Jika benar laporan mStar Online pagi ini bertajuk "Saingan sengit, Husam menang tipis Timbalan Presiden PAS?" ia bermakna benarlah perkiraan yang dibuat oleh pakar-pakar pilihan raya di sebelah pihak Haji Husam Musa.
Pada malam sebelum pengundian itu, mereka memperkirakan Husam boleh meraih antara 410 hingga 450 undi. "Tok leh gi dah (lebih dari 450)," kata salah seorang dari mereka. Mereka amat mengharapkan seorang lagi calon, Haji Mohamad Sabu dapat meraih sekurang-kurangnya 200 undi untuk membolehkan Husam menang. Ada di antara mereka yang berkata, "Male ni kita ngepeng tambah undi Mat".
Sebentar tadi, saya menerima SMS yang mendakwa Husam mendapat 452 undi dan Ustaz Nasharudin Mat Isa mendapat 358 undi. Mungkin betul, mungkin tidak. Jika betul, hampir tepat perkiraan pakar-pakar pilihan raya yang menyebelahi Husam.
Pada malam sebelum pengundian itu juga, Husam pula dilaporkan sibuk "melobi" Allah s.w.t. dan menasihatkan para penyokongnya melakukan perkara yang sama. Dia tahu, hampir mustahil dia boleh mendapat lebih dari kira-kira 450 undi. Hanya Allah yang mampu membantu.
Husam bukan diterima oleh semua pihak. Banyak juga yang melanyak. Ketika Husam mula menawarkan dirinya dan beliau diserang habis-habisan, saya hantar SMS kepadanya, "Hang kena banyak 'bercakap' dengan Allah". Saya tidak suka melihat Husam berkuntau lidah dengan mereka yang sakit hati kepadanya.
Hampir setiap hari juga saya meminta Mat Sabu supaya "jangan kata kat orang (calon-calon lain)". Saya tidak suka "pengantin" saya comot-comot akibat perbuatannya sendiri.
Kepada saya, kalau Mat Sabu kalah sekalipun, sekurang-kurangnya boleh dibuktikan bahawa Mat Sabu dan Husam bersaing antara satu sama lain dengan cara yang beradab.
Ketika kebetulan kami berjumpa, Husam dan saya tidak cakap apa-apa tentang pemilihan Timbalan Presiden PAS. Husam tahu, saya tentu menyokong Mat Sabu. Kami hanya bergurau kosong sahaja.
Husam lebih bertuah dari Mat Sabu. Ramai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang membuka mulut membantunya. Mat Sabu pula hanya dibantu oleh marhaen-marhaen yang sesetengahnya langsung tidak dikenali. Mereka boleh cakap apa sahaja, tetapi cakap-cakap mereka tidaklah sebisa mana-mana Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Mat Sabu sendiri tahu perkara itu. "Aku tak dak sokongan ahlul-hilli wal aqdi (Majlis Syura atau Ahli Jawatankuasa PAS Pusat). Paling banyak aku boleh dapat tiga undi ja dari depa". Nasibnya baik kerana pada hari pengundian ada seorang lagi yang tidak disangka-sangka dilihat oleh pengundi di belakangnya telah memberikan undi kepada Mat Sabu. Dia dapat empat undi dari hlul-hilli wal aqdi dan bukan tiga seperti yang dijangkakan.
Sama ada Mat Sabu akan menjadi sejarah atau tidak selepas ini, hanya Allah jua yang menentukan.
Walaupun saya menyokong Mat Sabu, saya tetap bersyukur kepada Allah Yang Maha Menghakimkan dan Maha Memutuskan jika benar Husam dipilih sebagai Timbalan Presiden PAS. Usaha saya sejak 2005 lagi telah berhasil (pada tahun itu saya beritahu Mat Zain Markaz Tarbiyyah bahawa Ustaz Nasharudin menang kerana kesalahan Ustaz Hassan Shukri yang sebelum itu tidak menyinar sebagai Timbalan Presiden. Pada masa itu juga, anak-anak Almarhum Ustaz Fadzil Noor seperti Mona dan Ustaz Fauwaz pakat-pakat sokong Ustaz Nasharudin. Kali ini pun Ustaz Fauwaz menyokong Ustaz Nasharudin. Saya memohon maaf jika Ustaz Fauwaz melihat saya sebagai anak murid yang kurang ajar - setiap kali berpeluang bertemunya, saya banyak "mencuri" ilmunya).
