
Kenyataan terbaru Tok Guru Mursyidul Am perlu disorot dari siri-siri peristiwa sejak sebelum Pilihan Raya Umum pada 8 Mac tahun lalu. Jika tidak, mungkin ramai yang gian nak menyifatkan Tok Guru keterlaluan.
Bagi saya, ia perlu disorot sejak dari awal lagi. Kira-kira sebulan atau dua bulan sebelum Malaysiakini 3/12/07 menyiarkan berita bertajuk "PAS-Umno bincang isu Melayu-Islam," seorang menteri (kini tidak lagi menjadi menteri) dan seorang timbalan menteri (selepas itu menjadi menteri sekejap dan kini Ahli Parlimen biasa) mendedahkan secara bisik-bisik tentang pertemuan-pertemuan Ustaz Nasharudin Mat Isa dan seorang lagi pemimpin PAS dengan pemimpin-pemimpin Umno.
Apa yang menarik, versi pertama berita Malaysiakini itu kemudiannya dipinda menjadi versi yang ada kini. Tak berapa lama selepas itu, saya tanya wartawan Malaysiakini yang terlibat iaitu Muda Mohd Noor, "awat hampa pinda berita tu?" Saya tak ingat jawapan dia tetapi yang saya ingat ialah beliau menceritakan tentang hubungannya dengan Nasharudin yang tidak lagi baik seperti sebelumnya selepas berita itu disiarkan.
Laporan Malaysiakini itu kemudiannya diulas oleh Allahyarham Rustam A Sani dalam posting blognya yang bertajuk "Perundingan belakang tabir PAS-Umno?" (sudah tak ada link berkaitan tetapi masih boleh dibaca di sini).
Dengan kemampuan Barisan Alternatif (kini dikenali Pakatan Rakyat) memenangi begitu banyak kerusi dalam pilihan raya 8/3/08 itu, saya fikir tak ada siapa lagi di dalam PAS yang teringin nak berselingkuh politik dengan Umno. Rupa-rupanya tidak.
Dalam mesyuarat pada petang 9/3/08 di pejabat Perhubungan PAS Kelantan, dengan begitu beraninya Haji Mustapha Ali bagai mengarahkan Nasharudin bertemu dengan Umno, Haji Husam Musa bertemu dengan PKR dan Haji Mohamad Sabu bertemu dengan DAP untuk mengadakan perundingan (Saya hairan mengapa tidak ada siapa pun yang mempersoalkan arahan itu. Saya juga tertanya-tanya adakah orang-orang seperti Husam dan Mat Sabu lembab sangat otak mereka nak membaca kilas politik Cik Gu Pa ketika itu?)
Selepas itu, pada petang 11/3/08, berlakulah pertemuan yang kemudiannya diceritakan oleh Haji Khalid Samad dalam posting Siasah bertajuk "Rombongan PAS untuk mendengar tawaran BN, kata Khalid Samad". Banyak peristiwa yang berlaku sebelum mereka pergi yang tak dapat saya ceritakan di sini.
Bagi saya, tindakan menyuruh Husam bertemu PKR dan Mat Sabu bertemu DAP hanyalah camouflage untuk mewajarkan pertemuan petang 11/3/08 itu. Kepada saya, pemimpin politik peringkat tertinggi tak main jumpa gitu-gitu ja. Tak boleh kata "Pak Lah, kami nak jumpak hang!" dan terus boleh jumpa.
Mesti diatur terlebih dahulu pertemuan itu. Kalau sudah boleh atur-atur dan pertemuan pula diadakan secara sulit dan di tempat eksklusif, saya mengandaikan hubungan sudah lama dibuat. Saya mengandaikan, sudah lama sebelum pilihan raya 8/3/08 beberapa pemimpin PAS berselingkuh politik dengan Umno.
Bisik-bisik bekas dua menteri di atas memang benar. Malah, saya bertambah yakin apabila kebetulan bertemu dengan seorang Menteri Besar Umno di restoran satay Kajang.
Meskipun begitu, apabila saya menulis posting bertajuk "Pergi London kerana nak peluk Umno?", saya sudah dapat mengagak yang saya akan dimaki hamun cukup-cukup. Antara yang menghentam saya dalam blognya ialah orang yang nak buang Tok Guru Presiden menjelang muktamar 2007 untuk menaikkan Nasharudin dan kini menjadi penjilat Tok Guru Presiden kelas tertinggi.
Cukup sorotan setakat itu. Yang saya nak jelaskan melaui posting ini ialah: Kalau bakaq pun tahu, hampa ingat Tok Guru Mursyidul Am tak tau semua perkara di atas? (Gambar di atas copy and paste dari Malaysiakini. Ada lagi gambar di sini)
Lampiran:
Sejak awal lagi, lihat penolakan Tok Guru Mursyidul Am.
Bagi saya, ia perlu disorot sejak dari awal lagi. Kira-kira sebulan atau dua bulan sebelum Malaysiakini 3/12/07 menyiarkan berita bertajuk "PAS-Umno bincang isu Melayu-Islam," seorang menteri (kini tidak lagi menjadi menteri) dan seorang timbalan menteri (selepas itu menjadi menteri sekejap dan kini Ahli Parlimen biasa) mendedahkan secara bisik-bisik tentang pertemuan-pertemuan Ustaz Nasharudin Mat Isa dan seorang lagi pemimpin PAS dengan pemimpin-pemimpin Umno.
