Sedap!! Klik gambar di atas!

Perpecahan PAS kini paling buruk sejak 1982

Satu

Katakan keluarga bergaduh berseteru antara satu sama lain. Untungkah kita meninggalkan keluarga kita? Should people disown their family? Atau, adakah lebih baik kita berusaha membuang masalah dalam keluarga kita?

Dua

Selepas PAS dihambat macam anjing kepala buruk dari Barisan Nasional (BN) pada tahun 1978, Almarhum Ustaz Hassan Adli bertindak untuk terus berada dalam BN. Tindakannya dikecam hebat. Dia dianggap pembelot. Di kampung saya di Matang dalam kawasan Bukit Gantang, para penyokong PAS menyatakan, "Panglima Jihad dah jadi panglima jahat".

Tidak ramai yang tahu, Hassan Adli jugalah yang menasihatkan para penyokongnya di dalam Jawatankuasa Agung PAS ketika itu supaya jangan mengikut jejaknya. Beliau juga berpesan kepada mereka supaya jangan meninggalkan PAS dan jangan menubuhkan parti baru kerana tidak tahan lagi dengan Yang Dipertua Agung PAS ketika itu, Almarhum Tan Sri Asri Muda.

Ustaz Hassan Shukri menceritakan, walaupun beliau adalah Timbalan Yang Dipertua Agung PAS sebelum memilih untuk terus berada dalam BN, Hassan Adli tidak boleh lagi berada dalam PAS. Persengketaannya dengan Asri sudah sampai ke peringkat yang tidak boleh lagi mencari jalan damai. Ada orang lama PAS yang memberitahu saya, "Asri dan (Ketua Dewan Muslimat PAS pada masa itu, Almarhum Puan Sri) Sakinah (Junid) masa tu tengok Hassan Adli tu macam anjing kepala buruk".

Istilah itu jugalah yang saya selalu gunakan untuk menggambarkan bagaimana PAS dihambat dari BN ketika itu.

Akhirnya, bila PAS dipimpin oleh kepimpinan ulama, Hassan Adli berdekat-dekat kembali dengan PAS. Saya masih ingat Hassan Adli pernah menjadi panelis satu forum di Markaz Tarbiyyah PAS di Taman Melewar bersama-sama Hassan Shukri dan Ustaz Ahmad Awang.

Saya bergurau dengan kawan-kawan ketika itu, "Malam ni forum di Markaz Tarbiyyah cakap "German". Tiga-tiga ahli panel orang Banjaq (Banjar)" Saya mohon maaf kepada kulaan semua jika tak senang dengan gurauan itu.

Kepada Almarhum yang pernah saya kecam terutama dalam pilihan raya 1978 dahulu serta keluarganya, aku kadak tahuk basurah Banjar. Tetapi harap sudi terima pantun ini:

Pinang anum barangkap-rangkap
Pinang tuha barundun-rundun
Lawan nang anum maminta maap
Lawan nang tuha maminta ampun

Tiga

Sejak PAS menobatkan kepimpinan ulama selepas muktamarnya pada tahun 1982, tidak pernah saya lihat PAS berpecah-belah seperti hari ini. Hari ini, begitu parah perpecahan akibat main belakang dalam gelap dan berkendak politik dengan Umno dan selepas itu akibat apa yang dipanggil kerajaan perpaduan.

Perpecahan pada tahun 1986, walaupun mengakibatkan Almarhum Ustaz Yusof Rawa, Ustaz Nakhaie Ahmad dan Haji Subky Abdul Latiff meletakkan jawatan sehingga dipujuk untuk menarik balik perletakan jawatan, amat kecil jika dibandingkan perpecahan hari ini.

Hari ini, di dalam PAS berlaku perpecahan manakala di luar PAS pula, semakin bergema suara-suara menolak PAS. Saya bertemu beberapa pemimpin PAS termasuk yang menjadi Yang Dipertua PAS kawasan. Mereka memberitahu saya, yang marah kepada PAS bukan lagi orang-orang bukan Islam, malah-malah orang-orang Melayu yang beragama Islam juga marah kepada PAS.

Sekumpulan guru di sebuah sekolah menyatakan mereka tak mahu lagi "membuang duit kepada PAS". Kata mereka lagi, "bila dah menang, PAS nak berkawan pula dengan Umno".

Kelab Penyokong PAS di sebuah kawasan pula menuntut untuk bertemu para pemimpin PAS. Menggelisah Yang Dipertua PAS kawasan itu apabila diasak tak henti-henti oleh anggota-anggota kelab itu tentang riuh-rendah kegianan beberapa pemimpin PAS nak berkawan dengan dengan Umno.

Seorang pemimpin PAS pula memberitahu beliau menerima SMS yang mempersoalkan mengapa Haji Mustapha Ali menyatakan "kerajaan perpaduan adalah tidak relevan pada waktu ini"? Adakah ia akan relevan pula selepas pilihan raya umum akan datang bila PAS memenangi lebih banyak kerusi dan Umno semakin sakit pada masa itu?

