Blogger Indonesia, Ustaz Muhsin Labib menulis analisisnya mengenai pilihan raya Iran dalam posting bertajuk "Pemilu Panas Iran: MAN vs Rafsanjani, Khatami dan Mousavi". Beliau mungkin betul, mungkin tidak betul. Saya sendiri banyak mendengar cerita mengenai kekayaan keluarga Ayatullah Ali Akbar Hashemi Rafsanjani.
Sama seperti orang-orang PAS (orang-orang Umno lagi teruk) yang gila-gila memberikan pelbagai warna indah kepada para pemimpin mereka yang dipersoalkan rakyat, begitulah juga orang-orang Melayu yang menyokong Iran apabila ditanya tentang amalan rasuah para pemimpin dan birokrasi negara itu. Lebih berbunga-bunga lagilah mulut mereka jika ditanya benarkah keluarga Rafsanjani selalu mendapat habuan wang?
Ah, dua kali lima... Kalau pemimpin mereka semuanya wangi. Terlupa habis ajaran Islam mengenai 'asabiyyah (sila lihat di sini dan di sini).
Anda boleh membaca laporan-laporan mengenai rasuah di Iran di sini, di sini dan di sini. Amat memalukan Islam jika benar pak lebai terlibat dalam rasuah. Walaupun rasuah diperangi oleh Islam, tetapi bila golongan pak lebai terlibat dengan rasuah atau urusniaga meragukan seperti di sini, Islamlah yang akan menanggung beban. Islamlah yang akan diwarnakan dengan segala warna hitam.
Jika benar tuduhan Presiden Mahmoud Ahmadinejad bahawa keluarga Rafsanjani menerima habuan kewangan, presiden Iran bertubuh kecil itu mesti disokong. Sayangnya, perangai berat sebelah mencemari peristiwa itu. Rafsanjani memprotes kerana beliau tidak diberi peluang menjawab tuduhan Ahmadinejad ke atas beliau dan keluarganya dalam siaran langsung televisyen. Jika benar Rafsanjani tidak diberi peluang membela dirinya dalam siaran langsung televisyen, perbuatan itu juga mesti dikecam.
Saya cuba mencari berita-berita dalam IRNA dan IRIB. Ia tak ubah mencari berita mengenai kelemahan dan kesilapan pemimpin PAS di dalam Harakah. Takkan Harakah nak bantai pemimpin PAS, apa pun kesilapan yang dilakukan. Berat sebelah ada di mana-mana.
Kita harap lebih 646 wartawan asing memberikan gambaran yang seimbang mengenai pilihan raya yang dianggap paling bersejarah di Iran itu. Terpaksa juga tengok liputan media Barat di sini. Buat kali pertama sejak Revolusi Islam Iran pada tahun 1979, "anak-anak Imam Khomeini" yang sama-sama mendukung revolusi itu berlawan sesama sendiri.
Ah, saya baru sahaja menyaksikan "anak-anak Revolusi Kepimpinan Ulama 1982" di dalam PAS berlawan sesama sendiri.
Kuasa angkuh dunia dengan penuh ghairah menanti-nanti laba dan untung yang bakal mereka perolehi dari pertempuran sesama sendiri di Iran itu. Di Malaysia, jika diadakan pilihan raya umum, Umno sudah boleh mencarta kemenangan lebih ramai calon Barisan Nasional berikutan apa yang terjadi di dalam PAS. Amat ramai.
Malang bagi mereka, Datuk Seri Najib Tun Razak pula berada dalam keadaan yang sangat tertekan sekarang, kata seorang Ahli Majlis Tertinggi parti itu. (Gambar penentang-penentang Ahmadinejad di atas saya copy and paste tanpa izin dari blog Ustaz Muhsin)
Berkaitan:
In Iran race, ex-leader works to oust President (New York Times 10/6/09)

Cantik? Klik 

iran=yahudi=israel........x payah nk komen apa2....cuma iran menyamar dlm pakaian islam...tu je...tujuan sebenar adalah nk menghancur islam dari dlm.....oii penarik beca tak pergi batu cave ke?.......join lah kat sana tu.pergi bedal2 tubuh sampai hancur tu ...tak usah nk menyamar dlm pakaian islam.....
