
Melalui sesi tanya jawab dengan Tok Guru Presiden di England Tok Din nu, berikut ialah apa yang difahami oleh kawan saya, Muhaimin Sulam mengenai kerajaan perpaduan (lihat postingnya "Suara hati Ustaz Hadi di London"):
Soal sama ada Umno akan terus hidup atau tidak bukan kita yang menentukannya. Itu urusan Allah. Tetapi yang penting, sebahagian besar rakyat tak nak Umno. Tak nak! Tak nak! Tak nak!
Beberapa ahli-ahli korporat yang menyifatkan Umno sebagai taghut mengemukakan soalan yang sehingga kini belum dapat dijawab dengan jelas oleh sesiapa pun: What makes those PAS leaders shoot their own party in the foot?
Mengapa mereka mencincang-cincang cita-cita dan perkembangan positif jamaah mereka sendiri?
Barangkali sebab itulah jentera pilihan raya PAS di Manek Urai diam-diam menolak kehadiran orang-orang tertentu dari parti mereka sendiri. Pengarah Pilihan Raya PAS bagi kawasan itu dilaporkan enggan bertemu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali yang datang untuk bertemu.
Jentera pilihan raya PAS Manek Urai khabarnya mahu pertentangan di situ adalah antara Umno dan PAS tulen. Jika anda bersama-sama mereka, berilah sokongan anda. Jika anda dilantik sebagai petugas, pergilah bertugas. Jika tidak, berdermalah. Jangan jadi pelancong pilihan raya!!
Berkaitan:
Penyokong kerajaan perpaduan belakangi nasihat mursyidul am... (Malaysiakini 14/6/09)
Manek Urai: KPP minta penyokong k'jaan perpaduan jangan berkempen (Malaysiakini 14/6/09)
Apakah itu 'Unity Government'? Senang untuk difaham tetapi mengapa payah nak reti? Sebenarnya, inilah yang disebut sebagai 'negara tanpa pembangkang' yang pernah diamalkan di UK selepas Perang Dunia, diperkenalkan oleh Nelson Mandela selepas menamatkan dasar apartied di Afrika Selatan dan sekarang diamalkan di Indonesia. Konsep ini berusaha untuk menamatkan perbalahan politik yang merugikan negara. Tiada kaitan langsung PAS masuk Umno seperti yang dihebohkan oleh media dan ramai ahli dan sesetengah pimpinan PAS. Media memang akan memanfaatkan setiap ayat yang boleh dimanipulasikan untuk kepentingan mereka.Dari penjelasan tersebut, jelaslah 'negara tanpa pembangkang' menyambung hayat Umno dan gerombolannya di dalam pemerintahan. Sedangkan, beberapa pemimpin Umno sendiri mengakui rakyat membenci parti mereka. Rakyat nak tumbangkan Umno.
Habis tu mengapa ramai ahli dan sesetengah pemimpin PAS menentang? Sebabnya mereka memahami konsep itu dalam zaman pemerintahan Najib Tun Razak. Tuan Guru Presiden jelaskan bahawa konsep itu tidak relevan di zaman Najib. Namun, Tuan Guru tidak menolak untuk berbincang dengan sesiapa termasuk Umno. Seperti juga PAS tidak pernah menolak untuk berbincang dengan DAP, PKR dan pihak lain. Memang ada perbezaan pendapat dalam Pakatan Rakyat. Sama juga dalam PAS. Perbezaan pendapat bukan pergaduhan. Itu lebihnya dalam PAS. Mereka ada kebebasan suara.
Soal sama ada Umno akan terus hidup atau tidak bukan kita yang menentukannya. Itu urusan Allah. Tetapi yang penting, sebahagian besar rakyat tak nak Umno. Tak nak! Tak nak! Tak nak!
Beberapa ahli-ahli korporat yang menyifatkan Umno sebagai taghut mengemukakan soalan yang sehingga kini belum dapat dijawab dengan jelas oleh sesiapa pun: What makes those PAS leaders shoot their own party in the foot?
Mengapa mereka mencincang-cincang cita-cita dan perkembangan positif jamaah mereka sendiri?