Seorang lagi pemimpin PAS menceritakan bagaimana percutian bersama keluarganya rosak dan akhirnya menjadi medan mempertahankan PAS. "Ramai orang yang aku jumpa yang marah-marah. Asyik tanya aku, apa nak jadi PAS ni?!" beliau memberitahu saya.

Kepada wakil-wakil rakyat PAS, belajarlah berjimat dari sekarang. Jangan bermewah-mewah. Lebih baik bersedekah kepada rakyat. Sedekah itu akan dibalas dengan rezqi yang melimpah-limpah oleh Allah apabila anda kalah dalam pilihan raya umum akan datang. Dalam pilihan raya ketiga belas nanti, ramai yang akan diajar cukup-cukup oleh kuasa rakyat akibat berkendak politik dalam gelap dengan Umno dan hingar-bingar kerajaan perpaduan. Anda mungkin salah seorang daripada yang akan kalah.

Empat

Saya hanya penyokong Fasal 5 Perlembagaan PAS yang ingin melihat parti itu kuat dan dihormati. Saya tak ada kemampuan yang berkesan untuk menyatukan kembali PAS yang kini berpecah belah.

Apa yang saya boleh buat hanyalah berusaha untuk menyedarkan ahli-ahli dan para penyokong PAS tentang kewujudan barua Umno di dalam PAS. Saya tidak ada tarbiyyah. Saya tak tahu apa-apa tentang fiqhul-awaliyyat. Tetapi saya pernah baca buku "First Things First". Saya boleh mengagak apa yang "important" sekaligus "urgent".

Berkaitan:
Unity government causes disunity in Pakatan (Mohamed Hanipa Maidin)
Pertemuan sulit tolak kerajaan perpaduan (Malaysiakini 10/6/09)
Kroni Umno taja muktamar PAS? (Malaysiakini 10/6/09)
Nik Aziz holds private meet to reject unity government (Malaysiakini 10/6/09)
Guan Eng slams PAS' hypocrisy (Malaysiakini 10/6/09)
PAS split widens over talks with Umno (Malaysian Insider 10/6/09)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. mustapa ali,nasha,din tantawi,hj hadi,harun din/taib,bakar chik,idris ahmad tolong lah masuk umno. jangan lagi dok rosakan pas dari dalam. ajak lah hasyim jasin sekali dia pun dok rasa nak lawan umno di perlis pun dah tak larat sebab tu nak cepat berpadu ngan umno haprak.

  2. Salam.

    Mmg suasana politik dalaman PAs hari ini tengah nazak. Mungkin sama2 duk dlm bilik icu bersama UBN. Cuma PAs belum guna mesin bantuan hayat mcm UBN.

    Bak kata pepatah, tiada beban batu digalas. Itulah yg berlaku skrg. PR nak tak nak terpaksa mengalas batu yg diletak atas bahu mereka oleh segelintir pimpinan PAs yg membuat kenyataan yg flip-flop.

    Teguran dari TGNA tentang UG tidak diendahkan malah diperlekeh pula oleh Timbalan yg baru naik junjung.

    Nampaknya jika TGNA tidak melakukan tindakan drastik bagi meredakan keadaan ini dalam waktu terdekat, PAs mungkin lumpuh akibat virus dalaman.

    Hujah ampuh ialah jamaah wajib wala' kpd pimpinan.

    Maka ruang utk berhujah telah ditutup setelah idea UG menimbulkan kegelisahan krn tiada penerangan. Kalau ada pun makin mengusutkan keadaan.

    Jelaslah skrg mengapa Kelantan berjaya dipertahan oleh TGNA. Genius politik beliau memang tidak terjangkau oleh pimpinan lain.

    Justeru tindakan menidakkan pandangan TGNA bolehlah dianggap sebagai 'bodoh sombong'.

  3. Bersatu kita bersatu,
    Dengan ikhlas berganding bahu,
    Tipu terus menipu,
    Kita tipu Melayuuuuu...

    Rangkap lagu UMNO yg diubahsuai yg dipopular kembali oleh TGHA & the gangs..
    sekian dimaklumkan!

  4. Stopa tu pandai pasang jarum mainkan benda ni.. sampai semua kaki ulamak terikut-ikut rentak, kononnya nak jaga melayu-islam. Nampak sangat kebodohan.

    Label Husam pro anwar dan anti ulamak gedebab gedebub macam-macam. Tujuannya hanya satu.. biar dua orang yang dalam poket dia ni, H1H2 menang dulu. Harakah, Siasah (MSO) bawah dia dan akhbar-akhbar UMNO geng dia jugak, jadi sama-sama main peranan, kocak sana kocak sini untuk menjayakan agenda tersembunyi.

    Skrang bila tajaan dia dah dapat kerusi pandai pulak kata UG tu brake dulu.. Nampak sangat lidah bercabang puak ni. Ni belum habis lagi ada banyak lagi episod perancangan puak Trojan UMNO..