Apa pun, saya telah tulis sebelum ini, "Asal bukan Umno".

Berita berkaitan:Pada malam sebelum pengundian itu, mereka memperkirakan Husam boleh meraih antara 410 hingga 450 undi. "Tok leh gi dah (lebih dari 450)," kata salah seorang dari mereka. Mereka amat mengharapkan seorang lagi calon, Haji Mohamad Sabu dapat meraih sekurang-kurangnya 200 undi untuk membolehkan Husam menang. Ada di antara mereka yang berkata, "Male ni kita ngepeng tambah undi Mat".
Sebentar tadi, saya menerima SMS yang mendakwa Husam mendapat 452 undi dan Ustaz Nasharudin Mat Isa mendapat 358 undi. Mungkin betul, mungkin tidak. Jika betul, hampir tepat perkiraan pakar-pakar pilihan raya yang menyebelahi Husam.
Pada malam sebelum pengundian itu juga, Husam pula dilaporkan sibuk "melobi" Allah s.w.t. dan menasihatkan para penyokongnya melakukan perkara yang sama. Dia tahu, hampir mustahil dia boleh mendapat lebih dari kira-kira 450 undi. Hanya Allah yang mampu membantu.
Husam bukan diterima oleh semua pihak. Banyak juga yang melanyak. Ketika Husam mula menawarkan dirinya dan beliau diserang habis-habisan, saya hantar SMS kepadanya, "Hang kena banyak 'bercakap' dengan Allah". Saya tidak suka melihat Husam berkuntau lidah dengan mereka yang sakit hati kepadanya.
Hampir setiap hari juga saya meminta Mat Sabu supaya "jangan kata kat orang (calon-calon lain)". Saya tidak suka "pengantin" saya comot-comot akibat perbuatannya sendiri.
Kepada saya, kalau Mat Sabu kalah sekalipun, sekurang-kurangnya boleh dibuktikan bahawa Mat Sabu dan Husam bersaing antara satu sama lain dengan cara yang beradab.
Ketika kebetulan kami berjumpa, Husam dan saya tidak cakap apa-apa tentang pemilihan Timbalan Presiden PAS. Husam tahu, saya tentu menyokong Mat Sabu. Kami hanya bergurau kosong sahaja.
Husam lebih bertuah dari Mat Sabu. Ramai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang membuka mulut membantunya. Mat Sabu pula hanya dibantu oleh marhaen-marhaen yang sesetengahnya langsung tidak dikenali. Mereka boleh cakap apa sahaja, tetapi cakap-cakap mereka tidaklah sebisa mana-mana Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Mat Sabu sendiri tahu perkara itu. "Aku tak dak sokongan ahlul-hilli wal aqdi (Majlis Syura atau Ahli Jawatankuasa PAS Pusat). Paling banyak aku boleh dapat tiga undi ja dari depa". Nasibnya baik kerana pada hari pengundian ada seorang lagi yang tidak disangka-sangka dilihat oleh pengundi di belakangnya telah memberikan undi kepada Mat Sabu. Dia dapat empat undi dari hlul-hilli wal aqdi dan bukan tiga seperti yang dijangkakan.
Sama ada Mat Sabu akan menjadi sejarah atau tidak selepas ini, hanya Allah jua yang menentukan.
Walaupun saya menyokong Mat Sabu, saya tetap bersyukur kepada Allah Yang Maha Menghakimkan dan Maha Memutuskan jika benar Husam dipilih sebagai Timbalan Presiden PAS. Usaha saya sejak 2005 lagi telah berhasil (pada tahun itu saya beritahu Mat Zain Markaz Tarbiyyah bahawa Ustaz Nasharudin menang kerana kesalahan Ustaz Hassan Shukri yang sebelum itu tidak menyinar sebagai Timbalan Presiden. Pada masa itu juga, anak-anak Almarhum Ustaz Fadzil Noor seperti Mona dan Ustaz Fauwaz pakat-pakat sokong Ustaz Nasharudin. Kali ini pun Ustaz Fauwaz menyokong Ustaz Nasharudin. Saya memohon maaf jika Ustaz Fauwaz melihat saya sebagai anak murid yang kurang ajar - setiap kali berpeluang bertemunya, saya banyak "mencuri" ilmunya).
