Haji Mohamad Sabu (hari ini katanya dia akan berkempen di Manek Urai) menulis:
Di kalangan kita (PAS) masih kedengaran supaya pemimpin yang berkuasa boleh mengamalkan hidup mewah dan hebat. Kehebatan kekayaan, kenderaan, rumah akan menyebabkan musuh pandang hebat kepada kita (PAS).Baca sepenuhnya dalam Detikdaily 30/6/09. Saya teringat beberapa tahun dahulu apabila Mohamed Hanipa Maidin menegur pembelian Mercedes untuk exco-exco kerajaan negeri dalam satu majlis dalaman PAS, ketika hendak makan, ada yang secara sinis berkata kuat-kuat supaya Hanipa dengar, "Tak pa la, esok kita gi pejabat naik basikal".
Mempamerkan hidup mewah ketika berkuasa seolah-olah amalan yang dipersetujui oleh Islam dan ianya perlu diamalkan. Masyarakat menjadi keliru di atas pandangan sedemikian, sehingga ada diantara mereka tidak rasa malu dan segan mendapat kekayaan secara tidak betul atau dilihat tidak betul. Islam tidak dapat digambarkan sebagai "agen pengubah" keadaan sosial sebaliknya kadangkala dilihat beban kepada perubah ke arah keadilan. Sedangkan semua makhluk di langit dan dibumi akui Muhammad s.'a.w.w. adalah "Uswatun Hasanah" pembawa Islam agama penyelamat. Kenapa kita nak ambil contoh lain selain dari Nabi suci kita Muhammad s.a.w.?










Cantik? Klik 






sedangkan semasa umar abd aziz menguasai khilafah islam dulu, hanya pakai baju bertampal2... merendah tak bermakna rendah, meninggi tak bermakna tinggi
Dulu ramai minat pakai Harrier, la ni nampak macam beralih ke Rexton pulak.
tu satu hal lah. satu lagi aku pun duk naik meluat acap kali adakan majlis hi-tea bersama pemimpin pas. eiii....meluat sungguh. apa tak boleh ka kena tea dengan biskut kosong hwa tai kat markas pas ja? kami yang duk bawah ni mana ada duit nak booking meja hi-tea sampai lima enam ratus. masa muktamar kat shah alam bebaru ni aku ada sembang taukeh jual baju dari pendang. dia kata pas tak macam dulu dah. nak sewa tapak meniaga pun ada kelas2. yang dapat lot niaga vip kena bayaq hampir puluh ribu. masyaallah. hang bayangkan kalu takat hang niaga kopiah lembik berapa duit? dulu masa muktamar kat kedah siap ada sembelih lembu lima enam ekoq bagi makan kat jemaah yang hadir. pakat duk makan bawah pokok nyok ja. la ni pas nampak macam elit dah...dalam hati aku jawab ya lah
tok pengulu
Rasanya elok jugak kalau dibuat survey apa jenis kenderaan (bukan kereta kerajaan) yang dipakai oleh Top 20 Pimpinan PAS sekarang.
Dari situ kita dah boleh menilai watak sebenar, pemikiran dan hati budi sesaorang, pemimpin uswatun hasanah ke tak? . Pinjam sekejap kata-kata dari Timbalan Mursyidul, "Takut-Takut"..
Beliau sendiri camna?
semasa sebelum menang dan ada kuasa, segala hujjah ambik dlm kitab hijau.
selepas menang dan ada kuasa, segala hujjah ambik dlm kitab biru pulak.
inilah untung nya kalau dah mengaji kedua2 kitab....jangan jadi ahlul-kitab dahlah!!!.
salam pak bakaq
saya sangat suka dengan posting pak bakaq yang ni, dan kalau boleh sudah2 la pak bakaq menulis tentang UG & penagih2nya.
cuma saya tergelak baca posting pak bakaq yang ni. diorang ingat kaki rasuah dalam ameno tu terkeluar bijik mata kot tengok keta besar+umah mewah depa. yang aku tau selama ni depa ketaq lutut bila tengok umah TGNA.
ni pemimpin jenih ponteng usrah & tarbiah kot.
salam pak bakaq,nampaknya walau UG tak jadi pun, pemimpin Pas ni sakan2 jugak no
Salam...
Hj Sabu nak tegur pun kena suluh diri sendiri juga.Dia pun hidup mewah.Ada rumah di Shah Alam,ada rumah di Seberang Perai, ada rumah rehat lagi di Bukit Merah, Perak,baru buka kedai cermin dan besi di Merbok, Kedah,kereta beberapa biji,selalu pergi Iran dan Lebanon. Tak MEWAH ke tu?Lu fikirlah sendiri!!!
