Memang benar saya tidak mengalu-alukan hentaman dan kritikan tahap brutal ke atas Tuan Guru Presiden yang banyak berhempas-pulas untuk memperjuangkan Islam. Meskipun begitu, dalam posting sebelum ini yang bertajuk "Semoga dua Tok Guru berkempen bersama di Manik Urai," komen Anonymous nombor 38, pada hemat saya, amat penting diberikan perhatian serius memandangkan isu kerajaan perpaduan menyebabkan PAS mengalami perpecahan paling buruk sejak bermulanya zaman kepimpinan ulama pada tahun 1982:Alhamdulillah dengan perkembangan terkini, semoga berterusan menjangkaui Pilihan Raya Umum ke-13. Post mortem perlu dilakukan segera untuk mengenalpasti punca kepada masalah yang berbangkit. demi keutuhan parti dan menghapuskan semua "tohmahan" soalan2 berikut perlu dijawab:Saya nak tambah sikit lagi, usaha untuk mengenalpasti pengkhianat mandat rakyat yang menghasut PAS Perak menubuhkan kerajaan dengan Umno mestilah berterusan. Pengkhianat itu mesti dihukum!
1. Inisiatif siapa?
2. Pihak terlibat?
3. Urutan kejadian?
4. Adakah melibatkan orang tengah?
5. Jika ada, siapa?
6. Kenapa tidak dibincang di peringkat parti?
7. Apakah terlibat 'pembelian' individu?
8. Kenapa tidak terlintas kemungkinan perangkap?
9. Siapa yang didorong dan oleh apa?
10. Sejauh mana Cik Gu Pa terlibat/apa peranan dia?
11. Sejauh mana Nasha terlibat/apa peranan dia?
12. Sejauhmana TGHH terlibat/apa peranan dia?
13. Haron din, apa peranan dia?
14. Harun taib, apa peranan dia?
Pakar2 bedah perlu cari apa yang patut dan parti mesti sediakan kertas putih bagi memulihkan kepercayaan dan sokongan ahli/penyokong terhadap parti. Hanya dengan 'pembersihan' sahaja kredibiliti PAS dapat dipulihkan.
Ini bukan masalah rumah tangga, ayah dengan ibu bercerai, anak2 masih boleh bertemu dengan mereka. Masalah yang PAS hadapi lebih kritikal, ia melibatkan 'survival' parti.
Untuk maju ke hadapan, punca masalah perlu di'kuarantinkan'.
Allahuakbar!!!
Berikut ialah pendedahan Ustaz Ahmad Awang pada Muktamar Tahunan PAS ke-55 di Shah Alam baru-baru ini:
"Kita tidak sepatutnya berfikir nak berpakat dengan Umno. Sebaliknya kita perlu berusaha memperkasakan Pakatan Rakyat.Pengkhianat mandat rakyat itu masih dicari identiti sebenarnya. Ada orang tuduh Ustaz Dr Harun Din dan ada pula yang tuduh Ustaz Nasharudin Mat Isa. Sekadar tuduhan sahaja. Mereka perlu membuat penafian jika mereka tidak pernah kencing dan berak atas mandat dan kepercayaan rakyat. Nama baik perlu dibersihkan. (Gambar kain rentang di Bachok di atas ihsan Pink Turtle)
"Ada pihak perwakilan yang kata mana ada di antara kita yang nak pergi berunding atau bersama dengan Umno. Saya nak beritahu bahawa ketika kami di Perak dah buat keputusan sungguh tegas untuk tidak bersama Umno dan dah putus untuk bersama DAP dan PKR, kami dihubungi oleh pimpinan tertinggi, "Tak bolehkah kita kaji keputusan untuk bersama dengan Umno?"
"Ada saudara-saudara! Jangan cakap tak ada. Cuma saya tak nak sebut namanya. Tapi saya nak katakan ada. Sebab itu janganlah saudara-saudara terus buat keputusan seolah-olah semua orang dalam PAS tak ada yang berfikir begitu (yakni untuk bersama dengan Umno). Ada! Tapi saya tak layan."






Cantik? Klik 






hahaha...ada org masuk umno nanti..
Salam, udah lah Bakaq..tapi perlu juga sediakan kertas putih..supaya..musang berbulu Kambing dapat d kaurantinkan..sehingga selesai PRK 13.
