Sedap!! Klik gambar di atas!

Majlis membersihkan Nasharudin malam ini?

Dalam berita bertajuk "Public rally to demonstrate Pakatan unity as bickering in PAS continues," Malaysian Insider hari ini melaporkan:
"Tonight’s assembly is to publicly cleanse Nasharudin Mat Isa, but a tiger doesn’t change its stripes," said a Kelantan PAS official who is sceptical about the Bachok MP’s stand on Umno.
Tak banyak nak tulis. Hanya ingin memohon kepada kawan-kawan yang dikasihi supaya jangan lagi selepas ini masih ada kata-kata "ini kali terakhir kami tolong dia".

Dah berapa kali "ini kali terakhir kami tolong dia"?

Tadi di Restoran Thaqwa saya kata, orang yang ketagihkan Umno macam orang hisap rokok juga. Sejuta amaran, sejuta undang-undang tak mampu menghalang ketagihan rokoknya. Orang yang ketagihkan Umno pun sama. Sejuta Nik Abdul Aziz pun tak akan mampu menghalang ketagihan mereka. Mereka diam tak bererti mereka dah tak nak Umno.

Saya belum jumpa fatwa yang terang-terangan menghalalkan merokok. Tak jumpa tak semestinya tak ada. Namun, saya tetap memohon ampun kepada Allah s.w.t. Insya Allah, saya nak cuba berhenti merokok. Saya dah cuba banyak kali dah. Tetapi, saya tetap kalah dengan rasa ketagih nak merokok.

Saya harap mereka yang ketagihkan Umno juga berusaha untuk menghentikan ketagihan itu. Sama ada setuju atau tidak, Tok Guru Mursyidul Am mencela orang-orang yang ketagih rokok seperti lembu. Boleh marah kepada dia kalau tak setuju. Ini negara demokrasi.

Bagaimana pula dengan mereka yang ketagih Umno?

Berita menarik:
World Bank says Malaysia’s governance worsened in last five years (Malaysian Insider 30/6/09)
100,000 houses unsold since 2005 (Bernama 29/6/09, comments here)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. salam.. sori la paka bakaq.. aku nak tegur sikit hang ni... kira degil jugak hang ni.. tapi ada gunanya jugak kadang2... hang ni tak habis2 duk benci kat ust nasa dan org2 yang sokong ug, yang sudah tu sudahlah.. yang hang nak pi tuang minyak lagi apa ke hal... hang tak takut ker dosa adu domba ni...ker hang dah ada fatwa sendiri??? dulu aku suka baca posting hang.. skg aku makin benci... hang tak habis2 nak sakitkan hati rakan... tirulah mcm nik aziz.. jgn lebih sudu dari kuah.. aku nasihat ja.. mungkin hang tak mau dengar.. terpulanglah..

  2. Pak Bakaq, Nasa dah ada mintak maap ke secara terbuka pada semua penyokong PAS? Kalau tak ada, memang patut kita merasa sangsi kat dia.

    Sekurang-kurangnya mintak maap pasal tak mengaku berhubungan gelap dulu tu. Lepas tu siap nak saman pulak tu! Dia deny in public, dia kena la apologize in public.

  3. kan pak bakaq dah kata, ini negara demokrasi. dia ada hak utk cakap TIDAK w/pun org lain berkata YA, selagi apa berada dlm batas2 / landasan norma hukum dan kemanusiaan.
    ada org kata ' let gone bygone', 'past is past' tapi ada org sukar nak terima. mcm luka sembuh tp parut masih ada. sebenarnya, aku sendiri berfikiran bhw ust nasha ni belum bersedia, dari segala segi, utk memegang jawatan Timb. Pres., org no. 2 tinggi dlm PAS, dia kena byk belajar lagi.
    contohnya : rasanya umur ust. nasha lebih kurang sebaya dgn Lim Guan Eng (LGE), tp tahap pemikiran dan tindakan jauh berbeza.
    tetapi oleh sbb dia dah dipilih, jadi dia kena kerja keras lagi, guna akal & ilmu. buat homework, call for meeting, presentation. etc.
    semoga maju jaya utk ust. nasha dan PAS.

