Sedap!! Klik gambar di atas!

Kenyataan Mursyidul Am dihukum haram oleh Harussani

Mufti Perak tak jumpa bukti kukuh. Tak jumpa kerana tak nampak. Tak nampak kerana buta. Buta pula bukan sejenis sahaja. Ada buta mata. Ada buta hati.

Seorang sahabat RasuluLlah s.'a.w.w. buta matanya. Namanya Abdullah ibn Ummi Maktum. Tetapi hatinya tidak buta. Dia mulia. Ada orang yang tidak buta matanya. Tetapi hatinya buta. Orang itu hina.

Bagaimanapun, di antara ajaran Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak ialah seperti berikut:
Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan - kenyataan Najib pada 20hb April 1983 kepada para wartawan

Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu - kenyataan Najib pada 20 April 1992 kepada para wartawan
Berita berkaitan:
Haram tuduh tanpa bukti kukuh

Sainar Harian (26/6/09): Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, haram jika menyamakan sebuah parti politik dengan ajaran sesat tanpa memberikan bukti yang kukuh.

Beliau yang kesal dengan kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tidak wajar bagi seorang pemimpin yang tinggi ilmu agamanya membuat tuduhan tanpa asas yang kukuh.

“Nik Abdul Aziz adalah seorang yang tinggi ilmu agamanya. Bagi saya, menyamakan Umno dengan ajaran sesat Ayah Pin adalah sesuatu yang tidak wajar," katanya semalam.

Beliau berkata, kenyataan seperti itu tidak harus dikeluarkan kerana boleh menimbulkan konflik memandangkan Umno dan PAS dianggotai oleh orang Melayu yang beragama Islam
Dalam Utusan Malaysia hari ini:
Nik Aziz makin keterlaluan - Mustapa (Utusan Malaysia 27/6/09)
Jangan pandang rendah pada BN - Nasrudin (Utusan Malaysia 27/6/09)
Pas cuba sembunyi konflik dalaman (Utusan Malaysia 27/6/09)
Pemuda Umno ajak muzakarah (Utusan Malaysia 27/6/09)
Antara perpaduan, penjenamaan, rombakan (Utusan Malaysia 27/6/09)
Lupakan sahaja usaha penyatuan Melayu? (Utusan Malaysia 27/6/09)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Salam

    Mufti Perak kena rujuk amanat Presiden PAS baru wajar, kaana.

  2. Terima kasih TS Harussani keran nampaknya semakin kental semangat TS untuk mempertahankan UMNO. Itu lah sifat terpuji seorang Tan Sri, setia kawan.

    Ingin bertanya TS, apakah hukumnya jika kita berkata sesuatu yang menyebabkan konflik antara sesama mereka yang bukan Islam? Tidak kah ia menjadi kesalahan?

    Soalan kedua, apakah hukumnya seorang mufti yang tidak menegur pemimpin yang melakukan kesalahan dari segi ugama? Soalan saya ini memang jelas jawapan nya, tetapi memandangkan ini banyak berlaku di negeri negeri di Malaysia, jadi manalah tahu TS ada jawapan yang lain dari yang telah nyata.

  3. Bhai...

    Ini Mufti RM nih... janji ader masyuk... gua berani "bet" ... hahahaha

    Gua rasa cikgu gua dulu "Brother Vincent" dan "Brother Paul" lagi clear penjelasan dier bab hukum... Gua ingat lagi biler cikgu gua tue kata... Orang Islam kena ikut Quran ... jangan tak mau ikut pulak... masa tue dier rotan budak muslim yang ponteng kelas pengajian Islam kat sekolah di khalayak ramai...

    Gua dulu sekolah missionary...

  4. Bila Sister In Islam (SIS) didesak supaya dikaji dan diharamkan, banyak songeh betul. Ada yang tak setuju, ada yang kata ekstreme, ada yang kata terlalu keras, ada yang kata melampau dan sebagainya. Tak kurang juga ada yang menunjukkan rasa simpati kepada SIS.

    Kenapa ianya sukar nak diharamkan? SIS ini tak silap merupakan pertubuhan yang diasaskan oleh Amina Wadud salah seorang pemuka sesat dalam Islam. Pernah menjadi kontroversi mengeluarkan fatwa wanita boleh imamkan solat bersama lelaki serta saf solat jamaah boleh bercampur lelaki dan perempuan.