Jika tuan-tuan ingin mendapat markah penuh dalam menjawab soalan di bawah ini ..sila rujuk kepada Cikgu Pa a.k.a Master of Puppet.
Semoga berjaya....
1. Inisiatif siapa?
2. Pihak terlibat?
3. Urutan kejadian?
4. Adakah melibatkan orang tengah?
5. Jika ada, siapa?
6. Kenapa tidak dibincang di peringkat parti?
7. Apakah terlibat 'pembelian' individu?
8. Kenapa tidak terlintas kemungkinan perangkap?
9. Siapa yang didorong dan oleh apa?
10. Sejauh mana Cik Gu Pa terlibat/apa peranan dia?
11. Sejauh mana Nasha terlibat/apa peranan dia?
12. Sejauhmana TGHH terlibat/apa peranan dia?
13. Haron din, apa peranan dia?
14. Harun taib, apa peranan dia?
Dan beliau yg mendedahkan perkara ini kini telah dilucutkan jawatan P/jaya PAS Perak. Tak berbau ikan busuk lagi ke? Kalau apa yg beliau dedahkan itu tidak benar, apa alasannya tiba2 beliau dilucutkan jwtn sbg P/jaya PAS Perak. Bukan setakat post mortem shj yg perlu dilakukan, Ust. Ahmad Awang perlu diberikan kembali jwtn sbg P/jaya PAS Perak.
Ustaz Ahmad Awang dilucutkan jwtn ttp Stopa dilantik sbg SU Agung PAS. Busuk sungguh. Memualkan.
MUS
tabik hormat pak bakaq,...(SAYA TAK TUDUH SAPA-SAPA)kalau nak suruh dia mengaku(menafikan) rasanya sampai bila-bila pun dia tak mahu...(takut nanti kena baling kasut),agak-agaknya cara apa yg kita boleh buat..??TGHH TOLONG bagi pendapat.....
ni lah contoh org yg tak reti bahasa damai. tak puas hati lagi dengan perpecahan yang telah di tautkan kembali. perpecahan juga yang di usahakan. sakit hati tengok org nak berdamai....
Pak Bakaq, siapakah gerangan orang yang nak buat post-mortem tu,klau boleh jelaskan kenapa SYABAS jadi sponser muktamar PAS,kenapa wakil calon tak boleh masuk tempat kira undi itu hari,jawab yng ini dulu? wassalam
semua orang tak mau umno.. pasai apa dia nak? pelik la
jangan ada yang jadi macam ostad nakasone atau memang stail ostad macam ni ka?
NA
RASANYA MASALAH TERSEBUT ADA JUGA DI SINI... PENULIS INI
INI DIA KATA KATA MSO
Satu kenyataan dikeluarkan oleh Nik Aziz yang menjelaskan bahawa isu unity government telah tidak berbangkit lagi. Isu berkenaan dikira tutup buku. Sehubungan itu beliau juga telah menarik balik bidasan pedih yang dilemparkan kepada Timbalan Presiden Pas, Nasharudin sebelum ini. Penarikan balik itu menunjukkan Tok Guru itu bersedia mengaku salah atas apa-apa tindakan beliau yang dianggap kurang manis dan terlajak sebelum ini.
Dalam pada itu Nik Aziz juga telah memperbetulkan semula satu lagi kesilapan yang dianggap melampau oleh golongan tertentu di Kelantan yang melarang mana-mana pemimpin Pas yang menyokong idea unity government daripada menghadiri diri pada pilihan raya kecil Manik Urai.
Permintaan Nik Aziz supaya semua pemimpin Pas ramai-ramai ke Manik Urai itu menjelaskan larangan yang dikenakan ke atas pemimpin tertentu itu tidak sah dan ianya dibuat tanpa pengetahuan Nik Aziz selaku Pesuruhjaya dan ianya pandai-pandai pemimpin tertentu saja. Mereka yang bertanggungjawab membuat 'arahan' itu seharus memohon maaf kepada Tok Guru dan juga pemimpin yang dimaksudkan agar tidak hadir di Manik Urai.
Menteri BN Banyak Turun Padang ?
MUS (nombor 4)
Setahu saya Ustaz Ahmad Awang tidak dipecat. Dia yang beria-ia tak nak. Itulah yang diberitahu kepada saya.
