Dengan segala keterbatasan saya sebagai kutu, saya lawan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau berkuasa. Bila dia tidak lagi berkuasa, saya simpan kata-kata saya terhadap Dr Mahathir.
Satu peristiwa yang saya ingati dan selalu ceritakan ialah ketika makan dengan Tok Guru Mursyidul Am di warung Pak Rahman (ayah Bendahari PAS Johor, Mustafa Abdul Rahman) bersebelahan Hospital Tawakal di Jalan Pahang. Waktu itu, Tun Musa Hitam baru meletakkan jawatan (1986).
Oleh kerana masih tak puas hati dengan Musa, saya terus membantai orang tua itu di hadapan Tok Guru. Spontan Tok Guru menegur: "Tak hero pukul orang dah jatuh".
Sejak itu, saya berusaha sungguh-sungguh untuk tidak memukul orang dah jatuh, walaupun saya tak nak jadi hero. Buat apa jadi hero. Tengok Superman, nak rehat sat pun tak dan. Sekejap-sekejap orang panggil, sekejap-sekejap orang panggil, "Superman! Superman!". Laaa, tengah gosok gigi pun orang panggil!
Bercakap fasal hero, saya ada seorang kawan, dia doktor pakar. Di kalangan anak buah dia, bila ada problem, dialah sang hero. Laa, nak minum teh tarik pun susah. Sekejap-sekejap anak buah call. Baru ja call, call lagi. Nak marah pun tak boleh, depa pun tak ketahuan darat dengan laut dan terpaksa meminta tolong si doktor pakar.
Saya tulis cerita di atas kerana hari ini saya melihat ada pahlawan kesiangan yang nak jadi hero pukul orang dah tak berkuasa. Masa Dr Mahathir berkuasa, senyap dik! (Lihat Malaysiakini hari ini "MB: Laksana PPSMI 'tidak beretika'")

Cantik? Klik 

Ini memang kerja gila..bukan aku kata..Prof Ungku Aziz yang kata pagi tadi
Pak Bakaq,
sekurang2nya mereka masih mahu menyuarakan kegilaan itu, daripada terus mendiamkan diri sampai ke mati.
....kalau ikut kata Pak Bakaq ni...sampai bila2 pun tak yah tukar dasar ni...kena tunggu mantan PM Mahathir berkuasa balik...baru tentang semula supaya dapat jadi hero siang dan malam
Bab semacam ni PakDin Teksi (Jamal) pernah cerita kat aku pasai Allahyarham Ust Fadzil. Allahyarham Ust Fadzil punya ayat "Orang dah kena kapan pun nak tikam lagi."
"mampoh UMNO!!!"
Dr M tu bukan orang yang dah jatuh.Dia belum jatuh lagi. Dia ingat dia Kingmaker Boss,pada Pak lah dan Najip. Jadi tak salah hentam Dr M. Bab Musa Black tu pun tak salah hentam dia walaupun dia dah jatuh. Berapa orang kena bunoh di Memali kerana dia ?
Pak Bakaq,
Kes PPSMI ni tak sama dengan kes tikam orang dah mati atau pukul orang yang dah jatuh.Ini kes dulu orang kena sawan buat dasar gila dan sekarang kita nak betulkan balik dasar itu.Yang dah gila tu kita tak sentuh pun,cuma menjadi kewajipan dan tanggung-jawab kita memperbetulkan "dasar gila" yang orang gila tu dah buat.
Dalam melaksanakan kewajipan ini munkin ada pahlawan yang kesiangan atau tertinggal kereta api.Itu biasalah, munkin baru sekarang mereka sadar dan insaf atau munkin "keberanian" itu lewat datang.Kalau dasar gila ini kita tak betulkan,suatu hari kelak seluruh masyarakat akan menjadi gila pulak.
20 juta lawan satu tapi yang satu tu selalu menang sebab negara ni terlalu ramai kaki pembodek, pak turut dan pengecut. Labi, terjunlah dengan labu-labu.
Ramai jugak dapat Tan Sri..
Pak Bakaq macam yang kita tau memang penyokong Mahathir dan PPSMI. Pak Bakaq pun pernah merendah-rendah bahasa Melayu.
Ya, Mahathir bukan orang yang jatuh lagi. Dia masih kuat dan tak salah masih membantai dia.
orang yang dok bantai mahathir kerana ppsmi memang bodoh..ada ke ilmu yang di suruh belajar mereka bantah..apa guna kalau peratusan melayu lulus sains /maths dalam bm meningkat tetapi kemudian habis setakat itu...kat peringkat uni dok terkial2 nak translate..bangsa lain dah lepas..orang melayu memang terkenal dengan malas..kalau takde political will dari those in power memang hancus.
malaysia ni perlu saorang hitler..kena paksa..biar gila..jangan pandai bercakap saja tapi las2 dok tang tu jugak..meluat aku dengan orang melayu ni!
Tolong bagi tau sikit buku sains, jurnal sains mana Mahathir pernah tulis? Bagi la sama ada bahasa Inggeris atau bahasa Melayu. Faktanya orang Melayu Malaysia ni tak ada yang hebatnya dalam penyebaran ilmu. Cuba bandingkan Wikipedia Indonesia dgn Wikipedia Bahasa Melayu, berapa banyak beza dan jauhnya. Tok sah pergi jauh sebab Wikipedia tu sesiapa je boleh menyumbang. Jgn tanya orang lain kenapa tak menyumbang tapi tanya diri sendiri.
indonesia memang lebih maju dari segi penerbitan dan terjemahan. tak usah bandinglah. malaysia terjemahan tak rancak sebab sayang nak tukar bahasa inggeris tu ke bm. bijak pandai lebih suka terbit buku dlm bi. walaupun tak laku, biar nampak glamor. hujah keramat bersaing ke peringkat global. walhal dalam negara pun tak lepas.
satu fakta, amah filipina boleh berbahasa inggeris. inilah yg diimpikan otak global. canggih pe amah speaking tu. berbaloi ke, sistem pendidikan dlm bi, negara sendiri tak dpt dimajukan tak mampu wujudkan peluang kerja sendiri. pastu demand nak gaji tinggi sebab pandai bi padahal kerja amah je. sepatutnya kalau ikut teori orang global pro bi, sepatutnya filipina ni dah maju jauh drp malaysia.
Haha.. memang pun ramai bijak pandai kat sini syok sendiri. Menang anugerah sains yang dianjurkan sendiri. Kalau tak pun menang anugerah sains masa expo.
Kenapa jadi alasan tak banyak ilmu dalam bahasa Melayu sedangkan Wikipedia Bahasa Melayu dah lama ada dan mereka ini boleh menyumbang sedikit-sedikit. Tu yang aku tak faham. Tak ada sekatan pun kalau nak menyumbang dalam Wikipedia Bahasa Melayu. Tak perlu keluar duit untuk terbitkan buku. Sekurang-kurangnya terjemahkan la sikit artikel yang berkaitan sains dll.
tak baik mengutuk/gelar nama orang...lagi2 kita ni saudara seagama.berpolitik biarla sederhana,jangan melebihi had!