Saya telah berusaha untuk menyedarkan ahli-ahli PAS tentang Ustaz Nasharudin sejak sebelum pemilihan 2005. I am not betting my bottom ringgit yet. Perjuangan tetap diteruskan.
Berkaitan:
Nasharuddin kekal timbalan presiden (Malaysiakini 6/6/09)
PAS kekalkan tradisi memilih ulama bagi jawatan tertinggi parti (Bernama 6/6/09)
Nasharuddin retains PAS No 2 post (Malaysiakini 6/6/09)
Nasharudin keeps No. 2 (Malaysian Insider 6/6/09)
PAS polls: Nasharudin fends off Husam (The Star 6/6/09)
PAS maintains tradition of electing 'ulama' to top posts (Bernama 6/6/09)
Sambutan kawan-kawan:
There is hope yet for a total Malay unity, and with that we can check DAP trickery!! (Pasquale)
Telunjuk lurus kelingking berkait
Nasharuddin kekal Timbalan Presiden
Husam bungkus
Terkini - Akhirnya 'musuh dalam selimut PAS' tewas
Hanya kerana dia mahu menjadi PM...
Husam Musa Kalah : Apo nak dikato?
Kekalahan Husam menandakan penolakan PAS terhadap trojan horse Anwar?
Kuda Anwar tewas










Cantik? Klik 






Alhamdulillah,kepimpinan ulama masih relevan
hidup biar berkat..kita dalam pas,bukan umno..cara nak jatuhkan dan tegur pimpiinan yg pb buat tu salah.tak berkat hidup cara macam ni....jagalah adab berjamaah,baru berkat
salam..semoga apa yang terjadi kebelakangan ini dpt dijadikan pengajaran kepada semua..ahli2 PAS ni bijak2 orgnya..dapat menilai yang mana intan yang mana kaca..wala' adalah teras yang mesti diteruskan oleh ahli PAS..jgn menampakkan 'Kebesaran Kepala' dalam politik yang masih muda..segala pandangan yg dikemukakan oleh oleh presiden disanggah dengan semahu-mahunya...kalau belah anak bulan kembar tu punya cadangan...bukan main lagi sanjung..Allah Maha Berkuasa..semoga pimpinan yang dipilih dapat satu suara kearah yang lebih baik..wassalam..
den sedih la. den tak pandai baco doa guno baso arab sobab den sekolah org putih. salah ayah den ke tak hantor den sekolah arab...huhuhu abih le peluang den nak jadi pemimpin (den ni tarap profesional, sekolah tinggi tapi org putih la). jadi tukang pasang bendero jor la org mcm den ni.....
Apa boleh buat keputusan dah dibuat dah tak boleh nak buat apa dah Pak Bakar, terimalah seadanya.Bang Mat pun x mengalah, Husam pun x mengalah akhirnya Nasarudin yang menang.PM Najib dengan one Malaysia kita Pas ni membangun bersama Islam.Kita tengoklah adegan seterusnya.
Salam che' Bakar,
Tok Husam dan Haji Mat masih diperlukan tetapi dalam kapasiti berbeza. Timbalan Presiden tak sesuai.
Bulan Penuh 2012
hahaha..geng BPN yg menyambut hebat Nasa.klakar la plak.
Sahut Keputusan Perwakilan - Cara dan matlamat kita berbeza dgn 'mereka'..
http://priamalaya.blogspot.com/
http://priamalaya.blogspot.com/2009/06/nasharuddin-kekal-tp-pasgandingan.html
Pelik bin ajaib bila Nasha menang UMNO bertepuk tangan.. persis calon sponsor UMNO!
Masih tak reti-reti. Betul la Melayu-Islam ni senang dipermainkan..
salam,
penyokong pas diparlimen bachok akan menilai tingkahlaku ustaz nasha dalam masa dua tahum ini. ingat, ustaz nasha hanya menang seribu undi lebih dari senator awang adek dari umno pada pru 12 yang lepas. harap ustaz tidak lagi berselimut dalam gelap dengan pemimpin umno. hormatilah pandangan ahli pas semua yang tidak mahu pas bersongkongkol dengan umno.
