
Ustaz Mat Iraq menyelar tindakan "musuh dalam selimut" yang didakwanya "cuba memperkecilkan dan menidakkan" sumbangan ulama yang menjadi teras kepemimpinan PAS. Lihat berita Malaysiakini hari ini bertajuk "Ulama selar 'musuh dalam selimut'," berita Utusan Malaysia bertajuk "Ulama tetap perlu memimpin PAS," berita Malaysian Insider bertajuk "PAS ulama chief upset with internal attacks" dan berita Bernama "Ulama PAS diminta yakinkan ahli sokong idea baru".
Tidak penting sama ada saya dilihat sebagai musuh atau apa pun kerana saya tidak bertanggungjawab untuk membuktikan apa-apa pun kepada sesiapa pun di atas dunia ini, tetapi saya tidak berada dalam selimut PAS. Saya hanya penyokong tegar Fasal 5 Perlembagaan PAS yang ingin melihat PAS kuat untuk berhadapan dengan Umno.
Seburuk mana pun saya, demi Allah, saya tidak pernah menerima apa-apa pembiayaan dari Task Force 2010, saya tidak ambil untung atas angin yang katanya berjumlah RM300 ribu hasil projek perumahan di Bunut Susu dan saya tidak pergi ambil duit entah dari mana di HSBC di Singapura (dah tak pergi Singapura, macam mana nak makan-makan nasi beriani di Arab Street).
Tidak penting sama ada saya dilihat sebagai musuh atau apa pun kerana saya tidak bertanggungjawab untuk membuktikan apa-apa pun kepada sesiapa pun di atas dunia ini, tetapi saya tidak berada dalam selimut PAS. Saya hanya penyokong tegar Fasal 5 Perlembagaan PAS yang ingin melihat PAS kuat untuk berhadapan dengan Umno.
Seburuk mana pun saya, demi Allah, saya tidak pernah menerima apa-apa pembiayaan dari Task Force 2010, saya tidak ambil untung atas angin yang katanya berjumlah RM300 ribu hasil projek perumahan di Bunut Susu dan saya tidak pergi ambil duit entah dari mana di HSBC di Singapura (dah tak pergi Singapura, macam mana nak makan-makan nasi beriani di Arab Street).
Yang menarik perhatian saya:
Temuramah Ust. Nasharuddin bersama the Sunday Star (Khalid Samad)
Antara tipu dan benar (Al-Bakistani)
Dalam Malaysiakini hari ini:
Pantau pelbagai aliran dalam PAS...
Perwakilan Perak pakai baju hitam
Sokong gabungan ulama, profesional
Nik Abduh antara 12 AJK Pemuda
Wakil: Timb presiden PAS mesti ulama
PAS janji kejutan dalam p'raya negeri Sarawak
Tiada niat bersama Umno, BN
Long wait at the traffic light for hudud
A mix of professionals and ulama for Youth exco
Of lack of funds and 'mamak' restaurants










Cantik? Klik 






Mengepen sakan Bakaq. Eloklah kalau Husham menang nanti bakaq bolehlah sembelih lembu dan buat nasi kunyit syukur kroni menang. Kadang kadang kalau kita marah sangat kat orang kita jadi childish. Kalau dah jadi childish susah orang nak pulihkan keyakinan.
Tak habis-habis lagi menuduh orang itu ini mantan Ketua "Ulama" ni. Dah le hari tu tuduh orang lain amal politik wang tapi bila diminta bukti angkat tangan cakap dia pun dengar daripada orang lain. Apa punya qudwah yang ulama macam ni nak bawa tak tau lah aku!
Malas nak cakap la, pergi tanya orang kat kawasan dia baru tau.. Dulu nyaris tak masuk calun PRU sebab rakyat kawasan komplen malas turun padang jenguk rakyat..setakat pegang mike bersyarah agama imam madrasah kampung pun boleh.
Boring betul tenguk telatah-telatah orang besar ni..ibarat langit dengan bumi kalau nak bandingkan dengan TGNA.
