Harakahdaily 20/6/09 melaporkan Haji Mustapha Ali berkata: "Saya ingin menegaskan bahawa Parti Islam SeMalaysia (PAS) tidak ada minat sama sekali untuk berbincang dengan Umno termasuk atas isu kerajaan perpaduan buat waktu ini".
Pada hari yang sama juga Harakahdaily melaporkan Nasruddin Hasan berkata: "Bagaimana Muhiyidin boleh membangkitkan isu 'lupakan sengketa lama' sedangkan usaha untuk usaha-usaha yang Umno-BN lakukan selama ini langsung tidak menunjukkan ke arah untuk menamatkan sengketa itu, tindakan mereka ini tidak ubah seperti 'ajak-ajak ayam'"
Apa kaitan "tidak ada minat sama sekali untuk berbincang dengan Umno termasuk atas isu kerajaan perpaduan buat waktu ini" dengan "ajak-ajak ayam"?
Tertanya-tanya juga saya adakah kita boleh berpadu mesra dengan Umno jika parti itu menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) serta memulihkan badan kehakiman dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia?
Setahu saya, asalkan hayat kekuasaannya dapat disambung, Umno bukan sahaja sanggup membuang ISA, PPSMI dan apa jua yang kita tuntut, buang seluar dan baju bertelanjang bulat pun dia sanggup!
Hari ini, sebahagian ahli Majlis Tertinggi Umno bukan sahaja mempopularkan istilah "kerajaan bini Najib (BN)" dalam perbualan-perbualan tertutup, malah mereka turut mengakui bahawa rakyat semakin menjauhi parti mereka. Rakyat tak nak Umno.
Rakyat mahukan kerajaan yang bersih dari Umno, bukan kerajaan perpaduan dengan Umno.
Rakyat nak hapuskan ISA dan lain-lain kezaliman melalui tindakan menjatuhkan Umno, bukannya nak suruh Umno yang buang kezaliman-kezaliman itu.
Adakah jika janda busuk yang bernama Umno tidak ajak-ajak ayam, kita akan tidur sebantal dengannya dan memijak-mijak keinginan rakyat?
Pada hari yang sama juga Harakahdaily melaporkan Nasruddin Hasan berkata: "Bagaimana Muhiyidin boleh membangkitkan isu 'lupakan sengketa lama' sedangkan usaha untuk usaha-usaha yang Umno-BN lakukan selama ini langsung tidak menunjukkan ke arah untuk menamatkan sengketa itu, tindakan mereka ini tidak ubah seperti 'ajak-ajak ayam'"
Apa kaitan "tidak ada minat sama sekali untuk berbincang dengan Umno termasuk atas isu kerajaan perpaduan buat waktu ini" dengan "ajak-ajak ayam"?
Tertanya-tanya juga saya adakah kita boleh berpadu mesra dengan Umno jika parti itu menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) serta memulihkan badan kehakiman dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia?
Setahu saya, asalkan hayat kekuasaannya dapat disambung, Umno bukan sahaja sanggup membuang ISA, PPSMI dan apa jua yang kita tuntut, buang seluar dan baju bertelanjang bulat pun dia sanggup!
Hari ini, sebahagian ahli Majlis Tertinggi Umno bukan sahaja mempopularkan istilah "kerajaan bini Najib (BN)" dalam perbualan-perbualan tertutup, malah mereka turut mengakui bahawa rakyat semakin menjauhi parti mereka. Rakyat tak nak Umno.
Rakyat mahukan kerajaan yang bersih dari Umno, bukan kerajaan perpaduan dengan Umno.
Rakyat nak hapuskan ISA dan lain-lain kezaliman melalui tindakan menjatuhkan Umno, bukannya nak suruh Umno yang buang kezaliman-kezaliman itu.
Adakah jika janda busuk yang bernama Umno tidak ajak-ajak ayam, kita akan tidur sebantal dengannya dan memijak-mijak keinginan rakyat?










Cantik? Klik 






Pak BAkaq
dah terang lagi bersinar yang PAS No.1, No.2, dan No.3 tu dah gila kan Janda UMNO nun. Janda lebih baik daripada yang ada di rumah sendiri. Itu perkara biasa, manusia. Tak penah cukup, nak aje bala siang dan malam. Bak kata Raja Petra, banyak yang pakai Kopiah tu untuk menunjuk aje, nasib baik Uniform Biru tak pakai Kopiah jugak... kalau ye, Obama pun masuk pakai Kopiak!
