Sedap!! Klik gambar di atas!

Penyokong kerajaan perpaduan boneka Umno - Tok Guru

Nik Aziz bidas golongan pertahan cadangan Hadi
Utusan Malaysia (12/6/09): Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas golongan dalam parti itu yang terus mempertahankan cadangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentuk kerajaan perpaduan sambil menyifatkan mereka sebagai ‘boneka UMNO’.

“Suara sumbang dari dalam Pas yang menyokong kerajaan perpaduan ini adalah boneka UMNO. Pihak yang sokong perpaduan ini boneka UMNO, terang dan jelas,” tegasnya.

Malah beliau yang sebelum ini lantang menolak idea kerajaan perpaduan sejak ia dicetuskan oleh Abdul Hadi menggambarkan cadangan itu sebagai ilham UMNO sendiri.

“Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar Pas di Ipoh tahun lalu yang sebulat suara menyokong pakatan pembangkang,” katanya kepada pemberita selepas meraikan rombongan guru Kelas Fardu Ain dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di kediaman rasminya di JKR 10 di sini hari ini.

Hari ini, Dewan Pemuda Pas dilaporkan meminta pemimpin serta ahli-ahli pakatan pembangkang menghormati gagasan kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Abdul Hadi.
Hadi elak ulas kerajaan perpaduan
Utusan Malaysia (12/6/09): Idea kerajaan campuran masih kabur, malah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri berdolak-dalik sewaktu mengulas mengenainya.

Walaupun diasak dengan soalan berkaitan kerajaan perpaduan pada sidang akhbar di Pejabat Agung Pas, hari ini, Abdul Hadi berkata, beliau akan membuat penjelasan sekiranya ditanya oleh ahli parti dan kepimpinan pakatan pembangkang.

"Bila ahli saya tanya, baru saya jawab. Pakatan (pembangkang) tanya, saya jawab.

"Sebabnya kalau saya jawab, akhbar tidak boleh melaporkan maklumat terperinci sebagaimana kenyataan saya di muktamar," katanya.

Idea kerajaan perpaduan pernah dikemukakan sebelum ini tetapi senyap seketika apabila mendapat bantahan pihak tertentu termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetapi ia timbul semula dalam Muktamar Pas Ke-55 yang berakhir Ahad lalu.

Dalam muktamar tersebut Abdul Hadi serta barisan kepimpinan kanan parti komited untuk meneruskan gagasan kerajaan perpaduan kerana ia mampu menyelesaikan banyak masalah dalam negara.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Hadi berkata, kerajaan perpaduan sebenarnya masih belum dibincangkan semasak-masaknya dalam Pas malah belum dicadangkan kepada pakatan pembangkang.

Katanya, walaupun idea itu mendapat reaksi positif pada muktamar parti itu, ia hanyalah satu perbincangan ilmiah sahaja.

Ditanya adakah ia bermakna idea itu tidak akan diteruskan, Abdul Hadi berkata: "Sehingga hari ini kita tidak membuat keputusan."

Katanya, mesyuarat pertama Jawatankuasa Pas Pusat Sesi 2009-2011 yang dipengerusikannya hari ini juga langsung tidak menyentuh mengenai kerajaan perpaduan.

Berhubung kritikan Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng terhadap Pas ekoran idea kerajaan perpaduan, Abdul Hadi berkata : "Itu laporan media, saya belum jumpa beliau lagi."

Hadi tetap syarat kepada Umno

Berita Harian (12/6/09): Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang mencetuskan idea kerajaan perpaduan kini mengenakan syarat jika Umno dan Barisan Nasional (BN) bersetuju meneruskan perbincangan dengan parti itu.

Antara syarat beliau ialah menggesa kerajaan BN melaksanakan pemulihan terhadap demokrasi negara, sistem kehakiman, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kebebasan media.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas apabila ditanya sama ada Pas akan bersetuju untuk meneruskan perbincangan khususnya dalam isu kerajaan perpaduan jika kerajaan BN mematuhi syarat ditetapkan parti itu.

“Itu tak timbul lagi, saya tak mahu jawab benda akan datang... Saya utamakan dulu perbincangan untuk memulihkan demokrasi, kehakiman, kebebasan media... kita akan berjumpa (dengan Umno/BN) untuk isu ini saja,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Pas Pusat sesi 2009/2011, di sini, semalam.

Abdul Hadi dalam ucapan dasarnya pada muktamar di Stadium Melawati, Shah Alam, Khamis lalu, membangkitkan semula idea pembentukan kerajaan perpaduan yang disifatkan mampu menyelesaikan masalah negara.

Bagaimanapun, Abdul Hadi berdolak-dalik apabila menafikan parti itu akan mewujudkan kerajaan perpaduan dengan Umno kerana isu itu tidak dibincangkan dalam jawatankuasa parti.

Ditanya bila Pas mahu membincangkan isu kerajaan perpaduan secara serius, beliau berkata isu itu tidak berbangkit.

Katanya, penjelasan kerajaan perpaduan hanya akan dilakukan jika pertanyaan itu datang daripada rakan dalam Pakatan Rakyat.

Ditanya kemungkinan timbul perpecahan dalam Pas sehingga mewujudkan dua kumpulan berbeza pendapat mengenai isu kerajaan perpaduan, Abdul Hadi bukan saja menafikannya dan memberi komitmen terhadap Pakatan Rakyat, malah mahu Pas menyelesaikan dulu isu dalaman sama ada dalam parti dan Pakatan Rakyat.

Abdul Hadi berkata, apa yang dicetuskan pada muktamar lalu hanyalah perbincangan ilmiah.

Beliau mendakwa tidak mengetahui pertemuan sulit beberapa pucuk pimpinan parti itu termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan perpaduan.

Sementara itu di KOTA BHARU, Nik Abdul Aziz melahirkan rasa marah terhadap pemimpin Pas yang mencetuskan idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan menyifatkan mereka sebagai boneka Umno yang mahu memecah belahkan Pas.

Sambil menegaskan, beliau berpegang kepada keputusan Muktamar Pas di Ipoh, tahun lalu, yang membuat ketetapan mengukuhkan Pakatan Rakyat, Nik Abdul Aziz berkata, isu kerajaan perpaduan bukan dibangkitkan Pas, sebaliknya ‘orang perpaduan’ dalam parti itu.

Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Terang dan nyata.. Kalu sapa sapa rasa dia boneka cepat cepat lah istifar dan MANDI TOBAT tujuh perigi.Ratib hari hari " aku tak buat lg.aku x buat lg 1000x. tak kira siapa mereka mereka itu, orang kaya bukit mahkota ke, ulamak syh..ke teman teman selangor ke hero dungung ke pahlawan muda PAS ke tak kire ler sape sape

  2. aikk..kat muka depan Utusan Malaysia pulak.
    ni mesti tok guru nik aziz dah jadi ejen umno.

  3. Pak Bakaq, kini tiba lagi hari Jumaat.....
    Saya sudah nampak tanda-tanda kebenaran, namun masih lagi ada kekeliruan dengan kemelut politik di Perak.......
    Namun saya rasa tak salah kita beristiqomah dengan doa yang pernah saya sarankan tujuh belas minggu lepas.....

    Agar Kebenaran Allah Muncul jua........

    Dalam kekeliruan ini saya rasa UMNO/BN memang rakus dan tamak kuasa sehingga membelakangkan undang-undang dan mempergunakan instrument kerajaan (Polis, mahkamah dan seumpamanya). Oleh itu saya memohon kepada semua Umat Islam di Perak agar apabila Tuan khatib membaca Khubah Jumaat setiap minggu apabila doa untuk Sultan Perak dibaca maka bacalah doa berikut dalam hati:

    Doanya:

    SEANDAINYA SULTAN PERAK MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BETUL DAN IKHLAS UNTUK KEBAIKAN RAKYAT (TANPA ADA APA-APA YANG TERSEMBUNYI DISEBALIKNYA, SAMADA UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI ATAU INDIVIDU TERTENTU) maka mohon ALLAH MEMBERIKAN KESEJAHTERAAN KEPADA BAGINDA DAN KEMBALIKANLAH KEJERNIHAN AGAR SULTAN PERAK DAN KETURUNANNYA BERTAHTA DI HATI RAKYAT DENGAN KEPATUHAN KESELURUHAN RAKYAT TERHADAP BAGINDA.

    SEANDAINYA SULTAN AZLAN DIPERDAYA (DIBONEKAKAN) DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN TERSEBUT OLEH PIHAK TERTENTU, maka mohon kepada ALLAH AGAR PIHAK TERSEBUT DIHANCURKAN DENGAN BALASAN YANG TERUK DI DUNIA DAN AKHIRAT DAN KERAJAAN BN PERAK YANG TERHASIL DARI KEPUTUSAN TERSEBUT DIPOHON AGAR ALLAH MENJAHANAMKANNYA DAN MELAKNATNYA DAN DITUNJUKKAN DIDUNIA DAN AKHIRAT.

    SEANDAINYA SULTAN DAN PIHAK TERTENTU DENGAN SENGAJA BERSENGKOKOL UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN PR SEDIA ADA (PILIHAN RAKYAT MELALUI PU12) DENGAN NIAT JAHAT UNTUK KEPENTINGAN JAHAT TERTENTU, MUSNAHKANLAH, HANCURKANLAH, JAHANAMKANLAH KESEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DAN PIHAK YANG MEMPUNYAI KEPENTINGAN DENGAN NIAT JAHAT TERSEBUT TERMASUK SULTAN, TUNJUKKAN NATIJAHNYA DI DUNIA DAN AKHIRAT. AMINN

    MELALUI DOA RAKYAT PERAK yang ramai ini dan seandainya Rakyat Perak dianiaya dan dizalimi saya yakin doa tersebut Mahbul, KERANA TIADA JARAK PERMISAH ANTARA ALLAH DAN ORANG YANG DIZALIMI, DAN MAHBUL DOA ORANG YANG DIZALIMI (ini adalah sebahagian daripada Hadis Nabi dan Tuan Mufti Perak boleh mengesahkannya.

    Tuanku Sri Paduka Sultan Perak, patik dan seluruh rakyat perak ingin melihat natijah disebalik doa tersebut yang secara automatiknya menjawab kekeliruan kami. biar ALLAH menentukannya sesungguhnya ALLAH itu maha besar, maha adil dan maha bijaksana. wahai manusia kamu menyangka perancangan kamu cukup baik padahal kamu harus sedar perancangan ALLAH jauh lebih baik dan tak boleh disangah

    Saya akan terus menyarankan cara ini sehingga kebenaran muncul tanpa putus asa.......

    BAGI SAYA CARA TERBAIK MENYELESAIKAN KEMELUT INI IALAH DENGAN MEMBUBARKAN DUN PERAK.

    -------PEMINAT LAKSA PADANG POLO------

  4. Muktamar Menolak Kepimpinan Nik Aziz

    Di antara calon-calon daripada Kelantan yang bertanding dalam Muktamar PAS ke 55 baru-baru ini ialah Husam Musa (untuk jawatan Timbalan Presiden), Nik Mohd Amar (untuk jawatan Naib Presiden), Takiyudin, Anuar Tan, Wan Abd Rahim, Abd Halim Abd Rahman (untuk jawatan AJK Pusat). Keputusannya, semua nama yang disebut tadi telah tewas bagi jawatan-jawatan yang mereka tandingi kecuali Kamarudin Jaafar yang memenangi jawatan AJK Pusat mungkin kerana beliau tidak sangat dilihat mewakili Kelantan kerana beliau adalah mantan Setiausaha Agung PAS yang lebih bersifat nasional.

    Sebelum Muktamar, Tok Guru Nik Aziz sanggup melanggar janji beliau dengan Tuan Guru Presiden apabila secara terbuka telah menyokong Husam dan berkempen untuk beliau bagi memenangi jawatan Timbalan Presiden. Tok Guru pernah menyebut bahawa beliau yakin orang yang bersama-sama dengan beliau di Kelantan selama 20 tahun akan menang dalam muktamar nanti (hanya Husam yang bersama beliau selama 20 tahun). Tok Guru juga secara terbuka menyebut bahawa beliau menyokong golongan Erdogan di Malaysia dan kenyataannya itu disiarkan di muka hadapan akhbar Sinar Harian. Sehinggalah sehari sebelum muktamar, Tok Guru Nik Aziz telah bersetuju menandatangani satu surat pengakuan bahawa beliau akan mengundi Husam keesokan harinya kerana halatuju Husam yang jelas. Kesemuanya itu secara jelas menunjukkan bahawa Husam adalah calon Tok Guru untuk memenangi jawatan Timbalan Presiden.