Apa pun, saya telah tulis sebelum ini, "Asal bukan Umno".

Hadi mahu kerajaan perpaduan (Utusan Malaysia 5/6/09)
Kerajaan perpaduan tidak menguntungkan - Husam (Utusan Malaysia 5/6/09)
Husam wins No. 2 post (Malaysian Insider 6/6/09)
Husam: "No! We Will Not Yield!" (Mob1900)
Hadi kena bidas

Kerajaan perpaduan tidak menguntungkan - Husam (Utusan Malaysia 5/6/09)
Husam wins No. 2 post (Malaysian Insider 6/6/09)
Husam: "No! We Will Not Yield!" (Mob1900)
Hadi kena bidas
Berita Harian Online (5/6/09): Tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan saranannya mengenai pembentukan kerajaan perpaduan semalam, bukan saja dipertikaikan oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), malah pemimpin kanan parti itu sendiri.
Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang bertanding jawatan Timbalan Presiden dan jika menang akan bergandingan dengan Abdul Hadi, secara terbuka mempertikaikan kenyataan ketuanya itu kerana beranggapan ia tidak menguntungkan parti berkenaan.
Beliau menegaskan parti itu tidak boleh menjalin kerjasama dengan Umno seperti kerjasama yang dipraktikkan dengan PKR dan DAP kerana Pas tidak akan menjadi parti yang dominan dalam pakatan berkenaan, selain pemimpin Pas sudah tentu tidak akan menjadi Perdana Menteri.
Oleh itu, katanya, beliau tidak akan sesekali membenarkan Pas menjadi ‘kuda tunggangan’ Umno melalui kerajaan perpaduan, walaupun ia diilhamkan oleh parti itu.
“Saya juga bimbang pembahagian kerusi antara Pas dengan Umno kemungkinan tidak adil. Yang kita mahu adalah duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Muktamar Pas Ke-55 oleh Abdul Hadi, di sini semalam.
Husam berkata, jika kedudukan kerusi Pas dan Umno tidak sama rata, Pas mungkin tidak dapat memainkan sebarang peranan dalam kerajaan perpaduan.
Sebaliknya, beliau mahu Pas lebih menumpukan kerjasama dalam Pakatan Rakyat kerana mendakwa taraf semua parti dalam pakatan itu adalah sama rata.
“Namun, jika perbincangan mengadakan kerajaan perpaduan mahu dilaksanakan juga, lebih baik dilakukan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13. Pas boleh memastikan kerusi kita benar-benar cukup untuk mengukuhkan kedudukan dalam kerajaan,” katanya.
Abdul Hadi pada sidang medianya selepas menyampaikan ucapan dasar pada muktamar itu semalam mempertahankan gesaannya supaya kerajaan perpaduan dibentuk bagi menyelesaikan masalah dalam negara secara menyeluruh.
Presiden Pas itu berkata, usaha itu menunjukkan yang Pas mengamalkan dasar terbuka selaras dengan prinsip demokrasi.
Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkata cadangan pembentukan kerajaan perpaduan tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat pemimpin Pakatan Rakyat dan beliau hanya mengetahuinya menerusi laporan media.
“Saya tidak tahu apa sebenarnya yang diperkatakan oleh Abdul Hadi mengenai kerajaan perpaduan, tetapi terpaksa membuat komen demi kepentingan penyokong Pakatan Rakyat,” katanya dalam laman blognya.
Lim berkata, beliau diburu wartawan selepas perasmian muktamar semalam yang mahu mendapatkan komen berhubung kenyataan Abdul Hadi mempertahankan cadangan menubuhkan kerajaan perpaduan.
“Semua pemimpin mesti bersedia untuk berbincang dengan pemimpin lain berhubung apa saja isu yang membabitkan kepentingan ramai,” katanya.
Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar, berkata idea kerajaan perpaduan bersama BN adalah idea politik yang terkebelakang dan tidak progresif.