Husam tak kalah, mat sabu pun tak kalah, cuma yg menangnya Nasa! Maknanya Pas juga yg menang. Sama2lah kita menggangdakan merperkasakan Pas! disamping merapatkan lagi Pakatan. Cukuplah rekaan erdogan vs ulama', kut kut kut... PKR yg menang! Takbir!
Ustaz Nasa 'tali barut' UMNO ????
http://marul77.blogspot.com/
baguslah orang PAS..pilih Timbalan Presiden seperti NAsha..tak de salahnya tapi tengoklah nanti..PAS tidak akan berubah walaupun cakap berdegar degar nak berubah. Sepatutnya Husam Musa yang pegang jawatan Timbalan Presiden PAS dan bukannya NAsha. Ini pandangan hamba sebab bagi hamba betulah kalau ulamak mesti memimpin tapi kena ada mereka yang bijak berpolitik secara profesional dan bukannya Nasha yang tidakpun membawa perubahan dalam pendekatan PAS kecuali mengikut arus dan membuat keputusan yang merugikan PAS sendiri. Berfikir kembalilah wahai orang PAS/
banyak juga undi untuk husam bermakna ramai jugak le peminat anwar dlm. PAS.Dah memang elok ulamak teraju PAS..buat apa nak ubah2..dari membangun bersama Islam terus jadi PAS membangun bersama professional pulak..tak sesuai.
Aku naik heran geng UBN amat gembira dengan kemenagan Nasa....mungkin perlu direnungkan.
Mat Sabu tak boleh terima sangat Anwar Ibrahim cuba sekat Husham. Dia tak suka Nasha kerana lembap. Tapi akhirnya Nasha yang pro UMNO yang menang. Siapa yang rugi?
Hai..UMNO sorak habis-habisan Nasa menang..depa gembira habis..apa makna?
tp pemuda-pemuda pas dan profesional-profesional pas semua 'menangis' bila nasa menang..apa cerita?
Hai pas nak lingkup kan diri sndiri nampaknya...
silakan lah
Aduh,masih panas lagi isu ni...macam mana pula isu YDP MPSP
http://diamjoedahmai.blogspot.com/
“Selepas pemilihan ini nanti, diharapkan semuanya tetap memberi sokongan kepada mereka yang dipilih samada mereka golongan ulamak atau pun tidak. Segala teguran mahu pun kritikan oleh sesiapa, anggaplah sebagai pemacu semangat kepada pimpinan untuk terus membuktikan bahawa `Umno/Bn Gagal Musnahkan PAS dan PR”
Semoga kalam azimat ini menjadi sandaran dan intipati perjuangan seluruh ahli jemaah, pendokong dan penyokong gerakan PAS…perjuangan kita berbeza dgn perjuangan ‘mereka’, maka dgn itu, cara kita juga perlu berbeza dgn cara ‘mereka’..sahutlah keputusan perwakilan dgn hati yg terbuka dan berlapang dada…
Pada calon yg tewas pada pemilihan kali ini, teruskan berbakti dan bersetia dgn parti..perjuangan tidak terhenti setakat ini..diluar sana musuh sentiasa bersiap sedia untuk mencari titik kelemahan dan kekurangan..waktu dan ketika inilah ‘mereka’ sedaya upaya mempengaruhi, memprovokasi setiap calon dan penyokong calon yg kalah untuk dijadikan modal memecahbelahkan jemaah..
baca seterusnya disni…
http://priamalaya.blogspot.com/2009/06/nasharuddin-kekal-tp-pasgandingan.html
Awat BPN seronok sangat. Nasa tu jelmaan umno dlm Pas ka? Dia agen umno ka? Bungkuihlah Pas lepaih ni.
bila Nasa menang, maka hebohlah puak2 umno sibuk dengan kerajaan perpaduan Pas-Umno... saya nak kata satu je Pak Bakaq, saya sedih. saya dan kawan2 tidak akan lagi hormat pada PAS jika PAS pergi peluk UMNO. pas kena ingat di Terengganu, kerana bodoh dalam pemerintahan, rakyat semua benci. saya ingat lagi saya bersorak bila PAS menang. selama 4 tahun, kerajaan PAS G-A-G-A-L untuk tarbiyah rakyat. kalau PAS rasa bodoh dan sombong nak pergi Peluk UMNO, saya rasa baik saya mula kempen UMNO. baik undi umno terus. buat apa undi PAS kalau UMNO pun menang.