    Tetapi, impian Tok Guru Nik Aziz untuk melihat anak didiknya menang tidak kesampaian. Husam tewas. Ya, Husam tewas teruk. Perwakilan sudah tidak menghormati pandangan Tok Guru lagi. Perwakilan sudah tidak begitu mempedulikan apa yang Tok Guru nak cakapkan. Perwakilan menolak saranan Tok Guru tentang kewibawaan anak didiknya itu. Untuk menjadikan suasana lebih teruk lagi, perwakilan telah menolak kesemua calon-calon daripada kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh Tok Guru Nik Aziz. Melihat kepada situasi itu, boleh juga kita simpulkan bahawa perwakilan muktamar menolak kepimpinan Tok Guru Nik Aziz.

    Kenapakah begitu sekali penolakan perwakilan muktamar terhadap kepimpinan Tok Guru Nik Aziz. Apakah mesej yang mereka cuba sampaikan kepada Tok Guru Nik Aziz?

    Mungkinkah perwakilan melihat bahawa Tok Guru Nik Aziz sudah tidak relevan lagi dengan halatuju PAS sekarang ini.
    Mungkinkah perwakilan sudah meluat melihat Tok Guru Nik Aziz selalu mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan Tuan Guru Presiden.
    Mungkinkah perwakilan ingin menyedarkan Tok Guru Nik Aziz bahawa beliau hanyalah Mursyidul Am parti yang tidak boleh mengeluarkan arahan sesuka hati kerana beliau bukanlah kuasa eksekutif parti seperti yang dimiliki oleh Tuan Guru Presiden.
    Mungkinkah perwakilan sudah bosan melihat Tok Guru Nik Aziz diguna dan diperkudakan oleh Husam dan Anuar Bakri untuk kepentingan politik peribadi mereka.
    Mungkinkah juga perwakilan lebih suka melihat Tok Guru Nik Aziz berehat daripada dunia politik.


    Elok juga sekiranya dicadangkan kepada Tok Guru Nik Aziz supaya mengambil cuti yang panjang untuk berehat dan bermuhasabah dan juga memikirkan hikmah disebalik penolakan perwakilan muktamar ke atas kepimpinan beliau.
    Mungkin sudah sampai masanya Tok Guru Nik Aziz menumpukan masanya untuk menjaga kesihatan jantungnya. Mungkin juga sudah sampai masa Tok Guru Nik Aziz untuk memberikan lebih masanya kepada keluarga dan anak cucunya.Mungkin juga sudah sampai masanya untuk beliau melepaskan kesemua jawatan dalam parti dan kerajaan untuk memberi laluan kepada mereka yang lebih muda dan berkelayakan.

    Fikirlah wahai Tok Guru yang kami sayangi sebelum secubit sisa-sisa hormat yang ada pada perwakilan sekarang ini hilang dan lenyap begitu sahaja. Fikirlah sebelum terlambat...sebelum nasi menjadi bubur.


    http://muktamarpas.blogspot.com/

    _

  5. Salam...
    Kerajaan Perpaduan... Nak Perpaduan dengan UMNO demi kepentingan orang Melayu....phooraahh.. Sepatutnya buat perpaduan balik sesama pimpinan... jangan ambik Husan dengan Mat Sabu sekadar nak sedap mata memandang ahli-ahli bawahan... apa depa ingat kita tak ada perasaan... kalau mau punya cara memang boleh dipercayai ada unsur-unsur penipuan kira undi pada malam 5/6 yang lalu.....

    Perkembangan terbaru mengenai lantikan-lantikan jawatan PAS sekarang aku rasa lebih teruk dari UMNO lagi... kalau nak baik pun sikit lebih dari MIC.......

  6. Sebenarnya banyak perkara misteri belum terjawab terutama apabila terdapatnya dakwaan wujudnya faksi UMNO dlm kepimpinan PAS dan ini bukannya rahsia lagi apabila ianya dibuktikan dgn pengakuan lisan Ustaz Ahmad Awang (bekas Naib Presiden PAS). Saya rasa tak ada sesiapapun yang berani menolak kenyataan ini. Cuma dalam perkara yang serius seperti ini, apakah tindakan yang telah diambil oleh kepimpinan PAS Pusat? Adakah ingin menyapu sampahkan kebawah karpet sepertimana lazim diamalkan oleh UMNO dan BN dlm menyelesaikan sesuatu masalah dlm BN? Fraksi UMNO dlm PAS bukannya isu kecil atau remeh kerana ianya adalah musuh dlm selimut, gunting dlm lipatan sepertimana kata Ustz Haron Din (Timb. Mursyidul Am PAS). Saya minta Ust Ahmad Awang berani tampil mendedahkan petualang sebenar dalam PAS ini tanpa kompromi atau dolak dalik demi meyelamatkan bahtera PAS yang kita sayangi. Ingatlah kisah seorang anak kapal yang ingin mengambil jalan mudah utk mendapatkan air dgn cara menebuk lubang pada dasar kapal tersebut. Hakikatnya ia akan menenggelamkan kapal tersebut jika anak kapal itu bertindak bodoh bersendirian. Jika kapten kapal tidak bertindak apa akan terjadi kepada kapal tersebut? Tentulah kalau dibiarkan ia terus menebuk lubang, bahtera tersebut akan karam sekaram-karamnya. Mursyidul Am PAS telah menyataan pendiriannya berpegang kpd syura muktamar iaitu memperkasakan PAKATAN RAKYAT (dan bukannya memperkasakan KERAJAAN PERPADUAN). Jgn jadi boneka UMNO. Saya pertegaskan; boneka-boneka UMNO perlu dikenalpasti dan disingkirkan dari kepimpinan PAS. Jika kepimpinan tidak bersedia membetulkan keadaan, maka ahli-ahli PAS mesti bertanggungjawab diatas kemungkaran yg berlaku iaitu melantik atau memilih pemimpin yang tidak beramanah!. Benarlah apa yg disebut dlm hadis-hadis yg masyhur, ingatlah jika kamu melantik org yg bukan ahlinya (yg amanah) maka tunggulah saat kehancurannya!!! Apakah kita menunggu saat itu atau saat kehacuran itu sudah tiba? Nauzubillahi min zaalik! Kepada ALlah hambaMu memohon perlindungan dan keampunan. Moga diberi petunjuk dan hidayah Allah kepadaku dan pemimpinku yg kukasihi. Aku bukanlah ulama atau profesional, aku hanyalah insan biasa yg ingin melihat kalimah Allah berdaulat di atas mukabumi Allah ini. Aku tak ingin melihat tangan-tangan syaitan menghalang perjalanan suci ini. Wallahu a'lam.