    Mahathir kata:

    "Dalam kebanyakan contoh, mereka menyatakan petikan-petikan ayat Quran dan Hadis bagi menyokong pandangan mereka. Jika kita tidak bersetuju, berikan sebab mengapa kita tidak bersetuju. Tetapi langkah untuk mengharamkannya adalah terlalu keras"


    Karpal Sigh kata:

    " tindakan itu tidak akan menjadikan PAS lebih disayangi oleh mereka yang menyokongnya dalam pilihan raya umum Mac lepas"


    Maria Chin Abdullah kata:

    "Orang yang membuat cadangan itu kita anggap sebagai tidak relevan, dan cadangan itu juga tidak relevan"


    Dr Mohd Asri kata:

    "Gerakan Islam perlu berfikir secara meluas, tidak boleh jumud. Besok, mungkin kumpulan lain pula terkena. Ianya perlukan satu pengadilan yang adil. Saya tidak bersetuju dengan desakan haram mengharam ini."


    Cuba kita selidik kenapa kumpulan Ayah Pin kena haramkan? Kenapa juga beberapa kumpulan yang didakwa sesat juga diharamkan? Kumpulan Husin Anak Rimau lah, Kumpulan Rasul Cikgu Kahar lah dan banyak lagi lah! Begitu juga dengan Jemaah Darul Arqam diharamkan.

    Mereka bergerak dengan hujah mereka juga. 'Rasul' Kahar juga menggunakan hujah ayat Quran mendakwa beliau merupakan rasul dari kalangan orang melayu. Ayah Pin mendakwa pengasas agama hindu dan layan semua agama kat bumi ni (kerajaan langit).

    Sudah tentu pihak berwajib menjalankan tugas mereka menyiasat tentang perjalanan dan aktiviti mereka. Bila bukti dah cukup barulah boleh diharamkan.

    Bagi aku SIS sama sesat macam Ayah Pin. Pertikai Hudud dan Qisas, Hukum Faraid, Hukum Menutup aurat yang merupakan hukum yang bersumberkan dalil qatie dalam quran serta ijmak ulama.

    Sifir mudah:

    Ayah Pin + SIS + Al Arqam + UMNO = Sesat

  5. PAS ni suka ungkit perkara dah berkurun kurun..michael pon dah masuk Islam..dah dekat 50 tahun dia kafir..
    Tahun 83 dengan 2009 amat jauh berpuluh tahun..Nik ajis pulak bangkitkan kes setengah abad yang lampau..kalu nak kira nik ajis juga adalah orang sesat..sebab pernah masuk UMNO...ramai yang dah ketinggalan kerana tak ada isu baru nak di ketengahkan ganya kemaruk nak tumbangkan sesama Islam dan bangsa.....

  6. Sesat ni ada macam2 sesat, sesat jalan, sesat ilmu , sesat akidah tu semua kira sesat la. Sesat jalan boleh patah balik tapi sesat akidah berat tu. "DAN SIAPA YANG TIDAK MENGHUKUM DENGAN APA YANG TELAH DITURUNKAN OLEH ALLAH (KERANA MENGENGKARINYA),MAKA MEREKA ITULAH ORANG YANG KAFIR"- Al-Maedah:44.Dunia dah nak kiamat ulama cari makan pun makin banyak, ulama yang nak pertahankan Islam dianggap nyanyuk, meracau dan letih.Mereka diserang oleh ulama yang bersekongkol pertahan hujah umno yang karut -marut .Mungkin Ayah Pin tak sesat sebab tu dia tak ditangkap oleh pihak jabatan Agama Islam Trengganu dan Polis.Sebab tu Mufti Perak tak setuju disamakan Umno dengan Ayah Pin.

  7. puhh kiri puhh kanan harus sana harus sini mintak la berkat tahun ni dapat sejuta dan tokoh maal hijrah lagi...

  8. dia semua harus[sani] saja kalau amnu.... ngan yang lain... harams[sana]..

  9. harusani ni mufti aje. dia tak tahu dan tidak terlibat dalam hal-hal sepak terajang siasah di malaysia. mungkin dia tahu keislaman terbatal dengan 3 cara. niat,cakap, amal. kalau kita dengar ulasan pemimpin umno tentang hudud, orang biasapun boleh letak hukumnya. takkan mufti tak tahu .......

  10. pak bakaq, tolong tanya si mufti tu kalau dah menolak hukum islam tu bukan sesat ke?

