Pembaca yang memperkenalkan dirinya sebagai Pak Ngah mengirimkan artikel di bawah. Saya siarkan tanpa edit:
BAGAIMANA HENDAK DIPADAMKAN ARANG YANG TERCONTENG INI?
Oleh: Pak Ngah
Tersenyum lega bila Pak Ngah membaca kenyataan TGNA seperti berikut:
"Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di pejabat agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan prihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno.
"Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair.
"Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan.
"Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi."
Pak Ngah mencuba membersihkan hati dan jiwa yang terluka dari kemelut yang melanda. Bapa Pak Ngah ni bekas homeguard, hidup nya di disiplin cara tentera dan teguh dengan amalan bagi setiap kesalahan yang dilakukan pasti ada hukuman yang menanti. Pak Ngah berlapang dada dengan kenyataan TGNA. Atas sanjungan kepada Mursyidul Am PAS, tidak lagi di persoalkan apa hukuman patut di kenakan kepada kalangan yang menimbulkan kemelut tersebut, namun sebagai anak bekas homeguard ini tetap ingin memberikan peringatan, kalau di ulangi samada nampak dimata atau berselindung , covert operation, selicik mana gerakan diaturgerak, Jemaah perlu menghambat mereka pergi tanpa perlu belas kasihan.
Berhati hatilah.
Kini Pak Ngah tertanya tanya, kearah mana pula nak dibawa? Orang bawahan pasti akan merenung wajah pemimpin mereka yang disayangi. Kepimpinan yang terpalit dengan kemelut ini harus menjangkakan pengharapan Jemaah yang amat tinggi bagi mereka memulihkan keadaan. Keadaan yang perlu di lakukan perlulah merupakan kemampuan luarbiasa. Bagi kepimpinan ini hendaklah berusaha berlipat kali ganda dari yang sebelum nya bagi mengelakkan kegusaran jemaah. Jangan pula berdukacita kalau gagal melaksanakan agenda besar merobah suasana kerana jemaah akan melihat usaha usaha tersebut. Kalau takut menghadapi suasana ini, perlihatkan keberanian, berehatlah kalau perlu.
Kita bangsa timur yang penuh sopan santun, tinggi budi pekerti nya dan harum budaya bangsa nya. Pelihara lah kebanggaan budaya bangsa ini selagi tidak menyanggahi syariah. Gembirakan lah orang orang kampong, petani, penoreh getah, pesawah, pengusaha kelapa sawit sekangkang kera, peniaga kedai runcit, kedai kopi, gerai, peniaga pasar malam, pak cik, mak cik, pak long mak long dan juga lebai lebai, siak, drebar teksi dan lori. Hari tak selalu nya cerah, ada kala nya kelam petir berdentum dan hujan turun menyegarkan kembali tumbahan yang kekuningan kerana kepanasan. Tidak ada double standard dan perbezaan nya antara kami, harapanya bagitu juga pada pemimpin. Pemimpin datang dan pergi adalah lumrah alam. Kata orang tua tua, Harimau mati meninggalkan belang, Manusia mati meninggalkan nama. Ada nama yang terpahat pada sejarah tentang kebaikan dan ada jua yang sebaliknya. Ia nya adalah sejarah yang tertulis dan tersurat. Kehidupan harus diteruskan seumpama kalau ada sebiji benih di tangan sekali pun besuk akan kiamat patut jua ia ditanam.
Akhirnya salam buat semua dari Pak Ngah, ingat mengingati kita sesama manusia, bermaafan satu tuntutan, setiap satu kesalahan perlu ada satu hukuman. Biarlah hukuman itu yang adil untuk semua dan tiada pengadilan berpilih.










Cantik? Klik 






Warning terakhir, red card, dalam pemerhatian.. walaupun bebas bergerak kesana kemari.
Tapi ingat.. mucung rifle snipers ni bergerak mengikuti kemana saje. Ada night vision jadi semua akan nampak walaupun dok dalam gelap. Zaman teknologi bukan zaman unta.
Silap langkah berdentum bunyi.. terburai masa tu gerenti tadak harapan lagi.