Kalau semua orang ambil nabi sorang saja sebagai role model, tentu lah tak jadi masalah, kerana dia sorang je nabi, tentulah kita akan ikut satu model, satu fikrah dan satu aliran... tapi bila ada ulama mengajar.."sahabat2 ku seumpama bintang di langit"...maka ramailah yg boleh jadi role model....mungkin ada yg nak ikut model abdul rahman auf, abu bakar, umar, osman, marwan bin hakam, muawiyah bin abu suffian, alwalid bin uqbah dll...
Tokden
Sebenarnya pemimpin-pemimpin PAS yang diatas-atas tu memang telah mendapat banyak manafaat dari PAS.Ada yang dapat 2-3 pencen dan selain pencen ADUN,Ahli Parlimen ada juga yang dapat pencen Tim.Menteri.Yang sedang jadi ahli Parlimen dan ADUN sudah tentulah menerima gaji bulanan yang lumayan.Tak mengapalah kalau mereka nak pakai kereta besar pun tak apa asalkan mereka faham,insaf dan tahu dari mana dan siapa yang meletakkan mereka ditempat mereka sekarang.Yang kurang menyenangkan ialah gulungan yang "bermewahan" - hidup macam orang UMNO,kereta "berderet" dirumah dan rumah pun macam istana.Jenis ini kena tarbiah sikit kerana dah mula lupa diri dan dah mula terpelencung dari perjuangan.
Contohilah Rasulullah SAW dalam semua segi wahai pejuang Allah & Rasulullah! Tepuk dada, tanya iman...
Tanpa nama No 8. Tuan Hj Mohamad bin Sabu memang hidup mewah. Hari-hari ceramah seluruh Malaysia selama 30 tahun ke hulu ke hilir kalau tak sempat dengan kereta darat naik kapal terbang kurang2 kelas ekonomi. Dia ada van Naza Ria, kereta isteri Myvi dan baru2 ini dengar berita dari beberapa exco negeri, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi dia guna kereta MB untuk urusan dia di Kedah. Rumah isteri dia di Shah Alam, rumah dia di Seberang Perai (kg beliau) dan di Bukit Merah dok bayar hutang lagi dok bagi buat sewa. Tuan Haji Mohamad ni suka berjalan/mengembara sejak 30 tahun yg lalu. Setiap cerok di bumi Malaysia ni, dia dah sampai kalau tak majlis parti lawan umnoBn, ziarah kawan2. Dia juga adalah Ahli Majlis Mesyuarat Hak Rakyat Palestin yg beribu pejabat di Beirut dan Tehran yg kerap bermesyuarat kalau tak di Beirut di Tehran dan sekali sekala di Brussel, Belgium atau Swiszerland. SEMUA AHLI FIKIR BOLEH FIKIR. Baru2 ni Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng suruh dia pohon pingat Datuk Pulau Pinang, dia tolak sebab YAB LGEng pun tak pohon pingat Datuk dan ramai lagi ulama di Pulau Pinang yg belum dapat pingat datuk semenjak umnoBn perintah Pulau Pinang.
SAMA2 FIKIR.
Zolgoji, Bukit Bandaraya Shah Alam.
Khas Untuk No 8,kalau ada rumah banyak tapi semuanya berhutang dengan Bank bukan Mewah namanya sebab rumah tu hak bank selagi tak habis bayar,Kalau kesana kemari untuk tugas Parti, bukan mewah tapi tugas, Mad sabu ni beli hartanah dengan hutang itu tujuan buat pelaburan tapi belum tentu dapat hasil memandangkan ekonomi sekarang ini.Mewah guna duit sendiri itu hak peribadi kita tak boleh tuduh pemimpin demikian.Tapi kalu Pemimpin mewah hasil dari rasuah dan penyelewengan itu yang kita tentang.nak tuduh seseorang tu siasat lah dulu sumbernya jangan asik nak tuduh tanpa fakta
hahaha..kedai besi dan cermin untung juta2 ke yob??? elok le ada rumah kat setiap negeri, takyah nak sewa hotel 5star kalau ada tugas di negeri2 tersebut...senang gak nak bawa keluarga bila ke negeri2 tersebut..
teringat dulu ada baca kata2 hikmat le lebih kurang gini, apa salahnya ahli2 sufi tu makan banyak sampai buncit, mereka pun nak rasa nikmat dunia gak..itu kata2 yg digunakan utk menghalalkan perbuatan menikmati dunia berlebih2an..tapi aku tak rasa ada 2 biji kedai tu sesuatu yang berlebih2an..-abas8888-
Kayo buleh tapi beringat jangan lupo diri, Allah dan rasul taknjangan balun duit haram, makan rasuah sampai berak cair ok...
mat sabu fighter pas sejati betul2 perjuangkan PAS, bergerak tak kira letih kesana kesini....cuba tgk nasa tim president pas..tgk harta kekayaan dia baru korang nak tau dia nie kaya..dpt duit mana tahla..naik flight pun first class punya malu kat lim guan engla wei!!
