Sedap!! Klik gambar di atas!

Kerajaan perpaduan: Jom kita lawan!

Berikut ialah email yang saya terima dari seorang ahli PAS yang pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS kawasan (saya tak edit sikit pun):
Assalammualaikum wbt Dear Pak Bakaq,

1.Semenjak habisnya Mukhtamar PAS 2009 jiwa saya tidak senang dan senantiasa tertanya-tanya akan halatuju PAS .

2.Persoalan akan halatuju PAS dengan kepimpinan yang dibawa oleh Presiden ,Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung PAS bukan saja menghantui saya, malah perasaan sedih juga meresap dijiwa.Sedih kerana PAS suka 'shoot its own foot'.Sedih kerana apabila PAS dan rakan-rakan didalam Pakatan Rakyat sudah dalam 'cruising mode' gear 5, tiba-tiba nak masuk gear 'gostan' (i.e. patah balik dalam bahasa Kedah).

3.Pilihanraya Umum Mac 2008 merupakan satu titik tolak baru dalam sejarah politik negara.Lebih kurang 49% daripada pengundi yang menolak UMNO/BN.Pada mulanya saya beranggapan bahawa ini hanyalah 'an occurance' atau hanya satu 'event' rakyat hendak mengajar UMNO/BN.Saya juga berpendapat bahawa susah untuk rakyat 'continously reject' UMNO/BN, sebabnya persepsi UMNO/BN = Malaysia menular disanubari majoriti rakyat.Namun pilihanraya-pilihanraya kecil diPermatang Pauh, Kuala Terengganu,Bukit Selambau,Bukit Gantang dan Penanti memberi kefahaman yang berbeza kepada saya.Daripada 'an occurance' atau 'only an event' penolakan rakyat terhadap UMNO/BN telah menular kepada satu 'trend' dan keputusan diBukit Selambau dan Penanti adalah bagi saya satu manifestasi akan citarasa rakyat BERKEHENDAKKAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT ! Bagi warga koperat, ini bermakna Kerajaan Pakatan Rakyat adalah 'VIABLE'.

4.Didalam dunia koperat persaingan adalah lumrah.Setiap syarikat malah individu akan berlumba bersaing.Didalam perlumbaan ini ada batasannya, nilai-nilai moral dijaga dan ini dimanifestasikan dalam konsep dan tindakan 'Rules of Engagement' yang menghormati undang-undang dan pegangan nilai akhlak dan moral masing-masing.Namun sebagai warga koperat saya perasan sejak 10 tahun kebelangkangan ini unsur rasuah menjadi-jadi.Didalam tempoh pentadbiran Perdana Menteri yang ke5, amalan rasuah berkemuncak dan saya rasa dibawah pentadbiran sekarang pun ayat 'amalan rasuah' harus ditukar kepada 'wabak rasuah'.Apabila kita kaji akan fenomina wabak rasuah ini asal usulnya, atau ' the roots of the problem' adalah UMNO.Amalan rasuah menjadi wabak kerana parti ini.Merekalah bukan saja mengamalkan amalan ini, malah mereka mempelopori wabak ini.Teringat kembali saya akan ucapan-ucapan Almarhum Ustaz Fadhil bahawa UMNO ini adalah 'toghut' dan 'toghut' itu jahat dan mengajak masyarakat membuat kerja jahat.Dan rasuah adalah kerja jahat yang paling besar, yang bukan saja meruntuhkan negara, malah empayar sekalipun runtuh kerana wabak rasuah.Andaikata kita tidak membendung amalan rasuah, Malaysia akan hancur....

5.Bagaimanakah kita hendak membendung amalan rasuah dinegara tercinta ini ? Bagaimana bisa Pak (seperti cakapnya orang Indonesia) ? Bagaimana bisa sedangkan UMNO HIDUP dalam rasuah ! Bagaimana bisa,apabila UMNO itu sendiri 'TRIVE ON' rasuah ! Semalam dalam Harakah , Presiden PAS seolah-olah menunggu UMNO berubah kearah kebaikan.Bolehkah 'toghut' berubah ? UMNO dalam mabuknya, dalam rasuahnya, dalam kehinaanya bolehkah berubah ? Atau bukankah lebih baik daripada menunggu dia berubah kita BUANG saja dia !