“Pengalaman politik kompromi seumpamanya pernah berlaku pada 1978 antara Pas dan BN yang akhirnya tidak memperlihatkan sebarang manfaat. Justeru, idea ini sudah ditolak oleh pemimpin PKR.
“Cadangan bekerjasama oleh Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan kerajaan BN pula khusus untuk perkara untuk kepentingan rakyat, seperti masalah ekonomi negara dan tidak mengaitkan kerajaan perpaduan,” katanya.











Cantik? Klik 






Alhamdulillah jika berita ini menjadi realiti bila pengumuman dibuat nanti. Dalam mesyuarat kawasan tempuh hari, saya merupakan pencadang dari PAS Kawasan saya yang mencadangkan nama beliau dipilih sebagai TPP. Bila beliau menang sudah tentulah kami bersyukur dihadapan Allah SWT dengan kemenangan tersebut (saya dan semua perwakilan dalam mesyuarat agong kawasan kami).
Menang tipis bukan isu, kerana selepas ini PAS akan kembali bersatu. Saya amat yakin Abg Mat Sabu tetap akan sama seperti sebelum beliau bertanding TPP, beliau akan tetap menjadi pilihan utama seluruh penyokong PAS untuk menduduki rangking pertama sebagai penceramah PAS diseluruh negara, selain itu pimpinan tertinggi PAS akan terus menolaknya kehadapan bagi mengepalai demontrasi jalanan dan isu-isu panas pada masa yang mendatang. Kalah menang tidak akan mengubah stail dan cara kerja Abg Mat Sabu bekerja. Beliau orang lama yang telah sebati dengan perjuangan ini.
Ampun, jujur dan telus saya katakan, jika saya jadi perwakilan semalam, undian saya jadi begini.... saya penyokong kuat Abg Mat Sabu (atas banyak sebab) tapi saya bersama seiaya sekata dengan cadangan sms nakal yang saya terima dari kawan baik saya yang berbunyi 'kalau undi ...... kita joint ......, kalau undi ..... kita joint demontrasi jalanan, habis kita nak undi siapa?
Kalu menang sungguh baguih la, terselamat la Pas daripada pakatan dalam gelap dengan umno.
Nasib baik orang "segan" nak lawan haji hadi. Kalau tak rasanya jalan juga....
Alhamdulillah,
selepas ini pas bolehlah MENUMPUKAN PERHATIAN terhadap memperkukuhkan PR & bersedia menjadi KERAJAAN selepas PR-13.
and for god sake – put the STOP on this kerajaan perpaduan/muzakarah/muqabalah or whatever you call it with the DEVIL & MUNAFIQ umno
Saya kira penulisan Pak Bakaq kali ini nampak lebih sober dan rational berbanding dgn penulisan sebelum ini, mungkin kerana gembira calon yg tidak 'ulamak' diura2kan menang. Bagus lah berubah begitu dan saya berharap Pak Bakaq terus sober dan rational. Bukalah minda dan menhormati perbezaan pendapat dgn cara yg baik.
Saya bimbang, kemenangan saf kepimpinan hari ini, pemimpin yang baru di pilih khususnya Tn. Guru Hj.Hadi dan YB Nasharuddin Isa, PAS menunggu keretakkan dan kembali kepada status asalnya sebelum 2008. Jika mereka terus menerus berpegang kepada kefahaman seperti 'Unity Govt'. PAS memang lemah, ya lemah tanpa Pakatan Rakyat. Bandingkan lah jumlah kerusi yang diperolehi. Kelab penyokong PAS sudah mula sangsi dengan pemimpin seperti Hj Hadi dan Nasharuddin. Sebagai seorang yang baru berjinak-jinak dengan PAS, saya bersetuju pandangan Tuan Guru Nik Aziz, PAS tidak boleh tidak sekali-kali dalam apa jua keadaan jadi mangsa kepada laungan/slogan UMNO seperti ketuanan Melayu dsbnya. Jika ini berlaku tamat riwayat PAS.
Alhamdulillah ustaz nasa menang, banyak pulak tu...harap2 dia dpt meneruskan agenda menyatukan melayu islam. syukur dan syabas nampaknya perwakilan pas amat bijak!
