Siapakah yang menjeling dari tempat duduknya ketika Ustaz Ahmad Awang mendedahkan ada pimpinan tertinggi PAS yang mencadangkan kepada beliau supaya PAS "bersama Umno" untuk menubuhkan kerajaan di Perak?
Jika beliaulah orangnya, adakah beliau berani mengemukakan cadangan itu sendiri-sendiri tanpa tok dalang di belakangnya? Maksudnya, tok dalang dari dalam PAS sendiri. Jika ada tok dalang, siapakah tok dalang itu? (Lihat video ihsan Waejo di bawah).
Sambil menulis perkara di atas, teringat pula bagaimana orang yang berlagak lebai membikin duit yang begitu banyak jumlahnya. Lebai jahat itu membuka syarikat. Di sisi lain, ahli politik jahat penguasa negeri yang hendak menggunakan lebai jahat itu mengendalikan projek perumahan.
Berlakulah you scratch my back, I scratch your back. Di atas kertas tanpa bermodalkan apa-apa, tertulislah bahawa rumah-rumah itu "dijual" kepada syarikat lebai jahat itu. Katakanlah rumah-rumah itu "dijual" sebiji RM70,000 kepada lebai jahat itu.
Setelah itu, lebai jahat kemudiannya menjual pula kepada orang yang benar-benar hendakkan rumah dengan harga RM80,000 sebiji. Katakan sebuah rumah menghasilkan untung percuma RM10,000, bayangkan 10 biji atau lebih dari itu. Tidak hairanlah kalau lebai jahat itu mendapat wang yang begitu banyak.
Walaupun perbuatan itu boleh dikaitkan dengan kesalahan jenayah, tetapi bila peguam handalan mengendalikannya, tahulah ia memutihbersihkan transaksi itu. Mungkin juga menyembunyikan apa yang berlaku itu sama sekali.
Berkaitan:
Nasha , siapakah barua Umno Perak? (Alhusseyn)
Jika beliaulah orangnya, adakah beliau berani mengemukakan cadangan itu sendiri-sendiri tanpa tok dalang di belakangnya? Maksudnya, tok dalang dari dalam PAS sendiri. Jika ada tok dalang, siapakah tok dalang itu? (Lihat video ihsan Waejo di bawah).
Sambil menulis perkara di atas, teringat pula bagaimana orang yang berlagak lebai membikin duit yang begitu banyak jumlahnya. Lebai jahat itu membuka syarikat. Di sisi lain, ahli politik jahat penguasa negeri yang hendak menggunakan lebai jahat itu mengendalikan projek perumahan.
Berlakulah you scratch my back, I scratch your back. Di atas kertas tanpa bermodalkan apa-apa, tertulislah bahawa rumah-rumah itu "dijual" kepada syarikat lebai jahat itu. Katakanlah rumah-rumah itu "dijual" sebiji RM70,000 kepada lebai jahat itu.
Setelah itu, lebai jahat kemudiannya menjual pula kepada orang yang benar-benar hendakkan rumah dengan harga RM80,000 sebiji. Katakan sebuah rumah menghasilkan untung percuma RM10,000, bayangkan 10 biji atau lebih dari itu. Tidak hairanlah kalau lebai jahat itu mendapat wang yang begitu banyak.
Walaupun perbuatan itu boleh dikaitkan dengan kesalahan jenayah, tetapi bila peguam handalan mengendalikannya, tahulah ia memutihbersihkan transaksi itu. Mungkin juga menyembunyikan apa yang berlaku itu sama sekali.
Berkaitan:
Nasha , siapakah barua Umno Perak? (Alhusseyn)










Cantik? Klik 






Adakah pemimpin sperti itu kita kena bagi wala'?Tidak takutkah mereka yang terlibat kepada Allah yang khianat kepada perjuangan.Kata ustaz Idris AJK Pas pusat, "dalam sejuta orang Pas ada seorang yang alim dan wara'Allah Taala angkat dia jadi wali,doanya dimakbul Allah, pengkhianat kepada perjuangan Pas hidupnya tak akan selamat, menjadi susah hidupnya percayalah".Cikgu Pa suruh tutup mulut jangan sebut2 lagi kerajaan perpaduan, sepatutnya mana2 pimpinan yang mulakan projek muqabalah dan kerajaan perpaduan ni dihimpunkan disatu tempat dan mereka kena mengaku dah tersilap dengan apa yang mereka dah buat sehingga jadi riuh rendah macam sekarang.Mereka2 yang buat sepatutnya diam bukannya menyuruh orang lain diam.