6.Berdasarkan kepada fakta-fakta yang tertera diatas , saya menjadi bingung apabila Presiden Pas bercakap-cakap tentang Kerajaan Perpaduan.Mula-mula saya ingat kenyataan - kenyataan itu adalah ' slip of the tongue' atau ' a slip of the mind' tetapi tingkah laku beliau sejak akhir-akhir ini menunjukkan bahawa beliau istiqamah dengan kenyataannya.Apabila dilihat jawatan-jawatan penting dalam PAS diisi dengan orang-orang yang sekepercayaan dengannya, ia memantapkan kefahaman saya bahawa Presiden dan orang-orang kuatnya 'will follow up and follow through the unity government with UMNO'.

7.Saya mengambil peluang ini untuk merayu kepada rakan-rakan sekalian yang sayang kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk terus kita berjuang dan berusaha menggagalkan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO ini. Dan usaha kita perlulah ditingkatkan kepada landasan kefahaman bahawa andaikata puak-puak mukabalah ni masih nak berkawan dan berkahwin dengan UMNO, mereka pun harus disingkir daripada PAS dan Pakatan Rakyat.Kalau kita perlu 'menebas' mereka sebelum kita hancurkan UMNO, maka adalah wajib bagi kita berbuat demikian.Kita tebaskan habis mereka dan UMNO, barulah negara kita yang tercinta ini dapat ditanam semula dengan benih-benih yang lebih baik.Benih-benih yang dapat memberi kebahagian kepada kita didunia dan diakhirat nanti.

8.JOM KITA LAWAN !

Sekian terimakasih.Wassalam.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. hahaahha....ada kena tuduhan tidak wala' pd pimpinan ni. masih sebut lagi isu UG, kan SUA dah kata tutup mulut!!!! tak faham2???? heheheheehee..... patut la kalah kot dlm pemilihan pemuda pas kawasan sebab janggut tak panjang???

    http://corongkita.blogspot.com/2009/06/inilah-barisan-kita.html

    Ketua DPPP ygh baru pn duk bertawakuf..tak tahu sampai bila nak keluar kelambu.

    Presiden pulak, dalam negeri tak boleh sebut isu UG tp kat London boleh pulak ulas panjang lebar. Org London ker yg undi PAS?

    Timbalan pulak mungkin tengah sibuk rehearsal angkat sumpah menteri.

    SUA? hehhheeee....ini rasanya tengah cari kambing baka baik nak buat saguhati kat MB Mat Said.

    http://corongkita.blogspot.com/2009/06/manek-urai-boneka-umno-no-entry.html

    Nak kata bodoh kang ulamak. nak kata sombong kang ulamak. nak kata bodoh sombong kang ulamak......last sekali...wala' ajer la......

  2. syiah=hindu=dajal=yahudi

  3. Persatuan Anak Perakan Perantauan Malaysia (Perakan Malaysia) sedia tanding kerusi Manek Urai jika PAS masih ingin meneruskan idea Kerajaan Perpaduan (KP).

    Baca seterusnya di;
    http://prkmanekurai.blogspot.com/2009/06/perakan-tolak-kerajaan-perpaduan.html

  4. Salam

    Buat Penulis

    Kita kena sangka baik, sesuatu dasar yg dibawa Presiden & kroni-kroninya mestilah diikuti, mereka yg telah di'control'kan supaya mudah/senang memperolehi hajat tertentu bagi tujuan untuk melancarkan parti.

    Syura@Keputusan Undian/Angkat Tangan didalam Mesyuarat/Mesyuarat Harian mestilah mempunyai majoriti kemenangan untuk memudah cara satu organasasi merialisasikan satu-satu agenda. Inilah 'setting' dalam organasasi ISLAM ajarkan, barangkali ?

    Inilah Kabinet "UG" yg WOTR "cintai" untuk 2 tahun lagi.
    Mungkin bila-bila masa saja, jika perwakilan menggunakan perlembagaan bagi mengadakan muktamar khas. Apa yg WOTR taip tak tau...

  5. Kalau dah gila sangat dengan kerajaan perpaduan, isytihar keluar PAS dan masuk jer UMNO, habis cerita. Bawa sekali balaci2 tu masuk UMNO. Tak habis2 nak menyusahkan PAS.

  6. tersurat di emel itu
    Lebih kurang 49% daripada pengundi yang menolak UMNO/BN...

    maka saya utarakan...


    Sesuatu langkah perlu diambil untuk memastikan peratus undi popular diterjemahkan kepada peratusan kerusi di Parlimen atau DUN.