Apa yang menarik, versi pertama berita Malaysiakini itu kemudiannya dipinda menjadi versi yang ada kini. Tak berapa lama selepas itu, saya tanya wartawan Malaysiakini yang terlibat iaitu Muda Mohd Noor, "awat hampa pinda berita tu?" Saya tak ingat jawapan dia tetapi yang saya ingat ialah beliau menceritakan tentang hubungannya dengan Nasharudin yang tidak lagi baik seperti sebelumnya selepas berita itu disiarkan.
Laporan Malaysiakini itu kemudiannya diulas oleh Allahyarham Rustam A Sani dalam posting blognya yang bertajuk "Perundingan belakang tabir PAS-Umno?" (sudah tak ada link berkaitan tetapi masih boleh dibaca di sini).
Dengan kemampuan Barisan Alternatif (kini dikenali Pakatan Rakyat) memenangi begitu banyak kerusi dalam pilihan raya 8/3/08 itu, saya fikir tak ada siapa lagi di dalam PAS yang teringin nak berselingkuh politik dengan Umno. Rupa-rupanya tidak.
Dalam mesyuarat pada petang 9/3/08 di pejabat Perhubungan PAS Kelantan, dengan begitu beraninya Haji Mustapha Ali bagai mengarahkan Nasharudin bertemu dengan Umno, Haji Husam Musa bertemu dengan PKR dan Haji Mohamad Sabu bertemu dengan DAP untuk mengadakan perundingan (Saya hairan mengapa tidak ada siapa pun yang mempersoalkan arahan itu. Saya juga tertanya-tanya adakah orang-orang seperti Husam dan Mat Sabu lembab sangat otak mereka nak membaca kilas politik Cik Gu Pa ketika itu?)
Selepas itu, pada petang 11/3/08, berlakulah pertemuan yang kemudiannya diceritakan oleh Haji Khalid Samad dalam posting Siasah bertajuk "Rombongan PAS untuk mendengar tawaran BN, kata Khalid Samad". Banyak peristiwa yang berlaku sebelum mereka pergi yang tak dapat saya ceritakan di sini.
Bagi saya, tindakan menyuruh Husam bertemu PKR dan Mat Sabu bertemu DAP hanyalah camouflage untuk mewajarkan pertemuan petang 11/3/08 itu. Kepada saya, pemimpin politik peringkat tertinggi tak main jumpa gitu-gitu ja. Tak boleh kata "Pak Lah, kami nak jumpak hang!" dan terus boleh jumpa.
Mesti diatur terlebih dahulu pertemuan itu. Kalau sudah boleh atur-atur dan pertemuan pula diadakan secara sulit dan di tempat eksklusif, saya mengandaikan hubungan sudah lama dibuat. Saya mengandaikan, sudah lama sebelum pilihan raya 8/3/08 beberapa pemimpin PAS berselingkuh politik dengan Umno.
Bisik-bisik bekas dua menteri di atas memang benar. Malah, saya bertambah yakin apabila kebetulan bertemu dengan seorang Menteri Besar Umno di restoran satay Kajang.
Meskipun begitu, apabila saya menulis posting bertajuk "Pergi London kerana nak peluk Umno?", saya sudah dapat mengagak yang saya akan dimaki hamun cukup-cukup. Antara yang menghentam saya dalam blognya ialah orang yang nak buang Tok Guru Presiden menjelang muktamar 2007 untuk menaikkan Nasharudin dan kini menjadi penjilat Tok Guru Presiden kelas tertinggi.
Cukup sorotan setakat itu. Yang saya nak jelaskan melaui posting ini ialah: Kalau bakaq pun tahu, hampa ingat Tok Guru Mursyidul Am tak tau semua perkara di atas? (Gambar di atas copy and paste dari Malaysiakini. Ada lagi gambar di sini)
Lampiran:
Sejak awal lagi, lihat penolakan Tok Guru Mursyidul Am.
Nik Aziz quashes Pas-Umno reconciliation talksTetapi, keesokan harinya ada pula rencana yang ditulis oleh Zubaidah Abu Bakar seperti berikut:
NST (12/6/08): Pas spiritual leader Datuk Nik Aziz Nik Mat has quashed rumours of reconciliation talks between the party and Umno. In putting his foot down on any such plan, Nik Aziz said he was still bitter over the way Pas was treated by Umno when it was in the Barisan Nasional in the 70's.
Citing the old saying “once bitten, twice shy”, he said he had not sanctioned any attempts to negotiate with Umno.
"If there are any negotiations going on, I don't know about them and anyway, I will not agree to them. If it is between individuals then it is a different matter but not at party-to-party level," he said at a Press conference at his home in Kampung Pulau Melaka here.
Meanwhile, Nik Aziz in voicing support for the Federal Government's move to pay civil servants twice a month, said it would take some time for the state government to follow suit.
"I support the idea and I have asked the state government several years ago to look into the idea of paying weekly wages to our staff but I was told that it would be difficult to implement it.
"I prefer paying weekly wages but the state government officials said that it would cause more work and additional staff would have to be taken in.
"Now if the Federal Government is doing it, I don't see why Kelantan should not do it. I am all for it," he said.
Nik Aziz criticised the Federal Government for raising the price of fuel.
"The Barisan Nasional Government made a very unwise move in raising the fuel price when we should utilise natural gas which is much cheaper.
Pas will not 'sleep with the enemy' again
Secret meetings and overtures are purportedly taking place between Pas and Umno for the common ground of Malay unity. But some old wounds are still festering, writes Zubaidah Abu Bakar.
NST(13/6/08): Just 100 days ago, the most respected ulama in Parti Islam SeMalaysia (Pas) said the Islamist party would not rejoin Barisan Nasional.
The assurance by Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, the party's 77-year-old spiritual adviser, was made during a press conference at Pas' headquarters in Kota Baru on March 8, soon after it was confirmed that Pas had been returned to power in the state it had held for 18 years.