  4. Bang Bakar! Kalau bang bakar nak berenti rokok kena berebti tulis kat blog dulu, kalau tak jangan mimpi laa... hahaha hahaha hahaha

  5. SALAM...

    AMBOI RIDUAN...

    AHLI PAS YANG NAK MEROSAKKAN PAS X LEH TEGUR KEWWW...
    KALO PAK BAKAQ, X KELUARKAN SMUA2 NI, AWAK TAHU KE APE NAK JADI DLM PAS...
    AWAK X SYG PAS MCM MANE PAK BAKAQ SAYANG PAS...
    NASA TU BKN MAKSUM, DIA PON MANUSIA JGK, KENA TEGOQ LAA...
    KALO DIA MAKSUM, DIA X KAN BUAT REJA CMNI KOT NOOO....
    PEMIMPIN KENA DENGAQ JGK NASIHAT DR PEMIMPIN PR SAME2 ERK...

    GO...GO...PAK BAKAQ...

    BKN ABU BAKAR...

    SHOLAWAT SEMBAHKAN...

  6. Betoi, aku pun setuju kata abang riduan...Awat hang tak takut dosa ka? La ni hang boleh kata hang punya akae lebih bagus, bijak dan terror sebab hang perasan hang punye blog ramai orang baca dan hang rasa semua orang terima akae hang..Aku nak nasihat kat hang, yang hang kalut sangat pasai apa? Kalaupun betoi UG tu boleh pebaik lagi Islam dan melayu, awat hang tak suka ka? Aku nak habaq kat hang,kalau TGNA boleh rasa tawadhuk dan merendah diri pasai apa hang tak boleh? Orang islam mcm hang ni kalau tak bertaubat habih la orang2 islam berpecah..buruk mcmna sekalipun orang UMNO tak kan lebih baik dan mulia dari kawan2 hang yang kapiaq? ok la, lagi bnyk aku cakap nanti lagi sakit dan pedih hati hang...Maaf, wassalam

  7. Penarik beca,

    Apa yang berlaku terhadap Nasharudin Mat Isa adalah peringatan pada yang lain sekiranya ada tersimpan hasrat untuk sebulu dengan parti UMNO. Nasharudin sebelum ini dijadikan ikon kerajaan perpaduan dan selepas ini dia tetap akan dipandang sebagai bekas ikon kerajaan perpaduan.

    Sekiranya berlaku lagi pergeseran antara PAS dan UMNO maka orang ini berserta kuncu-kuncu nya mesti dipandang dan disiasat dulu. Parti PAS seperti parti yang lain mempunyai musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan dan agen perisik yang berpura-pura menjadi ahli parti kelas pertama.

    Sebenarnya ahli PAS ada juga yang menerima dan memberi rasuah, cuma masih belum ketara kerana rasuah bukan agenda utama dalam parti PAS. Dan yang baiknya belum tertangkap lagi kerana tiada bukti ahli atau pemimpin PAS terlibat dengan rasuah.

    Persoalannya mengapa Nasharudin bersungguh untuk menyambong perhubungan antara PAS dan UMNO sedangkan pemimpin senior sudah berulang kali membantah cadangan itu...? Ini menunjukkan bahawa Nasharudin yang baru dipilih sebagai timbalan presiden dilihat sebagai biadap walaupun niatnya tidak biadap. Jikalau dalam parti UMNO orang jenis ini sudah lama dibakul sampahkan....

    Memang benar seperti apa yang dikatakan oleh bakaq tentang ada ahli PAS yang ketagihkan Umno... kerana sehingga kini masih ada lagi suara sumbang dari ahli PAS dan UMNO bercerita tentang muzakarah dan kerajaan perpaduan.

  8. Saya rasa MSO lebih teruk bencikan Husam sehingga sebut nama pun dengan gelaran "Si baju petak-petak merah", sebenci-benci Pak Bakaq masih boleh panggil nama Ustaz Nasharudin, hehehe.

  9. Peringatan dan amaran berkali-kali itu kadang2 perlu. Bukan apa kerana manusia ni sifatnya mudah lupa. Lagi2 kalau dah pernah ketagih. Bila ada yang cucuk jarum nanti mulalah jadi lagi. Aku tetap suka posting hang, teruskan posting sebegini demi peringatan.

