
Dalam posting bertajuk "Ketua Pemuda PAS: Jangan tuduh jaguh kampung," saya dah ingatkan supaya jangan tuduh Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan jaguh kampung. Mungkin orang ingat saya nak main ayat sarkastik.
Sebenarnya, pemberi maklumat dah ingatkan saya bahawa dia ada bom berangkai. Itu saja yang diberitahu kepada saya. Sebab itu saya pesan, jangan tuduh lagi.
Sebenarnya, Nasrudin hendak memenuhi jemputan perdebatan itu. Dia bukan jaguh kampung. Ni bukan ayat sarkastik ni! Memang betul dia nak pergi.
Saya difahamkan, masalah Nasrudin ialah dia meletakkan dirinya dalam kategori "berdikapat" atau berdiri di atas kaki Tingkat Empat. Sebagai pengamal thiqah dan wala' dalam kehidupan berjama'ah seperti yang sering ditekuni oleh talabah itu, Nasrudin memastikan beliau merujuk dahulu kepada Tingkat Empat PAS.
Lalu difatwakan oleh Tingkat Empat supaya jangan pergi. Oleh kerana sudah difatwakan begitu, Nasrudin pun tak jadi pergi. Dia akur. Maklumlah, dia tak ada PhD!
Pemberi maklumat juga kesal kerana pada pandangannya, Nasrudin dan Pemuda PAS yang dipimpinnya sepatutnya ada pendirian sendiri, asalkan tak bercanggah dengan Perlembagaan PAS serta kepentingan parti itu - bukan "berdikapat" atau berdiri di atas kaki Tingkat Empat PAS.
Hal lain - Misai Merah memberikan saya maklumat penting mengenai kerajaang perpaduang. Tetapi, saya belum berani menyiarkannya lagi kerana dah jenuh dah nak cari pengesahan tapi masih belum dapat lagi. Tunggulah. Mungkin Misai Merah sendiri akan menyatakannya (Imej di atas copy and paste tanpa izin dari blog Cenangau)
Menarik:
Gigit mee tak putus (Prof Dr Haji Hamirdin Ithnin)










Cantik? Klik 






Pak Bakaq ini memang ahli bomba yang baik. Dulu masa muda muda setakat merunggut tetapi sekarang dah jadi professional menyindir dan menghentam pimpinan pas yang bersama dengan ustaz hadi. Teruskan Chik Bakar oi.. mungkin satu hari nanti anda akan terpijak tahi ayam muna ( orang kedah pun ada istilah nya) iaitu tahi ayam yang paling busuk dalam dunia dan mungkin Pak Bakaq akan terfikir fikir bodoh nya aku bermulut celupar
forum perdana d Penang malam esok pun KP PAS tak pi? Pasai apa? http://drmaza.com/home/?p=631
Ulama selalunya tolak berbahas.Mereka kurang ilmu logic,sains dan mathematic.Bila belajarpun cara taklid buta. Sebab Hadis kata tak boleh pakai akal untok faham AlQuran.
Kalu Ulama pandai bahas cubalah bahas kat rencana "Ketuanan Melayu di ganti Ketuanan Zionis dan nafsu syaitan" dan "PAS pelekeh diri sendiri" di..
http://warongpakyeh.blogspot.com/
Salam, Bakaq, benarlah bagai yang hang kata..bukan jaguh kampung...anyway gue terhibur dgn post prof Hamirdin ni..cuba hang lihat gambar ketua demontrasi PAS Wilayah tu...PAK HJ AMJAL ..Tapi utk pergetahuan semua..Tanah Tapak Restoran tu kepunyaan PAK HAJI AMJAL and Keluarganye..Tanah bergeran tuu..sebab tu UMNO and DBKL Tak usik pun..lama gue tak pekena laksa bang leman..meleleh dah ayor liur..gue tunggu and lihat aje..pasal UG ni...malas dah mau comment..
Bakaq! Kalau harimau tua kuat aumnya tetapi taring telah tumpul tak mengapalah kerana sudah tua! Ini muda lagi, belang masih garang tapi taring tumpul! Kalau dengar cakap dalam ceramah Oooo terangkat dunia! Ada masa berhujah lebih dari TG Nik Aziz atau Haji Hadi!
PAS mesti dan wajib ditegur lebih daripada umNO sebab parti dengan jelas mengaku berdiri diatas landasan, kalau pemimpinnya mula serong dan bertindak gilo macam umNO maka dengan apa cara sekalipun harus dtegur dan ditentang.