Pas bukan hak eksklusif golongan ulamak sahaja. Pas adalah satu gabungan pelbagai golongan yang mempunyai aliran politik yang sama. Ulamak jangan meletakkan tembok di keliling mereka dan memandang serong golongan lain kerana itu mengesahkan mereka tamak kuasa.
Ingat!!! ulamak yang yang kesian dan tawar-menawar dengan musuh yang munafik (bertaraf lebih teruk dari kafir - Umno lah tu), cuba menjual parti dan berbohong kepada ahli2 dan penyokong adalah ulamak jahat yang sepatutnya dibuang daripada parti.
Sepatutnya Muktamar kali ini mengemukakan satu usul supaya diwujudkan satu panel penyiasat untuk menyiasat kumpulan yang hendak berbaik dan bersama Umno. Hasil siasatan dan laporan panel ini dibentangkan dan dibahas dalam satu Muktamar Khas, di mana tindakan diambil samada memecat, menggantung atau mencela mereka2 ini, tak kiralah yang terlibat itu Presidenkah, TP kah atau PJ Selangorkah.
Kaedah ini akan menunjukkan bahawa Pas adalah parti yang berprinsip, bermaruah dan boleh dipercayai oleh bukan saja ahli2 dan penyokong, malah kepada seluruh rakyat Malaysia.
roossellee
Saya amat bersykur pada Tuhan, seandai Tuan Haji NASA menang.
Komen saya hanya satu, kalau dlm PRU ke 12 lalu, kita mohon rakyat Malaysia beri peluang pd PR memerintah 1 penggal saja, jika pemerintahan PR lebih teruk dari BN, maka jangan pilih kami (PR) lagi.. mengapa perwakilan PAS dlm Muktamar ke 55 ini tak boleh bagi peluang satu penggal saja kpd YB Husam.. dan kita muhasabah prestasinya sebagai Timbalan Presiden, dalam pemilihan akan datang.. jika dia lebih teruk dari YB Nasa, jangan pilih dia lagi.. neraca kita ialah prestasi dan manafaat yang Jamaah/Parti (PAS)dapat selama tempoh pegang jawatan itu.
Adapun YB Nasa, dah 2 penggal jadi Timbalan dan bukan rahsia lagi prestasinya yang diperkatakan.. sepatutnya sebagai sahabat seperjuangan yang saling mengenali kelemahan dan kelebihan masing2, YB Nasa patut dengan besar hati mempelawa YB Husam untuk ambil alih jawatan itu.. ini bukan soal peribadi, tapi soal survival jamaah/parti(PAS).. saya dan anda, masing2 ada personal limitation, kita mungkin boleh bermimpi nak jadi seperti Almarhum Ustaz Fadhil Nor contohnya, yang saya kira telah meletakkan satu benchmark yang cukup tinggi dlm setiap jawatan yang di sandangnya, temasuk sebagai Timbalan YDP PAS Pusat (sekarang Timbalan Presiden) di bawah Almarhum Tuan Haji Yusuf Rawa.. saya agak rapat dengan keluarga Almarhum, dan saya tahu pengorbanan masa, tenaga, harta yang beliau nafkah kan kepada PAS. Beliau pernah menjual kain batik Kelantan di Kedah, beliau pernah bekerja di "Pusat Tiusyen", beliau juga punya anak ramai dan isteri yang tidak bekerja.. tapi itu tidak menghalangnya untuk menghabiskan majoriti masanya kepada dakwah, penerangan, ceramah, memperkemas & menambah keanggotaan dan cawangan2 PAS.. sebab itulah kepulangannya keRAHMATULAH dihadiri ratusan ribu ahli& penyokong..mereka kasih & sayang pada Ustaz Fadhil tanpa syarat, mereka memberi walak tanpa perlu di rayu, mereka memberi thiqah tanpa paksa.. mengapa?.. kita semua tahu jawapannya.. Adakah YB Nasa memperolehi 1/4 dari kasih sayang, walak & thiqah seperti yang pernah kita berikan pada Ustaz Fadhil dulu?.. jika tidak, mengapa?. Saya telah menjadi ahli PAS sejak 1985, tapi saya sedar, lama bukan bermakna banyak memberi sumbangan.. kpd para Perwakilan yang di rezqikan dengan kuasa memilih, pilihlah berdasarkan Merit @ keupayaan utk menyumbang, bukan kerana puak, kelompok @ kenegerian, kerana jika itu yang berlaku, maka tema Muktamar dulu2, "Memerangi Pemikiran 'Assobiyyah" (betulkan saya jika silap), perlu di ulang lagi di tahun2 mendatang.. Mudahnya penerangan Ustaz Fadhil, makna 'Assobiyyah itu "apabila kamu menyebelahi sesaorang dari kaum kamu, puak kamu, golongan kamu, walaupun kamu tahu dia telah melakukan kesalahan.." Selamat Bermuktamar..hanya keikhlasan yang diterima ALLAH.