Barangkali sebab itulah jentera pilihan raya PAS di Manek Urai diam-diam menolak kehadiran orang-orang tertentu dari parti mereka sendiri. Pengarah Pilihan Raya PAS bagi kawasan itu dilaporkan enggan bertemu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali yang datang untuk bertemu.
Jentera pilihan raya PAS Manek Urai khabarnya mahu pertentangan di situ adalah antara Umno dan PAS tulen. Jika anda bersama-sama mereka, berilah sokongan anda. Jika anda dilantik sebagai petugas, pergilah bertugas. Jika tidak, berdermalah. Jangan jadi pelancong pilihan raya!!
Berkaitan:
Penyokong kerajaan perpaduan belakangi nasihat mursyidul am... (Malaysiakini 14/6/09)
Manek Urai: KPP minta penyokong k'jaan perpaduan jangan berkempen (Malaysiakini 14/6/09)










Cantik? Klik 






Alamak...dalam PAS pun dah ada PAS tak tulin ka??? Auuwwww....mak tak rela....mak tetap wala'.
Ada pimpinan PAS tak reti pakai pistol, depa reti pakai meriam gajah. tu pasal tertembak kaki sendiri. pakai meriam gajah besar sikit, dapat jadi MB atau menteri cepat sikit. Pakai pistol peluru keluaq sebutir-butir. Lambat.
http://corongkita.blogspot.com/2009/06/manek-urai-boneka-umno-no-entry.html
aku pun ada ulas pasai isu ni...tp tak la setajam pak bakaq.
Salam pak bakaq...
Kalau sungguh bagai dikata...
Tak berapa nak setuju lerr teman...
Negara tiada pembangkang ibarat kata tiada seri politik itu sendiri...
Tiada lagi pilihanraya... tiada lagi SPR...
Tiada perbahasan, tiada lagi pembelaan...
Kenapa cadangan ini yang diutarakan, bahkan ader lah lebih baik sistem 2 parti...
Pandangan dua kupang teman...
Namun membangkang "kalau sungguh bagai dikata" itu, Idak lerr teman jadi seorang...
Siapa tak mahu hidup dalam keadaan yang aman...
Tetapi yang pasti, awat la tak benarkan orang macam kita masuk Press Conference Muktamar dulu... Takpun buat khas untuk orang macam kita nih Pak Bakaq... Idak le kene putar belit dari MSM nuh...Padan muke deme....
Bakaq,
Macam tu cerita dia. Kalu dah tak sesuai zaman Najib, bakpanya dilaungkan lagi hal perbincangan dgn UMNO/BN.Tutup buku sudahlah, takpayah habak pasal perbincangkan lagi. Teruskan perpaduan dgn Pakatan Rakyat. Hak tu lagi baguih!
Sekarang nih kita lihat Tok Pa is the most powerfull person in PAS. Boleh khidmat lagi kaa? Tak mungkin PAS ketandusan dah pemimpin!
Saya berdoa ke hadrat Allah SWT, semoga PAS sentiasa dilindungi drp ujian yg berat2. Kalu berpecah lagi, saya tak tau nak kata lagu mana lagi!!!
Tulisan terbaik anda. The article makes sense to us ordinary folks who are flabbergasted by the recent events in PAS. Please write more.