Rosmah Mansor’s family talks about the real 'First Lady', something which is still unknown to most Malaysians-at-large. See what they have to say in this YouTube video recording EXCLUSIVE to Malaysia Today. Rosmah's disgusted brother has now left the country to join me in self-imposed exile.
http://www.youtube.com/watch?v=2vP2wDVBtvA
Husam! pengorbanan dan jasa mu sudah pasti akan di kenang di masa depan bahawa andalah orang yang telah menggagalkan usaha2 jahat sekor dua pimpinan untuk mengkhianati kepercayaan rakyat selepas pru 12 yang lalu.Sekarang kita melihat berlakunya haru biru dalam Pas adalah usaha beberapa kerat pimpinan yang melihat mereka boleh mendapat untung dunia yang sementara.Semalam tiba2 cikgu pa membuat kenyataan akhbar supaya di hentikan isu kerjaan perpaduan! Siapa dia dalam PAS waktu kenyataan itu di buat?Kenapa dia begitu berkuasa?Sedangkan dia cuma ahli biasa.Lagi pula yang memulakan isu ini adalah hj hadi sendiri,kemudian di sokong oleh nasharudin mat isa walau pun perwakilan muktamar rata2 tidak menyetujuinya.Kemudian ketua pemuda baru dengan gaya konon seperti seorang ulama besar berhujah,sedangkan nabi Musa AS sendiri berdakwah kpd Firaun untuk menutup kerja2 jahat pimpinan,ia kita faham itu,tapi bukan kah Baginda di utus ALLAH untuk mengatakan kpd Firaun bahawa kamu sesat dan melampaui batas bukan nya menjadi menteri dan memerintah bersama Firaun.Awak tantawi kcek bagi molek sikit!Jangan pakai jubah serban abu jahal dan abu lahab.Memang kita akui ulama pewaris nabi,tapi nabi tidak mewarisi fitnah kepada harun din,mat irak,bakar cik,nasha dan harun taib untuk di amalkan.Sekarang terbukti jelas bahawa ada pimpinan yang maseh nak menipu di depan perwakilan menafikan ucapan sendiri dalam seminar kepimpinan ulama.Dan ust Ahmad Awang sendiri sudah jelaskan yang memang ada pemimpin yang menyuruhnya berpakat ngan umno tubuhkan kerajaan di Perak.Ayuh bangun ahli2 sekalian, PAS sekarang perlu di selamatkan,kalau perlu bersolat hajat lah dan bangunlah ditengah malam memohon kpd ALLAH membalas perbuatan fitnah dan khianat mereka ini dengan setimpalnya.Kepimpinan ulama cuma slogan dan kertas kerja untuk menghalalkan berpadu ngan umno dan menguasai Pas.Pada dato Husam bersabar lah,ini ujian hebat untuk anda,kerana selepas ini akan disiarkan tarikh2 pertemuan2 pas/umnobn.Dan kita minta supaya orang2 yang bertanggung jawab,kalau ada maruah letak lah jawatan dan masuk lah anda ke umno dan Islamkan lah umno.
Lebai ada yang jahatnya? Selalu istilah lebai ni baik! Mungkin baik untuk satu pihak tapi tidak baik untuk satu pihak lain! Dunia Bakaq! Yang jadi mangsanya ahli dan rakyat!
H1Ni yg menjeling... H1N1 kena haposkan untuk mengelak merebak dlm PAS ! Hidop TOK guru Nik Aziz...
