Sedap!! Klik gambar di atas!

Kerajaan perpaduan, sembang dalam terang, jumpa dalam gelap

Dalam berita bertajuk "Isu perpaduan terpulang pada Presiden - Ustaz Azizan," Harakah melaporkan Ustaz Azizan Abdul Razak berkata "Tok Guru Nik Aziz pun berunding dengan Lee Kuan Yew".

Bersembang tanda menghormati orang yang datang ke tempat kita bukan berunding.

Bagi taklimat tentang apa sikap kerajaan PAS Kelantan terhadap orang-orang bukan Islam bukan berunding.

Bersembang dalam terang, siap boleh ambil gambar lagi, tak sama dengan berunding serta berpakat dalam gelap secara sembunyi-sembunyi.

Bersembang dalam terang tak sama dengan pembohongan terang-terangan - menafikan main belakang dalam gelap malah siap nak saman orang lagi kerana hendak menyembunyikan perselingkuhan politik.

Mujamalah terhadap tetamu bukan Islam yang kronik dengan tipu muslihat tak sama dengan nak tubuh kerajaan perpaduan dengan taghut.

Membuat perbandingan yang tersasar dan tidak sesuai sama sekali mendedahkan diri kita kepada dua tuduhan:
1. Dituduh tak cerdik
2. Dituduh nak belit-belit

Berkaitan:
PAS tidak berminat bincang dengan Umno - Mustafa Ali (Harakah 20/6/09)
Kerajaan perpaduan: PAS adakan siri mesyuarat redakan ketegangan (mStar Online 20/6/09)
PAS tidak berminat bincang dengan Umno - Mustafa Ali (mStar Online 20/6/09)
Kerajaan perpaduan: Pemimpin PAS tetap mahu disertai DAP, PKR (mStar Online 20/6/09)
Kerajaan perpaduan: Umno perlu halusi pandangan akar umbi, kata Mahathir (mStar Online 20/6/09)
Umno mahu perbincangan kerajaan perpaduan disegerakan (mStar Online 20/6/09)
Nik Aziz marah Nasharuddin: Ibarat pukul anak sindir menantu? (mStar Online 19/6/09)
Kumpulan sokong Nik Aziz adalah suara minoriti - Ahmad Maslan (mStar Online 19/6/09)
Rais: Tindakan Nik Aziz minta Nasharuddin letak jawatan tidak wajar (mStar Online 19/6/09)
10 MP PAS tolak kerajaan perpaduan (mStar Online 19/6/09)
Nik Aziz temui pemimpin tertinggi PAS bincang kerajaan perpaduan (mStar Online 20/6/09)
PAS moves to patch cracks in party leadership and coalition (Malaysian Insider 20/6/09)
PAS to hammer out unity dispute (Malaysian Insider 20/6/09)
Putuskan sepenuhnya hubungan dengan Umno (Malaysian Insider 20/6/09)
‘Unity’ may result in more Malay votes, but not more seats (Malaysian Insider 20/6/09)
Outburst by Nik Aziz shows the seriousness of split in party (Malaysian Insider 20/6/09)
Polis berdemo depan Pejabat Agung PAS (Malaysian Insider 19/6/09)
Tiga mesyuarat penting untuk redakan krisis dalam PAS (Malaysian Insider 20/6/09)
Nik Aziz enggan ubah pendirian (Utusan Malaysia 20/6/09)
Pas siap sedia adakan mesyuarat esok (Utusan Malaysia 20/6/09)
Siapa yang akan untung? (Utusan Malaysia 20/6/09)
Manek Urai jadi ukuran (Utusan Malaysia 20/6/09)
UMNO–Pas perlu berunding (Utusan Malaysia 20/6/09)

Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Kalau jadi MB jangan cakap macam tempat kenduri, habih takat tu ja, oghang tak pakai hujah macam tu.Cakap loyar buruk habuan nak pertahan, habuan nak kilas dan pemati modal kawan.Cakap terus terang la , kalau sokong perpaduan dengan umno, MB Kedah cakap sokong, tu ja oghang nak dengaq, tak payah dok corner baring buat no 8.Itik dalam kolam sudah diketahui jantan betinanya.