UG hanya wujud apabila keadaan tidak stabil apabila majority is razor thin..60-40 or 55-45.. Mcm di Perak tu mcm2 bleh berlaku, dan memang sudah terbukti mcm2 dah berlaku, sampai hari ni tak selesai2, itu baru isu jawatan di peringkat state, bukan lagi isu murtad ka, hadanah ka, waqaf ka, faraid ka.. Aku sokong Malay/Muslim dominant dwi-party system sesuai dengan population distribution of our country (after all democracy is about rule by majority). It is not healthy to have a uni-party political system.. it is open to abuse..UMNO corrupt sbb dia berkuasa secara dominant.. Hangpa ingat PAS Kelantan takda corruption ka?? he he setelah berpuluh tahun memerintah semenjak merdeka think again.. kenapa korup blaku? sbb dia ingat dia dah kuat, semua bley tutup, kalu tak tutup resign atau approve law atau polisi baru, maybe payah nak dakwa tapi dari segi ethics, its blatantly wrong.. dgan dwi-party..UMNO or PAS kena beringat sket sbb esok lusa, buat perangai korup maka jatuhlah kita..Kalau majority dah clear 70-30 belah kita watpe nak ada UG lagi..terajang je UMNO to jadi pembangkang...biaq dia melalak kat situ..Memerintahla PAS sehinggalah PAS plak jadi intolerably corrupt (kita mintak jauh)..maka hukumannya ialah tendang dari jadi pemerintah.. Dgan kata lain UG is a part of a wholesome approach to handle any eventualities..itu saja.. Apapun, there is no official stand on this by PAS but yet semua orang sebok witch-hunting (mencari org yang buat salah, yang tu kata TGHH yang ni kata TGNA).. so apa semua ini?? Berhati2 dgan media? Aku lebih cenderung untuk percaya bahwa media itulah dajal bermata satu yang memasuki setiap rumah...memula mengaku nabi (read: menyalurkan maklumat shj) kemudian mengaku tuhan (read: apa yang dia kata semua org percaya).
----------
Pekerja PAS
Salam, bakaq, tengok dan lihat UG ni..gue sebal tau..macam d indonesia..gue lihat process bagi-bagi ghanimah aje..bukan mau perintah pun..klo d malaysia..lepas UG terbentuk bolihlah..bagai jawatan menteri and pengerusi ke tiap ajk PAS PUSAT and Parti yang joint UG ni..hang..maybe jadi ketua pengarang media inetrnet kot...Tulang Besi jadi Yg D Pertua Pembandaran Subang Jaya..eeee...usik sikit aje...letih lah dgn hal politik PAS ni..semua pakai NAS..tapi tak kena strategi lah gue ingat..org -org tengah sibuk kuat kan PR..depa cari nas UTK bentuk UG..macam tak ada cara lain utk satu kan org islam Melayu ni...boring and bosan dgn politik ni...aku ingat itulah perassaaan org d bawah..
Salam Pak Bakaq.
Apa yang nampak adalah perangkap.
Kalau begitu,apa dasar yang hendak diguna pakai ? Demokrasi berparlimen ?
Perlembagaan Negara/Persekutuan ? Raja berpelembagaan ? Rukun Negara ?
Mahkamah yang sama ?
Akta polis yang sama ?
Akta Darurat yang kekal hingga hari ini ?
Akta ISA,AUKU,OSA.......... ?????
Ataukah bermula dari zero ?
Duduk meja bulat bincang dan Draf ?
Perut yang melahap harta negara bagaimana ?
Jawapannya satu Umno/BN tanam hidup-hidup !!!
Hang pikir satu saja.........ISA tu apa ? Kenapa tak dimansuhkan perkara yang asas sebelum melangkah ke arah mana sekalipun ? Kenapa ?
Sebenarnya niat tak ikhlas dan adalah satu perangkap dari Umno/BN !!!!!
Profesori Ramlee.
Assalamualaikum,
Bagi saya negara tanpa pembangkang itu amat baik JIKA kesemua parti politik samada pemerintah atau pembangkang berada dalam keadaan lemah dan negara dalam keadaan kucar kacir dari segi ekonomi dan pemerintahan. Tetapi dalam kedudukan negara kita sekarang ini, kelemahan hanyalah dipihak pemerintah-UBN sahaja, sedangkan PR dilihat semakin menyerlah dan sokongan semakin bertambah. Untuk apa unity govt (UG) dikala PR semakin gagah dan bersedia untuk mencapai kejayaan menjelang PRU13. UBN tidak akan melatah jika mereka masih gagah. Kesimpulannya UG untuk era ini, hanya akan menguntungkan UBN sahaja. Dalam arus kebangkitan rakyat menentang kemungkaran yang dilakukan oleh UBN sekian lama, UG adalah irrelevant. PAS harus mempunyai keyakinan diri. PAS bangkit di atas kekuatan sendiri, jangan pula terjatuh disebabkan silap perhitungan kerana dek pujukan lawan dan kepentingan orang-orang tertentu.