~mat jering~
kemenangan us nasa belum tentu akan menjamin kemenangan beliau utk parlimen bachok pada pru akan dtg,saya sebagaipenyokong pas tidak rela di dunia dan akhirat jika us nasa cuba membawa pas masuk kedalam barisan nasonal,walaupun mengadakan sebarang rundingan dengan umno......
tengok sapa yg menang ???
Ahli perwakilan tetap wala' kepada pimpinan mereka ?.
kalau meang dato' husam mungkin pas memunyai 2 kepala !!
nasha menang dgn 480 undi, husam 280 undi mat sabu 261. nasha remains timb presiden but more than half of the perwakilan rejected him. tg presiden should get the message, do not press on with the unity govt. the perwakilan said so, they rejected nasha cos of his role, unfortunately you are so adamant to proceed with your unity govt though not acceptable by pr. proceed, pas will suffer come ge 13. Allah knows best
Walaupun PAS dan UMNO di samakan kerusi nya atau PAS di lebehkan kerusinya politik wang akan berlaku dan UMNO akan menang sebab kaya dengan wang.
Awas ! Jangan terpedaya oleh Syaitan yang menyamar sebagai Ulama.Anonymouse 4 berkata benar.
Baca lagi rencana saya "Devil in disguise" dan "UMNO/BN = Syaitan ?" di...
http://warongpakyeh.blogspot.com
Ust. Naza menang...so what is your comment pak bakar? Sudah terang lagi bersuluh, org pas sendiri tolak dikawal oleh anwar dan menerima persahabatan dengan umno..x nampak kenapa sesama islam tidak boleh bersahabat...? yg jelas, org pas tidak bodoh untuk menjadi tunggangan anwar..
Salam,
Naz
Saya meneka tajuk-tajuk entri selepas ini:-
1- Ke'kempen'an ulama berjaya
2- Ulama' kalahkan profesional
Ternyata perwakilan PAS bijak membuat pilihan dan sedar bahawa tiada lansung usaha untuk membawa PAS masuk ke dalam BN/Umno.
Yang ada hanyalah kita mengajak BN/Umno bersama-sama kita
saya memang sentiasa percaya pas boleh bawa perubahan yang baik kepada malaya. sehinggalah hari ini. lepas ni pas nak jadi apa pun - lantaklah!
syabas PAS.
teruskan usaha kerjasama dengan UMNO untuk membentuk kerajaan melayu Islam yang kuat.
HIDUP ISLAM!!!
HIDUP MELAYU!!!
FROM MALAYSIAKINIKU:UST NASAI DILAPORKAN TELAH BERJAYA PERTAHANKAN JAWATANNYA ITU HANYA DENGAN UNDI POS YG TIBA PADA PUKUL 1.20 AM[KENYATAN DARI YB UST NASA=DENGAN INI SAYA MENGISTIHARKAN PASS AKAN MENJADI PARTI KOMPONEN BNN BERKUATKUASA 15 JUN,1 KEMENTERIAN PENUH AKN DI BERI KEPADA PASTI PASS IAITU KEMENTERIAN PELANCONGAN YG AKAN DIISI OLEH DATO MUSTAPAI ALIYA YG AKN MENGANKAT SUMPAH SENATOR PADA MGGU HADAPAN,SAYA AKAN DIAMANAHKAN MEMEGANG JAWATAN PENASIHAT KPD DS NAJIBU,SATU JAWATAN YG BERTARAF MENTERI..
apela tak faham2 lg...kabo bodo kang marah...ust nasha bukan nak bawak PAS masuk umno...masih tak faham lg...mmg patut pun kalah...
Ikut falsafah Dr.Mahathir satu undi pun dikira menang.Itu falsafah desperado.Us.Nasaruddin hanya dapat 480 undi,Dato Husam dan Abang Mat Sabu dapat 543 undi(281+262) ini bermakna lebih dari 50% perwakilan PAS menolak Us.Nasa.Penyokong fraksi UMNO kena ambil iktibar keadaan ni.Kenyataan dari penyokong Us.Nasa "orang PAS bukan bodoh" ikut kata Inggerisnya "can go either way",dan terbukti dengan jumlah undi yang diperolihi Us.Nasa.
