Seorang lelaki memuji orang lain di hadapan Nabi s.'a.w.w. Maka beliau bersabda: Celaka kamu! Kamu telah memenggal leher temanmu, kamu telah memenggal leher temanmu! Beliau mengucapkannya berulang-ulang. Apabila seorang di antara kamu terpaksa harus memuji temannya, hendaklah ia berkata: Aku mengetahui kebaikan si Fulan namun Allah lebih mengetahui keadaannya, dan aku tidak memberikan kesaksian kepada siapa pun yang aku ketahui di hadapan Allah karena Allah lebih mengetahui keadaannya yang sebenarnya (Riwayat Muslim)
Penggunaan perkataan celaka dalam blog ini di sini, penggunaan perkataan barua dalam blog ini di sini dan penggunaan perkataan jalang dalam blog ini di sini.
Saya telah menulis posting bertajuk "Ahmad Awang enggan dedah nama celaka penagih Umno". I stand by what I wrote.
Penggunaan perkataan celaka dalam blog ini di sini, penggunaan perkataan barua dalam blog ini di sini dan penggunaan perkataan jalang dalam blog ini di sini.
Saya telah menulis posting bertajuk "Ahmad Awang enggan dedah nama celaka penagih Umno". I stand by what I wrote.










Cantik? Klik 






haha.. isu baru dah timbul.. dari 'siapakah individu X?' kepada 'sesuaikah gelaran celaka untuk mereka yang buat kerja bacul dalam gelap?'...hilarious :-).
Salam
Terima Kasih
Pasai Link Riwayat Muslim
Lain-lain Hal
1 - No komen, tak larat nak baca banyak sgt pasai 'penggunaan' tu, makan masa lor.
Apapon
Mat Salun kata ' Keep up your work '
Filem P-Ramlee kata ' Nang bukinang, koi butikoi '
WOTR kata 'bujur lalu melintang patah,balun'
Assalammualaikum,
Bukankah molek jika kita berbicara atau menulis dengan menggunakan kata-kata yang sesuai dan beradap. Kita mungkin marah,geram,dendam tapi jika kita menulis disaat-saat begitu siapakah yang akan mengambil kesempatan meresap kedarah kita....
Tak salah marah tak salah geram tapi pihak yang satu lagi tu masih saudara seislam kita walau sejahat mana dia pun....maka ajarlah, bimbing lah dan sindirlah mereka dengan cara-cara berhikmah dan tertib...seperti tarik rambut dari tepung........objektif tercapai dan persaudaraan tidak hancur musnah.
Biar bertentangan pendapat, berdebat,biar tak persefahaman dalam politik...tapi bila tiba hal kemuliaan islam.hal perpaduan sesama islam kita letakkan islam mengatasi kepentingan politik....jika islam menyeru kita berpecah belah dan membenci saudara islam kita yang berlainan fahaman...maka ikutlah...bencilah mereka, cacilah mereka dan bergaduh lah mereka tapi jika ajaran islam menyuruh kita menyayangi saudara kita sebagaimana kita menyayangi diri kita sendiri, jika islam menyeru kita bersatu,jika islam menyeru kita berbincang,jika islam mengajar kita bertindak mulia, bersopan dan bersikap hikmah maka lakukanlah....
Kerana pedoman kita adalah aLQURAN DAN HADIS....janganlah kita cuma mengambil ayat-ayat yang hanya menyokong pendirian kita..tapi menyisih ayat-ayat yang tidak menyokong pendirian kita....
Pendirian Alquran& hadis adalah pendirian kita.........Biar betapa benci kita kepada UMNO walau betapa geram kita kepada UMNO...tapi kerana Allah letakkan perassan itu ketepi...carilah titik pertemuan sesama saudara islam....jika dengan kafir Harbi DAP kita boleh cari titik pertemuan..kenapa dengan saudara seislam kita menentang titik pertemuan...walaupun kedua-dua pihak mentawhidkah ALlah yang esa...Adakah perlembagaan DAP lebih islam dari perlembagaan UMNO???
Semoga Perjuangan menegakkan islam mengatasi perjuangan politik untuk memegang kuasa....