Mungkin salah satu sebab Allah s.w.t tidak mengizinkan PAS memerintah negara?
Salam tuan-tuan semua,
Pada saya tak salah utk bermewah asalkan MAMPU dan harta tu datang dari jalan yang betul.. bukan datang dari cara rasuah, kroni dan sebagainya ... Islam tak halang kita beli kereta mewah, buat istana besar, pakai pakaian cantik etc ...
Sebagai penyokong PAS saya nak tgk pemimpin2 tertinggi pakai baju kemas & cantik, kereta mewah, duduk rumah besar ... TAK SALAH.. Tapi ikut kemampuan la... jangan sebab nak kete, rumah mewah etc bantai ambik rasuah, kroni, etc ... mmg HARAM JADAH la...
Aku kenai abg mat masa dia duk mai ke kedah naik Honda cup C70 lagi, hangpa jangan duk pitnah dia,mana ada pemimpin Pas yang brani masok keDALAm macam dia,semua orang muda, orang tua suka kat dia,rumah dishah alam tu bukan hat dia,tu bini dia punya, hat yang dibukit merah hutang berkandaq lagi, kalau di guar petai tu betoi la tadak utang...kreta dia mana ada dah la ni, jual dah pun....
Salam...
1-Nampaknya kebanyakan ikhwan begitu sensitif ketika saya membangkitkan gaya hidup Hj Muhammad b Sabu. Saya tidak mendakwa dia hidup mewah namun kalau beliau benar-benar seorang pemimpin berjiwa rakyat seperti Presiden Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad, pasti beliau akan menuruti jejak langkahnya.
2-Sepanjang 4 tahun memerintah Iran, Ahmadinejad terus konsisten menjalani kehidupan harian secara yang amat sederhana sekali. Hingga kini, beliau masih menanam sayur di hadapan rumahnya untuk santapan seisi keluarga.Beliau masih menggunakan kereta buruknya sedangkan ulama seperti Tuan Guru Nik Aziz sering berhujjah bahawa di zaman Rasulullah (saw) pun, baginda menggunakan unta yang terbaik sebagai kenderaannya, maka tidak ada salahnya jika kita menggunakan kenderaan mewah dalam kehidupan seharian.
3-Kesederhanaan hidup Ahmadinejad inilah yang memikat jutaan rakyat Iran untuk terus memilihnya sebagai Presiden Iran untuk penggal ke-2.
4-Saya setuju bahawa setiap orang berhak untuk menikmati kekayaan hasil usahanya sendiri dengan syarat bukan dari hasil rasuah dan sumber-sumber haram yang lain akan tetapi sesuatu yang patut kita fahami ialah beliau adalah seorang pemimpin masyarakat. Beliau patut memilih gaya hidup yang paling sesuai sebagai seorang pejuang masyarakat.
5-Menggunakan alasan bahawa rumahnya di Shah Alam adalah milik isterinya bukanlah suatu dalil yang bijak. Apapun itu adalah rumahnya juga.Sekali lagi, menggunakan alasan rumah rehatnya di Bukit Merah masih milik bank dan dibeli secara hutang juga bukanlah jawaban terbaik kepada masalah yang saya bangkitkan ini.Persoalannya, kenapa beliau membelinya sehingga terpaksa berhutang? Untuk dijadikan tempat bersantai bersama keluarga dan sahabat handai? Atau sebagai hartanah?
