Sedap!! Klik gambar di atas!

Semoga dua Tok Guru berkempen bersama di Manik Urai

Dengan tersiarnya berita Malaysiakini hari ini bertajuk "Unity government: A united 'no' from Pakatan," saya tak akan siarkan lagi sebarang komen yang mengkritik Tok Guru Presiden.

Sebenarnya, hampir separuh (kalaupun tak separuh) komen yang saya tekan reject. Ada sesetengahnya saya sendiri pun tak gamak nak baca.

Saya boleh dituduh apa sahaja dan saya akan siarkan tuduhan anda. Tujuan saya siarkan komen-komen itu sebelum ini, selain berusaha untuk bersikap sedikit demokratik jika kena pada tempatnya, adalah untuk memperlihatkan bagaimana perasaan ahli-ahli dan para penyokong PAS terhadap apa jua tindakan nak bersama-sama Umno dalam satu kerajaan.

Kritikan keras bukan sahaja di alam siber, malah kalau pergi ke tempat-tempat ahli-ahli dan para penyokong PAS berhimpun, kita akan mendengar kritikan yang sama. Saya mendapat tahu begitu ramai tokoh-tokoh PAS di peringkat negeri-negeri dan kawasan-kawasan yang menelefon beberapa pemimpin PAS di peringkat pusat mengadukan kritikan keras ahli-ahli dan para penyokong terhadap Presiden PAS.

Akhirnya, saya ingin melihat Tok Guru Presiden dan Tok Guru Mursyidul Am berceramah atas satu pentas dalam kempen pilihan raya kecil Manik Urai (Gambar di atas ihsan Malaysiakini).
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. takbir.....!! Allahuakbar!!!!
    takbir.....!! Allahuakbar!!!!
    takbir.....!! Allahuakbar!!!!

  2. baguslah...marilah kita bekerjasama dgn kafir utk memusnahkan umat islam umno...
    sejarah para sahabat berulang kembali...

  3. mengapa timbalan presiden pas tidak pandang bersih?!

  4. ye betul aku sendiri pun nak berhenti kritik presiden kita ni.tapi kalau buat lagi lepas ni aku bukan sekadar kritik aku akan bawa ahli ahli kawasan aku pergi ke raja laut

  5. berhenti mengampu mana2 tok guru. jangan dilihat assobiah. nasa lu kena berhenti

  6. ya kami pas rela dikuburkan sebelah puak2 kafir untuk menentang umat islam umno

  7. mentang la pemimpin jangan la tamak, sombong dan ingat kita ni bodoh xboleh pikir..Kita bukan UMNO parti yesman.
    Takbir!

  8. hari ini dalam sejarah....pas tolak idea pas sendiri...

  9. kami pas kawasan jerantut menuntut agar tim presiden meletakkan jawatannya dan menumpukan kepada kawasan parlimen yang dimenanginya. kami tidak akan wala kepada nasha selagi beliau tidak berundur. kami juga telah mengusulkan memorundum kepada tuan ibrahim supaya mendesak nasha letak jawatan. nasha please resign!!

    markas pas temin

  10. nasha please resign

  11. Pak Bakaq,

    Syukur Alhamdulillah Majlis Presiden Pakatan Rakyat telah menolak Kerajaan Perpaduan antara PAS dengan UMNO.Aku lihat gambar-gambar diHarakahdaily ternampak Mustafa Ali tersenyum lebar kelihatan rasa lega kerana tak akan dikutuk lagi.Pengistihan Presiden PAS,TGHA hendaklah diikuti dengan tindakan "pembersihan" agar virus ini tidak berulang lagi dan tidak akan diteruskan cara "senyap-senyap".Untuk membuktikan keikhlasan dan kejujurannya,Presiden PAS hendaklah menggantikan Mustafa Ali dengan orang lain sebagai S/U Agong PAS.Lantikan S/U Agong adalah kuasa Presiden dan S/U Agong bukan dilantik olih Muktamar.Agar musibah ini tidak berulang lagi,disyorkan juga Dato Husam Musa dan Tuan Hj.Mohammad Sabu dimasukkan kedalam Dewan Harian PAS Pusat dengan cara perlantikan Dato Husam sebagai Pengarah Pilihanraya PAS Pusat dan Hj.Mohammad Sabu sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat.Semua ini bolih dilakukan olih Presiden -untuk membuktikan keikhlasan dan kejujurannya.Dengan kehadiran dua bekas Naib Presiden ini dalam Dewan Harian dan ketidakhadiran Mustafa Ali - InsyaAllah idea Kerajaan Perpaduan ini tidak akan muncul lagi dan akan mati begitu sahaja.

