Sebagai manusia biasa, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub tentulah banyak kelemahan. Biasalah, dia orang bukan malaikat. Tetapi, ketika beliau menjadi Ketua Pemuda PAS sebelum ini, saya tak ingat adakah beliau pernah menolak untuk berdebat dengan mana-mana pihak. Seingat saya, dia rajin mengajak orang berdebat walaupun tindakan itu dikritik oleh beberapa pihak.
Dalam berita bertajuk "Pemuda Pakatan debat halatuju PAS," Malaysiakini 12/6/09 melaporkan, Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan menolak jemputan perdebatan itu.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Nasrudin berkata, beliau terpaksa menolak jemputan tersebut sebagai menghormati keputusan PAS Pusat untuk tidak menyentuh isu kerajaan perpaduan untuk sementara waktu itu.
Kepada saya, ketika hampir semua orang mempersoalkan perkara tersebut, talabah yang mengetuai Pemuda PAS itu sepatutnya mengambil peluang tersebut untuk membersihkan nama Presiden PAS yang kini teruk dikritik akibat isu itu.
Izinkan saya mengingatkan kepada yang ingin menghantar komen supaya jangan menuduh Nasrudin jaguh kampung!










Cantik? Klik 






Nak tuduh x boleh x per, sebab taraf ulamak lebih baik diam dari berkata kata, walaupun jemaahnya akan dimamah kehancuran ! Tahniah pada semua perwakilan yang sebulat suara memilihnya walaupun jantannya x seberapa.
Taknak la tuduh dia sampai guna gelaran jaguh kampung. Cuma rasanya dia pun kantoi tak tahu apa nak jawab. Beri la alasan mcm stopa ali.
Tp kat kuliah2 kat masjid dan masa usrah sebelum muktamar bukan main lagi sebut isu UG la, ulamak la, erdogan la. Maklum la yg hadir tu pun puak2 dia jugak. Wala' punya pasal percaya la semua. Tu pun cara dia kempen konon2 masuk kem ulamak!!!
Setakat ini, 60% berpendapat bahawa hadi, nasa, dan stopa ali adalah tulang belakang idea UG utk berbaik dgn umno.
Adakah anda sudah mengundi??
Undi di sini http://corongkita.blogspot.com/
Note : Tq penarikbeca.
Jaguh kampung! Jaguh kampung! Jaguh kampung!
sori brader terkeluar jugak apa nak buat..
NASRUDIN AL TANTAWI MEMANG JAGUH KAMPUNGAN....HAHAHAHA....
kah kah kah kah.... memang betul tanggapan saya. pas kini patut dieja sebagai past. masa silam. masa yang dah lepas. tak boleh nak harap dah.... join DAP lagi baik...
tak kira pak bakaq, nak kata jugak, nasarudin jaguh kampung!!!!!
Nak buat macamana bang Bakar, 'ayam sabung' baru kita memang jenih tu kut, harap-harap kita tak penat dua tahun dah laa...
Salam Bakaq,
Kita tak tuduh dia jaguh kampung. Tapi minta dia pakai baju kurung. Nampak sopan sikit!!1!
Bang Bakaq....
Itulah nilai-nilai kepimpinan PAS selepas muktamar 55 yang lalu... Inilah muka-muka Ustaz-Ustaz yang akan jadi pemimpin kononnya... seolah-olah mereka saja yang boleh memimpin.. bukan ulamak tak boleh... awai-awai lagi dah nampak........
din tawi dan azman syapawi ni lulus ker waktu kuliah dulu? cuba check dengan mat iraq.