    Kesian yang kena tunggang kat dia ialah puak2 ulamak. Janji dapat kuasa.. cop mohor dan bendera hijau. Lantak pi pengundi-pengundi PAS!

    Cuba kita renung kat hati nuraini kita.. dalam ramai-ramai pimpinan PAS tu sapa yang paling hudoh dan tak nampak cahaya nur sedikit pun kat wajah, walaupun kadang-kadang dia cuba pakai jubah?

    Memang tadak hadiah pun kalau betul sebab jawapannya senang sangat bagi orang-orang yang ikhlas dalam perjuangan..Tak percaya tanya tok guru..

  5. Gila pangkat dan kuasa menghantui PAS kini. Harap dapat diatasi segera musuh dalam selimut ni.

  6. Mustafa Ali kena letak jawatan sebagai Pengerusi Harakah, dah lama dah pegang jawatan tu.TGNA suruh rombak dan semak semula organ Harakah.Banyak yang tak kena dekat Harakah.Siasah pun sama.Betoi Pak Bakar, wakil rakyat kena jimat2 lagipun ekonomi tak berapa elok.Dok besa naik kereta , tengok2 kayuh basikal, orang akan tanya "laa pasai apa naik basikal,"? Macam Bang Mat dengan Husam la, dulu Naib Presiden, la ni...perwakilan Pas pilih "cincin tembaga" jadi TP apa boleh buat.

  7. Pas kena kerja kuat untuk menang di Manek Urai kerana;

    1. Refendrum Manek Urai terhadap Unity Government.
    2. Sudah terang lagi bersuluh ada pertentangan idea antara pemimpin PAS.
    3. Walau apa yang berlaku TGNA masih MB, kemungkinan Rakyat Manek Urai akan memberi signal sejauh mana penerimaan mereka terhadap UG.
    4. UMNO akan menggunakan isu UG sebaik mungkin untuk menimbulkan kekeliruan yang dimulakan oleh PAS sendiri.
    5. Anak muda kelantan diperantauan yang purata umurnya 25-45 adalah menolak idea UG. Mereka akan protes dengan tidak balik mengundi. Mereka tidak bersemangat lagi seperti Mac 2008. Protes mereka ini, sekurang-kurangnya PAS kehilangan 1000 undi.
    6. Katakan 10% orang mengundi PAS adalah kerana untuk mengekal Tok Guru memimpin negeri Kelantan. Maka undi mereka adalah mewakili 1200 orang. Perang Saraf kedai kopi akan guna isu UG sebagai penghinaan kepada TGNA. Di Negeri Kelantan, Formula “Tok Guru adalah Hero Kelantan” perlulah diambil kira. Menolak idea Tok Guru adalah Menolak idea mereka. Mengusik jiwa tok guru adalah mengusik jiwa mereka.

    Utk kesimpulan mudah ini,

    1. Anak Muda Perantauan (AMP)
    a) 900 Menyokong PAS dan tidak bersetuju dgn UG.
    b) 100 Menyokong menyokong TGNA dan tidak bersetuju dgn UG.

    2. Penyokong TGNA (PTGNA)
    a) 1100 Penyokong TGNA yang tinggal diManek Urai
    b) 100 Penyokong TGNA yang tinggal di Perantauan. (PTGNAP)

    Keseluruhannya AMP + PTGNA - PTGNAP = 1000 + 1200 - 100 = 2100 undi.

    PAS kehilangan 2100 undi

    *Walaupun analisa diatas kemungkinan tidak betul sama sekali, perhatian serius juga harus diberi.