Nik Aziz, who is Kelantan menteri besar, said Umno had "played out" Pas during the party's BN era, and Pas would not fall into the same trap again. To Nik Aziz and many other Pas leaders, it is a simple case of once bitten, twice shy. Pas learned a bitter lesson when it collaborated with Barisan Nasional and Umno from 1970 to 1978.
It was painful for Pas to see its members split into groups after it left BN; while the faithful stayed on to rebuild the party, some joined Umno and splinter parties like Berjasa and Hamim. A small fraction chose to become inactive in Pas.
The problems began when the then prime minister Tun Abdul Razak Hussein picked Datuk Mohamed Nasir over another Pas candidate to be Kelantan menteri besar after the 1974 general election. This led to a vote of no-confidence in the state assembly against Nasir, triggering protests in his defence and leading to the imposition of emergency rule in Kelantan.
Pas' recalcitrance led to its expulsion from BN, ending its brief collaboration with Umno. The party lost the state election in 1978 and was only able to wrest it back 12 years later. It has remained in power since.
But there is now fresh talk that Pas might seek to renew old ties with Umno and rejoin BN. Is this possible?
Collaboration, perhaps; rejoining BN, no, say leaders of Pas' central committee. Party president Datuk Seri Abdul Hadi Awang and several senior leaders had given this assurance to its Pakatan Rakyat allies during their regular meetings.
Pas' political bureau, which Hadi heads, decided there will be no official meeting with Umno. Those supporting the idea were also criticised when the issue was hotly debated at the past three central committee meetings.
It is no secret that Pas and Umno leaders are in discussion, but this is said to be purely in the context of Malay unity and the much talked-about "Ketuanan Melayu".
But the latest rumour, purportedly that of an unofficial meeting allegedly taking place overseas between Pas deputy president Nasharuddin Mat Isa and Datuk Seri Najib Razak, his Umno counterpart, is raising eyebrows.
Nasharuddin, said to be among the senior Pas leaders keen on a collaboration, denied in an SMS about knowing anything about the meeting, saying he preferred to steer clear of rumours. He is currently attending a Commonwealth Parliamentary Association seminar in Brussels, while Najib was in London for the Commonwealth conference on reform of international financial institutions.
Pas information chief Mahfuz Omar has been directed to clear the matter, saying the central committee was concerned over such rumours as they could send the wrong message to party members and supporters, especially the party's Pakatan Rakyat allies.
"No official negotiations have taken place," he says. "Reports in weblogs and SMSes are a political 'psy-war' to split Pakatan."
But Parti Keadilan Rakyat strategic head Saifuddin Nasution Ismail has this to say: "We are aware of the goings-on between the two parties and are keeping tabs."
"Discussions" and "negotiations" convey two different meanings, observes Pas central committee member Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.
"Pas is open to discussions with Umno and other political parties and NGOs," he says, reiterating a stand taken by the Majlis Syura Ulama or consultative council, Pas' highest decision-making body, at a meeting in late April.
The council, headed by Nik Aziz, discussed the issue of collaborating with Umno after intermediaries of Umno approached Pas leaders for possible "talks on the position of the Malays" following the 2008 general election.
But its political bureau, headed by Hadi, decided there should not be any formal meetings with Umno.
"Negotiating to come back into BN's fold is another matter altogether, and not on the agenda," says Syed Azman, Batu Burok assemblyman. "Our future is with Pakatan."
Events since the general election have caused leaders on both sides of the divide to show interest in issues raised by Malay non-governmental organisations over Malay unity and "Ketuanan Melayu", a term referring to Malay "sovereignty" and not "dominance" or "supremacy", as popularly defined.
Perceptions that non-Malays have grown more demanding since the general election have caused uneasiness among the Malays, especially grassroots members of Umno and Pas. Hence, the calls for the two parties to unite and protect the Malays and Islam.
Universiti Malaya Associate Professor Dr Mohamed Agus Yusoff says discussions between Pas and Umno should be encouraged so that they can be effective as political parties representing Malays.
"It is unlikely that Pas is going to rejoin BN at this point," Agus says, "but there should not be hindrance for the two to collaborate on common issues."
For instance, Pas and Umno shared a common stage in 2002 to address the issue of Palestine at a forum organised by the Malaysian Muslim Youth Movement, where the leaders then -- the late Datuk Fadzil Mohd Noor and Tun Dr Mahathir Mohamad -- spoke of their aspirations for Malays and Muslims.
Pas, at present, is unlikely to be part of one big Umno. On the contrary, Pas leaders, including Nik Aziz and Hadi, have repeatedly invited Umno to join Pas. While Pas veterans seem open to some form of collaboration with Umno, younger leaders are hesitant. Vice-president Husam Musa has warned against falling into Umno's trap, contending that Umno would talk about Malay unity only when its political power was threatened.
An equally significant question now is how PKR and DAP would respond to Pas deciding to collaborate with Umno. Pas is seen as the power-broker in this current political scenario.
In politics, all things are possible.












Cantik? Klik 






Yang untung cina...
Pemimpin PAS mudah lupa? Agaknya YA...Kesian Tuan Gunru Nik Abdul Aziz Nik Mat...hmmm..PRU13, nak pangkah ape ye???
_eda
xpe2... kalau pemuda nak boikot terutama dr terengganu biarlah.
kami x lapaq nak dengar ceramah dr UG punya....baik makan budu lagi!
molek la nak boikot kami rakyat kelantan ramai ag wahai sek2 UG itu...
kami nak pi manek urai nak tengok MP Bachok lembaga hantu UG tuh....
taulah beliau nnti apo yng akan terjadi...
kami rakyat kelantan tahu siapa dia UMNO. kami akan sentiasa bersama Tok Guru.