Tak usah la skema sangat jojo, masa umNO berkuasa ada dia ingat nak tolong PAS?
Cuba lu bagi senarai banyak mana jasa umNO pada PAS adakah PAS dapat kedudukan yang baik sekarang ni kerana pertolongan umNO?
Jangan asyik sebut PAS boleh deal dengan bukan Islam tapi tidak dengan umNO, ikhlas la gua cakap bukan Islam tu dah sah sah kita tau hati budi dan pegangannya tapi bukan secara terang terang nak bunuh Islam.
Lu tengok umNO berapa banyak dah parti ni henyak agama yang kita sayangi ni
1) Sapa yang pecat mufti dulu sebab kes ratu bogel?
2) Sapa yang kata hudud tu tak bagus asyik potong tangan orang?
3) sapa yang selalu memperlekehkan sunah?
Kalau gua list down perangai hantu umNO nih sampai besok pun tak abis lagipun isu nih semua orang dah dengar dan lihat sendiri bro.
Ni nak bagi ingat la kalau betul pemimpin PAS terutama Hj Hadi dan Nasa bijak dan hebat sangat berpolitik suruh diorang kaji dari mana sokongan mendadak yang PAS terima sekarang ni, dan apa sebab Allah bagi rakyat berubah begitu sekali menyokong parti selain umNO/Bn pikir la sikit jangan bagi sakit hati orang...
Celaka kamu wahai Bakaq Haq Ahl Annar!!
seronok juga guna perkataan tu kat hang pak bakaq woi...memang sesuai.
waaaaaa pak bakaq sejak akhiaq akhiaq nih dok cakap englais ja.... atau kot cakap omputeh bila marah ja? muakakaakkaakak
Nak masuk liang lahad baru nak ingat Islam dan saudara seagama. Baru fikir nak tobat konon.Nak tunjuk maaruf..! Kalu tobat UBN sampai mati pun aku tak caya. Puak ni kalau bercakap, selalunya ada belit, sepuluh yang dicakapkan, kena standby lagi lapan belas nak dibelitnya.
Aku cadangkan pada pihak muqabalah, selepas bincang kerajaan perpaduan dengan UMNO pergi bincang kerajaan perpaduan dengan Israel pulak. Tentu diorang mengalu alukan kedatangan anda semua. Bila lagi nak tadbir Malaysia dan Palestin??
Wei Jojo...
Kalu bersatu dgn UMNO..bermakna bersatu dengan MCA,MIC, Gerakan. PBS yang jelas anti islam lebih teruk dari DAP.
So untuk apa berpadu? sedangkan perpaduan tu membawa bersama MCA. MIC. Gerakan?
Baik teruskan usaha bersama PKR dan DAP...
Lain lah kalu PAS tinggalkan PKR dan DAP
UMNO pun tinggalkan MCA, MIC, Gerakan, PPP, PBS, LDP, PBB dll
hanya Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang ahlinya cuma PAS dan UMNO.. tu lain la
Bengkok betul la ko ni JOJO
setia pada rakan sepejuangan adalah dasar yang diutarakan. anda mahu lagi tidur sekatil dengan orang yang merompak harta anda walaupun dia seagama dengan anda? dalam mata kasar bertaqwakah perompak itu?
Jojo...
UMNO dengan DAP...
PAS bekerjasama dengan DAP dlm PR Perak tak ada masaalah... dah terbukti selama 11... tetapi UMNO yang kau sanjung keislamannya tu tanpa segan silu merampas hak rakyat negeri Perak... Aku tak dapat nak terima UMNO ... sampai bila... bila... mati idup balik pun aku tak terima....
hapuskan golongan Islam Liberal dalam PKR
http://marul77.blogspot.com/
tuan lihat blog baru ni. entah sapa.. tapi ada panas isinya http://pas51.wordpress.com/
Adakah ciri ciri Islam ini dalam UMNO? Yang saya nampak menghalalkan judi, menentang hudud dan banyak lagi.
nak walaa pada pemimpin bukan takat president saje...mursyidul Am - the number one the big walaa...