Bakaq, Ustaz Ahmad Awang tarik diri mungkin disebabkan isu UG inilah.Letih agaknya dia nak berdepan dengan 'Boneka Umno'. Mat Sabu dan Husam nyaris-nyaris tidak terima perelantikan AJK Pusat sekiranya isu UG ini tidak settle on time.Apasal 'Boneka Umno' tidak beri penjelasan dan mohon maah kpd p[enyokong Pakatan Rakyat?Pimpinan yg dah tercalar ini patutnya menarik diri dan main jauh-jauh.Apa yg telah mereka lakukan tu seolah-olah tak ada apa-apa sahaja..
oii bakaq, hang ni xabis2 nk jadi batu api!!!tutup UG serapatnya!!!pekak ka???
xpekak
kamu ni species apa ha!memang la kita semua nak tutup tapi org org spt stopa ali and hassan ali tidak patut di beri ruang jadi pimpinan sekiranya kamu tahu apa yg berlaku sejak 12/09.kalau tak tau diam ajela.
Assalammualaikum Pak Bakar,
Satu cadang yang betul..sedarlah semua kita adalah sama tak kira apa bidang ilmu..sebagai manusia sering silap langkah..jangan apabila ulamak semuanya betul dan tak boleh ditegur..kepada nama2 yg disebut berlapang dadalah dan akui lah jika ada buat silap..contohilah cara TOK GURU NIK AZIZ berpolitik dan bermasyarakat sehingga para artispun menghormati beliau.
Pak Bakar...Syabas atas keberanian dan ketajaman anda dalam membaca sepak terajang politik pemimpin Pas..teruskan dan bongkarlah mana2 yang tak betul..selamatkan Islam dan jayakan misi...PAS FOR ALL.
Pak Bakax, t/kasih atas pembetulan. Tapi siapa 'pucuk pimpinan tertinggi' yg Ustaz AA sebutkan tu?
MUS
oops silap 12/07
7. Apakah terlibat 'pembelian' individu?
kan aku dah jawab ari tu. berderau darah aku tengok duit seguni. buat apa nak simpan lagi orang2 macam ni.
driver datuk
Baru selesai satu penyakit aja tu. Banyak lagu
kuman yang ada kat Nasha tu
Kalau orang kena "Cancer" di mana2 bahagian anggota badan....jalan yang paling baik untuk menyelamatkan nya adalah dengan membuang bahagian yang rosak sebelum ia merebak.....ini fitrah. Sama le juga dalam kes UG ni, 'si pulan-si pulan' yang terlibat wajib di buang sebelum ia merosak kan (merebak dan berjangkit) seluruh anggota badan PAS.
LEBIH BAIK BUANG ANGGOTA PENYAKIT (dah setahun lebih usianya) YANG SUDAH BERBAU BUSUK DAN BERULAT-ULAT DARIPADA "CUBA" MENUTUPI BAHAGIAN YANG ROSAK ITU DENGAN HANYA SEKADAR KAIN PELEKAT BURUK DAN MENYEMBUR MINYAK WANGI ATAR....TRUST ME, IT'S NOT GOING TO WORK...AND NEVER WILL BE.
"jika fatimah mencuri..." sabda nabi saw. sudah tentu 'kepimpinan ulama' tidak mahu mereka2 yang terlibat bertemu dalam gelap sehingga membiarkan diri mereka diperalat dibiarkan begitu sahaja! fitnah oleh umno bermula dari tangan2 mereka yang tidak berfikir panjang bertindak. mengenepikan sebarang perbincangan yang dilontarkan entah oleh siapa sehingga parti terjebak? apakah paklah lebih penting atau parti? apakah ia datang dengan tawaran lumayan? mungkin kerana tawaran tidak banyak mendorong pertemuan tidak dibawa berbincang sesama sendiri.
ini bukan masalah tidak hormat kepada kepimpinan. jangan salah gabung hormat dengan wala'. ia dua perkara berbeza. hormat datang dengan sendirinya tanpa perlu meminta2. wala' pula ada syaratnya. ia bukan sesuatu yang perlu diminta2. wala' berlaku apabila bertindak dengan penuh tanggungjawab dan berlandaskan perlembagaan parti. mengenepikan perlembagaan parti, kemudian meminta diwala' tidak mencerminkan ciri kepimpinan.