Yang amat menyedihkan,Presiden tidak menyebut langsung perkataan "Kerajaan Perpadua" dalam ucapan dasarnya tetapi "berani" menyebutnya hanya dalam sidang akhbar.Mengapa? Malang lagi apa bila Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Tim.Presiden Keadilan Azmin Ali juga menafikan ada rundingan antara Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengenai Kerajaan Perpaduan.Whats going on Mr.Presiden?
Pak Baqak,
Pernah aku komen diblog ni pasal Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Muktamar ni,Mustafa Ali. Mati hidup balik aku tak percaya manusia ni,Godfather Fraksi UMNO.Im entitle to my opinion.
Pengundian bermula pada pukul 3.00 petang, 05/06/09..
Pengundian ditutup pada pukul 5.00 petang, 05/06/09...
Selesai pengiraan undi pada pukul 2.00 pagi, 06/06/09...
Umum keputusan pada pukul 10.00 pagi, 06/06/09..
Persoalannya, mengapa mengambil masa yang begitu lama untuk pengiraan undi yang mana jumlah perwakilan hanya lebih kurang 1050 orang sahaja..
Curiga betul...anak aku yang darjah satu itu pun bolih mengira lebih cepat dari tu..
Yang lagi curiga ialah pengarah pemilihan iaitu Mustapa Ali adalah Campaign Manager yang paling kuat bagi Nasa selain harun Din...
Kepada Hadi nnn Nasa, Selamat Berjaya Mengasobiahkan PAS...
salam..
tak sangka saudaramaraku dalam pas boleh begitu berperasangka buruk pada ust nasa dan kepada umno khasnya. asal saja yang di sukai tidak termakbul terus berperasangka buruk.kalu ust nasa n haji hadi mahu join umno sepatutnya semua saudara2ku ahli pas bersyukur kepada Allah kerana itulah kehendakNya. kenapa menidakkan kehendak Allah dalam perkara ini.Hikmahnya biarlah bila dapat menembusi Umno secara mulia hendaklah kita mengubah mana yg selama ini kita katakan tidak betol dalam Umno kerana itulah yang telah di amanahkan oleh Allah kepada semua saudara maraku dalam Pas.Untuk makluman saudara2ku dalam pas..persengketaan kita bersama umno menjadi bahan ejekan kaum yang beragama kristian di Sabah terutamanya..mereka dengan mudah berkata bersengketalah kamu dan kami mempunyai lebiih banyak peluang menyebarkan syiar kristian di kalangan penduduk malaysia...tak percayakan>>??? isu kecil ker tu??
BANBA,
Kamu ni cakap merapu.Kamu tak kenal itu UMNO.Kalau dah tak ada kerja jangan susahkan orang lain membaca komen yang tak bernilai dan tak berguna.Kristian memang pun dah merebak bukan sahaja diSabah tetapi juga diSemenanjung - sebabnya kamu kena tanya UMNO.Sekali lagi ditegaskan "kamu tak kenal UMNO".
beramboslah korang yg tak hormatkan presiden...mmg nampak korang takde tarbiyyah langsung....hati jumud....semoga PAS bebas daripada puak2 yg kurang adab ini...PAS tak rugi sikit habuk pun kalu korang tadak...
apekehenye kome semua ni
apa ni mengata kat org?yg kalah tu kena beryukur yg menang pun kena bersyukur..
bkn yg menang mengata org yg kalah bodoh dan yg kalah tidak puas hati..
yg kalah jgn mendengki dan yg menang jgn menjadi sombong.. allah maha mengetahui..
yg kalah mungkin akan menang selepas ini, yg menang mungkin akan jatuh slps ini..
xperlu kita taksub dan terlalu mengejar pangkat.. golongan ulama' jgn bersangka org lain xlayak dan golongan professional jgn memperlekehkan ulama'..
kita ini islam.. setiap perselisihan perlu kpd perbincangan.. terima org lain seadanya.. tidak ada nilai pangkat atau darjat disisi allah, kita perlu sentiasa tawaddu' dan bersyukur pada setiap sesuatu walaupun kalah..
bersatulah wahai penegak agama allah.. berpegang teguhlah pada taliNya.. jgn engkau bercerai-berai..