  11. Teman bukan orang politik mahupun ulamak. Tapi nampaknya negara teman si malaysia nii penuh dengan macam macam dugaan. Tak macam pepatah dulu, terlajak sampan payah nak ngundurrr. Skrg nii, TG Nik pun dah pandai mengata benda2 yang buruk kat org lain tapi lepas tuu boleh ngelak pulak dengan "kiasan jee". Kalu gini teman pun nak ngate juge lee, kemudian teman buat stetmen bende2 tu cuma kiasan jeee...
    Apa kate mengkome... Atau mari kite semua startkan satu masyarakat baru dunia yang suka cakap kiasan... Lepas mengataleee... baru lazatttt

  12. Golongan berilmu kalau tidak amal bukanlah ulamak, kalau suka suka cakap dan mengeluarkan hukumpun bukanlah ulamak - mereka hanya golongan ilmu ugama yang terdesak dan kecewa dan gagal berdakwah secara bijaksana.

    Apa bezanya Mufti Perak, Bakaq dan Nik Aziz - lebih kurang sama pandai dan sama bodoh je.

  13. Yelah. Hentam menghina cukup cukup, kemudian cakap kiasan. Lemah semangat aku bila N Aziz lebih-lebih.

    N Aziz tak mahu pula ke sindir Ust Azizan pasal tak tegak-tegak lagi hatta satu pun janji memartabatkan Islam dibumi Kedah ni? Ooo...Kedah lain, Kelantan lain. Excuse applicable pulak...

    Marah ke Umno pun, janganlah sampai mencela sebegitu rupa. Hakikatnya, ada ramai juga ihsan yang berhati mulia serta berakidahkan yang sama didalam parti tersebut.

    Bila dakwah dah dipolitikkan, inilah akibatnya.

  14. MISAIMERAH, ayat Al-Maedah:44. tu awat tak apply pun kat Kedah ni.?

  15. abaikan je lah tuan mufti nie..mufti nie takut kehilangan duit untuk hidup.insaflah tuan mufti..jdlah seperti ramlang porigi yang xtakut dipecat dan yakin rezeki ALLAH ade di mana2.jgnlah kerana xbrani tgur UMNO,tuan mufti sggup maruah di hina..di manakah fatwa haram sure heboh dr tuan mufti sdangkan tanah tumpah mufti sendri ade sure heboh??TGNA mmg hanya berkata-kata tanpa bukti kukuh.tp ape jadi ngan sure heboh di lumut baru-baru ni?adakah itu masih lg dikira halal?pikirlah..jgn kerana wang,sggup mufti gadai maruah tuan mufti dan ahli keluarga..tuan mufti ingin ikut jejak langkah ustaz firdaus ke?dr berjubah seperti nabi bertukar ke pakaian formal hanya kerana masuk UMNO..

  16. Saya setuju dengan pendapat mufti Perak. Satu-satunya mufti terbaik yang bertaraf dunia lahir dari kalangan anak Melayu. setiap hujah yang dikeluarkan semestinya bersandar al-Qur'an dan as_Sunnah.
    Sebenarnya ilmu yang dimiliki beliau jauh lebih tinggi daripada Yusof al-Qardhawi, Muhammad al-Ghazali, Nasaruddin al-Bany, Mustafa Zarqa', Dr.Wahbah Zuhaili dan Ben Baz. Setiap kali forum hukum antarabangsa yang diadakan, semua ulamak dunia tertunggu-tunggu untuk mendengar pendapat beliau.
    Beliau seorang mufti yang berani dan berjiwa besar dan sepatutnya kerajaan Malaysia menghantar beliau ke Amerika untuk memberi amaran kepada Presiden Obama supaya jangan menyusahkan dunia Islam. Saya rasa Presiden Obama akan tunduk kepada arahan beliau.
    Apa lagi yang orang Islam Malaysia kehendaki?

  17. salam,

    memang betul apa hang kata tu bakaq,

    hursani ni bukan sakat buta hati, tapi mata masih celik tak tahu baca kok.

  18. ust mad awang kata "seorang pemimpin PAS menelefon beliau dan menghasut beliau supaya bersetuju dengan pembentukan kerajaan bersama-sama Umno di Perak ".

    siapakah orang itu?