  8. Persoalan yang timbul ialah bilamana kenyataan pimpinan seperti Konsep Kerajaan Perpaduan tidak dibuat melalui keputusan jamaah, pendek kata ianya hanya kenyataan peribadi, bukannya hasil rumusan mesy AJK PAS Pusat atau majlis Syura Ulamak atau melalui keputusan muktamar. Manakala keputusan muktamar tahun lepas iaitu memperkasakan Pakatan Rakyat dgn tidak menolak perbincangan dgn mana2 badan tidak diambil kira. Sebab itu pandangan TGHH tidak kolektif, iaitu bukannya keputusan jamaah. Kalau ianya keputusan jamaah, maka wajib ia dipatuhi. Jika tidak masakan TGNA menentangnya malah menyifatkan Kerajaan Perpaduan sebagai idea mengarut. Sebahagian menyokong, manakala ramai yg menentang konsep kerajaan perpaduan. Yg menyokong konsep ini mengambil bersandarkan kepada hujah keputusan muktamar lepas iaitu “…..tidak menolak perbincangan dgn mana2 badan termasuklah UMNO.” Sedangkan adakah sama mengadakan perbincangan dgn mengujudkan kerajaan perpaduan?”. Saya rasa hujah ini tidak tepat. Samalah seperti hujjah “pergilah kau berdakwah kpd firaun…” bknnya bermaksud kita bersama membentuk kerajaan perpaduan dgn firaun. Ahli disuruh walak kpd pemimpin, tetapi bagaimana pula pemimpin tidak walak kpd keputusan muktamar? Amatlah besar kebencian Allah kepada mereka yang mengatakan sesuatu yg ia tidak melaksanakannya. Ahli walak kepada pemimpin adalah bermaksud walak kpd keputusan pimpinan, bukannya keputusan peribadi seorang dua pemimpin sebab kepimpinan kita adalah secara kolektif (syura). Sebab itulah bermulanya perbedaan pendapat. Perbedaan pendapat adakalanya bagus, tpp banyak juga mudaratnya terutamanya bilamana pendapat itu bertentangan dgn keputusan muktamar iaitu memperkasakan pakatan rakyat tidak diambll kira dgn sebaiknya. Mengapa tidak dicadangkan pembentukan organisasi yg sah seperti BN?, jika benar2 mahu memperkasakan PR? Apakah wujud kerjasama kukuh diperingkat negeri, kawasan dan cawangan? Kenapa perlu dilontarkan Kerajaan Perpaduan dgn BN, sedangkan MCA sendiri menentangnya? Kenapa tidak diperkukuhkan kerjasama dgn PR sdgkan PR sendiri memerlukan PAS sbg rakan kerjasama politik yg berupaya meggantikan tempat UMNO! Ingatlah, kematangan politik sahaja yang berupaya membezakan mana kaca dan intan, mana musuh dan kawan

  9. Dah lama mengidam kerusi empok, sebelum mati dapat sekejap pun cukuplah! Duduk lepas tu Umno/Bn nak tendang hak merekalah!

  10. nasi sudah jadui bubur? beluuuum.

    pertama, AMP, PTGNA, PTGNAP, yang ditaksirkan seramai 2,100 orang perlu mengundi/balik mengundi calon pas, untuk mengabsahkan tgna sebagai pemimpin utama pas.

    kedua, muktamar 2011, di panjangkan umur, insya' Allah, para perwakilan perlu bertindak bijak dan tidak terjerat lagi dengan kempen-kempen negatif dari kalangan yang gila sangat dengan UG.

    ketiga, pimpinan pemuda pas yang dikatakan lebih 70% dari kalangan "ulama" hendaklah merangka strategi untuk memperkasakan pas selaras dengan iklim politik semasa. tidak ada sesiapa pun di kalangan ahli-ahli pas yang mempersoalkan 'kepimpinan ulama'. justeru gerak tindak anda semua bermula sekarang mestilah tidak sahaja untuk membersihkan 'pencemaran' yang telah dilakukan tetapi menepati cita-cita dan aspirasi rakyat seluruhnya.

    wallahu'alam

  11. bang, sedarkah orang-orang PAS apa sedang berlaku sekarang? bibit-bibit perpecahan telah disemai dalam PAS sekarang. bukan sahaja di kalangan orang islam PAS, tapi mungkin telah senyap merebak kepada ahli kelab penyokong PAS juga. perlu kita sedar sekarang, jangan menyerah diri kepada perang psikologi ini. ini hanyalah strategi untuk melemahkan PAS. adik kakak semua, teguhkan diri, hentikan salah faham buruk sangka. yang pasal orang nak berbaik dgn UMNO - 3 orang itu, kita urusin kemudian. yang penting mengembalikan dan paling penting MENGEKALKAN kepercayaan orang ramai kepada PAS. manek urai akan mengukur akan kepercayaan itu selepas badai UG melanda.

    jangan gabra, eloklah tokoh wibawa dalam PAS muncul sekarang dan kawal/control keadaan agar jadi tenteram semula. jangan ribut-ributan.

    saudara2-ku sekalian, ingat rangkap ini:

    "THE BATTLE HAS JUST BEGUN, BUT WE HAVE NOT YET WON THE WAR! BRACE YOURSELF, STRENGTHEN THE ORDER, LET'S BRING TYRANNY DOWN ONCE AND FOR ALL!!!"

  12. AKU NAK SOKONG UMNO JELAH... SENANG SEBAB NANTI PAS NAK MASUK UMNO JUGAK BTOL TAK PAK BAKAQ.... KALAU DAP LETAK CALON KAFIR QURAISY, AKU LAGI RELA SOKONG KAFIR 2.. HAHAHA.....

    JADI WAHAI PEMIMPIN PAS... PK PKLA... RELEVAN KE TAK, ANDA DAH MEMBUKA JALAN KEARAH JOINT DENGAN UMNO.....

    UMNO LAGI BUSUK DARI BANGKAI... KALAU JOIN, PAS KENA TEMPIAS GAK......

    TOK PA N NASA XPAYAH DATANG MANEK URAI... RAMAI YANG DAH MELUAT.