  7. Aku..Sokong TGNA.
    Namun jgn lupa umno dan bn telah menunjukkan kepada umum seolah-olah perpecahan yg sangat hebat terjadidalam PAS dan menenggelamkan masalah dalam BN dan masalah ketidakpercayaan rakyat kpd kepimpinan Najib.
    Jerat tidak pernah melupakan mangsa.

  8. a,kum.diharapkan sangat pada mereka2 yang mau kepada kerajaan perpaduan supaya tak payah turun ke manik urai,jangan bagi mereka2 ini pegang mikerofon di sana nanti kena baling dengan telor busuk.Sejarah bila mana pas nak berpadu dengan umno dulu pemimpin dari kelantan juga lah yang menentang nya al marhum yang mulia ustaz amaludin darus,dan hari ini alhamdulillah pemimpin yang sanggup menentang arus ini adalah datuk husam bersama tok guru nik aziz juga dari kelantan.beliau rela tewas di timbalan hanya semata2 mau menyedarkan ahli bahawa ada pemimpin pas seperti mana didedahkan mau berpakat ngan umno,inilah hikmah berlakunya pertandingan di timbalan.dan hari ini rasanya perwakilan makin menyesal.

  9. pas baru...

    haha... nik aziz resign dari PAS... hadi pun kempunan nak dapat kerusi Parlimen...lain le dia jadi ahli UMNO... hua hua hua.... mmg betul..skang PAS perasan habis dia kuat... kuang kuang...

  10. TO ANON : 5.37AM

    INI PULAK DOA DARI KAMI (ORG UMNO) UNTUK PAKATAN RAKYAT @ ANWAR IBRAHIM
    -16TH SEPTEMBER-

    SEANDAINYA PR@ANWAR IBRAHIM BETUL DAN IKHLAS UNTUK KEBAIKAN RAKYAT (TANPA ADA APA-APA YANG TERSEMBUNYI DISEBALIKNYA, SAMADA UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI ATAU INDIVIDU TERTENTU) maka mohon ALLAH MEMBERIKAN KESEJAHTERAAN KEPADA PR @ ANAWAR IBRAHIM.

    SEANDAINYA PR@ANWAR IBRAHIM TIDAK BETUL @ TIDAK IKHLAS DALAM PERJUANGANYA maka mohon kepada ALLAH AGAR DIBERI PETUNJUK OLEH ALLAH AGAR BERTAUBAT.KAMI TIDAK SAMA SKALI MENDOAKAN YANG BURUK SESAMA ISLAM TETAPI BERIKANLAH PETUNJUK KEPADA MEREKA YANG TERSESAT KERANA HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI.

    P/S : PEMINAT LAKSA KEDAH, LAKSA PENANG, LAKSA JOHOR DAN SEMUA LAKSA

  11. Salam, Semoga hari ni berlalu dengan lebih baik dari hari yang sebelumnye..gue makian malas and sebal sebab..enga tau,,apa benar kenyataan TGNA d KB atau ia nye d putar-putar-putar-putar belitkan olih BERNAMA yang d punyaaii MUHYIDDIN YASSIN (UMNO) sebab klo anta semua mau tau BERNAMA telah d swastakan..maka tu dia ad BERNAMA TV.RADIO..perngerusi atau ceo nyekan datuk suhaimi boss silver ridge yang kalah bertanding YAN..gue tak ingat dia bertanding DUN apa..maybe lawan utz azizan..utk fraksi umno..hangpa lihatlah apa yang media umno kata and laga kan Pimpinan PAS and ahli PAS..gue ingat tranganu kite ni pun bengoong..sebab..ada ke cadangan and luahan NP PAS mahfoz and salahuddin pasal pelantikan Bang Mat and Husam d buat kecoh...gue faham sebab apa NP pas buat statement begitu..supaya semua penyokong Bang Mat n Husam tenang and taklah frust sangat d sebabkan kekalah bang mat and husam..biasalah kan,,penyokong ni ada macam-macam..so...gue ambil pendekatan look and see ajelah..gue ingat antara pimpinan PAS tak ada apa-apa pun..cuma kita yang d bawah ni yang lebih sudu..n kita lihat ajelah hasil new pimpinan and kemana dia mau bawa kita..gue dah set dah mau duduk atas pagar lama sikitlah..lagi pun gue duduk luar negara..so..blog Bakaq nilah tempat gue luah perasaan..walaupun blog lain ada juga...tapi..dgn bakaq ni..gue senang bagi comment sebab ..blog nye update and banyak sikit info nye..nak harapkan harakahdaily..semua citer lama..klo yang baru cuma statement cik pa aje..kata ada wartawan seluruh negeri and kawasan..masa ..kenyataan TGNA tak keluar..yang keluar duluan hanya malaysia kini...oklah dah melalut gue ni..

  12. nik abdul aziz nik mat adalah mursyidul am pas, pesuruhjaya dan mb kelantan.abdul hadi awang adalah presiden, ahli parlimen marang dan adun rusila.mereka ini patut bermesyuarat bersama dewan harian dan syura SEKARANG

  13. Pas baru@yahoo.
    kau salah seorang barua UMNO.
    bodoh dan tak reti nak ajar. pemikiran hadi singkat beb. trangganu boleh terlepas, ni kan pulak idea bodoh.

    pikir la bodoh..

  14. mustafa ali dan nasharudiin nie org yg akan hancurkan pas dr dalam....

  15. Pak Baqak,
    Tajuk yang sama juga terpapar besar diakhbar Sinar pagi ini.M.s.N9 mencatatkan "Jika UMNO mahu bincang PAS terima" kata Hadi Awang.

    Belum pernah terbaca dimana-mana dada akhbar pemimpin-pemimpin besar UMNO mau berbincang dengan PAS mengenai Kerajaan Perpaduan terkecuali kenyataan Abdullah Badawi telah bertemu dengan "boneka-boneka UMNO" ni selama 3 kali.Nampaknya idea Hadi Awang ni seperti "hidung tak mancung,pipi(yang dah bekedut tu)tersorong-sorong".