  7. saya pun tak tau nak cakap apa lah..
    nampaknya saya setuju sangatlah dengan pendapat diatas....
    i luv nik aziz but now i confius with hadi awang.....

  8. Astagfirullah, sedar lah wahai kaum2 muslimin, kaum2 kafir sedang gembira perancangan hampir menjadi....PAS dan UMNO sekarang masa untuk bersatu, keluar dari BN dan pakatan rakyat...tunjuk siapa kita, jangan la memperbodohkan orang melayu..

    apa habaq orang taiping??? ada yg tak kena ?

    ~mat jering~

  9. artikel tuan memang baik, ada penjelasan kenapa amno itu thogut dan kenapa hj hadi n the geng nk terus "reactivated" dgn amno. Dapat dirasakan sesuatu yg aneh kenapa mereka itu tk lagi meneruskan cita2 almarhum ustaz fadzil hj mohd noor.

  10. Entah la...dah nak kuat...ditembak kaki sendiri.
    Baru diuji dengan sedikit kemenangan. Pas ada berapa jer ahli parlimen. Itupun dimenangkan oleh pengundi bukan ahli. Ustad nasa pun satu baru nak kembangkan pengaruh dah tak sayang mulut...sekurang-kurangnya sedarlah diri tu MP dari Kelantan, lain la kalau dapat title MP dari Rembau ke, Muar ke. Anda belum diuji secara sebenarnya Tuan.
    Kerajaan perpaduan dah terjawab oleh TGHA dari kenyataan di London. Yang belum dijawab...kenapa langgar ketetapan muktamar 2008 hinga menjerumuskan kearah dating dlm gelap, nafi dan cuba berbohong.

    Minta ustad Nasa pula buat penjelasan.....tak yah la dari London juga. Biasa-biasa aje-dimuka depan harakah.

    dari:wadai

  11. Jemaah yang sayangkan perjuangan PAS sepertimana yang diperjuangkan oleh Pemimpin terdahulu dan menolak kumpulan kerajaan perpaduan perlulah mengambil tindakan berkut:
    Tahap Pertama
    1. Jangan jemput pemimpin tersebut datang kekawasan atau cawangan anda.
    2. Boikot Harakah, Siasah dan Trengganuonline
    3. Tak payah ikut lagi arahan kumpulan tersebut.
    4. Rekodkan cawangan atau kawasan yang masih menerima mereka sebagai juga Boneka UMNO.
    Tahap Kedua
    5. Usahakan Muktamar Khas memecat kumpulan tersebut.

  12. sokong 10000000%

  13. Semasa jatuhnya Perak kepada Umno -bn yang lalu, berkata Mufti Perak, kita kena taat dan patuh kepada pemerintah. Bila keputusan Mahkamah Rayuan memihak kepada Zambry, mufti Perak kata kita kena terima keputusan mahkamah.Berkata seorang Ustaz yang bukan muqabalah kepada ku , tindakan mufti Perak itu telah sesat kerana redha dengan hukum yang lain daripada hukum Allah.Sekarang mufti tu jugalah lah yang pujuk Ust Ahmad Awang bentuk kerajaan Pas dan Umno di Perak melalui green light pimpinan tertentu dalam Pas kononnya dah dapat restu Murshidul Am.Siang tadi satu SMS dari orang Pas Kubang Pasu, Kedah berbunyi seperti berikut :KAMI BERDIRI TEGUH DIBELAKANG TOK GURU NIK AZIZ DAN AKAN KERAT LIDAH SESIAPA YANG CAKAP PASAI PERPADUAN DENGAN PUAK UMNO.

  14. takbirrrrrrrrr......ambo sokong sangat weiiii.....tok sir ambo saing ngan umno...macae ludah langit kena betih...pahtuu sium.....

  15. Hang bakaq penyumbang terbaik perpecahan dlm PAS. Laga kepala sana sini, hantuk kepala sana sini. Bikin sensasi cerita buat org benci sana sini kutuk sana sini. Kemudian geng2 syiah hang yg sehati seperut habaq hang tawaduk dan sempoi.

    Tapi nak kata camana Saidina Umar dan Saidina Abu Bakar pun hang kutuk sempoi jaa.. Memang hang jenis tawaduk jalan tunduk.

    Jgn pulak hang tak siarkan komen aku takut lubang hang tawaduk org lain tau ekk bakaq.
    Hidup Iran!
    Hidup Syiah dlm Pas!