  13. Apa ndak jadi dengan Pas.Nampak nya TG Nik Aziz kena pakai rotan. Yang pasti Manik Urai akan terlepas dari tangan. Lepas tu segala galanya akan terburai.

    Sebelum terlambat,pastikan penyakit gilakan UMNO dapat diubat.Kalau yang bawa penyakit tak dapat dirawat,ahli Pas kena pastikan mereka tiada lagi dalam jemaah yang boleh mengakibatkan Pas semakin lemah.

    Ahli Pas kena bijak mengenal pasti siapa pejuang dan siapa pencari peluang. Muktamar terbaru telah terlepas satu peluang, Pas telah teranjak lima tahun kebelakang.

  14. PAS tak akan berpecahbelah...kenyataan TGHH hanya lontaran idea...perbezaan pendapat diantara TGNA dgn TGHH adalah perkara lumrah.. .janganlah ianya menjadi isu....kalau nak kiranya teguran TGNA pasal rokok korang tak ikut...dok kata macam-macam pada TGNA ....biarkan Majlis Syura menetukan samada nak atau tidak...janganlah menjadi pencacai dalam Jamaah...pewakialan dah beri mandat kpd mereka ...biar mereka biat hala tuju...klu tak keluar buat parti Islam underground...

  15. let me say thing about those people that's wanna make love with umno..
    first mr president...dia ilmu byk tp komunikasi lemah, political strategy zero..beza sgt dgn 2 pimpinan yg senior mcm tgna dan almarhum ust fadzil.
    nasaharudin tim.-anak murid ust fadzil yg nampak mcm derhaka pd tok gurunya.apa yg dia buat sepanjang jd timb.presiden?
    nasarudin tantawi-nama tantawi dinasankan sebab belajar kat tanta dulu.(mesir latu)tp kuliah pergi ke tidak tak tau sbb sibuk ceramah ms kt sana...and what makes everything getting worst ialah dia dan timbalanya azman syapawi 2 org tu klon hj hadi?ape yg klon bole pikir selain dr ape yg dipikiaq oleh tuannya?
    habisla pas kli ni.manik urai dalam bahaya...

  16. Bang Bakaq...

    Masalahnya banyak perwakilan dalam muktamar hari tue yang "kayu' ... dari dapatlah pimpinan yang "kayu".... maka jangan ingat la boleh menang PRU13 nanti... silap-silap terlungkup PAS... terkontang-kanting sorang-sorang ditendang dari PR.

  17. Salam, gue letih , marah, sebal sebal sebal sebal..dulu 2004 TGHH masa mau pilihan raya berperang dgn LKS..dinousor ..lani kaata kelmarin kelmarin dulu UG stop..sebab org tak faham..tiba-tiba muktamar citer balik..yang MSO ni..jadi tukang kempen and supaya org tertentu d lantik..ni semua puak yang tak suka HUsam..sapa MSO..ni..kan dia bukan ahli pas seperti pah shieh kata...aku ingat..lepas ni..terpaksa..gd bye utk pas..aku emang tak ngundi PRK 12..yg 13 ni..mungkin tak jugalah..jawabnye..biar UMNO perintah lah..sebab PAS ni..baru menang sikit dah lupa diri..contoh terdekat d terengganu ajelah..lagi dekat baru d sah no 2..terus belasah TGNA....aku ingat utk Mursidul AM yang baru..eloklah lantik ulamat-ulamat ni..pengerusi Dr Haron DIn, timblan..uts mat iraq..ajk,,Nasa, TGHH, UTZ Hasan Sukri.,uts mahfoz, haron taib, tuan man,

    Lepas tu..istiharlah UG ..and NAJIB antantoyu..pun bubar parlimen..baru..lah PR akan terkangkang bersama PAS>...Najib and BN menang 99%..so, PR and PAS terpaksa tunggu 50 tahun lagilah utk menang..gue sebal sebal sebal sebal sebal sebal sebal sebal sebal sebal sebal sebal. jadi jaga lah isteri and anak-anak dari d sambar api neraka..lain dari tu..bolih belah..joint HABIBAIB ajelah

  18. kalau kantoi pimpinan yang nak ke UMNO ni dedah terus dan kita semua akan pastikan karier politik dia mati dan dihina cukup cukup.

  19. Pak Bakaq,Menurut sumber MB Trengganu pernah bertemu Ketua Dewan Ulama berhubung perkembangan dlman negeri berkenaan.Kalau lah "Unity Goverment" menjadi kenyataan ,mungkin negeri mas hitam ini menjadi perintis nya kot. Soneta Asmara.