“Umno adakah samseng politik, kita perlu matikan mereka habis-habisan.
“Mereka ini umpama telur-telur tinggalan penjajah Inggeris dahulu yang menetas satu persatu,” katanya.-Mursyidul Am PAS -
taatlah kamu pada pemimpin kamu selagi benar.
you sure is a bad looser pak bakaq...
PAS bergabung dengan UMNO bermakna PAS berpeluk dengan SIS....SIS adalah anak UMNO
baca ni....http://marul77.blogspot.com/
Apa ?? SIS anak UMNO ? Yg DAP & PKR bantai PAS sebab suruh haramkan SIS tu apahal ???
hai syiah kamu bukan islam x payah mengarut di negara ini......pergi ke karbala buat takiyah disana
25 Jun 2009
SURAT TERBUKA BUAT YB. DATUK DR. HASSAN ALI.
Persoalan ini seolah terawang awang dikalangan penyokong PAKATAN dan rakyat Selangor dan ia amat bahaya jika dibiarkan dan mungkin menjadikanya fitnah yang tidak baik pada sosok YB Datuk Dr. dan masa depan PAKATAN juga. Mungkin YB Datuk Dr. tidak punya ruang dan alasan untuk menjawab khabar angin. Saya rasa kehadiran surat terbuka ini memberikan YB Datuk Dr. ruang untuk menjawab antara khabar angin yang bertiup itu.
1. soalan pertama benarkah selepas keputusan 8 Mac 2008 diumumkan YB Datuk Dr. Hassan Ali bersungguh – sungguh untuk menempatkan diri sebagai MB Selangor ? Kesungguhan ini sehinggakan YB Datuk Dr. turut mengadakan pertemuan dengan pemuka Umno untuk membincangkan jawatan MB juga beberapa kali naik turun Istana dalam cubaan mempengaruhi DYMM Sultan Selangor ?
2. Ramai yang mengatakan YB Datuk Dr. Hassan Ali terlibat untuk menghantar maklumat beberapa perkara yang YB Datuk Dr. tidak puas hati kepada Ezam Md Nor. Jika tidak secara lansung ia dihantar secara tidak lansung tetapi dalam pengetahuan YB Datuk Dr. Malah selepas berita ini muncul dan beberapa pimpinan bertanya kepada YB Datuk Dr. dan oleh kerana rasa tertekan sekali lagi secara lansung atau tidak lansung tetapi dalam pengetahuan YB Datuk Dr. memaklumkan kepada Ezam betapa YB Datuk Dr. tertekan dan kononya ini boleh dijadikan bukti bahawa PAKATAN berpecah kerana kononya tidak percaya kepada YB Datuk Dr. Benarkah ?
3. Ada yang mengatakan bahawa YB Datuk Dr. tidak bersama dengan dengan Kerajaan Selangor dalam cubaan menyelesaikan isu air. YB Datuk Dr. sering mengatakan bahawa YB Datuk Dr. tidak mengetahui apa-apa tentang air Selangor dan diketepikan dalam hal menyelesaikan pemberian air percuma. Malah YB Datuk Dr. turut memaklumkan kepada beberapa pimpinan PAS bahawa betapa kerajaan negeri mengenepikan dan tidak menghormati PAS dalam banyak keputusan. Namun mengikut maklumat yang diperolehi, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), anak syarikat Kerajaan Negeri yang memainkan peranan penting menyelamatkan maruah PAKATAN dalam isu air telah sekurang kurangnya dua kali mengadakan pembentangan mengenai isu air ini kepada exco Kerajaan Negeri Selangor, malah berdasarkan maklumat kami ada perkara yang YB Datuk Dr. bangkitkan jelas kelihatan memihak kepada Puncak Niaga (Tan Sri Rozali Ismail).
4. Malah dalam isu air ini juga dilaporkan ada pertemuan YB Datuk Dr. adakan dengan Tan Sri Rozali Ismail atau pihaknya tanpa pengetahuan Kerajaan Negeri. Benarkah ?