    -mat kurang sempoi

  16. bole tak kalau kita sesama islam apabila di dalam dewan parlimen dan lain2 tempat, sesuatu isu berkenaan KEPENTINGAN islam atau umat islam, tanpa mengira isu dibawa oleh pihak mana sekalipun samada PAS, UMNO, PKR atau DAP(lani dah BERTAMBAH ahli DAP MELAYU ISLAM)atau mana2 parti sekalipun menyokong isu atau usul tersebut sebulat suara.
    jika ini boleh dilakukan/berlaku, saya yakin umat islam akan dipandang lebih tinggi dari orang lain.kepentingan islam juga akan selalu terpelihara, pada masa yang sama, kita wajib selalu nasihat menasihati dikalangan umat islam tenang amar maaruf dan nahi mungkar.

  17. http://corongkita.blogspot.com/2009/06/inilah-barisan-kita.html

    kepada yang dalam "barisan kita", keluaaaaaaaaaar baris!

  18. Penghinaan demi penghinaan...... demikian lah ...Allah bayar cash.

    Yg tang kerat lidah tu.... stakat SMS je lah / metafora je lah.... brani pi palestina nun.... tgk sapa kerat sapa..... sama islam brani lah...

  19. Tuan, tak abis lagi ke isu ni?? Sudah le tu, you don't even know sapa2 yang bagi komen dekat sini. Aku baca kat atas tu tulis mcm2, semuanya mcm hard-core2 PAS... tapi mcm mana saya nak tahu??

    Pekerja PAS

  20. Salam Bakar Haq,
    Aku cadangkan kau create on-line voting system untuk ahli & penyokong PAS terima atau tolak Konsep Kerajaan Perpaduan ni. Aku pasti ramai yang akan vote tolak konsep Kerajaan Perpaduan ni dan termasuklah kera-kera sumbang yang menjadi pendokongnya.

  21. bodoh punya bakaq....ingatlah kita akan ditanya atas usaha yg kita buat...

  22. Unity Government ( Kerajaan Perpaduan / Rakyat )

01 Speaker mengatasi kehakiman kerna beliau adalah Ketua Badan Perundangan yg menggubal undang-undang samada di dalam State Assembly" ( Dewan Undangan Negeri ) maupun di dalam parlimen ( Dewan Rakyat ) seperti yang dijamin di dalam perlembagaan.
02 'Unity Government" bermakna Satu Kerajaan Tiada Pembangkang. Semua parliamentarians adalah anggota kerajaan kerana elaun mereka
dibayar oleh kerajaan (Rakyat) bukan parti yang diwakili. Namun status dan identiti kekal seperti sedia ada. Tiada sebarang perubahan dari segi
konsep dan prinsip perjuangan parti masing-masing. dan ianya bukannya menjadi 'Coalition Government" (Kerajaan Campuran) maupun 'National Front"
BN atau Pakatan Rakyat. Konsepnya berlainan samasekali sebab 'Unity Government" sebenarnya pada hakikatnya gugur BN, gugur Pakatan tegak RAKYAT
03. Tiada lagi wakil BN atau Pakatan. Semuanya adalah wakil rakyat Malaysia bukan lagi wakil parti. 'Mind-set " parliamentarians kena berubah kerna
tatkala mengangkat sumpah sebagai parliamentarians gugur habis pengaruh dan kongkongan kepartaian kerana semua anggota parliament dalam Dewan
Rakyat yang mulia ini adalah bertaraf sama sahaja ; yakni, ANGGOTA KERAJAAN ( PILIHAN RAKYAT ) yakni, selaku WAKIL RAKYAT BUKAN LAGI WAKIL PARTI
Justeru kerana, rakyatlah sebenarnya yang membayar elaun mereka dan yang pasti bukannya daripada sumber parti. Justeru itu, yang ada hanyalah Kerajaan Perpaduan (Rakyat) bukannya kerajaan Parti BN atau Pakatan.
04 Bukan parti yang bayar elaun parliamentarians tetapi kerajaan Malaysia(WANG RAKYAT) . Justeru itu, di dalam parlimen; tiada parti pemerintah dan tiada parti pembangkang. Semua parti gugur dan ahli parlimen semua parti tiada lagi terikat dengan parti masing-masing, BEBAS daripada sebarang ikatan dan kongkongan parti dan mereka boleh membangkang jika perkara itu relevan mengikut pandangan mereka walaupun usul tersebut dibawa oleh parti mereka. (parti hanya diguna pakai sewaktu pilihanraya sahaja). Bila menang dan angkat sumpah selaku anggota parliament Malaysia; automatik gugur parti dan elemen kepartian dalam parlimen, kerana semua sudah menjadi angota kerajaan perpaduan belaka , satu negara , satu warga.
Sudah bersumpah berkhidmat untuk rakyat tanpa mengira parti lagi. Bahkan bukan lagi boleh dianggap sebagai wakil parti kerana persidangan di Parlimen bukan lagi mesyuarat Bahagian atau Kawasan parti masing-masing. Tenyata di dalam Parlimen; parti bukanlah kerajaan dan kerajaan bukanlah parti; tetapi kesemua ahli parlimen adalah anggota kerajaan Perpaduan (Rakyat) bukan lagi boleh dinisbahkan sebagai wakil parti lagi.
05 Justeru itu, tiada perlu lagi ISA untuk tangkap pembangkang tanpa bicara , Akta Percetakan sekat akbar pembangkang, Akta Universiti/Kolej sekat pelajar dari menyokong pembangkang (Di Kedah, Perak, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang amalan konsep gunapakai sekarang Umno/BN adalah pembangkang ) Kesemua akta draconion ini dimansuhkan kerana di dalam dewan mengikut Konsep 'Unity Government" sudah tiada lagi parti pembangkang tetapi kesemua ahli parlimen pada hakikatnya datang dari rakyat , kepada rakyat, untuk rakyat; yakni untuk semua rakyat malaysia , mana ada parti lagi mengikut konsep dan sumpah selaku
wakil rakyat.