Bukan jaguh kampung pak Bakaq, tapi ampu terlalu kuat. La ni tak tahu hujjah nak beri sebab perlu ada kerajaan perpaduan. Nak guna alasan perpaduan Melayu, apa pula kata Kamal Koh? Ini bukan sunnah nabi! Ini bukan yang dibelajar di Tantawi
Alasan kenyataan Ketua Pemuda PAS menolak jemputan debat Halatuju PAS atas dasar menghormati keputusan PAS Pusat untuk tidak menyentuh isu kerajaan perpaduan untuk sementara waktu ini adalah amatlah lemah dan seolah-olah cuba melarikan diri dari meghadapi situasi sebenar polemik yg berlaku dlm PAS. Saya berpendapat demikian kerana tajuk debat itu ialah Debat mengenai Halatuju PAS. Tidak berbangkit soal kerajaan Perpaduan. Kalau tak mau bercakap hal kerajaan perpaduan pun tiada masalah, tetapi apakah PAS tak boleh berbincang mengenai halatuju PAS akan datang. Kemanakah PAS akan dibawa? Apakah penegasan memperkasakan Kerajaan Pakatan Rakyat sepertimana hasil muktamar PAS di Ipoh masih menjadi agenda utama PAS? Atau adakah penerusan agenda Kerajaan Perpaduan masih ada dihati pemimpin PAS? Apakah alasan utk menutup mulut daripada mengenai Kerajaan Perpaduan sedangkan pemimpin tertinggi PAS TGNA sendiri menempelak arahan sedemikian rupa. Jika nak kepada Kerajaan Perpaduan, sila kemukakan hujjah2 ada. Biar rakyat tahu kearah mana PAS nak dibawa. Apakah halatuju da peranan yg patut dimainkan oleh Pemuda PAS. Apakah program meperkasakan Pakatan Rakyat menjadi keutamaan pemuda PAS? Jika ada apakah gagasan yang dibawa ini diskong dgn program2 dan ativiti2 kearah memperkasakan Pakatan Rakyat? Berapa kerapkah Pemuda PAS dan Pakatan Rakyat telah mengadakan mesyuarat bersama bg merangka program bersama? Adakah sekadar mengadakan ceramah umum sudah layak disebut memperkasakan pakatan? Sedangkan jemputan menghadiri debat pun tak sanggup? Banyak persoalan lagi yg perlu dijawab.... Sila jawab!
Rasa saya KP pas perlu menghadirkan diri. Debat tersebut bukan hanya berkisar kepada isu kerajaan Perpaduan. tetapi berkenaan isu-isu yang lain jy=uga yang tidak kurang penting. lebih-lebih lagi apabila isu tersebut telah disuarakan oleh bekliau semasa berucap mewakili dewan Pemuda semasa muktamar. xperlu takut, tunjukkan bakat anda sebagai KP Pas. sesuai dengan semangat anda berhujah semasa muktamar. itulah kebijaksaan pemimpin.
antara 4 tajuk yang akan dibincangkan dalam diskusi tersebut seperti yang diwarkan dalam malaysiakini adalah seperti berikut:
1. Dengan pimpinan baru yang dipilih, ke manakan PAS ingin menuju selepas muktamar?
2. Mengapakah Presiden PAS ingin mengutarakan tentang konsep kerajaan perpaduan?
3. Apakah persediaan untuk mengambil alih Kerajaan Persekutuan telah dijalankan dalam Pakatan Rakyat?
4. Bagaimana hubungan di antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat?
apa yang nak ditakutkan, Ust. Nasrudin mewakili kami pemuda Pas. jgn jatuhkan air muka pemuda Pas.
tq.
Pak,(anak dia kot), janganlah kau kutuk orang yang dah dipilih... deme juga yang memilihnya, tanpa memikirkan tentang diriku, kini aku hanya dapat berdoa, agar berbahgia kau di sampingnya... waaa aaa aaaa.... time kassssihhhhh.
Mana ada arahan dari PAS Pusat untuk tidak menyentuh isu kerajaan perpaduan untuk sementara waktu?
Setahu saya, saranan tu adalah dari bekas Pengarah Pilihanraya PAS Pusat SEBELUM beliau diisytihar sebagai SUA PAS.
Ianya hanya saranan, bukan arahan. Mujur Pak Bakaq dah peringat jangan tuduh Nasruddin jaguh kampung, kalau tak aku nak hambur nih ......
Saya dah siap masukkan tarikh dan tempat debat dlm diary nak pergi tengok, apa tetiba KP ni menolak pulerk.....
Ada lagi ke manusia yang nak berpaut pada jubah Haji Hadi? Jaguh kampung tidak tapi mungkin burung kakak tua!
pas ni semakin kalutlah
tak payahlah main sekat kelulusan komen ni, lepas je komen tak payah sekat
Wakaka.. gelak guling guling..
Pak Bakaq buat lawak.. saya pun tak tuduh dia jaguh kampung..
Ketua Pemuda tidak mahu bercakap... makin kuat orang bercakap!
Ketua Pemuda PAS sekarang ni bukan jaguh kampung...cuma layak dipanggil jaguh ayam kampung saja. Cuma berkokok di belakang rumah di sahaja!