  10. Apa pasai nak marah pada paka bakaq...bukan dia yang cakap....tapi Malaysian Insider yang report apa yang pegawai PAS Kelantan cakap.

    "Tonight’s assembly is to publicly cleanse Nasharudin Mat Isa, but a tiger doesn’t change its stripes," said a Kelantan PAS official who is sceptical about the Bachok MP’s stand on Umno.

    Tapi ada orang kata, Nasharudin Mat Isa TAK BOLEH ATAU PUN TAK LAYAK DI PANGGIL TIGER, SEBAB DIA NI PENGECUT DAN PENAKUT MACAM 'PUSSY CAT'.

  11. pak bakaq macam dah diupah orang lain untuk menulis, dah takde benda nak baca kat sini dah skang ni..sedih hati tengok pak bakaq menulis sekarang...berbeza sewaktu mula2 mengenali laman ini.

    tamar

  12. pak bakaq tak puashati lagikah?orang semua dah stop isu.hang masih lagi berdendam dengan ustaz nasha.pak bakaq ada dendam pribadi dengan diakah?Dah nampak hang ni hati hitam .hang cakap directlah suruh ust nasa letak jawatan ganti husam.jadilah....hentikan...niat busuk kamu tu.aku harap hang jadi musyidul am lah ganti nik aziz.ramai orang akan dengar fatwa hang yang menghancurkan parti.

  13. lebih hang tulis cerita UBN atau MU ke?hang ni tak abis2 niat busuk tu..stop lah.

  14. yg pastinya pak bakaq ni bkn jemaah PAS..

  15. Ketagih rokok, Umno dan Pas tidak seteruk ketagih mengundi. Ketagih mengundi lagi kuat pengaruh ketagihannya.

  16. bro riduan,

    pak bkaq tu bagitahuu jerr , hang nk dgr ker tak nakk terpulanggg laa
    sakit hati konon sudah la bro,
    aku pon bosan dgr ko ckp

  17. Syiah takkan tenang dengan ahlul sunah.

  18. pedulikan orang kata apa pak bakaq...aku yakin apa yang pak bakaq benar dan ada pahala...teruskan menentang kemungkaran dan kezaliman dalam parti...

  19. sedih sungguh hangpa lagi suka bersatu ngan kapiaq yg menentang sekeras-kerasnya negara islam dari bersatu ngan orang melayu yang sayangkan islam... xlama lagi hangpa semua bolehla jadi parti yang memimpin negara bila melayu dah x da kuasa... tu pun kalau kepala sin x nasihat hangpa semua.. apa punya turr..
    aku sokong ustaz nasa.. hidup unity goverment...

  20. Pak Bakaq. Nak berenti isap rokok aka UMN$ ni mudah. Bayangkan nak buat "bypass" lagi 2-3 hari. Walaupun success rate dia tinggi - 95% tapi ia masih satu prosidur antara hidup dan mati....

    Saya berjaya dah Pak Bakaq. UMN$dah lebih 10 tahun and rokok pun dah dekat 1 tahun....

    Arjun

  21. nik aziz tu bagus sangat ke sampai tak bole berbaik-baik dan bermaaf-maafan sesama islam? Nik Aziz lebih rela bersekongkol dengan DAP dan PKR? Kawan tidur sebilik sebantal ke? kemut skittt....

  22. apaa ??/ Nasha datang malam ni ?

    Kalau Nasha berucap, aku nak pi isap rokok tepi tasik. Tak pun layan pancing.

    Pembelot.

  23. Ustaz Nasa lah yang clearkan syiah kat UIAM dulu. Sebab tulah ramai orang yang seangkatan dengannya marah kepada beliau. Betul tak pak bakaq?

  24. bakaq silap bila kata tok guru cela perokok macam lembu tu...

    dia cela kerana tidak ada sikap malu, duk merokok dalam masjid, dan jugak... geng lebai yang merokok... tak reti malu ke? kalau tak reti malu... macam lembu la... mana reti malu!!!