Tidakkah YB Datuk Dr. tahu betapa Tan Sri Rozali ini ialah agen kapitalis Bn, yang mengaut keuntungan dari dasar penswastaan yang menzalimi rakyat. Dia merupakan kawan rapat malah ada yang mengakatan dia ialah proksi Senator Muhammad Muhd Taib. Dia juga ialah penipu besar yang telah memperdayakan peneroka Sungai Buaya yang sehingga kini kes tanah penduduk Sungai Buaya terbiar tanpa penyelesaian.?
Harap YB Datuk Dr. dapat menjelaskan beberapa perkara yang dinyatakan diatas. Saya amat mengharapkan bahawa khabar – khabar angin ini merupakan khabar palsu dan tidak punya asas. Namun saya menulis surat ini memohon penjelasan apabila setelah saya sendiri siasat terdapat sedikit keraguan untuk menafikan kesemuanya terus.
Kemungkinan penafian sumpah atas nama Allah dan kenyataan YB Datuk Dr. bahawa YB Datuk Dr. juga berikrar untuk terus bersama dengan aspirasi PAKATAN dalam merialisasikan kerajaan PAKATAN yang benar mampu berkhidmat untuk rakyat Selangor dan mungkin PAKATAN peringkat pusat jika perancangan pengambil alihan diizinNya.
Akhirnya janganlah YB Datuk mengaanggap saya menyerang peribadi tetapi ini ialah cetusan kegusaran saya yang setiap hari dihentam persoalan dari kawan – kawan yang selama ini saya kempen habis habisan.
macamana boleh terfikir isu kerajaan perpaduan yang pada kawe tidak ada apa ertinya malah bergabung dengan UMNO ini idea orang gila yang cuba merosakkan perpaduan dalam PAS.
jangan jadi bangang dan jangan bodoh sangat. kita orang cerdik takkan terpedaya dengan idea laknat puak UMNO
semalam aku tonton awani, bincang pasa krj perpaduan yang aku paling keliru sbb ideanya terawan awan. si khairy pada malam tu nampaknya banyak sungguh jarumnya nak pecah belahkan parti pas. antara ayat yang dia kata "JIKA DULU BOLEH BINCANG DALAM GELAP" kenapa sekarang 'TAK BOLEH BINCANG DALAM GELAP' tersedak juga mujahid rawa nak menjawabnya. Ini lah akibatnya jika sipolan sipolan dah suka sangat bincang dalam gelap dengan UMno............
aku benci Stadium bumbung runtuh....... macam runtuhnya jiwaku apabila negeriku tumbang pada tahun 2004..... no to UMno
Saya pun tengok.. kenape Ust nasha tarik diri last minit.. takut khairy terluka ke?
saya begitu kecewa kerana orang yang beria2 nak bekerjasama dengan pas takut nak berdebat dengan UMNO...... Jangan cakap saya x ditarbiyah.... sebab ditarbiah la saya sentiasa disisi TGNA..... Kalau TGNA kata tidak..... saya akan pertahankan perkataan TIDAK itu.
Terima kasih kepada Ustaz Mujahid kerana teguh dengan pendirian PAS...
Pilihan raya manek urai blh jadi kayu ukuran.. samaada pas diterima rakyat.. atau sifat angkuh pemimpin yang pro umno mengikis kepercayaan rakyat kepada pas...
saya mencadangkan tok pa dan ust nasha xpayah datang ke manek urai... takut semangat rakyat kelantan yang membenci umno akan menolak pas.... nanti anda akan dapat gelaran X FACTOR......
PAS sekarang dah makin busuk...tu laa bahana pi kawan dengan anwar juboq dan dap.
Kongres Pertama Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara
http://kongrespendidikan.blogspot.com/
Pak Baqak,
Kisah yang dipaparkan olih Anon 5.06pm (diatas)pernah juga dengar dikalangan ahli-ahli PAS Selangor.Hassan Ali ini memang pun anti Pakatan Rakyat sebab tak dapat jadi MB Selangor.Apa bila YB Khalid Samad membongkar dalam Muktamar bahawa Muktamar yang diadakan baru-baru ini disponsor olih Puncak Niaga sekurang-kurangnya beberapa persoalan yang ditimbulkan olih Anon 5.06pm dah pun terjawab.