  20. Pas ingat dia kuat ,hebat.Pas ingat org pangkah pas sebab org suka Pas ,...itu semua silap yg sebenarnya org pangkah pas (termasuk org bukan islam)...kerana org tak suka umno..umno dah lama main tahi dan kini pas pula nak berpadu bersama umno.org pangkah pas sebab org tak suka umno adakah org akan pangkah pas lagi setelah pas berpadu bersama umno...?(senderi pikir) silap haribulan calon bebas (tajaan umno)pula yg mendapat perhatian....daripada pangkah pas lebih baik terus pangkah umno sebabnya pas dan umno akan bergabung..ibaratnya kalau pangkah pas bererti kita pangkah umno juga....jadi pikir-pikirkan lah.......tentang UG TU....JANGAN MENYESAL DI KEMUDIAN HARI,.. pada pemimpin pas mungkin mereka dapat habuannya jika UG ini dilaksanakan, tapi pada para penyokong dan pemangkah....(senderi pikir apa lu dapat)........???(sakit hati)

  21. Semua isu kerajaan campuran adalah muslihat Hadi kerana Hadi mahu melihat kedudukan PAS lebih kukuh di Pakatan Rakyat dan menekan PKR. Kerana isu itu, PKR telah membuat pembaharuan di peringkat bawah hingga ke atas baru-baru ini.

    terima kasih dan syabas blog ini
    daripada,
    www.alvinleechowhui.com

  22. Apakah benar kata2 Imam Ali akan datang akan berlaku peperangan dimana orang yg membunuh dan orang dibunuh kedua2 mereka masuk neraka?

    Tokden

  23. Kaq,Cantik pantun banjaq tu.Bukan apa apa teringat sajak hang yg menang nombor satu dlm majalah "The Edwardian" tahun 1976.Yg menang nombor tiga tu aku.Hang ada simpan lagi kah majalah sekolah tu? Nona Ratana Chulaborn.

  24. PAS tak akan berpecahbelah...kenyataan TGHH hanya lontaran idea...perbezaan pendapat diantara TGNA dgn TGHH adalah perkara lumrah.. .janganlah ianya menjadi isu....kalau nak kiranya teguran TGNA pasal rokok korang tak ikut...dok kata macam-macam pada TGNA ....biarkan Majlis Syura menetukan samada nak atau tidak...janganlah menjadi pencacai dalam Jamaah...pewakialan dah beri mandat kpd mereka ...biar mereka biat hala tuju...klu tak keluar buat parti Islam underground...

    komen teman dari ase org perak.....

    kalau setakat lontaran idea aje.. tak payah sebutpun tak pe.. sebab dah mula menyusahkan parti sendiri... tengok berita tb.. baca surat khabar.. hari2 semua putar cerita kerajaan perpaduan.. utk apa... setakat idea tosahlah sebut dlam muktamar... buat malu jer bila MB pulau Pinang persoalkan....

  25. UG adalah lontar idea TGHH let the AJK Pusat putuskan....jangan dok citer bukan2.. klu tak tahu apa benda.. pasai apa dok bising2 PAS pecahbelah,hilang sokongan...entah apa benda lagi buat tomohan..macam2..UG tak akan ujud selagi tak dapat sokongan Majlis Syura...ngeti..

  26. lontaran idea yang menyusahkan parti serta menimbulkan syak wasangka kepada parti, adalah kerja bodoh, dan menampakkan kekurangan communication skills oleh Haji Hadi.

    nasha pula sudah beberapa kali menipu ahli. Jumpa dalam gelap rupanya.

  27. KERAJAAN PERPADUAN

    Kuasa politik Melayu/Islam semakin terhakis.

    Hanya kuasa politik melayu/Islam sahaja yang boleh mempertahankan agama, bangsa dan negara.

    Semua pemimpin Melayu/Islam harus sedar dan kembali kepangkal jalan.

    Selamat kan kuasa politik Melayu/Islam sebelum terlambat.

  28. “MUSUH DALAM SELIMUT”-Adakah gagasan menuju ke Putrajaya Anar Ibrahim digagalkan oleh Pemimpin dalaman PAS?