Wahai Parti PAS,
Ingatlah aku berubah parti semata-mata kerana parti Pas menagamalkan ajaran Islam dan kebanyakan pemimpin adalah dari kalangan ulamak..Sekiranya ada dikalangan mereka yang ingin bersekutu dengan parti sekular tolong jangan libatkan orang lain. Keluar dari dari parti secara baik dan pergi lah kepada kemungkaran..Kepada mereka yang setia bersama parti sekular, ingatlah mereka ini terang-terang menolak undang-undang Allah dan lebih pentingkan duniawi..Jangan jual agama kamu wahai pemimpin Pas yang mudah lupa diri..Teringat lagu Mawi.."Apa Yang Dikejar Dalam Hidup Mu"..Dunia atau Akhirat..Allah atau hasutan Nafsu..Lu Pikir La Sendiri..
Saya tak tahu kepada siapa amaran di atas ditujukan. Saya tekan publish sahaja walaupun tak faham.
Kalau amaran itu ditujukan kpd org lain, jgn merapu la. Jangan mengarut sampai nak ugut-ugut la meskipun berbeza pendirian politik.
yg ko suruh jemaah hambat ni...ko tu jemaah ker...usrah ade pergi?...ade masuk program tarbiyyah?....kalu setakat pangkah jer...org asli kt grik tu pun boleh....jgn perasan sgt yg ko tu hebat sgt...nak kira sumbangan TGHH dan ust Nasa dgn ko...langit dan bumi bezanya...baru setahun jagung nak berlagak....
bagus pak ngah...pak ngah wajar menulis banyak lagi tentang org2 yang kebuluq dengan umno...bongkarlah demi kebenaran agar penyeleweng2 parti akan di 'muziumkan'
marilah kita hambat mereka dengan memanaskan blog ni...sesiapa yang ada cerita..bongkarlah dalam blog ini...inilah blog alternatif terbaik bagi me'nyahkan' org2 yang feel good dgn umno...
bagi aku tak kira PAS atau PKR...kalau dah baik dgn amno kira pengkhianat
Pak Bakaq,
Bukan sahaja Utusan yang menghiburkan, mari kita baca keratan berita harakahdaily,
Bimbang bahaya penularan budaya Umno dalam PAS
Zulkifli Yahaya
Fri | Jun 26, 09 | 7:16:35 am MYT
....... Beberapa hari lalu, ramai terkejut dan tertanya-tanya apabila sebuah stesen media talibarut BN menyiarkan laporan mengenai terdapat beratus ahli-ahli PAS yang mengangkat sepanduk menyatakan sokongan terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am PAS sewaktu beliau tiba di Lapangan Terbang Kepala Batas, Kedah ...
(komen - tuduh pihak lain talibarut tapi Harakah / harakahdaily talibarut siapa ???)
... Tentulah peristiwa yang berlaku bukan atas kehendak Tuan Guru sendiri atau mana-mana pemimpin PAS Pusat, cuma ia inisiatif kalangan tertentu dalam parti yang ghairah sangat terhadap isu tertentu yang dilihat melanda parti.
Mereka yang meregang sepanduk adalah golongan yang ikhlas, cintakan jamaah. Cuma terlanjur, tanpa disedari tertiru budaya Umno, sedangkan jalan penyelesaian terhadap krisis yang berlaku dalam jemaah, sesama anggota jamaah bukan begitu ...
(komen - harap pihak atasan memecat semua yang menyokong TGNA termasuk 10 MP kerana adab jamaah bukan begitu. Adab pemimpin jamaah macamana ya???)
... Penularan budaya buruk Umno dalam masyarakat perlu dibendung. Apatah lagi jika tempiasan budaya tersebut dijangkiti oleh anggota jamaah Islam ...
(komen - baru jamaah menyatakan sokongan, tapi ada pemimpin PAS yang abassiyah, berunding dalam gelap, menipu, pembohong, putar belit, tak wala', ada juga yang dah minat kumpul harta, nak berpeluk dengan umno tak apa???
RINGKASANNYA : JAMAAH JANGAN TERIKUT BUDAYA UMNO, PEMIMPIN TAK APA. NAK BERPELUK KE NAK BERPADU KE, JAMAAH TAK BOLEH TEGUR. (PEMIMPIN BETUL 2 MARKAH, SALAH 1 MARKAH).