    Belum lagi dapat apa-apa dari UMNO,Presiden PAS sudah dijadikan(menjadi) Peminta Sedekah dari UMNO.Seolah-olah Presiden PAS menagih "pertemuan" dengan pucuk pimpinan UMNO yang baru.Dimana agaknya maruah seorang pemimpin harakah Islamiah dan juga yang bergelar ulamak "berharapkan sesuatu" dari grombolan yang selama ini disebut najis,rasuah dan perosak Islam.

    Ahli-ahli PAS seluruh negara mari sama-sama melihat,merenung dan mentelaah apa yang ditulis olih pasbaru@yahoo.com.(diatas) sebagai satu contoh bagaimana budaya UMNO telah menular malah mula bercambah dalam PAS.Puak inilah yang telah menggunakan pelbagai tektik,sama ada dalam media citak dan internet menggunakan kaedah "character assassination"(memburukkan syahsiah dan peribadi)untuk memenangkan calun pilihan mereka sebelum Muktamar yang lalu.Tanyalah diri sendiri sama ada "kaedah" ini Islamik atau tidak.Konannya mereka ini adalah pendukong ulamak.Kita kurang pasti ulamak Islam yang manakah membenarkan kaedah yang kotor serta jijik ini digunakan.

    Gulungan ini juga(Bloggers dan penulis upahan) menggunakan kaedah "deviation"(alih pandangan) untuk mengkaburkan mata dan otak perwakilan.Mereka membawa dan membesar-besarkan hubungan Dato Sri Annuar dengan beberapa pemimpin PAS dan menyatakan Annuar telah meracuni PAS.Mereka juga menyanggah hubungan antara PAS dengan DAP.Semua ini mengalih tumpuan dan pandangan perwakilan untuk memilih pemimpin-pemimpin PAS yang berwibawa,bersih,istiqomah dalam perjuangan.Tidak ketinggalam mereka juga "mengada-adakan" nama seperti Erdogan dalam PAS walhal perpecahan itu tak ujud.Sungguh kotor,jijik,dan tak beratika kaedah-kaedah yang mereka lakukan sehingga selepas Muktamar pun kerja-kerja kotor ini diteruskan untuk "melindung" dan mengalih-pandangan ahli-ahli PAS akibat dari serangan yang bertubi-tubi dari segenap arah kerana Kerajaan Perpaduan ciptaan Hadi Awang.


    Tumpuan mereka sekarang ialah Mursyidul Am,Tuan Guru Nik Aziz kerana TGNA sahajalah yang tinggal,masih menolak Kerajaan Perpaduan.Percayalah penulisan diatas(jam 7.53am) bukan yang terakhir.Akan datang lagi serangan demi serangan untuk "memperlekehkan" TGNA.Mereka menggunakan jenama "pasbaru" yang bermaksud PAS yang akan bersekongkol dengan UMNO.Itulah yang baru.Hakikatnya tidak ada PAS baru mahu pun PAS lama - PAS tetap PAS selama-lamanya.

  16. ha... jawap haji hadi jgn xjawap... backup ank2 buah anda... nik aziz guna utusan ek? hj hadi blh guna bhairan... jwp jgn xjwp. berita arus perdana sedia memberi komitmen 100%...sapa2 pimpinan pas yg xpuas hati, bleh kontek mana2 berita arus perdana, luahkn isi hati anda di sana, baru popular...

  17. PAS mahu tarik balik perkataan 'haramkan' SIS - MALAYSIAKINI

    aku agak dah...sblm nih pun aku dah bg komen yg pas x berani punye...PAS lebih takutkan DAP daripada memenuhi tuntutan ahlinyer...PAS berani ler sikit...baru kena sergah dek DAP dah kecut...

    Naz

  18. bagi aku, UG hanya boleh dikatakan bila UMNO benar2 pupus atas muka bumi ni... slagi UMNO wujud, mereka akan menggunakan perlabai helah untuk memegang kuasa.. tgk saja apa yang berlaku di perak.. konon terima kekalahan dengan hati terbuka.. kononya terima kehendak rakyat di perak.. rupanya dalam diam mereka dah merancang sesuatu untuk merampas tampuk kerajaan perak dr PR..

    hari ni mamak zambry kata terima keputusan mahkamah, esoknye terus buat rayuan kt mahkamah rayuan... habis semua orang dgunakan... last jadi macam ni la keputusannya...

    yang aku pelik, ada lagi usul2 UG walaupun ditunjukkan depan mereka dlm keadaan macam tu... mana perginya haji hadi yang dulu ketika beliau jadi pemuda PAS! aku sokong nik aziz... aku kecewa ustz ahmad awang mengundurkan diri.. aku kecewa husam / mat sabu kalah... aku kecewa mustafa ali dilantik setiausaha agung PAS..

    apa kriteria yang dirujuk untuk melantik Mustafa Ali sbg setiausaha agung PAS?

  19. Pak bakaq, rasa-rasa aku, ada jugak lepas ni pemimpin Boneka UMNO ni nak ikut jejak Nakhaie Ahmad kot. Tak pa la. Biaq pi la. Asal jangan kacau Pas sudah.

  20. Husam Musa dan Mat Sabu dilantik jadi AJK Pas Pusat TAMBAHAN. Sepatutnya perkataan Tambahan tu tak payah lah disebut pada sidang akhbar masa umum perlantikan tu.Macam pemain simpanan ja bunyinya.

  21. berkemungkinan PAS BARU akan muncul PAS lama akan berkubur itu sebab calon dari kelantan kebanyakannya tewas.PAS lebih sinonim dgn kelantan ,berkemungkinan geng-geng dari puak Erdogan yg mendapat sokongan Tok Guru Nik Aziz akan dicantas atau dipulaukan utk membina PAS BARU YG INGIN MEMBENTUK UG......INI CUMA ANDAIAN SAJA