Hanya Allah yang Maha Tahu..kerna Dia Maha Melihat Maha mendengar...MUngkin Allah Yang Maha Tahu menutup aib-aib kalian..bayangkan bila Allah membuka aib-aib kita..tak mampu kita nak berhadapan dgn siapa pun...
hati2 tulisan pak bakaq.. jgn kerana tulisan nta.. saf berpecah... sebelum approve email/ menulis.. baca kesan jangka panjang dulu.. jagan main sedap jer...
salam kepada semua pembaca,
Muktamar sudah selesai. Pemilihan sudah dibuat, tak guna menyesal kalaun dah sudah buat keputusan. Pimpinan pro-UG telah menang. Husham dan Khalid Samad sudah sedaya upaya cuba untuk menyelamatkan PAS dari virus N1H1. Tapi kalah.
Pimpinan pro-UG menafikan segalanya. Mereka tidak berbohong. Mereka cuma tidak beritahu kita apa yg mereka buat. Saya harap ahli PAS semua perhatikan mereka. Kita tengok apa dia buat. Bila dah sah terbukti jelas , tak betul. Kita gantikan mereka. For now, let us give them enough space to do what they want. Let us give them enough rope to hang themselves.
Ahli PAS
salm bang bakaq ,,
Kalau macam tuu boleh "orang tuu" beli rumah banglo kan !!! jom mai kita pergi tengok rumah banglo tuu...
roti tempayang
ada harapan pas kalah di manik urai...terima kasih nasa dan hadi...n the perpaduan gang....yang bangang..
Apalah yang mereka harapkan dalam hidup agaknya... benar niat dihati x siapa tahu.. tapi tindakan dan perbuatan pasti dapat menggambarkan segala2nya... berdoalah PAS masih dalam landasan yang benar... kita tidak punya pilihan.. nak x nak, PAS perlu dipertahankan... beberapa kali ditipu masih ingin ditipu... ah, kamu x wala'???
syiah adalah bapa segala ajaran sesat
Nak sambung dari Misaimerah,dalam PC tu Mustafa Ali konon hendak menumpukan kemenangan PAS diManek Urai.Percayalah Mustafa Ali,orang Kelantan tak perlukan bantuan "pencinta UMNO"lagi pun Tim.Presiden baru kamu telah menghina TGNA,Mursyidul Am merangkap MB Kelantan.Jentera Pilihanraya Kelantan mantap,kokoh dan sentiasa bersedia bukan macam Trengganu.Hampir 20 tahun memerintah, Kelantan tak memerlukan bantaun dari manusia sapert Mustafa Ali mahu pun Nasaruddin Mat Isa.Seluruh pendokong PAS dari segenap tanah air akan berkampong diManek Urai,Mustafa Ali dan Nasaruddin Mat Isa tak payahlah datang keManik Urai.Amat dikhuatiri kedatangan dua orang ini akan membawa "kecelakaan".Mustafa Ali tak payahlah nak bermuka-muka anta bukan pakar sangat tentang pilihanraya,kalau benar pakar mengapa Trengganu kecundang dalam 2 pilihanraya yang lalu.Jawatan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat disedekahkan olih Presiden agar anta masih "ada kuasa sikit" dipusat.Ada baiknya anta tumpukan gerak-kerja memperkasakan Trengganu,itu pun kalau mampu.
anakkelantan dwp
Dalam organisasi PAS, seluruh ahli, seluruh pemegang jawatan, seluruh pemimpin ada naqib mereka. Mereka hendaklah taat kepada naqib ini. Naqib mereka ialah mursyid ul 'am. Hendaklah mereka wala' kepada naqib ini.
Semuanya mestilah patuh.
Termasuk timbalan presiden.
Termasuk presiden.
aku sedih banyak Nash hina Tok Guru Nik Aziz, ada ke patut dia bilnag tok guru bukan PAS. Tok Guru Nik Aziz hatinya sentiasa bersama PAS and jiwanya.