dari peristiwa pahit yang dilalui, sudah tentu ada pelakon2 utama yang terlibat secara langsung tanpa sedikitpun memikirkan 'perangkap' yang dipasang umno. bermula dengan agenda melayu ia membelit sehingga termuntah ide kerajaan perpaduan. take the bite, you gonna had it. why easily forget? kemana pergi "jangan dibiarkan ular menggigit di lubang yang sama dua kali?" kemana pergi "keadilan islam" sekiranya memilih untuk bersama dengan mereka yang terang2 menolak islam? terang2 berlaku zalim?
setuju dengan anon 21.
tidak ada cara pintas untuk mengubati penyakit yang diketahui kronik. sebagai contoh, harakah perlu dipulihkan status serta peranannya sebagai organ parti. ia tidak memadai dengan menukar editornya sahaja. ia memerlukan tindakan yang lebih dari menukar editor. semoga tg presiden tidak hanya semata2 menuduh umno membuat fitnah tetapi bertindak mengenalpasti dan yang membuang virus2 yang menyebabkan pas "difitnah". biar mana pahit sekalipun ubat yang perlu diambil, demi keutuhan pas, kepahitan itu perlu ditelan.
kerdil lagi dhaif
ada suara2 yang mempersoal keputusan pemilihan pada muktamar ke 55 tempoh hari. ada seorang pengomen, mungkin di blog ini, saya dah lupa, mengatakan bahawa ust hassan shukri dan ust ghani shamsuddin (?) ahli jk kiraan undi, akan membuat penjelasan/penerangan bagi menepis tohmahan berlakunya 'silap mata'. apakah ust hassan sudah ada kenyataan daripada ust hassan shukri? tak terbaca pulak...
Boleh tanya soalan ni pulak ? Adakah benar Ustaz Ahmad Awang tak mau sambung jawatan esuruhjaya PAS & tdk bertanding atas pilihanraya lalu sebab ada masalah tindakan muflis mahkamah terhadapnya ?
Apakah benar ucapan seorang perwakilan yg menyebut "Ulama Mercedes" ditujukan kpd Ustaz Ahmad Awang yg secara tiba2, terus pakai Mercedes dgn drebar skali selepas PR memerintah Perak ? Sebab itu beliau sgt menentang kerajaan perpaduan sebab byk terhutang budi dgn Nga & Ngeh ?? Sila jawab...
Assalammualaikum.................
Agaknya banyak yg tak puas hati lagi selagi mereka yg berkenan tidak memohon maaf
kepada semua ahli tak kira peringkat atau pangkat secara terbuka. Jadi eloklah mereka ini segera melakukan demi keharmonian parti.
Salam Pak Bakaq,
Issue UG ini x akan selesai selagi musang berbulu ayam dalam jemaah Pas tidak diambil tindakan tatatertib. Kesalahan yang mereka lakukan adalah sangat serious dan boleh mengakibatkan Pas hilang banyak kerusi dalam PRU 13 nanti. Mereka tidak minta maaf kepada jemaah Pas dan juga penyokong Pas termasuk non-muslim yang memberikan undi semasa PRU 12. Post mortem untuk mengenalpasti dalang issue UG ini amat dinanti-nanti oleh kebanyakan rakyat. Pas perlu telus dalam hal ini. Kalau pemimpin yang terlibat ada maruah, mereka sepatutnya letak jawatan secara sukarela.
bakaq kamu ni betul-betul ronshon lah.
Nampaknya org2 PAS sekarang lebih takut kehilangan UNDI NON MUSLIM, dari mendapat redha Allah... Yg dicari oleh ahli2 PAS celup sekarang adalah kemenangan pilihanraya, bukan lagi perjuangan Islam.
Salam
Dah ambil gambar banner tu, baru nak habaq.
TQ
Tersenyum sendirian apabila saya melihat gelagat Pemimpin PAS yang tak ubah macam badut sarkas!
Mana tidaknya, tuan Presiden PAS sendiri yang melontarkan idea kerajaan perpaduan ini lepas tu dia tuduh UMNO buat fitnah pulak! Kelakar betul cara orang PAS buat wayang kan?
Baiklah, sekarang saya nak tanya anda sekalian, siapakah mangsa dalam hal ini? Siapakah lebih ikhlas? Siapakah lebih islam?
...............
Dulu perjuangan islam
Sekarang perjuangan kuasa dan wang.
Dulu perjuangan hudud
Sekarang perjuangan bontot
...............
Ular lebih Islam dari PAS.hahahahahaahah.Pas dah jadi parti sarkas.
anom 31
kamu parti apa !!.komen biaq macam orang pergi sekolah sikit !!!malu lah macam budak tadika !!