Barangkali melihat ramai yang tergagau-gagau tentang apa yang dimaksudkan dengan kerajaan perpaduan (UG), seorang pembesar politik menghantar SMS kepada saya mengenai perkara itu. Saya petik bulat-bulat penjelasannya tanpa edit seperti berikut:
Democracy in practice oleh Helena Catt
Westminster system
Presidential system
National government
What's a "unity government"?
Ringkasan ceramah Tok Guru Nik Aziz di Manik Urai 12-06-09 (Misai Merah)
Umno takkan berubah (Misai Merah)
UG hanya wujud di Barat apabila berlaku krisis besar seperti Perang Dunia, tu pun kerajaan sementara perang saja. Konsep takde pembangkang memang wujud dlm sistem demokrasi berkongres seperti di Amerika Syarikat, Filipina n Indonesia; Presiden yg dipilih melalui p'raya presiden dlm sistem ni boleh lantik sapa saja jadi menteri dan menteri mereke bukan ahli kongres/DPR. Sistem Westminster seperti UK, NZ, Australia, Thailand, M'sia akan ada parti kerajaan dan parti pembangkang kecuali kalau semua setuju kerajaan campuran takdelah pemnangkang.Saya teringat komen saya dalam posting Sebol bertajuk "penarik beca mengaku benak, sedikit perbezaan kerajaan perpaduan TGHH dengan Hasbullah Pit". Saya tulis seperti berikut:
PM dlm sistem Westminster dipilih selepas p'raya bersama dgn MP lain, jadi dia kena jaga MP dia dan dasar parti dia, beza dgn Presiden yg ada mandat peribadi,
Di Congress US, ketua2 parti dipanggil majority leader n minority leader; sistem Westminster: PM dan opposition leader.
Agak biasa Presiden Amerika parti lain majoriti ahli Kongres parti lain, di Indon SBY Presiden tapi parti dia kecil saja dlm DPR.
Obama lantik balik SU Pertahanan dari kabinet Bush.
Kalau nak UG cuba amal dlm parti dulu, bagi jawatan tinggi kpd yg beza dgn kita, bukan sekadar AJK, jangan tuduh orang (di dalam) parti musuh Islam...
Banyak kerja tu. Nak suruh BN ubah sistem sekarang yg dia rasa sedap sangat. Dia nak ka?Berkaitan:
Yang senang lawan itu BN dulu. Memang nampak macam mustahil mau jatuhkan BN. Tetapi, bukankah kemenangan pembangkang di lima negeri juga dianggap mustahil dulu?
Siapa pernah terfikir pembangkang boleh menang di Kedah, Selangor dan Perak serta kurang dua tiga kerusi sahaja berbanding BN di Negeri Sembilan?
Siapa fikir PAS boleh menang dua kerusi DUN di Johor?
Buatlah kerja yang kita boleh buat dahulu. Jangan kerja yang boleh buat tak nak buat bagi habis, nak merengek minta orang tukar sistem yang dia memang rasa sedap dengannya.
Sampai kita mati pun dia tak akan tukar kalau dia rasa lazat sangat dengan sistem tu.
Democracy in practice oleh Helena Catt
Westminster system
Presidential system
National government
What's a "unity government"?
Ringkasan ceramah Tok Guru Nik Aziz di Manik Urai 12-06-09 (Misai Merah)
Umno takkan berubah (Misai Merah)










Cantik? Klik 






Setelah mendengar "penjelasan" UG TGHH di London, aku dapati ianya agak sempit, dan tiada ke arah nak reform sistem demokrasi.
Jadi aku teruskan agenda cuba ubah sistem demokrasi guna nama lain.
Terima kasih pak bakap kerana memberikan satu bahan yg bermanfaat mengenai sistem pemerintahan dalam demokrasi.