http://www.tranungkite.net/v9/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=972&postdays=0&postorder=asc&start=0
Anonymous Thu, Jun 4, 2009 at 7:44 PM,
Saya terpaksa edit komen anda seperti berikut:
Tuduhan-tuduhan yang dilemparkan ke atas husam di dalam blog muktamarpas perlu dipertanggungjawabkan ke atas empunya blog – s*****i e****g dengan sokongan r****n **s.
Jika benar tuduhan-tuduhan tersebut, s*****i dan geng perlu membuat laporan dan usul supaya husam diambil tindakan hatta dipecat dari pas! Kalau tidak, tuduhan-tuduhan itu adalah fitnah yang sangat jahat dari s*****i dan geng.
Kegagalan untuk merealisasikan unity government membuat golongan yang ‘berkehendak dalam gelap dengan umno’ begitu keciwa sehingga sanggup menjaja fitnah serta mengguna ayat-ayat Allah bagi menyokong kejahatan mereka. Insaflah wahai s*****i dan geng! Rumah kata keluar, kubur kata mari…
Dimanakah adab islami anda semua jika hanya mampu bersembunyi di sebalik blog yang diwujudkan semata-mata untuk menyebar fitnah? Kenapakah dibiarkan husam bermaharajalela sedangkan anda semua mempunyai bukti-bukti untuk mengusulkan tindakan diambil terhadap husam? Dengan bukti-bukti yang ada pada anda semua husam WAJIB diambil tindakan.
Ucapan untuk memecat mustafa ali dari pas bukan datang dari mulut husam. Nyata anda semua telah berbohong. Tanyalah dengan tuan guru mursyidul am, beliau sudah pasti akan, dengan senang hati, membantu anda. Anda menuduh husam bersama saifuddin berjumpa orang najib, buktikan!
Insya’ Allah, fitnah anda tidak akan berlalu begitu sahaja… kerana anda dan geng merupakan jentera di belakang ‘memperkukuhkan kepimpinan ulama’!
ADE BERITE GEMPAQ.
SALAM PAK BAKAQ,
NAMPAKNYE BANG MAT DAH KO, HUSAM PULA DAH LETEH!
NASHA DAH DIBELA OLEH DEWAN ULAMAK PAS... LULUS USUL NAK JAWATAN PENTING SERAH KE PEMIMPIN ORANG ULAMAK!
ps - Husam ada problem nampaknye kebelakangan ni..,
SAKAM AJU SETUJU DEHGAN ABU MAWADDAH TAPI KEPADA MRAKUNNAN HAMPA BOLEH BLA BOLEH BLA,,JGN NAK MERAPU
Dewan Ulama dah buat usul semua jawatan Presiden ,Timbalan Presiden dan Naib Presiden mereka yang punya.Macam ayat perintah ja bunyinya supaya perwakilan pilih golongan yang dikatakan ulama terajui pucuk pimpinan parti.Kalau betul dah tau la sapa nak menang.Perwakilan saja yang dapat tentukan sapa yang mereka mau.
