gov'untuk menilai dan melihat gelagat PKR dan DAP sejauh mana pekanya kedua dua parti ini mahu menerima PAS dalam kontek Penang dan Perak..
Apa kah PAS akan terus dianaktirikan, serumah tapi hanya layak tidur divarendah?? Ini sepak terajang politik. Saya suka jika ada lagi ucapan kontraversi dari pimpinan yang membolehkan ahli matang berfikir. Saudara saudara tidak merasai peritnya perasaan PAS ketika ini diPenang. PKR dan DAP menaikan tocang mereka seolah olah PAS tidak pernah ujud diPulau Pinang.
Bersekedudukan dengan UMNO adalah 'haram'... ini amat jelas dan tidak mungkin akan dilakukan oleh pimpinan PAS... tapi dalam politik uji menguji pekara biasa.. menguji kesetiakawanan,menguji kekuatan berfikir ahli dan yang paling penting menguji kekuatan esteblisment PAS itu sendiri.
Persoalannya, salahkah kita berdakwah dengan cara bertandang kerumah rakan??? sedangkan kita sekali kali tidak berhajat untuk bermalam dan tidur bersama???
"tujuan menghalalkan cara".
kalau tindakan kita boleh dianggap sebagai "politik uji", tidak bolehkah kita mengambil tindakan dap di penang sama? kalau kita boleh uji, tidak bolehkah kita lihat tindakan dap sebagai respon kepada tindakan uji kita? dalam politik, kerana dia bukan matematik, semua boleh jadi. pun gitu, serigid-rigid teori matematik, cara mendapat jawapannya tidak terikat dengan satu cara sahaja!
pas, kerana membawa islam, perlu rigid kerana dia terikat dengan syariat islam. tetapi pendekatan dakwahnya perlu berbeza mengikut kehendak serta keperluan semasa, tuntutan environment masyarakat.
pas, saya lihat, kerana politik, perjalanan dakwahnya di simpang-siurkan antara 'bangsa' dan 'agama'. sebab itu masih kedengaran istilah 'melayu' dalam pendekatan "dakwah" pas. sedangkan rasulullah saw tidak mengamalkannya. untuk mempertahankan 'melayunya' pas, lalu digunapakai hadis saw yang mafhumnya mendahului qarish. apakah situasi itu sama dengan malaysia? sedangkan bukan semua melayu berada dalam pas? maka diguna logik akal, kerana malaysia majoriti melayu, melayulah kena didahulukan? ertinya, melayu dulu, islam kemudian?
wallahu'alam
apeke melantaknye kome ni
Apa maksud Unity Government cadangan DS TG Haji Hadi Awang? Sila rujuk http://perak.pas.org.my
salam ..
bagus jugak pas gabung dengan umno..
perak pas dah jadi teruk..nizar dah jadi barwa cina..bagi cina tanah sampai 999 tahun..orang melayu pun dapat 99 tahun..kalo bergabung setrusnya naikkan raja2 melayu...orang cina dah tak boleh control melayu lagi dengan kudakan melayu mcam bagi duit.anwar ibrahim ni pun satu hal jugak ..dia punya pasal cina naik tocang.cuba kita tgk kat perak sampai raja pun dah tak suka orang melayu jadi kuda.
Berakhir sudah pemilihan pimpinan PAS peringkat pusat.Terlantik juga Uztaz Nazaruddin menjadi Timbalan Presiden.Itulah focus utama setiap ahli serta perwakilan yang juga para peminat PAS dari luar mau pun peringkat antarabangsa,Sekiranya kita meneliti keputusan undi yang di perolehi.Kita sudah menjankan bahawa hala tuju PAS di tentukan oleh ahlinya sendiri yang bijaksana.Yang menang jawatan timbalan timbalan gagal mendapat undi porpular sebab yang mengundi beliau kurang dari 50 % jumlah undi.Dan yang mengundi Mad Sabu dan Hussam kalu di campur keduanya dan juga yang tidak mengundi Ustaz Nazaruddin melebihi 60%.Pokoknya Ahli PAS menolak apa apa fikrah atau manhaj yang cuba di ketengahkan oleh pemimpin yang menang secara simple majority itu.Ajinda yang tersembunyi puak puak yang tertentu yang diterajui oleh Timbalan Presiden yang menang sudah jelas tidak di terima secara keseluruhan ahli serta perwakilan di semua peringkat.Inilah yang sebenarnya yang tersurat dan tersirat dalam pemilihan pimpinan mukamar kali ini,Issu Kerajaan Perpaduan sama sekali di tolak oleh ahli namun kita berharap itu satu signal atau pesanan ringkas pada pemimpin yang tertentu agar jangan meneruskan ajinda yang bekenaan namum oleh sebab cara pemilihan dalam muktamar adalah untuk dapatkan pemimpin yang menang dan bukannya yang kuat maka yang kalah memperolehi majority yang menang mendapat minority dari keseluruhan undi.Jumlah yang menentang calon yang menang lebih ramai dari sudut politik maka yang menang dalam kalah.Menang dengan hanya lebih undi tapi kalah dari segi pengaruh atau penyonkong.