Kenapa "benih umno" ingin di semai dalam tapak semaian pas? Bukankah perpaduan melayu itu agenda utama umno sejak dr azali lagi? Kenapa pas yg memperjuangkan islam begitu bermurah hati mengambil benih itu utk dibelai dan dibajai dalam kebun pas? Mana pergi benih pas, "perpaduan ummah" yg melangkaui garisan sempadan negara, kaum, bangsa dan agama? Bukan kah nabi berpesan "islam itu rahmat utk seluruh alam". Keboborokan segelintir pemimpin pas berlaku kerana mereka suda leka dan lalai dgn kesenangan duniawi yg melimpah ruah hingga lupa nak semai benih islam.
Tokden
Seronok baca komen yang ini
yg ko suruh jemaah hambat ni...ko tu jemaah ker...usrah ade pergi?...ade masuk program tarbiyyah?....kalu setakat pangkah jer...org asli kt grik tu pun boleh....jgn perasan sgt yg ko tu hebat sgt...nak kira sumbangan TGHH dan ust Nasa dgn ko...langit dan bumi bezanya...baru setahun jagung nak berlagak....
Memang lah tanam jagung cuma setahun, kemudian kena tanam lagi. Mana ada pokok jagung macam pokok kelapa sawit boleh tahan lama lama. Kalau dah lama mula lah melalut, tarbiyah sana, tarbiyah sini tapi cermin cermin diri barakah ke tidak hidup seharian tu... dah lupa kah ada seorang yang amat alim hinggakan berlubang batu akibat beribadat dan sujud nya namun bila datang syaitan kantoi....... tak ada dalam usrah atau tarbiyah engkorang ke...... banyakkan baca kitab lain juga selain mathurat tu...ye.
rasanya Anon #1 tu buat kiasan saja. Bahasa orang utara !
Bukan 'amaran' yg seperti disangkakan.
harap2 begitu lah. tidaklah kita hendak bertindak keterlaluan..
Salam perjuangan
Nampaknya masih ramai lagi yang tak faham-faham "senario" yang menyebabkan TGNA mengeluarkan perkataan-perkataan "karut" dan "boneka UMNO".Anon No.4(diatas),tolong berikan "jasa-jasa" besar Nasaruddin Mat Isa kepada PAS sejak dia jadi Naib Presiden mengalahkan Us.Hassan Shukri? Umum mengetahui bahawa Nasaruddin Mat Isa adalah jenis pemimpin yang "tak perform".Olih keana anda yang menyebut akan "jasa-jasa" Nasaruddin Mat Isa,harap sebut dan senaraikan "jasa-jasa" itu agar kami yang tak tahu ini mengetahuinya.
nikabduh.wordpress.com
Silakan.jgn jadi langau
Anon #1.
Pergh!!!!!Sakan hang no. Sampai nak tembak menembak. Hang punya semangat totok sampai kira dah perasan 'Shooter' dah la tu.. Shooter kepala bapak hang!!!
Makin bengong pulak ahli PAS ni...Menjadi-jadi...
Pak ngah! kenalah waras sikit. Yang nak perambat pemimpin di atas tu pasai apa. Peminpin perambat dan pecat orang bawah ada la logik sikit. Sendiri mau ingatla, mereka jadi pemimpin pasai orang bawahan yang memilih, bukannya mereka suka hati sendiri duduk di situ. Maknanya suara majoriti. Nik Aziz bolehlah dilantik saja, bukannya menang dalam pemilihan parti. Jadi penasihat tu, buatlah macam penasihat. Mendamaikan bukannya menyebelahi sesuatu pihak. Inilah payah kalau mursyidul am pun ada jawatan lain dalam parti. Janganlah lebih-lebih pulak tunjuk pengaruh nak lawan presiden. Kuasa presiden dalam mana-mana organisasipun mempunyai kuasa pemutus bila ada beberapa pendapat. Kenalah ikut presiden. Tak mau ikut juga, ikut suka hampa la?
Anon. 11 kata Ustaz Nasha jenis 'tak perform', sapa cakap, kalau tak perform pasai apa ramai perwakilan pilih dia sebagai timbalan. Sebab apa tak pilih orang lain. sebab apa orang tak pilih orang lain yang boleh cakap berdegar-degar tu. Sebab pemimpin islam mestilah orang yang rasional bila bercakap, tidak menghamburkan kata-kata yang bukan-bukan. Tapi nampaknya dalam pas ni ada jenis yang suka pemimpinnya cakap memaki hamun dan sewaktu dengannya, baru best terangkat..