    1. sudah tentu ‘tinggi’ dpd mad awang.
    2. tentu bukan tghh.
    3. mungkin nasha, mungkin kerana rasanya dia tentu tak tergamak nak cakap dgn mad awang. sbg ‘budak suruhan’ mungkin.
    4. mat sabu dgn husam? tak menasabah.
    5. sapa agaknya, agak je.
    6. dia mesti ‘didengari’ presiden. ‘nasihat’nya digunapakai presiden. dia rapat dgn presiden. dia kamcing dgn presiden. dia intim dgn presiden. lahir dari hubungan yang ‘established’, yang telah lama wujud.
    7. tghh dari pas terengganu walaupun dia presiden, sbg seorang yang menghormati kaedah berorganisasi, dia hormat ‘ketua’ dia di terengganu. pj pas terengganu. anak pak ali.
    8. kedudukan anak pak ali diperkukuhkan lagi dgn “pengarah pilihanraya pas.” Sbg pengarah pr pas, dialah yang merancang ‘semua’ strategi. kelicikan anak pa kali dlm politik menjadikan dia ‘hebat’ merancang strategi. dari piliharaya umum kepada pilihanraya kecil kepada ‘ketuanan melayu’. anak pak ali bijak menggunakan segala kesempatan dan peluang untuk tidak sahaja memenangkan pas tetapi juga ‘ketuanan melayu’ yang dihidangkan kepadanya oleh pakar2 ‘ketuanan melayu’. peluang keemasan boleh duduk dlm kabinet mencairkan pegangannya. disokong pula dgn usianya serta lambatnya lagi pru13. projek “mee segera” ni perlu ditelah tanpa dirasa, dikunyah terlebeh dahulu.
    9. selalunya, lumrahnya, apabila terjebak dgn pakar2 ‘ketuanan melayu’, lazimnya, ‘dollars and sens’ mengemaskan pembuka kata. sehingga ‘terperangkap’ dan tidak boleh gostan lagi. gostan pun jika dilakukan, adalah sebahagian dpd strategi oleh ‘ ‘strategi’ anak pak ali.
    10. perancangan anak pak ali ni mungkin dah lama, cuma tidak disedari. menunjukkan hebatnya anak pak ali ni. seteru pas melihat potensi dalam tubuh badan nasha, lalu dia didampingi sehinggalah berjaya. potensi ini juga dilihat oleh anak pak ali. dia ‘menyediakan’ padang permainan politiknya. dia berjaya memoketkan nasha, yang telah berpinah ke timbalan presiden. kedua-dua presiden dan timbalan sudah dirantainya kemas2 sbgmana pakar2 ‘ketuanan melayu’ merantaikan dia.
    11. ini semua hanya satu analisa berdasarkan kepada “punca masalah” yang telah dilalui pas dan yang berkemungkinan tidak padam selagi ‘strategi’ anak pak ali bernafas lega dgn kedudukannya kini sbg setiausaha agong yang ‘nasihat’ nya sudah diguna terimapakai sekali gus sudah dilihat kini mendasari politik pas. bak kata pak bakaq, “mengapa ulama mengalah kepada talabah”?

  19. Persetankan MUFTI yang mencari UFTI.

  20. da kire okey la samakan dgn Ayah Pin..lau samakan dgn Yahudi pe mcm..? tp mmg lebih kurg sama pun...kempen mendabik dada bela nasib rakyat..tp belakang sapu sana sapu sini....sudahhh la...! UMNO mmg dah lapuk...51 tahun da kire tahap warga emas...patut kena tendang...

    Mufti nak kekal jawatan besela..mana ade mufti yg benar2 mufti kat malaysia sekarang ni...

  21. Kita orang Islam dibumi Malaysia ini takkan tak kenal mufti-mufti ini.Yang benar-benar waraq dilucutkan dari jawatan dan telah pun meninggalkan kita.Yang tinggal semua "menghabehkan boreh sajo". Gajah depan mata mereka tak nampak,tungau diseberang laut mereka nampak - tak berani buka mulut,tak berani nak tegur,tak berani nak bertindak - takut tak masyuuuk,takut hilang punca rezeki,takut tak dapat gelaran tinggi-tinggi dan takut dicap anti-pemerintah.Inilah sebabnya negara ini dah jadi apa yang ada pada hari ini - Darul Kasino,Darul Arak,Darul Hiburan,Darul Tikam Ekor,Darul Pelacuran dan Darul Raswah. Apa mereka buat - tak ada apa pun.Yang dikeluarkan sekadar fatwa mengharamkan rokok.