  2. SETUJU !... Nik Aziz bukan berunding dengan Lee Kuan Yew. Beliau cuma menerima kunjungan LKY. Menghormati tetamu juga satu adab. tapi BERBOHONG adalah satu sikap kemunafikan!. Sebelum Pak Lah dedahkan yang PAS-UMNO ada meeting sulit. Ust Nasha BERBOHONG konon tak de pertemuan sulit!

  3. Pak Bakaq,

    Mesti TGNA bincang nak ajak PAP join PAS (maksudnya bincang keadilan pemerintahan Islam yang sebenar. Jadi suruh LKY praktik, belajar sikitlah tentang indahnya Islam macam KM PP). Bukan nak bawa PAS join PAP macam UG. Dalam terang, boleh ambil gambar, ramai saksi, seminit lepas tu keluar internet. Esok keluar paper. Kalau orang tanya, mesti TGNA mengaku. Bukan dalam gelap, buat sendiri2, tak mengaku, bila pecah rahsia tunjuk orang lain, kemudian Pusat benarkan. Pusat mana? kat perut sendiri adalah. Mula cakap lain, sekarang cakap lain. Banyak putar belit. Bila kita kata cakap bohong, penipu, marah pula. Kemudian kata ijtihad, betul 2 pahala, salah 1 pahala. Ijtihad tak apa, kalau ada niat jahat, macamana?

    Ustaz Azizan tak dapat bezakan bincang dalam gelap dengan bincang dalam terang (agaknya). Macam Ketua Pemuda PAS tak dapat bezakan dakwah Nabi Musa dengan firaun (agaknya). Macam pengusaha / penyokong tegar UG, cakap berbelit pun dapat pahala (agaknya).

    Cuba lihat di bawah ini, jangan lepas ni cakap lain pula.

    Harakahdaily 21 Jun 2009.
    Tuan Ibrahim berharap rakyat di Manek Urai tidak bersekongkol dengan pemerintah yang gemar membuat zalim dan melakukan banyak penyelewengan harta rakyat.
    "Jangan kita cuba tolong orang yang derhaka kerana ia tidak membawa kita selamat di dunia dan akhirat," katanya.

    p/s : Ahli / penyokong UMNO tidak jahat, yang jahat adalah UMNO. Mari berdakwah dan mengajak mereka supaya meninggalkan UMNO dan join PAS. TAK NAK! utk UMNO/BN.

  4. Ye lah, anda lagi hebat dari Ust Azizan tu..Ape kelas Azizan Razak, penarikbeca lagi uber..

  5. Tak sudah2 lagi ka Pak Bakaq . Dendam kesumat tak habis lagi . TGNA pun dah reda tengah bermusyawarah dan akan adakan perjumpaan .

    Awat Pak Bakaq tak boleh berhenti sekejap asyik3 dok ulang jumpa dalam gelap2 . Tunggu Pimpinan bermesyuarat nanti lepaih tu tengok apa depa nak habaq . Sampai dah 3 penggal asyik dok dendam kat Us Nasha nie . Kalau Nasha nak masuk UMNO dia akan pi sorang2 . Kalau nak bawa masuk PAS mustahil .

    Awat yang pakai otak udang . Hentikan sekejap batu api tu .TGNA pun tengah tunggu nak berjumpa .... yang bawah ni janganlah lebih sudu dari kuah pula

  6. "Saya tidak mahu kata 'yes or no' sebab saya bukan orang yang melontarkan idea. Tetapi ingatan saya masa muktamar baru ni dia (Presiden) cakap dia bersedia untuk berunding dengan sesiapa sahaja, itu 'good'. Tok Guru Nik Aziz pun berunding dengan Lee Kuan Yew," ujarnya menerangkan keterbukaan PAS itu.

    Dari segi ayat tu yg aku faham berunding ni maksudnya berbincang... Bukan bersepakat.. Hang jangan laa jadi batu api sgt... Ni nak libatkan Ust Azizan plak dahhh...