  12. Alhamdulillah..segalanya telah selesai..terima kasih Pak Bakaq kerna membenarkan kami ahli2 bawahan mengutarakan pandangan..TAKBIR!!

  13. alhamdulillah....

    pada komen 'anonymous'..stop la jadi batu api nk lagakan kiteorang, xyah la kononnya nk hasut benci pemimpin2 ni..kiteorang bukan mcm umno...isu 'kerajaan perpaduan' dah full stop...babai umnoooo000...ekeke..:P

  14. semoga baik2 sajalah allahuakbar

  15. Salam, Alhamdulillah, lega dah gue rasa...hilang dah rasa sebal gue..gue pun berharap dua TG akan berceramah sekali d Manik Urai..

    Utk Utz Nasa kena belajar menjawab soalan wartawan,,belajar dari Dato HUSAM, Cik PA, atau belajar dari TGNA..belajar menjawab soalan wartawan ni...supaya tak menjawab mcam kelmarin-kelmarin,,seperti..pendapat peribadi TGNA, setuju dgn Najib..

    maasslam..klo tak berubah,,,eloklah utz Nasa letak jawatan Timbalan President..
    Klo susah..cakap no comment habis citer..
    bye

  16. alhamdulillah...eloklah begitu pak bakaq,jika ada terjumpa dimana-mana komen-komen saya yg agak rock (keras) tempoh hari, saya minta maaf..dan pada nasa and the geng cepat-cepat lah jumpa tok guru Mursyidul Am nik aziz utk selesaikan masalah tu ,masih belum terlewat lagi dan pintu kemaafan pun belum tertutup lagi.pulanglah kepangkal jalan,saya rasa tok guru mursyidul am dan ahli-ahli pas dapat menerimanya semula....wassalam

  17. UMNO tu mendokong dasar munafiq dan murtad, lebih teruk dari kafir harbi!!!

  18. Salam Pak Baqa

    "Bersyukur kerjaan perpaduan bersama umat islam umno x jadi"

    Aku ahli pas yg wala pada tok guru nik aziz menyeru kepada semua penyongkong2 pas,pkr,dap (pakatan rakyat) berganding bahu bersama menentang umat islam umno sampai hancur. Jika ada ahli keluarga rakan taulan yg menyokong Umno, kita wajib mentarbiahkan mereka supaya menyokong PAS dan pakatan, usah pedulikan mereka walau mak bapak kita sekali pun. Hanya Pas sahaja yg dijamin islam...selain Pas adalah diragui keislamnaya. nasa harus letak jawatan...piiii masuk umno

    takbir.....!! Allahuakbar!!!!
    takbir.....!! Allahuakbar!!!!
    takbir.....!! Allahuakbar!!!!

    Anti-"UG"

  19. Yazid bin Muawiyah pun Islam jugak... tapi penggal kepala cucu Rasulullah SAW. UMNO Islam jugak tapi tembak mati Al-Ustaz Ibrahim Libya.

  20. ya kami pas rela dikuburkan sebelah puak2 kafir untuk menentang umat islam umno yg mengatakan jika laksana hudud habis segala batu2 dijalan, zaman nabi tadak gilette tu pasal zaman dulu depa berjanggut, org islam yg murtad sikit je berbanding dgn yang ramai masuk Islam, takpa kita seksa dan tangkap org dlm lokap tanpa ada pertimbangan yg adil, takpa kita sembur ayaq gatal pd org ramai sbb kita bukan burma.. bukan myanmar..

