Mungkin ramai yang dah baca posting gu kawe, Sheih yang bertajuk "Bila PAS Tertelan Racun Lipas Umno". Saya tak tekan pulak hari tu pautan yang dia bubuh pada nama Wan Abu Bakar dalam posting tu.
Tadi baru teringat nak tekan. Ia pautan kepada tulisan mendiang MGG Pillai.
Antara lain dalam tulisan itu, Pillai mendakwa:
The director of military intelligence, Lieut-Gen Dato' Wan Abu Bakar Omar, proved by his own words why he should be removed forthwith. In an irrelevant television and print interview with Bernama yesterday (19 April 2005), broadcast on all TV channels and reported in the newspapers today, he proved why military intelligence, at least in Malaysia, is an oxymoron.
Jika benar sebagaimana yang cuba didakwa oleh Pillai bahawa perisikan tentera di Malaysia adalah oxymoron, maka pengarahnya waktu itu ialah Wan Abu Bakar.
Malah, Pillai juga mendakwa Wan Abu Bakar ketika itu patut dipecat serta-merta.
Mission as director accomplished with flying colours, if Pillai was right in his writing.
Anda teringat seorang pemimpin sebuah pertubuhan berjubah berserban yang menjadikan Pak Mat di Kelang yang didakwa memakai seluar pendek sebagai tempat rujukannya?
Tidak ada pemimpin PAS yang menafikan persekongkolan mereka dengan orang seperti itu. Kalau ada, kita akan meminta mereka bersumpah dengan kalimah qasam waLlahi, wabiLlahi, wataLlahi bahawa mereka tidak pernah bersekongkol dengan Wan Abu Bakar.
Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya, benarkah agenda supaya PAS dikahwin paksa dengan Umno belum berakhir? Ada kawan dalam Umno kata, "reactivated". Itu perkataan yang digunakan. Saya harap beliau bercakap bohong.










Cantik? Klik 






sekadar renungan semua anak2 muda dalam pas zaman sekarang...dulu tahun 1972, telah diputuskan satu HUKUM yg amat penting:-
Sehari sebelum Muktamar Khas tersebut, Ustaz Abu Bakar Hamzah selaku Setiausaha Agung PAS waktu itu telah mengeluarkan kenyataan:
Setelah mengkaji sehalus-halusnya sekadar yang terdaya akan nas-nas Quran, nas-nas Sunnah Rasul, dan aqwal fuqahak, di antaranya dari kitab Tafsir Ibnu Kathir, kitab Al-Umm, kitab Siasah Syar’iyah oleh Ibnu Taimuyah, kitab Turuq Hukmiah oleh Ibn Qaiyim, kitab Ashbah Wan-Nadza-ir oleh Imam Sayuti dan kitab Tafsir Fi Dzilal el-Quran oleh Syed Quth, maka saya menegaskan pendapat saya:
1..Memandang betapa perlunya umat Islam di negeri ini bangun berjuang di dalam politik untuk mendapatkan kekuasaan,
2..Memikirkan kesanggupan umat Islam yang belum menjadi pihak berkuasa (As-hab el-Syaukah), maka mereka memilih perjuangan cara perlembagaan menurut undang-undang negeri,
3..Oleh kerana PAS sendiri menerima pilihan raya ala-barat yang dianjurkan oleh kerajaan as-hab el-Syaukah,
4..Oleh kerana PAS taat setia dan menghormati perlembagaan negara dengan mematuhi perintah ‘Pengharaman kalimat Allah-Muhammad’ dan ‘Bulanbintang partinya,
5..Oleh kerana ahli-ahli PAS yang berjaya dalam pilihan raya juga turut mengangkat sumpah dalam majlis-majlis undangan, menurut undang-undang negeri,
6..Oleh kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang agama rasminya ialah Islam, walau apapun juga tafsirannya,
7..Memandangkan bahawa perjuangan politik secara ideology Islam di negeri ini adalah ‘halal’ pada sisi undang-undang negeri dan hanya ‘wajib’ pada sisi syariat Islam,
8..Oleh kerana kepala negara bagi Malaysia mestilah dipilih dari antara Raja-raja Melayu semuanya Muslim belaka,
9..Oleh kerana Raja-raja Melayu adalah As-hab el-Syaukah bagi urusan-urusan agama dan majlis undang-undang tidak berhak masuk campur secara langsung ke dalam urusan-urusan tersebut,
10.Oleh kerana kepala negara adalah kuasa melantik hakim-hakim, juri-juri dan suruhanjaya-suruhanjaya bebas,
11.Oleh kerana kepala negara adalah kuasa tertinggi di dalam masa darurat,
12.Oleh kerana kepala negara adalah ketua segala angkatan tentera bagi negeri ini,
13.Oleh kerana ada bukti-bukti sejarah dan ilmiah bahawa undang-undang asas bagi negeri ini adalah undang-undang Islam dan Malaysia boleh isytiharkan sebagai sebuah ‘Negara Islam’, walaupun kesemua hukum Islam belum berjalan pada masa ini,
14.Oleh kerana Kongres PAS ke 18 pada Julai 1972 telah memberi izin dan mandat untuk berunding mengenai penubuhan kerajaan campuran di semua peringkat.
