Adakah Lee Kuan Yew (LKY) sanggup membazirkan masanya berjumpa orang tidak berkuasa? Mengapa LKY memperuntukkan masa menemui Datin Seri Rosmah Mansor? Dalam berita bertajuk "MM asked to meet Rosmah," akhbar The Straits Times Singapura 13/6/09 melaporkan:
MM Lee said he called on Datin Seri Rosmah because he had been told that she and her husband worked as a team and it was necessary for him to understand both members of the team.
Rosmah dan suaminya berkerja sebagai satu pasukan, itu sebabnya LKY memperuntukkan masa berjumpa Rosmah. Adalah perlunya baginya memahami kedua-dua anggota pasukan itu.
Jika LKY melawat Amerika Syarikat, adakah beliau akan bertemu Michelle LaVaughn Robinson Obama, isteri Presiden Barack Obama? Ca tanya soalan itu kepada diri sendiri. Kemudian, jawablah sendiri dalam hati.
Ca tanya pulak lagi, siapa perintah Malaysia? Blogger Umno, Amin Yatim pernah menulis tentang "Perdana Menteri sebenar" di negara ini. Siapa Perdana Menteri sebenar sekarang? Seorang atau dua orang? Atau seorang de facto Prime Minister di belakang de jure Prime Minister?
Sesungguhnya, Tun Dr Mahathir Mohamad kini adalah seorang yang sangat penyabar.
Sementara itu, adakah kita akan membaca berita bertajuk "Umno telah berubah"? Dalam Harakah yang baru dicetak, ada berita di muka dua yang khabarnya bertajuk "Muqabalah bila Umno berubah".
Sama-sama kita nantikan berita Harakah bertajuk "Umno telah berubah" (Salam takziah kepada keluarga Sheikh Fathi Yakan yang kembali ke pengkuan Kekasihnya semalam).
Berkaitan:
Lee has guarded optimism for KL-Singapore ties (The Star 13/6/09)
Lawatan LKY: Fahami yang tersurat dan tersirat (Datuk A Kadir Jasin 11/6/09)
Dr M: Give Singapore sand, we'll get the third bridge (The Edge 11/6/09, comments here)
Dr M: No reason for Kuan Yew to see me (Bernama 11/6/09, comments here)
'No reason for LKY to see me' (Straits Times 11/6/09)












Cantik? Klik 






LKY tahu siapa yg berkuasa tp ada puak tu tak tahu siapa kawan dan lawan dia.
Mungkin kalu puak tu jumpa Rosmah bukannya Dollah, rasanya idea mengarut UG dah boleh 'lulus'.
Lantik pulak SUA yg baru ni ibarat beruk membaiki bunga.
Undi di sini utk mengetahui siapa pembawa virus yg mengelikan rakyat.... http://corongkita.blogspot.com/
haha..tergelak aku baca ayat yg terakhir tu..dlm harakah tulis, "umno dah berubah"..dlm utusan malaysia tulis, "PAS dah insaf"...hehe..
LKY jumpa presiden pas bincang pasal apa? Unity gomen ke?
LKY pon dah tahu.. pelik orang Malaysia tak tau... hahaha
LKY jumpa PAS sebab apa pulak?..minta suruh depa kawan baik2 dengan penyembah berhala ka?atau warning jangan kawan yg. seagama!!
saya dah tak baca harakah. buang masa.