  21. x kisah la apa nak kata pon janji aku nak tenguk UMNO hancur. memang aku benci gile ngan UMNO. nk cuci tong taik kene cuci dari luar bkn dari dalam. hancur umno at all cost!!

  22. Dalam usaha merapatkan saf KAUM MUKMININ, janganlah terlalu naif diajak sekalian yang melabel diri sebagai MUSLIM untuk bersatu lagi berpadu tanpa asas, kerana di celah-celah MUSLIM itu ada NIFAQ dan MUNAFIQ yang tidak boleh dipandang sebelah mata. Mereka sebenar-benar musuh. Allah sendiri sudah memberitahu, hati-hati dengan mereka.

  23. bersyukur...alhamdulillah,Satu keputusan bijak..buang yang keruh ambil yang jernih..sama-samalah kita bermaaf-maafan,tak gitu pak bakaq...jangan ambil hati dengan komen saya tempoh hari, mungkin cara saya komen AGAK” keras “ sedikit...itu bukan bermakna saya kritik PAS,tapi saya tidak mahu sesetengah pemimpin pas lari dari landasan PERJUANGANNYA....Harap maklum.

  24. Alahai, kenapa la kita ni "naive" sangat macam budak-budak sekolah. UG ni tidak akan lenyap begitu sahaja dari muka bumi ini. UMNO tidak akan duduk diam-diam kerana survivalnya bergantung kepada PAS.

    Tindakan yang diambil oleh PAS sekarang nampak sangat wishy-washy dan tidak menjamin ketidaktimbulannya semula kemudian.

    Melainkan PAS membuat satu "penutup tirai" yang betul-betul muktamad. Saya harap pembaca-pembaca kalian boleh mengagak apakah yang dimaksudkan dengan "muktamad".

    Sehingga peristiwa itu tiba kembali semula, eloklah kita enjoy dan syok-sendiri dalam kelegaan ruang masa yang masih ada.

    mat royan

  25. Tahniah kepada saudara seIslam Abu Bakar Rashid yang telah menyumbang fikiran dan tulisan dalam menentang secara bersungguh-sungguh usaha bekerjasama dengan UMNO dalam apa cara sekalipun telah menghasilkan kejayaan.

    Semoga Allah memberkati usaha saudara dan akan diberi ganjaran pahala disisiNya.

    Walaupun apa keadaannya sekarang, kewaspadaan amatlah perlu menjaga agenda Islam Amerika menjalar masuk kepada gerakan Islam seluruh dunia dengan mengkesampingkan Islam yang ditunjuk oleh Muhamad saw.

    Ia mungkin dalam bentuk individu dalam kelompok.

    Teruskan usaha-usaha murnimu untuk melihat Islam yang dibawa Muhammad ditegakkan dimuka bumi ini, walaupun mungkin ada mereka yang tidak memahami keikhlasan mu, kerana mengguna kaedah tulisan keras yang membekas dihati.

  26. lagi tergigit gigi dan lidah
    inikan pula kita manusia
    dua tok guru berbaik sudah
    Kami di manik urai bersiap sedia.
    gempur gempur bila bila masa
    menentang arus media masa
    datang kasini bila bila saja
    dapat kita berbual bicara.

  27. Aku turut bersyukur isu ini sudah selesai.Aku sokong pandangan Anon 11 bukan sebab aku penyokong dan pengampu Mat Sabu mahu pun Husam Musa.Cadangan ini akan menjadi "pengimbang" dalam Dewan Harian.Olih kerana cadangan tempat Us.Idris Ahmad,Ketua Peneranagn diambil olih Mat Sabu,aku cadangkan Us.Idris Ahmad dijadikan S/U Agong mengambil tempat Mustafa Ali.Sudah sampailah masanya Mustafa Ali berehat dan tumpukan usha memperkokohkan HARAKAH dan Siasah.Sebaik-baiknya ushakan penubuhan Klub Vetran PAS,tak usahlah nak berpolitik lagi.Biarlah Trengganu dipimpin olih orang-orang muda yang begitu ramai dan berkebolihan.InsyaAllah PAS akan dapat mengambil Trengganu dari tangan UMNO pada PRU ke13 akan datang.