15.Oleh kerana Jawatankuasa Perunding PAS berpuas hati bahawa syarat-syarat dalam masalah ini dapat membawa masalih-mursalah kepada umat Islam di negeri ini,
16.Oleh kerana PAS diakui haknya untuk memperjuangkan komsep ideoligi Islam di dalam kerajaan campuran itu dari semasa kesemasa,
17.Oleh kerana PAS diberi ‘Kementerian’ yang dikira boleh disalorkan konsep Islam melaluinya,
18.Oleh kerana PAS tetap diakui sebagai sebuah partai yang merdeka dan bersendirian, dan bukan juzuk atau unit di dalam partai yang berkuasa As-hab el-Syaukah,
19.Oleh kerana PAS dijamin haknya untuk menentang sebarang apa jua undang-undang dan cadangan yang berlawanan dengan Islam,
20.Oleh kerana tidak ada nas qat’ie atai dzanni yang cukup kuat dengan sepenuhnya mengharamkan,
21.Oleh kerana pucuk pimpinan dan AJK Agung PAS yakin dan percaya bahawa masalah ini dapat dijadikan ‘wasilah’ untuk menolak bahaya, untuk mengangkat kepayahan, dan untuk membawa faedah bagi umat Islam ini,
22.Menimbang dan memikir serta memperhitungkan kesanggupan PAS dan suasana politik yang mengelilingi umat Islam di negari ini sekarang,
Maka saya, selaku Setiausaha Agung PAS berpendapat dan yakin untuk menegaskan bahawa ‘Kerajaan Campuran’ yang di hadapan kita sekarang, adalah ‘harus’ pada hokum syarak dan ianya sudah wajar diterima oleh para perwakilan
Kongres Khas pada 21 Disember 1972 ini.
la bakaq hang ni pon satu,kalo kawan yang bagi tau pasai "reactivated" tu cakap bohong pon apa masaalah hang ni? kan ka yang dok ataih tu ada 4 ke 5 orang pemimpnin dah memang sah berbohong.hang tak baca ka kitab baru karangan Haron din.Kitab bertajuk "TAKUT2 ADA" buka dalam bab "berbohong". Ya Allah selamatkan Pas pimpinan TOK GURU NIK AZIZ. AMIIIIINNNN.
Tok habih-habih lagi? Adoi...
(Pertanyaan di atas bukan untuk Pak Bakaq, tapi puak-puak UGila. Untuk Pak Bakaq, teruskan menulis)
PAKATAN RAKYAT sebenar nya tidak pernah ujud. Perkataan 'keji' ini cuma di sebut apabila menghadapi PRU atau PRK sahaja. Tiada lambang parti Pakatan Rakyat yang sah pernah kita lihat. Kerana ianya tidak pernah ujud.
Perkatan Pakatan Rakyat cuma di ujudkan untuk membantu dan menguatkan parti pembangkan melawan parti BN yang memerintah negara. Keujudan perkatan Pakatan Rakyat ini hanya menguntungkan parti DAP dan PKR.
PAS cuma dapat untung segantang, tetapi DAP dan PKR mendapat untung se guni.
Betul kah Bakaq? Depa ni tak serik2 lagi ka kena hentam pasal BONEKA UMNO ni.
Itulah hang Bakaq. Hang kan baik dengan Mustafa Ali. La ni dia dah S/A. Power!
Dia boleh jalankan terus agenda kerajaan perpaduan
Perwakilan dah bagi mandat pada Nasha. Apa boleh buat?
Berkata seseorang kepada ku mengenai penafian mereka yang bermati-matian mempertahankan bahawa Pas tidak akan buat perpaduan dengan Umno." memang la mereka , Geng Perpaduan tu tak masuk Umno tapi kalau aku pi cerita kat orang kampung, terang pasal UG ni mereka akan kata Umno la tu sama ja maksudnya cuma sebut perpaduan , pusing kot mana pun tujuannya nak bersama Umno"!
Pak Bakaq,
Apasalahnya UG? Apa dosanya UG?
Dengan UG, PAS dapat TPM,
Dengan UG, PAS dapat Menteri,
Dengan UG, PAS dapat Timbalan Menteri,
Dengan UG, PAS dapat Setiausaha Menteri,
Dengan UG, PAS dapat MB,
Dengan UG, PAS dapat Peruntukan, (tak payah ahli derma)
Dengan UG, PAS dapat kek ekonomi, (dapat baja, subsidi, pinjaman)
Dengan UG, PAS dapat kontrak (mudah masuk tender)
Dengan UG, PAS dapat DUNIA (macam-macam ada)
Dengan UG, PAS akan melePAS (ramai penyokong PAS tak suka, ahli PAS kena wala' - nak tanya berapa ramai ahli PAS?)