Dek kerana selama lebih 50 tahun umno menguasai federal, dan selama itulah umno tidak pernah belaku adil kepada negeri2 yg diperintah oleh PAS sejak tahun 1959 lagi..apakah kita masih mengharap umno berubah jadi lebih baik??? jauh sekali, melainkan kita tengok kian hari umno semakin jahat..
jk pemimpin pas nak tengok kerajaan perpaduan diperingkat nasional, saya mahu tengok dulu hubungan kerajaan pusat dan kerajaan negeri PR lebih2 lagi kelantan diperbaiki dan diberi layanan yg adil dan saksama.
Saya amat kagum dgn tok guru pulau melaka kerana masih mampu tersenyum, walaupun umno dah suap berbagai jadam, racun dan sampah dalam pentadbiran negeri kelantan sejak 1990.
Tokden
apa-apa pun benamkan umno dulu barulah orang-orang melayu celik mata, jikalau pas dan umno berpeluk atas nama ug maka lambat lagilah orang-orang melayu nak faham erti demokrasi yang sebenar !
ABU.
udahlah tuu...
Memang aku pun Pak Bakaq woi tak berapa faham sangat pasai UG ni tetapi DS Najib dah faham. Kalau tak caya tengok ni kata katanya:
K'jaan perpaduan: Najib percaya PAS ikhlas
Jun 16, 09 12:15pm
Datuk Seri Najib Razak berkata beliau melihat PAS ikhlas dalam cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang disuarakan oleh presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Perdana menteri berkata beliau tidak menolak sebarang kerjasama yang boleh memberi kebaikan untuk negara.
"Umno sentiasa bersikap terbuka dan bersedia untuk mendengar dan menimbang apa-apa cadangan yang dikemukakan oleh PAS," katanya selepas merasmikan Persidangan Menteri-menteri Pelajaran Negara-negara Komanwel ke-17 di ibu negara hari ini, lapor Bernama.
Ditanya sama ada beliau yakin dengan cadangan itu, Najib berkata ini adalah satu titik permulaan tetapi beliau perlu juga melihat terlebih dahulu bentuk kerjasama yang sesuai antara kedua-dua parti itu.
"Kita kena risik-risik dulu. Macam kita nak kahwinlah, kena risik-risik dulu. Jadi tak jadi, kita tengoklah. Takdir menentukan, apa bentuk kita tak tahu lagilah.
"Kita tengok pada bentuk kerjasama yang sesuai. Selepas itu, kita boleh bincang. Tak ada masalah," katanya.
Cadangan Abdul Hadi untuk mewujudkan kerajaan perpaduan itu disifatkan mampu untuk menyelesaikan pelbagai isu termasuk masalah politik negara secara menyeluruh.
Pak Bakaq, aku tak heran pasai apa orang UMNO lebih faham dari orang PAS. Sebab nya mereka dah lama bincang dalam gelap atau pun lebih dahulu. Lepas semua ahli UMNO dah faham barulah mereka nak bagitau kat orang PAS. Orang PAS tak dak masalah punya kerana mereka wala' kepada pimpinan, Ulamak tentu sokong dan pemuda pun sokong. Tapi....pasai apa pulak banyak ahli biasa tak sokong ni.... bungkus.. bungkus.
Kenapa sibuk-sibuk dengan UG. Kalau betul UMNO ikhlas dan jujur nak unite dengan PAS, ikut saja cadangan TG Nik Aziz - bubar PAS, bubar UMNO, bentuk satu parti lain yang memperjuangkan Islam...habih cerita...
Bila mana PAS usulkan nak HARAMkan SIS..sehingga kini tak dak sekoq pun pemimpin UMNO yang menyokong usul tersebut...itu pun masih ada orang terhegeh-hegeh gilakan UG..