  7. Pak Bakaq,

    Ada berita dah tersebar luas, NASA nak bom bulan (PAS???)
    TGNA kata keluar PAS kalau minat sangat kat UG. Takkan kalau marah atau seronok sangat sampai nak bom bulan (PAS???). Pak marahkan kat anak, dahlah tak cerdik politik, degil pula. Bukan nak halau, marah-marah sayang. Harap abang long jagalah hati ayahanda tu dan jaga perasaan adik-adik. Kalau degil lagi, nanti adik-adik tolong bawa beg hantar keluar macam AF tu (paling lewat PRU13).

    Laa .. rupanya berita lain. Baca ... biaqpila.blogspot ...

    Ahad, Jun 21, 2009, NASA mahu bom bulan
    Buat ujian di angkasa lepas bagi hasilkan air, wap

    FLORIDA: Saintis di Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) bersedia melancarkan satu misi ke bulan dari Cape Canaveral membawa peluru berpandu untuk dibedil bagi menghasilkan lubang yang dalam, lapor akhbar, semalam. ...

    p/s : AS ingat bulan tu dia punya. Macam kita ingat bulan (PAS) itu kita yang punya, boleh buat suka hati. Bulan itu (bukan ahmad albab yang punya) ahli PAS yang punya, pemimpin sebagai amanah. Tanya TGNA kalau tak percaya.

  8. Salam Bakaq.

    Kawalan atas media atau organ/lidah PAS terang lagi bersuluh.
    Dasyat mainannya.....Harakah.
    Yang berfikir secara kritikal akan nampak diskriminasi terhadap TGNA,sedangkan rata-rata pengundi mengundi PAS kerana contoh tauladan beliau.
    Harakah seakan menyempitkan ruang buat TGNA sebelum dan selepas March 08.

    Peranan Lutfi di mana ?
    Ada kerja,ada gaji cukup ?
    Subkhy Latif(Sitiawan) apa dah jadi ?

    Utusan Malaysia....contoh media arus perdana sesak nafas namun masih hidup.
    Harakah sebelum dan sesudah March 08 apakah akan mengalami asma,semput,angin ahmar atau stroke ?
    Puncak Niaga sponsor Mukhtamar.......belum jelas lagi arah tujuan ?
    Jelas !!!!!!!!!!!!
    Terang !!!!!!!!!!!
    Tak perlu bersuluh kearah kehancuran dan monopoli oleh 'tiga abdul'.....penipuan terhadap Islam(di gambarkan oleh 'tiga abdul')dan penipuan terhadap perkauman oleh Umno/BN.....masing-masing punyai media.

    Maklumat yang dapat ditimbang-timbangkan adalah melalui internet,di hujung jari...
    Harakah,Utusan,NST,Star,B.Harian......kalau ada duit lebih...lebih baik kearah orang miskin,anak yatim,OKU.........afdal dari membeli lidah syaitan 'tiga abdul' dan tali barut British......
    Dari hari ini duit yang biasa beli lidah syaitan hari-hari atau dwi mingguan arahkan pada fakir-miskin biar pun sekupang !!!!!!!!

    Kalas.





    Profesori Ramlee.

  9. ustaz azizan ni selagi boleh jadi m.b kedah, dia masuk umno pun tak ape, mana ada satu program untuk kemajuan islam yang dia buat sepanjang memerintah kedah, majlis ugama islam kedah{maik] macam dulu jugak,pegawai maik minta kenderaan untuk tugas pencegahan maksiat belom dapat2 lagi.Apa ni ustad jabatan haiwan pun ada kenderaan rasmi.Buat lah kempen untuk islam ustad, takut nanti jadi macam trengganu 2004.bila reporter tanya TGNaziz knapa trengganu jatuh ketangan BN,jawab tok guru..Demo duk sibuk kempen Pas bukan demo kempen Islam.wassalam

  10. Tak cerdik betui MB Kedah ni, orang usul fiqh kata qias maal faariq yakni kiasan tak kena dengan keadaan. Selama ini kita ingat dia pro pakatan rakyat. Dah jelas dia golongan UG. Lepas Tok Guru kejutkan mereka kita dah nampak sapa pro PR dan sapa pro UG (yakni UMNO).