  22. pasbaru? silakan bersama umno baru. puak-puak kamulah yang menggunakan anak terengganu di peratauan untuk membenamkan penghormatan ahli-ahli pas kepada tuan guru nik aziz. kamu jangan celupar mulut. usahlah memperlekehkan nik aziz. 2011 akan kami humban terengganu. pas terengganulah yang telah masuk perangkap tf2010 yang berketuakan orang terengganu. dengan perlantikan mustafa ali sebagai setiausaha agong, aku dah dapat baca kebejatan terengganu untuk memperlekehkan nik aziz. mustafa inilah yang intim dengan tf2010, dialah kepala "musuh dalam selimut". hari ini dia dilantik sebagai setiausaha agong pas, untuk apa kalau bukan jawatan dalam kerajaan kerpaduan? sebagai setiausaha agong dia mempunyai lebih potensi untuk menjadi menteri berbanding dengan pengarah pilihanraya pas atau pesuruhjaya pas terengganu. fikirlah wahai ahli-ahli pas - dari langkawi ke sabah. jangan seorang pun orang pas terengganu turun ke manek urai. kamu adalah pas baru, tidak layak untuk berada di manek urai. kamu menuduh nik aziz mungkir janji. bagaimana pula hj hadi? muktamarpas.blogspot.com bukankah mengempen bagi pihak hj hadi? siap dengan kabinet hj hadi? kamu dari terengganu bersekongkol dalam muktamarpas.blogspot.com dikepalai oleh setpol hj hadi? berkerja keras untuk kerajaan perpaduan, kamu ingat kami tak tahu? jangan paksa kami londeh pertemuan dalam gelap dengan umno puakpuak kamu...tanyalah mustafa ali, nasharuddin, hj hadi...

  23. Bang Baqaq, Apa kabar? Kalau benarlah kata TG Nik Abdul Aziz macam ni ia adalah sesuatu yang malang dalam PAS. Ini adalah perkataan yang mengikut persaan bukan mengikut al-Quran dan Sunnah. Kenapa TG Nik Abdul Aziz nak berlawan dengan TG Abdul Hadi. Sebagai orang lama dan orang yang dihormati beliau seharusnya menjaga percakapan, tutur kata dan adab sebagai seorang ulama. Beliau tidak patut mengeluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan suasana yang hiruk pikuk dan tidak tenteram. Beliau sepatutnya arif dalam hal ini. Bawalah berbincang dalam majlis syura. Adakah Kerajaan Perpaduan ini bertentangan dengan Islam dan keadaan semasa atau tidak. Tak payahlah gunakan media yang memang nak melaga-lagakan sesama ahli PAS. TOLONGLAH BIJAK DALAM HAL INI TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ. Saya percaya sebenarnya TG Nik Abdul Aziz tidak faham apa itu KERAJAAN PERPADUAN yang dilontarkan oleh TG Abdul Hadi. Kaji dulu. Jangan dengar orang yang sekeliling TG Nik Abdul Aziz yang memang suka mengambil kesepatan untuk kepentingan mereka. PAS INI BUKAN HAK TUAN GURU SEORANG. PAS INI ADALAH HAK AHLI YANG ADA DIDALAMNYA. JANGAN LAH NAK HANCURKAN PERPADUAN DENGAN KENYATAAN TUDUHAN YANG TAK BERASAS. ADAKAH TG ABDUL HADI ITU BONEKA UMNO? INI ADALAH TUDUHAN YANG BERAT. SEBENARNYA KEBELAKANGAN INI BANYAK TINDAKAN TG NIK ABDUL AZIZ YANG ASYIK NAK BERTELAGAH DENGAN PIMPINAN PAS. HENTIKANLAH. BAWALAH HAL INI DALAM MAJLIS SYURA.

  24. Saudara pasbaru aka ejen UMNO. Hang tok sah dok burukkan Tok Guru Nik Aziz. Klu hang buat juga memang hang cukup kurang ajar dalam dunia. Kami tau hang pa sapa. Geng-geng Dr. Shamsuri, KaYu, Roslam SMS, Suwardi dsb. We are watching you!!!!

  25. pada aku hj. hadi and the gang ni baik..mengamalkan sunnah nabi.berbaik2 sesama saudara seagama memang di tuntut islam..bermusuh dengan saudara tidak di terima sbg ummat..
    tapi tuan guru pulak beranggapan amno sbg. musuh..mungkin haram bagi dia untuk berbaik2..orang di luar sana memang tidak faham kenapa tuan guru is so unforgivable..kenapa dia memilih dap yang sah2 anti islam[kadang2 nampak pro but for some political reason] sbg. saudara sepakatlebih drpd amno yang seagama..memang politik alasannya.
    Pas mula dilihat sanggup gadai maruah either way..join ngan DAP sama jugak pakat dengan amno.both ways islam akan bye bye.
    tuan guru lately macam lost his cool..mula setat merapu masa kes elli wong..terang2 elli ni pengamal sex bebas dan dia sokong..kredibiliti mula dipersoalkan. dah tentu kumpulan ulama dan orang luar disana pening tapi maseh diam sbg tanda hormat..tapi sampai bila??.so tok guru please take leave..diam sekejap dan insaflah kita semua manusia biasa..dah tentu ada silap salahnya..

  26. Anon 1:00:00
    Tengok je la jgn x tengok.ni nak tanya kalau mesyuarat tak datang, tak nak berbincang dalam syura dan membelakangkan mesyuarat apa hukum?kalau hadi x maksum nik aziz pun x maksum.tahniah media arus perdana dan rakan2 blogger yg membuka pekung dan nanah dalam pas.inilah hasilnya

  27. Saya selalu pasang keset Tuan Guru Ustaz Nik Aziz dalam kereta dan mendengar kuliah nya yang baik tentang hati dan pembersihan hati. Sungguh menarik dan berkesan.Namun begitu menuduh seseorang sebagai boneka UMNo kerana menyokong satu idea baru adalah tidak patut terkeluar dari orang yang mulia.
    Konsep Unity Government baru di peringkat idea dan semua masih mahu mendengar penjelasan President PAS namun malang sekali Tuan Guru Nik Aziz telah menuduh penyokong Unity Government adalah boneka UMNO. Tuan guru Nik Aziz perlu mengikuti perkembangan politik antarabangsa. Idea Unity Government sudah lama di fikirkan dan sekarang mula di bincang di Palestine, Zibabwe, Indonesia dan Turkey demi untuk mengurangkan kerugian terhadap asset negara dan tenaga rakyat akibat terlalu banyak politicking terutama dalam keadaan ekonomi gawat. Lihat saja di Malaysia , dari pagi ke petang asyik duduk bincang politik dan segala asset negara digunakan untuk menjatuhkan parti pembangkang. Kita mengharap akhlaq menuduh orang lain boneka tanpa bukti ini perlu dihentikan kerana ia tidak baik

  28. masa puak puak umno balah mu suka ni puak puak mu balah umno suka kucar taik habis.