Jadi benarlah bunyi kuat yang kedengaran semalam, adalah bunyi gendang yang dah lama dipalu tapi baru meletup bunyinya.
Yelah,..jd le puak yg suka brpuak2 negeri dari Melayu,..bro Bakaq ni skang nampak cam dh jd pengikut PKR & UMNO gak,..taksub kat Pas sampai Nik Aziz dh celaru biru pun nak defend,..heheh,..apo nak dikato,..dunia dh nak akhir zaman,..yg c elik dan di hormati leh jd buta dan lupa diri dek politik taksub pada parti,.. tst..tst..tst,..sedih,..sedih,..apo nak dikato,..heheh,..(,")
Selamat jalan Romeo dan kekasih gelapnya.
pas & umno duk gaduh, yg untung dan kaya dulu-kini-selamanya cina gak,depa duk tepuk tangan pasal dpt jatuhkan melayu,x kira la pas atau umno,pkr tu dah kira celup,depa x heran,unity x semestinya masuk bn,cuma akan ade wakil dlm menteri kabinet,so boleh pantau kesalahan org2 bn,xla semua sapu bwh kapet,mcm kat negara barat tu la,kan ke dap yg cakap kat barat tu betul demokrasi,x ikut warna kulit,napa sekarang dia tumpang melatah bila melayu nak unity
Nasyarudin tu tengok muka aje dah tahu ada yg tak kena dgn beliau ni...cuba perhati betul-betul...
kekadang kita perlu lihat kenapa PAS tidak ada didalam BN pada awal dahulu. Cuba lihat babnya. Bukan PAS ditendang keluar tetapi .... tidak diperkenankan waktu itu dan cuba lihat peranan dato Onn dalam hal penubuhan PAS.
SHUHADA MEMALI MASIH DALAM INGATAN KAMI PEMUDA!!!
KALO NAS HAD MUS LUPA!!!
KORANG PATOT JALAN DULU LAH!!!
KAMI TETAP DENGAN PEJUANGAN ISLAM!!!
U.IBRAHIM LIBYA x pandang dgn duniawi!!!
DIA SAYANG DGN NAMA ISLAMNYA!!!
ISLAM IS MY LIVE!!!
AL-FATEHAH UTK ROH2 SHUHADA MEMALI DAN SEKALIAN ROH2 SHUHADA D DUNIA!!
LABAIKAYA HIZBULLAH!!!!
saya tak fahamler apesei anon 11.30 am cakap yang untung cina, tak nampakpun orang berniaga dalam cerita tu?
Di ingatkan kepada semua penyokong2 PAS supaya terus berjuang menentang kezaliman. Sudah lebih 50 tahun kita berjuang menentang puak2 yang tamak, tidak jujur dan menindas rakyat dengan sesuka hatinya. Selama ini mereka cuma pentingkan diri dan kaum keluarga nya sahaja.
Berkat sabar dan gigih berjuang, musuh kita sudah semakin lemah dan hampir menyerah kalah. Kita kena terus berjuang hingga keakhir hayat sehingga mencapai kemenangan.
Perjuangan kita sudah hampir mencapai matlamatnya. - hancurkan UMNO.
hoi...bandut-bandut umno bila lagi nak berambus,..kalau keluar bawa sekali kepala sarkes tu sekali..bye.bye
'Kelantan owed RM1b royalty'
Thursday, 18 June 2009 10:45
(NST) KOTA BARU: The Federal Government owes Kelantan RM1 billion in petroleum royalty from the exploration of oil and gas in state waters since 2004, claimed state executive councillor Datuk Husam Musa.
Husam, who is the chairman of the state Economic Planning, Finance and Welfare Committee, said based on data released by the Statistics Department, Kelantan had been listed as a petroleum producer together with Sabah, Sarawak and Terengganu since 2004.
"The menteri besar will be writing officially to the prime minister to ask the Federal Government to pay the royalty and the sum backdated since 2004 is RM1 billion," he said after the state exco meeting here yesterday.
Asked why the state government was only asking for it now, Husam said they had only received the information at a meeting at the Prime Minister's Department in March when the details were distributed to its officers.
Husam said petroleum production in the state was about RM2.615 billion in 2006 and rose to RM2.7 billion last year.
He said the information could be obtained in bulletins produced by the department, including the bulletin for states and districts for 2004, 2005, 2006, 2007 dan 2009.
"I am confident that with the 1Malaysia concept propagated by the prime minister, there will not be a problem for the Federal Government to pay royalty to the state."
http://mt.m2day.org/2008/content/view/23339/84/
ni lah salah satu dari cara umno "kerjakan" kerajaan negeri kelantan hanya kerana tak "sebulu" politik. umno memilih bertindak demikian kerana majoriti
rakyat kelantan bukan melayu, termasuk stopa mohd, nuar musa, awang adek. yang dok syok nak "rapat" ngan umno tu sape pulak eh?
untung cina juboq hampa..yg untung nu kroni melayu julang keris !!!
astaga pak bakar..rupa2nya dah setahun TGNA menahan sabar dgn kerenah budak2 UG nin..padan lah semalam dia hambur sekali!
Memang patut pun depa tu kena sembur, takut virus H1N1M1 akan terus merebak dalam pas!