Salam bang bakaq
Aku syorkan kepada ahli-ahli pas supaya mencadangkan agar AGM khas di ada kan bagi membincang kan pasal muqabalah dengan umno ni ...Bagi peluang kepada Presiden 30 untuk terang kan kepada ahli ..30 minit untuk Nasa , 30 minit untuk Husam dan 30 minit untuk Mat sabu ..seorang wakil Naib presiden 30 min ..Akhirnya Tok guru NA beri hujah 30 min lepas tuu ...Ahli akan kemukakan soalan kepada Pemimpin atasan untuk penjelasan lanjut !!! Lepas tuu undi samada menyokong atau membantah !!!! Buat kat Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar ,tak payah buat kat HOtel atau stadium...Kembalikan Nostalgia PAS
Aku rasa dengan cara ini isu muqabalah dengan umNO ,semua orang akan faham dan insyaallah ianya dapat mengurangkan kecelaruan dalam parti kita!! Tak perlu main dalam gelap lagi..
Aku setuju dengan cadangan bahawa yg telah di utarakan bahawa puak-puak muqabalah jgn tunjuk muka kat MU (manik urai) ..Aku takut pihak-pihak lain akan mentertawakan kita ,umNo team A lawan umNO team B ...
JK sesiapa yg mempunyai pendirian sama macam mamat tu....yg perbalahan politik merugikan negara elok lah pencen dan duduk diam2 di rumag berhuzlah...benci sungguh aku dgn pemuda2 pas (leibh2 lagi exco dan ex-exco) yg tak ada semangat juang nak lawan umno..eloklah korang masuk parti gerakan - tak gerak tak dapat makan!
Tokden
"masa kan ada gatai kalau tak ada tunggau" kata pepatah melayu zaman malayan union.
ini zaman Unity Gomen, bagi lah Prime Minister pada UMNO dan Deputy Prime Minister pada PAS.... dapat lah jugak orang PAS duduk rumah kerajaan di Seri Satria, Putrajaya nun. lagipun kalau panggilan ALLAH tiba, tak payah pergi jauh jauh, Presinct 20 itu pun dekat aje. dapat jadi Deputy Prime Minister dapat lah confirm 'rupa benggap bukan segala gala nya kelemahan dunia ye"!
sebaik baik nak selesai kes Unity Gomen ini, Tuan Guru Nik Aziz kena panggil EGM dan 'Fire' kedua dua Presiden dan Timbalan Presiden, macam dalam TV Donald Trump "You're Fired!".
ubat virus H1N1 belum di temui lagi, lebih baik jauh kan dari pandemik H1N1 ini dari merestui nya di dalam PAS.
malam tadi saya ada hadir 1 forum politik dengan tajuk-AGENDA PERUBAHAN- ahli panel 1:Dr. Mohd Asri Zainal Abidin
2:Ust. Azman Shapawi Rani(tim ketua pemuda pas pusat)
3:Ust Mohd Afandi Yussof(pengerusi biro agama pemuda UMNO M'sia)
Analisa saya :
kerajaan penyatuan ini 1 isu yang sia-sia.masing2 bertegang urat menegakkan hujah masing2, dan yang sedihnya semua ni islamic scholar so masing2 berhujah dengan Al-quran dan al-hadis,umat islam akan bertambah keliru orang pas akan lebih kuat pasnya kerna diantara beberapa ISU yang dibangkitkan malam tadi iaitu ulama umno mempergunakan agama untuk menghalalkan perbuatan lalu mereka :
1-tak beri peruntukkan sewajarnya dan seperti sepatutnya kepada kerajaan pas klantan selama 18 tahun.
2-menarik balik royalti minyak kerajaan trengganu semasa pas memerintah
3-menghalalkan perbuatan mereka keatas peristiwa memali
4-tidak melaksanakan und2 hudud di m'sia walau telah lama memerintah
5-menghalang kerajaan pas kelantan dan trengganu kerana tak menjalankan und2 hudud semasa memerintah.
6-dan lain2.....kena hubungi institut al-qayyim untuk dapatkan vcd.mungkin hubungi drmaza.com
orang2 umno yang hadir memperli pas kerna
1-sanggup berbaik dengan dap yang dengan jelas pendirian mereka tak mahu und2 islam dilaksanakan seperti kata2 semakna yb karpal sigh "langkah mayat aku dulu sebelum melaksanakan und2 hudud".