  23. 06 SEMUA PARLIAMENTARIANS ADALAH ANGGOTA KERAJAAN YANG DIPILIH RAKYAT SATU KERAJAAN (KERAJAAN PERPADUAN /RAKYAT )
THE PEOPLE'S GOVERNMENT NO MORE BN OR PAKATAN; Satu Negara, Satu Kerajaan dan Satu Rakyat (Warga) yang SAMA
07 'Wakil Rakyat BN' atau ' Pakatan' boleh kritik parliamentarians dari parti masing-masing dalam berhujjah kerana pada hakikat dan konsepnya
tiada lagi wujud parti di dalam Dewan Rakyat yang mulia ini. Justeru , nama pun DEWAN RAKYAT bukannya Dewan BN atau Dewan Pakatan.
08. PM bukanlah Presiden Parti di dalam Dewan Rakyat, tetapi PM rakyat Malaysia. Tiada lagi parti dan gugur-mansuh kepentingan parti dan elemen-elemen kepartaian kerana yang ada hanyalah KEPENTINGAN RAKYAT,AGAMA DAN BANGSA : MENEGAKKAN NAFIDEENILLAHU DAN MEMERINTAH DUNIA DENGANNYA;
Nescaya bila tertegaknya Insya Allah, Negara Baidatun Thoiyibatun Warobbun Ghafur("Negara yang makmur, aman damai dan mendapat
kerehaan Allah Hu Ta'ala.
09. PSRM, SPR, Jabatan Pendafaran Negara, IGP, Peguam Negara, Hakim Negara, Pengarah Penjara, Audit Negara, Akauntan Negara, Ketua
Tulus Tentera, dalam 'Unity Government" bebas lepas daripada 'Ketiak" atau sebarang pengaruh PM sebaliknya diletakkan seratus peratus
dibawah kuasa Parlimen (DYMM Agong) Justeru , ruang lingkup sistem pemerintahan negara dalam 'Uniy Government" Insya Alla Hu Ta'ala,
dengan petunjuknya boleh menjadi telus, berwibawa dan berintegrity tinggi kerana tiada amalan-amalan 'Bias" dan berkepentingan Kroni boleh bertapak kerana PM ,Peguam Negara, Hakim serta pegawai tertinggi kerajaan sendiri bisa di bawa ke muka pengadilan (Mahkamah) jika berlaku korupsi, salah guna kuasa dan penyelewengan tanpa sebarang imunity atau perlindungan politik . Rakyat bole bersuara bebas tanpa budaya takut ISA yang dipaksakan untuk menyambung talian hayat 'parti pemerintah' dan negara akan berkembang maju dan makmur insya Allah, tanpa rasuah politik dan budaya kronisma.
Jika ada elemen yg mengancam negara akan bawa ke mahkamah terbuka atau di dakwa di bawah Akta Hasutan yg boleh bela-diri dan bukannya di cekup bawah ISA yang ternyata zalim, primitif , tiada bertamadun dan ketinggalan zaman.
10. 'Unity Government" juga bererti ; Tiada lagi campur tangan PM ke atas kehakiman(Judisciary), atau kehakiman ke atas badan perundangan/Legislatif
( Speaker ). tetapi berlakunya ' Separation of Powers " secara teori dan praktis ke atas tiga cabang Pemisahan Kuasa iaitu : i] Judiciary (badan Kehakiman ) ii) Badan Eksekutif dan iii) Legislative ( Badan Perundangan ) 3 IN 1 yang kembali kepada yang maha ESA yakni KITABULLAH dan ASUNNAH.
THE ABSOLUTE LAW GIVER dan parlimen membolehkan Akta Hudud di perundangkan supaya HUDUD KISOS TA'AZIR boleh terlaksana kerana ' la ikro hafideen "
(Tidak ada paksaan dalam agama /" There's No Compulsion In Religion) Hudud just meant for the muslims only n non-muslim could be a abide to the present
civil Law.
Nash Ar-Rawy / 23.04.05
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com )