Salam, Bagi saya, UMNO ibarat ANJING TERSEPIT. Kalau di tolong akan megigit siapa yang menolong. Biar dia menyalak. Biar dia mampus. Kita Tukar Kerajaan baru. Itu Saja. Tak payah bincang panjang lebar.
pak bakaq.. sepatutnya perkuatkan lagi pakatan rakyat di samping berdakwah secara berhemah terhadap DAP dan PKR.. sebab UMNO sendiri menolak ISLAM.. susah kalu orang islam menolak islam ni
Salam...
Ajak-ajak ayam... Siapa yang dinamakan ajak-ajak ayam ni.. Bapak Ayam.. he heh.. Bapak Ayam ni pulak di kategori dengan 2-3 maksud yang berlainan... Apakah ajak-ajak ayam ini dari bapak ayam kepada mak ayam....
1. "UG tidak relevan sehingga pru 13."
2. "pas tidak ada minat sama sekali untuk berbincang dengan Umno termasuk atas isu kerajaan perpaduan buat waktu ini."
stopa ni dia ingat status dia sbg setiausaha agong pas setaraf dgn setiausaha agong dap! sedar la sikit. mu di lantik, guan eng dipilih, beza tu... guan eng "powerful", mu "powder fool"...
stopa, for the sake of the party, please shut up. you should be fully aware by now that you are, like your budak suruhan, nasha, ia a liability to pas. since you are nasha's mursyid, carry him along with you out of pas, much to the enlightenment of majority of pas members and supporters.
wallahu'alam
Siapa yg ajak siapa? Pas ajak umno or umno ajak pas?
Tak kesah lah siapa yg mula dulu...tp kalau dah tahu umno ajak2 ayam..pasal apa pas yg beriya sangat nak berunding, sampai habis semua orang jadi keliru?
Ajak-ajak ayam - siapakah ayam yg diajak oleh umno? Orang kata Nasha dan Cikgu Pa tu hanya tahi ayam?! betulker Baqa'?
Andaian2 org yg busuk hati... Tanpa hujah...
DATO HARUSSANI KATA TG NIK AZIZ SETUJU PAS BERGABUNG DENGAN UMNO TUBUH KERAJAAN PERAK ( RUJUK MILENIA MUSLIM MEI 09 ) TOLONG SURUH SAPA-SAPA SAMAN SAT?
Apalah nasib Ketua Pemuda kita .... lagi banyak bercakap lagi nampak kementahan dia .... itulah pilihan terbaik pemuda PAS, syuralah katakan .......
astaga pak bakaq...apa dah nak jadi dgn pas...perbedaan pendapat makin melebar..waduh sih sudah gawat amat nih???
http://antichegupa.wordpress.com/
Aku heran la ngan korang juak2 PR ni. Apa salahnya perpaduan MELAYU ? Kenapa sakit ati sgt ? apa UMNO penah liwat mak bapak korang ke ? Untuk kebaikan pun korang nak tentang ? Aku pun tak tau la beza korang ngan Karpal Celaka tu. Untuk pengetahuan korang...(samada tak tau ke sengaja buat2 tak tau atau mmg sedia bangang ) idea Kerajaan Perpaduan ni PAS yg canang dulu, sbb tu la aku penah kata..tak guna buat baik ngan PAS ni...cam hamjadah je...
PUTRA K.r.a.s.K
Manusia biasa yg menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa...Buat Putra ku..Muhammad Nu'man Shahin...semoga dewasa mu nanti menjadi insan yang berjasa kepada Agama mu, Bangsa mu dan Negara mu...
Somoga Muhammad Nu'man Shahin membesar tidak menjadi manusia yang menyokong kerajaan/parti yg menolak Hukum Allah dan Al-Quran...
Assalammualaikum,
Jangan dok tuduh pemimpin kita macam-macam....ini semua kerja busuk PKR yang nak merosakkan perpaduan PAS supaya PKR boleh mengetuai PR....INgatlah PKR tu pun adalah daki UMNO.....Pemimpin PKR pun dulu pun pasang kroni....tak percaya tanya Datuk Kamaruddin Jaffar.....Apa salah nya kita berbincang....bukannya suruh bergabung dengan UMNO.....