  11. Us Azizan sejak jadi MB ni banyak cakap merapu. Macam ini punya orang, PRU13 ni Pas bungkuih di Kedah. Jadi macam Terengganu. Us Azizan, jaga negeri hang. Tok sah dok perasan, Pas kuat di Kedah. Orang dok perati, jangan cakap lain buat lain.

    Dalam bab UG ni Us Azizan suka nampak. Oooo.... tak lama lagi Exco dari PKR kena tendang ganti dgn Umno/MCA di Kedah. Jadi PRU13 nanti, kedudukan Ust Azizan sebagai MB tak jejaslah dgn adanya UG.

    Piraaah ustaz. Bagi ceramah minta duit penyokong. Dah menang nak tunjuk lagak.
    Deii ustaz kami tak pernah naik pejabat MB minta balak lah.

  12. Ustaz Azizan memang Ultra Nationalist Melayu....Sapa yang kenal dia..pasti tahu yang dia tak habis2 maki Cina. Islam cara Melayu...Melayu dulu, lepas tu baru Islam. ASS-O-BIAH.

  13. azizan is showing his imaturity in politics, very sad indeed.

  14. UMNO dah masuk level "mega desperado". Hidung penyek (tak mancung), pipi pulak tersorong-sorong. Nampak sangat dah terlampau pressured sebab orang dah mula nampak tolak UMNO ramai-ramai.

  15. MB Kedah ni tetibo yo berkokok nak tambah riuh la tu atau nak jadi panglimo bertarung mempertahankan kroni?

    Lobih baik ustaz jago Kodah tu bebaik jangan sampai terlopeh pado musuh daripdo bercakap tak masuk akal.

  16. Ustaz ni pernah cakap dalam interview bahawa UMNO dan PAS tu adik-beradik.. Jadi tak hairan kalau UG ada dalam kepala sebab otak masih sekular walaupun memimpin PAS.

    Sayang sungguh ramai gulongan tok lebai kita ni masih lagi tidak dapat menjiwai Islam sapertimana yang dituntut oleh Allah dan Rasul. Pi mai pi mai berpuloh tahun tapi hanya setakat jadi Melayu nasionalis..

    Nak buat macam mana dah tak dapat hidayah, baik isi borang masok UMNO lagi baik..orang pun tak marah.

  17. Betul tu.. Jadi pemimpin kena bijaksana dalam berkata-kata. Kalu dah orang bawah duk nampak sangat ketidak cerdikan kata-kata Pemimpin, memang x lama. sejak dari awal kawe duk perasan yang Ust. Azizan xsesuai jadi MB. bila keluar kenyataan kat TV, cara cakap xmesra rakyat. xmacam Tok Guru, Xmacam Yb Husam. bila cakap nampak kebijaksanaan. Harap Pemimpin Pas yang lain ambik iktibar. guna akal bila keluar kenyataan.

  18. hat dok komen hentam kedah ni, org kedah ka, pi tgk dulu la, org buat baik bkn menunjuk-nunjuk, statement dia nak reda keadaan, klu ampa pandai, awat x jadi calon, awat x msk berjuang dlm pas btoi2, klu btoi ampa layak, ampa mesti dok ataih dah la ni, aku org kedah, aku tau la,contohnya bakaq, awat hang x fokus apa yg kedah buat hat baguih, aku ni sedara dekat ustaz azizan aku tgk dr dekat ustaz azizan, bakaq aku doa bg hang kena balas dgn tuhan kat sana nanti no, dgn suma hat komen2 fitnah 2, bakaq2, hang ni awat x ckp kat dia trus, pegawai dia ka, kata dia baik dgn hang, dia dah jawab br hang boh tang ni

  19. Pak Bakaq,
    Nampaknya Nasir (No.5)diatas nak hentam Pak Bakaq tapi tak kena tempat.Selain Us.Azizan,MB Kedah ini,ada juga sekumpulan blogers yang menamakan diri mereka pasbaru,juga cuba "mengalih pandangan" orang membawa kisah lawatan Lee Kuan Yew ini.Meraikan tetamu,bercerita,bersembang dan bertanya khabar berbeda dengan berjumpa dalam gelap atau berjumpa jauh-jauh diLondon,Melbourn,Jakarta dan Jeddah.Kalau perkara sebegini mudah MB Kedah tak faham dan nak jadikan "alasan" pula dimana kebijaksanaannya?