    Aku juga ingin menyampaikan tahniah kepada Pak Bakaq kerana begitu istiqomah menentang muzakarah,muqabalah dan juga idea Kerajaan Perpaduan - demi untuk menyelamatkan PAS menjadi "penyambung hayat" UMNO.Walau pun dicerca,dimaki-hamun dan difitnahkan,namun Pak Bakaq tetap istiqomah dan berani mendedahkan apa yang sepatutnya perlu didedah dan ditelanjangkan.Syabas Pak Bakaq.

  28. isu ini akan dipergunakan sepenuh2nya oleh UMNO...akan diwar-warkan PAS takut kepada Lim Kit Siang.. PAS akan semakin hilang sengat di kawasan melayu... PAS akan rebah di Manek Urai sbf referendum bantahan umat melayu islam.... PAS sudah boleh melupakan utk menang di Kedah,Perlis,Terengganu,Kelantan dlm PRU akan datang.. tapi PAS akan lebih berprestasi tinggi di kawasan2 mixed electoral di Selangor, Perak, Pahang,Johor, N9. PAS for ALL!

  29. aaahhhh leganya...selepas 2 minggu 'sembelit" dek kerana virus h1n1m1...syukurlah pak bakaq wehhh.

  30. Tapi persoalannya PAS ada dua kepala.Satu nak pegi kiri satu nak pegi kanan.
    Apa kematot sangat organisasi PAS ni??? Mana ada quality kalau ada dua kepala???
    Buat malu PAS sendiri aje. Comon Nik Aziz kasi pamcung aje satu lagi kepala tu.Baru le ikut fitrah illahi.
    Pimpinan Ulama yang flip flop Unity Gomen ibarat ludah ke muka Ulamak aje. Heh,heh,heh. Aku anti Ulamak commercial.

    Baca lagi "Pimpinan Ulama: Tiada Institusi Ulamak dalam Islam" di...

    http://warongpakyeh.blogspot.com

  31. Betul..betul..betul...

    Kiranya, selepas ini, kita boikot terus orang UMNO. Mereka itu MUNAFIK! Kita jangan berurusan langsung dgn orang UMNO. Hatta jiran kita, adik-beradik kita, sekiranya sah mereka UMNO, jangan diambil peduli. Mereka mati pun, sebenarnya mereka mampus. Peduli apa. Tak layak untuk kita sembahyang jenazahkan. Lebih mulia lagi kita pergi ziarah Cina DAP mampus. Dapatlah juga sokongan dari mereka, sekurang-kurangnya. Walaupun hakikatnya kalau kita perintah negara pun, terang-terangan kita akan ditentang juga didalam menegakkan syariat Islam. Tapi peduli apa, penyokong kita pun bukannya cerdik-cerdik belaka. Kemenangan sekarang dipihak kita. Takbir!!!!

    Politik...politik....Manusia bertambah gila kerananya......

  32. salam.

    pak bakaq,

    alhamdulillah.......

    apapn kita kena jadi mata dan telinga PAS agar perkara tidak berulang lagi..

    sekiranya ia hanya sandiwara maka sy akan istiharkn perang tampa tamat pada mereka yg berkaitan...

    tiada UG dulu kini dan selamanya...

  33. apa hal ngan ko ni confused? dtg bulan ke gila sebentar ni? kehkehkeh

  34. pak yeh mung nih jenih muko tak malu ko. asik duk promo blog mu kat sini. apo ingat mu ni jenih yg maksum ko. tak buak saloh silap. bo la dengan puok2 boneka umno nih. mu ni otok yahudi

  35. Tuan Presiden PAS, buatlah rombakan semula:

    1-S/Agong: Idris Ahmad
    2-Ketua Penerangan: Mat Sabu
    3-Pengarah Pilihanraya: Husam Musa

    Dengarlah Tuan Presiden, ahli-ahli dah tak mahu lagi kepada Cikgu Pa.Beliau berjasa pada PAS tapi tindak tanduknya bermula dari PAS memerintah Terengganu hingga kini tidak kami senangi.