Kita kata kita perjuangkan Islam...tapi dalam hal ini...kita lebih emosional dari mengikut landas islam.....PAS nak berbincang adalah hak PAS...Apa DAP kafir dan PKR nak susah.....Jangan nak control PAS....Kita berbincang atas suruhan Allah...berpandukan AL-quran dan hadis.....Sebab lani kita rasa kita dah kuat maka kita letak suruhan ALlah ketepi....tak mau hulur salam persaudaraan. tak mau langsung berbincang dengan saudara seislam......UMNO busuk ke, UMNO rasuah ke...UMNO jahat ke.....UMNO tak ikhlas ke....itu hal UMNO...yang penting PAS perlu ikhlas dan jujur semoga diredhai oleh Allah....PAS perlu tunjukkan nilai suci islam...hulurkan salam persaudaraan walaupun PAS sekarang kuat...jangan takbur,jangan bongkak.....rendah diri, bersyukur atas kejayaan yang Allah berikan kepada kita......
Saya pasti pemimpin PAS adalah bijak dan meletakkan kepentingan Islam melebihi kepentingan Politik.....cuma yang dok kacau adalah puak yang dok gila kat anwar dan DAP kafir.....Saya memang geram kat UMNO...memang marah kat UMNO...tapi bila bab persaudaraan saya tak simpan dendam....baca lah dalam al-quran berapa ayat yang asyik mengatakan tentang pendamaian,persaudaraan,maaf-memaaf,bersatu...tapi kita tak nampak semua ayat tu....sebab politik dah masuk dalam hati kita....bukannya perjuangan islam dalam hati kita.....
Biar Presiden kita...habaq kat UMNO benda yang depa buat salah, biaq Dato Hadi minta UMNO berubah....yang penting kita berbincang dengar pandangan mereka dan mereka dengar pandangan kita....bukannya suruh PAS masuk UMNO atau UMNO masuk PAS....biar kita bergaduh dalam politik tapi bab agama dan perpaduan kita bersatu...
Letakkanlah Islam melebihi kepentingan politik.....Adakah perlembagaan DAP lebih islam dari perlembagaan UMNO....Jika kafir DAP kita sanggup duduk semeja kenapa dengan saudara seislam tak boleh.....adakah dalam alquran mengatakan bahawa kafir DAP yang menentang secara penubuhan negara islam adalah lebih mulia dari UMNO.....fikirlah...fikirlah dengan nama ALllah....bukannya dengan dendam kesumat.
Sedang drive dgn laju Cikgu Pa memandu...TGHH duduk depan dan Nasha duduk belakang bersama dgn dua org lagi adalaa org tu..kawan dia jugak. Sedang drive laju-laju tak sedar dia dah terlanggar langgar lampu MERAH! Dengan tak pakai tali pinggang keledar lagi...lepas tu kena tahan dek poliss trapikk..
Polis tanya mana lesen? Cikgu Pa jwp maafla encik saya nak cepat! ini bukan kereta saya punn, ini kereta kerajaan UMNO! boleh kautim punya encik..saya cuma driver je encik..dgn muka sedih Cikgu Pa merayu-rayu..dan semua yg ada dalam kereta tu pun dah pucat..
Polis tu pelik dan tanya balik..apa pasal penumpangnya orang PAS? Sambil polis tu tengok ic dan lesen Cikgu Pa..polis tu tanya..jauhnya mari dri T'ganu? TGHH jawap..saje je nak makang angin datang kolumpur nii..polis tanya lagi.. belakang ni sapa pulak?..Hadi jawap dia boss saya encik! sambil tersengeh Nasa dari belakangpun bersuara tanya pada polis..Taak boleh lepas ke encik? polis tu dengan marah menjawap kamu DIAM!! napa tak pakai tali pinggang belakang..? Nasha dgn kawan dia sekali kena marah sama.
Masing2 dah pikir mcm mana nak lepas ni..lalu Nasa pun tipon boss besar namanya Bini Najib utk minta tolong konon..tak lama lepas tu Nasa bagi HP dia pd polis sambil beritahu boss dia nak cakap..polis tu pun ambik hp lalu bercakap.. tak lama lepas tu polis itu pun tersenyum dan bagi balik lesen dan ic Cikgu Pa..
Siap bagitau lagi Jalan ke Putrajaya .."Encik terus jee jumpa simpang masuk kanan..depan ada trafik light ..depan tu baru Putrajaya...
Dah!! pergi cepat Bini Najib sedang tunggu...!!