Tokden
Ya Allah percepatkan lah pembentukan kerajaan perpaduan antara pas-umno, supaya aku kenal siapa kah sebenar nya mereka2 yg kemaruk jawatan menteri..Aminnnn
dlm isu ni sy rasa harus n patut kiranya kita beradap n berlapang dada skit...tak cepat melatah...
skg ni masih lg yg memberi kkomen hebat2 dari para blogger dan pencacai2 yg di luar...nasha mungkin ada silapnya yg tidak nampak kearah kedepan tp hakikat sebenar kita tunggu n lihat pe TGHH akn perjelaskan dan lakukan tindakan.
mustahil bg sy seorag tok guru begitu kurang cerdik nak begabung ngn umno..
mgkkin ada yg belum terserlah kebenaran disebalik bnyak sgt3 pentafsiran...
p/s: sekiranya dtg khabar kpd kamu dr org fasik maka selidikilah ia dulu....
dok tunggu nie. Nasha mat isa dah jawab ke belum..?
nak dengar apa jawapannya. berani tak lepaskan jawatan?
atau sayang nak lepaskan jawatan??
dok cari2 tak jumpa lagi..takkan pi luarnegara jugak kot ?!!
Penarik beca,
Tok Guru Mursyidul Am telah berkata bahawa "kerajaan perpaduan" bukan agenda parti PAS tetapi agenda boneka UMNO (Mustafa/Nasharuddin/Hadi).
Kita semua sudah lihat percanggahan pendapat diantara pemimpin tertinggi parti yang memberi isyarat bahawa dalam parti PAS ada boneka UMNO. Oleh kerana itu semua ahli PAS perlu buat pendirian tegas bahawa kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh presiden dan timbalan presiden hanyalah untuk memecah belahkan perpaduan dalam parti PAS.
Cadangan itu tidak perlu disokong malah mereka yang telah dicop sebagai boneka UMNO itu patut dipulaukan dari jemaah kerana meraka telah mengkhianat pada ahli dan juga pada Pakatan Rakyat.
Jangan dengar lagi cadangan mereka itu !!
Tidak dibincang terlebih dahulu, juga tidak diberi penjelasan kpd pemimpin2 lain baik dalm PAS atu Pakatan..tiba-tiba..Hj Hadi beriya2 lontarkan idea "kerajaan Perpaduan !!" Walaupun kita tahu TGHH seorang ulamak, tapi..BIJAKKAH tindakan sedemikian ? Tak bijak berpolitik, tak pandai berstrategi ! Maaf cakap Tuan Guru yang saya hormati. Unwise move . I would like to ask all PAS members, as to whether it was wise or NOT ? I believe 95 percent of PAS members reject it (the wrong idea, outcasted at the wrong time). What strategy was it? What think tank was it ? Skarang lihat apa dah jadi ??` Nasaruddin dah kena akibatnya. Akibat yang lebih besar ialah grassroot members get perplexed, get confused.. samapi ada ura2 nak keluar parti, tak nak kempen atau digalakkan tak dtg kempen d manek urai !
Isu ini BOLEH settle. Nasa dan TGHH perlu pi jumpa TGNA segera. Bapa tak marah anak selama2nya. Skjap lagi.. mcm "bapak" len gak..sejuklah dia. So.. Pls TGHH Nasaruddin dan Dato Mustafa Ali g minum2 dan sembang2 di KB dgan TGNA. Katlah "sorry atas tersalah cakap/ ulas sehingga timbul banyak kekeliruan di seluruh negara. I'm sure TGNA akan lembut mcm biasa smula. Mana orang tua tu tak marah melenting. BUKANKAH SEBELUM NI DIA DAH KATA TAK PERLU UNITY GOVERNMENT TU ??
No need for TGHH ulas bahwa menutup pintu tak selari dgn Islam (smua orang tau dah Islam suruh berbincang DGN SESAPA PUN)> Tp masalahnya kita yang gata nk ketuk pintu rumah orang yang kita tahu, seantaro duni jugak tau bergelumang dgn sgala macam kemungkaran.. seolah2 kita nk masuk kandang mreka!
pasal apa pulak orang cina tak boleh untung? malaysia ni rakyatnya melayu je ke!!1?
Salam Che' Bakar,
Alangkah bertuahnya menjadi ahli PAS. Mursyidul Am dan Timbalan Presiden bebas untuk berbeza-beza pendapat dan menggerpak satu sama lain.
Alhamdulillah.
Dalam Umno mana ada! Taik Presiden pun dia orang makan kongsi dulang.
Bulan Penuh 2012
DENGAQ KATA TUAN GURU SELAMAT...
Terima kasih Pak Bakaq kerana berani..teruskan perjuangan ini..saya ikrar taat setia tak berbelah bahagi kepada TGNA..
Sape-sape pun marah kalau berjuang untuk agenda tersendiri lebih-lebih lagi kalau menjadi barua kepada musuh tanpa menghirau kesan terhadap parti dan kesatuan.
Benda-benda begini sudah tentu menghiris hati TGNA yang berjuang dalam parti semenjak tahun 60an lagi dan pendokong PAS yang ikhlas dan setia kepada perjuangan.
Jangan la mudah lupa sejarah PAS. Sapa sangat la Nasa tu walaupun menang Timbalan dalam suasana manipulasi? Masuk saje UMNO habis cerita. Jangan menyusahkan parti.
Nasa n geng bukan saje buat sampah dalam PAS tapi dah berak merata-rata..
Sokong TGNA 100% sebelum wabak virus H1N1M1 ni terus menjahanamkan PAS!
semakin ramai yang dapat tawaran lumayan untuk jadi calon bebas
kesian jugak orang yang kuat ugama ni tapi cakap melalut.....Dah nyanyuk kot......cian dia dah tak lama dah.....
Lain macam orang tua nih... Apa benda selama ni dia duk ajar bab bab Islam?