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/28765-mukhriz-supports-umno-pas-government
Kita tengok dalam 3 bulan akan datang ni apa Ust nasha dan Ust Nasharuddin Pemuda dapat buat tetapi kalau macam tak ada apa apa....... nasiblah PAS PRU 13 ada peluang dapat 13 kerusi sahaja. Kami penyokong PAS ucapkan Sayonara PAS dan teruskan perjuangan kalian dengan kenyakinan cara tuan tersebut.
Kemenangan Nasha, UMNO tersenyum gumbira. Ngapa ya? Sebab PAS makin ke belakang, bagi golongan professional, kehadiran dalam PAS perlu dinilai semula atau sekadar jadi tukang sorak sahaja. Anda tak layak memimpin.
Nak masok BN masok lah Nasa dan Hadi. Rakyat tetap tolak BN. Kami undi PAS bukan kerana suka kan PAS tapi bencikan BN. Silakan masuk BN dengan Unity Gomen mu. Kami tetap tolak Unoty Gomen dengan BN.
Baca lah UMNO/BN = Syaitan ? di..
http://warongpakyeh.blogspot.com
Bulan Penuh 2012,
Anta tak faham,Tok Husam dan Abang Mat Sabu tak diperlukan olih "ulamak-ulamak" dalam PAS.Tok Husam dan Abang Mat Sabu ada agenda berlainan dengan agenda ulamak-ulamak dalam PAS.Agenda ulamak dah pun dijelaskan olih Presiden dalam sidang akhbarnya iaitu Kerajaan Perpaduan.Bekas Ketua Dewan Ulamak,Us.Daud Iraqi pun dah meminta semua ulamak dalam PAS menyokong "cita-cita" dan "aspirasi" Presiden.Tok Husam dan Abang Mat Sabu masuk bertanding bukan hendak sangat kerusi Tim.Presiden tu,tapi masuk bertanding kerana hendak "menghalang" Kerajaan Perpaduan ni.Jadi agenda kedua kumpulan ni berbeda - PAS selepas 7hb Jun 2009,tak perlukan Tok Husam dan Abang Mat Sabu.Ulamak tak perlukan profesional,mereka bolih buat semua.
pimpinan kumpulan muqabalah PAS+UMNO telah lupa diri dan syok sendiri...
sama seperti lepas PRU-1999.
insyaAllah rakyat akan menghukum PAS+UMNO dalam PRU-13 nanti, kerana khianati
aspirasi rakyat... sama seperti PRU-2004 PAS akan menerima pukulan KO oleh para pengundi.
Salam, Panas panas masih panas..bersama cuaca yang panas d Hanoi city ni..Hari gue panas badan and hati..tapi ndak buat macamana..tulah semua jwtan d kaw -kaw bagi dkt utz..yang buat kerja org lain..dah utz semua d kaw..tentulah dia sokongl utz..takan mau sokong professional..takpalah dia suruh berehat aje dulu..biak kan depa pegang utk 2 tahun..anyway NP semua yang aku sokong berjaya..kira oklah tu..kiraoklah sikit sebab gue kira ramai juga ajk pas pusat yang bukan utz..tapi mau buat macamana depa ni sekarang d kelilingi olih yang pro umno..dari dupp, dpp..sabar ajelah..ada hikmah tu..YB khalid..lepas ni ..jangan banyak cakap,,duduk buat kerja d peringkat kawasan Shah Alam..pastikan semua adun and parlimen kekal d menangi PR..jangan harap YB akan duduk ajk d peringkat Negeri..jadi eloklah ..diam buat kerja aje..bye
Salam
Kekalahan & Kemenangan bagi WOTR adalah biasa dalam konsep pemilihan demokrasi, begitulah juga untuk meraih undi menumbangkan UMNO@Barisan 'N'.
Maksudnya bukan kemenangan mutlak dalam meraihkan sokongan.
Kompromi.
Jika ada antara Husam & Mat Sabu pastinya Cikgu Nasa kalah ?
Ulaq Semak
Adakah apa yg Ulama' Agama paparkan sebelum & semasa muktamar adalah satu 'psywar' terhadap golongan tertentu ?
Apapun ia tidak penting lagi, persiapkan bekalan untuk PRU 13 yang akan datang.
Cadangan
Lantiklah 'Cikgu' Daud Iraqi jadi Ketua Penerangan, memang layak sangat.