    Perkembangan terbaru selepas muktamar PAS yang lepas sangat menarik untuk kita perhatikan dan kupas. Ia mendedahkan lebih banyak rahsia-rahsia dalaman tentang apa yang berlaku di dalam Pakatan Rakyat dan PAS terutamanya.
    Saya menulis artikel ini bertujuan untuk melihat grand design yang disembunyikan oleh pemimpin PAS yang mengaku memegang amanah rakyat yang mengundi mereka.
    Apa yang berlaku dalam suasana politik terbaru ini sebenarnya mendedahkan sipakah sebenarnya yang mengagalkan gagasan 16 september yang dibawa oleh Anwar Ibrahim (sila baca artikel dari MaT Saman Kati-Perak Express). Berikut adalah maklumat yang perlu dibaca oleh semua penyokong yang ingin menguburkan UMNO:-
    1. Sebelum itu, Mustafa telah membuat satu kenyataan yang disiarkan oleh Utusan Malaysia [UM] pada 11 September 2008, menyebut berulang kali bahawa Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR [maksudnya : Pakatan Rakyat] akan gagal mengambilalih kuasa daripada tangan UMNO, faktornya sama apa yang dikutip oleh Harakah. [sini].
    2. Kenapa Mustapa Ali sangat yakin Anwar Ibrahim akan gagal dalam mengambilalih kuasa dari BN? Semua orang tahu bahawa Mustapa Ali adalah orang yang banyak memberi nasihat kepada TG Hj Hadi. Beliau juga adalah seorang Think-Tank bagi perjalanan politik PAS dan mepunyai pengaruh besar dalam merencanakan perjalanan strategik PAS. Beliau juga adalah pengarah kepada suara rasmi PAS iaitu HARAKAH. Maka sudah pasti beliau mempunyai sebab yang besar untuk mengeluarkan pendapat yang jelas bertentangan dengan kehendak dan arus dari penyokong PR yang jelas inginkan perubahan yang diketuai oleh Anwar Ibrahim.
    3. Dalam pemilihan terbaru PAS , kita tahu siapakah sokongan yang diberikan oleh belaiu. Dan kita boleh lihat beberapa pemimpin seperti Ustaz Nasha dan Hassan Ali yang begitu kuat menyokong gagasan muzakarah dengan Umno. Dan berita kuat mengatakan bagaimana Hassan Ali telah berjumpa dnegan Khir Toyo dalam mebincangkan perkembangan kerajaaan baru Selangor selepas sahaja keputusan PRU12 . Kini kita tahu kenapa Hasssan Ali sangat kurang bersuara dalam membuka “kudis-kudis” keranajan BN lama.
    4. Terbaru berita penganjuran muktamar yang mendapat bantuan sokongan dari badan korporat yang rapat dengan UMNO seperti PUNCAK NIAGA telah dibawa oleh wakil shah Alam. Kita tahu bahawa PUNCAK NIAGA telah mencetuskan maslaha kepada kerajaaan selanjor pimpinan Tan Sri Khalid. Dan penganjuran Muktamar PAS kali ini dikendalaikan oleh PAS SELANGOR pimpinan HASSAN ALI.
    Dari maklumat dan perkembangan terbaru dari politik pas , semakin jelas sebenarnya ada penglibatan besar pemimpin tertentu di dalam PAS yang sangat AKRAB dengan UMNO. Mereka ini wajib dipantau kerana strategi Pakatan Rakyat akan dikongsi oleh dengan rakan akrab mereka UMNO. Selain itu mereka ini akan mengagalkan banyak visi dan misi pimpinan PR yang diamanahkan oleh rakyat untuk menguburkan UBN.
    Saya berpendapat BLOGGER atau pemerhati politik wajib memerhatikan pergerakan pemimpin-pemimpin ini supaya tidak berlaku kebocoran maklumat dan rahsia perjuangan menentang UMNO. Saya tegaskan bahawa jika perbezaan pendapat berlaku antara pemimpim PAS, kita masih agap ia sebagai sebahagian dari proses demokrasi tetapi DITAKUTI mereka ini telah dijangkiti dan “DI UMPAN” serta membawa sekali warisan UMNO sendiri iaitu penyakit gila babi wang dan projek. BLOGGER perlu membongkar maklumat jika terbukti pemimpin-pemimpin ini mula mendapat bantuan besar dari rakan akrab mereka.

    Saya khuatir mereka ini berselindung dengan gagasan Islam dan keadilan rakyat tetapi bersedongkol untuk menyelamatkan UMNO.
    PAS jika mahu berkawan akrab dengan UMNO perlu memberitahu secara terang-terang. Jangan depan kata mahu kuburkan UMNO tetapi secara gelap berkawan akrab dengan mereka. Kita penyokong PR dan PAS bermati-matian bercakap untuk kalahkan umno tapi mereka senang hati berkawan rapat dengan pewaris rasuah. Betul kata Pak Bakaq..celaka punye pemimpim..

  29. Klu sesiapa tak setuju dgn TGHH next pemilihan buat Grand Design gantikan dgn hangpa hendak... nie dok bising2 tak tentu hala...lepas tuu..kutuk macam2..hang pikiaq lah sendiri...

  30. sebenarnya pak bakaq ni adalah musuh dalam selimut pas... tengoklah artikel dia.. penuh dgn kata untuk menghancurkan dan melemahkan pas.. dgn alasan konon2nya mendedahkan apa perkara sebenar.. insafla pak bakaq.. jgn berselindung lagi dibawah selimut pas

  31. Boikot harakah dan siasah hingga stopa dan MSO letak jawatan. Kita baca blog cukup.

    AHLI PAS tak boleh undi dalam muktamar

  32. Pak Bakar,
    Kalau hanya sekadar penyokong Fasal 5 Perlembagaan PAS, pergi ngudi je lah, jangan dok sebok memecahbelahkan pas pulak. Perwakilan muktamar dah pilih Presiden dan timbalan presidennya. Janganlah dok kalut. Terima je lah. Depa taulah apa yang patut dibuat. Kalau tak perform muktamar akan datang tukarlah kalau perwakilan mahu. Doh riuh rendah pasal ape?. Yang jadi masalahnya, yang sibuk dok bising komen sana komen sini dalam blog tak ada sumbangan apa pun untuk memperkuatkan pas. Jadi terimalah realiti adat pertandingan, berilah sokongan sepenuhnya kepada yang menang untuk melaksanakan tanggungjawab mereka. Kalau ada perkara yang kita tak setuju, tegurlah ikut saluran bukannya diblog.
    Kalau majoriti ahli mesyuarat tak setuju dan mereka buat juga barulah ajar sikit. Next muktamar tukar leeee atau gunakanlah hak mengundi anda.