Apabila Puncak Niaga sponsor Muktamar PAS bererti menunjukkan betapa "rapatnya" hubungan antara Hassan Ali dengan UMNO dan Tan Sri Razali Ismail,CEO Puncak Niaga.Ia juga membawa satu maksud lain.Umum mengetahui bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim MB Selangor sedang berusha keras untuk mengambil-alih pentadbiran Puncak Niaga untuk dijadikan hak milik kerajaan Selangor.Hassan Ali senghaja dan merancang Puncak Niaga sponsor Muktamar untuk "memukul" MB Selangor - bertujuan memburuk-burukkan MB Selangor dan dimasa yang sama menyokong dan mempertahankan Puncak Niaga.Tak heiran kerana "Tuan Penasihat" Hassan Ali ialah Roslan SMS,S/U Akhbar Presiden PAS. Percayalah! Kalau Perak dah jatuh ketangan UMNO,negeri yang berikutnya ialah Selangor.Hassan Ali dan Roslan SMS sedang berusha dan bekerja kuat untuk menyampaikan impian dan hasrat Najib yang sekarang jadi Ketua UMNO Selangor.
Bakaq,,cukup lah memaki hamun dalam lama web. Muktamar dah habis. Yang menang dah menang yang kalah pun dah kalah. Malu lah sikit guna perkataan maki hamun sedangkan di atas guna hadeeth.
"Datuk Mustafa Ali berkata, isu kerajaan perpaduan tidak relevan buat masa ini sehingga pru13, sewaktu sidang media ptg tadi." - Harakah
inilah mursyid nasha. dialah man behind the scene. dia ingat orang tak tahu. jadi dia selamba je. segala serangan terhadap nasha juga untuk hang la musali! apa maksud "tidak relevan buat masa ini sehingga pru13"? yang tg presiden dok rembat habis-habisan semasa muktamar baru ni apa menda? testing for height is it? apabila nasha terima surat daripada ketua pemuda pas melaka, baru tahu lagit tinggi rendah? syabas ketua pemuda pas, surat anda menyedarkan musali untuk seketika. come pru13, dia akan mula balik...dia dah bersiap untuk muktamar 2011.
kalau dah jumpa tak mengaku, boleh percaya ke? jangan jadi liabiliti kepada prk manik urai dah le.. mungkin boleh buat lawatan ke luar negara bersama nasha semasa kempen di manik urai ni, cadangan je.
mungkin banyak lagi surat dari ketua pemuda pas lain-lain negeri kot? tu yang keluar statement "tak relevan" tu... pengarah pilihanraya pas pusat pun tak perlu turun kat manik urai, cukup dengan kami petugas-petugas pacak bendera je...
Pasal isu 'KP' ini, dah bertelagah sesama sendiri. Yang pastinya masing2 akan mengatakan dia benar. Teringat kisah sejarah Islam yang banyak cerita peperangan dan pembunuhan sesama Islam, masing2 berjuang atas nama jihad, kerana Allah.
Perbezaan pendapat memang elok asalkan sanggup mendengar dan berhujah atas dasar kasih sayang. Dan tidak memaksa orang lain untuk menerima pendapat kita.
Saya pun ada pandangan berkaitan isu 'KP' ini, sila lihat
http://perangjantan.blogspot.com/2009/06/besar-kuping-telinga-mu.html
Boleh tak dedah nama si celaka tu!!!!