  36. woi pAs kwsn Temin....korang semua bodooh yg amat....TGNA dah settle dah...korang lebih sudu dari kuah pulak....memang bodoh la manusia yg menjadi ahli PAS di kawasan Temin....bodoh sungguh...bodoh yg amat sungguh....

  37. SYUKUR ALHAMDULLILLAH KE HADRAT ALLAH TUHAN SEMESTAR ALAM YANG MEMBERIKAN TAUFIK HIDAYAH KEPADA PENDOKONG DAN PEJUANG ISLAM.
    MAKA KAMI AKAN JUGA MENGHENTIKAN SEGALA KRITIKAN PEDAS TERHADAP MEREKA YANG TERLIBAT DALAM MASALAH KERAJAAN PERPADUAN DAHULU,TAPI ITU TAK BERMAKNA KAMI TIDAK AKAN MENEGUR DAN TERUS MENGKRITIK DEMI KEBAIKAN AGAMA BANGSA DAN NEGARA.

  38. alhamdulillah dengan perkembangan terkini, semoga berterusan menjangkaui pru13. post mortem perlu dilakukan segera untuk mengenalpasti punca kepada masalah yang berbangkit. demi keutuhan parti dan menghapuskan semua "tohmahan" soalan2 berikut perlu dijawab:

    1. inisiatif siapa?
    2. pihak terlibat?
    3. urutan kejadian?
    4. adakah melibatkan orang tengah?
    5. jika ada, siapa?
    6. kenapa tidak dibincang di peringkat parti?
    7. apakah terlibat 'pembelian' individu?
    8. kenapa tidak terlintas kemungkinan perangkap?
    9. siapa yang didorong dan oleh apa?
    10.sejauhmana cikgu pa terlibat/apa peranan dia?
    11.sejauhmana nasha terlibat/apa peranan dia?
    12.sejauhmana tghh terlibat/apa peranan dia?
    13.haron din, apa peranan dia?
    14.harun taib, apa peranan dia?

    pakar2 bedah perlu cari apa yang patut dan parti mesti sediakan kertas putih bagi memulihkan kepercayaan dan sokongan ahli/penyokong terhadap parti. hanya dengan 'pembersihan' sahaja kredibiliti pas dapat dipulihkan.

    ini bukan masalah rumah tangga, ayah dengan ibu bercerai, anak2 masih boleh bertemu dengan mereka. masalah yang pas hadapi lebih kritikal, ia melibatkan 'survival' parti.

    untuk maju ke hadapan, punca masalah perlu di'korantinkan'.

    Allahuakbar!!!

  39. alhamdulillah akhirnya selamat gak pas... semoga andaian aku sebelum nih yang mengatakan umno sakit tenat tapi pas yang mungkin mati dulu tak menjadi kenyataan.

    Tabik Spring !!! pada TGNA yang sanggup merendah diri tarik balik kenyataan pd nasha... tapi si nasha nih tak tau malu ke dgn org tua? Takkan dia tak mintak maap pada TGNA dan PENYOKONG PAS yang disebabkan molot dia jadi lintang pukang ??? Tapi mmg ada manusia yang mmg muka tak tau malu pun

  40. Pak Bakaq,

    Pak Bakaq terima macam2 sumpah seranah, maki hamun dari orang ramai. Tak apa, akhirnya kebenaran datang juga, yang batil tetap batil. Banyak dapat pahala. Jangan kita boikot orang UMNO. Pintu rundingan UG yang ditutup, tapi pintu dakwah sentiasa terbuka. Jangan kita jadi macam mereka, kalau tak ikut mereka macam2 dipulas. Kita ajak ahli UMNO masuk PAS, penyokong UMNO sokong PAS. Kena ikut macam TGNA, tak bezakan rakyatnya jika berlainan parti. Baru PAS bertambah kuat. Yang salah tu kena juga minta maaf, baru nampak clean & clear. Nak tengok juga pemimpin PAS lain berjiwa besar.