Aku amat menghormati ulama kehebatan mereka dalam ilmu agama, namun hebat dalam ilmu agama tak semestinya hebat segala-galanya termasuklah ilmu politik. Dan bukan semua ulama boleh memimpin dan bukan semua ulama dipimpin oleh Allah
Aku hormati TGHH sebagai alim ulama, namun kredibilitinya dalam bidang politik masih lagi diragui....Beliau diberi peluang untuk memimpin Trengganu namun gagal untuk mempertahankannya...Sepatutnya TGHH sudah tidak layak untuk memegang jawatan Presiden, tapi malangnya beliau menang tanpa bertanding ala Presiden Umno jugak le..Najib menang tanpa bertanding...
Unity Government (UG) mungkin adalah satu-satunya peluang buat PAS Terengganu memerintah dalam tempoh yang cukup singkat, mungkin PAS akan diberi tampuk kuasa di Terengganu selama 3 tahun bermula tahun ini.
Mungkin,idea UG hanyalah berkitar di kalangan PAS dan UMNO Terengganu sebelum merebak ke Pusat.
Mungkin, ada beberapa kalangan pimpinan PAS yang termakan pujuk rayu dan Rosmah Mansur telah berperanan dengan baik untuk mengabui mata-mata pimpinan PAS melalui najib.
Mungkin, bomoh-bomoh politik Rosmah Mansor telah berjaya menguasai The Art of War dan pimpinan PAS terperangkap.
Pak Bakaq, aku jadi percaya kes aku jumpa Ust Nasharudin waktu tu ada Perhimpunan UMNO Selangor tertutup tahun lepas. Budak-budak tanya aku Ust Nasharudin buat apa, aku senyum tak tau nak kata apa.
lantik Nizar jadi Presiden PAS, tabal Nizar jadi ulama segera PAS...
lagipun presiden PAS, haji hadhi ibarat kayu- siapa nakj dengar cakap dia dah...
http://pkrpasdap.blogspot.com
UG adalah omongan kosong. Buang masa dan memperlihatkan 'ketidak-pandaian' beberapa pemimpin. Dalam dok kena tendang secara haram kat Perak pun dok kira nak sebut lagi ttg UG. Rubbish.
Kenapa kita nak kawan dgn parti yg betul2 nyek kita setiap kali pilihanraya?? PAS dah tentang UMNO sejak dr pilihanraya 1955, mari pilihanraya 2008, UMNO kalah sikit, kita yg dia dok nyek dr 1955 nak kena tlg dia?? main politik apa mcm nie??
Masa 2004, bila Pak Lah, UMNO, BN menang besar ada kita dengar ttg Ketuanan Melayu? Melayu kena bersatu? Cina naik tocang? PAS dgn UMNO kena bergabung nak selamatkan Melayu? Melayu kena bersatu? Ada kita dengar semua ni???...Tak dak!!! Masa UMNO kuat, tak pernah dibincang pun hal Melayu. Dah kalah sikit baru nak jenguk PAS. Dan PAS pulak tiba2 nak jadi bengong ikut rentak UMNO ni. Ini semua adalah taktik UMNO utk selamatkan diri dan parti dia. Bila dia kuat, dia nyek nya PAS, dah lemah ajak PAS bergabung, berkawan kononnya nak selamatkan Melayu.
Pilihanraya Manik Urai, kalau UMNO ikhlas nak bergabung dgn PAS kenapa dia letak calon di sana? Sekarang ni, keluar mcm berita di hentamnya PAS utk pilihanraya kecil Manik Urai..Apa cerita???? Ni la perangai UMNO, dgn PKR dia takmau lwn tapi dgn PAS, sampai kiamat pun dia akan tentang. Ingat lagi kempen UMNO di Kelantan menjelang pilihanrya 2008??? Bertubi-tubi diserangnya PAS. Di Terengganu, ditembaknya penyokong PAs samapi masuk ICU. Penyokong Kerajaan Perpadua dah lupa agaknya benda ni sampai dok sokong buta tuli.