Ehh..ehhh..kejappp! kejapp!! polis tu pelik dan bertanya balik...yang kawan encik nama Pok Nik tu tak ikut ke..? Dgn pantas si Nasha menjawap sambil tergagap-gagap.." Dia tak ikut dia naik kereta lain ada mesyuarat lain encik!
bersatulah wahai umat islam...
Aku heran sungguh dgn juak2 perpaduang, orang suruh lain depa buat lain...
"Majlis Syura Ulama yang bersidang pada 23 April, 2008 mengambil ketetapan bersetuju sebulat suara merestui Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung parti bagi mempertingkatkan usaha yang bersungguh-sungguh untuk menyatupadukan umat Islam dan rakyat Malaysia."
Akhirnya chegu pa berjaya meloloskan dirinya drp kepungan anti-UG dgn berlindung disebalik jubah presiden, tapi si nasa tak tahu lah macam nak lari?? tak kan dia pun nak masuk dalam jubah presiden jugok, mana muat bang..apa kata masuk dalam jubah timbalan musyidul am?
lagi umno rompak duit minyak rakyat kelantan..
baso bengong..
bagitau kat Stopa trengganu yang ore kelate kata.. ROYAT CEKPOR BULEH!
nasa wajib berhenti. ingat!!! jangan main dengan perkara2 wajib. mesti berhenti
Kita tak tahu apa rasional TGNA marah sangat ttg UG ni sampai suruh Tim Pres letak jawatan. Yang boleh kita fikir ialah bahawa TGNA merasai perit pedihnya menentang UMNO dan Kelantan dan cuba menyelamtkan PAS di Kelantan.
Cuba kita ingat kembali peristiwa 1978 selepas PAS ditendang keluar dari BN. PAS cuma ada dua kerusi DUN di Kelantan dan di Parlimen hanya TGNA terkontang-kanting.
Tapi pada tahun 1990, berkat kepimpinan TGNA, PAS berjaya merampas Kelantan. Pada 1998, PAS masih lagi berjaya mengekalkan Kelantan tetapi dengan hanya majoriti yang senipis kulit bawang. Pada masa itu bukan main hebatnya UMNO menyerang TGNA dan kepimpinan PAS Kelantan. Terengganu pula dapat ditawan.
Tetapi berkat reformasi, PAS kembali kukuh di Kelantan. 2008, PAS berjaya menerajui Kelantan dan Kedah. Trend PAS di kelantan berkekalan (walaupun berlaku turun-naik) semenjak 1990 dan pada 2008 ditambah dengan Kedah. Walaupun DS Nizar dilantik MB Perak, dari segi bilangan kerusi PAS menang sedikit berbanding DAP. Macamana Terengganu?
Apakah PAS dinegeri-negeri selain Kelantan merasa mereka kuat kerana kekuatan mereka atau kerana dokongan PR. Jika mereka merasakan kejayaan 2008 adalah kerana kekuatan dalaman mereka mengapa PAS tidak mampu menawan semula Terengganu?
Pada aku TGHH melakukan kesilapan apabila melantik Cikgu Pa sebagai SUA. Udahle TGNA orang T'ganu, Ketua dewan ulamak orang T'ganu, dilantik pula Cikgu yang juga orang T'ganu sebagai SUA. Apa Terengganu sumbang kepada PAS. Dan pada muktamar lepas, kerana merasakan sudah kuat, perwakilan PAS Malaysia menolak wakil-wakil Kelantan sedangkan Kelantan terus menerus menyumbang kepada kekuatan PAS dan pimpinan PAS Kelantan khususnya TGNA terus-menerus memberikan kepercayaan kepada orang luar untuk bertanding Parlimen di kelantan - Ustaz Nasa tidak ketinggalan.
Basa tak reti terima kasih.
umno/bn dah memerintah lbh 50 tahun.... melayu masih tertinggal gak, yang kaya raya kroni dia org aje.
orang kampung masih jauh ketinggalan, muka wakil rakyat sekali tiap 5 tahun baru nampak (itu pun ada yang tak pernah datang kat kawasan sendiri). Kalo dtg pun macam malaun aje keadaannya. Menyusahkan org2 kampung kena buat majlis besar2an, kompang, sembelih lembu, dlll. Bukan nak menyenangkan tapi tambah susah !!
cuba la datang jmpa org2 kampung mcm berziarah saudara mara. tengok keadaan dia org tuh. Sedekah pada yang miskin.
Harap2 penyakit pemalas dan hidung tinggi dia org tuh tak akan berjangkit pada pas.