Sedap!! Klik gambar di atas!

Perpaduan dengan Umno kerja bodoh - Tok Guru

Tok Guru Mursyidul Am kata perundingan perpaduan dengan Umno kerja bodoh. Malaysiakini semalam melaporkan perkara itu dalam berita bertajuk "Nik Aziz: Unity talks with Umno ridiculous".

Cadangan menubuhkan kerajaan perpaduan dengan Umno juga adalah kerja bodoh, laman berita itu melaporkan Tok Guru berkata.

Sebarang perundingan dengan Umno yang disifatkannya mengamalkan politik gangster adalah tidak dibenarkan, tegas beliau.

Nampaknya Tok Guru terpaksa bertempur pengaruh dengan bekas pegawai risik tentera yang bernama Datuk Wan Abu Bakar dari Task Force 2010. Setakat ini, nampaknya Wan Abu Bakar lebih berpengaruh.

Saya akan terus mencari maklumat mengenai Task Force 2010 dan siapakah yang mendapat pembiayaan darinya. Siang tadi, orang menelefon saya mengenai North East Plantation.

Saya juga menerima SMS yang memberitahu bahawa seorang Datuk dari Umno menelefon seorang wartawan kira-kira setengah jam selepas wartawan itu menyiarkan berita mengenai keputusan pemilihan PAS. Datuk itu kata, maklumat yang dilaporkan oleh wartawan itu tak betul. Beliau lalu memberitahu jumlah undi yang diperolehi oleh setiap calon yang menawarkan diri sebagai Timbalan Presiden PAS.

Keesokan harinya, wartawan itu terperanjat apabila angka yang diumumkan tak berbeza walau sedikit pun dengan angka yang diberitahu oleh Datuk dari Umno itu.

WaLlahi, wabiLlahi, wataLlahi, saya tidak mereka-reka apa-apa berita yang saya laporkan di atas. Perjuangan tetap diteruskan!

Berkaitan:
Nik Aziz rubbishes unity government proposal (Malaysian Insider 7/6/09)
Nasharudin defends Hadi on unity government (Malaysian Insider 6/6/09)
Kerajaan perpaduan: Nak hidupkan Umno yang hampir berkubur (Mohd Affandi Hassan)
Umno dan PAS perlu ikhlas bincang pembentukan kerajaan perpaduan - Muhkriz (mStar Online 6/6/09)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Saya pun agak syak wasangka juga... Tengok apa MSK tulis dalam blog dia... Benda sama...

    http://perakexpress.com/www/?p=4162

  2. PEnipu !!
    pengfintah...............

  3. kah..kah...PAS pun sama jer ngan UMNO...dah pandai main silap mata sekarang nih...buat malu jer bawa nama ISLAM...dan terbukti sudah...PAS parti politik yang mementingkan kuasa...tidak lebih daripada itu..ISLAM sekadar komestik jer...utk mengaburi mata2 mereka yang dahagakan ajaran sebenar...kalu dah melayu tu meLAYU juga ler..kuasa, perut, pompuan no.1...x der beza ngan parti satu lagi..kah..kah..kah...

    Naz

  4. PAS punya masaalah... Ada dua Nakhoda.Phalsafah yang bodoh. Jika Nik Aziz tak suka dengan Hadi kenapa tak cabar atau sekurangnya suroh orang lain cabar.???
    Bila Husam cabar no 2 kenapa tak suroh Mat Sabu berundur.??? Semua ini untok kekal Nakhodanya Mushidul Am.
    Kenapa biar orang tak bermaruah/bermoral yang ingin lompat masik BN kekal sebagai pemimpin.???
    Saya hampa dengan PAS dan Tok Guru

  5. sour grapes.... kesiannn... apa2 pun muktamar miliki kuasa tertinggi dalam parti, even perlembagaan pun boleh dipinda/ubah/batal melalui muktamar.... apa la sangat kalau setakat suara Tulang Besi, Penarik Beca, Mat Saman Kati, Kickdefella..

    In your face!!

    OreKelate

  6. Salam, ala bakaq, terima ajelah colan hang kalah. aku terima kekalahan calon aku Husam..tapi ajk and NP..yang aku sokong pun menang..so..kira oklah tu..


    Lani kena lihat apayang new kabinet mau buat utk 2years akan datang..

  7. Tak usahlah mencipta fitnah dgn bermacam2 cerita yg tak diketahui kebenarannya. Ramai yg bolih mengaku begitu atau begini. Kalau betul2 serius dgn tuduhan itu, pergilah menyiasat sedalam-dalamnya dan kemudian mengambil tindakan secara yg bertangung jawap.

  8. Siapa jawatankuasa pemilihan yang bocor rahsia siapa yang menang?Kalau betoi mereka bocor siapa yang dapat undi terbanyak sebelum pengumuman mereka adalah orang2 yang tak amanah.orang luar boleh ketahui keputusan lebih dulu ini merbahaya!Memang kerja bodoh kerjasama dengan Umno. Parti yang anggap Pas parti Komunis adalah umno.Yang anggap Pas parti ajaran sesat adalah umno.Yang bunuh ulama Pas adalah umno.Yang tolak hukum Hudud yang dibawa Pas adalah Umno.Nak kerjasama apa lagi dengan parti Umno ni

  9. Err...MISAIMERAH (komen no.8)...hukum hudud relevan lagi ker...x dengar pun masa muktamar...


    Naz

  10. NASA kau bailk kampung la jadi ketuo cawangan umNo kt kampung kau laie ado faedah dapek yo tender...

  11. sALAM TO ALL

    Parti yang anggap Pas parti Komunis adalah umno.Pas parti DI DAKWA ajaran sesat OLEH umno.Yang bunuh ulama Pas adalah umno.Yang tolak hukum Hudud yang dibawa Pas adalah Umno.Nak kerjasama apa lagi dengan BARUA UMNO NI WAHAI ORANG -ORANG YG NAK MUQABALAH

  12. Aii....Semua dah pakat perasan hebat skarang ni..
    Pi mai pi mai, dah ada ciri ciri ketaksuban dan menyombong bila kuasa makin kuat dipegang. Lebih kurang srupa UMNO plak waktu depa kuat dulu-dulu.
    Politic game pun tak ada beza. Awat jadi lagu tu..????

    Ujian..ujian...

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008