Setuju dengan Pak Bakaq a.k.a Penarik Beca ' Perjuangan Tetap Di Teruskan ',
mengikut keupayaan & peranan yang dilakukan oleh seseorang individu.
WOTR
- Berkata Benarlah Walaupun Pahit Didengar -
Ada satu usaha untuk menjatuhkan imej PAS dan Ust Nasa;
Sebelum keputusan rasmi diumumkan, seawal-awal jam 8 pagi media-media pro-Anwar dan para blogger menyebar-nyebarkan keputusan tidak rasmi yang berpihak kepada Husam.
Dengan menyebarkan berita palsu ini, mereka bersedia dengan sebarang keputusan.
Sekiranya keputusan berpihak kepada mereka, maka pemenangnya akan dijulang dan disanjung tinggi.
Sekiranya keputusan tidak berpihak, maka proses kemenangan tersebut akan dipertikaikan.
++++++
Sebenarnya golongan yang mengatakan bahawa PAS ingin masuk kepada UMNO adalah golongan pro-Anwar yang berada di dalam PAS serta ahli-ahli PKR.
Mereka ingin menjatuhkan golongan ulama, maka memulakan saraf menyerang individu tertentu yang dikatakan berusaha membawa masuk PAS kedalam Umno.
Kebangkitan PAS ditakuti oleh Anwar dan PKR. Anwar tahu jentera partinya tidak sehebat jentera PAS yang ramai dan bertenaga.
Jadi, cara untuk menonjolkan Anwar dan PKR adalah dengan cara mempergunakan PAS.
Caranya ialah dengan menaikkan tokoh-tokoh liberal yang menyanjunginya.
Para ulama mengatahui tektik ini. Ulama tidak mahu kejadian pra-merdeka berulang lagi selepas para ulama berjuang bermatia-matian, golongan nasinalis yang memerintah.
Juster, terjadilah pertembungan yang maha dahsyat ini.
Selepas ini, saya yakin ada lagi usaha-usaha untuk menjatuhkan ulama di dalam PAS.
====
PKR takut rakyat lebih terpengaruh dengan PAS.
Lebih-lebih lagi terdapat YB-YBnya yang melompat. Ini adalah kemaluan besar bagi PKR.
Juga YB-YB yang tidak tahan diuji sehingga terpaksa meletakkan jawatan.
Inilah yang ditakuti oleh PKR dan Anwar.
Kebangkitan PAS sekarang perlu dibendung dengan cara me’liberal’kan PAS.
Sebab itu dicanag-canang projek 916 yang ternyata suatu pembohongan yang amat nyata.
Proses pemilihan akan dipertikai.
Pengerusi pemilihan akan dipertikaikan.
Justeru dengan cara ana, imej yang kalah akan disembunyikan sebaik mungkin.
Apa takrif ulama??? Ramai juga yang ulama masuk Umno, apa salahnya golongan profesional nak memimpin PAS kalau ulama yang memimpin teringin nak jadi menteri dengan penubuhan kerajaan perpaduan. Rugi la sokong PAS kalau akhirnya jadi kerajaan perpaduan...
Sebenarnua ahli ahli Pas telah menang dalam muktamar tempoh hari. Husam Musa dan Mat Sabu tidak kalah cuma kali ini Nasharudin berjaya mempertahankan jawatan tersebut. Husam Musa, Mat Sabu dan pemimpin pemimpin Pas yang tewas dalam pemilehan jawatan tempohhari maseh ada ruang untuk berkhidmat kepada parti. Mereka ini merupakan asset kepada parti untuk mengharungi cabaran dalam PRU 13 yang akan datang.
Kekalahan Husam Musa, Mohamad Sabu bukan bermakna golongan bukan ulama tidak boleh untuk menerajui kepimpinan Pas dimasa yang akan datang. Dalam pemilehan Naib Presiden Pas hanya Tuan Haji Ibrahim Tuan Man mewakili calon ulama telah berjaya dilantik. Dua lagi calon iaitu Salahudin Ayub dan Mahfuz Omar melengkapkan tiga orang Naib Presiden. Begitu juga dalam pemilehan AJK Pusat ramai juga golongan professional telah berjaya menduduki kerusi AJK Pusat seramai 18 orang.