UMNO tak boleh di percayai. UMNO bukan parti Islam.
org pas trg ni selalu over confident ttg sesuatu perkara..cakap x kaji dulu ..pastu bila dh kena srh stop plk?tu tye abe stopa kite... pas kt trg hanya bertahan 1 penggal je..sbb dapt mklumat umno nk serang masa pilihanraya siap blh kate eh mustahil lah depa bole mhg..lassekali telungkup...akar umbi pas trg x bermasalah sbb depa ikut je 'org atas'..isu kera-jaan perpaduan dh mkn diri..skrg semua sudut kn...raje dh nk chekmate dh...nasib la ada tgna kalu x tak tau la..ust fadzil we missyou political genius.
Sbb tu laa kerajaan PAS Terengganu jatuh.......... Hj Hadi, pk dlu sblum kecek, ambo tau ambo xlayak utk berkata2 tp sekiranya smpai batasnya, akan meletup juga...... what the hell with u...? nape perlu bergabung ngan umno....? bodoh mung...
ALLAHUAKBAR,ALLAHUAKBAR,ALLAHUAKBAR, YA ALLAH ENGKAU MAHA AGONG,MAHA BERKUASA ATAS 7 PETALA BUMI DAN TUJUH PETALA BUMI,BERIKAN LAH KEKUATAN DAN KAU TAMBAHKAN LAH KEHEBATAN DAN KEBIJAKSANAAN KEPADA MURSYIDUL AM KAMI TOK GURU NIK AZIZ UNTUK MENYELAMATKAN PAS DARI AGENDA UMNO LAKNATULLAH.KAU GAGALKAN LAH USAHA2 GOLONGAN2 YANG BERTOPENGKAN ULAMA DALAM PAS UNTUK MENJUAL PAS BAGI DI SEMBELEH SEBELOM PRU 13 NANTI.YA ALLAH KAMI SERAHKAN PADA MU APA YANG AKAN KAU BALAS TERHADAP MEREKA YANG MENGKHIANATI PERJUANGAN INI,MEMANG KAMI SEBAGAI AHLI YANG TERLALU SAYANG AKAN PERJUANGAN INI TERLALU KECEWA DENGAN APA YANG DILAKUKAN OLEH BEBERAPA KERAT PEMIMPIN YANG MENGAKU ULAMA TAPI BERBOHONG BESAR PADA AHLI SEPERTI KAMI.AMIN.
Kenapa dalam isu kerajaan perpaduan ini amat di sukai oleh umno dan di tentang oleh perwakilan dan tok guru nik aziz sendiri ya?kenapa hj hadi lebeh sayang najib dari nik aziz sendiri?kenapa perwakilan menolak orang yang menentang kerjasama umno/pas dan menerima pemimpin yang menyuruh ahmad awang tubuhkan kerajaan umno/pas di perak selepas pru13?kenapa haron din menafikan kertas kerja nya sendiri?apakah fiqh yang di gunakan harun din bila nmenjawab pertanyaan husam?apakah seorang ulama itu halal berbohong?kenapa stopa ali lebeh berkuasa dari mursyidul am sendiri?hasil muktamar 2009.
Alhamdulillah, Muktamar PAS ke 55 telah berakhir dengan jayanya dan merupakan penganjuran muktamar yang paling hebat setakat ini. Tetapi yang lebih utama, Allah telah menyelamatkan PAS daripada anasir-anasir yang bakal merosakkan PAS dan Kepimpinan Ulama PAS tetap terpelihara.
Pada pemilihan kali ini, Dato' Husam Musa telah tewas dalam percubaan pertamanya untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PAS daripada penyandang jawatan tersebut YB Ust Nasharudin Mat Isa. Beliau hanya mendapat 281 undi berbanding Ust Nasharudin yang berjaya mendapat 480 undi. Manakala Sdr Mohamad Sabu mendapat 261 undi. Sebaik sahaja diumumkan tewas, Husam kelihatan tidak dapat mengawal emosi apabila cuba untuk turun daripada pentas utama selepas bersalaman dengan Ust Nasharudin. Nasib baik Dato' Mustafa Ali yang berada di situ bertindak cepat untuk melarangnya berbuat demikian.