  24. SEMANGAT ' UNITY GOVERNMENT '

01 Nas : i) Ani'budullah wajtanibut thoghut ( Beriman dgn Allah dan menjauhi thoghut ) ... Al Qur'an
ii) Amal ma'ruf nahi mungkar ( Menyeru kepad kebaikan dan mencegah kemungkaran) asas perpaduan ... sumber Al Qur'an
iii) Tegakkan agama (Ad-deen) dan memerintah dunia dengannya kerna Islamu yaklu wala yakla alaiah
02 Pembelajaran mata pelajaran matematik dan sains menggunakan Bahasa Pengantar Bahasa Malaysia (Bahasa Melayu) sebagaimana peruntukan yang sediada dalam perlembagaan di samping memberi kebebasan kepada Bahasa lain digunapakai
03 'Air Time' yang relevent dan sekukupnya diberikan kepada semua parti politik yang bertanding pilihan raya di dalam RTM melalui Ketua-Ketua parti menyatakan dasar,agenda dan manifesto parti masing-masing secara adil dan saksama kerana RTM bukan milik mana-mana parti dan pembayar cukai kepada kerajaan berhak untuk mendapat maklumat daripada semua pihak dengan maklumat yang jelas , betul dan tepat daripada mulut ketua-ketua parti yang bertanding bukan daripada mulut parti lawan yang disogokkan dan yang dipaksakan.dengan fakta fitnah dan pembohongan.
04 'Air Time' yang releven dan adil untuk semua ketua-ketua kerajaan negeri iaitu MB dan Ketua Menteri untuk menyatakan dasar-dasar
kerajaan Negeri masing-masing untuk di nilai dan di justifikasi oleh rakyat kemudian secara adil melalui peti undi.
05 Siaran langsung keseluruhan sidang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dan siaran ulangan sepenuhnya tanpa sebarang 'censorship'
supaya rakyat boleh melihat siapa yang tidur, siapa yang bekerja dan layak sebagai wakil rakyat mereka.
06 Untuk menghapuskan sebarang keraguan ke atas SPR dan ketelusan serta ketulusan semua pihak; CAP JARI (DAKWAT) digunapakai, semasa mengundi jika semua pihak jujur untuk hapuskan 'Pengundi Hantu" dan pendaftaran pengundi yang cukup umur dan layak secara " ON-LINE'
07 Majlis Syura Ulamak Negara yang bebas dariapada belenggu mana-mana parti politik yang terdiri daripada golongan ulama', profesional,
dan pakar-pakar seperti jurutera, hakim, doktor , peguam, intelektual , professor, saintis, researcher dan sebagainya yang diketuai oleh Mursyidul Am yang bertindak sebagai ketua AL HISBAH yang bertanggungjawab langsung kepada Parlimen(DYMM AGONG) bukan kepada PM atau Kabinet selaku PENGAWAL SELIA NEGARA ke atas perjalanan pemerintahan berjalan secara telus, tiada salahgunakan kuasa, nepotisma, kronisma, korupsi dan penyelewengan dengan menerapkan nilai -nilai sejagat dan universal sebagaimana yang dituntut dan diperintahkan di dalam KITABULLAH DAN ASSUNNAH sebagai ASAS FUNDAMENTAL yang ternyata cukup sesuai dengan FITRAH semulajadi kejadian manusia. ISLAM UNTUK SEMUA ( RAHMATAN LIL ALAMIN ) tanpa mengira kaum, ras, etnik, agama, ideologi dan pegangan ; JUSTICE 4 ALL insya Allah by HIS GRACE.