Sah BN akan menang di Manek Urai.. Terima kasih dan tahniah Pak Bakaq
KAMU LAH YANG CELAKA KE? JANGAN DOK KATA KAT ORANG CELAKA
susah sungguhlah nak faham manusia skrg..presiden kata nak wujud unity gvrmnt,dah ramai buat spekulasi cmne ngra perpduan tu...cuba dengar dulu pnrgn...ni pnrgn tak dengar lgi..sibuk duk kata pas nak msuk umnolah,pas nak kerjasama ngn sis lah,bukalah lagi pekung fitnah seluas luasnye dengan mencipta pelbgai retorik palsu,lagilah org umno suka tgk org pas sendiri duk hntam sama2 pas,media plak sibuk tpuk tgn,ingatlah...quran dan hadis dah bgtau..sgala jnis pmftnah(sebar perkara yang masih samar)tmpat dia jahannam..Allah berfirman-'asa an tuhibbu syaian wahua karhullakum wa'asa an tukrihu syaian wahua khairullakum' tak semesti apa yg kita suka tu baik buat kita..dan tak semesti apa yang kita tak suka tu baik buat kita...muhasabahlah sblm di muhasabah
setelah ust ahmad awang mendedahkan ada salah seorang pimpinan yg menyuruh pas perak bergabung kerajaan dgn UMNO selepas PRU12, maka kita tau dalam PAS sendiri ada pemimpin yg suka kepada UMNO atau mementingkan melayu lebih dari pegangan/dasar PAS iaitu Islam... takpalah, kita tak payah dok maki sapa2, kita tak payah dok assume ust nasa ka, mustafa Ali ka, hassan ali ka, atau sapa2 yg lain... yg penting ALLAH tau, dia perencanaan Allah maha hebat.
mai kita pakat2 doa moga2 Allah selamatkan PAS dari musuh sebegini seperti yg timb mursyidul Am terangkan. Lagipun, kita tak tau sapa, kita dok tuduh2 plak, ia akan membuahkan fitnah, dan fitnah ini bila dipercaya, disebut dan dibawa pula oleh orang lain, maka dosanya kita tanggung kalau ia tersalah tuduh... biaq la, itu kerja Allah taala nak tunjuk, dan kita pun dah nampak la ni, bahawa sebarang usaha untuk mengubah halatuju dan matlamat Islam pas pasti akan terhalang akhirnya, macam kes la ni yg dok ada....
kita doa bagi hancur musuh2 PAS dan Islam dan biarlah dia mendapat laknat setingginya di dunia dan akhirat...
kalau kita melihat seluruh perbahasan perwakilan semasa muktamar baru ni, kita dapat isyarat jelas bahawa semua perwakilan menolak sebarang kerjasama dgn UMNO, cuma ust nasa dan TG Haji Hadi sahaja masih agak defiant berkenaan dengan "keterbukaan" dan "perbincangan" yang secara tak langsung dikaitkan dgn idea unity govt tu... takpalah, penegasan ust nasa mengenai kita masih lagi bersama dan bersatu dgn pakatan rakyat, dan tidak sekali2 bergabung dgn UMNO tu kita ambik pada face value, dan kita pegang yag tu. Kalau dalam hati dia masih ada usaha nak bawak PAS ke pangkuan UMNO, esok2 di akhirat dia kena jawab pada Allah taala dan semua ahli PAS....
Dan satu lagi, kita kena hati2 dgn mainan media, macam2 la ni yg ditulis seolah2 dalam pas ni macam tengah berperang antara ulama dan profesional, padahal kalau kita lihat dalam perbahasan, contohnya kita tengok cara husam minta Dr. harun din terang pasai musuh dalam selimut tu pun dah memberi isyarat bahawa ahli dan pimpinan PAS masih lagi beradab dan berakhlak wpun berbeza pendapat... itulah kelebihan kita yg terdidik dgn usrah dan tarbiyah...
contoh jelas media spin statement pimpinan macam kes ust nasa yg dilaporkan berkata bahawa dia yg akan calonkan husam ke mana2 jawatan, pak bakaq pun quote dgn tajuk kaduk naik junjung lagi... tapi bila tengok balik video youtube tu (dalam entry kaduk tu ada komen pasal video tu punya link), ust nasa tak cakap macam tu pun... tu pun kita dah nampak jahatnya media nak pecah belahkan kita...
wallahua'lam, kepadaNya kita berserah, moga Islam dan PAS terus kukuh dan kebenaran itu pasti menang! Allahuakbar!!!
Pada anon yg tulis pasal karbala tu agak2 bro.lu x minum air kat msia ni 12 jam sahaja.lpas tu pi parang pokok 1/4 pemeluk yg tingginya 7 kaki.pas2 potong kecik2 jadi 7.jgn minum lagi.potong lagi satu.