inilah ulama' syiah.....qum minal manam....ayyuha syabab,qum biahli sunnah wal jamaah
Pak Bakaq. Saya tidak pernah melihat orang yang begitu tidak hirau PAS menjadi lemah dan berpecah daripada saudara.Rencana saudara penuh dengan perkataan yang tidak menghormati pimpinan dan kata kata saudara bercampur baur , maki dan kurang adab. Perakataan berkendak bermakna berzina dan inilah perkataan yang saudara gunakan kepada pemimpin PAS. Main belakang adalah meliwat dan itu juga perkataan popular anda. Mungkin saudara sudah tidak mencintai PAS dan ingin menjadi bebas. Kalau itulah sebabnya maka pembaca blog ini mestilah menganggap Pak bakaq sebagai pemerhati bebas bukan lagi orang yang berminat kepada keharmonian dan kesatuan dalam PAS.
salam pencinta ahlul baitnya RASULULLAH...
di sini ingin sy nasihati anous d atas usah berckp bangang dlm hal dunia islam IRAN, kalo anda tdk tahu pendirian islam d sana... usah mmberi komen yg BODOH!!
cth bole kta kongsi : yahudi n amerika paling benci dgn iran? sbbnye dia org yg paling berani dlm hal ini, sanggup bermati-matian dlm mmperjuangkan islam, nk d banding'n dgn dunia islam arab sunnah yg bangang, sangup hantar n melobi lg dlm saham amerika..
cth lg d lebnon sape master of leader??? hesbollah?? dia sape d kalangan saudara? sanggup bejuang d maruah umat islam seluruh dunia... igin mnghapuskan israel laknatullah!!! d muka bumi ini!!!
oleh itu anous d atas itu harus igt bahawa wahabi laknatullah sedang melular d malaysia...
"anous d atas saya harap ALLAH dpt mmberi pntunjuk & hidayahnya kpd saudara!!"
salam kecintaan kami ya ahlul bait mu ya RASULULLAH YA ALLAH!!!!
guru quran obama di http://hauzah.blogspot.com/
syabas,pak bakar !! teruskan penulisan anda dengan kritikan yang tajam dan pedas.perkatakan apa yang benar walaupun ia pahit.
OIT golongan anti iran.... korang cakap sedp macam pernah gi iran je..... Apa masalahnya dgn Iran??? apa masalahnya dengan Syiah??? jejak kaki kat tehran pon tak pernah.... Siapa yg paling terkedepan dalam menentang Israel dan Amerika??? Iran ke, Arab Saudi??? sape yg sudi menjemput ke Amerika sebagai tetamu maijlis cocktail??? Arag Saudi ke Iran??? aku ingat org2 dalam PAS ni da celik mata mengenai masalah umat Islam di dunia ni, tapi BODOH lagi.... tak tau beza mana anti amerika, mana penyokong amerika... Ape tindakan negara2 Islam yg duduk kat kerusi empuk OIC bile Palestin di serang??? setakat beri statement mengutuk kekejaman Israel, adik aku darjah 2 pon boleh cakap. Siapa yg memberi bantuan kepada persenjataan kepada HAMAS tatkala Palestin diserang bertubi2 oleh Israel? Hezbollah, iaitu proxy Iran di lubnan. Siapa yg membantu Israel dalam proses untuk meluaskan jajahan???? FATAH, Mesir, Jordan. Mereka ini jugalah yg menyekat laluan bantuan untuk diberikan kepada pihak HAMAS di palestin.... Skrang ini bukan lagi masa untuk berbalah diantara Sunni dan Syiah. Skarang adalah masa untuk kesatuan umat ISLAM..... Dilihat, Indonesia lebih terbuka dalam sunni-syiah ni. Kedatangan Ahmadinejad ke Indomesia membuka ruang untuk perbincangan mengenai kesatuan umat Islam dan perkongsian teknologi. Malaysia???? baik PAS atau UMNO, sama2 tak celik lagi. UMNO barua Amerika, PAS pula kekal jumud dengan anti-syiah nya, walaupun bukan semua. Last, untuk pengetahuan semua, ulama2 muktabar sudah bercakap mengenai kesatuan sunni-syiah ini. Ulama besar spt Yusof Qardhawi telah menjelaskan status sebenar syiah ini. Malah alhamdulillah, lawatan Tok Guru Hadi Awang ke Iran semasa konferens ulama di sana telah menunjukkan duduk sebenar Iran atau syiah ini. Hanya saki-baik kepada jumud dalam PAS ini yg tidak membuka mata lagi. Sekian.
kalo iya pun..janla yg benci iran taw benci wahhabi melaknat2 x tentu psl..patut pun palestin dan umat islam kt tempt len trus mrana...ini kah ajran islam..melaknat sesama saudara srndiri...kta kna hormt mazhab org len dan jan cepat melaknat kalo ad perselisihan yg besar...buang yg keruh amk yang jernih....wasalam....