Nash Ar-Rawy/23.04.09 
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com )

  25. Lama tak dengar perkataan umno toghut! kalu tahun 80an dulu itulah perkataan yg paling popular dalam ceramah2 hadi awang...umno toghut, umno munafiq, umno kapir...alih2 hadi awang nak tunggu si toghut berubah jadi baik...supaya dapat jadi kawan baik pas..mana satu yg betul yg pak bakaq?

  26. Nasha berjumpa dengan UMNO immediately selepas pilihanraya 2008 kerana nak 'explore' apa tawaran UMNO kepada PAS. UMNO tawar MB Perak dan Selangor dan tiga Kementerian! Yang tu berlaku dalam senyap. Syura tak tahu lagi. Syuda cuma tahu selepas itu. Ahli dewan harian cuma tahu bila Paklah dedahkan.
    Lepas tu dia tengok pula tawaran PR. Aku rasa ini sangat tidak berakhlak. Tengah bertunang dengan A, tiba-tiba tengok B tawar apa dia. Ini bukannya pemimpin jamaah Islam.
    Aku pelik sebab apa Haji Hadi benarkan ini semua?

  27. bodoh dan bangang aku tengok korang semua ni..
    menggeliat x tentu pasal...
    malaysia ni kan negara demokrasi siapa pun boleh bercakap.
    bagi la peluang kat hj. hadi jelaskan semua cadangan dia.
    dia belum terangkan lagi a sampai z korang dh belasah dia.
    kalau x betul baru la nak belasah.nak buang dalam laut pun x apa.
    booodoh punya orang..
    tapi memang bagi aku melayu memang bodoj....

  28. Tuan Mohd Shafri, bukan setakat yg anda sebut di atas sahaja yg baik. Malah ada byk lg yg baik2. Soalnya, pernahkah anda dgr UMNO patuh kpd teori2 yg baik ini. Kalau kita lihat pada teori separation of powers pun memang baik & elok, tapi adakah UMNO/BN patuh pada semua tu?

    Anda boleh senaraikan apa shj kebaikan yg ada dlm UG Concept, tapi adakah UMNO akan ikut?

    MUS.

  29. nampaknya Ust nasa sangat ber iya2 nak buat UG...x sabar nak jadi menteri gamak...oleh kerana ini saya usulkan setiap cwgn PAS membuat USUL TIDAK PERCAYA kepada Ust Nasa...

  30. Monday, June 15, 2009 10:20:00 PM MYT
    Anon said: syiah=hindu=dajal=yahudi

    yang PAS lani dok pulun kat DAP tu apa ...
    depa dok puja sampai jadi speaker dewan tu apa... puak sunnah ka depa tu...
    ohhhh selama ni DAP tu sunnah ka?
    UMNO ni syiah la.. tak gitu ka bengong oiiii...

    dah dok tau macam hang kata syiah=hindu=dajal=yahudi... awat hangpa dok sokong DAP lagi... ramai syiah dlam tu....

    PAS=munafik=bengong=nyanyok....???

  31. salam..
    aku sokong TGHH,
    bodohlah korang...bijaksana itu penting..
    hanya cerdik pandai yang nampak n megatur strategi di depan..

  32. Salam keaddan skrg apa yg sy harapo pada PRU 13 PAS dan UMNO lingkup. Biar sahaja DAP yg pegang MALAYSIA ini. Pasti dah x ada rasuah. Kalau org melayu perintah semua nya ada rasuah.

    Bila Republik Malaysia dah tertubuh sy suka bila ; PRESIDEN - LIM KIT SIANG. PM - LIM GUAN ENG, TPM - KARPAL SINGH, Menteri Dalam Negeri - MR Nga. 4 Post ni amat penting.

    Hidup DAP hancur kan melayu yg dah nak ranap ni.

  33. Hang baru baliaq kot atau otak letak kepala lutut.benda mustahil jangan dok nak provok orang hampah!!!!!.tak makan lah.Rakyat Malaysia dah bijak tak bodoh macam hang!!!!

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008