Yang penting sekali perpaduan antara golongan proffesional dan golongan ulamak amat dituntut dalam parti Pas. Tanpa kerjasama antara satu sama lain akan membawa perpecahan yang lebih teruk seperi yang pernah berlaku kepada Pas. Pas telah berpecah kepada Hamim Islah dan Akim. Diharap apa yang telah berlaku dahulu akan dapat menjadi pengajaran kepada ahli ahli Pas.
Ya... kita teruskan perjuangan... harap Pak Bakaq terus menerus menegur Nasharudin... keep him in check...
sedih jugak husam kalah, tapi kempen-kempen keterlaluan bagi pihak husam oleh blogger-blogger tertentu seperti pak bakaq dan malaysiawaves akhirnya membuatkan perwakilan meluat nak undi husam. blogger-blogger ini patut muhasabah diri sendiri... ADAKAH KEMPEN MELAMPAU AKU YANG MEMBUATKAN HUSAM KALAH? PERWAKILAN MELUAT DENGAN CARA AKU TULIS BLOG KE?
saya sangat tidak faham cara berfikir orang-orang PAS ini. Memang kita perlukan ulamak untuk memerintah kerajaan tetapi kalau hanya setakat ulamak dan tidak profesional maka tidak kemana juga. Ulamak mesti disusuli dengan profesional maksudnya Timbalan PAS mesti profesional. Lihat apa jadi di Terengganu, Semasa PAs memerintah, ulamak memerintah tetapi gagal. saya bukan berkata saja saja tetapi penuh dengan bukti..lihat betapa Tuan Guru tidak berjaya mengawal exco-exconya yang " hebat-hebat" itu sampai rakyat naik muak dengan telatah dan cara mereka memerintah. Lihat betapa gagalnya jawatankuasa syura rakyat (JSR) sampai ada yang dilantik tidak tahu membaca pun apalagi untuk menjadi perantara antara rakyat dan pemerintah..banyak lagi.
Inilah masalahnya kalau lemah dalam berpolitik. Saya kagum dengan Tok Guru Nik Aziz, beliau ulamak dan sekaligus membernarkan profesional bersama-sama beliau, menerima pandangan profesional dan begitu bijak mentadbir negeri. Tok Guru Nik Aziz lambang ulamak yang bijak berpolitik.
Dan perlu diingat, kumpulan yang tidak setuju dengan Presiden dan nasha dalam isu kerajaan perpaduan ini lebih ramai dari mereka yang setuju. Campur undi husam dan mat sabu. Ingatlah wahai ahli PAS , bijaklah berfikir. Kita nak Ulamak memerintah tapi bukan nasha yang jadi timbalan tetapi Husam Musa.
sabar, sabar dan terus sabar, Allah bersama orang-orang yang sabar, umno bergembira sakan kerana husam kalah, umno suka jika professional kalah kerana golongan professional inilah yang memikat anak-anak muda menyokong pas, tapi umno terlupa nun disana tiga orang penyandang naib presiden yang tidak bersetuju bersekongkol dengan umno, salah seorang dari mereka adalah bakal timbalan presiden/presiden yang berstatus ulama profesional tidak lain tidak bukan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bekas pensyarah institut pengajian tinggi, berjaga-jagalah umno !!! bagi orang pas pula kenapalah tuan-tuan terikut-ikut rentak yang dimainkan oleh umno dengan lagu ulama/professional sedangkan jikalau profesional terpilih pun mereka tidak akan terbabas seperti umno kerana pas mempunyai majlis syura ulama yang akan mengawasi mereka ... takkan ahli-ahli pas terlupa?
Pak Bakaq,
Saya kira kalaulah perwakilan yang majoritinya bukan ulama dan profesional, memihak kepada satu tungku lagi iaitu tungku aktivis maka Mat Sabu akan menang besar.
Memang benarlah walau majoriti jika tidak ada kekuatan dan sikap sendiri maka mereka akan terpengaruh dengan retorik pihak lain. Inilah buruknya demokrasi. Aktivis kurang gunakan akal tetapi lebih emosional. Jika mereka mahu angkat pihak yang memang aktivis yang sama tahap marhaennya dengan mereka maka pasti Mat Sabu akan jadi Timbalan Presiden PAS.