    Sekian, semoga jadi panduan untuk semua.

    "Menghentam kat blog bukan boleh selesai masalah tapi boleh lepas geram saje"

    RASIONAL BUKAN EMOSIONAL

  33. to pak duan,

    musuh dalam selimut baham senyap-senyap tapi pak bakaq hentam terang-terang ooo ... !!!

    abu

  34. Quote,"Dalam pilihan raya ketiga belas nanti, ramai yang akan diajar cukup-cukup oleh kuasa rakyat akibat berkendak politik dalam gelap dengan Umno dan hingar-bingar kerajaan perpaduan. Anda mungkin salah seorang daripada yang akan kalah.",unquote.

    Pandangan diatas hanya dilihat dari satu sisi sahaja.Lihat sisi lain seperti, "Kumpulan serpihan PAS yang telah menubuhkan sebuah parti "melayu" baru mendapat sokongan dari kumpulan serpihan UMNO dan terus bergabung dalam Pakatan Rakyat. PRU13 menyaksikan PR menumbangkan BN. Kerana kurangnya ilmu berpolitik parti "melayu baru" ini, maka seorang wakil dari DAP berjaya menjadi Perdana Menteri Malaysia berbangsa Cina yang pertama beserta dengan barisan kabinetnya yang di ilhamkan nya." Horey!!!! Ayam jaguh Pak Pandir telah menang dan kalahkan ayam pihak lawan!!!! Horey!!!!! Tapi............ lepas kampung aku tergadai, dimana nak tidur lepas ni? Adakah nasib anak cucu aku nanti akan terbela? Ah.... peduli apa aku, janji aku puas hati sekarang ini sebab matlamat aku dah tercapai yakni nak jatuhkan UMNO.Persetankan nasib anak cucu aku, persetankan nasib melayu kemudian hari. Persetankan semuanya , janji hati aku puasssssss........

  35. aku nk bg tau la..selama ni aku tak penah undi pas..p tau lepas aku undi pas kerana aku rasa pas ni boleh membawa perubahan pada negara..tp sekarang aku tengok pas pon dh macam umno..so baik lah aku balik pada parti asal aku..sama je ..kalau sokong pas hadi nak joint umno gak..so baik aku undi amno terus

  36. Nak salah Bakaq buat apa. Fakta jelas di depan mata. Stapa Ali, Nasha dan Harun Din yang mastermind semuanya. Kalau kita ni cerdik sangat macamana strategi boleh menyebabkan perpecahan sesama kita? Sepatutnya kita makin kukuh. Stapa Ali ni dah sampai expiry date tapi masih di recycle juga. Trengganu pun tak boleh jaga kini nak jaga Malaysia. Hancur jamaah .....

  37. Apa yang dikisahkan olih Pak Baqak diatas banyak kebenarannya.Sebagai salah seorang "orang PAS" diWilayah Persekutuan apa yang disebut Pak Baqak saya alami sendiri - ramai yang mencemuh,ramai yang dah hilang kepercayaan,ramai pula yang mengutuk cara terbuka - mereka ini kebanyakannya ahli-ahli dan juga penyokong kuat PAS.

    Untuk Anon 1.44pm dan RIDUAN 2.49pm (diatas) suka saya nukilkan apa kata Karpal Singh dalam akhbar "SUN" hari ini(11.06.09) walau pon saya bukan peminat Karpal Singh jauh sekali peminat DAP.Yang penting nak saya tegaskan disini ialah falsafah dan makna yang tersembunyi disebalik kata-kata ini.

    "You cannot run with the hares and hunt with the hounds"
    Kalau tak faham kata-kata ni tanyalah kawan-kawan yang tahu.

  38. PAS sayang umNO kasih umNO cinta umNO lopeh ni sapo sokong PAS samo la jugak sokong umNO, Nasa mungkin tak lamo laie jadi menteri perpaduan kot, tahniah tahniah sobab berjayo jadi mahkluk bengap...

  39. tak habis2 konon2 orang semua marah PAS nak sokong UMNO.. kalau betul depa nak,sila lah.. kembali ke zaman gelap.. jenis bodoh..

  40. sebat je puak2 yg x hormat tok guru kita ni, nik aziz

  41. aku dari dulu tk berkenan dengan mustafa ali....

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008