    Yang besar-besar sebagai mana tersebut diatas mereka tak sentuh pun,sekarang nak libatkan diri dengan politik pulak.Itu pun politik menyokong UMNO - politik cari makan.Sudahlah,suruh Harussani tu terima saja hadiah Maal Hijrah kemudian suruh dia tidur.

  22. Buat katana..Undang-undang kanun Jenayah Syariah dah diluluskan dalam dun Kelantan dan Trengganu(masa Pas perintah) tapi dapat halangan daripada kerajaan Pusat yang kata, jika Pas Kelantan laksana hudud kita akan istihar darurat.Dapat halangan daripada Umno dan Perlembagaan Persekutuan, tolong bagi paham sikit atau buat2 tak paham. Halangan demi halangan daripada Umno nak buat Islam ni, bukan daripada puak2 lain.Iltizam Pas tak pernah berubah kalau cakap loyar buruk, perli sendi2 agama hanya setakat nak buat penyedap hati nak pertahan hukum kafir terpulang kat hang.Cuba hang tengok iltizam Umno dengan hukum Allah langsung tak ada, tak payah la nak selak kain orang, tengok kain sendiri pun koyak rabak.Negeri Pas perintah dah 18 tahun dah, semua wakil rakyat setuju buat hudud di kelantan tapi Umno tentang habis-habisan pun hang tak nampak ka?Kalau Pas Kedah buat hudud yang nak tentang hang agak2 sapa? sudah tentu Umno dan rakan2nya lawan dulu. Kalau Dap lawan aku tak kisah, tapi Umno yang ngaku Malaysia negara Islam yang akan tentang dulu.

  23. Kalau perinci betul-betul Pas juga tidak semua jalankan dasar islam,sama la juga dengan umno,biar tuhan yang tentu,kita sama-sama perbetulkan,di kampung saya sendiri di kelantan banyak manusia pas yang beli nombor ekor haram,kalau diperinci betul2 pemimpin pas sendiri tidak menjalankan tangjawab menghapuskan judi dengan betul walaupun telah menutup kedai toto.judi tetap berleluasa , mana Nik Aziz,bila tegur ni.......saya rasa orang kelantan semua tahu akan hal ini.

  24. salam pak bakaq, Ts harusani baru dok belajar main politik tu, hang jangan la marah kat dia, tolong la tunjuk macam mana nak main, nak main cara umno ka? cara boneka umno ka? cara sampah umno ka?Mungkin niat dia baik,kita husnu zhon la yang tu.Aku rasa dia tak salah mengeluarkan kenyataan tu , sebab dia seorang mufti dan gaji dia hang ka yang bayag?

  25. Gaji dia pembayar cukai bayar.kalau bakaq byr cukai maknanya?kang kata anon
    2:13 ni sengal, marah.

  26. Kepada Dato Seri Harusani Zakaria pula kita ingin berpesan dan mengingatkan beliau supaya tak payahlah nak tolong Umno mengeluarkan pandangan setiap kali diminta berbuat demikian kerana ada satu persoalan yang tidak terjawab sehingga kini oleh beliau iaitu "Kenapa JOM HEBOH boleh dibuat di Perak setelah keputusan Majlis Mufti-Mufti Malaysia yang dibuat pada 30 Julai 2004 memutuskan bahawa konsert Sure Heboh, sebelum ditukar nama Jom Heboh oleh TV3 adalah haram kerana ia melalai dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda"

    Tolong jawab wahai Dato Mufti kenapa penganjuran Konsert Jom Heboh TV3 yang diadakan di Pengkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Lumut pada 25 dan 26 April yang alu oleh kerajaan negeri Perak DIBENARKAN. Takut Zamberi mamak ke atau takut perintah Allah? Kalau dah mengetepikan hukum Allah TGNA kata samalah macam komunis.

    Jawab yang ni dulu sebelum pandai-pandai keluar kenyataan.

  27. sekurang-kurangnya harussani lagi baik dari ULAMA MERCEDES PAS kat perak , patut betul2 pertahankan kerjasama DAP ... baru berapa bulan merintah PERAK dah habis muflis tu ,,
    nak bodohkan org mmg bodoh bolehlah ....cakap berdegar2 konon islam tapi ... teruk sangat nak cakap

  28. duhai anonymous Saturday, June 27, 2009 2:12:00 PM MYT, awak ni sedar ke tak eh? org kelantan katne eh? dah tutup lesen judi tu maknanya kerajaan pas prihatin untuk membanteras judi dan sewaktu dengannya, tunggu lagi kerjasama dari sang polis untuk menguatkuasakannya, awak sebagai orang kampung juga bertanggungjawab untuk melaporkan perkara itu kepada polis, paham ke tak? takkanlah pemimpin pas dan ahli-ahlinya bawak pedang pergi pancung sorang-sorang orang berjudi yang engkau kata berleluasa tu!