Berkenaan kerajaan perpaduan ni aku sokong pandangan TGNA kerana tidak wajar mengadakan kerajaan perpaduan di kala mood rakyat tidak sukakan gabungan dengan UMNO. Lebih baik teruskan agenda dgn pakatan rakyat kerana tak mungkin wujud 2 kerajaan dlm masa yang sama. Bolehkah wujud kerajaan perpaduan dlm masa yg sama dgn kerajaan pakatan rakyat juga nak diperkasakan? Kenapa tak perkasakan kerajaan perpaduan dalam pakatan rakyat? Ini yang aku musykilkan. Nak dakwah kpd UMNO tu tak apa, tp biar kita tarik mereka kpd pakatan rakyat, bukannya ditariknya kita kpd mereka. Matikan terus UMNO, jgn biarkan ia hidup lg di hati rakyat. Kalau biar dia hidup nanti jd mcm melepaskan anjing tersepit!!! Kita dah ada pengalaman dah.... Org cerdik takkan masuk lubang yg sama 2 kali, melainkan org itu mmg tak cerdik.
Salam.
Untuk sesiapa yang memuja Pakatan Rakyat, bacalah link ini.
http://engagemalaysia.wordpress.com/2009/06/07/taxidriverstrikeback-three-wordpress-blogs-with-1500-well-researched-articles-gone-c4ed-by-the-barisan-government/
Saya rasa penulis nya sudah tentu kaum kafir (mungkin Cina atau India) sebab di taruhnya gambar 'babi' untuk disamakan dengan Melayu (tak kira UMNO atau PAS). Adakah sdra sdra PAS suka diperlakukan begini kerana hanya jawatan no. 2 tidak dimenangi oleh orang kuat Anwar?
Sedarlah wahai orang PAS, kamu semua diperkudakan oleh pengkhianat pengkhianat negara dan bangsa. Bukankah lebih baik kita bersatu sebagai Melayu dari diperkudakan begini? Inilah sebenarnya kelakuan mereka. Mereka TIDAK ikhlas. Disini, kesimpulannya adalah PAS MESTI ikut cakap DAP dan PKR. Sudahlah PAS, TINGGALKAN SAJA PAKATAN RAKYAT.....Tanpa PR, PAS juga mampu untuk BERJAYA.
Selamat sejahtera.
Matahari,
Hang baca tak sejarah Nabi Muhammad, dia ditentang oleh bangsa dia sendiri. Dalam Islam takdak perjuangan membangunkan bangsa, yang ada hanya meninggikan kalimah ALLAH (bukan letak sebagai agama rasmi saja). Sampai kiamat pun takkan bersatu dua motif perjuangan yg berbeza ini.
Sepanjang hidup aku la yang menuju separuh abad ni, tak pernah aku tengok seorang yang amat warak, kuat ibadah, alim lagi, kuat berdakwah, lalu mengambil keputusan untuk berjuang dalam UMNO sebab sayangkan bangsa dia. Yang ada, semakin seseorang itu memahami Islam, dan ikhlas (TIADA KEPENTINGAN PROJEK) dia akan menyokong PAS. Sebabnya, inilah semata2 wadah yang ada di Malaysia sebagai platform untuk meninggikan kalimah ALLAH.
Kesilapan pengurusan, pentadbiran bukanlah persoalan pokok, tetapi PAS merujuk semata2 kepada AL QURAN DAN SUNNAH sebagai garis panduan.
Secara peribadi, aku mengenali beberapa `ustaz' dalam UMNO, tetapi aku amat tahu mereka juga gigih dalam mencari projek dan menggunakan platform UMNO sebagai jalan singkat.
Matahari, baca lagi sejarah2 Islam dan sebenarnya amat banyak yang ada dalam kitab2 Arab yang menerangkan bagaimana Nabi juga dibantu dalam perjuangannya oleh penduduk2 yg bukan beragama Islam !! Setelah lama kelamaan, mereka mendapati indahnya Islam dan segala hukum2nya, bukan sedikit yang memeluk Islam.
Sudah 50 tahun UMNO bersama MCA dan MIC, hanya prespektif negatif yang diterima oleh bukan Islam.
Saudara/i tak pernah dengar Dr. M kata bahawa kalau laksanakan hudud, macamana nak majukan negara kalau semua takdak tangan kaki, macamana nak buat jalan kalau batu2 habis digunakan dalam merejam penzina?
Tidak ada bantahan langsung dari ahli UMNO, termasuk yang ustaz2 !!