2-sanggup berbaik2 dengan pkr sedangkan pkr walau tak pernah mengeluarkan kenyataan seumpama yb karpal, tapi jelas tak pernah bercita2 untuk melaksanakan und2 hudud.
3-sejarah kafir-mengkafir menimbulkan kemarahan yang mendalam dikalangan ahli umno.
4-dan lain2 lagi....belilah vcd
di pihak dr mohd asri pula antara komennya:
1-UMNO telah berpengalaman berpakat dengan MIC,MCA DAN LAIN2 NON ISLAMIC PARTI DI M'SIA selama 50 tahun telah 'terpaksa' menjaga hati rakan2 dalam BN BILA MENGHADAPI BEBERAPA ISU terutama isu yang bersangkutan dengan kepentingan islam dan umat islam.
2-PAS sekarang akan mengulangi perkara yang sama yang telah dilakukan oleh UMNO selama berada di dlm BN, iaitu akan 'terpaksa' menjaga hati rakan2 didlm PR di dlm menghadapi beberapa isu bersangkutan kepentingan islam dan umat islam .
3-seharusnya pas dan umno bole duduk berbincang apabila timbul isu2 yang bersangkutan dengan kepentingan islam dan umat islam.
4-perbincangan ini hendaklah tanpa syarat kerana jika bersyarat 'KEMBALI KEPADA AL-QURAN DAN AL-HADIS'(seperti yang dinyatakan oleh seorang hadirin iaitu seorang exco pemuda pas pulau pinang), dr mohd asri mempersoalkan kenapa semasa berpakat dengan dap@pkr tidak diadakan 'syarat seumpamanya'.
5-dan lain2
analisa saya :
kepimpinan pas yang telah samada mengutarakan, telah berbincang, telah mengatur, telah bersetuju atau apa2 yang bersangkutan dengan unity gov ni telah melakukan 1 kesilapan yang sangat besar kerana isu ini akan menguntungkan BN yang tengah nazak sekarang, isu ini seolah2 memberi 1 kelebihan atau nafas baru kepada Bn untuk kembali kuat mengumpul tenaga agar pas dan pr akan dapat dikalahkan, saya katakan ini kerna saya akan memberi 1 contoh paling senang....
bayangkan situasi seorang isteri islam melayu malaysia sekarang yang telah diberitahu oleh suaminya berkenaan keinginan sang suami untuk beristeri dua, tiga atau empat.tak kira lah samada kata2 suaminya tadi tu betul atau tidak, samada suami sudah ada calonnya atau tidak, main2 atau tidak. cuba bayangkan perasaan sang isteri?terima saja? tak curiga? tak mau tahu siapa perempuan lain itu? cuba bayangkan.
nak jadi cerita lebih sensasi lagi kalau keesokkannya sang suami tu bgtau yang beliau nak p Thailand atas apa jua alasansamada syarie mahu pun tak syarie!
inilah yang sedang dilakukan oleh beberapa kerat pucuk pimpinan kepada
PAKATAN RAKYAT....BOLEH FAHAM....mereka2 yang terlibat????
wahai ahli pas cuba lihat posting dan komen didalam www.penjualubat.wordpress.com
Dapat berita Mantan Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew mengunjungi Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng semalam.
Ada pula yang bertanya buat apa Lee Kuan Yew jumpa dengan Lim Guan Eng? Terdengar satu jawapan yang cukup menarik..
Nak heran apa Lee Kuan Yew jumpa dengan Lim Guan Eng, PAS pun dah nak kawan dengan UMNO lani..
komen
1. ahlul pas - June 14, 2009
mana bole tak curiga bila LKY jumpa LGE, kita perlu punya standard yang standard bila mengkritik/menilai isu, kalau tak setuju dengan UG kerna curigakan agenda2 pihak2 tertentu, maka apabila LKY met LGE mesti juga punya sikap curiga yang sama kerna mereka ini bagaikan ‘tuan guru jumpa anak murid’……harap no double stasndard dude….