Dengan UG, Pak Bakaq dapat makihamun, sumpah seranah (sebab mencari kebenaran)
Dengan UG, Pak Bakaq & orang seangkatan boleh dapat AKHIRAT (kan lebih mulia)
Bukan PAS yang kuat tetapi UMNO yang lemah, ALLAH palingkan rakyat Malaysia menyokong PAS. Senjata PAS paling ampoh ialah SOLAT HAJAT setelah berusaha.
Selepas ni harap Pak Bakaq dapat membuat satu catatan berkaitan UG (Boleh bermula dengan pertemuan gelap selepas PRU ke 12) sebagai satu sejarah politik masa depan dan diharap pihak yang memperjuangkan UG dapat membuat catatan yang sama mengikut pandangannya sebagai alternatif catatan Pak Bakaq.
Harap pemimpin-pemimpin tertinggi PAS dapat berbincang untuk mencari titik pertemuan semula Hala Tuju PAS untuk diikuti sekalian ahli. Jika tidak pasti akan KEHILANGAN Ahli dan Penyokong jika masalah tidak ditangani dengan bijak.
Pencinta BENAR & KEBENARAN.
Pak Bakaq,
Terlalu banyak,terlalu ramai yang telah memperkatakan isu Kerajaan Perpaduan ini.Khabarnya akan ada reaksi dari PAS Pusat untuk mennerangkan apa itu Kerajaan Perpaduan.Pokoknya yang dipersoalkan dan dibincangkan tak habis-habis,bukan konsep Kerajaan Perpaduan itu,tetapi:
(1) Pembohongan pihak-pihak yang nakkan Kerajaan Perpaduan itu dan pembohongan
ini bermula dari muzakarah/muqabalah.
(a) Mula-mula kata tak ada pertemuan dengan pihak UMNO tetapi apabila
Abdullah Badawi mengatakan ada pertemuan selama 3 kali bermakna pihak
telah BERBOHONG.
(b) Apabila telah terbongkar "rahsia", buat bohong lagi konon diarahkan olih
Majlis Syura Ulamak walhal Ketua Majlis Syura Ulamak pun tak tahu
mengenai perkara itu.Sudah 2 kali BOHONG.
(3) Ada pula yang cuba buat andaian konon telah dibincangkan diperingkat PAS
Pusat.Ini telah dinafikan 2 kali olih Ketua Penerangan(waktu itu) - tak
ada sebarang perbincangan pun diperingkat PAS Pusat. 3 kali BOHONG.
(4) Muktamar diIpoh menetapkan untuk terus bersama dan memperkokohkan
Pakatan Rakyat.Yang ini selalu ditegaskan olih Mursyidul Am.Dalam
Muktamar itu tak ada keputusan untuk "meneruskan" muqabalah dengan UMNO.
Bohong lagi.
(5) Selepas Muktamar yang lalu diShah Alam,Presiden PAS menyatakan (dalam
sidang akhbar) isu Kerajaan Perpaduan ini telah dibincangkan dengan
rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. Keesokan harinya kenyataan Presiden
POAS ini dinafikan olih pemimpin-pemimpin PKR dan DAP. BOHONG lagi.
Inilah isunya yang sebenar,BOHONG,BOHONG,BOHONG.Amat menghairankan dan taajub bagaimana individu-individu yang bergelar ulamak sanggup BERBOHONG.
Berbalik kepada idea Kerajaan Perpaduan. Tak perlu pihak-pihak penganjur idea ini,sama ada Presiden,Tim.Presiden mau pun Mustafa Ali atau Harun Din membuat penerangan dan penjelasan kepadam umum atau kepada ahli-ahli PAS diperingkat akar-umbi.Yang lebih penting dan aula ialah membincangkan,mengupas cara mendalam dan mendapat persetujuan diperingkat PAS Pusat dahulu.Satelah diluluskan olih Majlis Syura Ulamak barulah kemudian diterangkan kepada semua ahli-ahli PAS semua peringkat.Bukankah ini caranya sebagai mana yang dikehendaki olih Perlembagaan PAS? Apakah Presiden,Tim.Presiden dan S/U Agong yang baru,sudah lupa kepada Perlembagaan atau sudah "belajar" mengenepikan Perlembagaan ikut cara UMNO.
Ingin ditegaskan sekali lagi disini agar "messagenya" sampai dan difahami bahawa
soal apa itu idea Kerajaan Perpaduan tidak begitu penting,disaat dan peringkat ini.Yang jadi persoalan dan isu BESAR ialah sikap PEMBOHONG Presiden,Tim.Presiden dan juga S/U Agong yang baru.Ini yang dipersoalkan dan amat memerlukan penjelasan segera.
pak bakaq, saja nak tanya: siapa ustaz abu bakar husin yang jadi pesuruhjaya pas perak tu? disebabkan saya hanya pecacai, mungkin saya tak pernah dengar/kenal nama dia.
dan agak2 ngapa bukan nizar yang jadi pesuruh jaya, agaknya? nizar menolak atau ditolak?
suke hati kome ler jgn bercakor udahler nti..bile pak bakor nak bisnes cendoi plak.teghingin nak mkn cendoi pak bakor ni..ehehe..
orang kertas, ni musim 'kepimpinan ulama', nizar kan bukan ulama... janganlah buat payah nak faham