  25. salam pak bakaq

    suruh je anak Mat Isa tu masuk UMNO pi bagi borang UMNO kat dia

  26. Apa yang Ustaz Nasa buat tu tak ikut cara syiah ke..!!! SAH KONSEP "TAQIYAH" SYIAH...MENIPU....UNTUK SURVIVAL POLITIC CARA KAMPONG DIA.

  27. Melayu Anti Dap said :
    sedih sungguh hangpa lagi suka bersatu ngan kapiaq yg menentang sekeras-kerasnya negara islam dari bersatu ngan orang melayu yang sayangkan islam... xlama lagi hangpa semua bolehla jadi parti yang memimpin negara bila melayu dah x da kuasa... tu pun kalau kepala sin x nasihat hangpa semua.. apa punya turr..
    aku sokong ustaz nasa.. hidup unity goverment...

    ************************************************
    Aku x heran hangpa punya sedih. Pasai apa aku nak bersatu dgn org melayu yg tentang islam, islam buat mcm pakaian dan hiasan je! Cucuk parti kapiaq komponen dia tentang islam yg pas nak laksanakan. Pemimpin dan parti yg bergelumang dgn maksiat, rasuah, konspirasi, fitnah mehnah, putar belit, salah guna kuasa, tindas org Pas dan PR, rampas hak orang, percaya kurafat dan bomoh, zalim dan tindas sesama islam dan bangsa lain. Melayu bangsat yg ada kuasa lebih teruk dan lebih baik pilih pemimpin kafir yg adil dan sayangkan rakyat serta hormat hak islam serta melayu dan bangsa2 lain dari puak yg mentekedarah hak rakyat. Sekurang2nya Karpal Singh lebih jujur dan hormat islam dari Samy Vellu, pemimpin MCA, Gerakan dan Parti Sabah Sarawak termasuk pemimpin2 Umno yg menjadi tulang belakang SIS yg sesat tu serta pemimpin yg meluluskan lebih banyak pusat judi dan arak serta bergelumang dgn skandal.
    Sokong Ust Nasha, pujuklah dia masuk Umno, jadikan presiden hang dan tolak Najib kalo berani! Ke hang nak dia jadi pencacai dlm Umno, tukang bersih taik yg hampa sume buat, lepas tu jadi ayam sabung hang lawan Pas mcm Ustaz lain yg ada dlm Umno? Nak buat debat olok2 mcm Madey dan Hamid Othman buat dulu ke sebelum berdebat dgn Pas? Lawak betul...

  28. Dalam sistem demokrasi yang jadi rukunnya ialah "agree to disagree"(bersetuju untuk tidak bersetuju).Pak Bakaq sekadar memaparkan apa yang ditulis dalam blogg orang lain dan mengambil kesempatan dari situ untuk "mengingatkan" kita akan bahaya orang yang kena penyakit "ketageh". Kalau anda tak setuju dengan Pak Bakaq berilah hujah-hujah "tak setuju" dan yang menyokong pula berbuat yang serupa.Whats the problem?

    Yang suruh taubat,kata Syiah,pemecah belah itu buat apa? Memperkatakan perangai,kegelojohan dan kesilapan yang telah dilakukan olih Nasaruddin Mat Isa - suruh Pak Bakaq taubat? Come onlah! Siapa sangat Nasaruddin Mat Isa tu.Kalau dia berani buat,sudah tentu dia berani tanggung.Betul,keadaan telah reda dan hampir pulih seperti sedia kala.Apa salahnya sekadar mengingatkan agar dia tidak mengulang lagi perangai buruk itu.Kalau nak marah,biarlah bertempat dan kalau nak menyokong pun sokonglah "kebenaran" bukan yang dah buat salah.

  29. Aku tak suka Nashar sebab pro-UG serta tak bijak politik dan jahil realpolitik dan real-Islamic propagation. Bodoh sombong sebab degil berkhalwat dengan UBN. Walaupun aku tak anti-Shiite tapi aku anti orang sebarkan Shiite; masa kat UM pensyarah pun aku lawan walaupun aku benci orang kafirkan Shiite pakai borong.