  29. Saya sokong Harussani sanggah kenyataan nik aziz tu. Kalau sesama islam tu bukan main lagi tuduhannya. Tapi dengan bukan islam dah boleh kawan dah. Dulu kata kalau pakat dengan bukan islam, haram, tapi la ni halal pulak. Politik punya pasal, dibolehkan. Kalau nak harap sokongan pengundi islam sampai kiamat pun tak boleh menang kan? Ijtihad macam ni menjadi juga. Sokongan pada PAS pun dah bertambah. Maka orang PAS pun dah rasa megah semacam pulak. Tpi bila ada pihak ijtihad nak bincang dengan umno sama-sama islam, ada pihak mati-matian menentang. Parti islam apa macam tu. nak dakwah orang bukan islam saja ka?

  30. Orang Islam sangatlah suka bercakaran sesama sendiri. Orang bukan islam pun senang hati kerana mereka tak payah nak fikir macam mana nak melemahkan kaum yang dah lemah dan merosakkan sesama sendiri. Bila umno dan Melayu dah hilang kuasa adakah PAS dalam pakatan akan menunjanginya dan islam menjadi teras pemerintahan selepas PRU 13 nanti. Atau hanya menjadi melaukut di tepi gantang. Kaum lain ketika itu tentulah berpuas hati kerana sistem yang ditunjangi oleh kaum melayu islam telah berjaya dihapuskan. Meritoktrasi atas segala-galanya. Ketika itu barulah islam umno dan pas berkira-kira nak berbaik kot, pasai orang islam dihina dan diperlekehkan dibumi datuk nenek moyang kita sendiri. Waktu itu nik aziz dan kita pun mungkin sudah tiada di dunia ini.

  31. MisaiMerah, hang tak payah sembang la bab hudud. Nak sembang hat payah buat apa kalau hat yang mudah pun duk tak ketahuan hala lagi. Benda yang mudah pun nak laksana terhegeh-hegeh, duk pedo-pedo takut terguris hati orang cina, nak pi kata kat orang Umno. Sikit-sikit nak banding dgn Umno. Umno tu, mampuih pi la kat dia. Ni zaman Pas perintah, satu kedai judi pun tak tertutup, nak sembang bab hudud. Piirraaah!
    Perubahan apa?? Billboard gambaq MB bersepah merata tepi jalan??? Rumput pun tak tertebaih, sampah pun tak terangkut, nak memartabatkan Islam kepala hotak apa.. Bila orang tegoq, dia bebal. Duk syok sendiri tak habih-habih. Keluarga sendiri pun tak ketahuan, nak memartabatkan Islam konon......Kalau dah ustad tu..ustad la jugak..

  32. Orang melayu sangat pulun tentang politik. Ia menjadi punca sengketa sesama islam. Orang islam pula sangatlah ganas apabila bersengketa sesama islam. Lihat saja di bumi iraq dan Afghanistan, pembunuhan sesama sendiri lebih dahsyat lagi. Itulah petua untuk melemahkan islam. Biar timbul persengketaan sesama islam lepas tu biarkan saja mereka berbunuhan sesama sendiri. Maka sebab itulah ada pihak yang tak suka orang islam bersatu, berbincang, bermesyuwarah dan sewaktu dengannya. Mungkin mereka makan gaji dengan orang bukan islam untuk melemahkan islam. Orang bukan islam pula lebih pragmatik dalam berpolitik , yang menguntungkan mereka mereka boleh terima siapa saja, parti islam ke atau tidak asal boleh melenyapkan sistem yang didominasikan oleh Melayu (Islam). Faham ke?