  29. la aku tengok kabinet baru pas nih macam kabinet zaman tun razak jer,lepas nih pakat buat alumnai sesama mereka yang menjadi juak2 umno zaman pas join bn dulu,wakaka wakaka......nak bagi tau anonymous no. 24 tuh,kamu ini anak didik stopa ali ka?Awak sedar ato tidak pembantu2 hadi,stopa ,bakar chik n harun taib ni lah yang punahkan pas trengganu,kerana tak cerdik nya politik hj hadi tidak kenal mana kaca mana permata,pembantu2 tok guru nik aziz berjaya mengekang umno dari hidup di kelantan.awak tau ke pepaduan apa ngn umno tu...kerajaan ayah pin tu ..kurang2 nampak la juga cerek besar kat rumah ayah pin tu..kerajaan perpaduan nih awak lihat sendiri belom jadi lagi dah haru biru habis Pas di buatnya.Ahli2 bawah dah tak panggil tok guru lg kat hj hadi..inilah akibat ikut roslan sms yang dikalahkan dalam pemilihan ydp kaw kelana jaya,suhaimi embong yang kakitangan harakah menandatangani memorandum dan di hantar kpd stopa ali supaya di buang suhaimi yang makan gaji di harakah tapi tak buat kerja,tapi tak ada tindakan di ambil kerana dia adalah antara penyokong kuat stopa ali.

  30. anan Friday, June 12, 2009 12:32:00,

    "Apa kabar? Kalau benarlah kata TG Nik Abdul Aziz macam ni ia adalah sesuatu yang malang dalam PAS. Ini adalah perkataan yang mengikut persaan bukan mengikut al-Quran dan Sunnah. (hj hadi buat kenyataan ikut perasaan tak apa)

    Kenapa TG Nik Abdul Aziz nak berlawan dengan TG Abdul Hadi. (hj hadi boleh berlawan dgn nik aziz)

    Sebagai orang lama dan orang yang dihormati beliau seharusnya menjaga percakapan, tutur kata dan adab sebagai seorang ulama. (hj hadi bukan ulama sebab tu dia boleh buat apa dia suka hatta beralawanan dgn nik aziz)

    Beliau tidak patut mengeluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan suasana yang hiruk pikuk dan tidak tenteram. (hj hadi promosi UG ok, tak keruh suasan, ialah yang menjernihkan suasana

    Beliau sepatutnya arif dalam hal ini. (hj hadi tak payah arif)

    Bawalah berbincang dalam majlis syura. (berjumpa dlm gelam atas kelulusan majlis syura itu tipu, itu tak apa)

    Adakah Kerajaan Perpaduan ini bertentangan dengan Islam dan keadaan semasa atau tidak. (tak bertentangan, cuma yang jelas dan dimarahi rakyat kerana ia percubaan utk menutup segala kejahatan umno/bn)

    Tak payahlah gunakan media yang memang nak melaga-lagakan sesama ahli PAS. (hj hadi guna media boleh, nik aziz tak boleh)

    TOLONGLAH BIJAK DALAM HAL INI TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ. (nik aziz bodoh, hj hadi baguuuuuus)

    Saya percaya sebenarnya TG Nik Abdul Aziz tidak faham apa itu KERAJAAN PERPADUAN yang dilontarkan oleh TG Abdul Hadi. (hj hadi sampai hari ni tak leh jelaskan apa itu KP, dok konar sana konar sini, la ni dah tak relevan pulak)

    Kaji dulu. Jangan dengar orang yang sekeliling TG Nik Abdul Aziz yang memang suka mengambil kesepatan untuk kepentingan mereka. naik aziz tak dengar orang sekeliling dia, cuma hj hadi dan penasihat2 dia tak bagi tahu nik aziz)

    PAS INI BUKAN HAK TUAN GURU SEORANG. (pun bukan milik hj hadi sorang)

    PAS INI ADALAH HAK AHLI YANG ADA DIDALAMNYA. (mari kita buat pemilhan bagi semua ahli mengundi pilih siapa mereka mahu di antara hj hadi dan nik aziz)

    JANGAN LAH NAK HANCURKAN PERPADUAN DENGAN KENYATAAN TUDUHAN YANG TAK BERASAS. (mana hang tahu tak ada asas?, penasihat2 hj hadi bagi tahu kat hang, atau hang ni memang kalangan penasihat hj hadi, cuba nak "menjernihkan" keadaan konon, boleh jalan la)

    ADAKAH TG ABDUL HADI ITU BONEKA UMNO? (yang ni hang kena tanya stopa ali, dia hero "berkehendak dlm gelap ngan umno)

    INI ADALAH TUDUHAN YANG BERAT. (aku ulang, rujuk kat stopa ali, nasha pun arif, hj hadi pun join sekali)

    SEBENARNYA KEBELAKANGAN INI BANYAK TINDAKAN TG NIK ABDUL AZIZ YANG ASYIK NAK BERTELAGAH DENGAN PIMPINAN PAS. (kebelakangan ini itu hang boleh specify tak, bukankah kekeruhan ini boleh dielakkan kalau hj hadi dan penasihat2nya (pas terengganu, nasha join sekaki) berhenti menjaja UG selepas muktama ke 54 dulu? UG ni adalah kesinambungan daripada muzakarah, takkan hang sebagai kalangan penasihat tak reti, tak payah nak spin laaaa)

    HENTIKANLAH. (hj hadi, stopa, nasha, serta juak2 kena berhenti jugaklah, guane gok, panas ke?)

    BAWALAH HAL INI DALAM MAJLIS SYURA." (sebelum majlis syura boleh bincang, dewan harian dulu kena bincang/putuskan// ajk pas pusat dulu kena bincang/putuskan// lajnah politik bincang/putuskan// baru bawa ke majlis syura. ni lah ibu kepada masalah - jumpa dalam gelap tak dak pun mana2 jk bincang'putuskan, alih2 dijaja/dipromosikan pertemuan mendapat kebenaran dari majlis syura, yang ni pun hang tak nampak? udahlah, buang masa je hang ni nak menegak benang basah, nak spin, konon nak jadi orang tengah, tapi, apa yang hang tulis tu menggambarkan siapa hang, tahu tak?)

    nik aziz kena respek hj hadi, hj hadi tak payah respek nik aziz.
    nik aziz kena bincang dgn hj hadi, hj hadi tak payah bincang dgn nik aziz.
    nik aziz tak leh lawan hj hadi, hj hadi boleh lawan nik aziz.
    nik aziz kena ikut al Qur'an, hj hadi tak payah.
    penasihat nik aziz jahat2 belaka, penasihat hj hadi malaikat belaka.