Ramai rakyat kecewa dengan PAS krana mulut dan niat Presiden dan Naib Presiden PAS. Rakyat setuju dengan haluan Nik Aziz tetapi Presiden dan Naibnya di anggap menkhianati perjuangan rakyat.
Unity Gomen baik di Indonesia atau mana2 tempat pun adalah sambungan pemerintahan taghut pemerintah lama(UMNO/BN).
Baca lagi "PAS pelekeh diri sendiri" dan "PAS:dua kepala,dua haluan/retak menunggu belah" di...
http://warongpakyeh.blogspot.com
Pak Bakaq,
Kerajaan tanpa pembangkang - memang tak sesuai untuk Malaysia dalam keadaan dan senario politik semasa.BN masih berkuasa walau pun tanpa majoriti 2/3 diParlimen.Rakan-rakan BN lebih ramai dibandingkan dengan Pakatan Rakyat.Sabah dan Sarawak kedudukan BN amat kokoh(akibat persempadanan semula kawasan pilihan raya yang telah dilakukan olih Mahathir) ahli-ahli parlimen dari kedua negeri ini ramai.Dalam keadaan hari ini,dibandingkan dengan DAP atau PKR ahli parlimen mereka lebih ramai dari PAS.Amat mustahil BN bersetuju "memberikan" Jawatan-jawatan atau kementerian-kementerian penting kepada PAS.Sekadar Hadi Awang,Nasaruddin Mat Isa,Mustafa Ali dan Harun Din nak jadi menteri klas dua bolihlah.Dari segi praktik dan hakikatnya,idea Hadi Awang ni memang teruk.
Janganlah kata orang tak faham,orang tak banyak membaca,kurang pengelaman dan sebagainya. Dikaji dari semua segi,idea Hadi Awang ini tepat apa yang disebut olih TGNA - karut.
bole tak kalau kita sesama islam apabila di dalam dewan parlimen dan lain2 tempat, sesuatu isu berkenaan KEPENTINGAN islam atau umat islam, tanpa mengira isu dibawa oleh pihak mana sekalipun samada PAS, UMNO, PKR atau DAP(lani dah BERTAMBAH ahli DAP MELAYU ISLAM)atau mana2 parti sekalipun menyokong isu atau usul tersebut sebulat suara.
jika ini boleh dilakukan/berlaku, saya yakin umat islam akan dipandang lebih tinggi dari orang lain.kepentingan islam juga akan selalu terpelihara, pada masa yang sama, kita wajib selalu nasihat menasihati dikalangan umat islam tenang amar maaruf dan nahi mungkar.sesiapa yang tak mau ikut nasihat2 agama ini, serahlah pada ALLAH sebagai hakimnya, yang penting kita telah melaksanakan tuntutan ALLAH.atau sedara2 sekelian ada cadangan lain?
orang pakai pistol, kita pun nak pakai pistol. orang tembak target, dia tembak kaki sendiri. duk dalam barisan tu senang jadi target, kita pejatuh satu demi satu, macam tembak falling plate.
Pak Bakaq,
Kerajaan Perpaduan Hadi Awang ini memang "karut". Tak usahlah banyak cerita,suruh saja Mustafa Ali,Nasaruddin Mat Isa,Hadi Awang dan Harun Din isi borang UMNO.
Kalau dah susah sangat Melayu ISLAM nak bersatu, apa kata kita semua sebagai pengundi pada PRU13 akan datang menyokong DAP utk memerintah MALAYSIA. Waktu tu baru kita nak lihat DAP akan jaga MELAYU lebih dari bangsa nya.
Kita minta karpal istihar MALAYSIA negara ISLAM dgn hukum hudud di ambil kira. Hancurkan perlembagaan yg ada dan ganti yg baru, bubarkan raja n sultan kita ganti dgn presiden. Baru molek kan.
Aku harap PRU13 akan dtg, DAP akan menang dan akan menghancurkan MELAYU yg ada. Bila DAP menang MELAYU boleh dok dlm perkampungan org asli. Masa tu kut baru ingat nak bersatu.
Hidup DAP dan tarik semua MCA, GERAKAN, PKR ( yg satu bangsa saja )untuk ujudkan REPUBLIK MALAYSIA.