    Inilah kaedah yang dinamakan "play safe"(jalan selamat) konon tidak berpihak kemana-mana.Sebaliknya apabila menjadikan lawatan Lee Kuan Yew sebagai "alasan" untuk dakwah terbuka,Us.Azizan terperangkap kerana hendak menyatakan (cara tersembunyi) TGNA bolih buat kena apa pihak kami tak bolih buat dengan UMNO.Inilah "kehandalan" politik ulamak PAS.Itulah sebabnya kadang-kala "Silence is golden".

  20. Kita hairan dengan mereka-mereka yang tak faham hati nurani rakyat- tak kira melayu, cina atau india yang sokong PR masa PRU 12 yang lepas. Mereka bukan sayang sangat kat PAS tapi BENCI kat UMNO. Maka mereka berani bagi peluang dekat PAS. Sekarang ni pun kalau buat survey, kita akan tengok sokongan kepada PAS dah merosot. Tak tau sama ada boleh dipulihkan atau tidak lepas ni. Tak usah cakap lah nak buat kerajaan perpaduan dengan UMNO, hendak bekerjasama dengan UMNO pun mereka tak mahu!!! Apa lah puak-puak ni tak faham. Tu la dok asyik beretorik kat atas sana sebagai PEMIMPIN tapi tidak tau realiti di atas tanah. Lain kali cuba duduk kat kedai kopi ke dan dengar rakyat cakap. Contoh dah ada pada Allahyarham Ustaz Fadzil. Ini asyik dengan laporan-laporan yang tidak diodit oleh orang-orang yang ada kepentingan (mereka ni nak jadi pemimpin, ahli tak terima.)Kadang-kadang tak tahu macam mana boleh jadi pemimpin! (Aku tahu ini semua Kehendak Allah SWT)

    Pimpinan ini juga dulu yang berceramah mengatakan orang Melayu Islam tidak berpecah, tapi Melayu UMNO yang sebenarnya ditolak oleh rakyat. Jadi sesiapa yang nak melihat Melayu Islam kuat dan mantap join aje PAS. Baru PAS boleh menang banyak kerusi untuk menggantikan UMNO dan menjadi parti terkuat dalam PR... Apa la guru lupa apa yang mereka ajar anak murid, bila anak murid dah "graduate" dan dah nak dapat PhD dalam politik Islam, cikgu kat takuk lama lagi.. Alahai

  21. Dato Seri Azizan, Dato Pa Li dan Datuk Hisham adalah Pengarah2 Syarikat North East Plantation Sdn Bhd. Syarikat ni dapat projek balak dibawah pemerintahan Datok Seri Hj Hadi. Dengar cerita projek di beri untuk jamaah bila ada masalah bila Datuk Hisham berhenti dari Harakah. Tapi dah mula agenda kerajaang perpaduang ni, Dato Mat Said boleh kira selesaikan masalah tertangguh. Yang untung Pengarah2 ni la. Perwakilan Pas melopong lagi.

  22. Nampak sangat hala tuju MB Kedah ni. Kalau macam ni akan jadi macam Pas Teganu la. Perintah satu penggal saja. Masa sebelum PRU 12 slogan " Pas untuk semua" bila dah menang "Pas untuk Melayu". Kalau nak sangat perpaduan, lepas ni jangan la nak harapkan sokongan bukan Islam terhadap Pas.

  23. kehkehkeh, dah tau tau apa nak komen. gelak sajalah. :D

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008