HERAN
ha'ah matkentum aku pun tak paham gak pasal anon tu cakap yang untung cina, takkan dia tak tau yang cina mula mengecapi erti untung sewaktu pemimpin umno tergesa-gesa mau merdeka dengan menerima syarat daripada penjajah inggeris supaya kerakyatan india & cina diterima secara 'jus soli' aku masih ingat lagi cikgu pa pun ada buat ceramah tentang 'jus soli' ni, dah macam tu nak ungkit apa lagi wahai umno !!! cina untung dan kaya kerana mereka cerdik dan kuat berusaha ... kita melayu masih khayal dengan ketuanan melayu (kepala hotak hang - melayu kena tipu hidup-hidup oleh umno).
ABU - Asal Bukan Umno.
Baru ku sedar, rupanya ramai juga dalam PAS ini penyokongnya totok-totok belaka. Bila kemenangan Allah berikan, semuanya dah mula perasan gah..Terasa hebat sehingga membodohkan diri.. Tak ubah dengan Umno ketika hebat seketika dahulu.
Tak sabar aku pilihanraya nanti....
bilakah lagi, kita semua satu hati?
bilakah lagi, keamanankan dikecapi?
bilakah lagi, islamkan dijulang tinggi?
bangunlah wahai ummat kita satu hati!
bilakah lagi, kita semua satu hati?
bilakah lagi, keamanankan dikecapi?
bilakah lagi, islamkan dijulang tinggi?
bangunlah wahai ummat kita satu hati!
marilah, bersama bersatu berjihat menentang kezaliman,
oh insan sedarlah pembalasan tuhan pasti datang
marilah, bersama bersatu berjihat menentang kezaliman,
oh insan sedarlah pembalasan tuhan pasti datang
jangan takut!
jangan takut!
berjuanglah untuk keamanan!
berjuanglah untuk islam,
tidak buat melayu, arab, cina , india, sikh, inggeris belanda,
cintailah ALLAH, RASUL, IBUBAPA,
sanak keluarga,
kemudian sesama muslim,
kemudian lagi melayu, arab, cina, india, sikh, inggeris belanda,
bukankah itu tidap apa-apa!
say no to UG
ahlul pas
masih belum terlewat lagi utk nasa meminta maaf...pintu kemaafan belum tertutup lagi , cuma beliau 3 sekawan harus sedar ,berpatah balik,tutup buku,batalkan niat,minta ampun dan maaf pada tok guru dan seluruh ahli pas( buat kenyataan terbuka...3 org tu sekali)..insya allah nasa 3 sekawan dapat di terima semula..
Tunggu apa lagi NASA blah !! blah !! lah !! Baru senang tak yah main dalam gelap lagi '''Boleh main pada bila-bila masa sahaja ..
Kalau nak duduk dalam parti lagi dan bertaubat lah ,jdn cuba berbohong lagi ...,,,,mohon ampun dan maaf dari ahli PAS dan Pakatan Rakyat ..TAPI TURUN JADI AHLI BIASA JER !!!
yang mampos umno..
drp pemuda kuih lapis
jgn gadoh2 wahai ahli pas....bagi umno, tak bincang pasal kerajaan perpaduan pon takpe asalkan ahli pas gadoh sesama sendiri...
Kalau ikut hati nak aja aku peletok satu-satu leher yanag konon cakap UG ni untuk nak menyatukan Melayu.
Sefaham aku, UG ni maksudnya kerajaan tanpa pembangkang di mana semua parti membentuk kerajaan. Dah kalau namanya semua parti termasuklah DAP, MCA, MIC, parti Nalakaruppan sekali...Jadi mana perpaduan Melayu nya??? Benak betulla korang.
Kalau nak berkawan dengan UMNO demi konon nak bentuk superiority Melayu memanglah nampak cantik. Tapi hello kawan...bangun le dari tidur tu. Ini politik...Apa selama ni UMNO pernah pikir ke pasal Melayu melainkan untuk puak-puak dia je.
Sebenarnya cerita muzakarah kemudian mutate jadi 'kerajaan perpaduan' ni agenda puak-puak menggelabah je. Menggelabah sebab tak dapat kuasa ( err jawatan menteri ). Jadi nak cari jalan mudah berbaik-baik la dgn UMNO yang selama dok tenyeh PAS kiri kanan depan belakang. Menggelabah konon tanak PAS jadi boneka Anwar & DAP. Benak betul...apa ingat pilihanraya kat Malaysia ni 100 tahun sekali ka. 5 tahun tu bukan lama la weih..silap2 kurang 5 tahun dah PRU13. Patutnya pikir macamana nak perkasakan PAS supaya boleh diterima semua bangsa. Nanti masa PRU13 jadilah parti paling banyak kerusi dan paling dominan dalam PR. Time tu barulah urus ikut kepala PAS. Tak timbul dah soal boneka Anwar/DAP etc.
Kalau ginilah perangai PAS...ingat2lah...PRU13 nanti yang mengundi bukan orang-orang kat muktamar aritu aje....
Ini macam gaduh suami isterilah, kesannya paling-paling umpama ribut dalam cawan kopi. Sekejap sahaja, besok lusa apabila sudah bertenang akan elok semula.
Bawa bertenang....
idea kerajaan perpaduan ni memang baik..
tapi masalahnya kalau perpaduan dengan amno tu kerja gila namanya.