Kepada penyokong Unity Government atau UG, boleh pegi hamprak kamu semua dgn UMNO, dan bersiap sedialah PAS hilang Kedah tahun 2013 kalau mcm ni perangai pemimpin PAS. Kami anak2 muda sokong pemimpin2 PAS yg susah senang sama2 samada pAS kuat atau lemah. Lemah dgn rakyat, kuat pun dgn rakyat, bukan lemah dgn rakyat dah kuat dgn UMNO!!. Kerajaan jahat, toghut, jakun dan pelaq mcm UMNO ini jgn katakan nak berubah, tak payah tunngu dia berubah, patutnya kita kuatkan jemaah dan perjuangan kita bagi ahli2 dia pakat lintang ramai2 masuk PAS. Bukan PAS jadi dungu pi masuk UMNO.
Kepada Abg Mat Sabu, teruskan perjuangan, pilihanraya depan ambil mana2 kerusi DUN/Parlimen Pulau Pinang. Rapatkan silaturahim dgn DAP, untung2 dapat jd TIMB.Ketua Menateri!!!
Salam, Gue Sebal sesebalnye..bila PM al antantuya berkokok pasal UG...teruslah pimpinan ku yang Bonika menyahut kokokannye...tak ada hati perut sungguh..naik geli..geli..geli..geli..geli..geli..geli..geli..geli..geli..geli..geli..geli..dengan perangai pimpinan macam ni tau...
GELI geleman tau...BONEKA YANG CANTIK DATANG DARI TERENGGANU BAPA KU belikan utk hadiah TEMAN CANTIK KU DARI MONGGOLIA...
SALAM, SEBALLLLLL...dengan BONEKA YANG CANTIK DATANG DARI TRENGGANU PM MAU HADIAH KAN UTK ULANG TAHUN TEMAN CANTIKNYE DARI MONGGOLIA....kenapa lah semua pimpinan pas ni begitu cepat respones ulasan najib ni...terus mau baut sidang akhbar..bukan ke ketua penerangan yang punya kerja tu...kenapa SU yang kegatalan utk buat Sidand akhbar,,,udah berbuka ke dari puasa mulut pasal UG ni..tetiba bolih buka mulut sebab tuan boneka udah berbunyi...MAAF ajelah ...klo post gue ni kasar sikit..nak buat macamana hati tengah seball
kita kena taat kepada pemimpin. TGHH seorang ulama' tentu dia ada alasan kukuh dari sudut agama kenapa Pas perlu ada kerajaan perpaduan dengan UMNO. Cadangan TGHH untuk berbaik dengan UMNO perlu kita taati.
PAS nak jadi ABIM ke? .... truly memalukan. yg sepatutnya diperjuangkan adalah aspirasi rakyat ke arah kepimpinan negara yg bersih, bukan korup. Kalau nak dakwah pada UMNO akan jadi bahan ketawa .. ni pun tgh ketawa dan pelik ... To Stopa ALI STOPPPPPP ...
Hoi pak bakaq, kalu hang pandai sangat hang pi la advice hadi tu. hehehehee...
ni hang duk biaq ISA-Ikut Stopa ALi yg advice hadi, tu pasal keadaan kelam kabut.
Tapi aku rasa serban ko tak berapa besaq, sebab tu diorng tak respek.
Bela kambing lagi baik, untung2 ada MB Umno datang beli.
Sebut pasal UG, aku rasa test ground yg pertama yg Terengganu kot.
Untung kambing2 di Terengganu.
Agaknyo tak tidur malam la Nasa,Tapa and the penipu bilo Najib yang mereko sayangi mula bersuaro menyanjung apo yang dipanggil kerajaan perpaduan cinto berahi antaro segolongan kaki SENGAL dalam PAS dan amNO.
Mako terbayang la jawatan montori ponoh dan jawatan ponting lain kononyo nanti jadi milik mereko.Hampeh memang hampeh
peluklah DAP aka karpal singh aka lim kit siang aka David Ngeh aka yang tak suka islam tu erat-erat... esok senang lah hangpa semua... biladah rakyat semua bebas berugama...
hidup di Malaysia cukup senang... pangkah PAS masuk syurga...