...bersambung
http://muktamarpas.blogspot.com/
pasbaru@yahoo.com,
Ramai yang telah tahu siapa disebalik hpp://muktamarpas.blogspot.com/ yang menghentam Dato Husam secara peribadi.Jika anda rajin melayar blog-blog sejak selesai Muktamar ke55,anda akan melihat betapa ribut,keruh dan marahnya "orang" kepada Presiden,Tim.Presiden dan tidak ketinggalan mentor anda Mustafa Ali.Belum pernah dalam sejarah PAS berlaku keadaan dan suasana yang sedemikian rupa sehingga Mustafa Ali terpaksa buat satu PC "merayu" agar topik Kerajaan Perpaduan tidak disebut-sebut lagi olih semua pihak.Sila baca pula apakah reaksi terhadap "rayuan" Mustafa Ali itu.
Anda amat yakin apa yang telah anda lakukan dalam blog anda itu telah memenangkan Nasaruddin Mat Isa mengekalkan jawatan Tim.Presiden.Tak ramai yang marahkan anda sebab anda sekadar "cari makan" dengan Mustafa Ali.Sekarang ribut-taufan telah melanda PAS dari segenap penjuru hingga ada cawangan PAS nak tutup kedai untuk menyertai PKR.Anda sepatutnya tersenyum lebar kerana "kejayaan" anda.Untuk makluman anda ribut-taufan ini sebenarnya baru bermula dan apabila ianya berakhir sama-samalah kita tunggu kesudahanya.InsyaAllah,yang benar tetap benar dan yang batil tetap batil.
Ada lagi anon syiah ni.penat imam2 di lubnan dan palestin nak suruh semua aliran bersatu.alAQSA DAH NAK RUNTUH.sibuk pasal mazhab lagi.dasar tali barut
mr presiden mesti buat press conf. jelas dulu semuanya...skrg pas dh berpecah teruk sangat....depa ingat depa dh menang muktamar bole senyap ke?tuhan kata'apa hok mu ingat baik bg mu tu tak semestinya baguih'....ye la selallu guna ayat utk org umno skrg ayat kn kt diri sendiri pulak...to husam and the gang meskipun ada berapa part yg ana x setuju dgn anta tapi pokok pangkanya what your people fighting for is right!jgn sedih,ingat tuhan kato'hok mu rasa burok tulah sebenarnya kebaikan'..justice will always prevaile!
PAS DAPAT PENYAKIT BARU H1N2....JANGAN BAGI VIRUS NI MEREBAK DIDALAM PAS,HAPUSKAN VIRUS H1N2 INI SECEPAT MUNGKIN.........BERKEMUNGKINAN VIRUS INI HANYA DAPAT DI HAPUSKAN DGN PENGGUNAAN UBAT BERNAMA FULUSSSSSS DAN MASYUKKKKKKKK......!!!!
buleh tidak suruh nasa sumpah dengan nama Allah sedikit pun tidak ada dalam hati dia untuk bergabung dengan amnu bagi membentuk kuasa [baca: jadi menteri]
Minta Ustaz Nasa balik ke bertanding kat Negeri Sembilan saja. Dia sdh hebat cakap tentang Kerajaan Perpaduan. Mungkin UMNO akan beri dia MENANG TANPA BERTANDING atas nama perpaduan yang dia sedah berulang-ulang. Salam
saya tengok video tu...tak ada siapa pun yang menjeling tengok ahmad awang......pelik betul blog ni......tak lebih dari si luncai...tong kosong bunyi berdentum tapi ilmu tarak.....adei penarik beca..............piiiiiiiiiiiiiiiiirah..... better u stop blogging lah....melaga2 kan orang......batu api...mengadu domba.....takutlah kat api neraka......
Sudah le bertandung di Bachok atas belas ihsan TG. sekarang dah jadi kadok naik junjung pulak.
Kalau tak didedahkan siapa orang itu, nanti dia akan rosakkan parti dari dalam, lagi teruk. Minta dedahkan secepat mungkin supaya parti kita jadi selamat.
Tamatlah riwayat Kelantan dalam PAS pusat. Terengganu menguasai. apo nak di kato...itulah pilihan ahli. Balik baut kerja masing-masing, besok bertemu di mahkamah allah.