Nanti tak pasal pasal Islam entah kemano asik main golf yo jang...
haha.. tu diaaa.. dah jadi umno dahh...
salam pak bakaq..nk tny skit.pak bakaq ni ahli PAS ker?pak bakaq pernah mendapat tarbiyah PAS ker?mesti tak nyer...dari gaye penulisan dah tahu..mcm org jahil berbicara ttg thikoh n wala'..dan khas kpd pakyeh..hg tu mantap sgt ker?mesti hg ni pernah jd cikgu sains,math,ilmu logik..jaga skit mulut hg tu..derasnye duk kutuk ulama'..dan melalui komen pakyeh tu,mgkin bleh membawa kepada kekufuran...nabi muhammad pun ulama'..raja segala ulama'..ulama' pulak waris nabi..jgn pulak ikhirat kelak x dpt syafaat nabi sudah ler...wslm
Sorry lah pak bakaq,
u
saya nak ulas di luar kotak pemikiran sikit..dek kerana pak bakaq dah sebut pasal budak2 tingkat 4 yg ada phd...tanpa perlu berselindung lagi, saya rasa pak bakaq patut dedahkan apa yg depa tu dah, sedang dan akan laksanakan.
saya melihat pas sekarang betul2 berapa dalam gengaman stopa ali...dengan pemusatan kuasa ditangan beliau yg begitu kukuh utk menguasai presiden, pejabat pas pusat, harakah, siasah, pas trg, dewan pemuda dan dewan ulama...
suasana yg ada sekarang dan dgn barisan yg telah terpilih dan dipilih memungkin kita melihat stopa ali adalah orang yg paling BERKUASA dalam pas pusat dan beliau layak menjadi PRESIDEN PAS YG SEBENAR!
AWAS WABAK H1N1M1!
salam...
bakaq...tolong jgn selindung2 lg...lg lama berselidung lagi parah pas diganyang oleh boneka UMNO...bongkarkn segala kemunafikn boneka UMNO dlm pas..
Salam
Pak Bakaq , WOTR nak ambil gambar Tok Guru tu.
Kesian kat dia dgn situasi yg berlaku.
DLm PAS org lagu nie pun kena jd 'peti sejuk' . Hebat depa.
Salam aku menyeru kepada ahli-ahli pas AGAR mencadangkan agar AGM khas di ada kan bagi membincang kan pasal muqabalah dengan umno ni ...bagi Presiden 30 untuk terang kan kepada ahli ..30 minit untuk Nasa , 30 minit untuk Husam dan 30 minit untuk Mat sabu ..wakil Naib presiden 30 min ..Akhirnya Tok guru NA beri hujah 30 min lepas tuu ...Ahli akan kemukakan soalan kepada Pemimpin atasan
untuk penjelasan lanjut !!! Lepas tuu undi samada menyokong atau membantah !!!!
Baru lah aku rasa isu ini semua orang akan faham dan insyaallah dapat mengurangkan kecelaruan dalam parti kita!! Tak perlu main dalam gelap lagi..
1. Kepada semua ahli-ahli PAS yang menyokong Nasa dulu kini dan selamanya ..pergi lah tengok teratap/ kediaman nya DI BUKIT MAHKOTA ..Kehidupan yg mewah !!! Aku yg golongan professional yg mampu untuk beli rumah macam tuu pun aku tak beli ,,kerana duit itu boleh aku guna untuk bina pondok tahfiz / tadika pasti /sekolah -sekolah swasta orang JIM & NGO yg lain ..Ini lah tempat yg akan melahirkan insan yg berjiwa merdeka hanya takut pada ALLAH dan gologan yg menentang UMNO yg TAGHUT (ingat pesanan PRESIDEN & arwah Ustaz Fadhil) !!!!ana malu dengan tuhan kerana banyak lagi orang-orang/ahli PAS yang daif/miskin
2. Kepada Cikgu PA (SU agung PAS yg baru ..baik lah anda letak jawatan tu dan jawatan di harakah kerana tugas itu ana rasa anta tak mampu anda laksana dgn berkesan!! demi untuk menjaga kebaikan parti PAS...Banyak benda yg ana boleh londeh kan dalam blog ini,kalau ana mahu !! North east plantation dll banyok dooh cikgu / banyok ...Jadi Ahli biasa cukup lah !!!
3. Kepada Hassan Ali ,YB gombak !! Jaga lah amanah yg telah di beri kan oleh sebilangan besar pengundi dun gombak setia dengan baik!!! Ingat YB,YB sedang sedang memikul amanah kan bukan nya sibuk untuk mencari harta !!!Banyak benda yg YB berunding dgn orang UMNO kami tahu !! ingat YB ,UMNO tuu hypocrite/ hypocrite ..di depan YB dia kata itu ini ,tapi lepas tuu mereka bercerita dengan kami !!!itu lah munafiq nya orang 2 umno ke YB lupa !!.. Sudah lah YB ,hanya ada 3 tahun lagi untuk YB menunaikan amanah di dun Gombak setia & sebagai exco negeri selangor !! Kita muhasabah diri lah YB!!!!!Ana tak nak berniat untuk londeh kan YB dalam blog ini..