Pak Bakaq,
Apa salahnya golongan erdogan tu? Apa salahnya golongan ulama? Apa yang nak diheboh-heboh macam sure heboh! Kalau kita mempunyai minda yang terbuka, apa salahnya pemimpin-pemimpin erdogan tu diberi sedikit ruang dalam memimpin parti, tp kalau diperingkat tertinggi tu jangan lagi. Beri peringkat naib presiden dulu. Bezanya PAS dan UMNO kerana adanya ulama yang menjadi pemimpin utamanya, kalau tidak jadilah macam Najib dan kuncu-kuncunya. Halal haram hentam kerono asalkan dapat menghalalkan cara!
Proses perseimbangan ini perlu dalam parti supaya golongan profesional tidak memandang serong terhadap PAS. Ulama juga tidak boleh menjadikan jawatan tertinggi sebagai monopoli selama-lamanya. Ingat golongan anak-anak muda sekarang teringin sangat mahu duduk dalam majlis-majlis syura PAS, sekurang-kurangnya jadi pemerhati bukan jadi penjumud sokong buta tuli pemimpin macam ahli-ahli jumud UMNO.
Selamat bersidang. Yang kalah rapatkan semula sauf! Tingkatkan prestasi kurangkan kontrovesi. Cuma tinggal 3.5 tahun saja lagi PRU 13. Kalau banyak kontrovesi dalaman PAS, Qaluainna.. lah PAS dan PR.
Askum Pak Bakaq, aku nak ulang terdapat segelintir pemimpin Pas sekarang(khususnya di kawasan aku Dun KIjang Parlimen Pengkalan Chepa) dah jadi cakap aje pandai tapi tanggungjawab hakiki hapak. Ini kisah benar, kawasan aku dilanda ribut pada 03.06.2009 tapi batang hidung wakil rakyat @ ahli parlimen @ wakilnya haram tak nampak batang hidung. Yang tambah menyesakkan dada aku keesokkannya bila penduduk nak datang mengadu di pusat khidmat Dun Kijang tidak dibuka.Zaman sekarang tak payahlah nak cakap isu-isu yang besar jika tanggungjawab hakikipun tak dapat ditunaikan. Aku harap sangatla, agar Pak Bakar kau cubala tegur2 para pemimpinni di dalam blog hangni, agar mereka sedar tentang tanggungjawab hakiki mereka kepada pengundi di kawasan mereka. Janganlah sampai pengundi berpaling tadah, sebab jika situasi ini terjadi bahananya pada parti yang aku sayangi khususnya pada Perlembagaan Fasal 5.
Usul jawatan presiden diterajui ulama ditolak
Abdul Rahim Sabri & Jimadie Shah Othman | Malaysiakini Jun 5, 09 9:26am
Usul Dewan Ulama PAS supaya jawatan kanan parti - presiden, timbalan dan seorang naib presiden - diperuntukkan kepada ulama telah ditolak, kata Pengerusi Jawatankuasa usul Muktamar PAS, Mahfuz Omar.
Beliau yang juga ketua penerangan PAS berkata, usul itu ditolak kerana tidak cukup kriteria untuk dibahaskan.
Katanya, cadangan itu perlu dibincangkan di peringkat jawatankuasa PAS Pusat, terlebih dahulu kerana pelaksanaannya melibatkan pindaan perlembagaan parti tersebut.
Semalam perwakilan Dewan Ulama Terengganu membentangkan usul tersebut
lagi-lagi terengganu? semuanya bermula dengan terengganu? terengganu, terengganu...
Kalau Pak Bakaq di luar selimut tak perlulah sibok2 dgn PAS dan membawa idea anti-ulama. Kalu nak menyibok juga jadilah berfikiran terbuka dan bolih berbeza pendapat dgn cara yg baik. Apalah salahnya berbeza pendapat selagi tidak membawa kepada yg maksiat dan perkara yg haram. Hormatilah pendapat orang lain walaupun bertentangan dgn pendapat kita sekalipun. Janganlah memaksa pendapat kita kpd jemaah dan pimpinan.