Tak faham kenapa masing-masing pemimpin (kununnya) PAS sekarang ni begitu bersungguh-sungguh bertanding untuk menjadi pemimpin. Tiada ketokohan langsung. Bahkan tiada syarat utama untuk menjadi pemimpin. Telur nya kosong!
Setahu saya Nasruddin bukan Syiah yang suka cucuk belakang untuk melemahkan Ahlul Sunah.
Ketua Pemuda PAS sekarang ini bukan jaguh kampung. Dia cuma jaguh ayam kampung. Hanya berani berkokok di belakang rumah sendiri sahaja.
Tak tahu kenapa begitu ghairah hendak memegang jawatan tersebut jikalau tidak layak bahkan tidak berani untuk menunjukkan ketokohan memimpin. Ciri paling utama untuk menjadi seorang pemimpin ialah kemestian mempunyai telur. Yang ini jelas beliau tidak ada!
wasotiah?? ada ka org paham benda nie..
http://colourluna.blogspot.com
Oleh: Ahli Pemuda PAS di Selangor.
Salam.
Betul, ini bukan isu jaguh bandar atau kampung. Soalnya sesuai atau tidak pada masa ini. Ustaz Din Tantawi setuju dengan kerajaan perpaduan pada dasarnya, ataupun setuju idea ini dibicarakan.Maka perdebatan itu akan merenggangkan lagi PAS dengan PKR dan DAP. Kesannya ialah Manek Urai.
Kedua, saya percaya Dr Asri akan menyokong idea itu, dan akhirnya terpalit pula imej Ust Din dengan apa-apa yang dituduh pada Dr Asri sebelum ini, oleh ahli2 PAS yang tidak boleh terima pembaharuan.
Saya setuju ustaz Din tolak sementara dulu...
Ada ketika kita terpaksa memikir dua kali , baru boleh jalan , ada ketika dengan keyakinan kita boleh terus maju ....
Fikir fikirkan ...
kuang, kuang, kuang pak bakaq,
kalau saya kata dia jaguh kat surau/markaz PAS jer,... boleh ke?
En syiah pulak dah.ni nak tanya saidatina Fatimah meninggal macam mana.org dah kata nak semua aliran bersatu.ada lagi tali barut gog and magog
Pondan kot
hmmm ... aku tak setuju dengan perdebatan ini, bererti kena berlawan bersama sendiri diantara parti-parti yang mendokong pr, kalau lawan dengan umno tak apa lah !!!
ABU.
Ust Bakaq
Memang setuju Pemuda tu hanylah jaguh kampung jer. Tuan Guru Nik Aziz pun meradang dengan pimpinan PAS sekarang yang mahu menutup mulut orang-orang PAS bercakap pasal isu 'Unity Govt' ini kan jaguh kg sudah tentu lah dia di larang bercakap jauh sekali untuk berdebat secara langsung.
PAS sudah hilang kredibiliti. Sedaq lah Hj Hadi ( kita takan gelar dia Tok Guru ),Hj Hadi sudah menjual keyakinan kita penyokong. Kalau kita ni nak Barisan kita tidak perlu pergi ke PAS, kita boleh terus ke BN dan tapayah lah Hj Hadi jadi orang perantaraan atau broker. Siapa yang memberi hak untuk runding dengan UMNO. Kami ahli dan penyokong tidak pernah redha tindakan Presiden ini.
Kami atas pagar masuk menyokong PAS atas dasar parti ni bergabong dengan pakatan tapi kalau PAS mahu main politik Melayu, sila terus masuk UMNO. Keluar ramai-ramai daripada PAS.
Tolonglah beritahu .. siapa pemimpin Pas Pusat yang menghubungi Ust Ahmad Awang supaya Pas Perak bekerjasama dengan Umno menubuhkan kerajaan Perak selepas PRU 12 dulu.
Sebenarnya makhluk Allah inilah sebenarnya mencetus kekalutuan dalam Pas kini
rupanya ramai lagi siber trooper tajaan,
bila baca ayat komen jer, dah faham laras bahasanya.
beza jauh dengan gaya tulisan ahli pas yang kritis mcm pak bakaq..
Salam Che Bakar,
Ada baiknya Ustaz Nasha yang dijemput untuk kerja-kerja sebegini.
Bebudak muda tak payahlah sibuk2, tambah-tambah pulak banyak kerja nak dibuat kat Pahang, kena ingat tumbang pahang, mudah lah pulak tumbang suami rosmah bom.