Kepada JUAk -juak YB PAS jangan lah sibuk untuk mencari Harta kekayaan bila berada di sekeliling YB tuu ,,tapi jadilah penasihat yg baik ,salah tegur terus ,baru lah ada makna nya jadi penasihat ,,BUKAN NYA "PENASIHAT 20 % ,hanya sibuk nak dapat kan projek besar kan sungai dll/balak /perumahan / dll .Dapat untung bagi dengan YB ,,"satu untuk kamu satu untuk aku,,dua untuk aku ,dua untuk kamu
4. Ana menyeru kepada semua pemimpin atasan dan kawasan supaya memula kan semula usrah untuk sama-sama kita mentarbiyyah kan ahli-ahli kita usrah mingguan dan sebagai nya..Ana yg Jahil ini mengingatkan diri ini dan kepada semua/seluruhnya !! ingat kan peringatan itu perlu dan penting bagi orang mukmin..Parti kita mahu menegak kan syiar dan syariat Islam di negara kita yg tercinta . ingat siapa musuh kita !bukannya "mana balak kawasan ana" / BUKANNYA BERKAWAN DGN UMNO DALAM GELAP !!
AYUH TEMAN -TEMAN SEKELIAN ,ANA MENYERU SELURUH NYA AHLI PAS DI MALAYSIA INI BANGKIT LAH ,BANGKIT LAH DARI DI BUAI MIMPI INDAH OLEH PUAK -PUAK UMNO !!!INGAT KITA TENTANG UMNO BUKAN KERANA MEREKA TUU UNMO ,KITA LAWAN BN BUKAN KERANA NaMANYA BN !!!! harap semua dapat baca dengan hati yg terbuka ..salah silap ana minta maaf .Ana sangat -sangat sayang kepada parti kita ini ,,tolong jangan musnah kan parti ini !! sama-sama lah kita memperbaiki kelemahan parti ini
Presiden /Timbalan presiden/ Mursyidul am /setia u agung /naib presiden..dah sampai masanya AGM khas perlu diada kan ..satu penyelesaian yg professional ,pasti musuh kita akan respect kita...
jom gi makan tengahari dan solat zohor berjamaah
TAKBIIR / TAKBIIR !! TAKBIIR
zaman arwah ustz fadzil - teranngg2 setuju kalo BA menang ANNWAR PM -termaktub semasa kempen.. even if PAS menang kerusi banyak pun Anwar PM..
kenapa arwah TG FADZIL noor bole terima anwaar - ahli pas terima..
TAPI sekakrang zaman hadi banyak sangat keraguan itu ini..Mursyidul AM nampak gaya takda masalah Anwar jd PM
ahli jemaah ikut TAAT kata mursyidul AM -dia pemimpin tertinggi.. bukan yg lain2 tu..
Anon nombor 13
Saya tak setuju Umno, tetapi saya juga tak setuju Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri. Muktamad.
kalau semua tak disetujui, habis tu siapalah yg patut jadi PM...AKU kah? heheheheh.....
Siapa org tingkat 4 yg ada PhD tu? Dr apa?
Personel opinion eloklah PAS stay on his own agar tidak menjadi fitnah...kalau baca buku fihqul Daulah...Dr.Yusof QArdarwi bergabung didalm pemerintah bukan Islam adalah tertolak berdasarkan nas AlQuran dan hadith...cuma ada yang membolehkan kemaslahatan iaitu .selagi ruang.dakwah masih ada dan kaidah ushul yang membolehkan...seperti semua ahli PAS telah di maklumkan .. .
.....
Aku nak kata gini saja kepada pemimpin2 dan ahli ahli PAS.Hangpa semua belum diuji lagi dengan sepenuhnya dengan 3 "TA". Ini baru sikit ujian dari 1.5 "TA" saje ahli dan Pemimpin PAS nak mula dah jadi separuh bengong. Tapi aku tahu juga bukan semua ahli PAS kemaruk "TA" tu tapi naluri kearah seluruh "TA" susah dibendung jika sudah menjadi "WABAK". Maksud aku "TA" itu adalah 1.harTA, 2, takhTA, dan waniTA. Berhati hatilah...
Ini sebab husam tak tak jadi menang, semua dah lalut.