Ketahui bahawa pimpinan mempunyai hak prerogative untuk bercakap dgn kawan ataupun lawan. Dan janganlah kita bersikap biadap dgn membuat tuduhan melulu dan bukan2 tetapi kalau setakat nak membuat teguran mengenai sesuatu hal dgn cara yg baik tidak menjadi masalah, seperti teguran mantan ketua dewan ulamak mengenai isu rasuah.
"Saya di luar selimut PAS"? maknanya bukan musuh di dalam selimut. Maknanya memang musuh yang sebenar lah?
Kemenangan di pihak UMNO apabila PAS terperangkap kerana cinta 3-segi dengan UMNO. Orang yang masuk dalam lubang biawak lebih daripada sekali...baguih ka? hehehehehe
GE13 PAS akan tersungkur ke lantai (terutamanya Terengganu la wp UMNO lemah tapi PAS lagi mandom, tidak opportunistic demi idealisme perjuangan).
Ulama jangan pikiaq mereka mahu jadi feudalis.
Abi-Shamel
Salam, Pok Mae. En Mat sulaiman, wakil peribadi saya telah pergi ke kg Tok dokang pada 3 Jun jam 700 petang, sebab ribut pun berlaku lewat petang. ada pun saya tidak dapat pergi kerana dalam perjalanan ke kuala Lumpur untuk muktamar Dewan Muslimat yang memang saya terpaksa pergi. Pada keesokan hari pula, SU Halwa DUN turun. Nanti saya balik saya akan pergi. Kalau maklum, saya pergi, insya Allah.
Wan Ubaidah
ADUN Kijang
Pok Mae,
Demo acu cuba try test check dulu lah sebelum nak mengata rata-riti dale blogospehere nih.
Apa kata kalu lepah tulis tu demo dipanggil menyahut panggile ilahi kembali ke rahmatullah, dale keada'e tok de mitak maaf sebab memfitnah, tal rasa 'nyesal ko ?
Tak pade Mael.. tak [pade... menulis jange ikut sedap, menuduh jange ikut 'de.
Acu bagi no handphone demo,... kawe nak basuh demo sikit.
Askum, kepada sedaro Mat Yie trader dae aye,
Demo pastike wat kawe royaktu fitnah, demo doh siasat atau pastike semua tepat wat keno ributtu dpt pembelaan spenuhnyo.Utk lawate ke kaw.Tok Dokangtu bagusla, cuma kawe nok royak jangela hanya tengok sebeloh yg menjadi kubu kuatje. Kalu kito loni tokleh nok tegur pemimipin kito sendiri takdok bezola kita dengar parti sebelohtu. Sikit2 bilo keno tegur dikatakan fitnah, siasat dulu. Kawe sero tok saloh kalu kito jetik sekali-sekalo pemimpin kitoni sebagai ingatan.Kalu di zame Khulafa Al-Rasyidin pun dio suruh rakyat tegur jika pemimpin buat silap. Kito tegur buke kito beci tapi sebagai ingatan. Kepado demo jange mudah dok nenting gak, zaman loni buke zaman ore nok tunjuk gedebe lagi.So lagi urusan kawe denge Allah, ajal & maut kawe berseroh sepenuhnya kepadoNyo. Wasallam.
Salam, Pok Mae. Zinc untuk atap dah hantar kepada semua mangsa ribut. Ada lagi ke yang tertinggal? Sila maklum kpd saya 016 980 6000.
Wan Ubaidah
ADUN Kijang
Wsalam, kalu gitu terima kasih banyak2 di atas keperihatinan YB. Harap2la semua mangsa telah menerimanyo seperti sepatutnya.Di kesempatae ini juga saya memohon kemaafan drp YB jika YB teraso dgn tegure sayo yg mukin kasar bunyinyo. Bior apopun ore nok kato segala teguran itu meme ikhlas lahir dari lubuk hati saye tanpa ado apo2 agenda lain dae sayo ake terus menegur jika saye raso ade apo2 yg saye raso tok keno."ibarat kato "kalu kita nok tau kelemahae kito jgn tanya saing kito tapi tanyalah steru kito" sekian, terima kasih.