  41. mengaku islam .. sapa yang cerita pasal kerajaan perpaduan kalau bukan org pas juga dalam muktamar ..

    lepas tu salahkan akhbar perdana , huduh betul perangai orang yang mengaku parti islam ... bagus !!! bawa sekali lks , karpal , ngar kor ming , ngeh ngeh kempen kat manik urai ... baca ayat2 quran

    dah lama pak bakaq tak berani siar komen aku ... awat takut ka

  42. Dalam kita dok kata PAS baik dengan orang kafir.(PAKATAN RAKRAT)UMNO pun ebenarnya baik dengan kafir juga. lupa ka kpd MCA dan MIC? Sekarang puak tu dah nak mampus. Kita telah ada pakatan. kenapa kita tidak perkukuhkan saja pakatan kita. dan kita jadikan sabagai alternatif kepada BN. Buat yang terbaik. berdakwahlah secara berhemah kepada puak kafir ni. semoga di izin Allah mereka paham islam dan mahu menerimanya. UMNO dulu pun tak buat islam. Kalau dia nak kepada ISlam dah lama dah. Ni kita nak laksana hududpun dia tentang. Tut tut dah nak mampus baru nak baik dengan PAS. Eh pegii Dahhhhhhhhh.Atau saya nak peringat lagi kut kut ada yang dalam PAS tak sabar nak jadi MEnteri he..he..

  43. salam ,
    masih tidak dengarpun lagi kenyataan Nasha minta maaf atau mengaku apa sahaja kesilapan yg dia telah lakukan, sebaliknya TGNA lebih merendah diri menarik kenyataanya dibuat kpd Nasha...
    sepatutnya yg muda minta maaf dulu kpd yg tua dan kpd jemaah yg lain, ini adab sopan namanya....?

  44. Isu UG selesai. mustafa ali dan tg hadi dah perjelaskan. cuma yang tak puas hati ialah....kenapa us. nasha tidak minta maaf pada semua penyokong PAS kerana membuat perbincangan sulit tetapi menafikannya sehingga pak lah sendiri yang konfirmkan.

    Sedangkan tg nik aziz sanggup merendah diri menarik balik kata-kata dia terhadap us. nasha, kenapa us. nasha tidak sanggup hendap meminta maaf atas kebohongan dia tersebut?

    Ego?

    Atau saya tertinggal bas - us. nasha ada pernah membuat kenyataan maaf berkenaan hal ini?

    ABJ

  45. kerna dia
    kerana dia
    kerna diaaa
    semuanya kerna dia..

    nk mnta pndpt bole x?
    ape kate sruh aje dia org tu
    letak jwtn cara baik2 bole kan?
    jgn samapi akar umbi, buat 1 protes keatas anda
    bole kan2??

    salam utk semua..
    PAS 4 ALL

    not (4) ni
    1.nasa
    2.muspa
    3.ron tab
    4.had wang

    CINTA'N ISLAM

  46. SALAM TO ALL

    AKU SETUJU CADAGAN ANOM 45 ..SANGAT-SANGAT SETUJU !!!

  47. anon 36

    bodoh tang mana? mai habaq kat aku?

    pembentang tikar pas kawasan temin

  48. 1 je. nape saifuddin nasation jeling kat nuar ekk kat dalam gambar tu? cuba hang bayang bakaq kalu hang buat press conference aku duk buat muka lagu tu kat hang ada akai ka?

    kg jeram landak
    kuala lipis

  49. BRO 47 ..

    TAK YAH LAYAN LAH KE ANOM 36 TUU ,BUDAK TADIKA TUU ,KENCING TAK BUIH LAGI ,,BUKAN DIA BODOH TAPI KURANG PANDAI JER!!!

    TERUS KAN PERJUANGAN ANDA WAHAI ORANG 2 TEMIN ..KAWE SOKONG DEMO

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008