    Apa-pun kita kena tengok apa yang dikata bukan siapa yang berkata. Aku yakin TGNAA, Bakaq, Husam, Khalid Samad dll yang tak suka UG lebih relevan dan Nashar perlu disalahkan jika backfire. Insha-Allah GE13 PAS bungkus walaupun PKR-DAP mungkin tak bungkus.

  30. Sorry lah pak bakaq, kalu hang masih ketagih rokok, dan budak pendek tu masih ketagih umno, aku pulak masih ketagih nak maki penagih umno! Ketagihan ini masih belum reda walaupun dah berkali2 aku cuba nak berenti, alih2 ada saja isu yg menimbulkan selera ketagihan aku nin!

  31. Ketagih UMNO masuk neraka, ketagih rokok masuk syurga!!!

  32. Ketagih UMNO masuk neraka, ketagih rokok masuk syurga!!!

  33. “Aku nak habaq kat hang,kalau TGNA boleh rasa tawadhuk dan merendah diri pasai apa hang tak boleh?” - izzrail
    nabi saw dikelilingi sahabat2 yang mempunyai sikap yang berbeza-beza. tgna telah bertindak sewajarnya dengan meletakkan garis panduan yang perlu diikuti oleh mereka yang bertaraf pemimpin. harapan beliau, tidak akan berulang lagi episod yang sama. (nama hebat, seghupo boleh ambik nyawo ogheng, takut kawe wei…)

    “Sekiranya berlaku lagi pergeseran antara PAS dan UMNO maka orang ini berserta kuncu-kuncu nya mesti dipandang dan disiasat dulu.” – anon 7

    episod ini, insya’ Allah, tidak akan berulang kerana ramainya yang tidak senang. apa yang disuarakan di sini adalah sebagai peringatan kepada mereka yang telah terjebak, lebih2 lagi dari kalangan ulama. ulamalah yang memulakan episod yang dihadapi kerana ‘nasihat’ anak pak ali demi agenda yang dia sangat maklumi. kalau dulu anak pak ali ini boleh lawan ust hassan shukri , hari ini, kerana perancangannya, anak pak ali mengguna kalangan ulama untuk memperkukuhkan ‘kepimpinan ulama’ yang kononya tercabar semata2 kerana sebab yang dia dan Allah sahaja yang tahu. anak mat isa, anak pak din, anak pak taib turut ‘terbeli’ hidangan anak pak ali.

    justeru “sekiranya berlaku lagi” adalah sudah terlambat. “abu bakar, omar, uthman dan ali” lah yang mesti kedepan untuk memastikan harapan tgna tidak hanya tinggal harapan. virus flu H1N2 yang “diimport” anak pak ali dan anak mat isa ke dalam pas tidak boleh dibiarkan. ini kerana tanda-tanda ia sudah merebak amat jelas terutamanya di terengganu.

    “nik aziz tu bagus sangat ke sampai tak bole berbaik-baik dan bermaaf-maafan sesama islam? Nik Aziz lebih rela bersekongkol dengan DAP dan PKR? Kawan tidur sebilik sebantal ke? kemut skittt....” – anon 21

    hok mu suruh dok baik tulah hok dok tikam pas selama ini, tak nampak ko? Allah jadikan manusia berbangsa-bangsa untuk mereka kenal-mengenal di antara satu sama lain. salah ko berkawan dengan dap dan pkr? nampak sangat mung ni dok cerdik, dah tahu orang tak amboh kawang dengang mung, mu pelahap sangat nok baik dengang dia. ada hok nok baik dengang mung, mung dok amboh pulak…

  34. bersih? dia kotor ko? kalau setakat ceramah atas stage belum boleh bersih lagi. tak padan dengan apa yang dia dah buat. dia dengan stopa ali. harun taib. haron din.

    mula2 ucapan mesti bersumpah dulu... cara ulama lah.

    (jangan ingat tiada ynag tahu... Allah Maha Mengetahui)

  35. Sheikibh Karpal Singh, Unity Gomen atau Guling Gomen baik oleh Anwar ataupun Najib adalah tidak bermoral. Jika inginkan juga mesti kembali kepada rakyat dan undi semula.