  33. Aku bengang sngat2 skrg ni..byk org dah bengang. Aku bukan PAS/UMNO/PKR @ lain2.Skrg ni aku hanya bdoa supaya tidak terjerumus brsama2 org2 yg sesat. Kt bleh tgk sape yg ikhlas dlm menegakkn kebenaran dan melaksanakn syariat islam. TGNA..aku tgk dan dpt tau,dia memang seorg alim,tdak mengejar kebendaan dan apa2 yg dibuatnya adalah ikhlas utk rkyat khusus rkyat klantan.Aku pn x tau,org yg mcmna lg kt mau angkat sebagai pemimpin..adakah Najib? (byk rkyat tau onarnya) lain2 pemimpin BN? Aku x nmpak kalangan pemimpin BN yg bleh d jdkn contoh yg bleh membawa kt dlm rahmat Allah di akhirat nnt.Aku mntak dan berdoa supaya org2 yg ikhlas dlm menegakkn agama Allah akn trus berusaha,jgn putus asa. Pak bakaq..

  34. Salam to ALL

    MISAIMERAH, ayat Al-Maedah:44. tu awat tak apply pun kat Kedah ni.?
    tolong hurai apa yg si anom KATANA 14 tuu tanyaa !!!

  35. Sama2 kita tolak POLITIK AGAMA KEBENCIAN bawaan PAS.

  36. Harusani tu ulama kelas kambing, kerjanya mengampu ajer. Kabarnya beliau memang anggota Umno.

  37. anon 32,

    orang islam ada alqur'an ada hadith. orang islam baca alqur'a baca hadith. nabi saw dan pesan kalu berselisih faham kembali kepada alqur'an dan hadith. yang mendjadi masala, ada, dan baca tapi pesan nabi saw tolak ketepi. lebih baik terima apa "the greater satan, america" hidangkan. ia berlaku di semua negara umat islam. tek ketinggalan malaysia. dah tahu dah siapa musuh2 islam, tapi ajaran merekalah juga yang diutamakan. sehingga ada yang tak yakin lagi dgn alqur'an dan hadith. kedua2nya hanya untuk buat tazkirah di surau2 dan masjid, disentuh ketika ceramah. yang faham dgn alqur'an dan hadith pun sanggup ber"UG", makna sanggup membantu 'menghapuskan' segala kemungkaran yang telah dilaku selama berdekad. sanggup mengenepikan jerih dan panat lelah jemaah sendiri.

    22 jun tidak menghapuskan kudis gatal yang "dialami" pas. ia hanyalah permulaan. utusan melaya hari ini "jangan dengar nik aziz" sinar harian pula " perbincangan pas umno perlu diteruskan - mahathir dan paklah". serangan untuk memperkecilkan nik aziz, untuk "sideline" nik aziz akan dimainkan. sokongan kerjasanm apsa umno akan diteruskan. siapakah agaknya yang meraih keuntungan dari 'pertemuan pas umno? di manakah mereka yang keras berkempen memperkukuhkan 'kepimpinan ulama' berada, apabila nik aziz diserang? sekarang kita nampak...

    ust halim rahman ahli parlimen pengkalan chepa mendedahkan muzakarah tidak pernah dibincangkan oleh mana2 jk pas. penyokong2 UG tak nampakkah bahawa anda semua telah ditipu hidup2? mula2 tak mengaku jumpa umno. apabila paklah kata dah jumpa 3 kali, dikonar kata dapat persetujuan majlis syura. paklahkah berbohong? ust halim kah berbohong? biar cerdik sikit laa

  38. Antara wajah Nik Aziz dan Harussani...siapakah di antaranya memiliki wajah kelembutan seorang tok guru...di sebalik kelembutan,terselit bisa yang meracuni orang2 durjana...renunglah wajah mereka dengan tulus...

  39. Ranjit Singh

    Komen anda terpaksa diedit spt berikut:

    Aronsony selalu cakap mereben...ini ulamak umNO maka sebab itu apa jua pemimpin PR bercakap dia akan menentang...dialah saja yang cerdik dan pandai. B**** punya mufti..

  40. jawatan mufti sama dengan 'pemberi fatwa'.otoriti seorang pemberi fatwa amat besat, berat; perlu amanah dengan iman dan ilmunya. di malaysia ada majlis fatwa kebangsaan..@.himpunan fatwa negara!mahu atau tidak, serupa atau tidak dengan selera kerajaan; para mufti wajib memberi kata / keputusan selaras dgn kehendak Allah dan rasulNya.sesuai atau tidak dengan nas.tapi kenapi ada mufti yang jadi bisu 'akhras'dan ada juga yg pro-fasik @ kekufuran.harus sana harus sini, haram sana haram sini....

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008