Karbala itu hak dan batil.noktah
siapa yang mulakan ini semua? siapa memilih untuk lompat ke atas papan catur umno? siapa tidak cermat dalam melaksanakan amanah? pendedahan oleh ahmad awang membuktikan adanya pemimpin pas yang nak berpadu dengan umno. ia bukan tuduhan lagi. ia adalah kenyataan. namun masih ada lagi suara-suara yang mahu mempertahankan UG, masih mempersoal belum dapat penjelasan dari tg presiden, sudah sibuk membuat spekulasi.
tak bolehkah muktamar khas di adakan dan dibentangkan UG ini untuk dibincang bagi mendapat pandangan para perwakilan? seminar jubli perak kepimpinan ulama boleh diadakan dalam keadaan semua ahli pas menyokongnya, cuma untuk melayan keresahan segelintir ulama yang tidak faham dengan konsep kepiminan ulama. UG ini lebih besar dari isu kepimpinan ulama kerana ia melibatkan dasar yang akan menentukan hala tuju pas, sedangkan kepimpinan ulama telah diputuskan 27 tahun yang lalu. sokongan dari bukan muslim cina dan india diraih dalam pas dengan kepimpinan ulamanya, tidak pernah mereka menyoalnya. yang terasa ulama tercabar hanyalah mereka yang mempunyai agenda sendiri melalui pas. kalau tidak, tidak timbul masalah ulama tercabar. tidak pelikkah menjaja "ulama tercabar' dalam keadaan tg nik aziz diterima dengan begitu baik oleh bukan muslim? siapakah yang tercabar sebenarnya? apakah yang tercabar sebenarnya?
tindakan bertemu dalam gelap kemudian menafikannya adalah punca segala-galanya. ia tidak bermula di bawah. apabila terdedah pertemuan sudah 3 kali berlaku, menggunakan majlis syura ulama kononnya mempersetujuinya. apabila hujah ini tidak dapat diterima oleh majoriti akar umbi, dijaja pula bagaimana ahli perlu wala' kepada kepimpinan. tak cukup dengan itu djubliperakkan kepimpinan ulama selepas 27 tahun? disebarkan ulama tercabar dan muktamar diselubungi dengannya. mencemari pemilihan dengan 'musuh dalam selimut' yang disamarkan bagi menyokong ulama tercabar!
muktamar berakhir dengan ulama merasakan kedudukan mereka telah selesa dengan penekanan kepada UG. kini "tak relevan" pulak sehingga pru13. sebenarnya ini hanyalah tindakan sementara untuk menghadapi muktamar 2011, untuk mengendurkan ketegangan supaya ulama tidak terus dicabar. kenapa tiba-tiba tak relevan? bimbang akan keluar cerita-cerita pertemuan dalam gelap? bimbang hubungan sulit dengan orang-orang tertentu memenuhi alam siber ini? UBN kecundang dalam pru12 kerana peranan alam siber ini, tak terlintaskah? tak terlintaskah alam siber ini boleh menggeletek pas walaupun harakah/siasah atau harakahdaily bersikap membisu? seperti yang terjadi ini?
siapakah yang memilih untuk diperalatkan kalau tidak orang yang memberi peringatan supaya berwaspada agar tidak menjadi alat musuh? kepada pemuda pas, janganlah berbangga 70% kepimpinanmu diterajui "ulama". ahmad awang telah menyedari akan wujudnya sikap "tunggulah sehingga kami ambilalih". apapun tindakan yang akan anda lakukan anda hanya ada dua pilihan - bersama pakatan rakyat ATAU unity government. anda tidak boleh memilih kedua-duanya. anda juga tidak boleh berada di tengah-tengah. bergeraklah dengan bijaksana, belajarlah dari tg mursyidul am yang disenangi cara pendekatannya oleh semua. belajarlah menghormati sumbangan orang lain kepada pas. pas belum boleh bersendirian. ustaz-ustaz pas tidak akan boleh berkhutbah/berceramah di masjid-masji, di surau-surau di selangor sebelum mac 2008. pergunakanlah dia dengan sebaik-baiknya. bukan menyindir seiapa, tetapi berilah penerangan, penjelasan bagi mengapuskan kesamaran tajaan umno. anda lebih tahu akan uslub dakwah, gunakanlah dia untuk memenangi sikap, emosi serta pandangan sasaran anda. semoga anda berjaya demi perjuangan untuk menegakkan islam di bumi bertuah ini.