Katalah kerajaan perpaduan ni dibentuk, adakah amno akan berhenti merasuah, menyeleweng dan menyalahguna kuasa? adakah amno setuju untuk bersihkan kehakiman dan polis? nak ke amno siasat musa hasan, gani patail dan berbakul-bakul lagi kes rasuah pemimpin amno termasuk la najib tu sekali. Nak ke amno buat semua tu dalam kerajaan perpaduan ni? Masalahnya bukan dengan idea kerajaan perpaduan ni tapi kalau kerajaan perpaduan ni dengan parasit dan perosak macam amno lebih baik lupakan jela sebab amno memang takkan berubah.
sendiri mau fikir la apa sebab tok guru boleh marah mcm tu sekali. dia mmg dah tua tapi HE IS NOT STUPID!
Dingatkan kepada ahli PAS akan bahayanya Syiah terutama dalam menanguk di air keruh.
Bakaq hang karang berkajang berjela untuk mempertahankan dan 1001 alasan pun tak guna sebab marah ni kerja syaitan.
Kalau Nik Aziz pun dibawah pengaruh syaitan - apalagi ahli2 PAS lain.
Bye bye nasha, hadi , pa ali, hasan ali, haron taib, din tantawi.....biar lah kami reput dalam pas bersama tok guru nik aziz
Mereka yg terlibat dgn cadangan UG patut segera minta maaf dgn TGHA dan lupakan hasrat tu.. dan kalau berjawatan dalam parti tolong lepaskan jawantan tersebut dgn segera krn sekarang ni boleh lah TGHA tegur tapi bila beliua dah tak dak takut mereka yg berjawatan ni sambung balik hasrat depa.....
aku nak tambah sikit senarai yg Anon 44 bagi. jangan lupa harun din tu sekali kasi kick out
keluangman ni terlepas dari gua mana lak ni eh, reti sangat ke ngko tentang pengaruh syaitan?
salam,
sahabat2 semua. UMNO-BN tengah bergembira sekarang sepetimana ckp TGNA semalam. mereka gembira kerana kita sudah masuk perangkap. YUP, kita mengejar perpaduan dengan UMNO-BN tetapi kita sebenarnya sedang menghancurkan PAS-PAS, PAS-PKR, PAS-DAP. besar sangatkah keuntungan membentuk kerajaan perpaduan sehingga kita bertelingkah sesama sendiri? jangan sampai yang dikejar tak dapat yang dikendong berkeciciran...
Nampaknya public salah faham (especially those factions yang sokong UG) rasa TGNA anti perpaduan Melayu-Islam. Tapi kamu kena paham, ini bukan perpaduan IKHLAS. Ini hanyalah mainan wayang politik UMNO tatkala maut menunggu di hujung nyawa. Sapa tak sayangkan PAS yang telah selama ini cuba diperkasakan, sekarang orang yang tak buat kerja dan tak "perform" (paham2 lah 3 orang tu) dalam parti tup-tup nak langkah saja amanah orang yang benci kepada UMNO, nak pulak masuk UMNO semata-mata atas nama "perpaduan Melayu". Baiklah perpaduan itu diterajui PAS seperti yang ada sekarang, sekurang-kurangnya tidaklah rasuah teruk macam UMNO.
Siapa yang tak sakit hati ditendang dulu, dimungkiri janji dulu, dikhianati dulu oleh UMNO? Sekali kena dah tau...tak kan la nak kena dua kali baru serik? C'mon la, cerdik la sikit, TGNA tak sayang pangkat harta, sayang Islam lagi.
sikit-sikit cina untung, melayu rugi. move on lah...nama je muslim tapi racist scum. cakap islam untung semua. kalau ada attitude camni, join umno je la
Anon 11.30am dan Anon 12.33pm (munkin yang sama),
Tak usahlah nak merapu cakap pasal kaum Cina disini.Siapa yang memerintah kerajaan pusat sejak tahun 1957? PASke,DAPke atau PKRke? Parti kamulah yang jadi"kepala" barisan penyangak tu.Kamu nak PAS tolong UMNO yang sedang lemas dan hampir tenggelam tu atas alasan perpaduan Melayu? Bolih belahlah!Nyawa dah nak sampai kekhalkom,baru ingat bangsa dan agama dan sekarang nak salahkan orang lain pula sebab tak mahu bersama.Bila kuat dan gaggah tak beringat,bila dah nak padam baru insaf dan sadar.
Kepada pihak-pihak yang masih wala" pada boneka-boneka UMNO ni,memang tak bolih salahkan mereka kerana kerana mereka wala" membabi-buta.Allah SWT beri otak dan akal,tak mau gunakan. Sepatutnya buatlah sikit kajian,layar-layarlah internet(tak semestinya mereka betul) tetapi sekurang-kurangnya ada pandangan kedua,ketiga dan seterusnya.Dengarlah hujah kedua belah pihak dan sebaik-baiknya banyak membaca - baru buat keputusan,baru tahu yang mana intan yang mana kaca.Kalau sekadar baca HARAKAH,Siasah dan dengar ceramah saja,inilah yang berlaku sekarang.Berwala" kepada satu-satu kumpulan atau seorang,mengenepikan hujah-hujah dan pandangan-pandangan pihak lain(walau pun dalam satu jemaah)- bererti menyekat informasi dan butiran yang berguna untuk membolihkan kita membuat keputusan yang adil,betul dan cermat.
TGNA memang tahu punca,sebab dan matlamat boneka-boneka UMNO ini maka itulah sebabnya beliau begitu marah.Selama berada dalam harakah PAS ini belum pernah TGNA mengeluarkan "kemarahan" yang sebegini.Kemarahan seorang ulamak dan pemiumpin seperti TGNA adalah kemarahan yang berasas,teliti dan punya pandangan jauh.Pandangan ana ini bukan nak mengampu TGNA tanpa sebab tetapi berdasarkan bacaan suasana perkembangan isu ini dari peringkat muzakarah,mukabalah,Kerajaan Perpaduan,penglibatan TF 2010,komen dari pelbagai blog tentang "berjumpa dalam gelap" dan banyak lagi.Diambil kira semua ini,memang wajar TGNA marah untuk menyelamatkan PAS yang kita sama-sama cintai ini.