    Nampaknya Sheikh Punjabi tu lebeh warak dan lebeh bervisi dari Sheikh2 PAS,terutamanya Presiden dan naib Presiden. Buat malu Islam aje Pimpinan Ulama ni.

  36. ada ketika kita kena umumkan secara terbuka jika ada tanda2 musuh dalam pasukan.Dalam isu ini pak bakaq telah dapat menjalankan tugasnya dengan baik dan dia tak tersasar menembak..cuma tembakan pak bakaq hanya tembakan amaran dulu..tapi jangan pulak kita akan lalai..musuh tetap cari peluang nak runtuhkan kubu kita..jadi rapatkan lagi saf kita..amin

  37. sabar je lah

  38. orait kluangman.... may u rot in hell... selamat ketagih umno...

    ~sembrong girl

  39. Pak Bakaq,

    Upacara "pembersihan" ini dilakukan diSelangor kerana orang-orang Hassan Ali saja yang sangup mengendalikan "upacara" ini.Dalam tujuan membersihkan Nasaruddin Mat Isa, Hassan Ali akan tompang sekaki untuk dibersihkan.Percayalah,upacara pembersihan ini belum tentu dapat membersihkan Nasaruddin Mat Isa atau pun Hassan Ali kerana peristiwa-peristiwa buruk yang lalu meninggalkan kesan yang dalam kepada ramai ahli-ahli PAS.Hanya secara "minta ampun dan maaf" sahaja parut ini dapat dilupakan.Nasaruddin Mat Isa,Mustafa Ali,Harun Din,Hassan Ali dan juga TGHA bukan sahaja membuat kesilapan dan "menipu" TGNA beserta Jawatankuasa Kerja PAS Pusat,yang mereka lupa ialah kesalahan mereka kepada seluruh ahli PAS.Ini yang beratnya.Jangan lupa bahawa sesebuah parti politik itu didukong olih seluruh ahli bukan sekadar beberapa orang pemimpin peringkat atasan.Munkin ahli-ahli PAS dari Selangor dan Wilayah Persekutuan dapat hadzir diShah Alam untuk upacara pembersihan ini,bagaimana dengan ahli-ahli PAS dari negeri-negeri lain?Acara ini tetap tidak akan dapat mencapai matklamatnya*(sekiranya matlamat pembersihan).

  40. salam.
    org yg marah kt bakar ni sebenarnya suku sakat penjilat UMNO yg hampa sbb UG gagal..

    depa tu berangan nak dapat GLC bila UG jadi kenyataan...

    la ni bila UG gagal depa dah meracau x tentu hala...

    padan muka hampa...

  41. aku bukan ahli pas, tapi aku akan undi pas kalau dia lawan UMNO sebab aku tak suka UMNo..tapi bila PAS dan UMNO pun jadi adik beradik, baik aku tak undi langsung..-abas8888-

  42. Nak tanyo sikit macam mano caro nak bersihkan Nasa ni, dah lamo bona dalam kandang amnO

  43. kesilapan yang dilakukan di medan perang boleh mengakibatkan kecelakaan kepada orang. dalam tentera mereka2 ini akan dihadapkan ke mahkamah tentera. begitu juga dengan kesilapan yang dilakukan telah mendatangkan akibat yang buruk kepada pas. mereka, seperti tentera yang buat silap, perlu dihadapkan ke 'mahkamah', fullstop!

    tiada maaf bagimu semua...

    (jangan ingat tiada yang tahu... Allah Maha Mengetahui}

  44. salam bakaq, aku ingatkan zaman Muawiyah saja yg ada amru bin al a's ,rupanya zaman najib pun ada jugak, yang peliknya dia pi mana tempat sampai tak hadir parlimen...ntahkan Bachok pun dia tak pi tengok apa

  45. nik aziz tu proxy husam. Bila dah kalah buat hal. Terima sahajalah. jangan menyusahkan orang. Politik itu menghalalkan cara.

  46. aku ingat nak pergi himpunan ni.

    tapi sebab bakaq kata himpunan ni Nasharudin ada datang, saya pun tak jadi datang.

    baik saya tengok Transformers: Revenge of the Fallen.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008