Lagipun Orang Pahang Tak Sabar Menunggu MB Baru.
Bulan Penuh 2012
to anony 32,
Nak tau sape yg buat hal tu kena tanyalah Ust Awang ? tapi susah sikitlah nak dpt jawapan sebab ulamak sekarang pun nak sembunyi rahsia, tak mau jatuh maruah seseorang walaupun PAS hancur. Clue boleh saya bagi,Pemimpin tu pemimpin tertinggi tapi yang belum betul betul tinggi,Cita rasa besar dan visi besar misi juga besar mungkin rumah dan kereta juga besar, ingin jadi orang besar sebab tu berpindah kawasan dalam pilihanraya mencari tempat selamat dan yang paling penting tak tahu malu sebab bila Ust Ahmad Awang buka cite dia buat bodoo....sj.
Pak Baqak,
Ustaz Nasaruddin Tantawi ini semasa Muktamar diIpoh berucap banyak kali menyebut perkataan "interlectual".Kami diPerak tak kenal sangat anak muda yang pitah berucap dan banyak menyebut "interlectual" ni.Sebelum Muktamar yang lalu,dari blog-blog yang saya layari,barulah tau ustaz ni tak begitu fasih berbahasa Inggeris.
Jangan pula salah faham dan terus terkam saya,kerana menyebut Bahasa Inggeris.Saya bukan nak promisi Bahasa Inggeris atau pahlawan Bahasa Inggeris seperti Mahathir Mohammad.Cuma agak janggal atau terkilan dihati kecil saya,orang yang begitu ghairah menyebut "interlectual" pada hakikatnya kurang fasih menulis dan berbicara dalam Bahasa Inggeris lantaran "interlectual" yang dia sebut itu adalah dari perkataan Inggeris.
Agaknya beliau menolak perbincangan itu kerana "khuatir" Ketua Pemuda PKR dan Ketua Pemuda DAP akan menggunakan Bahasa Inggeris.Dah nasib Pemuda PAS berkehendakkan ketua kaliber ini. Sendiri gatal sendiri garulah.
Apo nak takut kalau dah memang jaguh kampung terpakso la bagitau pado dio, den takut jenis ni hanya berani cakap dalam selimut yo payah la kalau macam tu
Tuan Guru Ust Bakaq, sila amati sebahagian dari
http://nikhassanazmi.blogspot.com/2009/06/amanat-dato-tuan-ibrahim-naib-presiden.html
nasha tu boleh bi, bagus ke dia? saudara, fasih bi bukan syarat jadi pemimpin. kalau seseorang pemimpin tak bagus, tak kena mengena dgn tahap bi dia.
Pak Bakaq,
Pada pirasat ambo yg lemah nin ada beberapa kemungkinan yg perlu diberi perhatian...
1. apakah benar pas pusat dah buat keputusan supaya UG jangan di debatkan secara terbuka, atau sekadar arahan diktator baru dalam pas stopa ali?
2. apakah ustaz din wala dan taat kepada arahan keputusan stopa ali atau pun sekadar mengadakan alasan palsu atau pun dia takut?
3. wawasan apa yg bakal dibawa oleh pemuda pas pusat kalu begitulah gerak dan tari ketuanya? mana pi intectual discourse, perbincangan secara ilmiah dan wacana akademik jk sesama rakan PR pun tidak boleh nak sembang?
4. last sekali...ust din mungkin dan set him mind to discuss with KJ only!
Sayonara...awas wabak selsema H1N1M1 yg sedang melanda PAS!
Jgn la tuduh dia jaguh kampung (alamak terkeluaq pulak dah)
ustaz nie baru ja dipilih jadi ketua dewan pemuda pas...
sabaq... sabaq cik naaaa... hik hik.. :P~
Salam...Kalau Us Nasarudin tak fasih bahasa inggeris x mengapa. Bahasa Arab dia cukup fasih. Kutukan semua ni akan dibalas oleh Allah. Kalau fasih bahasa inggeris pun kalau merosak agama buat apa?neraka jawabnya. Negara cina yang maju pun bangga dengan bahasa dia. Pemimpin dia pun x tahu berbahasa inggeris. Ya Allah engkau berikan lah mereka ini petunjuk...Bantu lah PAS yang ingin melihat Islam terus di yakini....
salam, KP pas ni duduk di China atau malaysia..