Cara pemilahan ala demokrasi yang di gunakan oleh PAS atau pun yang di pinjam dari barat ternyata tidak dapat menyelesaikan masaalah ini terbukti apabila selepas muktamar suara suara yang menentang dan tidak bersetuju dengan ajinda ajinda yang tertentu semakin latang bersuara.Selepas bersuara dan berhujah di muktamar perwakilan telah membuat keputusan maka kita harap apa bila besurai dan pulang ke kawasan masing masing maka kehidupan serta perjuangan diteruskan seperti biasa.
Rupa rupanya apa yang kita harapkan tidak belaku demikian allah menuntukan setiap perancanaan manusia.Satu trajidi yang agak amat anih dan menakutkan ahli PAS telah belaku apa bila ucapan penangguhan Presiden Parti dengan cara yang begitu gah tak semana mana telah mengemparkan para perwakilan sebelum pulang Issu yang ditangguhkan sebelum muktamar ia itu “Kerajaan Perpaduan” rupa rupanya digunakan sebagai senjata menikam para perwakilan dan ahli sebelum pulang. Ramai yang tercerdera dan ada yang cerdera parah akibat dari tikaman presiden dan timbalan presiden.Yang tercerdera terok ialah calon timbalan presiden yang kalah secara simple majority ia itu M.Sabu.dan Brother Hussam..Apakah kesempatan ini di ambil oleh pihak yang menang kususnya tuan presiden sendiri dan timbalannya mencari ruang untuk mengeluarkan pedang yang di asah tajam untuk menghukum puak yang kalah.Adalah cukup meyedihkan para pejuang yang sekian lama dalam parti sejak dari zaman al maarhom Ustaz Fazil Noor menjadi president.terpaksa melihat trajidi ini belaku dengan di depan mata mereka.
Maka jadi lah dengan apa yang sedang belaku sekarang ini di peringkat kawasan dan cawangan.Gelombang besar sedang melanda PAS akibat dari kocakan air dalam cawan telah menjadi rebut taufan dalam parti kita ini.Kita masih tertanya tanya apakah tuan tuan
president dan timbalannya tidak menyedari hakikatnya.Apakah president dan puak puak yang tertentu tidak sedar atau sengaja tidak mahu sedar bahawa ajinda “Kerajaan Perpaduan” tidak dapat diterima oleh ahli secara keseluruhanya kenapa masih tidak sedar.Inilah munafaat dan hasil dari bersangka baik ahli yang tiada batasnya yang merupakan amalan ahli PAS sejak berzaman sejak PAS di tubuhkan.Peminpin yang akan membawa arah tuju parti adalah seperti nahkoda yang memandu bahtera.Apa yang ahli serta perwakilan nampak dengan jelas apabila pemimipn yang di lantik sedang membawa bahtera bukan kearah hadapan tetapi kearah belakang maka terpingga pingalah para penumpang dalam bahtera tersebut.Tertanya tanya kenapa kapal yang kita naiki sedang berundur ke belakang sedang kan kita mendayung kehadapan..Rupa rupanya nahkoda kapal yang kita naiki menukar “gear revest” tetapi menjerit supaya kita terus mendayong kehadapan.
Sekiranya kita menuduh Kabinet PAK LAH (Bekas PM) satu ketika dulu mengeluarkan barang barang antik dari mezium untuk di gunakan di zaman morden ini apakah PAS juga telah mengikuti jejak yang sedemikian apa bila melantik PA Ali dan Utz Halim Abdul Rahman ke AJK pusat.Apakah motif di sebaliknya.????Adakah strateji menyusun satu kumpulan manusia dengan mengunakan senjata antik merupakan satu langkah kearah mencapai cita cita pemimpin yang tertentu atau melaksanakan satu ajinda yang tersembunyi.Awas para pemimpin bekenaan kami tidak akan berdiam diri..cita cita kami hanya lah Islam menegakan dengan cara yang di ajar oleh nabi kita yang tidak pernah mengajar sepertimana yang cuba dibuat oleh pemimpin sekarang.kususnya presiden dan timbalan presiden.