6-Cuba renungi sirah Nabi(saw) ini, ketika baginda datang ke rumah puterinya, Sayyidah Fatimah az-Zahra (as), baginda terlihat 2 benda baru terdapat di rumah Sayyidah Fatimah iaitu rantai dan tirai, hadiah dari suami tercintanya iaitu Imam Ali b Abi Thalib (as). Berubah wajah baginda kerana tidak senang.Sabda Rasul (saw), "Aku adalah Nabi dan Rasul, pemimpin masyarakat...kalaulah mereka yang miskin di luar sana mengetahui apa yang anakku miliki, apa yang bakal mereka katakan?" (mafhum hadis).Lantas Sayyidah Fatimah (as) meminta pembantunya pergi ke pasar untuk menjual semula rantai dan tirai pemberian suami tercintanya itu. Hasil jualan itu disedeqahkan kepada faqir miskin di kota Madinah. Ketika berita tersebut sampai ke telinga baginda (saw), baginda tersenyum girang kerana gembira dengan tindakan puterinya yang suci.Sekadar Menasihati...Anonymous No.8 (Muhib Ali)...
nak banding kemewahan antara pemimpin pas dan umno? baik taksah.dari menteri, YB, datuk2, ketua perhubungan, ketua cawangan, penghulu2, jkkk, pencacai2nya memang bermewahan. sebeba tu jawatan tu bagi mereka penting..perlu berebut....fulusy man.
rumah, kereta dan pangakat mahu semua besar...bini saja tak nak besar tapi apa boleh buat jadi besar juga sebab kemewahan idup!!!
Pemimpin Pas ini mewah macam pemimpin palestin.
ini juga hadis nabi.."tak mengapa hidup kaya..asalkan bertaqwa"
Abang Mat Sabu, saja tunjuk miskin. Dia dah dapat pencen bekas Ahli Parlimen. Sentiasa tunjuk Miskinmudah dapat sumbangan dari kawan-kawan. Kalau tunjuk kaya ramai pulak berdengki.
Setiap YB (ADUN ke ADR ke) boleh dapatkan pinjaman dengan Kerajaan hingga RM400,000. Semua YB dapat beli kereta REXTON dengan cukai yang murah. Sebab tu YB PAS di Parlimen dah ramai yang bergaya sakan sejak dua menjak ni. Jangan lah mare...........
Istilah anugerah gelaran pangkat dalam Islam
Saya nak menyentuh sedikit tentang anugerah gelaran atau pangkat dalam Islam, bukan mempersoalkan tentang pemberian dari Istana kepada seseorang. Kalau ada pemberian dan ada yang ingin menerima terpulang kerana itu hak masing-masing dalam menilai sesuatu gelaran atau menerimanya.
Bukan apa, kerana biasa kita dengar ada gelaran2 Dato' ni pula ada yang di jual beli dan menjadi bahan perniagaan pula. Dan akhirnya kadang-kadang pula Dato' ni pula yang mencemarkan nama dan anugerah ini, seperti menjadi ahli perniagaan yang menipu serta mengaut keuntungan dengan membohongi orang ramai dengan gelaran Dato' ini.
Selain itu ada juga Dato' ini pula yang membuat sesuatu perlakuan sumbang, membuat kesalahan jenayah dan banyak lagi.
Jadi dalam PAS ini juga ada yang kemaruk dengan gelaran Dato' ni. Saya tak tahu macamana nak kata, sedangkan dalam Islam kita di ajar semulia-mulia hamba ALLAH itu adalah yang bertakwa dan beramal sholeh. Bukan kepada gelaran itu. Jadi kalau kita di ajar dan kita mengajar orang lain tetapi kita tak buat seperti apa yang dituntut oleh Islam itu sendiri .....macamana agaknya ye?
Kita boleh lihat [ ini sebagai contoh sahaja......] yang mana lebih mulia antara Tan Sri Rahim Tambhi Cik dengan Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat? Kalau ikut ranking tentulah Tan Sri lebih tinggi dari Dato' kan? Tetapi dalam serba serbi latarbelakang tentulah kita tak setuju, kerana TG Nik Aziz Nik Mat adalah lebih baik dan lebih mulia dari Rahim Tambhi Cik itu.
Tetapi itulah nilaian masyarakat kita akan melihat anugerah dunia itu lebih mulia.....dan masing2 juga berebut untuk mendapatkannya.
Cuba kita lihat lagi [ ini juga sebagai contoh sahaja.....] adakah sama antara Dato' Sharifah Aini, Dato' Siti Norhaliza, Dato' M Daud Kilau, Dato' David Arumugam, Dato' Khatijah Ibrahim, Dato' Jalil Hamid ......dengan Dato' Abu Bakar Cik, Dato' Harun Din, Dato' Harun Taib, Dato' Mahfuz Omar, Dato' Kamarudin Jaafar, Dato' Hassan Ali, Dato' Mustapa Ali .....dan lain2 lagi.
Harap2 semua ini di renung-renungkan.....jangan lah tergadai maruah agama kerana untuk gelaran di dunia.