Salam Anonymous said on Tuesday, June 9, 2009 7:34:00 AM MYT and JOJO...
Tak payah nak bersandiwara ...kita dah bersama dengan UMNO seketika dulu ..lepas tuu kita kena kencing kat umno ..dah lupa ke? walau pun kebanyakan orang 2 umno tuu islam tapi mereka hypocrisy ...Cuba tengok DAP cara mereka memerintah kat PENANG tuu ...cara nak dapatkan projek telus tak melalui orang 2 tertentu ...Tanya lah contrakter 2 yang nak dapat kan projek Di penang di bawah pemerintah DAP (Pakatan Rakyat)..Memang cukup telus ..
Di trengganu (waktu PAS ) memerintah ..banyak juga simpang siur nya ,,banyak juga yng tak telus sebab ada 2 atau 3 MB ...aku tau sebab aku pernah deal dgn mereka ..Nak dapat kan projek kena JV dulu dengan syarikat orang-orang tertentuu.. Sebab tuu lah kat tregganu,ada kawan 2 aku kata masa tuu UMNO n PAS sama jer cuma ramai sikit dalam dewan yg pakai kepiah ,duit pelincir bawah meja sama jer ...Bila pembesar pergi ke oversea duduk bilik hotel suite ! Apa salah nya duduk bilik biasa jimat macam UMAR ABDUL AZIZ ...sebelum memerintah kerap kali aku dengar nama ini lepas memerintah tak pun kedengaran ....
Di selangor la ni >>Dato hassan DUN gombak setia SILA jawab segala tohmohan ..jangan nak berdolak dalih pasal PUNCAK NIAGA /Tan sri Rozali ..>Aku dengar masa muktamar baru -baru ini ada yang dapat sponsor dari PUNCAK NIAGA ..hei hei geli gemamng aku mendengar nya ,,,bercakap berdegar 2 >."Teman-terman kita mesti menentang BN ,kita mesti hapus kan rasuah .seluruh nya " tapi pada masa yang sama ada perundingan naik kan harga (isu air di selangor ) ..Jawab YB .Kepada juak2 Dato YB tuu jangan main ikut jer ,selidiki apa yg pemimpin kita buat ,kalau salah tegur ..Jangan duduk sibuk main projek jer !! Ingat parti kita bukan macam Parti UMNO ,nak projek jer ..menegak kan ISLAM yg syumul bukannya projek besar kan sungai dll ...
Siapa pernah ke BUKIT MAHKOTA dekat NILAI ...aku cadangkan pergi lah tengok rumah pemimpin PAS ..Kawasan tuu rumah banglo harga almost 1 million dan ada yg lebih..banyak tuuu ..mane dapat duit tuu??? Itu lah pemimpin yg anda pilih menerajui PAS !!! Wahai pekerja unit amal pergi lah tengok !!!! Kadang-kadang aku pun terfikir petani /penoreh getah di kampong aku,bila mereka dapat duit ,sebahagian nya di sedekah untuk parti ..Tapi kalau lah mereka tahu perangi pemimpin nya tobak lahun mereka akan cari parti lain atau aktif dengan mana NGO lain ..nak buat macam mane anda tersalah pilih pemimpin baru 2 ni ..cuma lar ni kita pasti kan bahawa tak der lagi muqabalah dengan UMNO ..
Wahai pecinta pergerakan islam mari lah bersama -sama kita muhasabah diri tak kira Ulamak /professional /non professional /yg tak der kerja ..bersatu kembali dan kembali merpertabat kan agama kita ,maruah kita ..TINGGAL KAN LAH UMNO TUU
Pecinta ISLAM
Salam Bro,
Saya ingat pak bakaq dah jadi wartawan upahan. Siapa Upah no....Ingat pak bakaq rezeki misti halal. Kutuk orang, maki orang syok oooo. Makan free lagi syok. Jangan makan suap sudah!