  31. berjayanya UmNgok untuk memecah-belahkan dan mengharu-birukan PAS yang semakin diterima rakyat, muslim & non-muslim. Lihatlah media2 perdana melaga2kan antara satu pihak dgn pihak yg lain. BOneka2 dlm PAS jika ada, anda diminta BERAMBUSS segera. Jangan mengheret parti PAS ke jurang jahanam !!

    Sokong TuanGuru Nik Aziz

  32. OI BAKAQ HAQ SUDAH SUDAH LAH NAK PECAHKAN PAS HANG TU SYIAH

  33. Cilaka hang PAS baru!

    Hang jgn nak hina TGNA, pemimpin kesayangan aku. Hang ingat dia apa! Dialah orgnya yg bersusah payah bawa PAS kembali setelah punah dibawah Dr Asri. Dia jugak yg mempertahankan kelantan sehingga 20 thn pemerintahan. Jgn citer pasal kepimpinan ulama sbb dia yg membawa kepimpinan ulama sehingga mencapai kejayaan. Org muslim dan nonmuslim pandang dan sokong Pas psl Nik Aziz, bkn Hadi Awang. Kalo hang kata Nik Aziz takde pengaruh, saya cabar buat muktamar tergempar tgk ahli dan perwakilan nak sokong siapa yg berpengaruh didalam PAS. Kerja terancang nak terajang org2 kepercayaan Nik Aziz, penyokong PR serta menguatkan pengaruh pimpinan Terengganu ni dah lama. Bkn selepas PRU 12 tapi selepas ketiadaan Ustaz Fadhil Noor lagi. Ustaz Fadhil cukup sayang, hormat dan wala' Nik Aziz tapi pimpinan skrg buat Nik Aziz mcm tunggul dan buat Pas mcm parti diorang yg punya. Perwakilan je tak nampak dan perasan hakikat ni sbb sibuk suruh wala' pemimpin dan ulama' tak tentu pasal. Apa TGNA dan TG Ahmad Awang bkn ulama'. Celakalah kau wahai Pas Baru dan konco2 kamu. Strategi politik haram jadah sampai binasakan parti, pimpinan, ahli, penyokong dan pakatan rakyat. Jgn buat citer dongeng kat sini wahai celaka2 yg munafik! Marah sungguh aku ni.

  34. mungkin kah ini talam 4 muka untuk ajak Hadi dan Nasha join Umno?

    http://www.malaysiakini.com/bm/
    Mufti sokong majlis fatwa siasat SIS
    Jimadie Shah Othman | Jun 12, 09 4:55pm

    Mutfi Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria bersetuju dengan gesaan PAS supaya pertubuhan wanita terkenal Sisters ini Islam (SIS) disiasat berhubung dakwaan menggugat akidah Islam.LAGI
    SIS nampak lain sikit
    Mesti ada kajian

  35. bila jadi mcm ni kat PAS, aku dah tak ada hati nak undi PAS next PR. pada aku PAS pun dah serupa dgn UMNO sekarang. Pemimpin kalu dah gila kuasa mcm ni la jadiknya. By the way, aku dari dulu mmg tak berapa suka si Stapa Ali & Nasha tu

  36. aduhai... celaka..celaka
    Tengok!! disebabkan engkau... telah berapa orang yg merendah-rendahkan TG HADI AWANG, UST NASA dll. degan perkataan yg sanagt celaka.. "BODOH, dl"

    aduhhh... apa korang semua ingat TG HADI & UST NASA tu baru sehari dua ke dalam PAS?? MEREKA LEBIH KENAL UMNO DARIPADA KORANG SEMUA!!! Aku tak kata mereka maksum... semua manusia ada kelemahan. Tapi adakah dengan cara menghina Ulama sebegini... mungkinkah keadaan akan bertambah baik?? Kadang kala orang bawahan "lebih sudu dari kuah"!

    ko tanggunglah DOSA bersubahat dengan semua pemfitnah disini!
    Neraka adalah tempat seorang pemfitnah!!
    (*walaupun bukan engkau yg fitnah secara langsung, tetapi tindakan engkau membiarkan/merelakan pembaca menghina dan memfitnah orang lain.. maka kau adalah terlibat sama)

    Aku mahu tanya... mana ADAB kita kepada seorang pemimpim??? MANA?
    Mana Akhlak Islam yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad??

    Mana pembela2 Islam... ketika TG kita dihina sebegitu teruk oleh ramai orang.. dalam PAS dan Luar.. termasuk Kafir DAP celaka!

    BERHATI-HATI dengan yg memberikan komen-komen dan media... mungkin saja mereka BUKAN ORANG PAS... dan mahu melihat PAS bertelagah sesama sendiri..

    amat mudah utk seseorang mengeluarkan kata2 fitnah... hanya berselindung disebalik ID 'ananynomous'

  37. la stopa jadi setiausaha agung PAS? kehkeh..abih la..Tuan Guru Nik Aziz seorang bijak dalam berpolitik.jadi hormatilah pndangan beliau yg telah berpengalaman memerintah kelantan hampir dua dekad.tentu beliau mempunyai sebab utk menentang kerajaan perpaduan.sekali lagi kami pengundi PAS masih berharap agar presiden pas Tuan Guru Hadi Awang agar menjelaskan apa itu kerajaan perpaduan secara mendalam.HENTIKAN PERTELINGKAHAN INI.tolonglah!!!! kerana tgn ku ini hanya utk memangkah PAS sahaja!(sambil mengalirkan airmata sesalan)

  38. Kepimpinan PAS sejak dulu hingga kini diterajui ulam-profesional...kuat dan gagah hingga mencapai kemenangan pada Mac 2008.
    pas baru@yahoo.com dengan blog muktamarpas.blogspot.com adalah agen musuh/Umno yg sengaja melaga2kan pimpinan dan jemaah PAS sebelum muktamar dan pasca muktamar. kini dia aktif atas isu UG.
    Semua kena waspada dengan si fasiq sekoq nih.....musuh kita @ Umno memasang berbagai umpan utk melemaskan PAS musuh utamanya.
    Dlm cawan Pas tak ada ribut2 pun, media perdana harian + TV3suku + pasbaru@ yahoo ...2X5: musuh yg nyata bagi perjuangan jemaah Islam..

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008