Kalau UG ini dibincangkan didalam muktamar dan dipersetujui oleh semua ahli pas pasti TGNA setuju .tapi masalahnya buat cdgn sndri lulus sendiri memanglah TGNA marah.tukar nama parti je:: Parti TGHH
salam pak bakaq,
ingat saya lagi ke? dulu sy penah pastekan apa yg SUKJ tulis..
"PAS akan gabung dgn UMNO taklama lagi.."
sekarang telahan dan kegusaran sy makin tebal..
apa yg buleh kita buat lepas nie berdoa banyak2 moga ujian ni akan jadi satu iktibar buat PAS...
apasal lah berebut org nak suruh mintak maaf kat TGNA..maksum ke dia...ada keramat ke....wali ke..cakap melalut ada lah.. lagi tua lagi sensitif...
anonymous june 18 11.53pm,
tak dengar ke TGNA dah kata kat nasha tu dalam video kat atas...takde moral, dok menenggek dalam PAS. aku tambah sikit lagi...dah la tak perform, bertanding kat negeri sendiri pun belum tentu menang, nasib baik orang kelantan pangkah PAS, kalau tidak atas tiket PAS jangan harap dia nak menang kat kelantan. esok2 PRU13 baik dia tak payah jejak kaki di kelantan lagi la...orang kelantan halau dia sampai golok karang. orang kelantan tak bagi muka pada orang takde moral macam ni, orang yang suke dok tenggek dan tak perform. nampak gaya dah mula berjinak pakai suit...bagus ler nasha...belajar2 la...sebab nanti UMNO banyak function formal, hang dah jadi ahli UMNO karang boleh la pakai suit banyak2. takyah kena serban lagi, hang tak suit pakai serban dah. janggal nampak.
salam...
Allah maha kaya..
Allah maha bijak sana...
TGHH dan TGNA juga DSAI adalah satu gabungan yg amat mantab....
dengan kebijaksanaan yg allah anugerahkn pada TGHH/TGNA/DSAI, kini terserlahlah siapa yg selama ini menjadi duri dlm daging atau musuh dalam selimut....
musang berbulu ayam yg ada dlm pas,kini terkunci mulut mereka krn kebijaksanaan pimpinan memasang perangkap demi mencapai kemenangan pd PR13 nnt.
PRU13 jangan pangkah atas kertas den raso lobih baik pangkah terus pado muko Nasa-Tapa and the geng penipu biar nampak macam cerito orang minyak atau zoro baru true bro.
PAS perlu kalah di Manik Urai utk membuatkan pemimpin mereka sedar apa yang berlaku sekarang adalah perkara yang bodoh............
assalamualaikum buat muslimin,muslimat
PAS PERLUKAN TURNING POINT SEBELUM PR KE 13,, INI LAH MASNYA UTK MENCUCI SEGALA KEKOTORAN DALAM DAGING PAS,,IANYA AMAT MUDAH DAN TELAH TERSERLAH SIAPA YG MENANGGUK DI AIR YG KERUH,,HANYA WAALA PADA PIMPINAN ULAMA SAHAJA YG PASTI MENYELAMATKAN KEADAAN DALAMAN PAS SEKARANG,,PERLU DI INGAT BAHAWA,TIADA ULAMA TIADALAH PAS SEPERTI SEKARANG INI
ALLAH HU AKHBAR ALLAH HU AKHBAR ALLAH HU AKHBAR
mungkin kita kena mula menilai pemimpin khususnya pas,melalui gaya hidup/cara hidup sehariannya kearah mana.Sama ada kesederhanaan ataupun menampakkan cinta dunianya.Dari situ boleh kita nilai kearah mana sebenarnya mereka dan patutkah mereka memimpin gerakan politik Islam.Semoga cita-cita golongan ini tidak menghancurkan gerakan Islam,ahli kena buat pembersihan dengan fikiran terbuka tanpa taksub kepada pemimpin tertentu.Tidak semua memegang ijazah agama/sekolah agama tetap diatas jalan yang benar.Sejarah lalu telah membuktikan.Bgitu juga sebaliknya.Latar belakang pendidikan bukan segalanya,tetapi perjalanan hidupnya perlu di pandang...harap kejujuran akan terserlah.
pru 13 coming soon....
hancurkan pembolot harta rakyat. UMNO mungkin tidak bersalah tetapi mereka yang bolot harta peribadi itu patut di laknat ke neraka jahannam
Pak Bakaq, tang pergi London nak peluk UMNO tu cukuplah saya katakan ia sahih lagi benar!
Bukan takat Pak Bakaq, depa ingat Anwar pun tak tau? Depa ingat depa saja kawan dengan orang Ikhwan. Ini adalah antara sebab lain operasi 16 September diumum.
PAS tak akan lemah kalau Ustaz Nasaruddin keluar dan join UMNO...............macam Ustaz Nakhaie, jangan sampai ore Bachok marah dah la
PAS dan UMNO adalah bekas kekasih yang pada zahirnya sudah bercerai talak tiga. oleh kerana bara cinta masih lagi menyala ibarat benci tapi rindu, mereka pun carilah alasan apa saja untuk kawin cina buta. Pakatan Rakyat pula yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP kononnya sahabat yang sanggup tidur sebantal tapi masing-masing mengalami mimpi yang berbeza. dalam dunia ni yang boleh kita percaya hanyalah parti hisbullah lubnan saja,bakaq oii..